LAPORAN AKTIVITI JANM PULAU PINANG
BULAN JULAI 2021
1. KURSUS GENERIK MPSAS: PERAKAUNAN BELANJA ZON UTARA
Institut Perakaunan Negara (IPN) melalui program Generik Kewangan dan
Perakaunan Zon Utara telah menganjurkan Kursus Generik: MPSAS Perakaunan
Belanja Zon Utara pada 12-14 Julai 2021. Kursus diadakan secara atas talian anjuran
JANM Pulau Pinang,Tingkat 42, KOMTAR. Kursus telah disampaikan oleh Puan
Norhaida Binti Yahaya dan Puan Ropizah Binti Yasin daripada Jabatan Akauntan
Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Seramai 28 orang peserta terdiri daripada pelbagai jabatan yang menghadiri
kursus ini. Kursus diadakan bagi memberi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang
perakaunan belanja Kerajaan Persekutuan berdasarkan asas perakaunan akruan dan
MPSAS & meningkatkan kemahiran dan mutu kerja dalam pengurusan belanja
Kerajaan Persekutuan
Sebahagian peserta yang terlibat
2. TAKLIMAT AKTA SYARIKAT DAN AKTA PUSAKA KECIL
Unit Wang Tak Dituntut telah menganjurkan kursus dalaman Jabatan Akauntan
Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang bertajuk Taklimat Akta Syarikat Dan Akta
Harta Pusaka. Taklimat ini diadakan pada 15 Julai 2021 di atas talian
menggunakan aplikasi Lifesize.
Taklimat ini disertai oleh seramai 37 orang peserta. Taklimat ini terbahagi kepada
2 kategori dan 2 orang penceramah dari jabatan berlainan dijemput untuk
menyampaikan taklimat.
a) Akta Syarikat
Encik Mohd Zaini Bin Mohd Zain dari Jabatan Insolvensi Negeri Pulau Pinang
yang merupakan pakar dan berpengalaman dalam bidang Akta Syarikat telah
menyampaikan taklimat pada sesi yang pertama.
Berikut adalah gambar bagi sesi pertama:
Penceramah memberi ceramah secara atas talian
Antara Slide yang dibentangkan oleh pencermah
b) Akta Pusaka Kecil
Encik Tuan Haji Muhammad Muhaizan Bin Haji Abdullah dari Pejabat Pengarah
Jabatan Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang yang merupakan pakar dan
berpengalaman dalam bidang Akta Pusaka Kecil telah menyampaikan taklimat
pada sesi yang kedua.
Berikut adalah gambar bagi sesi kedua:
Antara slide yang dibentangkan oleh penceramah
3. CERAMAH INOVASI SEMPENA HARI INOVASI JABATAN AKAUNTAN
NEGARA MALAYSIA TAHUN 2021
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menganjurkan Ceramah Inovasi Sempena Hari Inovasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2021 pada 28 Julai 2021 dari jam 8.00 pagi hingga jam 1 petang bertajuk “Norma Digital Baharu, Bersediakah Kita Untuk Dunia Yang Berubah” secara atas talian melalui aplikasi Lifesize.
Seramai 10 orang pegawai dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menyertai ceramah ini. Ceramah ini telah diberikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Pengurusan MAMPU, En Elangovan a/l Narayanan. Objektif ceramah ini adalah untuk pengenalan dan cara menyesuaikann diri kepada norma digital baharu dalam kehidupan harian.
Para peserta yangmenyertai ceramah secara atas talian
4. MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA
MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG
Seksyen Pengurusan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang telah
mengadakan Majlis Perhimpunan Kakitangan JANMPP pada 29 Julai 2021 dari 9.30
pagi hingga 11 pagi secara atas talian melalui aplikasi Lifesize.
Seramai 89 orang pegawai telah menghadiri Majlis Perhimpunan di mana kesemua
pegawai telah menghadiri majlis tersebut atas talian dari pejabat bagi pegawai BDP
dan dari kediaman bagi pegawai BDR manakala hanya urusetia majlis menjalankan
tugas di Bilik Mesyuarat bersama Tuan Pengarah bagi menjayakan Majlis Perjumpaan
ini dengan mengikuti SOP yang ditetapkan oleh MKN.
Antara agenda yang penting dalam majlis ini adalah sesi perkenalan bersama Tuan
Pengarah JANMPP, Encik Saripudin Bin Kanda yang merupakan Ketua Jabatan baru
di JANMPP dan beberapa pagawai baru yang ditempatkan di JANMPP. Selain itu,
juga terdapat beberapa agenda seperti pemberian hadiah kepada pemenang cabutan
bertuah, KEJAP JANM Pulau Pinang, sambutan harijadi pegawai JANM Pulau Pinang
dan sebagainya.
Permulaan Majlis Perhimpuan melalui atas talian
Berikut adalah beberapa gambar pegawai yang hadir melalui atas talian dari pejabat:
Pegawai yang hadir secara atas talian dari tempat masing-masing
Pegawai yang hadir secara atas talian dari tempat masing-masing
Pegawai yang hadir secara atas talian dari tempat masing-masing
Berikut adalah gambar urusetia majlis bersama Tuan Pengarah di Bilik Mesyuarat
JANMPP:
Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Jabatan Di Bilik Mesyuarat JANMPP
Majlis Potong Kek oleh Tuan Pengarah bagi pihak Pegawai JANMPP di Bilik
Mesyuarat JANMPP
Berikut adalah beberapa gambar pegawai BDR yang menghadiri majlis :
Sebahagian peserta atas talian
Sebahagian peserta atas talian
Top Related