page 1 of 5
LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN KUALITI UNISEL (PJKU)
JANUARI-JUN 2012
1. SETARA’11
Mesyuarat SETARA’11 di adakan bersama IPT-IPT lain oleh pihak MQA pada 16 Januari 2012
yang diwakili oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU. Manakala mesyuarat D-
SETARA pula yang melibatkan Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Bioperubatan dan Sains
Kesihatan(FBSK) bagi program-program Ijazah yang telah diiktiraf sahaja. Pada hujung bulan
Februari 2012, FBSK telah mengemukakan penarikan diri daripada terlibat dengan D-SETARA
oleh kerana program ijazah mereka belum mendapat pengiktirafan MQA lagi. Permohonan
diluluskan oleh MQA dan telah dimaklumkan kepada pihak KPT pada bulan Mei 2012.
Dalam proses menyiapkan dokumen-dokumen SETARA sebanyak 3 kali perjumpaan seperti di
bawah:
i) sesi taklimat oleh Prof. Dr. Haji Anuar-Presidan kepada ahli sekretariat SETARA’11
yang dilantik secara tidak rasmi oleh pusat/unit/fakulti bersama ahli mesyuarat
Pengurusan, pada 9 Februari 2012 di bilik Senat, Canselori Bestari Jaya.
ii) pengisian data Self Assessment oleh ahli mesyuarat Pengurusan pada 27 Februari
2012(Isnin) mulai 2.15 petang di Bilik Senat Shah Alam
iii) First Review Data and Document’s for SETARA’11
Fail-fail bagi SETARA dan D-SETARA telah selamat diserahkan kepada pihak MQA pada 12
Mac 2012. Masih belum terima keputusan dari MQA lagi.
2. Sistem Jadual Kelas dan Peperiksaan FET-FCSIT
i) Satu bengkel di adakan bagi menghasilkan jadual peperiksaan menggunakan sistem
FET-FCSIT yang melibatkan semua Penolong Pendaftar fakulti-fakulti dan Unit
Peperiksaan bil1(1/2012) bagi sesi akademik 2(2011/2012). Ia dibuat pada 19 Januari
2012(Khamis) jam 9.30 pagi di bilik Mesyuarat Pengurusan.
page 2 of 5
ii) Satu mesyuarat Post Mortem Bengkel Sistem Jadual Peperiksaan Akhir FET-FCSIT
telah dibuat pada 4 Mei 2012(Jumaat) yang dihadiri oleh Pemangku Pendaftar dan
beberapa ahli mesyuarat Senat serta yang terlibat menjayakan bengkel iaitu semua
Penolong Pendaftar fakulti-fakulti dan Unit Peperiksaan. Laporan lengkap di lampiran.
3. Jawatankuasa Jaminan Kualiti Akademik(JJKA)
i) Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil-wakil Unit Kualiti setiap fakulti dan 2 orang wakil
dari Unit Akreditasi dan Pengiktirafan dan UNISEL Centre For Teaching and Learning
(UCTL). Satu mesyuarat diadakan pada 20 Januari 2012 (Jumaat) bagi menyambung
pembentangan Annual Program Monitoring Review (APMR) kali ketiga bil8(1/2012)
mulai jam 9.00-11.pagi. Manakala jam 11.pagi disambung dengan mesyuarat Manual
Academic Processes oleh ahli jawatankuasa yang sama.
ii) Mesyuarat JJKA bil 9(2/2012) diadakan pada 1 Jun 2012(Jumaat) mulai jam 9.30 pagi
hingga 12.30 tengahari bagi membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan ketelusan
mengikut buku peraturan akademik bagi rayuan pelajar yang telah gagal kepada
Jawatankuasa Rayuan,penyelenggaraan fasiliti dan sistem bestari bagi pendaftaran
kursus-kursus para pelajar pada semester pendek dan panjang.
4. Bengkel menghasilkan Proses Penawaran Kursus
Amalan penawaran kursus pada masa ini dibuat mengikut sesi dan berdasarkan keperluan pelajar.
Seterusnya, penyediaan jadual waktu kuliah dihasilkan mengikut data pra-pendaftaran kursus,
seperti rajah 1 di bawah:
Sehubungan itu, penawaran kursus dicadang supaya dibuat pada setiap tahun akademik dan
berdasarkan struktur program. Maka dengan ini jadual waktu kuliah dan peperiksaan akhir akan
dapat dihasilkan untuk setiap tahun akademik. Mesyuarat Senat lepas telah mempersetujui agar
prosedur ini dihasilkan dan dilaksanakan di UNISEL.
Di antara objektif-objektif prosedur penawaran kursus berdasarkan struktur program dan dibuat
sekali setiap tahun akademik ialah:
i) Penambahbaikan proses penawaran kursus sekarang ini yang rumit kerana mengambil kira
keperluan setiap pelajar dan perlu dibuat setiap semester.
Penawaran Kursus
bagi satu sesi
(keperluan pelajar)
Pra-Pendaftaran
Kursus
Penyediaan jadual waktu
kuliah dan peperiksaan
akhir bagi satu sesi
Penawaran Kursus
bagi satu sesi
(struktur program)
Penyediaan jadual waktu
kuliah dan peperiksaan akhir
bagi satu tahun akademik
Pendaftaran Kursus
(satu tahun akademik)
page 3 of 5
ii) Memudahkan pelajar membuat perancangan pengajian mereka dengan maklumat penawaran
kursus bagi satu tahun akademik.
iii) Meningkatkan mutu pentadbiran kerana penawaran kursus yang dihasilkan bagi setiap tahun
akademik memerlukan perancangan yang teliti dan tepat.
iv) Penjimatan kos tidak lansung terhadap masa dan tenaga yang digunakan disebabkan oleh
perancangan penawaran kursus dibuat sekali bagi setiap tahun akademik.
v) Meningkatkan kepuasan pelajar dan kakitangan dengan prosedur penawaran kursus yang
efektif.
Oleh itu satu bengkel telah diadakan pada 4 dan 5 April 2012 Rabu dan Khamis) melibatkan semua
Timbalan Dekan Akademik setiap fakulti bersama 2 orang pembantu setiap masing-masing yang
bertempat di Lecture Room1,Tingkat 2 di perpustakaan, Bestari Jaya. Hasil bengkel adalah satu
proses yang akan digunapakai oleh semua fakulti bagi penawaran kursus untuk satu tahun
akademik 2012/2013.
5. Pelancaran Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dianjurkan oleh MQA pada
16 April 2012(Isnin). Timbalan Pengarah PJKU telah mewakili UNISEL bagi menghadiri majlis
pelancaran ini di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur mulai jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.
6. Bengkel Pemantapan Buku Peraturan Akademik yang di anjurkan oleh Pengarah Jabatan
Pentadbiran Akademik, Encik Mohd Razaki bin Abdullah telah diadakan pada 20 dan 21 Jun
2012(Rabu dan Khamis). Ia dihadiri oleh semua ahli Jawatankuasa Akademik termasuk
Pengarah PJKU bagi membincangkan pengemaskinian buku peraturan akademik UNISEL. Ia
bertempat di De Palma Hotel, Seksyen 19, Shah Alam mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
7. Bengkel Pendidikan di IPT di Selangor: Kebolehpasaran Pelajarnya kepada Negara yang
dianjurkan oleh Pengarah Jabatan Pentadbiran Akademik telah diadakan pada 25 Jun 2012
yang turut dihadiri oleh Pengarah PJKU dan beberapa orang pengarah seperti Pengarah/Ketua
Pustakawan, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengarah Pejabat
Kemasukan dan Pemasaran dan Pengurus Besar Pentadbiran dan Sumber Manusia.
page 4 of 5
PENGEMASKINIAN LAPORAN / AKTIVITI Pusat Jaminan Kualiti UNISEL (PJKU) JULAI -
SEPTEMBER 2012
JULAI 2012
1. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jaminan Kualiti Akademik (JKJKA), kumpulan Sharing Subject
Bil 6(1/2012) pada 5 Julai 2012 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Pengurusan Shah Alam pada jam
2.30 hingga 4.30 petang. Rujuk minit mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jaminan Kualiti Akademik
(JKJKA) Bil 6(1/2012)-Kumpulan Sharing Subject.
2. Pengarah hadir ke Mesyuarat ke2 Penggal kelima Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan ke12
Tahun 2012 pada 13 Julai 2012 jam 9.30 pagi di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.
OGOS 2012
SISTEM KAWALAN DOKUMEN
1. Mesyuarat Sistem Kawalan Dokumen Bil 6(2/2012) diadakan pada 3 Ogos 2012 (Jumaat) yang
dipengerusikan oleh Encik Taufik bin Ridzuan, Timbalan Pengarah PJKU di bilik seminar 2,
UGSM, Shah Alam jam 9.30 pagi. Rujuk minit mesyuarat Jawatankuasa Sistem Kawalan
Dokumen Bil6(2/2012).
KAJI SELIDIK KEPUASAN PARA PELAJAR UNISEL
2. Mesyuarat Kaji Selidik Kepuasan Pelajar UNISEL Bil 1(1/2012) diadakan pada 10 Ogos 2012
(Jumaat) dipengerusikan oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU di bilik Seminar 2
UGSM, Shah Alam jam 9.30 pagi – 12.00 tengahari. Rujuk minit perbincangan Kumpulan
Jawatankuasa Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL Bil1(1/2012).
3. Mesyuarat Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL Bil 2(2/2012) diadakan pada 15 Ogos
2012 (Rabu) dipengerusikan oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU di bilik
Mesyuarat Pengurusan Shah Alam jam 9.30 pagi-415 petang. Rujuk minit perbincangan
Kumpulan Jawatankuasa Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL Bil2(2/2012).
SEPTEMBER 2012
1. Pengarah hadir bersama wakil CICT dan Sumber Manusia bagi Demo & Latihan Sistem Anjung
Kajian Pengesanan Graduan Aras 13, No. 2, Menara 2, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di
Presint 2, Putrajaya.
KAJI SELIDIK KEPUASAN PARA PELAJAR UNISEL
2. Mesyuarat Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL Bil3(3/2012) diadakan pada 7
September 2012 (Jumaat) dipengerusikan oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU
page 5 of 5
di bilik Mesyuarat Senat Shah Alam, jam 9.30 pagi hingga 4.15 petang. Rujuk minit
perbincangan Kumpulan Jawatankuasa Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL
Bil3(3/2012).
3. Mesyuarat Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL Bil 4(4/2012) diadakan pada 14
September 2012 (Jumaat) dipengerusikan oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU
di bilik Mesyuarat Senat Shah Alam, jam 9.30 pagi hingga 12.15 tengahari. Rujuk minit
perbincangan Kumpulan Jawatankuasa Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL
Bil4(4/2012).
4. Bengkel Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL bagi mengemaskini soalan-soalan kaji
selidik dari segi bahasa English dan membincangkan dengan pihak CICT untuk memuat turun
soalan-soalan kaji selidik ini ke dalam students’ portal supaya semua pelajar wajib buat kaji
selidik ini.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
SITI MUSALMAH AHMAD FUAD TAUFIK RIDZUAN JURAIDAWATI ARBAIN
PENOLONG PENDAFTAR TIMB. PENGARAH PENGARAH
Tarikh: 23 Januari 2013
Top Related