1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kurikulum Sains Sekolah Rendah bagi murid tahap dua dibentuk untuk
merangsang sikap ingin tahu dan mengembangkan minat murid agar mereka dapat
memahami diri dan alam sekeliling melalui aktiviti berpusatkan murid. Proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan
penyelesaian masalah. Oleh itu, kemahiran saintifik amat ditekankan dalam
pembelajaran subjek Sains kerana kemahiran saintifik ini terdiri daripada kemahiran
proses sains (KPS) yang merupakan kemahiran penting untuk menjalankan sebarang
aktiviti mengikut kaedah saintifik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan kemahiran yang diperlukan untuk
mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem.
Malahan, ia juga merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran
secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Oleh yang demikian, penguasaan
terhadap kemahiran proses sains sangat penting untuk menjamin keupayaan murid
berfikir secara berkesan.
Walau bagaimanapun, ramai murid tahap dua terutamanya murid yang
berprestasi rendah mempunyai masalah untuk menjawab soalan penyiasatan
kemahiran proses sains. Soalan penyiasatan yang dimaksudkan ini ialah soalan-
soalan berbentuk subjektif yang menguji kefahaman murid berkaitan dengan
kemahiran proses sains yang diaplikasikan dalam aktiviti eksperimen. Antara contoh
soalan penyisatan adalah seperti soalan mengenai pemboleh ubah, inferens, ‘tujuan’
dan ‘hubungan antara’. Soalan penyiasatan ‘tujuan’ merujuk kepada kefahaman
tentang tujuan sesuatu eksperimen dijalankan manakala soalan ‘hubungan antara’
1
merujuk kepada kefahaman tentang perkaitan antara dua pemboleh ubah dalam
eksperimen yang dijalankan.
Oleh itu, saya telah menjalankan satu kajian untuk membantu murid
meningkatkan kemahiran menjawab soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan
antara’ dengan menggunakan kaedah KADMATNA iaitu kad maklumat berwarna.
Kad merupakan salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan dalam
proses PdP. Penggunaan kad sebagai BBM merupakan satu kaedah yang mudah dan
murah. Ia juga membantu murid menguasai pembelajaran terutamanya murid yang
berprestasi rendah. Selain itu, penggunaan kad juga sesuai untuk aktiviti berkaitan
ujian memori dan ia boleh dijalankan secara permainan.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pada minggu pertama saya menjalankan proses PdP, masalah pertama yang
dapat saya kenal pasti ialah murid kelas ini mungkin mempunyai kemahiran
membaca dan menulis yang lemah. Buktinya, apabila saya meminta mereka
membaca maklumat di dalam buku teks secara beramai-ramai, tidak semua murid
membuka mulut untuk membaca. Kemudian, saya memanggil lima orang murid
secara rawak termasuk dua orang murid yang tidak membuka mulut untuk membaca
tadi. Saya meminta mereka membaca secara individu dan hasilnya saya dapati tiga
orang murid pertama boleh membaca tetapi dalam keadaan kurang lancar manakala
dua orang lagi lebih lemah daripada tiga orang yang pertama kerana mereka
membaca dengan mengeja perkataan secara kuat. Aktiviti ini saya ulang beberapa
kali untuk mengesan berapa orang murid yang boleh membaca dengan lancar dan
berapa orang murid menghadapi masalah kelancaran membaca. Keseluruhannya,
saya dapati hanya sekitar enam hingga lapan orang murid daripada 22 orang murid
sahaja yang mempunyai kemahiran membaca yang lancar. Masalah yang wujud ini
2
secara tidak langsung memberi kesan kepada saya untuk merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan murid-murid kelas ini.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa murid kelas ini juga mungkin
mempunyai masalah menulis jawapan pada lembaran kerja. Apabila saya
mengedarkan lembaran kerja bertulis kepada setiap murid, terdapat beberapa orang
murid mengambil masa yang lama untuk menulis jawapan. Pada peringkat awal, saya
menyangkakan murid-murid ini tidak menulis jawapan kerana mereka tidak tahu
jawapan yang betul. Namun, apabila saya membacakan soalan pada lembaran kerja
tersebut, murid-murid ini boleh menyatakan jawapan yang betul secara lisan. Lalu,
saya meminta mereka menulis jawapan yang disebutkan tadi di atas lembaran kerja
tetapi mereka meyoal saya semula seperti; “Cikgu, nak tulis kat mana?”, “Cikgu,
macam mana nak tulis?” dan “Cikgu, macam mana nak eja perkataan ni?”.
Berdasarkan pemerhatian dan sesi soal jawab yang dijalankan, saya dapati
murid-murid ini sebenarnya boleh menulis tetapi mereka kurang mahir membaca dan
mengeja perkataan. Oleh itu, mereka menghadapi masalah menulis jawapan pada
lembaran kerja. Malahan, saya juga dapati bahawa murid-murid ini tidak suka
membaca soalan. Oleh yang demikian, mereka tidak tahu apa kehendak soalan dan
kesan daripada masalah kelancaran membaca dan mengeja tersebut menyebabkan
mereka tidak dapat menulis jawapan yang mereka ketahui. Hal inilah yang
menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk melengkapkan lembaran
kerja bertulis yang diberi.
Seterusnya, murid kelas ini juga mempunyai masalah dalam kawalan disiplin
diri. Mereka suka bermain, menganggu rakan disebelah, berbual, berdiri dan berjalan
ke tempat lain ketika proses pengajaran sedang berjalan. Walau bagaimanapun, tidak
semua murid yang berperangai demikian dan hal ini berlaku mungkin kerana saya
3
meletakkan hasil pembelajaran yang sedikit dalam satu-satu proses pengajaran. Oleh
itu, murid berprestasi tinggi dan sederhana boleh mencapai hasil pembelajaran
dengan mudah manakala murid berprestasi rendah pula memerlukan masa yang lama
untuk mencapai hasil pembelajaran dan memerlukan bimbingan yang lebih secara
individu. Apabila saya memberikan bimbingan yang lebih kepada murid berprestasi
rendah ini, saya dapati murid berprestasi tinggi dan sederhana yang telah menguasai
menyelesaikan tugasan menunjukkan reaksi muka bosan dan mula menimbulkan
masalah di dalam kelas dengan mengganggu murid lain.
Saya cuba mengatasi masalah ini dengan menggunakan khidmat murid
berprestasi tinggi dan sederhana ini sebagai rakan pembimbing kepada murid
berprestasi rendah. Hasilnya, keadaan kelas lebih terkawal dan murid-murid
menunjukkan reaksi positif iaitu menunjukkan minat untuk belajar. Akan tetapi,
pelaksanaan cara ini telah menyebabkan saya menggunakan masa yang panjang pada
fasa penstrukturan semula idea. Tambahan pula, majoriti daripada murid ini
mempunyai masalah menulis jawapan pada lembaran kerja, maka saya perlu
menjalankan sesi soal jawab secara lisan untuk mengenal pasti sama ada murid-
murid ini telah menguasai hasil pembelajaran atau tidak.
Selain itu, hasil perbincangan dengan guru pembimbing, saya dimaklumkan
bahawa aktiviti yang dirancang pada fasa pencetusan idea kurang sesuai dengan
kemampuan murid kumpulan ini. Saya menggunakan lembaran kerja untuk
mencungkil pengetahuan sedia ada murid berkaitan dengan isi pembelajaran pada
hari tersebut. Namun, pelaksanaan aktiviti tersebut tidak berjaya mencapai
objektifnya kerana murid saya menjadi pasif dan tidak melengkapkan lembaran kerja
tersebut. Ini menyebabkan saya tidak dapat mengesan pengetahuan sedia ada mereka.
Misalnya, saya meminta mereka menulis atau menyenaraikan nama-nama gas yang
4
mereka ketahui di dalam lembaran kerja namun, tiada seorang murid pun yang
menulis jawapan di dalam lembaran kerja tersebut. Saya menyangka mereka tidak
memahami soalan saya, maka saya memudahkan arahan soalan dengan
menggunakan ayat lain seperti; “Cikgu nak kamu tulis nama gas yang kamu tahu
dalam kertas yang cikgu bagi.”, “Gas apa yang ada di persekitaran kita ni?” dan
“Apa nama gas yang kita sedut setiap masa?”.
Apabila saya menggunakan perkataan yang lebih mudah difahami, murid
mula memberikan tindak balas positif terhadap soalan yang saya ajukan. Terdapat
beberapa orang murid memberikan jawapan angin dan udara kepada saya. Maka,
berdasarkan respon daripada beberapa orang murid tersebut saya simpulkan bahawa
kemungkinan besar murid-murid kelas ini mempunyai pengetahuan sedia ada yang
rendah dan pengetahuan sedia ada mereka ini tidak dapat dicungkil melalui
pelaksanaan aktiviti berbentuk lembaran kerja.
Selain itu, murid-murid kelas ini juga menghadapi masalah untuk menjawab
soalan KPS. Saya telah menyediakan beberapa set soalan penyiasatan KPS untuk
dijawab oleh murid sebagai latihan ulang kaji sempena ujian yang bakal diadakan.
Menurut guru pembimbing saya, murid-murid ini telah didedahkan dengan cara
menjawab soalan penyiasatan KPS seperti mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas, pemboleh ubah dimalarkan,
membuat pemerhatian, inferens, menyatakan ‘tujuan’, ‘hubungan antara’ dan
‘kesimpulan’. Namun, apa yang saya perhatikan semasa mengedarkan set soalan
KPS yang pertama, murid-murid menjadi terpinga-pinga. Ada di antara mereka
duduk termenung, bermain pensel dan berbual. Ekspresi wajah mereka pula
menunjukkan bahawa mereka tidak menyukai dan tidak berminat untuk menjawab
soalan KPS ini.
5
Saya meminta mereka menjawab set soalan pertama dengan sendiri tetapi
ramai di antara mereka termenung dan tidak menulis apa-apa jawapan pada lima
minit pertama. Oleh itu, saya membantu mereka menjawab soalan tersebut dengan
melakukan perbincangan. Saya meminta murid membaca maklumat mengenai
gambar kemudian menganalisis gambar yang diberi. Soalan pertama yang saya
ajukan ialah; “Apa itu pemboleh ubah dimanipulasikan?”. Pada permulaannya,
murid-murid saya hanya menggelengkan kepala dan setelah beberapa ketika, seorang
murid mula menjawab; “Pemboleh ubah dimanipulasikan ialah benda yang berbeza”.
Pun begitu, apabila saya meminta murid tersebut menyatakan jawapan pemboleh
ubah dimanipulasikan berdasarkan soalan di dalam lembaran kerja, murid tersebut
tidak dapat menyatakan jawapan dengan betul. Hal ini berlaku mungkin disebabkan
oleh mereka tidak dapat menghubungkaitkan maksud pemboleh ubah
dimanipulasikan tersebut dengan isi penyiasatan berdasarkan soalan pada lembaran
kerja yang diberi.
Bukan setakat itu sahaja, saya juga telah diberi peluang oleh guru
pembimbing untuk menyemak kertas ujian bulanan murid, khusus bagi soalan
penyiasatan KPS. Hasil daripada penyemakan tersebut, saya bahagikan murid kelas
ini kepada dua kumpulan iaitu kumpulan tidak menguasai dan kumpulan hampir
menguasai kemahiran menjawab soalan KPS. Kumpulan murid yang tidak
menguasai kemahiran menjawab soalan KPS ini majoritinya menulis semula soalan
pada ruang jawapan dan tidak menulis apa-apa jawapan. Manakala, kumpulan murid
hampir menguasai pula majoritinya menghadapi kekeliruan ketika menjawab soalan
penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Hal ini berlaku mungkin kerana formula
ayat bagi menjawab kedua-dua soalan ini hampir sama. Maka ia menyebabkan murid
keliru dan memberikan jawapan yang salah. Selain itu, saya juga merasakan bahawa
6
perkara ini berlaku mungkin kerana murid tidak dapat memahami apa yang
dimaksudkan dengan istilah ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’.
Terdapat lima masalah yang telah saya nyatakan berdasarkan refleksi PdP
yang telah saya lakukan. Lima masalah tersebut ialah pertama berkaitan dengan
masalah kelancaran membaca dalam kalangan murid, masalah menulis jawapan yang
berpunca daripada kelemahan membaca dan mengeja perkataan, masalah kawalan
disiplin diri dalam kalangan murid berprestasi tinggi dan sederhana, aktiviti yang
kurang sesuai dengan tahap murid pada fasa pencetusan idea, kelemahan murid
memahami cara menjawab soalan KPS dan kekeliruan murid dalam menjawab
soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Secara keseluruhannya, masalah-
masalah yang telah dikenal pasti ini lebih berfokus kepada masalah berkaitan dengan
kemahiran dan pedagogi.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada lima masalah yang telah saya
nyatakan di atas, isu PdP yang menjadi fokus saya ialah berkaitan dengan kesukaran
dan kekeliruan murid untuk menjawab soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan
antara’ yang terdapat dalam soalan kemahiran proses sains. Saya mengkaji isu ini
dengan lebih lanjut kerana saya merasakan pada peringkat awal inilah kekeliruan
yang wujud dalam diri murid perlu diperbetulkan dengan segera dan pemahaman
murid mengenai istilah ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’ perlu diperteguhkan agar
murid dapat menguasai kemahiran proses sains ini dengan lebih baik dan ia tidak
akan menimbulkan masalah pada diri murid, guru atau sekolah pada masa akan
datang. Oleh itu, isu ini saya kaji dengan lebih lanjut untuk mencari jalan
penyelesaian yang lebih efisien agar murid-murid saya tidak mengulangi kesalahan
yang sama pada masa akan datang.
7
Justeru, isu ini saya kaji berlandaskan kepada nilai-nilai pendidikan yang
berhubung dengan proses pembelajaran seseorang murid seperti Teori Pembelajaran
Bruner. Sebagaimana yang sedia maklum, kaedah pembelajaran sains adalah melalui
pendekatan inkuiri penemuan di mana sains dianggap sebagai satu proses. Menurut
Bruner (Noriati A. Rashid, 2009), pembelajaran konsep melalui penemuan merujuk
kepada bagaimana kita membezakan dan mengkategorikan benda atau perkara yang
mempunyai ciri-ciri tertentu. Apabila murid dapat membuat pengkategorian dan
membezakan sesuatu perkara ia bererti murid dapat memahami konsep yang
dipelajari. Malahan, pembelajaran penemuan ini menyediakan ruang untuk murid
membina pengetahuan kerana ia melibatkan proses kognitif. Selain itu, proses inkuiri
yang terdapat dalam pembelajaran penemuan juga melibatkan situasi penyelesaian
masalah yang akan dilalui sendiri oleh murid. Apabila murid terlibat sendiri di dalam
sesuatu proses pembelajaran maka murid akan lebih memahami dan mengingati isi
pembelajaran tersebut. Kekeliruan wujud apabila murid tidak memahami maklumat
yang ingin disampaikan itu dengan sepenuhnya. Kemudian, apabila murid kurang
memahaminya dan murid membuat andaian sendiri maka akan berlakulah
kekeliruan.
Saya juga ingin berpegang kepada Teori Pembelajaran Konstruktivisme
(Noriati A. Rashid, 2009), yang memberi penekanan kepada bagaimana struktur
kognitif membina dan mengorganisasikan pengetahuan. Menurut Piaget yang
merupakan tokoh konstruktivisme yang terkenal dengan teori perkembangan kognitif
dan bagaimana manusia membina pengetahuan, proses pembinaan pengetahuan
berlaku mengikut peringkat. Ia bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam
struktur kognitif kemudian maklumat baru akan diserap masuk atau disesuaikan
dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Melalui proses adaptasi iaitu
8
asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif akan sentiasa
diorganisasikan untuk disimpan dan digunakan apabila perlu. Apabila saya
berpegang kepada teori ini semasa menjalankan penyelidikan, saya dapat membantu
meningkatkan pemahaman serta kemahiran murid mengenai cara menjawab soalan
KPS ini.
Oleh yang demikian, saya melaksanakan penyelidikan ini berlandaskan
kepada Teori Pembelajaran Bruner dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Saya
percaya bahawa nilai-nilai pendidikan tersebut dapat dijadikan rujukan penyelidikan
untuk saya menghasilkan satu intervensi yang boleh membantu murid meningkatkan
kefahaman dan mengelakkan kekeliruan semasa menjawab soalan penyiasatan KPS
‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Saya juga percaya bahawa penguasaan kemahiran
proses sains amat penting kepada murid bagi memudahkan proses pembelajaran
murid itu sendiri sama ada pada peringkat sekolah rendah atau pun di peringkat yang
lebih tinggi kelak.
9
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
2.1 Isu / Masalah Kajian – Tinjauan dan Analisis Masalah
Hasil daripada refleksi PdP yang saya laksanakan, saya dapat mengenal pasti
lima masalah amalan PdP yang perlu dilakukan penambahbaikan iaitu masalah
kelancaran membaca dalam kalangan murid, masalah menulis jawapan yang
berpunca daripada kelemahan murid untuk membaca dan mengeja perkataan,
masalah kawalan disiplin diri dalam kalangan murid berprestasi tinggi dan
sederhana, aktiviti yang kurang sesuai dengan tahap murid pada fasa pencetusan idea
dan kelemahan kemahiran menjawab soalan penyiasatan KPS terutamanya soalan
penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’.
Walaupun saya telah mengesan banyak masalah, namun saya memfokuskan
kajian ini kepada isu yang terakhir iaitu berkaitan dengan kelemahan dan kekeliruan
murid memahami cara menjawab soalan penyiasatan KPS yang berfokus kepada
soalan penyiasatan ‘tujuan dan ‘hubungan antara’. Saya memilih isu ini kerana saya
dapati semasa proses PdP, majoriti daripada murid kelihatan seperti sangat sukar
untuk memahami dan mengenal pasti elemen-elemen soalan penyiasatan dalam
kemahiran proses sains seperti ‘pemboleh ubah’, menyatakan ‘tujuan’,
‘pemerhatian’, ‘inferens’, ‘hipotesis’, ‘corak’, ‘hubungan antara’ serta membuat
‘ramalan’ dan ‘kesimpulan’. Untuk membuktikan isu yang saya pilih ini wujud saya
telah menggunakan tiga jenis alat kajian bagi mengumpul data iaitu melalui
pemerhatian tidak berstruktur, penelitian dokumen dan temu bual.
Saya telah melakukan pemerhatian tidak berstruktur dengan menggunakan
catatan nota lapangan yang tidak menggunakan julat masa tertentu. Data daripada
pemerhatian dianalisis dalam bentuk naratif yang melibatkan interaksi antara guru
dan murid seperti di Lampiran A. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, antara
10
maklumat yang dikumpulkan adalah seperti situasi murid yang pasif ketika lembaran
kerja berkaitan dengan soalan KPS diedarkan. Selain itu, terdapat lapan puluh
peratus daripada jumlah murid hanya duduk diam sambil bermain pensel atau
pemadam walaupun mereka telah diberitahu untuk menjawab soalan sebaik sahaja
menerima lembaran kerja yang diedarkan.
Saya meminta murid terus menjawab soalan berkenaan kerana saya telah
dimaklumkan oleh guru pembimbing bahawa murid-murid ini pernah menjawab
soalan penyiasatan KPS pada pembelajaran sebelum ini. Namun, berdasarkan reaksi
muka dan sikap yang ditunjukkan, saya merasakan murid-murid ini tidak pernah
menjawab soalan-soalan KPS ini. Oleh itu, setelah lima minit murid bersikap
demikian, saya mengambil keputusan untuk membantu murid-murid menjawab
soalan tersebut secara perbincangan. Langkah pertama yang saya lakukan ialah
memilih seorang murid secara rawak untuk membaca penyataan yang diberi pada
lembaran kerja. Kemudian, saya meminta murid yang lain menganalisis gambar pada
lembaran kerja tersebut dan murid menunjukkan reaksi positif. Murid-murid berebut
mengangkat tangan untuk menjawab soalan berkaitan dengan gambar yang
diperhatikan.
Akan tetapi, apabila perbincangan diteruskan kepada soalan penyiasatan KPS
yang pertama iaitu menyatakan pemerhatian berdasarkan gambar, murid bertukar
menjadi pasif semula. Jika sebelum ini murid berlumba-lumba mengangkat tangan
tetapi sekarang murid mendiamkan diri dan sepuluh orang daripada mereka
menundukkan pandangan. Sebenarnya, murid-murid telah pun menjawab soalan
pertama itu apabila mereka menyatakan apa yang dilihat pada gambar tersebut
semasa saya meminta mereka menganalisis gambar tadi. Tetapi, apabila merujuk
kepada soalan yang ditanya, murid menjadi pasif. Ini bererti, kemungkinan besar
11
murid tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan soalan pemerhatian itu.
Kemungkinan juga, murid tidak dapat menghubungkaitkan maklumat yang diperoleh
dengan permintaan soalan. Bukan setakat itu sahaja, perkara yang sama juga berlaku
pada soalan-soalan KPS yang lain seperti soalan inferens, pemboleh ubah, hipotesis,
‘tujuan’, ‘hubungan antara’ dan sebagainya.
Alat kajian kedua ialah analisis dokumen iaitu menganalisis lembaran kerja
dan kertas ujian murid seperti di Lampiran B. Walaupun saya dan guru pembimbing
telah menerangkan makna bagi setiap soalan penyiasatan KPS tetapi murid-murid
masih tidak dapat menghubungkaitkan maklumat tersebut dengan soalan penyiasatan
ketika menjawab soalan pada lembaran kerja dan ujian. Oleh kerana mereka tidak
mengetahui jawapan kepada soalan maka ada di antara mereka menyalin semula
soalan atau membiarkan ruang jawapan kosong. Bahkan, terdapat juga murid yang
meneka jawapan seperti menulis jawapan pemboleh ubah pada soalan ‘tujuan’ atau
‘hubungan antara’. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak faham kehendak soalan
dan tidak tahu cara menjawab soalan penyiasatan KPS terutama bagi soalan
penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Murid tidak akan berjaya menjawab
soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’ jika mereka tidak menguasai
kemahiran menjawab soalan pemboleh ubah. Ini adalah kerana untuk menjawab
soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’, murid perlu terlebih dahulu mengenal pasti
pemboleh ubah dimanipulasikan (PM) dan pemboleh ubah bergerak balas (PB).
Setelah menjawab beberapa soalan latihan, hanya lima orang murid sahaja
yang mampu menjawab soalan KPS ini dan kelihatan seperti sudah memahami dan
boleh membuat perkaitan dan mengesan maklumat daripada soalan. Pun begitu,
daripada lima orang murid ini, tiga daripadanya menunjukkan tanda-tanda keliru
semasa menjawab soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Mereka telah
12
tertukar menulis formula jawapan semasa menjawab kedua-dua soalan ini. Hal ini
berlaku mungkin kerana murid belum benar-benar memahami apa yang dimaksudkan
dengan istilah ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’.
Malahan, formula untuk menjawab soalan ini juga hampir sama di mana
formula jawapan untuk menjawab soalan ‘tujuan’ mempunyai perkataan ‘hubungan
antara’. Oleh yang demikian, murid mungkin menyangka jawapan bagi soalan
‘hubungan antara’ mesti ada perkataan ‘hubungan antara’. Buktinya, berdasarkan
kepada temu bual yang dijalankan kepada tiga orang murid, masing-masing
memberikan jawapan yang sama seperti yang dinyatakan di atas (rujuk lampiran C).
Untuk menjawab soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’, formula
jawapan yang perlu murid gunakan ialah:
Soalan penyiasatan ‘Tujuan’:
Untuk mengkaji hubungan antara ‘pemboleh ubah dimanipulasikan (PM)’
dengan ‘pemboleh ubah bergerak balas (PB)’
Soalan penyiasatan ‘Hubungan antara’:
Jika (PM) + (corak) maka (PB) + (corak)
Berdasarkan kepada jadual analisis jawapan murid semasa menduduki ujian
bulan Mac bagi subjek Sains Kertas 2 seperti di lampiran D, ia menunjukkan bahawa
hampir 80% murid memberikan jawapan salah untuk soalan-soalan penyiasatan
pemboleh ubah, ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Ini bererti murid masih lagi tidak
faham kehendak soalan atau murid tidak tahu cara menjawab soalan-soalan
penyiasatan KPS ini. Atas faktor itu, saya melaksanakan kajian ini untuk membantu
serta membimbing murid-murid memahami dan meningkatkan kemahiran mereka
menjawab soalan penyiasatan KPS amnya dan menjawab soalan penyiasatan ‘tujuan’
dan ‘hubungan antara’ khususnya.
13
Kajian ini saya jalankan dengan mengaplikasikan intervensi yang dikenali
sebagai kaedah KADMATNA iaitu Kad Maklumat Berwarna. KADMATNA ini
merupakan satu set kad yang terdiri daripada lima keping kad berlainan warna.
Setiap kad berwarna akan mewakili satu elemen soalan penyiasatan KPS. Elemen
yang dimaksudkan ini merujuk kepada pemboleh ubah dimalarkan, pemboleh ubah
dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas, soalan ‘tujuan’ dan soalan
‘hubungan antara’. Hanya lima elemen soalan penyiasatan KPS ini sahaja yang akan
difokuskan di dalam kajian ini.
Intervensi ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menambah baik dan
mengatasi isu kajian yang telah difokuskan. Ini bererti, intervensi yang dijalankan ini
adalah untuk membantu murid memahami dan mengingati maksud, konsep atau
formula jawapan soalan penyiasatan KPS seperti soalan-soalan pemboleh ubah,
‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Saya melaksanakan pembelajaran menggunakan
kaedah KADMATNA ini semasa proses PdP mata pelajaran Sains kelas tersebut.
Pelaksanaan intervensi ini dijalankan untuk setiap proses PdP yang melibatkan
soalan penyiasatan KPS terutamanya untuk soalan pemboleh ubah, soalan ‘tujuan’
dan soalan ‘hubungan antara’. Tujuan penggunaan kad berwarna adalah untuk
membantu murid mengingat maklumat dan memudahkan mereka membuat perkaitan
antara maklumat yang telah diperoleh. Tambahan pula, kaedah ini sesuai untuk
diaplikasikan bagi semua tajuk PdP Sains tahap dua.
Isu kajian yang difokuskan ini juga mempunyai ciri kebolehtadbiran kerana
proses menjalankannya hanya melibatkan saya sebagai pengkaji dan murid kelas
saya sebagai kumpulan sasaran. Oleh itu, sebagai pengkaji tiada masalah untuk saya
mengkaji isu ini kerana saya boleh berinteraksi dengan kumpulan sasaran pada bila-
bila masa. Pun begitu, masalah yang timbul bagi kelas ini ialah untuk mendapatkan
14
kehadiran murid seratus peratus. Ini adalah kerana kumpulan sasaran saya
merupakan murid kelas akhir dan kebiasaannya murid kelas akhir mempunyai
masalah kehadiran ke sekolah. Namun demikian, perkara ini tidak menjadi isu yang
besar kerana kajian yang saya jalankan hanya melibatkan jumlah murid yang sedikit
iaitu sebelas orang sahaja.
Malahan, isu yang saya kaji ini juga mudah ditadbir kerana bahan-bahan yang
diperlukan boleh diperoleh dengan mudah dan tidak rumit untuk disediakan. Kos
menghasilkan bahan tersebut juga berpatutan dan tidak membebankan. Selain itu,
pemilihan isu kajian ini juga tidak melanggar mana-mana polisi pendidikan seperti
isu perkauman, diskriminasi antara murid dan kod etika penyelidikan. Kemudian,
pelaksanaan intervensi dilaksanakan semasa proses PdP Sains di mana guru bagi
subjek tersebut ialah saya sendiri dan guru pembimbing Sains saya. Bagi satu sesi
intervensi yang dijalankan, masa yang diperlukan adalah sekitar satu jam dan ia
dijalankan di dalam bilik darjah.
Selain itu, saya juga merasakan bahawa pelaksanaan kajian ini penting kerana
hasil kajian ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran menjawab soalan
penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Pada masa yang sama, isu yang dikaji
juga dapat menyelesaikan masalah murid yang tidak berminat menjawab soalan KPS
sewaktu menduduki ujian atau peperiksaan. Isu ini juga dipilih kerana ia dapat
membantu guru Sains kelas ini atau mana-mana guru Sains yang menghadapi
masalah yang sama sewaktu mengajar murid menjawab soalan penyiasatan KPS.
Bukan setakat itu, kaedah intervensi yang digunakan juga boleh diimplementasikan
untuk topik-topik pembelajaran Sains yang lain dan intervensi kajian ini juga boleh
diguna pakai untuk murid tahap dua yang lain.
15
Kemudian, intervensi yang digunakan mudah dikawal kerana ia tidak
melibatkan banyak pihak dan pelaksanaannya hanya menggunakan ruang yang kecil
maka pengkaji boleh mengawal pergerakan dan penglibatan murid dengan baik.
Pelaksanaan intervensi kajian ini boleh di kolaborasi dengan pengkaji lain jika perlu
kerana kumpulan sasaran tidak disyaratkan dengan apa-apa kriteria. Selain itu, kajian
ini juga boleh di kolaborasi dengan murid yang mempunyai tahap prestasi akademik
yang berbeza dan ia tidak memerlukan pengkolaborasian dengan pihak luar sekolah
kerana ia boleh dilaksanakan di dalam kawasan dan komuniti sekolah sahaja.
Malahan, kajian ini juga dapat membantu sekolah meningkatkan jumlah prestasi
lulus dalam kalangan murid-murid berprestasi rendah dan membantu mereka menjadi
cemerlang dalam ujian-ujian atau peperiksaan Sains akan datang.
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian
Intervensi yang dijalankan dalam kajian ini merupakan pengaplikasian
kaedah KADMATNA iaitu kad maklumat berwarna. Penggunaan kaedah kad dalam
proses PdP telah lama diamalkan oleh para pendidik. Hal ini adalah kerana
penggunaan kaedah kad boleh juga dianggap sebagai satu permainan dalam proses
pembelajaran. Menurut Mohd Arif (1996) murid akan menunjukkan minat yang
mendalam dalam pembelajaran yang mengintegrasikan permainan dan simulasi
kerana mereka dapat belajar dalam keadaan yang tidak formal dan menjadikan
pembelajaran lebih menyeronokkan.
Merujuk kepada Iman (2005), beliau merasakan kemahiran proses sains
adalah perkara yang penting untuk menjadikan murid benar-benar faham mengenai
sesuatu konsep sains. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kajian yang
dijalankan oleh beliau, saya turut merasakan bahawa kajian yang saya jalankan ini
penting kerana ia dapat membantu murid-murid saya menguasai kemahiran
16
menjawab soalan KPS khususnya untuk soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan
antara’.
Selain itu, Shaharom dan Nur Laili (n.d) menyatakan bahawa mengubahsuai
strategi pengajaran untuk menangani kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam
menguasai kemahiran proses sains perlu jika guru hanya menekankan pengajaran
dalam bentuk teori dan fakta sahaja selama ini. Murid perlu mendapatkan gambaran
sebenar mengenai ciri-ciri tersirat di dalam setiap elemen KPS yang dipelajari. Oleh
yang demikian, saya menjalankan kajian ini menggunakan kaedah KADMATNA
untuk membantu murid memahami ciri-ciri tersirat di dalam soalan penyiasatan
‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’.
Menurut Case (2000) dan Halford (2004), teori pemprosesan maklumat
mengatakan bahawa peningkatan kapasiti minda menyebabkan peningkatan dari segi
pemprosesan maklumat juga. Misalnya, peningkatan kapasiti pemprosesan maklumat
kanak-kanak menyebabkan mereka mampu memproses sesuatu yang dipelajari
secara serentak. Oleh itu, dalam kajian yang saya jalankan ini, saya menggunakan
kad berwarna untuk membantu murid meningkatkan kapasiti minda mereka sekaligus
dapat memproses maklumat dan menghafal sesuatu perkara dengan lebih mudah dan
cepat.
Morris (2012) pula berpendapat bahawa penggunaan bahan-bahan pengajaran
seperti kad akan melatih kemahiran mengingat murid-murid. Saya bersetuju dengan
pandangan ini kerana sewaktu menjalankan proses PdP menggunakan kad gambar
sebagai bahan bantu mengajar, saya dapati murid mengingat maklumat dengan lebih
cepat berbanding pengajaran secara lisan. Malahan, kad yang mempunyai warna dan
gambar juga dapat menarik perhatian murid. Apabila mereka melihat kad berwarna
17
atau kad bergambar ini berulang kali, maklumat yang dilihat pada kad tersebut akan
mudah terpahat dalam minda murid-murid.
Manakala Nash (2012), berpandangan bahawa kad merupakan bahan bantu
mengajar yang bermanfaat untuk murid-murid sekolah rendah bagi meningkatkan
kemahiran motor dan daya ingatan. Bahkan, saya juga berpendapat bahawa murid
boleh menguruskan kad dengan baik sepanjang proses PdP. Malahan, mereka juga
akan lebih fokus pada proses PdP iaitu maklumat yang terdapat pada kad dan tidak
bermain dengan alatan lain semasa memegang kad. Manakala, Logsdon (2009) pula
berpandangan, kad merupakan bahan bantu mengajar yang mudah digunakan dalam
proses PdP berbanding dengan penggunaan teknologi. Penggunaan kad kurang
mendatangkan masalah-masalah teknikal semasa proses PdP dilaksanakan. Oleh
yang demikian, saya berpendapat bahawa guru tanpa ragu-ragu boleh menggunakan
kad dalam proses PdP sebagai ABM pada bila-bila masa.
Selain itu, Kivi (2012), memberi pandangan bahawa penggunaan warna boleh
merangsang murid-murid untuk belajar. Jika guru menggunakan bahan berwarna
dalam proses PdP, murid mampu menghafal maklumat tersebut dengan mudah dan
dapat mengingat maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama. Tambahan
pula, menurut beliau lagi, otak menerima 80% maklumat dalam bentuk visual dan
pengaplikasian warna-warna panas seperti merah, kuning dan jingga dalam
penghasilan kad maklumat dapat meningkatkan aktiviti otak. Ini bererti, proses
pembelajaran yang melibatkan pemikiran atau minda yang aktif dapat dilaksanakan
apabila kad berwarna digunakan dalam proses pembelajaran.
Keberkesanan kaedah kad dalam proses PdP bagi mata pelajaran lain juga
telah dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain. Nurul
Ashikin Othman (n.d), telah menjalankan satu kajian tentang penggunaan kad suku
18
kata bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid prasekolah.
Hasil kajian yang dijalankan, beliau mendapati bahawa penggunaan kad suku kata
berwarna menunjukkan hasil yang lebih positif iaitu kemahiran membaca murid
lebih meningkat berbanding dengan penggunaan kad suku kata tanpa warna. Oleh
itu, saya juga berpendapat bahawa penggunaan kad berwarna dapat membantu murid
menghafal dan mengingat maklumat dengan lebih cepat dan mudah sekaligus dapat
meningkatkan kemahiran menjawab soalan penyiasatan yang diuji dengan lebih baik.
Abdul Rahman Abdul Aziz (2000) pula menyatakan bahawa minat murid
dapat diukur melalui beberapa aspek seperti posisi tubuh, gerak geri badan, nada
suara dan riak wajah. Sekiranya murid menunjukkan reaksi-reaksi seperti yang
dinyatakan tersebut maka reaksi tersebut boleh diukur sebagai penanda murid
berminat dengan apa yang mereka sedang lakukan. Reaksi-reaksi ini merangkumi
aspek verbal dan bukan verbal.
19
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran
menjawab soalan penyiasatan KPS terutamanya soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan
‘hubungan antara’ bagi sebelas orang murid Tahun Empat Delima. Objektif kajian
ini adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kemahiran murid tentang cara menjawab soalan
penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’ dalam soalan Kemahiran
Proses Sains dengan menggunakan kaedah Kad Maklumat Berwarna
(KADMATNA).
2. Meningkatkan minat murid untuk menjawab soalan penyiasatan
Kemahiran Proses Sains terutama soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan
‘hubungan antara’ dengan menggunakan kaedah kad maklumat
berwarna (KADMATNA).
20
4.0 SOALAN KAJIAN
Berdasarkan kepada objektif kajian yang dibina, kajian ini juga dilaksanakan
untuk menjawab soalan kajian yang berikut:
1. Adakah penggunaan kaedah kad maklumat berwarna (KADMATNA)
boleh meningkatkan kemahiran murid tentang cara menjawab soalan
penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’ dalam soalan Kemahiran
Proses Sains?
2. Adakah penggunaan kaedah kad maklumat berwarna (KADMATNA)
dapat meningkatkan minat murid untuk menjawab soalan penyiasatan
‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’?
21
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid-murid kelas Tahun 4
Delima. Kelas ini mempunyai 22 orang murid di mana enam orang daripadanya ialah
murid perempuan dan selebihnya ialah murid lelaki. Saya memilih 50% orang murid
daripada jumlah keseluruhan kelas tersebut sebagai kumpulan sasaran kajian dan ia
terdiri daripada tiga orang responden perempuan dan lapan orang responden lelaki.
Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan kepada tahap pencapaian akademik hasil
daripada pelaksanaan ujian terkini bagi subjek Sains sahaja. Semua murid dalam
kumpulan sasaran terdiri daripada bangsa Melayu dan berumur dalam lingkungan 10
tahun. Taraf hidup keluarga kumpulan sasaran saya adalah sederhana kerana ayah
mereka kebanyakannya bekerja sebagai peladang kelapa sawit, peniaga atau pekebun
manakala ibu mereka tidak bekerja.
Sebelas orang responden ini merupakan murid-murid yang mendapat markah
ujian antara 40% hingga 70% iaitu di dalam gred B dan C. Berdasarkan kepada
markah ujian tersebut, tiga orang daripada sebelas orang responden mendapat gred B
manakala selebihnya mendapat gred C. Kesemua responden juga merupakan murid-
murid yang berprestasi sederhana di dalam kelas. Walau bagaimanapun, mereka ini
telah menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dan itu juga
merupakan salah satu faktor mereka dipilih untuk menjadi kumpulan sasaran kajian.
Pun begitu, terdapat tiga orang responden daripada kumpulan sasaran menghadapi
masalah kelancaran membaca dan mengeja yang sekaligus mempunyai masalah
dalam kemahiran menulis. Namun, saya mengambil mereka menjadi responden
kajian juga kerana saya ingin melihat kesan intervensi ini terhadap murid yang
mempunyai masalah 3M.
22
Seterusnya, kelas ini mempunyai dua orang murid bukan beragama Islam.
Seorang murid berbangsa India dan seorang lagi merupakan murid Siam. Murid
berbangsa India tersebut tidak fasih berbahasa Melayu. Tetapi, rakan-rakan kelas
tetap berkawan dengannya dan mereka selalu membantu murid India tersebut
sewaktu proses PdP untuk mengeja perkataan ketika menjawab soalan pada lembaran
kerja. Apabila murid tersebut disoal secara lisan, rakan-rakan lain akan
membantunya menggunakan perkataan yang betul dan sesuai untuk bercakap. Ini
merupakan salah satu keunikan yang ada pada murid-murid kelas ini.
Kemudian, seorang daripada murid lelaki kelas ini pula mempunyai daya
ingatan yang baik dan boleh mengulang semula ayat yang saya gunakan pada
pembelajaran lepas. Malahan, beliau juga sering menggunakan nada suara yang kuat
apabila bercakap di dalam kelas. Sikapnya itu, sudah diketahui oleh semua warga
sekolah ini. Sikap beliau tersebut telah menjadi pencetus jenaka bagi murid-murid
kelas ini. Walaupun sikapnya begitu, murid tersebut tetap berminat untuk belajar dan
boleh mencapai semua hasil pembelajaran yang saya tetapkan bagi setiap proses PdP.
Selain itu, terdapat tiga orang murid di dalam kelas ini yang suka berangan di dalam
kelas. Salah seorang daripada mereka tersebut walaupun kelihatan seperti sedang
berangan tetapi masih boleh menjawab soalan saya dengan baik apabila disoal secara
tiba-tiba. Hal ini berbeza dengan dua orang murid yang lain itu.
23
6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian yang saya jalankan ini tertumpu kepada isu untuk meningkatkan
kemahiran murid menjawab soalan penyiasatan KPS terutamanya soalan ‘tujuan’ dan
‘hubungan antara’. Penyelidikan isu kajian ini telah dijalankan berpandukan kepada
model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946), dalam (Rosinah Edinin, 2012),
yang terdiri daripada empat langkah dan dimulakan dengan langkah perancangan. Di
dalam langkah ini, penyelidik merancang pelan tindakan setelah mengenal pasti
aspek amalan yang perlu ditambah baik. Kemudian, penyelidik bergerak ke langkah
tindakan atau implementasi di mana pelaksanaan tindakan yang dirancang
dilaksanakan. Seterusnya, penyelidik mengumpul kesemua data berkaitan dengan
tindakan yang telah dilaksanakan tersebut dan diakhiri dengan proses penghasilan
refleksi. Di dalam refleksi, penyelidik perlu menilai pelaksanaan tindakan yang
dijalankan dan diikuti dengan proses mengenal pasti keberkesanan tindakan
berdasarkan kepada data-data yang telah dikumpulkan. Sekiranya perlu, lingkaran
proses penyelidikan ini boleh diulang semula.
6.1 Prosedur Tindakan
Untuk menjalankan intervensi kajian ini, set KADMATNA perlu dihasilkan.
Proses menghasilkan set KADMATNA ini mudah kerana ia boleh dihasilkan sendiri
secara manual dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Setiap set KADMATNA
terdiri daripada kad berwarna jingga, kuning, merah, merah jambu dan hijau seperti
di lampiran E. Saya telah memilih warna-warna yang panas kerana ia mampu
mengaktifkan otak atau minda manusia yang melihatnya. Setiap kad pula
mengandungi maklumat berkaitan dengan satu elemen KPS. Maklumat pada kad
tersebut ditulis menggunakan jenis dan saiz tulisan yang besar supaya dapat dilihat
dan dibaca dengan lancar. Pada masa yang sama, saiz setiap kad juga dipotong
24
dengan saiz sederhana iaitu tidak terlalu kecil atau besar supaya murid boleh
mengurus kad tersebut dengan baik dan mudah.
Semasa menjalankan proses intervensi, saya membahagikan murid kelas ini
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan sasaran yang terdiri daripada sebelas orang
murid dan kumpulan bukan sasaran juga terdiri daripada sebelas orang murid.
Kumpulan sasaran saya tempatkan di sebelah kanan kelas manakala kumpulan bukan
sasaran saya tempatkan di sebelah kiri kelas. Sebelum memulakan intervensi, saya
memberikan tugas kepada kumpulan bukan sasaran iaitu latihan menyalin nota dan
menjawab soalan latihan. Ini bertujuan untuk mengurangkan gangguan daripada
kumpulan bukan sasaran semasa intervensi dijalankan.
Setiap murid dalam kumpulan sasaran mendapat satu set KADMATNA. Ini
bertujuan untuk menyediakan peluang yang lebih besar kepada setiap murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam proses PdP. Selain itu, proses pelaksanaan
intervensi bagi fasa penghafalan dilakukan secara berpasangan seperti di lampiran F
kerana saya ingin menerapkan sikap kerjasama dan tolong menolong antara satu
sama lain semasa menghafal. Dengan cara ini, proses penghafalan juga berlaku
dengan lebih cepat kerana murid bersaing antara satu sama lain.
Kumpulan sasaran diberi masa selama sepuluh minit untuk menghafal tetapi
terdapat murid yang lemah untuk menghafal maka saya memberi masa tambahan
selama lima minit kepada mereka yang gagal menghafal dalam tempoh masa yang
diberi. Ini adalah kerana saya mahukan semua responden boleh menghafal warna kad
dan perwakilannya sebelum intervensi diteruskan kepada langkah seterusnya. Saya
menggunakan senarai semak pemerhatian 1 seperti di lampiran G1 untuk
merekodkan dan memastikan semua responden telah berjaya menghafal warna kad
dan perwakilannya.
25
Untuk langkah kedua, saya menerangkan maksud, maklumat dan formula
jawapan bagi setiap elemen soalan KPS yang terlibat. Kemudian, kumpulan sasaran
diberi peluang untuk mengajukan soalan sekiranya mereka kurang faham dengan
penerangan yang diberikan. Secara berpasangan, kumpulan sasaran diberi masa
selama sepuluh minit untuk menghafal warna kad, perwakilannya dan maklumat bagi
setiap elemen soalan KPS yang terlibat. Selepas itu, mereka diuji seorang demi
seorang sekali lagi untuk mengetahui tahap penghafalan mereka dengan
menggunakan senarai semak pemerhatian 2 seperti di lampiran G2.
Setelah semua berjaya menghafal, setiap murid diedarkan dengan lembaran
kerja 1 yang mengandungi empat set soalan penyiasatan (latihan) seperti di lampiran
H. Pada peringkat permulaan, mereka dipandu untuk memahami cara menjawab
soalan penyiasatan menggunakan set KADMATNA. Manakala untuk set soalan
seterusnya, kumpulan sasaran menjawab sendiri soalan tersebut dan mereka diberi
kebenaran untuk berbincang dengan rakan sebelah. Tempoh masa yang diberi untuk
kumpulan sasaran menjawab semua set soalan ialah selama lima belas minit. Setelah
kumpulan sasaran selesai menjawab semua set soalan, perbincangan jawapan
dilakukan bersama-sama. Diakhir PdP, kumpulan sasaran memulangkan
KADMATNA berserta dengan lembaran kerja 1.
Langkah intervensi ini diteruskan dengan tindakan seterusnya di mana pada
proses PdP berikutnya, setiap murid dalam kumpulan sasaran diberi lembaran kerja 2
(ujian) seperti di lampiran I. Kumpulan sasaran diberi masa sepuluh hingga lima
belas minit untuk menjawab lembaran kerja 2 yang mempunyai dua set soalan secara
individu. Setelah lima minit masa menjawab berlalu, dua orang murid yang kelihatan
mempunyai masalah untuk menjawab diberi set KADMATNA sebagai panduan.
Kemudian, kumpulan sasaran dan guru membincangkan jawapan bersama. Jawapan
26
kumpulan sasaran dianalisis menggunakan senarai semak seperti di lampiran J1
kemudian perbandingan dilakukan untuk melihat bilangan murid yang menjawab
soalan dengan tepat dan tidak tepat bagi setiap elemen KPS yang diuji.
Prosedur pelaksanaan intervensi ini diringkaskan seperti di lampiran K dan
gambar rajah di bawah merupakan ringkasan kepada keseluruhan proses pelaksanaan
kajian ini menggunakan model Kurt Lewin:
Sumber : Diadaptasi daripada (Rosinah, 2012)
Rajah 6.1. Kitaran Model Penyelidikan Tindakan Isu Kajian.
27
(1)Merancang Tindakan
1. Mengenal pasti Isu Kajian : Kesukaran murid memahami maksud istilah ‘tujuan’ dan ‘hubungan
antara’ dalam soalan KPS. Murid keliru dan tertukar formula jawapan ketika menjawab soalan
tujuan dan hubungan antara dalam soalan KPS. Murid kurang berminat untuk menjawab soalan KPS umumnya dan
soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’ khasnya.2. Menjalankan tinjauan masalah menggunakan instrumen berikut:
• Pemerhatian • Temu bual• Penelitian dokumen
(4)Menulis Refleksi
Kekuatan dan aspek penambahbaikan tindakan intervensi dinilai.
(2)Melaksanakan Tindakan
Intervensi Kaedah kad maklumat
berwarna (KADMATNA)
(3)Melakukan Pemerhatian
Pemerhatian Penelitian dokumen –lembaran kerja
pertama dan kedua Temu bual
7.0 METODOLOGI PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data dilakukan selepas implementasi kaedah intervensi
dilaksanakan. Tiga jenis instrumen telah dipilih untuk mengumpulkan data kajian.
Data-data yang dikumpul berbentuk data kualitatif dan instrumen pengumpulan data
yang digunakan ialah pemerhatian menggunakan senarai semak dan nota lapangan,
analisis dokumen berdasarkan lembaran kerja pertama (latihan) dan lembaran kerja
kedua (ujian) yang dijalankan beserta dengan senarai semak dan temu bual yang
melibatkan tiga orang murid daripada kumpulan sasaran kajian.
7.1 Pemerhatian
Instrumen ini dipilih untuk menilai tahap penghafalan murid terhadap item
KPS tertentu mengikut warna kad juga maklumat-maklumatnya. Jenis pemerhatian
yang telah dijalankan ialah pemerhatian tidak turut serta atau pemerhatian bukan
peserta iaitu pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan.
Kemudian, pemerhatian ini juga merupakan pemerhatian separa berstruktur.
Pemerhatian difokuskan kepada proses penghafalan warna kad mengikut elemen
KPS yang telah ditetapkan seperti di dalam senarai semak pada lampiran G1 dan G2.
Secara keseluruhannya, terdapat dua senarai semak yang digunakan untuk
menguji, menilai dan merekodkan status penghafalan kumpulan sasaran. Senarai
semak yang pertama digunakan untuk menilai tahap penghafalan responden terhadap
warna kad dan perwakilannya seperti di lampiran G1 manakala senarai semak yang
kedua digunakan untuk menilai maklumat yang sama seperti sebelumnya tetapi
dengan penambahan maksud atau formula jawapan seperti di lampiran G2. Selain itu,
kaedah pemerhatian menggunakan nota lapangan juga digunakan untuk mengumpul
data berkaitan dengan minat murid dalam menjawab soalan penyisatan KPS
terutamanya bagi soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Reaksi atau respon murid
28
dicatatkan dalam nota lapangan oleh pengkaji. Reaksi ini boleh wujud dalam bentuk
verbal dan juga bukan verbal. Contoh reaksi bentuk verbal adalah seperti respon lisan
dan nada suara manakala contoh reaksi bukan verbal ialah seperti mimik muka dan
posisi tubuh.
7.2 Analisis Dokumen
Dokumen yang dianalisis merujuk kepada lembaran kerja pertama iaitu
latihan seperti di lampiran H dan lembaran kerja yang kedua iaitu ujian seperti di
lampiran I. Bagi lembaran kerja pertama iaitu latihan yang mempunyai empat set
soalan, hanya data bagi set soalan ketiga dan keempat sahaja yang direkodkan dan
dianalisis. Ini adalah kerana, set soalan pertama dan kedua dijawab bersama-sama
dengan guru dan ia merupakan latihan awal menggunakan kaedah KADMATNA.
Manakala, set soalan ketiga dan keempat merupakan latihan menjawab secara
individu. Ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu kumpulan sasaran
memantapkan lagi kemahiran menjawab soalan penyiasatan menggunakan kaedah
KADMATNA. Jawapan kumpulan sasaran untuk set soalan ketiga dan keempat
dianalisis untuk melihat perkembangan kemahiran menjawab mereka.
Hasil analisis dapatan lembaran kerja latihan ini dibandingkan dengan hasil
analisis dapatan lembaran kerja ujian. Data lembaran kerja latihan merujuk kepada
data yang diperolehi secara serta merta semasa bimbingan intervensi diberi manakala
data lembaran kerja ujian merujuk kepada data yang diperolehi selepas responden
menjalani keseluruhan intervensi. Ini bererti, perbandingan yang dibuat bukan
melihat pada perbandingan peningkatan pencapaian tetapi melihat kepada
perbandingan penguasaan kemahiran secara keseluruhan iaitu semasa bimbingan
intervensi dan selepas intervensi keseluruhan dijalankan. Kedua-dua hasil dapatan ini
direkodkan di dalam bentuk jadual. untuk melihat perbandingan peningkatan
29
penguasaan kemahiran menjawab murid mengenai soalan penyiasatan KPS seperti
yang difokuskan dalam kajian ini.
Kaedah penelitian dokumen dipilih bertujuan untuk menilai keberkesanan
kaedah intervensi yang dijalankan dalam meningkatkan kemahiran murid menjawab
soalan penyiasatan terutamanya soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Item-item
soalan yang dibina adalah berbentuk subjektif atau soalan berstruktur mengikut fokus
kajian ini. Proses menjawab soalan pada lembaran kerja pertama (latihan) dan
lembaran kerja kedua (ujian) dijalankan mengikut tempoh masa yang telah
ditetapkan. Ini bertujuan untuk memastikan aspek kebolehpercayaan dan kesahan
yang tinggi boleh diperolehi. Tempoh masa ditetapkan mengikut kepada jumlah
bilangan set soalan yang perlu dijawab oleh kumpulan sasaran. Bagi set soalan
pertama tempoh masa yang lebih panjang diberi iaitu 15 minit kerana kumpulan
sasaran masih lagi tidak mahir menggunakan kaedah KADMATNA semasa
menjawab soalan. Namun, bagi set soalan yang kedua dan seterusnya, tempoh masa
yang lebih singkat diberikan iaitu selama 10 minit.
7.3 Temu Bual
Temu bual yang dijalankan ialah separa berstruktur maka soalan temu bual
telah disediakan terlebih dahulu sebelum temu bual dijalankan. Semasa temu bual
dijalankan, terdapat beberapa soalan ditambah mengikut keperluan. Ini kerana ada
masanya soalan yang disediakan terlebih awal tersebut kurang difahami oleh
kumpulan sasaran maka soalan tersebut perlu dipermudahkan agar murid yang di
temu bual boleh memberikan respon dengan lebih baik. Temu bual ini telah
dijalankan di dalam bilik darjah sewaktu murid rehat. Kaedah temu bual yang
digunakan ialah temu bual bersemuka dan instrumen temu bual dipilih kerana ia
mempunyai ciri kebolehtadbiran yang tinggi. Tambahan pula, soalan yang ditanya
30
ialah soalan terbuka maka jawapan yang diberikan murid tidak tertutup dan
mencapah.
Temu bual yang dijalankan ini direkodkan agar tiada maklumat yang
tertinggal atau tercicir. Hasil temu bual ditranskripkan, dianalisis dan
dipersembahkan dalam bentuk naratif seperti di lampiran L1 hingga L3. Sebanyak
tiga orang murid daripada kumpulan sasaran dipilih untuk menjalani proses temu
bual ini. Tiga orang murid berkenaan dipilih berdasarkan kepada prestasi penguasaan
kemahiran setelah menjalani proses intervensi dan menjawab soalan lembaran kerja
kedua (ujian). Daripada keseluruhan murid di dalam kumpulan sasaran, seorang
murid dipilih bagi mewakili setiap tahap prestasi penguasaan kemahiran iaitu
berprestasi rendah, sederhana dan tinggi. Ia bertujuan untuk meningkatkan aspek
kebolehpercayaan dan kesahan temu bual yang dijalankan.
Daripada temu bual yang dijalankan, dua maklumat utama yang dikumpulkan
iaitu pertama berkaitan dengan penguasaan kemahiran menjawab soalan penyiasatan
terutamanya bagi soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Data diukur berdasarkan
kefasihan atau kelancaran responden untuk menyatakan semula formula jawapan
bagi soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’ yang diuji secara lisan.
Manakala maklumat yang kedua ialah berkaitan dengan tahap minat murid untuk
menjawab soalan penyiasatan setelah menggunakan kaedah KADMATNA.
Data dianalisis daripada transkrip temu bual berdasarkan tema-tema yang
telah ditetapkan oleh pengkaji terlebih dahulu. Hal ini adalah kerana temu bual ini
dijalankan secara separa berstruktur, maka pengkaji sudah mengetahui apakah
maklumat yang diingini berdasarkan temu bual yang dijalankan. Oleh itu, pengkaji
hanya mencatatkan kod atau respon yang wujud dalam temu bual jika ada
berdasarkan tema-tema yang telah ditetapkan.
31
Secara keseluruhan, proses pelaksanaan kaedah pengumpulan data yang
dijalankan ini menekankan aspek triangulasi yang merujuk kepada penggunaan
beberapa kaedah atau instrumen semasa mengumpul data dengan tujuan untuk
meningkatkan kesahan data. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk
mengurangkan bias semasa data dikumpulkan. Oleh kerana itu, jenis triangulasi yang
saya gunakan ialah triangulasi data di mana data diperolehi daripada pelbagai sumber
berdasarkan kepada tiga instrumen pengumpulan data yang dijelaskan.
32
8.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
8.1 Data Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian menggunakan senarai semak seperti di lampiran
G1, ia menunjukkan bahawa pada peringkat awal, kumpulan sasaran kelihatan agak
terkejut dengan aktiviti penghafalan yang dijalankan. Terdapat tiga orang murid
lelaki daripada kumpulan sasaran mula merungut dan menyatakan bahawa mereka
tidak boleh menghafal. Mereka cuba memberikan respon negatif seperti duduk
bersandar sambil memeluk tubuh. Walau bagaimanapun, pengkaji berjaya
memotivasikan mereka dan mereka mula menghafal dan melibatkan diri dengan aktif
apabila melihat rakan-rakan lain menghafal bersama.
Apabila tempoh masa menghafal tamat, murid diuji oleh pengkaji secara
individu. Nama murid yang berjaya menghafal kesemua elemen yang ditetapkan
ditanda pada senarai semak yang disediakan seperti di lampiran G1 dan G2. Secara
keseluruhannya, terdapat empat orang murid lelaki dari kumpulan sasaran yang sukar
menghafal dan mengambil masa yang panjang untuk menghafal. Walau
bagaimanapun, setelah diberi masa tambahan dan dibantu oleh rakan murid yang
lain, mereka berjaya menghafal elemen-elemen yang terdapat pada kad mengikut
warnanya. Hasil daripada pemerhatian menggunakan senarai semak ia menunjukkan
bahawa semua murid di dalam kumpulan sasaran berjaya melepasi fasa penghafalan
ini.
Pemerhatian kedua yang dijalankan adalah menggunakan nota lapangan
seperti di lampiran M1 dan M2. Pemerhatian beserta dengan nota lapangan ini
digunakan untuk melihat tahap atau peningkatan minat murid untuk menjawab
soalan penyiasatan. Berdasarkan Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), minat murid
dapat diukur melalui beberapa aspek seperti posisi tubuh, gerak-geri badan, nada
33
suara dan riak wajah. Berdasarkan kepada pemerhatian menggunakan nota lapangan
yang telah dijalankan, reaksi yang telah ditunjukkan oleh kumpulan sasaran boleh
dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan
penyiasatan dan kumpulan sasaran tidak berminat untuk menjawab soalan
penyiasatan. Jadual di bawah menyenaraikan reaksi-reaksi yang telah ditunjukkan
oleh kumpulan sasaran.
Jadual 8.1
Reaksi kumpulan sasaran pada pemerhatian kali pertama
Reaksi berminat untuk menjawab soalan penyiasatan
Reaksi tidak berminat untuk menjawab soalan penyiasatan
Mengangguk-anggukkan kepala. Mengerutkan dahi.Mengajukan soalan positif :
a) “Cikgu, dah siap, yang sebelah ni kena jawab ka?”
b) “Cikgu, dah siap. Cikgu, saya jawab soalan ni boleh (merujuk kepada soalan set ketiga)?”
Bermain pensel dan pemadam.
Responden mula menjawab soalan penyiasatan yang berikutnya dengan cepat tanpa perlu disuruh.
Mengajukan soalan negatif :a) “Cikgu, macam mana nak
jawab ni?”b) “Cikgu, nak jawab macam
tadi ka?”Responden bersungguh-sungguh menjawab soalan.Menulis jawapan dengan tekun.Tersenyum-senyum sambil menulis jawapan.Bersungguh-sungguh menyelak kad yang diberi untuk menulis jawapan pada lembaran kerja.Mereka juga berbincang antara satu sama lain untuk membandingkan jawapan.
Berdasarkan kepada pemerhatian pertama yang dilaksanakan, terdapat lapan
reaksi yang menunjukkan kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan
34
penyiasatan dan tiga reaksi yang menunjukkan kumpulan sasaran tidak berminat
untuk menjawab soalan penyiasatan. Jadual di sebelah pula menyenaraikan reaksi
yang ditunjukkan oleh kumpulan sasaran pada pemerhatian kali kedua.
Jadual 8.2
Reaksi kumpulan sasaran pada pemerhatian kali kedua
Reaksi berminat untuk menjawab soalan penyiasatan
Sebaik sahaja lembaran kerja diedarkan dan arahan diberikan,
kumpulan sasaran terus menjawab soalan tanpa mengurut.
Masing-masing kelihatan fokus membaca soalan dan mencari
jawapan.
Responden mempunyai masalah untuk menjawab soalan penyiasatan
tetapi mereka tidak berputus asa dan mencari cara lain untuk
menjawab soalan.
Memberikan tumpuan pada lembaran kerja masing-masing.
Ada yang tekun menulis jawapan pada lembaran kerja dan ada yang
berfikir sambil memegang kepala.
Semua ruang jawapan telah diisi oleh kumpulan sasaran.
Berdasarkan pemerhatian kali kedua tersebut, terdapat enam reaksi yang
menunjukkan kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan penyiasatan. Bagi
pemerhatian kali kedua ini, tiada reaksi yang menunjukkan responden tidak berminat
untuk menjawab soalan penyiasatan.
8.2 Data Analisis dokumen
Hasil daripada data analisis dokumen, jawapan kumpulan sasaran dianalisis
mengikut dua kategori iaitu jawapan tepat dan jawapan tidak tepat. Untuk lembaran
kerja latihan, hanya set soalan ketiga dan keempat sahaja yang dianalisis. Analisis
data bagi lembaran kerja latihan dan lembaran kerja ujian adalah seperti di lampiran
J1 dan J2. Berikut merupakan ringkasan analisis data yang difokuskan kepada dua
35
elemen utama soalan penyiasatan yang menjadi fokus kajian iaitu soalan penyiasatan
‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’:
Jadual 8.2
Analisis jawapan kumpulan sasaran bagi lembaran kerja latihan
Set soalanSoalan
penyiasatanJumlah
jawapan tepat
Jumlah jawapan
tidak tepat
Set soalan 3Tujuan 10 1
Hubungan antara
110
Set soalan 4Tujuan 9 2
Hubungan antara
10 1
Jadual 8.3
Analisis jawapan kumpulan sasaran bagi lembaran kerja ujian
Set soalanSoalan
penyiasatanJumlah
jawapan tepat
Jumlah jawapan
tidak tepat
Set soalan 1Tujuan 10 1
Hubungan antara
11 0
Set soalan 2Tujuan 10 1
Hubungan antara
10 1
Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada jadual 8.2 di atas, bilangan
responden yang berjaya memberi jawapan tepat bagi soalan penyiasatan ‘tujuan’
ialah 19 orang manakala bilangan responden yang memberi jawapan tepat bagi
soalan penyiasatan ‘hubungan antara’ ialah 21 orang. Sedikit berbeza dengan data
pada jadual 8.3 di mana bilangan responden yang berjaya memberi jawapan tepat
bagi soalan ‘tujuan’ telah meningkat kepada 20 orang manakala bagi soalan
‘hubungan antara’, bilangannya adalah sama seperti data sebelumnya iaitu 21 orang.
36
Jadual 8.4 di bawah pula menunjukkan perbandingan peratus jumlah jawapan tepat
bagi set soalan latihan dan ujian.
Jadual 8.4
Perbandingan peratus jumlah jawapan tepat bagi set soalan latihan dan ujian
Set soalanSoalan
penyiasatanJumlah jawapan
tepat (%)
Latihan Tujuan 86
Hubungan antara 96
Ujian Tujuan 91
Hubungan antara 96
Perbandingan dibuat dengan lebih jelas dalam bentuk peratus antara data set
soalan latihan dan data set soalan ujian. Bagi soalan ‘tujuan’, data menunjukkan
bahawa bilangan responden yang memberi jawapan tepat meningkat iaitu daripada
86% kepada 91%. Manakala bagi soalan ‘hubungan antara’ bilangan responden yang
memberi jawapan tepat ialah kekal sama iaitu 96%. Perbandingan data tersebut
dijelaskan dengan lebih ringkas kepada bentuk graf seperti di dalam rajah di bawah.
Soalan 'tujuan' Soalan 'hubungan antara'80
82
84
86
88
90
92
94
96
98
Latihan Ujian
Set soalan :
Rajah 8.5. Graf jumlah jawapan tepat (%) bagi soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’
bagi set soalan latihan dan ujian.
37
8.3 Temu bual
Transkrip temu bual untuk ketiga-tiga murid yang dipilih daripada kumpulan
sasaran adalah seperti di lampiran L1 hingga L3. Berdasarkan kepada temu bual yang
telah dijalankan, antara reaksi yang telah ditunjukkan oleh tiga orang murid yang
ditemu bual adalah seperti menganggukkan kepala, tidak berpeluk tubuh, bercakap
dengan nada suara yang tinggi, tersenyum dan ketawa.
Berdasarkan kepada Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), reaksi-reaksi yang
telah ditunjukkan oleh murid semasa ditemu bual tersebut merupakan ciri-ciri minat
yang boleh diukur. Selain daripada reaksi murid, jawapan murid semasa ditemu bual
juga menunjukkan bahawa murid sudah mempunyai peningkatan minat untuk
menjawab soalan berbentuk penyiasatan.
Berikut merupakan analisis data temu bual berdasarkan transkrip yang
dipecahkan kepada tiga tema iaitu murid suka akan kaedah KADMATNA, kaedah
KADMATNA membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan penyiasatan
‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’ juga kaedah KADMATNA dapat meningkatkan
minat murid untuk menjawab soalan penyiasatan.
Jadual 8.3
Analisis data temu bual
Tema Respon Kod BilanganSuka akan kaedah KADMATNA untuk menjawab soalan penyiasatan.
Suka. (S) = suka 3
Tidak suka. (TS) = tidak suka
0
Kaedah KADMATNA membantu meningkatkan kemahiran menjawab
Boleh menyatakan formula jawapan dengan amat baik.
(AB) = amat baik
1
Boleh menyatakan formula jawapan
(SB) = sederhana baik
2
38
soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’.
dengan sederhana baik.
Tidak boleh menyatakan formula jawapan.
(TB) = tidak boleh
0
Kaedah KADMATNA meningkatkan minat murid menjawab soalan penyiasatan terutama soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’.
Berminat untuk menjawab soalan penyiasatan jika diberi pada masa akan datang.
(B) = berminat
3
Kurang berminat untuk menjawab soalan penyiasatan jika diberi pada masa akan datang.
(KB) = kurang berminat
0
Tidak berminat untuk menjawab soalan penyiasatan jika diberi pada masa akan datang (TM).
(TBM) = tidak berminat
0
Merujuk kepada jadual 8.3 di atas, didapati bahawa ketiga-tiga responden
yang ditemu bual memberikan respon suka akan pengaplikasian kaedah
KADMATNA dalam menjawab soalan penyiasatan. Kemudian, seorang daripada
responden yang ditemu bual boleh menyatakan formula jawapan bagi soalan
‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’ dengan baik manakala dua orang yang lain boleh
menyatakan semula formula jawapan dengan sederhana baik. Seterusnya, ketiga-
tiga responden juga memberikan respon berminat untuk menjawab soalan
penyiasatan jika diberi lagi pada masa akan datang.
39
9.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
Merujuk kepada analisis data pemerhatian, kumpulan sasaran berjaya
menghafal maklumat yang terdapat pada kad dengan menggunakan kaedah
KADMATNA dalam tempoh masa yang singkat. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri
daripada murid yang berprestasi akademik sederhana dan lemah namun
pengaplikasian kaedah KADMATNA yang mana kadnya dihasilkan daripada kertas
berwarna serta mengandungi maklumat penting dan ringkas sahaja sangat membantu
murid berprestasi sederhana dan lemah ini untuk menghafal maklumat yang terdapat
padanya. Malahan, kumpulan sasaran kajian ini juga hanya memerlukan tempoh
masa yang singkat untuk menghafal maklumat apabila menggunakan kad berwarna.
Hal ini adalah seperti yang telah dikatakan oleh Morris (2012), iaitu penggunaan
bahan pengajaran seperti kad dapat melatih kemahiran mengingat murid-murid.
Malahan, berdasarkan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa daya ingatan
murid juga dapat bertahan lebih lama. Apabila mereka terlupa sesuatu maklumat,
mereka akan cuba mengingati warna kad dahulu kemudian mengaitkannya dengan isi
yang terdapat pada kad tersebut. Dengan cara ini, mereka dapat mengingat semula
maklumat yang tercicir tersebut. Apa yang berlaku ini adalah sama seperti yang
dikatakan oleh Kivi (2012), bahawa penggunaan warna merangsang murid-murid
untuk belajar. Jika guru menggunakan bahan bantu mengajar berwarna dalam PdP,
murid mampu untuk menghafal maklumat tersebut dengan mudah dan dapat
mengingat maklumat tersebut untuk jangka masa yang lebih lama. Menurut beliau
juga, pengaplikasian warna-warna panas seperti merah, kuning dan jingga mampu
meningkatkan aktiviti otak. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan warna-warna
panas ini dalam penghasilan kad maklumat. Hasilnya, kumpulan sasaran kajian dapat
40
menghafal maklumat dengan lebih cepat dan dapat mengingat maklumat tersebut
untuk tempoh masa yang lebih lama berbanding biasa.
Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Abdul Rahman Abdul Aziz (2000),
minat murid dapat diukur melalui beberapa aspek seperti posisi tubuh, gerak geri
badan, nada suara dan riak wajah. Oleh itu, melalui kajian ini, analisis pemerhatian
menggunakan nota lapangan yang telah dijalankan mendapati kumpulan sasaran
telah menunjukkan beberapa reaksi seperti menganggukkan kepala, menghalakan
badan ke arah orang sedang bercakap, mengajukan soalan berbentuk positif,
tersenyum dan menjawab soalan dengan tekun ketika menjawab soalan pada
lembaran kerja semasa dan selepas intervensi dijalankan. Ini bererti, kumpulan
sasaran sudah menunjukkan minat untuk menjawab soalan penyiasatan selepas
menjalani intervensi. Malahan, selepas intervensi, kumpulan sasaran tidak lagi
menunjukkan reaksi negatif yang menunjukkan mereka tidak berminat untuk
menjawab soalan penyiasatan seperti sebelum intervensi dijalankan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, hasil daripada data analisis dokumen
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam kemahiran menjawab soalan
penyiasatan terutamanya bagi soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Peningkatan ini
dilihat secara keseluruhan bukan dari segi peningkatan pencapaian tetapi berdasarkan
kepada peningkatan penguasaan kemahiran secara keseluruhan selepas bimbingan
intervensi dan selepas intervensi keseluruhan dijalankan. Peningkatan tersebut adalah
berdasarkan data daripada lembaran kerja latihan yang merujuk kepada data yang
diperolehi secara serta merta selepas bimbingan intervensi diberi manakala data
daripada lembaran kerja ujian merujuk kepada data yang diperoleh selepas responden
menjalani keseluruhan intervensi.
41
Bagi soalan penyiasatan ‘tujuan’, peningkatan sebanyak 5% telah berlaku.
Pada percubaan pertama iaitu semasa menjawab set latihan, sebanyak 86%
responden memberi jawapan tepat manakala pada percubaan kali kedua iaitu semasa
menjawab set ujian, jumlah jawapan tepat yang diberi oleh responden menjadi 91%.
Bagi soalan ‘hubungan antara’ pula, data adalah kekal sama iaitu 96% dan ini bererti
tiada peningkatan mahupun penurunan pada jumlah jawapan tepat yang diberi oleh
responden pada set soalan latihan dan set ujian.
Kemudian, berdasarkan analisis data temu bual juga menunjukkan bahawa
seorang daripada responden yang ditemu bual mampu menyatakan formula jawapan
soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’ dengan amat baik. Manakala, dua orang
responden lagi boleh menyatakan formula jawapan soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan
antara’ dengan sederhana baik. Ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa
kekeliruan formula jawapan yang wujud sebelum ini pada responden telah berjaya
dikurangkan.
Responden yang mampu menyatakan formula jawapan dengan amat baik
tersebut merupakan responden berprestasi tinggi manakala dua orang responden yang
mampu menyatakan formula jawapan dengan sederhana baik merupakan murid
berprestasi sederhana dan lemah. Jika murid lemah juga sudah boleh menyatakan
formula jawapan dengan betul walaupun setelah dibantu ini bererti bahawa
pengaplikasian kaedah KADMATNA telah membantu meningkatkan kemahiran
murid untuk menjawab soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Jika
dahulu mereka tidak tahu formula jawapan dan sering tertukar formula jawapan
sekarang mereka sudah boleh mengingat formula jawapan yang betul dengan
bantuan kad berwarna.
42
Perkara ini adalah sama seperti yang dinyatakan oleh Case (2000) dan
Halford (2004) iaitu berkaitan dengan teori pemprosesan maklumat bahawa
peningkatan kapasiti minda menyebabkan peningkatan dari segi pemprosesan
maklumat juga. Penggunaan kad berwarna telah membantu murid meningkatkan
kapasiti minda mereka sekaligus dapat memproses dan menghafal maklumat dengan
mudah dan cepat. Secara tidak langsung, mereka juga dapat membuat perkaitan
antara warna kad dan maklumat bagi setiap satunya. Pada peringkat awal, intervensi
ini akan kelihatan seperti proses menghafal dan mengingat maklumat tanpa
pemahaman tetapi lama kelamaan saya percaya dengan latihan yang dijalankan
murid akan dapat membuat perkaitan dan menghubungkaitkan maklumat yang
mereka hafal dengan kehendak soalan penyiasatan yang mereka jawab. Secara
perlahan, mereka akan ketahui apa yang dimaksudkan dengan soalan ‘tujuan’ dan
apa yang dimaksudkan dengan soalan ‘hubungan antara’.
Kemudian, analisis data daripada temu bual pula menunjukkan bahawa
ketiga-tiga responden yang ditemu bual suka akan kaedah KADMATNA yang
dijalankan. Di samping itu, mereka juga menyatakan bahawa mereka berminat untuk
menjawab soalan penyiasatan ini pada masa akan datang kerana mereka sudah tahu
cara untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan penyiasatan yang ditanya. Hal ini
dikukuhkan lagi apabila semasa ditemu bual, responden menunjukkan reaksi yang
boleh diukur sebagai minat seperti menganggukan kepala, tersenyum, ketawa, tidak
berpeluk tubuh dan menggunakan nada suara yang ditinggikan dengan nada
membujuk.
Secara keseluruhannya, berdasarkan kajian yang dijalankan ini ia
menunjukkan bahawa penggunaan kaedah KADMATNA telah membantu
meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan penyiasatan khususnya bagi
43
soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’. Selain itu, kaedah ini juga telah dapat
meningkatkan minat murid untuk menjawab soalan-soalan berbentuk penyiasatan.
Dapatan hasil kajian ini adalah hampir sama seperti dapatan kajian yang dijalankan
oleh Ashikin Othman (n.d) berkaitan penggunaan kad suku kata bagi meningkatkan
kemahiran membaca murid prasekolah. Hasil kajian beliau berjaya menunjukkan
bahawa penggunaan kad suku kata berwarna lebih berkesan daripada penggunaan
kad suku kata tidak berwarna dalam meningkatkan kemahiran membaca manakala
hasil kajian saya telah menunjukkan bahawa penggunaan kad berwarna dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan penyiasatan KPS.
44
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menjawab dan
minat murid berkaitan dengan soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan antara’.
Peningkatan kemahiran murid menjawab soalan penyiasatan ‘tujuan’ dan ‘hubungan
antara’ telah diukur berdasarkan kepada peningkatan jumlah jawapan tepat yang
diberi semasa menjawab soalan penyiasatan pada lembaran kerja latihan dan ujian.
Peningkatan jumlah jawapan tepat menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran
menjawab soalan penyiasatan murid sudah meningkat.
Selain itu, kaedah KADMATNA juga telah meningkatkan minat murid untuk
menjawab soalan penyiasatan terutamanya bagi soalan ‘tujuan’ dan ‘hubungan
antara’. Peningkatan minat telah diukur berdasarkan kepada respon positif yang
ditunjukkan oleh murid adalah lebih banyak berbanding respon negatif semasa
menjawab soalan penyiasatan pada lembaran kerja dan semasa ditemu bual.
45
11.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kepada perbincangan dan rumusan yang dibuat, terdapat
beberapa cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan pada pelaksanaan kajian
ini yang menggunakan kaedah KADMATNA iaitu pertama, semasa fasa
penghafalan, pengkaji boleh memasukkan unsur nyanyian. Ini bermaksud selain
menggunakan kad berwarna, penambahan unsur nyanyian pasti dapat meningkatkan
keseronokan pada murid untuk belajar dan sekaligus memudahkan mereka untuk
menghafal.
Cadangan yang kedua ialah menambah tempoh masa pelaksanaan kajian.
Sekiranya kumpulan sasaran kajian merupakan murid berprestasi rendah, maka
tempoh masa kajian boleh dipanjangkan lagi bagi memberi peluang yang lebih
kepada murid untuk terbiasa dengan kaedah KADMATNA. Ini bererti, murid boleh
melakukan beberapa set soalan latihan dahulu dengan menggunakan kaedah
KADMATNA sebelum kemahiran mereka dinilai.
46