7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
1/63
1
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAHLAGI MAHA PENGASIHANI
Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, selesai juga
akhirnya kami menyiapkan laporan penuh sebelum, semasa dan selepas program
bagi Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Felcra Panchor Merah bagi PISMP
Semester 4/2012 yang telah diadakan pada 6 September 2012 sehingga 8
September 2012 yang bertempat di kawasan mukim Kampung Felcra Panchor
Merah, Jertih, Terengganu. Program ini bertujuan untuk menyempurnakan kehendak
kurikulum Bina Insan Guru Fasa 4 PISMP Semester 4/2012.
Setulus ikhlas dan sekalung apresiasi ditujukan khas buat pensyarah
pembimbing kami merangkap Komanda bagi BIG pada kali ini iaitu Tuan Haji Safri
Bin Aziz kerana telah banyak membantu kami sejak permulaan perancangan
program tersebut sehinggalah selesai semuanya tanpa sebarang kesulitan dan
masalah yang berlarutan. Disamping itu juga, sifat beliau yang tidak pernah lekang
dalam menyumbang idea yang bernas serta mantap bagi melancarkan gerak kerja
kami sehinggalah berjayanya program khidmat bakti siswa pada kali ini. Kami juga
berbesar hati kerana usaha yang telah dilaksanakan oleh pensyarah pembimbing
kami sedikit sebanyak telah mengajar kami cara pengurusan sesuatu aktiviti
program dengan cekap dan teratur selain telah mendedahkan kami cara untuk hidup
bermasyarakat dan berkomuniti apabila berada di luar lingkungan warga kampus.
Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing serta tutor unit yang turut
sama terlibat secara aktif disepanjang program yang telah bersama-sama
menyumbangkan cadangan yang bernas, masa, tenaga dan sebagainya bagi
memastikan program yang berlangsung dapat dijayakan dengan berkualiti dan
lancar. Ucapan penghargaan juga kepada kesemua sahabat-sahabat dari kelima-
lima unit yang banyak memberikan kerjasama, sokongan dan dorongan dalam
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
2/63
2
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
merealisasikan objektif yang ingin dicapai dalam program ini dengan begitu efektif
sekali.
Seluas ingatan seindah mahabbah juga kepada kesemua penduduk kampung
Felcra Panchor Merah, Jertih, Terengganu di atas kesudian mereka mengizinkan
kami mengadakan program khidmat bakti siswa di kampung halaman mereka yang
serba indah lagi permai. Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah menjadi peranan
dan tunggak utama kepada terlaksananya program yang bermanfaat ini. Seinfiniti
kalungan ucapan terima kasih juga kerana telah sudi dan sukacita sekali menerima
kami sebagai anak angkat mereka dengan sepenuh jiwa dan kasih sayang.
Diharapkan dengan adanya program yang berunsurkan kemasyarakatan ini
dapat mendedahkan dan membantu kami semua dalam menjiwai watak dalam suatu
sistem kemasyarakatan di luar serta melatih diri masing-masing dalam
mengaplikasikan interaksi sosial yang baik sebagai bakal guru kelak agar produk
yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali dapat
mencapai tahap kredibiliti yang sebenarnya dan mampu mempamerkan
kesungguhan dan kejituan dalam mendidik anak bangsa mendatang.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh :
.........................................( MUHAMMAD AYYAS )
Ketua Unit Dokumentasi,
Program Bina Insan Guru Fasa 4/2012,
Felcra Panchor Merah,
Jertih, Terengganu.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
3/63
3
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4/2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
DI FELCRA PANCHOR MERAH,
JERTIH, TERENGGANU
Sukatan Pelajaran Pendidikan Bina Insan Guru disediakan untuk memenuhi
keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan mulai ambilan tahun 2000, dalam
Komponen Asas Dinamika Guru. Sukatan Pelajaran ini menekankan kepada unsur-
unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan
Insan Guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru
adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan
Negara Bangsa.
Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang,
pembentukan jati diri dan menjadi qudwah hasanah kepada masyarakat. Justeru,
guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu
menangani cabaran era globalisasi.
Sukatan pelajaran Bina Insan Guru ini mengandungi tiga tema utama iaitu
Konsep Dan Ciri-Ciri Dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru
serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema utama ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti kemasyarakatan dan diberi pemberatan
sebanyak satu kredit.
1.0 PENDAHULUAN
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
4/63
4
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Tujuan program adalah untuk memberikan peluang kepada guru pelatih
mengendalikan aktiviti luar serta memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih
dalam mendidik generasi akan datang.
3.1 Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan yang perlu diterapkan dalam diri
setiap guru pelatih.
3.2 Memberikan ruang kepada guru pelatih untuk mahir dalam pengurusan dan
mengendalikan sesuatu program.
3.3 Memupuk semangat bekerja dalam pasukan, kerjasama dan
bertanggungjawab dalam setiap amanah yang dipikul.
3.4 Memupuk kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam kalangan guru
pelatih.
3.5 Menghayati konsep kerja sebagia ibadah dengan beramal dan berbakti
kepada komuniti sekeliling.
Tarikh : 6,7 & 8 September 2012
Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tempat Program : Kampung Felcra Panchor Merah, Jertih, Terengganu dan
kampung-kampung sekitarnya.
2.0 TUJUAN PROGRAM
3.0 OBJEKTIF PROGRAM
4.0 TARIKH & LOKASI PROGRAM
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
5/63
5
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
5.1 Perjalanan pergi dari IPG KDRI ke Kampung Felcra Panchor Merah, Jertih.
Bas IPG Kampus Dato Razali Ismail
Bas sewa
5.2 Perjalanan pulang dari Kampung Felcra Panchor Merah ke IPG KDRI
Bas IPG Kampus Dato Razali Ismail
Bas sewa
6.1 Peserta : Rumah keluarga angkat masing-masing.
6.2 Pensyarah : Bilik Mesyuarat, Balai Raya Felcra Panchor Merah
105 orang yang terdiri daripada guru pelatih dari 5 unit PISMP Semester 4 iaitu
PISMP Kajian Sosial, PISMP PAI 3, PISMP BM, PISMP PSV dan PISMP Tesl 2.
8.1 Aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung.
8.2 Kelas bimbingan dan motivasi UPSR
8.3 Aktiviti kerohanian / Qiamullail
8.4 Interaksi bersama penduduk kampung.
8.5 Malam BBQ & tayangan telefilem
8.6 Jamuan Aidilfitri
8.7 Pameran & pemeriksaan kesihatan oleh COMBI KKM
5.0 KAEDAH PENGANGKUTAN
6.0 PENGINAPAN
7.0 KUMPULAN SASARAN
8.0 PENGISIAN PROGRAM
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
6/63
6
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
9.0 TENTATIF PROGRAM
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
7/63
7
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
8/63
8
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
JAWATANKUASA PROGRAM
BINA INSAN GURU FASA 4/2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
JAWATANKUASA INDUK
10.0 JAWATANKUASA PROGRAM
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
9/63
9
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
JAWATANKUASA PELAKSANA
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
10/63
10
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
JAWATANKUASA KERJA
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
11/63
11
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
12/63
12
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
13/63
13
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
14/63
14
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
11.1 Mesyuarat Jawatankuasa Program
Sebelum program diadakan, beberapa siri mesyuarat telah diadakan bersama
ahli kelima-lima unit dan turut diadakan mesyuarat bersama dengan ahli
jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Felcra Panchor Merah.
Mesyuarat diadakan untuk membincangkan secara terperinci untuk memastikan
perjalanan program sentiasa berjalan dengan lancarkan. Terdapat beberapa
masalah yang timbul sewaktu perancangan program, namun dengan diadakan
mesyuarat dan perbincangan, maka segala masalah yang timbul dapat diselesaikan
Foto 1 : Mesyuarat AMT bersama
Ketua AJK dijalankan pada 29 Ogos
2012 di Bilik Kuliah Utama.
Foto 2 : Mesyuarat dipengerusikan
oleh Pengarah Program, saudari
Rabiatul Adawiyah.
11.0 LAPORAN KRONOLOGI PROGRAM
Foto 3 : Ketua AJK yang hadir
sewaktu program.
Foto 4 : Bendahari program (kiri),
Nurul Aida dan pengarah program,
Rabiatul Adawiyah.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
15/63
15
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
dengan jayanya. Mesyuarat telah diadakan beberapa kali dan kali terakhir sebelum
program bermula ialah pada 30 Ogos 2012 (khamis). Mesyuarat telah dijalankan di
Bilik Mesyuarat Balai Raya Felcra Panchor Merah.
11.2 Taklimat dan Bertolak ke Lokasi Program
Sebelum bertolak ke lokasi program, pada jam 11.00 pagi, taklimat diantara
peserta program dan pensyarah pembimbing telah diadakan di Dewan Ungku Omar.
Kesemua peserta hadir untuk mendengar amanat dari En. Zaharim Bin Tawang.
Pelbagai amanat yang telah disampaikan oleh beliau terutama mengenai
pengurusan program, keselamatan dan tatasusila sepanjang menjalani program.
Foto 5 : Peserta program
memuatkan bagasi ke dalam bas.
Foto 6 : Barangan program
dimuatkan ke dalam bas.
Foto 7 : Kesemua peserta berhimpun
di hadapan Dewan Al-Farabi untuktaklimat sebelum bertolak ke lokasi.
Foto 8 : AJK Cendaramata sedang
mengagihkan cenderamata kepadapeserta untuk diberikan kepada
keluarga angkat.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
16/63
16
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Jawatankuasa program turut memberikan sedikit taklimat berkenaan aspek
pengurusan program. Pada jam 12.15 tengahari, taklimat berakhir dan peserta
dibenarkan untuk bersiap-siap untuk bertolak.
Pendaftaran peserta untuk ke program anak angkat bermula pada jam 1.15
tengahari sehingga 1.50 tengahari. Kesemua peserta terdiri dari 5 unit iaitu PISMP
Kajian Sosial, PISMP PAI 3, PISMP Pendidikan Seni Visual, PISMP Tesl dan PISMP
Bahasa Melayu telah berkumpul mengikut kelas masing-masing di hadapan Dewan
Al-Farabi. AJK pengangkutan telah mengambil peranan membahagikan unit untuk
setiap bas. Sebanyak 3 buah bas telah disediakan iaitu 1 bas yang disewa khas dan
2 buah bas institut. Sebelum bertolak ke lokasi, kesemua peserta telah terlebih
dahulu meletakkan bagasi peribadi ke dalam ruangan kargo bas sebelum
mengangkat barangan program untuk diletakkan di dalam bas kargo IPG.
Setelah kesemua urusan memunggah bagasi ke dalam bas selesai.
Jawatankuasa Cenderahati telah mengarahkan kesemua peserta untuk berada di
dalam barisan mengikut kelas masing-masing untuk mengagihkan cenderahati
kepada setiap ketua rumah keluarga angkat untuk diberikan kepada keluarga angkat
nanti. Peserta program turut mendengar ucapan dan taklimat yang disampaikan oleh
pengarah program iaitu saudari Rabiatul Adawiah. Setelah selesai taklimat dan
peringatan diberikan, kesemua peserta menaiki bas masing-masing. Tepat jam 2.00
petang, bas mula bertolak ke destinasi iaitu Kampung Felcra Panchor Merah.
11.3 Tiba ke Lokasi & Majlis Perasmian
Foto 9 : Peserta mengeluarkan bagasi
peribadi dari ruangan kargo bas.
Foto 10 : Peserta disambut oleh para
penduduk kampung Felcra Panchor
Merah.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
17/63
17
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Setelah menempuh perjalanan sekitar 45 minit dari IPG KDRI ke Felcra
Panchor Merah, ketiga-tiga bas yang membawa peserta selamat tiba di Felcra
Panchor merah sekitar jam 3.00 petang. Bas yang membawa peserta telah
diletakkan berdekatan dengan Balai Raya Felcra Panchor Merah dan kesemua
peserta terus menuju ke Dewan Sekolah Agama Rakyat Felcra Panchor Merah dan
disambut oleh penduduk kampung yang datang ke majlis perasmian tersebut.
Kesemua peserta telah mengambil tempat di dalam dewan sekolah berkenaan dan
tepat jam 3.30 petang, majlis perasmian bermula. Majlis dimulakan dengan bacaan
doa pembuka majlis, ucapan alu-aluan oleh Pengerusi JKKK Felcra Panchor Merah
dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Haji Yahaya Bin Osman, Ketua
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KDRI yang mewakili Tuan Pengarah IPG KDRI,
Encik Gulam Sarver Bin Mobarak Ali yang tidak dapat menghadirkan diri akibat
tugasan luar.
Setelah selesai ucapan alu-aluan dan juga perasmian, majlis penyerahan
anak angkat dilangsungkan dengan setiap keluarga angkat akan diserahkan anak
angkat masing-masing. Majlis penyerahan anak angkat tamat sekitar jam 6.00
petang dan keluarga angkat bersama anak angkat masing-masing pulang ke rumah
keluarga angkat untuk urusan kendiri.
Foto 11 : Majlis perasmian program
bermula.
Foto 12 : Antara tetamu jemputan.
Tuan Haji Yahaya, KJ HEP selaku
perasmi majlis mewakili Tuan
Pengarah.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
18/63
18
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
11.4 Solat Berjemaah, Bacaan Yasin/Tahlil Serta Solat Hajat
Pada jam 7.00 malam, kesemua peserta bersama-sama keluarga angkat
masing-masing telah hadir ke Masjid mukim Panchor Merah untuk sama-sama
bersolat maghrib berjemaah serta membaca Yasin dan tahlil. Setelah selesai solat
maghrib berjemaah, anak angkat, keluarga angkat dan penduduk kampung yang lain
bersama-sama menunaikan solat sunat dan membaca surah Yasin serta tahlil.
Setelah itu, para jemaah kembali bersolat isyak secara berjemaah dan bersalam-
salaman disamping mengeratkan silaturrahim antara jemaah. Ada yang bertanyakan
khabar antara satu sama lain sebelum pulang ke rumah masing-masing. Setelah
selesai solat isyak, kesemua peserta bebas untuk bersama keluarga angkat masing-
masing untuk berehat dan beramah mesra. Terdapat juga anak angkat yang
mengambil kesempatan untuk bermain pingpong bersama pemuda-pemuda
kampung disamping beramah mesra dan mengenali pemuda kampung tersebut.
Foto 13 : Encik Abu Bakar, Pengerusi
JKKK Felcra Panchor Merah sedang
memberikan ucapan.
Foto 14 : Majlis penyerahan anak
angkat.
Foto 15 : Majlis bacaan Yasin dan
tahlil di Majis Mukim Panchor Merah.
Foto 16 : Majlis bacaan Yasin dan
tahlil di Majis Mukim Panchor Merah.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
19/63
19
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
11.5 Qiamullail Bersama Penduduk Kampung
Pada pagi jumaat sekitar jam 3.30 pagi, Pengerusi JKKK, Encik Abu Bakar
telah mengejutkan kesemua peserta untuk bersama-sama berqiamullail di Masjid
mukim Panchor Merah. Beliau telah menaiki kenderaannya mengelilingi kampung
sambil membunyikan hon untuk memberikan isyarat kepada semua anak angkat dan
keluarga angkat untuk bersiap ke masjid untuk berqiamullail. Pada jam 4.00 pagi,
anak angkat bersama-sama dengan keluarga angkat telah memenuhi masjid untuk
bersama-sama menunaikan solat tahajud, solat taubat dan solat hajat. Setelah
selesai berqiamullail, kesemua jemaah mengambil kesempatan untuk berehat
seketika sementara menanti masuknya waktu solat subuh. Ada yang mengambil
kesempatan untuk melelapkan mata buat seketika dan ada juga sempat berbual dan
beramah mesra untuk mengeratkan lagi silaturrahim terutama antara keluarga
angkat dan anak angkat dari keluarga angkat yang lain.
Setelah azan subuh berkumandang, kesemua jemaah bersama-sama
menunaikan solat subuh dan berwirid. Setelah selesai para jemaah kembali pulang
ke kediaman masing-masing.
11.6 Gotong-Royong Kampung & Solat Jumaat
Setelah selesai bersarapan di rumah keluarga angkat masing-masing, pada
jam 8.30 pagi, kesemua anak angkat telah hadir ke hadapan Balai Raya Felcra
Panchor Merah untuk sama-sama menjalani aktiviti gotong-royong membersihkan
Foto 17 : Peserta mendengar taklimat
mengenai lokasi untuk gotong-royong
mengikut unit.
Foto 18 : Gotong-royong mengutip
sampah di sekeliling kampung.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
20/63
20
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
sekitar kawasan kampung. Lokasi gotong royong dipecahkan kepada 3 lokasi iaitu
unit Kajian Sosial dan Pendidikan Agama Islam 3 akan bertugas untuk memungut
sampah di sekitar kampung. Manakala unit Bahasa Melayu pula membersihkan
kawasan perkarangan Masjid Mukim Panchor Merah. Unit Tesl pula membersihkan
mercu tanda ke Felcra Panchor Merah dan unit Pendidikan Seni Visual pula
bertugas untuk membuat mural di Tabika Perpaduan Felcra Panchor Merah.
Program gotong-royong ini berlangsung pada jam 8.30 pagi sehingga 12.00
tengahari. Setelah itu kesemua anak angkat dibenarkan pulang ke rumah keluarga
angkat masing-masing untuk berehat sementara anak angkat lelaki akan bersiap-
siap untuk bersolat jumaat bersama keluarga angkat di Majis Mukim Panchor Merah.
Terdapat juga sesetengah anak angkat terlibat dalam penyediaan ayam untuk aktiviti
BBQ pada sebelah malam. Namun begitu, pada jam 12.30 tengahari, anak angkat
yang lelaki dibenarkan untuk bersiap ke masjid untuk solat jumaat dan tugas
penyediaan ayam diteruskan oleh anak angkat perempuan. Tugasan penyediaan
ayam BBQ selesai sebaik sahaja solat jumaat selesai di Masjid Mukim Panchor
Merah.
Foto 19 : Gotong-royong
membersihkan mercu tanda kampung
Felcra Panchor Merah.
Foto 20 : Belia kampung turut serta
dalam gotong-royong.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
21/63
21
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
11.7 Slot Motivasi Tahun 6 & Persediaan BBQ
Setelah selesai solat jumaat sekitar jam 2.15 petang, kesemua anak angkat
pulang ke kediaman keluarga angkat masing-masing untuk menjamu juadah makan
tengahari. Setelah selesai, AJK yang terlibat dengan slot motivasi untuk Tahun 6 di
Dewan Sekolah Agama Rakyat Felcra Panchor Merah telah bergegas ke sana untuk
persediaan aktiviti. Pada jam 3.00 petang, aktiviti motivasi bermula dengan
penglibatan bukan sahaja murid tahun 6 malah murid tahun 4 dan 5. Kesemua murid
ini adalah murid dari kampung Panchor Merah dan kampung sekitarnya yang
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Panchor Merah yang terletak kira-kira 5
kilometer dari kampung Panchor Merah. Slot berjalan lancar dengan kerjasama
kesemua yang terlibat termasuk JKKK Felcra Panchor Merah.
Foto 23 : Peserta sedang menyediakan
ayam BBQ untuk dipanggang pada
sebelah malam.
Foto 24 : Ayam BBQ sedang
disediakan.
Foto 21 : Peserta sedang melukis
mural di Tabika KEMAS Felcra Panchor
Merah.
Foto 22 : Peserta sedang melukis
mural di Tabika KEMAS Felcra Panchor
Merah.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
22/63
22
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Diwaktu yang sama, terdapat juga AJK Peralatan dan AJK lain yang terlibat
untuk penyediaan tempat untuk majlis BBQ dan tayangan filem pada sebelah malam
selepas solat isyak. Terdapat anak angkat yang terlibat dalam penyediaan khemah
dan juga aktiviti memanggang ayam BBQ. Majlis pada malam itu akan diadakan di
Dewan Felcra yang terletak berhadapan pejabat Felcra Panchor Merah. Tugasan
untuk menguruskan ayam BBQ telah dibahagikan kepada unit-unit yang terlibat.
Namun demikiran, anak angkat tetap berganding bahu memastikan program
berjalan dengan lancar walaupun diluar skop tugasan mereka. Aktiviti pemasangan
khemah turut dibantu belia-belia felcra yang turut serta menolong. Tambahan pula
mereka lebih arif mengenai pelbagai perkara terutama dari aspek teknikal.
11.8 Sukaneka
Setelah selesai menjalani slot motivasi dan penyediaan BBQ untuk malam
tersebut, anak angkat dibenarkan untuk pulang ke kediaman keluarga angkat
masing-masing untuk bersiap-siap menghadiri aktiviti sukaneka yang akan
dilaksanakan pada jam 5.00 petang di padang bola Felcra Panchor Merah. AJK
sukaneka telah bertungkus-lumus menyiapkan tempat untuk perlaksanaan sukaneka
tersebut dan sekitar jam 5.00 petang, sukaneka telah bermula. Sukaneka ini telah
dihadiri oleh seluruh penduduk kampung Felcra Panchor Merah, kampung Ulu
Kekabu dan kampung-kampung sekitar.
Foto 25 : Sesi suaikenal sewaktu slot
motivasi murid tahun 6.
Foto 26 : Murid tahun 6 sedang
mengikuti aktiviti yang diadakan.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
23/63
23
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Aktiviti sukaneka ini melibatkan kesemua hadirin iaitu penduduk kampung dan
juga anak angkat. Ianya dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kanak-kanak dan juga
dewasa. Bagi kategori kanak-kanak terdapat acara mencari gula-gula dalam tepung,
mengisi air dalam botol, meniup belon sehingga pecah dan sebagainya. Manakala
acara bagi dewasa pula ialah boling kelapa, tarik tali dan sebagainya. Ahamdulillah,
sukaneka yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerja keras dari
jawatankuasa sukaneka dan dengan kerjasama penduduk kampung yang begitu
gembira pada waktu itu. sukaneka tamat sekitar jam 6.30 petang dengan majlis
penyampaian hadiah secara ringkas di padang tersebut. Hadiah disampaikan oleh
Tuan Haji Safri yang mewakili kesemua pensyarah dan tutor yang terlibat.
Foto 27 : Sukaneka sedang berjalan
dengan pelbagai jenis bentuk
sukaneka.
Foto 28 : Permainan meniup dan
memecahkan belon.
Foto 29 : Acara tarik tali antara belia
kampung dan anak angkat.
Foto 30 : Acara boling kelapa.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
24/63
24
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
11.9 Malam BBQ & Tayangan Telefilem
Pada sebelah malam setelah solat isyak secara berjemaah di Majis Mukim
Panchor Merah, kesemua keluarga angkat telah dijemput melalui anak angkat
masing-masing untuk ke Dewan Felcra Panchor Merah untuk menghadiri majlis
malam BBQ dan tayangan telefilem. Majlis bermula sekitar 9.00 malam dengan
kelihatan pengunjung berbondong-bondong memenuhi dewan tersebut. Majlis
dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi majlis dan seterusnya ucapan wakil JKKK
dan pensyarah penasihat sebelum para hadirin menjamah juadah yang disediakan.
Menu pada malam tersebut ialah ayam BBQ yang disediakan oleh anak angkat, mee
hun dan minuman. Menurut jawatankuasa yang terlibat dengan BBQ, terdapat 3 guni
besar ayam tersedia untuk dipanggang dan dihidangkan kepada hadirin.
Alhamdulillah para hadirin kelihatan sungguh bergembira sambil menjamu selera.
Mereka sempat beramah mesra dan bertegur sapa antara satu sama lain.
Foto 31 : Belia kampung yang hadir
menyaksikan sukaneka yang diadakan.
Foto 32 : Majlis penyampaian hadiah
kepada pemenang sukaneka.
Foto 33 : Juadah malam BBQ sedang
disediakan.
Foto 34 : Ayam BBQ sedang
dipanggang oleh anak angkat.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
25/63
25
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Disamping menjamu selera, hadirin turut dihidangkan dengan tayangan
telefilem yang mengisahkan kegigihan seorang guru muda yang dihantar mengajar
di kawasan kampung pedalaman. Telefilem tersebut mempunyai 1001 pengajaran
kepada kesemua anak angkat dari kalangan guru pelatih untuk diambil pengajaran.
Seusai menonton telefilem tersebut, hadirin juga dihiburkan dengan persembahan
karaoke lagu lebaran dan lagu-lagu terkenal oleh belia Felcra dan juga oleh peserta
anak angkat. Suasana cukup meriah seakan-akan para peserta program dan juga
penduduk kampung sudah lama mengenali antara satu-sama lain dan akrab sekali.
Program pada malam tersebut tamat sekitar jam 11.30 malam dan hadirin beransur-
ansur pulang ke kediaman untuk berehat. Walaupun bagaimanapun, AJK yang
terlibat dalam persiapan tempat masih berada di lokasi aktiviti untuk mengemas
kawasan aktiviti kerana pada keesokan harinya di tempat sama akan diadakan
majlis perasmian penutup program.
11.10 Sesi Refleksi & Lawatan Tuan Pengarah ke Rumah Keluarga Angkat
Foto 35 : Dewan Felcra, lokasi malam
BBQ diadakan.
Foto 36 : Hadirin sedang beratur
untuk mendapatkan ayam BBQ.
Foto 37 : Peserta anak angkat sedang
berbincang mengenai analisis SWOT.
Foto 38 : Tuan Haji Hamdan sedang
mempengerusikan refleksi.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
26/63
26
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Pada pagi sabtu 8 September 2012, para peserta telah bersama-sama
bersolat subuh berjemaah di Majis Mukim Panchor Merah dan bersarapan pagi
bersama keluarga angkat. Setelah selesai, kesemua anak angkat telah hadir ke
Dewan Sekolah Agama Rakyat Felcra Panchor Merah untuk sama-sama menghadiri
sesi refleksi program bersama Tuan Haji Hamdan. Kesemua peserta sudah siap
sedia memakai pakaian hari raya untuk sesi refleksi ini kerana setelah usai sesi
refleksi, peserta akan menghadiri majlis penutup program yang diadakan di Dewan
Felcra iaitu lokasi sama majlis BBQ semalam. Sesi dimulakan dengan ucapan oleh
Tuan Haji Hamdan dan seterusnya sesi refleksi berdasarkan analisis SWOT
mengenai program yang telah berjalan. Kesemua peserta dibahagikan kepada 4
kumpulan besar dan setiap kumpulan akan mengambil satu aspek SWOT iaitu
Special, Weakness, Opportunity dan Threat.
Foto 39 : Salah seorang peserta
membentangkan analisis SWOT
program.
Foto 40 : Ketibaan Tuan Pengarah ke
majlis.
Foto 41 : Tuan Pengarah sedang
berbincang dengan pengarah
program, saudari Rabiatul Adawiyah.
Foto 42 : Tuan Pengarah turut serta
sewaktu sesi refleksi aktiviti program.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
27/63
27
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Masa diberikan selama 10 minit untuk memikirkan kesemua aspek SWOT
yang wujud di dalam aktiviti yang telah dijalankan dan wakil kumpulan akan
membentangkan analisis tersebut. Setelah selesai setiap wakil kumpulan
membentangkan hasil analisis, Tuan Haji Hamdan telah merumuskan keempat-
empat aspek SWOT tersebut untuk dijadikan panduan kepada peserta program.
Beliau memberikan pendapat dan buah fikiran untuk menyelesaikan segala
permasalahan yang timbul di sepanjang program berlangsung. Di samping itu, beliau
turut berterima kasih kepada kesemua ahli jawatankuasa yang terlibat dengan aktif
di sepanjang program berlangsung.
Pada jam 9.10 pagi, Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, Pengarah IPG
KDRI tiba ke lokasi aktiviti untuk bersama-sama peserta mendengar sesi refleksi
yang sedang berjalan. Beliau juga datang untuk bersama-sama mengikuti majlis
perasmian penutup yang akan diadakan pada jam 10.00 pagi sekejap lagi. Pada jam
9.30 pagi, kesemua peserta dibenarkan pulang ke rumah keluarga angkat masing-
masing dan Tuan Haji Hamdan sempat berpesan agar peserta yang rumah keluarga
angkatnya jauh dari Dewan Felcra, bolehlah terus mengemas barang peribadi dan
dibawa terus ke Dewan Felcra. Manakala tuan pengarah berbesar hati untuk
melawat rumah keluarga angkat yang terpilih untuk bertanya khabar dan meninjau
kawasan persekitaran kampung.
Foto 43 : Tuan Pengarah mengunjungi
rumah keluarga angkat.
Foto 44 : Perasaan terharu salah seorang
penduduk kampung setelah menerima bantuan
dan kunjungan dari Tuan Pengarah.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
28/63
28
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
11.11 Jamuan Hari Raya & Pemeriksaan Kesihatan
Pada jam 10.00 pagi, kesemua peserta program dan juga keluarga angkat
masing-masing serta penduduk kampung telah hadir ke Dewan Felcra untuk sama-
sama memeriahkan majlis jamuan hari raya dan pemeriksaan kesihatan oleh skuad
COMBI dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu. Kesemua hadirin hadir dengan
memakai pakaian hari raya untuk meraikan majlis sambutan Aidilfitri peringkat Felcra
Panchor Merah. Pelbagai juadah disediakan oleh penduduk kampung untuk jamuan
tersebut, antaranya laksa, nasi minyak, kueh-mueh, pelbagai jenis minuman serta
buah-buahan dan sebagainya.
Penduduk-penduduk kampung Ulu Kekabu dan kampung-kampung sekitar
turut hadir demi memeriahkan lagi majlis pada pagi tersebut. Suasana yang
Foto 45 : Keluarga angkat sedang
menikmati juadah jamuan hari raya.
Foto 46 : Laksa, antara juadah yang
disediakan sewaktu jamuan hari raya.
Foto 47 : Penduduk kampung sedang
menjamu selera jamuan.
Foto 48 : Pemeriksaan kesihatan oleh
pihak COMBI KKM.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
29/63
29
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
berlangsung cukup meriah kerana disamping menikmati juadah Aidilfitri, penduduk
kampung turut sama dapat berbual mesra, bertegur sapa dan mengenali anak-anak
angkat yang terdiri dari pelbagai latarbelakang. Dapat disimpulkan pada majlis
tersebut, matlamat mewujudkan keharmonian dalam kalangan peserta dan
penduduk kampung dapat direalisasikan. Ada juga berkesempatan untuk bergambar
bersama keluarga angkat dan juga penduduk kampung di situ. Sungguh meriah.
Disamping itu, penduduk hadirin yang hadir turut dapat membuat pemeriksaan
kesihatan secara percuma yang diberikan oleh skuad COMBI dari Pejabat Kesihatan
Daerah Setiu.
11.12 Majlis Penutup & Bertolak Pulang ke IPG KDRI
Foto 49 : Majlis perasmian penutup
sedang berlangsung.
Foto 50 : Ucapan perasmian penutup
oleh Dr. Rohayaty, Pegawai Kesihatan
dari Pejabat Kesihatan Jertih.
Foto 51 : Tuan Pengarah, Encik
Ghulam Sarver menyampaikan
cenderamata kenangan kepada Encik
Abu Bakar, Pengerusi JKKK PanchorMerah.
Foto 52 : Majlis penyerahan kembali
anak angkat kepada pihak IPG KDRI.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
30/63
30
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Pada jam 11.00 pagi, majlis penutup program khidmat bakti siswa Felcra
Panchor Merah telah dilangsungkan. Antara tetamu jemputan pada majlis tersebut
ialah Dr. Rohayaty, pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu selaku
perasmi, Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, Pengarah IPG KDRI, Encik Abu
Bakar, Pengerusi JKKK Felcra Panchor Merah dan wakil pegawai Felcra Panchor
Merah. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali,
Pengarah IPG KDRI dan dirasmikan oleh Dr. Rohayaty, pegawai Kesihatan dari
Pejabat Kesihatan Daerah Setiu. Selain itu, sesi penyerahan kembali anak angkat
turut diadakan sebagia simbolik kepada penyerahan kembali peserta program dari
keluarga angkat kepada IPG KDRI.
Setelah selesai sesi majlis perasmian penutup dan penyerahan kembali anak
angkat, kesemua keluarga angkat dan juga peserta bersama-sama berselawat
keatas Rasullullah S.A.W sambil bersalam-salaman perpisahan sebelum bertolak
pulang ke IPG KDRI. Peserta sempat juga bergambar bersama keluarga angkat
masing-masing sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga angkat.
Peserta dilepaskan dengan perasaan yang berat hati oleh keluarga angkat kerana
setelah 3 hari 2 malam bersama, perasaan kekeluargaan telah utuh di hati. Terdapat
juga sesetengah keluarga angkat seakan-akan tidak mahu melepaskan anak angkat
mereka pulang, tetapi apakan daya perpisahan itu adalah lumrah kehidupan. Setiap
pertemuan pasti ada perpisahan. Kesemua peserta memasukkan bagasi ke dalam 3
buah bas institut yang sudah tersedia menanti. Pada jam 2 petang, ketiga-tiga bas
yang membawa peserta program bertolak pulang ke IPG KDRI. Keluarga angkat
Foto 53 : Peserta beratur untuk
bersalaman dan mengucapkan
selamat tinggal kepada keluarga
angkat.
Foto 54 : Peserta bersalaman dengan
penduduk kampung dan keluarga
angkat.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
31/63
31
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
setia melihat ketiga-tiga bas berlalu meninggalkan kampung Felcra Panchor Merah
dengan 1001 kenangan yang sungguh indah.
11.13 Mesyuarat Post-Mortem
Setelah selesai apa-apa program, mesyuarat susulan harus dilakukan untuk
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang wujud sepanjang program
dilangsungkan. Untuk program Bina Insan Guru Fasa 4 Siri 2: Program Khidmat
Bakti Siswa Felcra Panchor Merah, mesyuarat post-mortem telah diadakan pada 11
September 2012 (selasa) di Dewan Ungku Omar. Mesyuarat ini bermula sekitar jam
7.30 pagi bersamaan dengan perhimpunan unit beruniform PISMP Semester 4.
Mesyuarat tersebut turut melibatkan peserta program Bina Insan Guru Fasa 4 Siri 1
yang diadakan di Kampung Minda baru-baru ini. Mesyuarat telah dipengerusikan
oleh Encik Zaharim Bin Tawang selaku Ketua Unit Ko-Kurikulum IPG KDRI. Beliau
telah memberikan pandangan mengenai kelemahan dan kekuatan yang wujud dan
turut membandingkan antara kedua program BIG iaitu siri 1 dan 2. Menurut beliau
kedua-dua program tersebut mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing
dan dapat dipelajari untuk diperbaiki pada masa hadapan kelak.
Selain Encik Zaharim Bin Tawang, Tuan Haji Hamdan Bin Abdul Manaf serta
Tuan Haji Safri turut sama melontarkan pandangan dan panduan kepada kesemua
peserta program BIG untuk siri 1 dan 2. Mereka turut memberikan tips pengurusan
untuk memastikan program BIG bagi siri 3 kelak berjalan dengan jayanya
Foto 55 : Encik Zaharim sedang
mempengerusikan mesyuarat post-
mortem program.
Foto 56 : Antara peserta yang hadir
sewaktu sesi post-mortem.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
32/63
32
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
sepertimana BIG siri 1 dan 2. Mesyuarat post-mortem tersebut selesai sekitar jam
9.30 pagi dan peserta dibenarkan bersurai. Tuan Haji Safri turut sempat
mengingatkan AJK Dokumentasi untuk segera menyiapkan laporan program
bertujuan untuk diberikan kepada Tuan Pengarah IPG KDRI, Encik Ghulam Sarver
Bin Mobarak Ali.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
33/63
33
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan di sini bahawa program bina insan guru
ini amat bermanfaat kepada setiap peserta yang terlibat. Dengan program ini,
kesemua peserta dapat menimba pelbagai pengalaman yang sungguh
menakjubkan. Antaranya ialah para peserta dapat menimba pengalaman
mengendalikan program kemasyarakatan yang melibatkan banyak pihak seperti
pihak JKKK Felcra Panchor Merah, pihak Felcra Panchor Merah dan juga pelbagai
lagi pihak yang menyumbangkan dana untuk program ini. Setiap pengalaman yang
dikutip tentunya amat berharga kepada kesemua peserta BIG kerana pengalaman
tersebut sudah pastinya akan berguna sewaktu mengendalikan program
kemasyarakatan di masa hadapan di sekolah kelak. Ini kerana guru merupakan
antara individu yang mempunyai pengaruh penting dalam struktur masyarakat dan
kerjaya sebagai seorang guru amat dipandang tinggi terutama oleh para ibubapa
dan masyarakat. Disebabkan oleh itulah segala pengalaman yang ada harus ditimba
untuk dijadikan bekalan kelak sebagai seorang guru.
Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 4/2012 siri 2 ini telah memberikan 1001
pengalaman dan kemahiran baru yang amat berharga kepada setiap guru pelatih.
Antara pengalaman dan kemahiran baru yang dapat ditimba oleh setiap guru pelatih
yang terlibat ialah kemahiran berkomunikasi interpersonal dengan masyarakat luar
dan pihak-pihak yang terlibat. Sebagai contoh, pihak pengurusan BIG pada kali ini
terlibat dengan urusan menentukan aturcara program dan lokasi dengan kerjasama
antara JKKK Felcra Panchor Merah dan juga pihak Felcra sendiri. Segala urusan
adalah secara formal. Justeru segala aspek yang berkaitan dengan format penulisan
rasmi seperti surat menyurat, kertas kerja hendaklah dilaksana dengan berhati-hati
bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang kecil yang mungkin dapat membuatkan
perjalanan program kurang lancar dan boleh menjejaskan imej IPG di mata
masyarakat. Tambahan pula pihak JKKK Felcra Panchor Merah telah beberapa kali
menerima pelawaan program anak angkat seperti ini. Mungkin mereka boleh
membandingkan program ini dengan program yang pernah mereka jalani sebelum
ini. Itulah pentingnya program ini dijalankan dengan amat baik sekali.
12.0 LAPORAN KESELURUHAN
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
34/63
34
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Selain itu, antara objektif yang ingin dicapai ialah untuk menghayati
kehidupan bermasyarakat di kampung terutama kampung yang jauh dari pekan atau
bandar. Objektif ini dapat dicapai kerana perkampungan Felcra Panchur Merah ini
sedikit jauh dengan pekan atau bandar kerana pekan yang paling dekat ialah pekan
Permaisuri yang terletak kira-kira 15 kilometer dari perkampungan ini. Manakala
bandar yang paling dekat ialah bandar Jertih iaitu kira-kira 30 kilometer. Guru pelatih
dapat merasai suasana hidup di perkampungan seperti mandi air sungai, berkebun,
mengangkut sawit dan sebagainya. Ini kerana segala pengalaman ini amat penting
apabila ditugaskan di kawasan perkampungan kelak. Berkemungkinan mereka akan
bertugas di kawasan kampung pedalaman selama bertahun-tahun. Justeru, inilah
pentingnya pengalaman hidup di kampung diadaptasi dalam diri agar kelak tidak
berasa terlalu janggal dengan kehidupan di kampung.
Dengan perlaksanaan program ini membuatkan para peserta menjadi lebih
berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai aspek berkaitan dengan proses
perlaksanaan program. Dengan ini, kesemua peserta dapat mengaplikasikan
kemahiran dan pengalaman tersebut untuk dijadikan panduan sewaktu melaksana
program di sekolah setelah menjawat jawatan sebagai seorang guru kelak.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
35/63
35
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
13.1 Laporan Bendahari
LAPORAN KEWANGAN BIG SEMESTER 4
PEROLEHAN PERBELANJAANIndividu (104x RM100) 10400 Cukai Pembekal 560
LO 5560 Banner 170
Hamper Sukaneka (25xRM30) 750
Barang Bantuan (4xRM50) 200
Wang Bantuan (4xRM50) 200
Bahan Mentah Malam BBQ 2550
Bayaran Keluarga 5200
Claim minyak 185
Hamper dan cenderahati VVIP 365
Claim fotostat dan alat tulis 39
Mural 87
Claim AJK Makanan 10
Jumlah 15960 Jumlah 10316
PEROLEHAN 15960
PERBELANJAAN 10316
BAKI 5644
13.0 LAPORAN JAWATANKUASA
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
36/63
36
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
13.2 AJK Makanan
Ahli Jawatankuasa :
1. Zainab Asilah bt Abdullah
2. Adilah bt Che Ismail
3. Asma bt Zainul Mukhtar
4. Emma Nazlin bt Ismail
5. Saidatul Atikah bt Zabidi
Perancangan Awal :
Agihan bidang tugas jawatankuasa dan merancang menu bersesuaian untuk malam
BBQ.
Peringkat proses perjalanan aktiviti :
A. Sebelum Aktiviti
1. Menyenaraikan menu untuk malam BBQ
2. Membuat jadual bertugas mengikut unit
3. Menyenaraikan peralatan yang bakal digunakan
4. Menghadiri mesyuarat dengan penduduk Kampung Panchur Merah
5. Perjumpaan dan rundingan dengan pembekal menyenaraikan bahan
kering dan bahan basahyang bakal digunakan
B. Semasa Aktiviti
1. Memantau dan membantu unit yang bertugas
2. Memastikan barangan yang ditempah dengan pembekal mencukupi
3. Memastikan persediaan tempat BBQ berjalan lancar
4. Memastikan jumlah makanan yang disediakan mencukupi
C. Selepas Aktiviti
1. Memastikan program malam BBQ berjalan lancar
2. Memastikan peralatan yang digunakan dicuci
3. Penulisan laporan ahli jawatankuasa
4. Penyerahan laporan kepada ahli jawatankuasa dokumentasi
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
37/63
37
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
REFLEKSI
Berdasarkan tugasan yang telah diberikan, jawatankuasa telah sedaya upaya
menyempurnakan tugasan yang diamanahkan oleh peserta program. Sebelum
program Bina Insan Guru Fasa Empat bermula, kami telah berbincang untuk
pembahagian tugasan serta merancang menu yang bersesuaian pada malam BBQ.
Selain itu, rundingan dengan pembekal dan menghadiri mesyuarat dengan
penduduk kampung adalah antara bidang tugas AJK Makanan.
Antara kekuatan yang dapat dilihat melalui kaca mata sebagai AJK Makanan
ialah kerjasama dan penglibatan semua peserta bagi menjayakan program Malam
BBQ. Bermula dari tugasan membasuh ayam, memerap ayam, penyediaan bahan ,
membakar ayam sehinggalah tugas menyediakan makanan semua unit memberikan
kerjasama yang baik sekaligus memudahkan kerja pihak jawatankuasa. Di samping
itu, barangan yang ditempah dengan pembekal juga mencukupi sekaligus urusan
untuk penyediaan bahan dan memasak berjalan lancar.
Namun demikian, berlaku sedikit masalah apabila waktu dan tempat bertugas
yang telah dirancang terpaksa diubah pada saat terakhir. Walaupun perubahan
tersebut berlaku, komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh peserta program
untuk melaksanakan tugas berada pada tahap yang baik dan amatlah dihargai. Di
kesempatan ini juga, ahli jawatankuasa makanan juga sangat bersyukur kerana
program Malam BBQ berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak.
PENGHARGAAN
Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
terutamanya kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan yang menyertai BIG
Fasa Empat 2012. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada penduduk
Kampung Panchur Merah kerana menerima kehadiran pihak kami dengan tangan
yang terbuka. Malah kerjasama yang baik diberikan oleh penduduk kampung telah
membantu menjayakan program BIG kali ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan
kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
38/63
38
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
dalam memberikan sumbangan bagi merealisasikan program Bina Insan Guru Fasa
Empat 2012.
Sesungguhnya pengalaman sepanjang menjadi AJK Makanan amatlah
berharga. Segala yang baik akan dikenang manakala kekurangan yang ada akan
diperbaiki pada masa akan datang. Akhir kata, segala pengalaman yang diperoleh
semasa aktiviti ini dijalankan dapat memberi pendedahan awal kepada guru pelatih
mengenai realiti kehidupan serta dijadikan pengalaman berharga dalam usaha
menjadi guru yang berkaliber.
Laporan disediakan oleh :
(ZAINAB ASILAH BT ABDULLAH)
Ketua Jawatankuasa Makanan,
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
39/63
39
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
13.3 AJK Kebajikan, Keselamatan & Majlis
Ahli Jawatankuasa:
Atiekah Hidayah binti
Siti Nor Aishah binti Mukhtar
Noriezati Bt Mansor
Sharifah Farhana Binti Syed Mahizan
Nurul Nadiah Binti Zulkifli
Perancangan Awal :
Mengadakan persiapan simbolik dan sambutan supaya program Bina Insan Guru di
Kampung Pancur Merah berlangsung dengan lancar.
Peringkat proses perjalanan aktiviti :
D. Sebelum Aktiviti
1. Memilih pelajar yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India yang
bertindak sebagai simbolik untuk majlis perasmian dan majlis penutup
program.
2. Mengadakan perbincangan antara ahli jawatankuasa dan bersama orang
kampung.
3. Mengenal pasti tetamu kehormat yang hadir bagi majlis perasmian dan
majlis penutup.
4. Mengadakan senarai semak untuk tujuan kelancaran aktiviti.
E. Semasa Aktiviti
1. Memastikan pelajar yang bertindak sebagai simbolik bersedia sebelum
simbolik diadakan.
2. Memastikan pelajar yang ditugaskan untuk menyambut tetamu kehormat
yang hadir melakukan tugas yang ditetapkan.
F. Selepas Aktiviti
1. Kerjasama yang baik diberikan oleh semua ahli.
2. Mengadakan post mortem dalam kalangan ahli jawatankuasa.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
40/63
40
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
REFLEKSI
Berdasarkan kepada tugasan yang telah diberikan, ahli jawatankuasa telah
melakukan perbincangan awal berkenaan dengan persiapan simbolik dan sambutan
untuk tetamu kehormat yang akan hadir ke majlis perasmian dan juga majlis penutup
Program BIG tersebut. Perbincangan dengan ahli jawatankuasa kampung juga turut
diadakan bagi melancarkan lagi majlis tersebut.
Sepanjang program ini berlangsung, segala perkara yang dirancangan
sebelum ini dapat dijalankan dengan sempurna. Kerjasama yang diberikan oleh
peserta program kepada ahli jawatankuasa majlis juga turut menjadikan majlis
berjalan dengan lancar.
Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan
sistematik.
PENGHARGAAN
Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
terutamanya kepada para pensyarah, mentor dan ahli-ahli kelas yang terlibat dalam
menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Akhir kata,
segala pengalaman yang dikutip semasa aktiviti ini dijalankan memberi seribu satu
pengertian kepada kami semua.
Laporan disediakan oleh :
(SITI NOR AISHAH BINTI MUKHTAR)
Ketua Jawatankuasa Kebajikan, Keselamatan dan Majlis,
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
41/63
41
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
13.4 AJK Peralatan
Senarai Ahli Jawatankuasa :
Mohammad Asran Bin Arifin
Sayed Muhammad Saufi Bin Syed Ahmad Zain
Pusparajan a/l Thiagarajan
Chua Sow Ann
Nur Evarina Idayu Bt Ismail
Sebelum
Sebelum melaksanakan BIG, beberapa mensyuarat telah diadakan bagi melicinkan
program yang bakal dijalankan tidak kira sama ada orang kampung ataupun AJK
program ini. Dalam mesyuarat tersebut senarai alatan yang diperlukan telah
ditetapkan. Peralatan yang akan digunakan perlu dipinjam Jabatan Pendidikan
Jasmani, Unit Hal Ehwal Pelajar dan Unit Audio IPG Kampus Dato Razali Ismail dan
segalan urusan peminjaman dilakukan dengan lancar tanpa mengalamai sebarang
masalah.
Semasa - 6/7/8 September 2012
Ketika berada ditempat program, alatan disimpan di satu tempat khas untuk
menjamin keselamatannya. Dan setiap aktiviti yang memerlukan alatan yang dibawa
perlu mendapat kebenaran daripad salah seorang AJK Peralatan. Hal ini untuk
memastikan segala peralatan yang digunakan berada dalam pemantauan.
Selepas - 9 september 2012
Peralatan yang telah dipinjam selamat dikembalikan semula tanpa mengalami
sebarang masalah.
Sepanjang menjalankan Program BIG ini bermula sebelum, semasa dan
selepas AJK peralatan telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan
semua peralatan yang dipinjam berada dala keadaan selamat. Pihak kami telah
membuat satu senarai semak, senarai ini disemak oleh AJK kami dan disahkan oleh
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
42/63
42
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
ketua. Senarai ini ditanda mengikut waktu yang telah ditetapkan iaitu sebelum
bertolak, setelah sampai disana, selepas aktiviti dan sebelum bertolak balik.
Senarai peralatan yang digunakan ialah :
Jabatan Pendidikan Jasmani
Bil. Peralatan Kuantiti
1 Head cone 50
2 Tali tarik tali 1
3 Botol Air Mineral 0.5L 40
4 Pundi kacang 50
6 Bakul 6
7 Bakul Rotan 2
Unit HEP
Bil Peralatan Kuantiti
1 Hailer 1
Unit AudioBil Peralatan Kuantiti
1 Extension panjang 2
2 Extension Pendek 1
3 Mikrofon 1
4 Kabel mikrofon 1
5 LCD projektor 1
6 Portable speaker 17 Speaker Kecil untuk laptop 2
8 Speaker Besar untuk laptop 1
9 Kabel speaker 1
10 Kabel projektor 1
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
43/63
43
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Jabatan Pendidikan Jasmani
Bil. Peralatan KuantitiSemakan
( / )Catatan
1 Head cone 502 Tali tarik tali 1
3 Botol Air Mineral 0.5L 40
4 Pundi kacang 50
6 Bakul 6
7 Bakul Rotan 2
Unit HEP
Bil Peralatan KuantitiSemakan
( / )Catatan
1Hailer 1
Unit Audio
Bil Peralatan KuantitiSemakan
( / )Catatan
1 Extension 1
2 Portable speaker 1
3 Mic 1
Unit Audio (TELTTraC)
Bil Peralatan Kuantiti
Semakan
( / ) Catatan
1 LCD projektor 1
2 Extension Pendek 1
3 Speaker Kecil 2
4 Speaker Besar 1
5 Extension panjang UA/2 1
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
44/63
44
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
TESL 2
Bil Peralatan KuantitiSemakan
( / )Catatan
1 LCD skrin 1
Disediakan oleh,
(MOHAMMAD ASRAN BIN ARIFIN)
Ketua Jawatankuasa Peralatan,
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
45/63
45
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
13.5 AJK Kebersihan
Ahli Jawatankuasa Kebersihan :
Siti Nur Athirah binti Mazlan
Nur Saidatul Akmam Bt Razak
Nurfatin Binti Abdul Aziz
Thiyya a/p M. Kalai Chelvam
Umi Hidayah Bt Abd Aziz
Jenis Aktiviti yang diadakan :
Gotong-royong Kampung Panchor Merah Majlis Jamuan Raya & BBQ
Perancangan Awal :
Perbincangan bersama AJK aktiviti yang lain untuk aktiviti gotong royong
Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Panchor Merah.
Peringkat Proses pergerakan peralatan sebelum, semasa dan selepas program.
A. Sebelum program
Perbincangan dengan AJK Peralatan untuk memberi senarai peralatan yang
diperlukan untuk aktiviti gotong royong dan membuat mural.
Perbincangan bersama Ahli JKK Kampung Panchor Merah untuk mendapat
persetujuan mengenai aktiviti yang dicadangkan.
B. Semasa program
Aktiviti gotong-royong dan membuat mural berjalan lancar dengan kerjasama
guru pelatih bersama-sama keluarga angkat.
C. Selepas program
Aktiviti khidmat bakti ini berakhir dengan jayanya dengan bantuan ahli-ahli
jawatankuasa dan penduduk Kampung Panchor Merah.
REFLEKSI
Selaku AJK Kebersihan, kami berasa bangga kerana banyak ilmu yang dapat
ditimba sepanjang menjayakan program Khidmat Bakti Siswa yang telah diadakan di
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
46/63
46
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Kampung Panchor Merah dengan kerjasama JKK pada 6 September 2012 sehingga
8 September 2012. Program seperti ini banyak memberi faedah kepada kami
sebagai guru pelatih di mana pengalaman serta ilmu yang dipelajari dapat kami
manfaatkan sewaktu berada di sekolah nanti.
Sepanjang memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,
kami telah melalui beberapa prosedur dengan mengadakan perbincangan di antara
ahli jawatankuasa terlebih dahulu yang terdiri daripada pelajar untuk menemukan
kata sepakat dan persetujuan ahli mengenai cadangan aktiviti yang akan dilakukan
sepanjang tiga hari berada di sana.
Aktiviti gotong-royang dan membuat mural pada hari jumaat berjalan dengan
lancar di mana semua guru pelatih dan penduduk kampung bekerjasama melakukan
aktiviti tersebut. Melalui aktiviti ini, semangat kekitaan serta kerjasama yang erat di
antara guru pelatih dapat dipupuk dalam memastikan aktiviti dapat dikendalikan
dengan lancar. Tambahan lagi, hubungan silaturrahim antara guru pelatih dan
penduduk kampung di situ juga dapat dibina melalui kerjasama membersihkan
kawasan kampung.
Program Khidmat Bakti Siswa ini telah berjalan dengan lancar berlandaskan
kekuatan yang kami perolehi seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara
guru-guru pelatih dan ini adalah kunci kepada setiap kejayaan sesuatu program
yang diadakan di mana kita haruslah mengamalkan sikap tolong-menolong antara
satu sama lain dalam memastikan program yang dikendalikan dapat berjalan
dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Selain itu,
bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada
penduduk kampung dan pihak Jabatan Kesihatan juga telah mendorong kami lebih
yakin dalam merealisasikan projek ini.
PENGHARGAAN
Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pihak Instutitut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail terutama sekali
guru penasihat kokurikulum dalam memberi kepercayaan serta memberi bimbingan
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
47/63
47
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
dan tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan projek yang pertama kali kami
kendalikan. Tidak lupa juga kepada semua guru pelatih yang banyak membantu dan
memberi kerjasama dalam memastikan aktiviti yang diadakan berjalan dengan
lancar. Akhir sekali, kepada penduduk Kampung Panchor Merah kami mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga dengan memberi kerjasama yang amat
menggalakkan terutama kepada guru-guru pelatih dalam membantu kami
menyelami dan merasai suasana berada di kampung.
Akhirnya, pihak kami juga mengharapkan program Khidmat Bakti Siswa ini
dapat memberi manfaat kepada kita semua dan kita haruslah menggunakan
pengalaman dan ilmu yang diperolehi ini sebaik-baiknya untuk dijadikan rujukan
panduan dan bekalan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh:
(SITI NUR ATHIRAH BINTI MAZLAN)
Ketua Jawatankuasa Kebersihan,
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
48/63
48
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
13.6 AJK Hadiah
Ahli Jawatankuasa Hadiah :
Azreen Azyanny Syazana binti Aziz
Shazuwani binti Mohamad Nor
Siti Amirah binti Latip
Nurul Jannah binti Husin
Nur Atiyah Binti Muni
Jenis Aktiviti yang diadakan :
Penyampaian hadiah untuk Majlis Penyerahan Anak Angkat
Cenderahati VIP untuk Majlis Perasmian
Cenderahati VIP untuk Majlis Penutup
Perancangan Awal :
Perbincangan bersama AJK Hadiah untuk cadangan hadiah yang ingin diberikan
kepada keluarga angkat dan juga tetamu kehormat.
Perbincangan bersama AJK sponsor untuk hadiah yang diberikan oleh orang
yang memberikan sumbangan.
Peringkat Proses pergerakan peralatan sebelum, semasa dan selepas
program.
A. Sebelum program
Perbincangan dengan AJK hadiah yang lain untuk menyediakan hadiah kepada
peserta BIG kepada keluarga angkat, hamper untuk setiap aktiviti yang
dijalankan, dan juga cenderahati untuk tetamu kehormat.
Perbincangan bersama AJK sponsor untuk mengetahui berapa kuantiti yang
ingin disumbangkan.
Keluar membeli barang-barang untuk penyediaan hadiah bersama AJK hadiah
yang lain.
Proses membalut dan menyiapkan hadiah bersama AJK hadiah yang lain dan
juga beberapa peserta BIG yang membantu.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
49/63
49
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
B. Semasa program
Membawa hadiah-hadiah dan cenderahati tersebut ke tempat perasmian.
Penyerahan hadiah dibantu oleh AJK hadiah yang lain.
Penyerahan cenderahati kepada tetamu kehormat semasa majlis penutup.
C. Selepas program
Acara ini berakhir dengan jayanya dengan bantuan ahli-ahli jawatankuasa.
REFLEKSI
Sebagai AJK hadiah, kami berasa bersyukur dan berbangga kerana pelbagai
ilmu yang kami perolehi sepanjang menjayakan program Khidmat Bakti Siswa Bina
Insan Guru Fasa Empat kali ini. Program ini telah dijalankan pada 6 September 2012
sehingga 9 September 2012 iaitu pada hari Khamis sehingga hari Sabtu di Kampung
Panchor Merah, Setiu. Sesungguhnya program ini banyak memberi manfaat dan
faedah kepada kami sebagai guru pelatih yang mana pengalaman bermakna ini
dapat digunakan pada masa akan datang.
Dalam memastikan program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar, kami
telah mengadakan beberapa perbincangan bersama ahli jawatankuasa yang terdiri
daripada lima unit iaitu unit TESL 2, PAI 3, Kajian Sosial, Bahasa Melayu dan
Pendidikan Seni Visual. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan kata sepakat dan
beberapa keputusan bagi setiap aktiviti yang dijalankan nanti. Selain itu, kami juga
telah menghadiri mesyuarat bersama dengan jawatankuasa kampung tersebut
(JKKK) bagi mendapatkan beberapa kepastian dan persetujuan mengenai segala
hal yang berkaitan dengan program tersebut.
Selepas itu, kami berbincang pula mengenai hadiah dan cenderahati yang
sesuai untuk diberikan kepada keluarga angkat di sana dan juga orang-orang
penting yang bakal hadir di majlis perasmian dan majlis penutup. Setelah mendapat
kata sepakat bersama dengan pengerusi program, kami membuat keputusan untuk
memberi hamper berserta sumbangan kepada keluarga angkat. Manakala, bagi
tetamu kehormat bagi kedua-dua majlis, cenderahati berupa plag akan diberikan.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
50/63
50
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Pada hari majlis perasmian dan penyerahan anak angkat tersebut, kami telah
mengendalikan penyerahan hadiah-hadiah tersebut dengan baik. Sebelum
memulakan majlis tersebut, penyerahan secara simbolik diadakan bermula dengan
tiga orang peserta india, dua orang peserta cina dan 2 orang peserta melayu. Anak
angkat akan diberikan hamper dan sumbangan yang akan diserahkan kepada
keluarga angkat masing-masing. Pada majlis penutup program, kami hanya perlu
menyediakan cenderahati kepada tetamu berhormat. Namun, kedua-dua majlis perlu
diberi perhatian agar perjalanan penyerahan hadiah tersebut berjalan dengan lancar.
Secara umumnya, program ini telah berjalan dengan lancar hasil daripada
semangat berpasukan dan kerjasama antara guru-guru pelatih. Syukur, semua
peserta dapat memberi komitmen yang begitu baik terhadap program ini. Sikap
ringan tulang dalam membantu antara satu sama lain dengan harapan agar program
yang dikendalikan dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat
kepada bersama. Di samping itu, bimbingan serta tunjuk ajar daripada guru
penasihat serta sokongan daripada penduduk kampung juga telah mendorong untuk
lebih yakin dalam merealisasikan projek ini.
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail terutama sekali penasihat kokurikulum
kerana telah menaruh kepercayaan serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada kami dalam melaksanakan projek yang kami kendalikan.Selain itu, jutaan
terima kasih juga kepada semua guru pelatih yang banyak membantu dan memberi
kerjasama dalam memastikan program yang diadakan berjalan dengan lancar.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk Kampung Panchor
Merah kerana memberi kerjasama dan sokongan yang amat menggalakkan kepada
guru-guru pelatih dalam membantu kami menghayati kehidupan sebenar di
kampung. Pengalaman yang kami perolehi akan tersemat di hati kami dan
bermanfaat pada masa akan datang.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
51/63
51
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Akhir sekali, pihak kami berharap agar program sebegini dapat diteruskan
dan diperbaiki dari semasa ke semasa agar dapat memberi manfaat kepada semua.
Segala pengalaman dan ilmu yang ditimba diharapkan dapat digunakan dan
diaplikasikan dalam masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh:
(AZREEN AZYANNY SYAZANA BINTI AZIZ)
Ketua Jawatankuasa Hadiah,
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
52/63
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
53/63
53
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
menyediakan plastik sampah kerana pihak kesihatan iaitu Combi telah
membekalkan plastik sampah sempena gotong royong ini. Pihak Combi juga telah
menyediakan minuman pagi iaitu air kotak dan sedikit makanan ringan.
Perancangan asalnya, pihak Combi ingin mengadakan pertandingan antara keluarga
angkat sempena menghapuskan nyamuk aedes namun atas beberapa kesulitan
akhirnya program gotong- royong ini ditukar saat akhir. Alhamdulillah walaupun
begitu, namun aktiviti gotong royong tetap dapat dijalankan dengan lancar.
Pada sebelah petang, iaitu pada pukul 3, kami telah mengadakan slot
motivasi bersama murid Sekolah Panchor Merah. Aktiviti ini telah dikelolai oleh Cik
Zahratul Jannah binti Basheer Ahmad. Beberapa aktiviti telah disediakan bagi murid
tahun 6 seperti tounge twistwer, teka perbuatan, spelling b, dan bina ayat.
Objektifnya adalah supaya dapat menjadi wadah murid-murid ini belajar secara
santai kerana peperiksaan UPSR yang bakal tiba. Namun secara tiba-tiba, slot
motivasi ini telah ditukar kepada murid tahun 4 dan lima kerana murid tahun 6
sedang berkhemah. Alhamdulillah walaupun sasaran peserta telah ditukar saat akhir
namun penyertaannya tetap memberangsangkan. Ramai kanak-kanak yang datang
bagi menyertai aktiviti yang dijalankan.
Sedikit kelemahan yang kami hadapi ialah, tahap permainan yang diadakan
tidak bersesuaian dengan murid tahun 4 dan 5. Pertukaran peserta slot motivasi
pada saat akhir sekaligus menyebabkan beberapa permainan terpaksa ditukar
supaya bersesuaian dengan tahap peserta. Kelemahan ini sebenarnya mencungkil
bakat dan kekreatifan setiap guru pelatih yang terlibat dalam slot ini. Setiap guru
pelatih menjadi perlu bertindak segera memikirkan alternatif lain supaya program
tetap berjalan seperti yang dirancang. Setelah permainan berakhir pada pukul 4.30,
semua peserta dan fasilitator menjamu sedikit hidangan.
Aktiviti diteruskan lagi dengan acara sukaneka pada pukul 5 petang di
Padang antara Kampung Panchor Merah dan Kampung Ulu Kekabu. Acara ini
diketuai oleh ajk aktiviti iaitu Nur Fatin Fatihah bt Abdul Ropal. Antara kategori yang
diadakan ialah kategori 1 iaitu permainan bawa bola dalam sudu, cari gula-gula dlam
tepung dan musical chair. Permainan bagi kategori kedua ialah lempar pundi
kacang, tiup belon dan isi air dalam botol. Permainan bagi kategori ketiga ialah
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
54/63
54
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
boling kelapa antara ayah dan anak angkat , tarik tali (L), sambutan kasih antara ibu
dan anak angkat. Permainan sukaneka berakhir pada pukul 7 setelah penyampaian
hadiah diberikan kepada pemenang. Acara sukaneka berjalan dengan lancar
dengan bantuan semua ajk yang dilantik. Kekuatan yang dapat kami lihat ialah
semua peserta terlibat dalam sukaneka ini. Kelihatan semua keluarga angkat dan
peserta gembira bermain bersama. Permainan ini sekaligus membentuk ikatan
kekeluargaan yang erat antara peserta dan keluarga angkat. Sedikit kelemahan
dalam aktiviti ini ialah penyediaan hadiah tidak merangkumi semua penyertaan iaitu
daripada tempat pertama hingga kelima. InsyaAllah akan datang permasalahan ini
akan kami atasi.
Pada sebelah malamnya, ajk aktiviti perlu memastikan aktiviti yang akan
diadakan ketika BBQ berlangsung. Setelah kata putus dibuat, akhirnya kami memilih
untuk menayangkan tayangan Cerita Cikgu Timah Tukar Sekolah dan karaoke.
Semua peserta seronok menikmati juadah sambil menonton tayangan bersama
keluarga angkat. Tidak dilupakan sesi karaoke bagi peserta dan keluarga angkat.
Kekuatannya, aktiviti yang disediakan menarik dan sesuai untuk semua golongan.
Tayangan cerita melayu juga bersesuaian dengan tema iaitu mengenai hubungan
antara guru dan penduduk kampung.
Pada 8 september 2012 iaitu pada hari terakhir program, sesi refleksi telah
diadakan dengan Pensyarah Penasihat BIG iaitu Encik Hamdan. Semua peserta
dikehendaki berbincang tentang kelebihan, kelemahan, peluang dan ancaman
sepanjang 3 hari dua malam program dijalankan. Encik Hamdan juga telah
memberikan beberapa nasihat kepada semua peserta. Selepas itu, semua peserta
dikehendaki pergi bersama-sama keluarga angkat ke jamuan raya dan majlis
penutup. Alhamdulillah, aktiviti jamuan raya kali ini dikelolakan oleh orang kampung.
Kami berasa sangat beruntung atas kerjasama yang diberikan oleh pihak kampung.
Selain itu pihak kesihatan iaitu Combi juga turut serta memeriahkan program dengan
mengadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Ramai peserta
yang membawa ibu dan ayah angkat mereka memeriksa kesihatan.
Alhamdulillah, kesimpulannya, semua aktiviti berjaya diadakan dengan lancar
dan sistematik. Terima kasih diucapkan kepada semua ajk aktiviti yang bersama-
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
55/63
55
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
sama berganding bahu memastikan kelancaran aktiviti. Walaupun terdapat sedikit
kelemahan, namun ianya berjaya diatasi dengan kerjasama semua ajk dan peserta
yang terlibat. Semoga ukhuwah yang terjalin sempena program ini akan terus
berkekalan. Insyallah aktiviti sebegini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan
datang. Sesungguhnya, program ini tidak akan dapat dijalankan dengan baik tanpa
bantuan semua pihak terutama orang Kampung panchor Merah.
Sekian terima kasih.
(NUR FATIN SYAFIQAH BINTI MASRIAL)
Ketua Jawatankuasa Aktiviti,
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
56/63
56
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
13.8 AJK Pengangkutan
Ahli Jawatankuasa Alatan :
Najwa Nadhirah bt Ibarahim
Nur Shamimi Binti Bat Latif
Nur Ramadhilfitri Bin Ishak@Zakaria
Nur Liyana Binti Ishak
Muhammad Firdaus Bin Omar Baki
Abdul Halim Bin Mat Isa@Daud
Perancangan Awal : Menempah bas pada tarikh Program Bina Insan Guru ke Panchor Merah,Setiu.
Peringkat proses perjalanan aktiviti :
Sebelum Aktiviti
Membuat permohonan untuk menggunakan bas pada 6 dan 8 September 2012.
Mengesahkan pemandu bas dan bilangan bas agar urusan pada hari lawatan
menjadi lebih mudah dan lancar.
Semasa Aktiviti
Menetapkan bas mengikut kelas supaya urusan menjadi lancar.
Memastikan bilangan ahli di dalam bas sentiasa mencukupi.
Memaklumkan kepada pemandu bas akan tentatif program agar beliau dapat
menguruskan masa dengan teratur.
Selepas Aktiviti
Memastikan tidak ada barang pelajar yang tertinggal di dalam bas.
Memastikan kebersihan bas agar tidak ada sampah yang dibuang ketika
menggunakan bas
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
57/63
57
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
REFLEKSI
Berdasarkan kepada tugasan yang telah diberikan, ahli jawatankuasa telah
berusaha untuk memohon menggunakan bas pada tarikh dan waktu yang telah
ditetapkan. Selain daripada itu, pihak kami juga dikehendaki mengesahkan pemandu
bas agar tidak berlaku kesulitan pada hari lawatan tersebut diadakan.
Walaupun, pada mulanya pihak kami mengalami sedikit kekangan ekoran
kerana ahli jawatankuasa pengangkutan terdiri daripada unit yang berlainan. Namun
masalah tersebut dapat diatasi hasil kerjasama yang jitu antara pihak kami.
Sebagai ahli jawatankuasa pengangkutan, kami harus memastikan
kebersihan bas berada di tahap yang memuaskan. Sekiranya ada pelajar yang
membuang sampah sepanjang kami menggunakan bas, AJK pengangkutan harus
bertanggungjawab membersihkan sampah tersebut.
PENGHARGAAN
Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
terutamanya kepada guru pembimbing dan rakan-rakan yang menyertai BIG Fasa
4/2012. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Panchur
Merah kerana menerima kehadiran pihak kami dengan tangan yang terbuka.
Kerjasama yang diberikan telah menjayakan program BIG ini. Jutaan terima kasih
juga diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung. Akhir kata, segala pengalaman yang dikutip semasa program ini
dijalankan memberi seribu satu pengertian kepada kami semua.
Sekian terima kasih.
(NAJWA NADHIRAH BINTI IBARAHIM)
Ketua Jawatankuasa Pengangkutan,
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
58/63
58
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
13.9 AJK Sponsor
Jawatankuasa Program :
Mohamad Syafiq bin Che Ahmad
Wan Mohd Zulfaqar b Wan Yahya
Nur Zawani bt Rashid
Muhamad Fahmi b Ab Rasib
Nur Hanisah bt Mohd Azhar
Selepas diadakan mesyuarat dan pembahagian tugasan bagi AJK Sponsor,
kami pun mula melaksanakan tugasan kami walaupun kami mendapat kertas kerja
agak lewat.
Kami telah bekerjasama bersama AJK Perhubungan Luar untuk mencari
sponsor. Hasil daripada perbincangan kami, kami telah memutuskan tujuh tempat
iaitu Pasaraya Giant, Pasaraya Mydin, Pasaraya Sabasun, Koperasi Maktab, Dato
Nasir Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ir Engineerin. Kami telah pergi ke tempat yang
telah dibincangkan namun kami hanya mampu meninggalkan kertas kerja dan
menunggu jawapan daripada mereka. Sehingga ke hari majlis berlangsung kami
tidak mendapat sebarang keputusan kecuali dari Koperasi Maktab
Ucapan Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana setelah
berhempas pulas, akhirnya majlis ini telah berjalan lancar dan sambutan yang
diberikan sangat menggalakkan w. Akhir kalam, kami sebagai Ahli Jawatankuasa ini
mengucapkan jutaan terima kasih dengan hasil kerjasama daripada semua pihak
yang terlibat. Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapandan kekurangan daripada pihak kami.
Sekian terima kasih.
(MOHAMAD SYAFIQ BIN CHE AHMAD)
Ketua Jawatankuasa Sponsor,Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
59/63
59
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
13.10 AJK Dokumentasi
Ahli jawatankuasa dokumentasi :
Mohamad Aiyad Bin Ramli
Muhamad Syarizwan Bin Mohd Sukeri
Norsyuhada Binti Suhaime
Faizah Binti Khalid
Mardiah Binti Idris
Perancangan Sebelum Program :
Mendapatkan maklumat dan tentatif perjalanan program dari pihak jawatankuasatertinggi.
Memberitahu jumlah peralatan dokumentasi dan rakaman yang diperlukan AJK
Dokumentasi sewaktu program kepada AJK Peralatan.
Perancangan Semasa Program :
Menjalinkan kolaborasi tugas bersama AJK lain untuk catatan perjalanan
program.
Mendapatkan suasana dan gambaran secara realiti program.
Perancangan Selepas Program :
Mendapatkan laporan tugasan sepanjang program dari semua AJK program
yang berkaitan.
Mengadakan kolaboratif dengan Tuan Haji Safri dan saudari Rabiatul Adawiya
berkenaan dengan pelaporan dokumentasi program.
Menyiapkan dan menghantar laporan dokumentasi program kepada pensyarah.
REFLEKSI
Alhamdulillah setelah berpenat lelah selama 3 hari 2 malam menjalankan
program yang agak besar ini, kami semua dapat menjalaninya dengan penuh
dedikasi walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ketara dan tidak ketara.
Sesungguhnya kami hanya manusia biasa yang punya silap dan salah dalam
bertindak menjalankan tugasan. Antara tugas jawatankuasa dokumentasi ialah
menyediakan laporan dokumentasi program setelah program selesai dilaksanakan.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
60/63
60
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Sebenarnya tugasan kami banyak dilakukan setelah program tersebut selesai. Tidak
seperti sesetengah jawatankuasa, ada diantara mereka mempunyai tugas penting
sebelum, semasa dan selepas. Kami kurang mempunyai tugas sebelum dan
sewaktu program. Kami hanya membantu AJK lain dalam melaksanakan tugasan
mereka.
Oleh kerana jawatankuasa kami memerlukan perhatian lebih di dalam
perjalanan program dan mengumpul data serta gambar untuk didokumentasikan,
kami telah menjalinkan kolaborasi tugas bersama dengan AJK lain terutama
jawatankuasa tertinggi. Ini semua agar dapat memudahkan kami untuk mencatat
segala perjalanan program dan sekaligus melicinkan tugasan kami untuk
melaporkan perjalanan program. Antara kelemahan yang ketara jawatankuasa
dokumentasi ialah kerana kekurangan ahli jawatankuasa. Ahli yang kami miliki
hanya lima individu sahaja untuk mencatatkan segala perjalanan program disamping
merakam foto dan video program. Kami terpaksa meminta tolong dari AJK lain
seperti AJK Hubungan Luar dan AJK Buku Program untuk merakamkan detik-detik
perjalanan program terutama sekali sewaktu gotong-royong. Ini kerana
pembahagian kawasan gotong-royong yang banyak sedangkan AJK yang bertugas
untuk melaporkan perjalanan program tidak mencukupi. Dan kami jawatankuasa
dokumentasi dan jawatankuasa bantuan lain terpaksa berpecah ke pelbagai lokasi
berbeza.
Disebalik kelemahan yang wujud, terdapat juga kekuatan yang dimiliki kami
dalam menjalankan program. Pertamanya ialah wujudnya kolaboratif tugas diantara
kami dan jawatakuasa bantuan yang lain. Kedua ialah kami mempunyai peralatan
dan kepakaran yang khusus berkenaan dengan dokumentasi dan rakaman. Kami
pernah terlibat dengan dokumentasi untuk beberapa program sebelum ini seperti
program Khidmat Bakti Siswa Anak Angkat di Lubuk Lesung, Kemaman, justeru
tugas ini tidaklah terlalu asing bagi kami dan kami mampu menghasilkannya dengan
amat baik sekali. Ketiga ialah kerjasama dari pihak jawatakuasa induk dan pihak
pensyarah. Tanpa kerjasama dan bantuan dari mereka, nescaya kami tidak mungkin
dapat melaksanakan tugasan selengkap dan kemas seperti ini. Tuan Haji Safri dan
saudari Rabiatul Adawiya banyak membantu kami.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
61/63
61
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Secara tuntasnya kami dapat simpulkan di sini bahawa kami telah berjaya
melakukan tugasan ini dengan baik sekali walaupun ada serba sedikit kesilapan. Itu
merupakan lumrah sebagai seorang manusia, kami tidak mungkin dapat melarikan
diri darinya. Semoga tugasan ini akan menjadi suatu pengalaman yang amat
berharga kepada kami dalam meniti kehidupan sebagai seorang bakal guru.
Insyallah.
Sekian terima kasih.
(MUHAMMAD AYYAS)
Ketua Jawatankuasa Dokumentasi,
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4.
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
62/63
62
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
HALAMANIPG Kampus Dato Razali Ismail
Alhamdulillah secara keseluruhannya program bina insan guru fasa keempat
siri 2 ini amat bermanfaat kepada kesemua yang terlibat. Kesemua yang terlibat
dapat memperolehi pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat berguna untuk
dijadikan bekalan seandainya selamat ditauliahkan sebagai seorang guru dan
pendidik anak bangsa. Untuk mendidik suatu generasi, kita memerlukan ilmu yang
melangkaui generasi tersebut dan itulah yang dapat diperolehi dari program ini.
Program bina insan guru ini diharapkan dapat meningkatkan jati diri dan
memberikan ilmu pengurusan yang secukupnya kepada guru pelatih. Pengukuhan
jati diri dan pengalaman hidup di kampung dilihat mampu menyumbang kearah
melahirkan guru-guru yang berkeyakinan tinggi, berkemahiran, cekal, tabah, dan
berpengetahuan luas bagi melahirkan generasi yang berilmu dan dapat
menyumbang kepada pembangunan dan keharmonian negara.
Peserta juga dapat belajar cara untuk mengendalikan program ini kerana
peserta bertindak sebagai ahli jawatankuasa perlaksana dengan pengawasan dan
nasihat dari pensyarah yang terlibat. Dengan ini, ilmu bidang pengurusan dapat para
peserta aplikasikan sewaktu menjalankan aktiviti dan program di masa hadapan.
Semoga segala ilmu itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya nanti dengan izin-Nya.
Sokongan daripada pihak urusetia, jurulatih dan semua tutor amat dihargai
sewaktu memberikan tunjuk ajar dan seterusnya dapat mencapai objektif utama
program ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
14.0 PENUTUP
7/31/2019 Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2012
63/63
LAPORAN DOKUMENTASI BIG FASA 4/2012
Disediakan oleh :
( MUHAMMAD AYYAS )
Ketua Unit Dokumentasi,
Program Bina Insan Guru Fasa 4/2012,
Felcra Panchor Merah,
Jertih, Terengganu.
Top Related