HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
(SET 26)
LAPORAN PROJEK (MALAM DAMBAAN CINTA RASULULLAH)
PENSYARAH
Dr. NORSHAMLIZA BINTI CHAMHURI
NAMA
MARDHIAH BINTI ISHAK
(A143553)
Nama projek :Karnival Premier Za’ba (Malam Dambaan Cinta Rasulullah)
Kod Projek :DN00703/2013
Jawatan :Pengarah Pemasaran
Tarikh mula merancang hingga tarikh tamat projek: 10 Okt 2013 – 7 Mac 2014
PENDAHULUAN_________________________________________________________________________
Konsert Malam Dambaan Cinta Rasulullah merupakan program yang berkonsepkan islamik
yang mengajak para muslimin dan muslimat untuk beselawat dengan kaedah yang lebih
interaktif . Selain itu, menggalakkan mahasiswa/i dan seluruh warga Universiti Kebangsaan
Malaysia untuk sentiasa berselawat dan mengingati kepada Nabi Muhammad SAW. Terdapat
kelainan pada program kali ini yang mana selawat akan diadakan dalam bentuk konsert supaya
golongan mahasiswa/i terpanggil untuk berselawat secara beramai-ramai bagi memuji dan
mengingati Nabi Muhammad. Hasil kutipan daripada konsert ini akan disumbangkan kepada
Maahad Tahfiz Masjid Al-Ridhuan beralamat di Masjid Al- Ridhuan , Batu 7 Hulu Klang,
Selangor Darul Ehsan dan Rumah Anak Yatim Al-Munirah beralamat di Lot 15772, Jalan Johan
Setia, Off Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Selain itu, program ini dapat
menarik minat terutamanya di kalangan mahasiswa/i untuk sentiasa berzikir kepada Allah dan
berselawat keatas nabi.
“Insan Berselawat, Insan Penuh Rahmat” menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk
menarik golongan mahasiswa/i bagi merasai memperoleh kecintaan Allah dan sesiapa saja yang
ingin berasakan kemanisan iman. Kemanisan iman (Halawatul Iman) tidak boleh dirasai jika kita
tidak memulakan langkah. Maka dengan program ini dapat memberi kesedaran diri kepada
penonton.
Konsert Malam Dambaan Cinta Rasulullah merupakan program yang bernaung dibawah
Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ‘14) yang juga merupakan satu salah satu program
tradisi bagi warga Kolej Pendeta Za’ba. KAPREZA ‘14 merupakan kali ke sembilan dianjurkan
oleh Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba. Pada kali ini
KAPREZA ‘14 diadakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia, National Cancer Society Of Malaysia (NCSM), Kementerian Belia dan Sukan serta
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
MISI
Menjadikan program ini sebagai satu landasan mendekatkan kita dengan Allah dan menjadikan
kita selalu diingat Tuhan kita walaupun berada di dalam sebuah konsert. Malah dapat
memperkenalkan hiburan baru yang berunsur islamik dengan berselawat.
MATLAMAT
Mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Za’ba di samping melatih mahasiswa/i untuk
menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i
yang mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang
berketrampilan. Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada
para mahasiswa/i dalam mengembangkan potensi dan sahsiah diri.
OBJEKTIF
_____________________________________________________________________________
_
• Mengerat ukhuwah sesama ummah.
• Menyokong dalam mempromosi tahun Malaysia Berselawat pada tahun 2014.
• Menerapkan dalam diri setiap ummah bahawa keimanan itu penting dalam pembentukan
diri.
• Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat islam yang dinamis dan progressif yang
mencari keredhaan ilahi.
TARIKH DAN MASA
Tarikh : 7 Mac 2014
Masa : 6.00petang – 11.30 malam
TEMPAT
Dataran Blok A, Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia
CADANGAN TETAMU JEMPUTAN
Jemputan Penceramah dan Artis
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
PENCERAMAH
Hafiz Hamidun
ARTIS NASYID
PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
• Jumlah Krew : 20 orang
• Jumlah pengunjung : 300 orang [anggaran]
STRUKTUR ORGANISASI______________________________________________________________________________
Rujuk Lampiran A
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
SURAT KELULUSAN JPPEL
Rujuk Lampiran D
RINGKASAN TUGASAN
Penglibatan saya sebagai Timbalan Pengarah dalam program Konsert Malam Dambaan Cinta
Rasulullah. Sepanjang penglibatan saya dalam program ini saya dan pengarah program harus
memastikan setiap unit men ‘update’ tugasan mereka yang diberi. Setiap bulan kami akan
membentangkan perjalan program dan masalah yang dihadapi kepada Majlis Tertinggi. Di sini,
saya ada mengmuat turun juga antara slide yang dibentangkan.
Selain itu, saya dan unit pemasaran telah menjalankan ‘street marketing’ di Kompleks
Perusahaan Perniagaan Dato’ Kailan, Kepala Batas Pulau Pinang. Terdapat kesukaran untuk
berjumpa dan bercakap dengan orang awam kerana untuk memohon kerjasama dari mereka
mendengar dan memberi keyakinan serta memperoleh kepercayaan adalah suatu yang agak berat,
terdapat sesetengah orang awam yang member kerjasama dan ada juga yang bertindak
sebaliknya. Saya sertakan video dan akan dimuat naik ke dalam ifolio.
Setiap perkembangan program perlu dilaporkan terlebih dahulu kepada saya dan seterusnya saya
akan melaporkan kepada pengarah program. Sebarang permasalahan akan dibincangkan bersama
supaya krew-krew lain tidak merasa tertekan dengan tanggungjawab yang diberikan.
PENUTUP
Dengan program ini, dapat membentuk mahasiswa/i yang mempunyai kemahiran generik yang
diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan. Kerjasama yang terjalin dengan
pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i dalam mengembangkan
potensi dan sahsiah diri serta melatih pelajar menjadi mahasiswa/i yang mempunyai
kebolehpasaran yang tinggi.
pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i dalam mengembangkan
potensi dan sahsiah diri serta melatih pelajar menjadi mahasiswa/i yang mempunyai
kebolehpasaran yang tinggi.
Top Related