LAPORAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH
HARI : Jumaat
TARIKH : 16.10.2015
MASA : 9.30-12.45 tengahari
TEMPAT : Dewan SJK ( C ) Hu Yew Seah
Di minggu ketiga, saya dan rakan saya telah membantu sekolah dalam
menjayakan sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan
untuk meraikan semua murid disini seramai yang berjumlah 270 orang.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir
telah dilaksanakan. Antara aktiviti yang sibuk dijalankan para murid termasuk guru
adalah dalam menyiapkan kostum yang direka sendiri daripada bahan terbuang seperti
bekas telur, surat khabar, plastic dan lain-lain lagi. .
Semasa hari sambutan, kami telah ditugaskan untuk membuat persiapan dewan
seperti menyusun kerusi untuk tetamu dan menghias dewan. Pada pukul 8.30 pagi,
semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan
di dalam dewan. Acara dimulakan dengan ucapan daripada En. Beh Khoon seng iaitu
guru besar SJK ( C ) Hu Yew Seah selepas itu Timbalan YDP PIBG sekolah.
Selepas upacara perasmian dilakukan, sambutan hari kanak-kanak pun
dilangsungkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Antara aktiviti
yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah pertunjukan magik daripada badut (Mr.
Potato) dan pertunjukan fesyen daripada bahan terbuang. Seterusnya, acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh
YDP PIBG dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
. Sambutan Hari Kanak-Kanak ini tamat kira-kira pada pukul 12.40 tengah hari.
Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan.
Top Related