7/30/2019 Laporan Kelab Fotografi
1/9
ISI KANDUNGAN
7/30/2019 Laporan Kelab Fotografi
2/9
KATA2 ALUAN GURU PENASIHAT
KATA-ALUAN PENGERUSI
LATARBELAKANG PERSATUAN
TAKWIM
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN
PENILAIAN DAN PENUTUP
LAMPIRAN
PRAKATA GURU PENASIHAT
7/30/2019 Laporan Kelab Fotografi
3/9
Syukur ke hadrat ilahi, dengan rahmat dan izin-Nya persatuan dan kelab
Fotografi SMK.Kabogan dapat berjalan dan menghidupkan aktiviti rutin
kokurikulum di sepanjang tahun 2012. Meskipun baru berusia 4 tahun jika
mengambilkira penggunaan nama Kelab Fotografi, namun persatuan ini telah
berjaya mengorak langkah lebih jauh dengan menukar nama daripada KelabMajalah dan Penerbitan kepada Kelab Fotografi berkuatkuasa pada bulan April
2009. Dengan itu, fokus persatuan ini akan menjurus kepada fotografi. Ini
bertujuan mendedahkan pelajar kepada seni dan kemahiran yang sudah menjadi
institusi ini.
Fotografi meskipun ilmu dan kemahiran baru kerana ia mula muncul
pada awal abad ke-19, namun kesan dan pengaruhnya kepada dunia begitu
mendalam sekali. Kemunculan pelbagai teknologi lain dalam bidang pengimejan
seperti televisyen, video, scanner, hologram dan sebagainya tidak pernah
mampu menggugat kedudukan fotografi sebagai satu bidang seni visual yang
terbaik. Dengan kemunculan kamera digital, bidang fotografi semakin jauh ke
hadapan sehingga melahirkan banyak cabang dan bidang lain seperti misalnya
digital fine art, digital painting dan sebagainya.
Sesuai dengan hasrat menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan,
mahir dan berketrampilan maka penubuhan Kelab Fotografi merupakan
tindakan sekolah bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan. Dengan
melaksanakan pelbagai aktiviti yang difikirkan sesuai seperti bengkel fotografi,
kemahiran mengedit gambar, gerak kerja luar dan pemotretan di lapangan, para
pelajar didedahkan kepada kemahiran fotografi yang asas. Tujuannya untuk
menanamkan minat kepada pelajar. Ini sekaligus mendorong mereka untuk
mengembangkan kreativiti dan minat dalam bidang yang cukup sensasi ini.
Adalah diharapkan agar penubuhan Kelab Fotografi memberikan lebih
banyak peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang berpotensi ini. Di
samping terlibat dalam aktiviti kokurikulum, penglibatan pelajar dalam kelab
fotografi juga akan dapat mengembangkan minat dan kemahiran mereka
seterusnya membantu mereka untuk berkecimpung secara lebih aktif pada
masa akan datang.
Sekian
______________________
(Zubir Bin Osman )
Ketua Guru Penasihat Kelab Fotografi SMK.Kabogan Sesi 2012
PRAKATA PENGERUSI
7/30/2019 Laporan Kelab Fotografi
4/9
Menjadi ahli dalam kelab fotografi merupakan satu kebanggaan. Ini kerana,
inilah satu-satunya kelab di sekolah yang berasaskan kemahiran seni dan
teknologi tinggi yang boleh dikembangkan oleh pelajar untuk kepentingan masa
depan mereka. Ertinya, selain mahir menggambar, pelajar boleh mempelajari
bidang pengeditan gambar menggunakan komputer dan menghasilkan kerjayang berseni dan berkualiti untuk ditatap, dinikmati, dihayati dan
dikomersialkan.
Seni yang indah akan menjadi lebih bererti jika dapat dikongsi dan
dihayati secara massal. Kemahiran dan bakat semulajadi adalah anugerah tuhan.
Namun teknologi juga harus dipelajari. Sesuai dengan realiti ini , penubuhan
kelab fotografi adalah bertepatan dengan keperluan semasa. Pelajar seharusnya
didedahkan dengan apa-apa bidang dan lapangan yang boleh mengembangkan
minat, kecenderungan dan bakat mereka. Salah satu bidang yang dikenalpasti
ialah fotografi yang bukan lagi asing.
Walaupun SMK.Kabogan agak terpencil (sekolah luar bandar), namun
guru dan pentadbir sekolah sentiasa peka kepada keperluan semasa. Penubuhan
Kelab Fotografi merupakan satu agenda jangka panjang sekolah untuk
melahirkan ramai pelajar yang berkemahiran dan berketrampilan dalam bidang
masing-masing. Salah satu bidang yang dikenalpasti ialah fotografi yang
sememangnya glamour dan sensasi.
Saya selaku pengerusi Kelab Fotografi SMK.Kabogan bagi tahun 2012
amat berbesar hati dengan penubuhan kelab ini seterusnya menjadi ahli dan
pengerusi kelab. Penglibatan dan kegiatan dalam kelab ini memberikan banyak
pengalaman kepada kami seterusnya mendedahkan kepada kami banyak
pengalaman baru yang boleh dikembangkan dan diterokai. Diharapkan agar
persatuan dan kelab ini akan terus maju dan berkembang pada masa hadapan
seterusnya melahirkan ramai jurugambar professional yang boleh berkhidmat
dan berbakti kepada Negara misalnya menerusi Jabatan Penerangan, RTM,
BERNAMA, akhbar-akhbar tempatan atau mengusahakan sendiri studio fotografi
untuk kepentingan masyarakat tempatan.
Sekian
___________________________________
( Mohd. Yamin Bin Abd.Hurin )
Kelas 5 Jujur
Pengerusi Kelab Fotografi SMK.Kabogan Sesi 2012
LATAR BELAKANG PERSATUAN
7/30/2019 Laporan Kelab Fotografi
5/9
Kelab Fotografi SMK.Kabogan mula diwujudkan pada tahun 2009.
Nama asal persatuan ini ialah Kelab Majalah dan Penerbitan.
Penubuhan persatuan ini diilhamkan daripada kejayaan
SMK.Kabogan menerbitkan majalah sekolah buat julung kali pada
tahun 2009. Objektif asal kelab ini ialah untuk mendedahkan kepada
pelajar mengenai selok belok dunia penerbitan majalah. Selepas
majalah sekolah tidak lagi diterbitkan kerana masalah teknikal, pihak
pentadbiran tidak membubarkan kelab tersebut sebaliknya menukar
namanya kepada Kelab Fotografi pada tahun 2010. Para ahli dalam
persatuan yang sedia ada telah diserap dan menjadi ahli Kelab
Fotografi secara automatik.
Kelab ini kemudian menukar objektifnya iaitu memberikan
pendedahan kepada ahli mengenai dunia fotografi dari pelbagai
sudut. Keahlian kelab ini pada mulanya hanya bertumpu kepada
pelajar yang benar-benar mempunyai kemahiran, minat dan
berkemampuan dari segi kewangan untuk memiliki peralatan
fotografi. Oleh yang demikian kelab ini hanya disertai oleh 25 orang
pelajar yang kebanyakannya daripada kelas tingkatan 3, 4 dan 5
Harmoni. Keahlian ini kemudiannya telah dibuka kepada semua
pelajar SMK.Kabogan.Pada awalnya fungsi kelab adalah sebagai wahana dan sarana
bagi membolehkan pelajar mempraktikan kemahiran mereka.
Selepas keahlian kelab dibuka kepada semua pelajar, fungsi kelab
kemudiannya mengkhusus kepada usaha mendedahkan pelajar
untuk meminati fotografi. Memandangkan keterbatasan ruang,
persekitaran, masa, kewangan dan peralatan, kelab telah
membataskan kegiatan di sekitar sekolah sahaja melalui pelbagai
program bersifat insitu misalnya klinik fotografi, kemahiranmenggunakan software editing dan art and design yang
kesemuanya dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Adalah diharapkan pada masa akan datang kelab fotografi akan
menjadi lebih relevan kepada keperluan semasa dan perkembangan
teknologi pengimejan yang semakin canggih. Pelajar sepatutnya tidak
ketinggalan dalam menghayati dan menerokai bidang yang semakin
popular ini.
TAKWIM KELAB FOTOGRAFI 2012
7/30/2019 Laporan Kelab Fotografi
6/9
Bulan Aktiviti Tindakan Catatan
Feb Mesyuarat Pertama Ketua GuruPenasihat
Pemilihan AJK
Mac-
Apr
Bengkel dan Klinik
Fotografi Fasa 1
Ketua Guru
Penasihat
Pengenalan Fotografi
Umum
Mei-
JunMembuat baju
persatuan
Pengerusi /
Ketua Guru
Penasihat
Ahli menyediakan baju
sendiri
Jul-
OgsLawatan ke Bukit
Tengkorak
Pengerusi /
Ketua Guru
Penasihat
Trekking n Exploration
Sept-
OktBengkel dan Klinik
fotografi Fasa II
Ketua Guru
Penasihat
Fotografi dan Komputer
NovJamuan akhir tahundan penyerahan sijil
keahlian
Pengerusi /
Ketua Guru
Penasihat
Penyerahan Sijil
penyertaan dan jamuan
akhir tahun
PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN
7/30/2019 Laporan Kelab Fotografi
7/9
80% daripada aktiviti dirancang oleh kelab telah berjaya dilaksanakan.
Ahli jawatankuasa yang berjaya dibentuk bagi sesi 2012 adalah seperti berikut:
Ketua Guru Penasihat: ZUBIR BIN OSMAN
Guru Penasihat: MOHD.SAID BIN HJ.AKMAD
Pengerusi Kelab: MOHD.YAMIN BIN ABD.HURIN (5J)
Tim.Pengerusi: MOHD.SHAFIQ BIN MOHD.SAID (5H)
Naib Pengerusi: NORAZILAH BINTI HASSAN BASRI (5J)
Setiausaha: MOHD.ADNAN BIN KAMARUDDIN (5P)
Pen.Setiausaha: NORHALIZA BINTI ROSLI (4H)
Bendahari: NUR AZIEMAH BINTI MOHD.SHIH (4J)
Pen.Bendahari: NORANISA BINTI ABD.MAJID (4J)
AJK Tingkatan: NUR SYAKIRAH BINTI MOHD.SHIH (1H)
JUMIATI BINTI MOHD.TAHIR (2H)
NOORPAIDAH BINTI NURUDDIN (3H)
MOHD.AL AFZAN BIN ALI HUSSIN (4H)
NUR FADILAH FAZLIN BINTI ABD.SAID (5A)
Tempat Perjumpaan : KELAS 4P
Jumlah Yuran : RM1.00
Senarai Aktiviti : ( Seperti dilampirkan )
Jumlah Perjumpaan : 16 kali dalam tempoh 9 bulan
Memandangkan kebanyakan ahli adalah dari kalangan pelajar miskin, AJK
Kelab telah memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang yuran. Ini bagi
menggalakkan ahli mengikuti semua kegiatan kelab. Penghapusan yuran juga
bagi memberikan suntikan kepada ahli agar dapat menyumbangkan tenaga, idea
dan penglibatan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab.
PENILAIAN DAN PENUTUP
7/30/2019 Laporan Kelab Fotografi
8/9
Pada keseluruhannya, 80% daripada aktiviti yang dirancang oleh Kelab
Fotografi SMK.Kabogan telah berjaya dilaksanakan. Faktor utama kejayaan ini
ialah minat dan kesungguhan pelajar untuk meneroka dan menguasai bidang
baru iaitu fotografi.
Pihak sekolah juga telah memberikan galakan dan sokongan moral
kepada ahli jawatankuasa kelab untuk beroperasi dan melaksanakan aktiviti
misalnya lawatan ke Bukit Tengkorak dan program bengkel/klinik fotografi.
Komitmen pelajar dalam mengikuti program yang dirancang dan
dilaksanakan oleh kelab amat memberansangkan. Kehadiran mencapai 70%
khususnya di kalangan pelajar menengah atas.
Kekangan masa, ruang dan kemudahan asas enjadi factor utama
penyumbang ketidakhadiran pelajar dalam mengikuti aktiviti kelab. Ini
ditambah oleh realiti bahawa SMK.Kabogan adalah sekolah luar bandar. 95%
ahli tidak memiliki kamera untuk tujuan praktikal. Penggunaan kamera
handphone kurang efisien dan tidak relevan dengan hasrat kelab untuk memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada ahli.
Secara keseluruhannya, ahli-ahli kelab telah menunjukkan komitmen
yang baik . Guru penasihat kelab telah memberikan galakan dan banyak peluang
untuk berinteraksi dan mencuba pelbagai kaedah yang boleh diteroka bagi
mendalami bidang fotografi. Diharapkan agar pada masa akan datang kelab ini
akan mampu muncul sebagai kelab yang berprestij dan dapat melahirkan ramai
jurugambar professional.
LAMPIRAN
7/30/2019 Laporan Kelab Fotografi
9/9
Top Related