7/28/2019 Laporan Klinik Bola Keranjang 2012
1/6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. MARY
KUALA LUMPUR
LAPORAN
KLINIK BOLA KERANJANG 2012
1.0 PENDAHULUAN
Klinik bola keranjang telah diadakan pada 21 Jun 2011 di padang bola keranjang SMK
St. Mary. Klinik ini dianjurkan oleh KL Dragons Sdn. Bhd. iaitu kumpulan pasukan bola
keranjang profesional Malaysia dan ditaja bersama Kenny Rogers Roasters. Klinik ini
diadakan adalah untuk mendedahkan kepada ahli kelab bola keranjang SMK St. Mary
tentang teknik dan kemahiran dalam permainan ini.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mendedahkan tentang kemahiran dan teknik asas permainan bola keranjang.
2.2 Memberi tips dan langkah keselamatan semasa latihan dan permainan di
jalankan.
2.3 Memberi motivasi kepada pelajar supaya yakin dan berani untuk menyertai
pertandingan bola keranjang.
3.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : Cik Goh Hai Bee
Penasihat 1 : Pn. Norhasmawati bt Yusuf
Pengerusi : Pn. Norazimah bt Abd Talib
AJK Pelaksana : 3 orang wakil KL Dragons Sdn. Bhd.
1
7/28/2019 Laporan Klinik Bola Keranjang 2012
2/6
4.0 TARIKH
21 Jun 2012 (Khamis)
5.0 TEMPAT PERLAKSANAAN
Padang bola keranjang SMK St. Mary
6.0 MASA PROGRAM
8.00 pagi 10.00 pagi
7.0 BILANGAN PENGLIBATAN
(Rujuk lampiran)
8.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Peserta klinik berkumpul seawal jam 7.45 pagi di dewan sekolah untuk diambil
kedatangan. Peserta yang lambat diberi amaran oleh Pn. Norazimah kerana ketepatan
masa amat penting dalam permainan bola keranjang. Klinik dimulakan dengan pesanan
dari Pn. Norazimah supaya peserta berdisiplin dan menjaga nama baik sekolah. Selain
itu, beliau berpesan supaya peserta menggunakan peluang sempena klinik ini supaya
belajar tentang semua perkara tentang bola keranjang di samping bertanya tips yang
berguna untuk pertandingan.
Kemudian, peserta bergerak ke padang bola keranjang dan memulakan sesi
regangan. Pelbagai aktiviti regangan seperti stutter, back pedal dan butt kicks
menghiburkan peserta kerana aktviti tersebut agak kelakar dan tidak pernah dilakukan di
sekolah. Peserta kemudian didedahkan dengan istilah-istilah permainan bola keranjang
dan gaya untuk setiap istilah seperti defend dan trap. Pelbagai teknik balingan bola
dan kaedah yang betul di ajar kepada peserta. Jurulatih juga memberi tips ketika
perlawanan seperti mengelak dari di hentam pemain lawan yang tinggi, menghantar
bola rendah ketika ramai pemain lawan mengelilingi peserta dan pelbagai lagi.Klinik bola keranjang tamat pada pukul 10.00 pagi. Peserta dan jurulatih
kemudian bergerak ke bilik kokurikulum untuk taklimat dari Kenny Rogers Roasters. En.
Anbu Selvan iaitu wakil dari Kenny Rogers Roasters telah memberi penerangan kepada
peserta dan jurulatih tentang cara pemakanan yang sihat selain mempromosikan larian
2
7/28/2019 Laporan Klinik Bola Keranjang 2012
3/6
amal yang dianjurkan oleh syarikat mereka. Pelajar dan jurulatih kemudian diberi muffin
dan air mineral percuma.
Melalui maklum balas dari peserta, klinik ini memberi banyak pengetahuan dan
input yang sangat berharga kepada mereka. Peserta juga mencadangkan supaya masa
klinik dipanjangkan kerana terlalu banyak perkara yang ingin mereka pelajari tentang
permainan bola keranjang. Selain itu, peserta mengharapkan lagi semoga program yang
sama akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya mereka dapat menimba
pengalaman di samping dapat memanfaatkan aktiviti kokurikulum sebaiknya. Dengan
terlaksananya program ini, objektif seperti yang telah dinyatakan telah tercapai. Diharap
semua peserta akan memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan sepanjang klinik ini
untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam permainan bola keranjang pada
tahun hadapan.
9.0 PENUTUP
Kesimpulannya, penggunaan masa sepanjang program ini adalah optimum dan
peserta berpuas hati dengan program yang dijalankan. Semoga program yang sama
akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya misi sekolah untuk mencapai modal
insan yang mulia dan unggul dapat dicapai. Selain itu, diharap objektif kelab bola
keranjang untuk menghasilkan pemain yang unggul di peringkat lebih tinggi dapat
dicapai.
Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;
3
(Pn. Norazimah bt. Abd Talib)Guru Penasihat Kelab Bola
Keranjang
SMK St. Mary
(Pn. Norhasmawati bt. Yusof)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK St. Mary
(Cik Goh Hai Bee)
Pengetua
SMK St. Mary
7/28/2019 Laporan Klinik Bola Keranjang 2012
4/6
LAMPIRAN
Senarai Peserta Klinik Bola Keranjang SMK St. Mary 2012
Bil. Nama Tingkatan1. Cheong Hei Xuan 1A
2. Yap Viki 1A
3. Wong Pui Ying 1A
4. Yap Kar Men 1A
5. Ng Yee Ting 1A
6. Pavahaariny 1S
7. Nurul Alisha 1S
8. Damia 1M
9. Parimala 1T
10. Christy 1T
11. Martha 1T
12. Tishalini Paramasuran 1S
13. Amanda 1T
14. Anabel 1T
15. Josephine Oon 2Y
16. Yap Jia Qi 2Y
17. Su Li Foong 2R
18. Hoo Jia Wen 2Y
19. Goh Si En 2Y
20. Tun Farsha Syazwani 2A
21. Nur Syafiqah 2A
22. Lai Yan Shan 3T
23. Siti Nur Najihah 3T
24. Sharifah Aina Syaza 3T
25. Mary Monica 3T26. Tanesha Thanaseelan 3M
27. Yap Wei Zhee 3M
28. Melissa Mae Gabriel 3M
29. Chong Hai Chi 3M
30. Chong Kah Poh 3M
31. Loh Yik Teng 3M
32. Carmelia Lai 3M
33. Yap Yuki 3M
34. Yap Siew Wan 3M
35. Cheah Pei Hwa 3M
AKTIVITI SEPANJANG KLINIK BOLA KERANJANG
4
7/28/2019 Laporan Klinik Bola Keranjang 2012
5/6
5
Peserta bersama jurulatih iaitu wakil dari KL Dragons Sdn. Bhd.
7/28/2019 Laporan Klinik Bola Keranjang 2012
6/6
6
Penaja Klinik Bola Keranjang SMK St. Mary 2012
Peserta ketika menjalani latihan
Top Related