1. PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.1.1 Peranan ketua kelas dan penolong ketua kelas sangat penting dalam memastikan kelancaran pengurusan kelas. Pengurusan kelas yang terancang dan tersusun boleh mewujudkan suasana kelas yang kondusif, dan secara langsung dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, di bawah HEM melalui Unit Pengurusan Kelas Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura (Bestari) (SMKEB) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Ketua Kelas Dan Penolong Ketua Kelas sebagai satu usaha meningkatkan kualiti kepimpinan di kalangan ketua dan penolong ketua kelas di SMKEB.
1.1.2 Pengisian seperti ceramah kepimpinan dan aktiviti-aktiviti berbentuk simulasi telah dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Kursus Kepimpinan yang telah dilakukan selama 3 jam ini telah dapat memupuk sifat seorang pemimpin di kalangan peserta kursus. Hal ini selaras dengan matlamat Unit Pengurusan Kelas SMKEB supaya dapat melahirkan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang berdedikasi dalam memegang amanah yang diberikan kepada mereka.
1.2 Objektif
1.2.1 Beberapa objektif telah dikenalpasti dalam menganjurkan Kursus Kepimpinan ini. Di antaranya ialah;
a) Membina sahsiah dan kualiti kepimpinan di kalangan ketua dan penolong ketua kelas.
b) Mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran ketua dan penolong ketua kelas.
c) Memperkemaskan kelancaran pengurusan dan organisasi kelas khasnya dan sekolah amnya.
d) Memberi suntikan semangat dan motivasi kepada kumpulan sasaran supaya dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin kelas.
1
1.3 Ahli Jawatankuasa
2
JAWATANKUASA KURSUS KEPIMPINAN SMKEB 2008
Pengerusi : Puan Kalsom Abd. Aziz (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En. Kwok Chee Yen (Pen. Kanan HEM)
Penyelaras Unit : Puan Jurianah Jalil Cik Shahida Salwani Zakaria
Penyelaras Program : En. Azman bin Abas
Penolong Penyelaras Program : Cik Darmawati Jumadi
Setiausaha : Cik Noorhuda Ghawi
Bendahari : Pn. Hasna Yunus
Ahli Jawatankuasa
Peralatan dan Dewan : En. Mohd Rafaei Isa: En. Khairulasyraf Ismail
Pendaftaran : Cik Idawany Ahmad
Cenderahati dan Sijil : Pn Chin Lee Ken: Pn Agatha Lucien
Kudapan dan Jamuan : Pn. Anis Juge: Cik Maslinda Malda
Pengerusi Majlis : Pelajar (dibimbing oleh Cik Maslinda)
Dokumentasi : Cik Wan Suharti Wan Kamaruddin
AJK Pengelola Aktiviti : Cik Darmawati Jumadi
Fasilitator : En. Muhamad Azainizam Zamri Cik Latipah binti Ayob Cik Noorshahida Mohd Zuki Pn. Lim Thing Thing
2. LAPORAN AKTIVITI
2.1 Kumpulan Sasaran
2.1.1 Dalam kursus ini, kumpulan sasaran adalah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dari semua kelas menengah rendah dan menengah atas termasuk lah Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam Atas. Para pelajar telah dimaklumkan tentang program ini dan mereka diminta melengkapkan Surat Kebenaran daripada ibubapa masing-masing.
2.2 Tentatif Program
2.2.1 SMKEB telah mengadakan kursus ini pada 19 April 2008 bersamaan dengan hari Sabtu. Program yang telah bermula seawal pukul 7.30 pagi ini didahului oleh Pendaftaran peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua dan Penolong-penolong Ketua Kelas dari semua tingkatan. Seramai 118 orang murid mengambil bahagian dalam kursus ini dan seramai 22 orang guru terlibat secara keseluruhannya.
2.2.2 Seterusnya, Ceramah Kepimpinan telah diaturkan sebagai program pembukaan. Pihak pengurusan berbesar hati telah menjemput En. Morjani Mokri, iaitu Kauselor Sekolah sebagai penceramah untuk slot pertama ini. Aktiviti seterusnya memerlukan pelajar melakukan tugasan secara berkumpulan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Escapisme, Rakit dan Kapal Karam.
2.2.2.1 Escapisme merupakan aktiviti yang memerlukan pelajar berkerjasama secara berpasangan. Mereka diberi tali yang diikat seperti gari serta perlu disilangkan antara pasangan masing-masing. Mereka dikehendaki meloloskan diri dari ikatan tali rafia tersebut tanpa perlu memutuskan tali atau mengangkat tali melepasi kepala mahu pun kaki. Rasionalnya aktiviti ini diadakan ialah untuk memupuk kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan para pelajar.
2.2.2.2 Aktiviti Kapal Karam pula menggalakkan pelajar supaya dapat mebuat keputusan yang tepat, padat dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di dalam aktiviti ini, pelajar dikehendaki membayangkan mereka berada dalam sebuah kapal yang hampir karam dan mereka perlu memilih individu yang tersenarai yang perlu dibuang. Dalam hal ini, pelajar dikehendaki membincangkan secara berkumpulan dan mencapai keputusan bersama individu mana yang perlu dibuang dan alasan mereka memilih individu terbabit.
3
2.2.2.3 Rakit merupakan aktiviti yang memerlukan sekumpulan pelajar berada di atas beberapa helai surat khabar. Terdapat beberapa individu lain yang akan mengoyakkan ”rakit” tersebut. Namun, sebagai ahli kumpulan yang saling membantu dan berkerjasama, mereka dikehendaki berpelukan antara satu sama lain bagi memastikan ahli kumpulan tidak terkeluar dari ”rakit” tersebut. Aktiviti ini menggalakkan pelajar supaya bersikap tidak mementingkan diri sendiri dan saling memerlukan walaupun ketika susah mahupun senang.
2.2.3 Selepas pelajar menjalankan aktiviti berkumpulan yang telah dirancang, sedikit jamuan makan tengahari telah dibekalkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru.
2.2.4 Sebagai acara penutup, ucapan penangguhan oleh GPK HEM SMKEB iaitu En. Kwok Chee Yen. Di akhir program ini juga, upacara penyampaian sijil telah dilakukan oleh beliau kepada wakil pelajar sebagai menghargai peyertaan mereka di dalam program ini.
4
3. LAPORAN KEWANGAN
3.1 Perbelanjaan
Selain daripada perbelanjaan untuk kudapan, bajet peralatan untuk menjalankan
aktiviti sepanjang program ini berlangsung juga termasuk dalam jumlah
keseluruhan peruntukan yang telah dirancang. Perbelanjaan ini merangkumi
jumlah yang diperuntukan bagi guru-guru dan para pelajar yang terlibat. Berikut
merupakan laporan perbelanjaan berkaitan Kursus Kepimpinan Ketua Kelas dan
Penolong Ketua Kelas bagi Tahun 2008.
PERKARA BIL. PER KEPALA JUMLAH
KU
DA
PA
N
Air Mineral 96 RM 0.50 RM 48.00
Jamuan Pelajar 96 RM 1.50 RM 144.00
Jamuan Guru dan Penceramah 22 RM 5.00 RM 110.00
PE
RA
LA
TA
N
DA
N L
OG
IST
IK
Cenderahati 1 RM 20.00 RM 20.00
Fail 96 RM 0.50 RM 48.00
Pen 96 RM 0.50 RM 48.00
Marker Pen 10 RM 3.00 RM 30.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 448.00
4. PENUTUP
5
4.1 Penutup
Secara keseluruhannya aktiviti Kursus Kepimpinan Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas bagi Tahun 2008 ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Semua
pihak yang terlibat terutamanya ahli jawatankuasa telah memberikan kerjasama
dan komitmen yang memberangsangkan bagi menjayakan program ini.
Penglibatan guru–guru dan para pelajar amat memuaskan dari awal sehingga ke
akhir program ini berlangsung. Sesungguhnya, program seperti ini wajar diadakan
serta dijadikan program tahunan sekolah memandangkan program ilmiah ini
sangat berguna untuk memupuk kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
__________________ _________________
( WAN SUHARTI BINTI WAN KAMARUDDIN ) (EN. KWOK CHEE YEN)
LAMPIRAN BERGAMBAR
TAKLIMMAT PROGRAM
6
Taklimat daripada Cik Darmawati
PENDAFTARAN PESERTA
Pelajar mendaftar di Kaunter Pendaftaran
CERAMAH KEPIMPINAN
7
En. Morjani memberi ceramah kepada pelajar
Penyampaian sijil kepada Pencermah Jemputan
LATIHAN DALAM KUMPULAN
AKIVITI 1: ESCAPISME
8
Taklimat aktiviti kepada pelajar
Guru-guru melakukan demonstrasi aktiviti Escapisme
AKTIVITI 2: KAPAL KARAM
9
Pelajar melakukan kerja berkumpulan
Pelajar membincangkan strategi kumpulan masing-masing
AKTIVITI 3: RAKIT
10
Aktiviti Rakit
Pelajar berpelukan semasa menjalankan
JAMUAN MAKAN
11
Penyedian makanan oleh Puan Anis
Pelajar menikmati amuan makan tengah hari
PENTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL
12
Ucapan penangguhan oleh GPK HEM, En. Kwok
Penyampaian sijil kepada wakil peserta
SESI BERGAMBAR
13
Barisan guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam Kursus Kepimpinan 2008
14
Top Related