LAWATAN PENANDA ARAS & KUNJUNGAN HORMAT
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR KE POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA
ANJURAN JAWATANKUASA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
30 JANUARI 2020
Rombongan KMJ disambut baik oleh Setiausaha EKSA Politeknik Merlimau
Melaka (PMM) Puan Wan Marlini Binti Wan Abdul Razak. Taklimat telah diberikan oleh
Puan Sariati Binti Dalib selaku Fasilitator EKSA PMM mengenai latar belakang PMM dan
pelaksanaan EKSA. Taklimat diteruskan dengan tentatif lawatan serta sesi soal jawab
dan disudahi dengan jamuan ringan.
Lawatan dimulakan dengan melihat pelaksanaan EKSA di unit-unit pentadbiran
dan ruang pembelajaran. Pelaksanaan EKSA dapat dilihat di unit-unit dan keseragaman
dipatuhi. Bermula dengan sudut EKSA hingga ke fail EKSA telah diseragamkan oleh
Jawatankuasa EKSA PMM. Ini dilaksanakan untuk memenuhi kriteria pengauditan EKSA
oleh MAMPU. PMM telah pun mendapat pengiktirafan dari MAMPU. Semua warga PMM
berkerjasama dalam menjayakan EKSA. Lawatan diteruskan dengan melawat bilik-bilik
pembelajaran, makmal-makmal dan bengkel-bengkel kejuruteraan. Setiap kawasan dan
ruang telah dipertanggungjawabkan kepada seorang pegawai di kalangan staf PMM. Ini
bagi memastikan pelaksanaan EKSA dijalankan secara menyeluruh.
Pelbagai inovatif yang telah dilaksanakan oleh pihak PMM bagi mempromosikan
EKSA dikalangan warga PMM. Antaranya adalah pertandingan logo EKSA, Taklimat
Pendedahan Amalan EKSA, Bengkel Audit EKSA, Pertandingan Interzon EKSA dan
Pelancaran Gotong Royong Perdana EKSA. Program-program ini telah dijalankan secara
berperingkat bagi memberikan pendedahan kepada amalan EKSA.
Diharap dengan adanya Lawatan Penanda Aras EKSA ke PMM ini dapat
memberikan idea dan dorongan yang positif kepada pihak KMJ dalam usaha untuk
membudayakan amalan EKSA di KMJ.
Top Related