PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini
dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Pengajian Matematik”.
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penyelia : ................................................................
Tarikh : ...............................................................
i
PENGAKUAN
“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ....................................................................................
Nama Penulis : Wan Zul Azizi Bin Wan Ahmad
Tarikh : ..................................................................................
ii
DEDIKASI
Kajian ini didedikasikan buat
Ayahanda dan Bonda yang telah banyak mencurahkan segala pengorbanan dan kasih
sayang serta mendidik anakanda agar menjadi seorang yang berilmu, beramal dan
berakhlak. Tanpa pengorbanan ayahanda dan bonda, anakanda mungkin tidak akan
berpeluang untuk memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Perjuangan ini akan anakanda
teruskan sehingga ke akhir hayat.
iii
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Dr Ng
Kok Fu atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh kajian ini
dijalankan.
Kerjasama daripada guru-guru dan pihak sekolah tempat kajian dijalankan
amatlah dihargai. Tidak lupa juga, kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi
pandangan dan idea dalam membantu melengkapkan lagi kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
iv
v
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
KANDUNGAN v
SENARAI LAMPIRAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
ABSTRAK x
ABSTRACT xi
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 11.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 2
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu kajian 6
2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah 7
2.3 Tinjauan Literatur 10
vi
2.4 Langkah-langkah Tindakan 12
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 17
4.0 SOALAN KAJIAN 18
5.0 KUMPULAN SASARAN 19
6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
6.1 Model Penyelidikan Tindakan 21
7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
7.1 Ujian 23
7.2 Temu Bual 23
7.3 Pemerhatian 24
8.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
8.1 Pemerhatian 25
8.2 Temu Bual 26
8.3 Ujian 28
9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN 30
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 33
11.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 35
SENARAI RUJUKAN 36
LAMPIRAN-LAMPIRAN 37
vii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Muka Surat
A Ujian Pra 37
B Ujian Pasca 38
viii
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
1 Transkrip Temu Bual dengan Dua 9
Orang Peserta
2 Keputusan Ujian Peserta 19
Kajian
3 Tema Yang Dikenalpasti Daripada Pemerhatian 26
4 Tema Yang Dikenalpasti Daripada Temu Bual 27
5 Markah ujian pra dan pasca 28
ix
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
1 Contoh kesalahan murid dalam kemahiran mendarab 3
2 Contoh kesalahan murid dalam pendaraban melibatkan 4
penambahan semula.
3 Contoh kesalahan murid dalam kemahiran pembahagian 5
Lembaran Kerja
4 Kotak Sifir 13
5 Cara Pengiraan Kotak Lattice 14
6 Teknik BTT 15
7 Cara penggunaan teknik BTT 15
8 Kitaran Model Kurt Lewin & Laidlaw 21
9 Kitaran Model Penyelidikan Kurt Lewin 22
x
PENGGUNAAN TEKNIK BILANG TULIS TAMBAH (BTT) UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN MENDARAB
SEBARANG NOMBOR HINGGA EMPAT DIGIT DENGAN NOMBOR SATU DIGIT MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA.
ABSTRAK
Refleksi terhadap PdP mendapati bahawa sebahagian murid menghadapi kesukaran untuk mendarab empat digit dengan satu digit yang melibatkan pengumpulan semula. Pelbagai jenis kesilapan dapat dikesan melalui analisis lembaran kerja, temu bual dan pemerhatian. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu penguasaan kemahiran murid lemah dalam mendarab nombor empat digit dengan satu digit yang melibatkan pengumpulan semula. Peserta kajian kajian dibimbing untuk menguasai pendaraban melibatkan pengumpulan semula menggunakan teknik Bilang Tulis Tambah (BTT). Peserta kajian terdiri daripada tahun 4, dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian, temu bual dan pemerhatian. Kajian mendapati intervensi yang digunakan berjaya membantu semua peserta kajian menguasai kemahiran pendaraban empat digit dengan satu digit melibatkan pengumpulan semula. Penggunaan kotak sifir dan kotak lattice berwarna adalah kekuatan utama teknik BTT. Walaupun begitu, masih terdapat penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk kajian hadapan.
Kata kunci: Pendaraban, pengumpulan semula, tahun 4.
xi
THE USE OF COUNTING, WRITING AND ADDING TECHNIQUE (BILANG TULIS TAMBAH-BTT) IN HELPING YEAR 4 STUDENTS TO
MASTER MULTIPLICATION OF ANY NUMBERS UP TO FOUR DIGITS WITH A DIGIT WITH REGROUPING.
ABSTRACT
Reflection on the learning process showed that some students found that it was difficult to multiply four digits with a digit that involves regrouping. Various types of errors could be detected through the worksheets analysis, interview and observation. Therefore, this action research was conducted to help weak students in mastering multiplication of four-digit numbers with one digit with regrouping. The participants for the research were guided to master multiplication involving regrouping using Counting, Writing, Adding (Bilang Tulis Tambah -BTT). The participants were from year 4 students, two boys and two girls that were selected based on diagnostic tests. Data were collected using test instruments, interview and observation. The study found that the BTT technique used managed to help all participants to master the multiplication of four digits with a digit involving regrouping. The use of multiplication box and coloured lattice box is the main strength of the technique. However, there are still some improvements that can be made for future research.
Keywords : multiplication, regrouping, year 4.
xii
1. Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Semasa menjalani praktikum fasa ketiga, saya ditugaskan untuk mengajar
Matematik kepada murid tahun empat dan lima di Sekolah Kebangsaan Sungai
Lalang. Sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai pencapaian sederhana
dalam kurikulum dan kokurikulum berbanding sekolah-sekolah yang terletak di
sekitar daerah . Sekolah ini penuh dengan kemudahan asas seperti bilik ICT,
perpustakaan dan bilik pemulihan. Murid-murid yang belajar di sekolah itu
berasal dari bandar dan luar bandar.
Dalam kedua-dua kelas yang saya mengajar terdapat murid “slow
learner”. Ada sesetengah murid yang mengambil masa yang agak lama untuk
membuat sesuatu kerja seperti menulis, membaca dan mengira. Murid-murid
juga cepat berasa bosan dan sering mengalami masalah dalam menyelesaikan
soalan matematik.
Seperti yang dirancang dalam rancangan persendirian praktikum, saya
akan memberi tumpuan dalam topik nombor bulat, darab dan bahagi. Terdapat
32 orang murid tahun empat, 39 orang murid dalam kelas tahun lima. Saya akan
mengajar Matematik kepada mereka sepanjang praktikum iaitu selama tiga
bulan. Pencapaian akademik mereka menunjukkan mereka masih lemah dalam
matematik.
1
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Saya telah ditugaskan mengajar Matematik kepada murid-murid tahun
empat dan lima semasa menjalani praktikum fasa tiga pada Februari 2015. Pada
minggu yang pertama, saya telah memerhatikan dan membuat penilaian keatas
kedua-dua kelas yang saya ajar pada waktu Matematik. Didapati murid-murid
tahun 5 masih dalam tahap sederhana manakala murid tahun 4 sederhana dan
tidak pandai dalam mata pelajaran Matematik. Melalui pemerhatian, saya telah
membuat keputusan bahawa saya perlu meningkatkan tahap pengajaran saya
dengan menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang berkesan untuk
memenuhi keperluan dan minat murid-murid. Sepanjang berpraktikum, saya
dapat mengenalpasti beberapa isu yang murid saya alami.
1.2.1 Isu Pertama : Kemahiran darab yang tidak kukuh melibatkan nombor 4
digit didarab dengan 1 digit.
Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas
tahun empat di bawah tajuk 4 Darab sehingga 100 000. Standard pembelajaran
yang terlibat dalam tajuk ini adalah mendarab sebarang nombor hingga empat
digit dengan nombor satu digit dan hasil darabnya hingga 100 000. Selesai sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya dapat mengesan murid-murid
tidak dapat mendarab nombor yang dengan betul. Murid-murid hanya mendarab
dengan betul pada nilai tempat sa, dan sekiranya nombor satu digit didarab
dengan nilai tempat puluh dan seterusnya, pengiraan mereka akan menjadi salah.
Ada juga segelintir murid yang salah mendarab dimulai dengan nilai tempat sa.
Rajah 1 merupakan gambar jalan kira yang telah dilakukan oleh murid dan
menunjukkan kemahiran darab mereka yang tidak kukuh.
2
Rajah 1 : Contoh kesalahan murid dalam kemahiran darab.
1.2.2 Isu Kedua : Masalah pengumpulan semula melibatkan nombor 4 digit
didarab dengan nombor 1 digit.
Isu kedua ini juga dapat saya kesan selesai sahaja sesi pengajaran dan
pembelajaran sewaktu dengan isu pertama. Murid mendarab nilai tempat sa
dengan betul dan sekiranya hasil darab memerlukan pengumpulan semula
dilakukan, murid akan melakukan kesalahan. Ada juga melakukan kesalahan
mengumpul semula di pendaraban nilai tempat puluh, ratus dan ribu. Murid juga
melakukan kesilapan dalam meletakkan jawapan hasil darab dimana nombor
yang perlu dikumpulkan semula diletak di bahagian jawapan, dan nombor yang
tidak perlu dikumpul semula, diletakkan di atas yang mana pengumpulan semula
perlu dilakukan. Murid juga melakukan kesalahan yang mana murid menambah
terlebih dahulu dengan nombor yang perlu dikumpul semula kemudian
mendarab dengan pekali walhal murid perlu mendarab dengan pekali kemudian
barulah mengumpul semula. Rajah 2 merupakan bukti pengiraan kesalahan
murid dalam isu yang kedua ini.
3
Rajah 2 : Contoh kesalahan murid dalam pendaraban melibatkan penambahan
semula.
1.2.3 Kemahiran bahagi yang tidak kukuh melibatkan membahagi sebarang
nombor hingga 100 000 dengan nombor 1 digit,
Isu ini dapat saya kesan setelah saya menyemak jalan kerja murid.
Walaupun setelah penerangan yang teliti dan jelas oleh guru, murid masih tidak
memperolehi penguasaan kemahiran bahagi yang sepenuhnya. Segelintir murid
tidak dapat membahagi pada awal pembahagian lagi. Contohnya 56894 ÷ 7.
Walaupun murid tahu akan 5 tidak boleh dibahagi dengan 7, namun pengiraan
untuk digit pertama tetap salah. Contoh boleh dilihat pada rajah 1.3. Murid juga
melakukan kesalahan proses penolakan dalam bahagi. Kesalahan yang dilakukan
segelintir pelajar penolakan dalam pembahagian ini seolah-olah mereka tidak
pernah melakukan operasi penolakan. Gambar kesalahan pengiraan boleh dilhat
pada rajah 3. Sebilangan kecil pelajar juga melakukan kesalahan kecil contohnya
kecuaian dalam penggunaan sifir dalam pembahagian.
4
Rajah 3: Contoh kesalahan murid dalam
kemahiran pembahagian.
Berdasarkan ketiga-tiga isu yang ditemui, setelah membuat pengamatan dan
melakukan perbincangan dengan guru pembimbing, rakan praktikum serta rakan
sekelas, saya mengambil keputusan untuk memilih isu kedua sebagai isu kajian.
5
2.0 Fokus Kajian
2.1 Isu Kajian
Daripada sesi pengajaran saya pada tahun 4C3 dan 5C2, saya telah
memilih tahun 4C3 kerana tahun 4C3 lebih memerlukan bimbingan dan panduan
memandangkan mereka masih di tahap awal tahap 2 dan mereka merupakan kelas
ketiga daripada 5 buah kelas. Untuk tahun 4 ini, saya sebagai guru pelatih sempat
mengajarkan mereka tajuk penolakan, pendaraban dan pembahagian. Daripada isu
yang dinyatakan tersebut, saya telah memilih isu kedua iaitu 1.22: Masalah
pengumpulan semula melibatkan nombor 4 digit didarab dengan nombor 1 digit.
Saya memilih isu kedua sebagai Fokus Kajian kerana yang pertama, bilangan murid
yang menghadapi masalah tersebut lebih ramai berbanding isu atau masalah yang
pertama. Yang kedua kerana kemahiran pengumpulan penting setelah mereka celik
sifir dan bijak nombor. Saya merasakan pengukuhan pengumpulan semula pada
pendaraban dengan nombor satu digit perlu dilakukan dan dititkberatkan oleh
seseorang guru kerana murid akan menghadapi pengumpulan semula dengan
pendaraban dua digit juga dan sekiranya dengan satu digit pun sudah tidak boleh
dikuasai, maka sukarlah seseorang murid itu untuk menyelesaikan soalan darab
empat digit dengan dua digit.
2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah
6
Tinjauan terhadap masalah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam tentang masalah yang dikenal pasti dan juga sebagai bukti masalah
tersebut
7
berjaya dikenal pasti dalam kalangan murid-murid Tahun Empat. Antara alat
kajian yang telah saya gunakan untuk membuat tinjauan masalah ialah pemerhatian,
analisis lembaran kerja, dan temu bual.
2.2.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian dalam kajian ini dilakukan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran kelas. Pemerhatian dilakukan berdasarkan respon dan tindak balas
terhadap soalan-soalan yang ditanyakan kepada murid dan tingkah laku murid
semasa melakukan lembaran kerja yang diedarkan. Hasil daripada pemerhatian jelas
menunjukkan bahawa murid tidak dapat mendarab sebarang nombor hingga empat
digit dengan satu digit dan hasilnya darabnya hingga 100 000 dengan pengumpulan
semula dengan betul. Segelintir murid melakukan dengan cepat dan segelintir murid
melakukan dengan perlahan, namun mereka tetap salah kerana kaedah pengumpulan
semula yang salah. Mereka tidak mendarab dengan pekali terlebih dahulu sebaliknya
menambah dengan nombor yang perlu dikumpul semula kemudian mereka mendarab
dengan pekali. Ada juga yang hanya mendarab dengan pekali tetapi tidak
mengumpul semula nombor yang perlu dikumpul semula.
2.2.2 Analisis lembaran kerja
Selepas mengajarkan murid tahun 4C3 akan tajuk mendarab sebarang nombor
hingga empat digit dengan nombor dua digit dan hasil darabnya hingga 100 000,
saya mengedarkan lembaran kerja kepada mereka. Lembaran kerja sengaja diberikan
untuk mengesan sejauh manakah kefahaman murid terhadap topik yang diajarkan.
Selepas diperiksa dan dianalisis, saya dapat mengenalpasti permasalahan yang
dihadapi mereka iaitu mereka tidak dapat menjawab dengan betul sekiranya jalan
kerja melibatkan pengumpulan semula. Segelintir murid mendarab dengan betul pada
8
tempat sa dan meletakkan nombor puluh di atas dan nombor sa di ruangan jawapan,
namun setelah itu murid menambah terlebih dahulu nombor yang diletak di bahagian
atas yang mana sepatutnya perlu didarab dengan pekali terlebih dahulu kemudian
barulah dikumpul semula. Hal ini jelas menampakkan kekeliruan dan
ketidakfahaman murid terhadap kemahiran pengumpulan semula.
2.2.3 Temu bual
Temu bual dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan
sasaran. Temu bual ini merumuskan mengapa mereka melakukan kesalahan dalam
pengiraan. Rata-rata mengatakan mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan
nombor yang perlu dikumpul semula tersebut dan hanya menambah terus kemudian
barulah mendarab dengan pekali. Dua orang murid yang dipilih daripada kumpulan
sasaran tersebut menjawab dengan jawapan yang agak sama justeru menyakinkan
saya bahawa mereka mempunyai permasalahan yang sama. Temu bual ini dilakukan
secara kualitatif dengan menggunakan bentuk temu bual tidak berstruktur. Temu bual
secara spontan telah dilakukan kepada dua orang yang terpilih. Temu bual yang
dilakukan ditranskripkan supaya kandungannya dapat dianalis dalam bentuk
karangan. Jadual 1 menunjukkan dapatan temubual dengan 2 orang murid tersebut.
9
Jadual 1
Transkrip Temu Bual dengan Dua Orang Peserta
10
Murid Temu bual Refleksi guru
A
S:
J:
S:
J:
Kenapa awak menambah dengan nombor di atas terlebih dahulu kemudian baru mendarab dengan pekali?
Saya tidak tahu cikgu, saya hanya lakukan pengiraan mengikut naluri saya.Mengapa mengikut naluri sedangkan cikgu sudah ajar sebentar tadi?Saya lupa cikgu.
Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini tidak tahu cara menyelesaikan bagi soalan darab yang melibatkan pengumpulan semula kerana dia telah lupa cara penyelesaiannya.
B S:
J:
Kenapa awak menambah dengan nombor di atas terlebih dahulu kemudian baru mendarab dengan pekali?
Saya buat begitu kerana nombor diatas perlu ditambah dengan nombor dibawah kemudian barulah didarab dengan pekali.
Pengkaji dapat mengetahui bahawa murid ini tidak tahu cara menyelesaikan bagi soalan darab yang melibatkan pengumpulan semula kerana dia telah lupa cara penyelesaiannya.
2.3 Tinjauan Literatur
2.3.1 Tinjauan Literatur Mengenai Pendaraban.
Menurut Kamus Dewan (2007), pendaraban di definisikan sebagai perkalian,
perbanyakkan dan penggandaan. Pendaraban boleh dimaksudkan sebagai tindakan
menghubungkan antara kumpulan-kumpulan, sama seperti penambahan berulang.
Contohnya seperti 3 X 6. Pernyataan tersebut bermaksud samada 3 ditambah
berulang sebanyak enam kali atau 6 ditambah berulang sebanyak 3 kali.
Eda Vula (2011) pula mengatakan, empat operasi asas iaitu tambah, tolak,
darab dan bahagi, adalah konsep asas matematik yang diajar pada peringkat sekolah
rendah. Zainuddin & Rashidi (2007) menyatakan bahawa tajuk pendaraban
merupakan salah satu tajuk yang amat penting dalam subjek matematik.
11
Kedua-dua pernyataan ini menyakinkan saya untuk memilih tajuk darab
sebagai tajuk dalam kajian tindakan saya ini. Murid-murid yang saya ajar juga lemah
dalam operasi darab justeru menggalakkan diri saya untuk meneruskan kajian
tindakan ini. Tajuk-tajuk lain dalam subjek matematik contohnya pecahan,
perpuluhan, ukuran jarak, matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu jelas
menunjukkan kebergantungan terhadap aplikasi fakta asas darab. Pernyataan ini
disokong oleh Goh (2011) dalam kajiannya yang menyatakan sekiranya murid tidak
tahu akan operasi kira darab, masalah ini membawa kesukaran kepada mereka untuk
mempelajari topik-topik Matematik yang seterusnya melibatkan pendaraban.
2.3.2 Tinjauan Literatur Mengenai Kaedah Lattice
Berkaitan dengan isu kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah, Herlinda
(2008) meyatakan bahawa penggunaan bahan bantu dapat meningkatkan kefahaman
pelajar selain dapat merangsang minat dan sikapnya yang lebih positif. Disebabkan
hal ini, saya sebagai guru tahun 4C3 merasakan mereka memerlukan satu bahan
pembelajaran yang konkrit untuk memudahkan pemahaman terhadap tajuk
pendaraban. Nooriza (2011) mengatakan namun begitu masih terdapat ramai guru
matematik yang mengajar menggunakan pendekatan ‘chalk and talk’. Pendekatan
sebegini mengakibatkan pelajar menjadi bosan justeru mengakibatkan pengajaran
kurang menjadi. Bagi mengelakkan hal sebegini terjadi, saya menggunakan kotak
sifir yang bersifat konkrit agar murid dapat pegang dan bermain dengan benda itu
justeru menarik minat mereka untuk mempelajari tajuk yang akan diajarkan.
12
Kaedah lattice pula merupakan kaedah yang mementingkan penyelesaian
secara sistematik iaitu ianya menggunakan kotak atau kekisi untuk mendarab.
Namun, di sebalik sistematik itu, murid bebas untuk meletakkan nombor pada atas
atau sisi kekisi. Menurut Brumbaugh, Moch, Wilkinson (2005) di dalam buku
Mathematics content for elementary teachers menjelaskan bahawa salah satu
kecantikan kaedah lattice ialah hanya fakta matematik diperlukan dan ianya boleh
diselesaikan dalam mana-mana susunan. Hal ini bermakna murid bebas untuk
meletakkan nombor di atas atau tepi kekisi. Melalui tinjauan literatur yang telah saya
laksanakan, saya telah mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah
murid yang mempunyai masalah dalam pengumpulan semula melibatkan
pendaraban hingga nombor empat digit dengan nombor satu digit. Saya telah
mendapatkan ilham yang mana terhasilnya teknik Bilang Tulis Tambah (BTT).
Teknik BTT ini mengabungkan kotak sifir dan teknik lattice. Murid yang bermasalah
dalam pendaraban dan pengumpulan semula akan dapat diatasi dengan
memperkenalkan teknik yang telah saya cipta. Penggunaan bahan bantu mengajar
yang jelas serta pengiraan teknik lattice yang mudah sememangnya sesuai untuk
digunakan oleh murid yang lemah dalam pendaraban yang melibatkan pengumpulan
semula.
2.4 Langkah-langkah Tindakan.
Aktiviti 1
Ujian pra dijalankan untuk merekod pencapaian murid sebelum intervensi
dijalankan. Ujian pra diberikan sebanyak lima(5) soalan. Ujian pra ini juga dilakukan
untuk dibuat perbandingan dengan ujian pasca yang dijalankan di akhir pelaksanaan
tindakan.
13
Aktiviti 2 (sesi 1)
saya telah melaksanakan sesi pertama iaitu pengenalan kepada intervensi iaitu
teknik BTT. Pengenalan intervensi dilakukan secara berkumpulan pada waktu yang
telah ditetapkan. Peluang bagi kanak-kanak membina pengetahuan matematik wujud
apabila mereka berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya. Ini amat bersesuaian
dengan pengajaran secara berkumpulan yang telah saya laksanakan. Sesi pertama
saya menceritakan secara keseluruhan tentang teknik BTT terlebih dahulu.
Kemudian saya memperkenalkan murid kepada kotak sifir. Cara penggunaan kotak
sifir diajarkan secara mendalam pada sesi ini. Rajah 6.2.1 menunjukkan kotak sifir
yang digunakan dalam teknik ini.
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
1 O O O O
2 O O O O
3 O O O O
4 O O O O
5 O O O O
6
7
8
9
14
Rajah 4 : Kotak Sifir
Rajah 4 menunjukkan bagaimana menunjukkan penggunaan sekiranya
lima(5) didarab dengan empat(4). Dalam kotak sifir boleh dilihat bahawa setiap lajur
dan baris yang pertama telah diisi dengan nombor sifar(0) hingga Sembilan(9). Bagi
pengiraan 5 darab 4, 5 ditanda pada lajur pertama manakala 4 di tanda pada baris
yang pertama. Seterusnya kotak yang menaungi antara 5 dan 4 ditanda dan dikira
jumlah kotak yang bertanda. Jumlah kotak yang bertanda merupakan jawapan kepada
5
darab
4
iaitu
sebanyak 20.
Aktiviti 3 (sesi 2)
Pengenalan dan pengajaran kepada kotak lattice telah dilakukan pada sesi
kedua. Pada sesi kedua, saya mengarahkan murid untuk mengisi apa-apa nombor
sahaja dalam kotak lattice berwarna yang telah saya sediakan kemudian menambah
nombor dalam kotak yang sama warna. Setiap perubahan warna menandakan
perubahan nilai tempat yang lebih besar bermula dengan nilai tempat sa. Rajah 5
menunjukkan contoh aktiviti yang dilakukan pada sesi kedua ini.
15
2 6 6 0 2
Rajah 5 : Cara pengiraan kotak lattice
Rajah 6.2.2 menunjukkan cara pengiraan kotak lattice berwarna. Nombor
hanya ditambah pada kotak yang sama warna. Sekiranya bilangan nombor hanya satu
pada kotak berwarna, nombor itu hanya perlu ditulis sebagai jawapan. Sekiranya
nombor yang ditambah dalam kotak sama warna melebihi nilai tempat pada kotak
berwarna tersebut, maka jawapan yang mempunyai nilai tempat lebih besar dipindah
ke kotak berwarna seterusnya. Contohnya boleh dilihat pada kotak berwarna oren di
atas. 5 ditambah 5 jawapannya 10, tetapi jawapan yang ditulis di bawah adalah 0 dan
1 dipindah ke kotak berwarna bersebelahan dengannya yang belum dikira.
Aktiviti 4 (sesi ketiga)
Pada langkah 5, kotak sifir dan kotak lattice telah digunakan sepenuhnya.
Gabungan dua kotak inilah yang menghasikan teknik BTT. Seperti telah diterangkan
pada langkah 3 dan 4, murid akan menggunakan teknik BTT untuk mengira soalan
pendaraban. Pada langkah ini, saya akan menyediakan teknik ini meenggunakan
kertas ‘laminate’ dan marker untuk memudahkan pengiraaan. Rajah 6 menunjukkan
teknik BTT yang di ‘laminate’ dan digunakan oleh murid.
16
Rajah 6 : Teknik BTT
Rajah 7 pula menunjukkan
cara penggunaan teknik BTT
secara berperingkat yang
mana pendaraban melibatkan
nombor 2527 dengan nombor
2.
Rajah 7 : Cara penggunaan
teknik BTT.
17
Aktiviti 5
Ujian pasca diberikan setelah murid dapat menguasai teknik BTT. Pada ujian
pasca, murid tidak diberikan teknik yang di ‘laminate’ lagi. Murid diberikan pilihan
sama ada menggunakan teknik ini dengan melukis sendiri ataupun menyelesaikan
ujian dengan cara tersendiri. Ujian pasca diberikan sebanyak lima(5) soalan
18
3.0 Objektif Kajian
Matlamat kajian ini adalah bertujuan menarik minat dan membantu murid
tingkatkan penguasaan murid dalam operasi darab empat digit dengan satu digit yang
melibatkan pengumpulan semula dalam mata pelajaran matematik tahun 4. Objektif
kajian ini adalah untuk :
Untuk mengkaji sama ada penggunaan Teknik Bilang Tulis Tambah (BTT) dapat
membantu murid menguasai pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga
empat digit dengan nombor satu digit.
Untuk menentukan respon peserta kajian terhadap Teknik Bilang Tulis Tambah
(BTT).
19
4.0 Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan berikut :
Adakah penggunaan Teknik Bilang Tulis Tambah (BTT) dapat membantu murid
menguasai pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga empat digit dengan
nombor satu digit dan hasil darabnya hingga 100 000 yang melibatkan
pengumpulan semula?
Apakah respon murid terhadap Teknik Bilang Tulis Tambah (BTT)?
20
5.0 Kumpulan Sasaran
Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan 4 orang peserta kajian Tahun
Empat iaitu 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Murid-murid yang
dipilih dalam kumpulan sasaran adalah antara murid yang lemah dalam pendaraban
yang melibatkan pengumpulan semula. Rata-rata murid yang dipilih adalah murid-
murid yang berpencapaian lemah dalam matematik. Saya memiih murid yang
berpencapaian lemah adalah kerana saya ingin memperkukuh pemahaman mereka
tentang kemahiran dalam mata pelajaran matematik terutamanya dalam topik
pendaraban, Murid-murid yang dipilih sebagai peserta kajian jelas menampakkan
ketidakfahaman terhadap pendaraban yang melibatkan pengumpulan semula kerana
markah yang diperolehi hasil daripada lembaran kerja yang diberikan adalah rendah
malah ada yang sifar. Jadual 5.1 dibawah menunjukkan markah yang diperolehi oleh
murid-murid yang dipilih. Nama yang ditulis bukan nama sebenar peserta kajian.
Jadual 2
Keputusan Ujian Peserta Kajian.
PESERTA KAJIAN Ali Faid Nurul Aida
MARKAH UJIAN % 20 0 0 0
21
Jadual 2 menunjukkan markah bagi lembaran kerja yang diberikan kepada
murid-murid Tahun Empat. Seramai 4 orang peserta kajian telah memperoleh
markah di antara 0% hingga 20%. Pola markah ini jelas menunjukkan bahawa murid-
murid mengalami kesukaran untuk menjawab soalan berkaitan topik mendarab
melibatkan pengumpulan semula.
22
6.0 Tindakan Yang Dijalankan.
6.1 Model Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan tindakan yang digunakan adalah menggunakan Model
Penyelidikan Tindakan Lewin,1946 & Laidlaw,1992. Model Kurt Lewin (1946)
digunakan apabila masalah kajian telah dikenal pasti. Model penyelidikan tindakan
Kurt Lewin ini adalah antara model yang terawal sebelum terhasil pengubahsuaian
model-model yang berikutnya seperti Model Laidlaw (1992). Kurt Lewin
menyatakan bahawa penyelidikan tindakan mengandungi empat peringkat dalam
kitaran iaitu bermula dengan refleksi diikuti dengan perancangan tindakan dan
pemerhatian. Kitaran berkenaan boleh berulang ke kitaran kedua, dan seterusnya
sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Rajah 8 menunjukkan kitaran
dalam model Kurt Lewin & Laidlaw.
Rajah 8 : Kitaran model Kurt Lewin & Laidlaw.
23
Refleksi
PerancanganTindakan
Pemerhatian
Kitaran pertamaKitaran kedua
Rajah 9 menunjukkan tindakan yang telah saya laksanakan secara
berperingkat berdasarkan kitaran dalam Model Penyelidikan Kurt Lewin bagi kajian
ini.
Rajah 9 : Kitaran Model Penyelidikan Kurt Lewin
24
1. Mengenal Pasti Aspek Amalan Bagi Penambahbaikan.
Murid mengalami kesukaran dalam
penyelesaian pendaraban nombor hingga empat digit
dengan satu digit yang melibatkan
pengumpulan semula
2. Merancang Tindakan
Merancang pelaksanaan teknik
BTT
3. Melaksanakan Tindakan
Murid yang dipilih sebagai peserta kajian akan ditunjukkan cara
penyelesaan menggunakan teknik
BTT
4. Mengumpul Data
- Pemerhatian- Temu bual
- Ujian Pra
5. RefleksiMurid-murid akan dapat menguasai topik pendaraban sebarang nombor
hingga empat digit dengan satu digit
melibatkan pengumpuan semula dengan teknik BTT
7.0 Kaedah Mengumpul Data.
7.1 Ujian
Saya telah menjalankan satu ujian pra (lampiran A) dan satu ujian pasca
(lampiran B) kepada peserta kajian yang dipilih. Ujian pasca bertujuan untuk
menguji samada teknik BTT berhasil menangani masalah peserta kajian dalam
masalah mendarab sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor satu digit. 5
ujian pra dan 5 ujian pos masing-masing akan diberikan kepada 4 peserta kajian
selama 30 minit. Markah ujian akan dikira dalam bentuk peratus.
7.2 Temu Bual
Saya menjalankan temu bual semi berstrukur terhadap peserta kajian yang
telah dipilih bagi mengesan permasalahan yang sebenar yang dialami oleh peserta
kajian. Isu mendalam yang perlu dicungkil daripada peserta kajian juga cuba
diperolehi daripada temubual yang dijalankan. Saya sengaja memilih temubual semi
berstruktur kerana temubual ini sesuai untuk dilaksanakan keatas murid-murid tahun
4 yang berumur 10 tahun. Soalan-soalan dibentuk terlebih dahulu dan digunakan
sebagai panduan semasa proses temubual berlangsung. Walaubagaimanapun, saya
bebas untuk mengemukakan soalan-soalan lain yang tiada dalam perancangan soalan
temubual.
25
7.3 Pemerhatian
Saya akan menggunakan nota lapangan sebagai medium pemerhatian. Nota
lapangan akan ditulis selepas setiap kali berlangsungnya pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kandungan berkaitan dengan kajian ini. Melalui nota
lapangan yang diperolehi, saya dapat menilai tahap pencapaian peserta kajian selepas
teknik BTT didedahkan kepada peserta kajian. Tidak lupa juga akan sikap,
perubahan tingkah laku, maklumat-maklumat diluar jangkaan, dan halangan yang
dihadapi.
26
8.0 Analisis Dan Interpretasi
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat menyatakan analisis
ditakrifkan sebagai satu penyelidikan atau penghuraian sesuatu, contohnya seperti
keadaan, masalah mahupun persoalan bagi mengetahui pelbagai aspeknya secara
terperinci atau mendalam. Manakala interpretasi data pula merupakan suatu kegiatan
yang menggabungkan hasil analisis dengan pernyataan, kriteria atau standard tertentu
untuk menemukan makna dari data yang dikumpulkan untuk menjawab
permasalahan dalam penelitian yang sedang diperbaiki.
8.1 Pemerhatian.
Saya telah membuat pemerhatian semasa pengenalan kepada teknik BTT dan
semasa ujian pasca. Dalam kaedah pemerhatian, saya telah menyemak kembali
maklumat yang telah saya perolehi dengan terperinci dalam kandungan nota
lapangan. Nota lapangan tersebut dianalisiskan dengan teliti melalui pembacaan.
Kemudian, saya memilih data atau idea yang berkaitan dengan aspek yang telah saya
fokuskan. Seterusnya, pengkodan dan pengkategorian bagi setiap idea atau data
dilakukan. Kemudian, saya mengenalpasti tema yang sesuai bagi mewakili semua
kategori yang dibentuk.
Berdasarkan tema tersebut, saya menganalisis setiap data berbentuk huraian
ringkas untuk saya menterjemahkan aspek-aspek tertentu supaya lebih jelas.
Pengkategorian boleh dilihat seperti dalam jadual 8.1.1.
27
Jadual 3
Tema.Yang Dikenalpasti Daripada Pemerhatian
Tema (kod) HuraianAktif (A) - Murid berbincang sesama sendiri.
-Murid memberi pertanyaan kepada guru . - Meminta soalan tambahan setelah murid menyelesaikan soalan di lembaran kerja.
Seronok (Se) - Murid kelihatan teruja menggunakan teknik BTT.- Murid menyelesaikan soalan yang diberikan menggunakan kotak sifir dan kotak lattice.- Murid menyelesaikan semua soalan menggunakan teknik BTT.
Berdasarkan kepada Jadual 3, majoriti murid menunjukkan tingkah laku yang
positif. Namun ada seorang murid yang tidak menggunakan teknik BTT semasa ujian
pasca iaitu Ali. Walaupun begitu, Ali dapat menjawab kesemua soalan dalam ujian
pasca dengan betul.
8.2 Temu bual.
Data yang diperoleh melalui temu bual telah ditukarkan ke dalam bentuk
transkrip bertujuan untuk proses analisis dan pengkategorian maklumat-maklumat
penting. Proses tersebut adalah sama dengan proses analisis nota lapangan. Saya
telah mengkategorikan setiap kandungan transkrip temu bual mengikut tema-tema
tertentu. Berdasarkan tema tersebut, saya menganalisis setiap data kedalam bentuk
huraian ringkas untuk memudahkan saya memberi penerangan dengan lebih jelas.
28
Jadual 4
Tema Yang Dikenal Pasti Daripada Temu Bual
Tema HuraianAktif(A) -menyatakan kerana teruja menggunakan teknik
BTT-kerana mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi tentang teknik BTT.
Seronok(Se)
-menyatakan akan menggunakan teknik BTT dalam pengiraan pada masa hadapan.-menyatakan akan ajar kepada rakan-rakan lain cara penggunaan teknik BTT-menyatakan keinginan untuk memiliki teknik BTT yang di ‘laminate’.
Hasil daripada temu bual berkumpulan, rata-rata murid mengatakan teruja
menggunakan teknik BTT. Ini kerana mereka telah pon diajarkan oleh guru
matematik mereka akan kotak sifir dan teknik lattice. Namun dalam teknik BTT ini,
kedua-dua kaedah itu digabungkan dan menjadikan pengiraan pendaraban lebih
senang tanpa mereka perlu menghafal sifir. Teknik BTT juga senang digunakan
kerana kotak lattice yang berwarna. Kotak lattice yang berwarna ini memudahkan
murid untuk menambah hasil pendaraban dengan betul. Majoriti murid juga
mengatakan bahawa mereka suka menggunakan teknik ini. Teknik BTT dapat
menarik minat murid kerana cara mendapat hasil darab dan menambah hasil darab
dalam nilat tempat yang sama yang ringkas dan dapat menjurus kepada jawapan
yang tepat.
Kesemua pelajar juga menyatakan bahawa mereka akan ajar teknik BTT ini
kepada rakan mereka yang lain. Mereka merasakan teknik yang begitu berguna dan
senang ini perlu dikongsi kepada rakan yang lain bagi memastikan ilmu yang telah
diberikan lebih menjadi mantap dalam ingatan dan dapat meningkatkan penguasaan
29
mereka terhadap teknik ini. Mereka juga merasakan teknik yang seronok digunakan
ini harus dikongsi kepada rakan-rakan meraka. Kesemua murid juga mengatakan
bahawa apabila menggunakan teknik BTT, kebarangkalian untuk mereka melakukan
kesalahan dalam pengiraan adalah sangat kecil. Kebiasaanya, murid akan silap
apabila operasi darab berlaku kerana mereka tidak ingat akan sifir. Dengan
menggunakan kotak sifir, mereka tidak perlu lagi risau akan masalah tersebut kerana
kotak sifir akan membantu mereka. Pendaraban yang melibatkan pengumpulan
semula juga tidak akan cuai dengan bantuan kotak lattice berwarna.
Akhir sekali, kesemua murid bersetuju sebulat suara bahawa mereka akan
menggunakan teknik BTT di masa hadapan. Mereka mengatakan mereka pasti akan
menggunakan teknik BTT apabila melibatkan nombor yang nilainya besar.
Penggunaan teknik BTT pada masa peperiksaan mahupun dalam pengiraan kelas
akan membantu mereka mendapatkan jawapan yang tepat.
8.3 Ujian
Berdasarkan ujian pra dan pasca yang telah saya jalankan, hasil keputusan
telah direkodkan ke bentuk jadual markah. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti
perbandingan hasil sebelum dan hasil selepas tindakan dibuat. Melalui jadual ini,
sebarang peningkatan mahupun penurunan prestasi murid dapat dikesan.
Jadual 5
Markah ujian pra dan pasca.
Bil. Nama Ujian Pra Ujian Pasca Peningkatan1 Ali 2/5 (40%) 5/5 (100%) 60%2 Faid 0/5 (0%) 5/5 (100%) 100%
30
3 Nurul 0/5 (0%) 4/5 (80%) 80%4 Aida 0/5 (0%) 4/5 (80%) 80%
Berdasarkan perbandingan ujian yang telah dijalankan, terdapat peningkatan
markah ataupun prestasi dalam kalangan peserta kajian. Pencapaian Faid, Nurul dan
Aida dalam ujian pra berada pada tahap yang lemah menakala Ali berada pada tahap
sederhana. Ali berjaya menjawab 2 daripada 5 dengan betul manakala Faid, Nurul
dan Aida semuanya tidak dapat menjawab dengan betul. Hal ini kerana pada awalnya
mereka tidak dapat mendarab dengan betul. Mereka tidak mengingati sifir dan
menyebabkan pendaraban mereka salah sepenuhnya. Tidak lupa juga pendaraban
yang melibatkan pengumpulan semula, rata-rata murid tidak menambah dengan betul
ditambah pula dengan hasil darab yang sememangnya salah.
Dalam ujian pasca pula, boleh dilihat kesemua murid mengalami peningkatan
prestasi yang mendadak. Ini kerana mereka telah diperkenalkan dan mahir
menggunakan teknik BTT. Ali dan Faid dapat menjawab kesemua soalan dengan
betul manakala Nurul dan Aida dapat menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul.
Aida melakukan kesalahan pada soalan yang terakhir di mana Aida melakukan
kesilapan mendarab yang remeh. Nurul pula melakukan kesilapan meletakkan
jawapan akhir yang berlainan digit dengan jawapan pengiraan. Kesilapan yang remeh
ini mereka lakukan kerana mereka ghairah untuk menyelesaikan ujian dengan cepat
melihatkan dua orang rakan yang lain telah siap terlebih dahulu daripada mereka.
Kesimpulannya, teknik BTT sememangnya membantu murid menguasai
pendaraban melibatkan sebarang nombor yang melibatkan pengumpulan semula
dengan melihatkan perbandingan hasil keputusan ujian pra dan ujian pasca.
31
32
9.0 Perbincangan Dapatan Kajian
Berdasarkan kepada hasil dapatan yang diperolehi dalam analisis dan
interpretasi data, ia telah membantu saya untuk menjawab soalan kajian dengan lebih
terperinci dan lebih jelas. Soalan kajian saya yang pertama adalah:
Adakah penggunaan Teknik BTT dapat membantu murid menguasai pendaraban
melibatkan sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor satu digit dan hasil
darabnya hingga 100 000 yang melibatkan pengumpulan semula?
Berdasarkan kepada ujian pra dan pasca, kesemua murid menunjukkan
peningkatan yang positif. Peningkatan yang positif ini adalah hasil daripada
penggunaan teknik BTT dalam pengiraan murid. Kesemua murid darab menjalankan
operasi pendaraban melibatkan pengumpulan semula dengan betul dan tepat dengan
adanya kotak sifir dan kotak lattice. Jika sebelum ini murid hanya menganggar
jawapan kepada hasil darab, atau hanya menulis jawapan secara membuta tuli,
namun dengan ada kotak sifir, murid dapat mengira operasi darab dan dapat
gambaran jelas bagaimana proses darab itu berlaku.
Murid-murid yang dipilih sebagai peserta kajian juga sebelum ini
menghadapi masalah dalam pendaraban yang melibatkan pengumpulan semula.
Sebelum ini, murid tersebut menambah terlebih dahulu dengan nombor yang perlu
didarab, kemudian mendarab dengan pekali, tetapi dengan ada kotak lattice berwarna
yang telah diajarkan dalam teknik BTT, murid dapat mengira dengan betul tanpa ada
33
kesilapan dalam penambahan semula. Hal yang demikian membuktikan bahawa
teknik BTT yang telah
34
mereka pelajari dapat menguasai pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga
empat digit dengan nombor satu digit yang melibatkan pengumpulan semula.
Analisis kaedah pemerhatian dan temu bual saya pula dapat menjawab
dengan jelas soalan kajian yang kedua iaitu:
Apakah respon murid terhadap Teknik Bilang Tulis Tambah (BTT)?
Penggunaan kaedah pemerhatian menunjukkan murid aktif semasa menjawab
soalan di lembaran kerja iaitu setelah mereka diperkenalkan dengan teknik BTT.
Rata-rata murid berbincang sesama sendiri mengenai lembaran kerja yang diberikan.
Murid yang tidak faham tentang teknik BTT berbincang dengan murid yang faham.
Murid yang faham pula tidak lokek ilmu untuk berkongsi apa yang mereka fahami.
Murid yang telah menyiapkan soalan lembaran kerja pula meminta soalan tambahan
kepada saya kerana mereka teruja untuk menjawab soalan menggunakan teknik yang
diajarkan kepada mereka.
Murid juga kelihatan seronok semasa menggunakan teknik BTT. Ini kerana
semasa mereka menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan, mereka dapat kesan
bahawa pengiraan mereka semakin tepat dan betul dengan penggunaan teknik BTT.
Majoriti murid tidak bersemangat untuk menyelesaikan soalan apabila mereka tahu
bahawa mereka tidak dapat menyelesaikan soalan atau mereka tahu bahawa
pengiraan yang mereka lakukan adalah salah. Tapi dengan adanya pengetahuan
tentang teknik BTT ini, mereka kelihatan bersemangat dan yakin untuk
menyelesaikan soalan dalam ujian pasca. Ada juga murid yang hinggakan meminta
kepada saya teknik BTT yang di ‘laminate’ untuk di bawa pulang kerana ingin
menunjukkan kepada rakan-rakan dan ibu bapa mereka tentang perkara baru yang
telah mereka pelajari.
35
Melalui kaedah temu bual pula, kesemua murid memberikan respon yang
positif kepada teknik BTT. Melalui temu bual, kesemua murid menyatakan bahawa
mereka suka teruja apabila diperkenalkan dan menggunakan teknik ini. Ini kerana
teknik BTT yang melibatkan penggunaan kotak sifir dan kotak lattice ini mudah
digunakan. Pernyataan ini juga diberikan oleh murid apabila ditanya adakah teknik
ini menggalakkan pembelajaran mereka. Murid juga menyatakan bahawa mereka
banyak bertanya soalan kepada guru dan rakan kerana mereka ingin menguasai
sepenuhnya cara penggunaan teknik ini. Respon yang positif daripada murid ini
menunjukkan bahawa teknik BTT dapat membantu mereka dalam operasi
pendaraban yang melibatkan pengumpulan semula.
Murid juga ditanyakan adakah mereka akan mengajarkan teknik BTT kepada
rakan-rakan yang lain. Murid memberikan respon yang positif iaitu ‘ya’. Respon
yang baik ini membuktikan bahawa teknik ini boleh tersebar dengan jaya di kalangan
murid yang lain. Murid yang terpilih sebagai peserta kajian telah berjaya menguasai
teknik dengan cemerlang. Hal yang sedemikian tidak membimbangkan saya akan
kesalahan pengajaran yang akan dilakukan oleh murid tersebut. Murid juga
menyatakan bahawa mereka akan menggunakan teknik BTT dalam pengiraan pada
masa hadapan. Ini kerana murid berasa yakin akan teknik ini dapat membantu
mereka dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban. Respon yang positif
ini juga berpunca daripada teknik itu sendiri yang mana ianya menarik dan mudah
digunakan. Di akhir perjumpaan, sebahagian murid menyatakan keinginan untuk
memiliki teknik BTT yang telah saya ‘laminate’.
36
10.0 Rumusan dan Refleksi
Setiap tindakan yang telah dilakukan, seseorang individu haruslah muhasabah
diri dengan melakukan rumusan dan refleksi. Begitu juga dengan kajian tindakan
yang telah saya laksanakan ini. Rumusan secara keseluruhan dapat disimpulkan
bahawa teknik BTT dapat membantu murid dalam menjawab soalan pendaraban
melibatkan sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor satu digit yang
melibatkan pengumpulan semula. Prestasi mereka telah meningkat dan mereka telah
menjawab soalan pendaraban dalam ujian pasca dengan baik.
Berdasarkan kepada pembelajaran murid pula, murid lebih suka untuk belajar
dalam keadaan berkumpulan dimana mereka boleh berinteraksi dan berbincang
sesama mereka. Murid biasanya malu untuk bertanya soalan kepada saya secara
terbuka dan lebih suka untuk menanyakan rakan di sebelah. Ini boleh dilihat semasa
kaedah pemerhatian dilakukan. Murid lebih selesa untuk menanyakan soalan kepada
rakan mereka yang terdekat walaupun peratusan untuk murid yang ditanya menjawab
dengan betul adalah rendah. Melalui pemerhatian juga, murid kelihatan lebih yakin
dengan pemahaman apa yang saya ajarkan setelah mereka dapat mengajarkan dan
membandingkan jawapan mereka dengan murid yang lain.
Semasa pengenalan kepada teknik BTT, murid yang terlibat hanyalah seramai
4 orang. Bilangan ahli kumpulan yang kecil membolehkan saya menumpukan
perhatian kepada murid sepenuhnya menyebabkan murid tidak berani untuk bermain-
main semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid juga berasa
37
tidak disisih dan menghargai kehadiran guru di samping mereka. Hal ini
menyebabkan proses perpindahan maklumat dapat berlaku secara berkesan.
Dengan penggunaan teknik BTT pendaraban menjadi lebih mudah dan
senang bagi murid yang kurang pandai. Melalui teknik ini, murid tidak perlu
menghafal kesemua sifir yang wajib iaitu 1 hingga 9, tetapi hanya perlu mengira di
kotak sifir. Ini memberikan murid satu kelonggaran dan kemudahan yang besar.
Kebiasaanya murid di kelas sederhana dan kurang pandai, mereka menghadapi
masalah dalam menghafal dan memahami sifir. Namun masalah tersebut dapat
diatasi dengan adanya kotak sifir dalam teknik BTT. Teknik ini dapat memberikan
kesan yang positif kepada pendidikan matematik di mana guru-guru boleh membantu
murid-murid yang lemah dalam pemahaman pendaraban.
Hasil daripada penyelidikan saya ini, saya menyedari bahawa semua murid
sepatutnya diberikan peluang untuk memahami sesuatu kemahiran contoh dalam
kajian saya ini adalah kemahiran mendarab. Seseorang murid itu tidak dilahirkan
dengan bakat dan daya pemikiran yang sama. Perbezaan tersebut menyebabkan cara
pemahaman sesuatu konsep atau kemahiran yang berbeza. Sebagai seorang guru,
saya harus mencari alternatif untuk murid sebegini memahami dan mempelajari
perkara yang tidak dapat kuasai. Peluang harus diberikan kepada mereka agar
mereka tidak ketinggalan dengan pelajar-pelajar yang cekap. Kesabaran perlu ada
dalam diri guru untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.
38
11.0 Cadangan Kajian Lanjutan
Teknik Bilang Tulis Tambah (BTT) merupakan teknik yang bagus untuk
diaplikasikan kepada murid yang lemah. Banyak kelebihan dapat dilihat setelah
menganalisis dapatan kajian. Namun kekurangannya juga tidak dapat dielak. Sebagai
guru dan pengkaji, adalah menjadi tanggungjawab untuk menapis dan memperbaiki
kekurangan dan kelemahan tersebut.
Antara kelemahan yang ketara dapat dilihat adalah apabila pendaraban
melibatkan angka yang besar. Contohnya angka paling maksimum dalam kotak sifir
adalah sembilan(9). Apabila operasi melibatkan 9 darab 9, maka kotak yang
menaungi 9 darab 9 adalah banyak. Hal ini menyebabkan murid perlu mengira 81
kotak dengan teliti untuk mendapatkan jawapan dengan betul. Hal ini menyedarkan
saya akan kelemahan pada kotak sifir yang digunakan dalam teknik ini. Justeru itu,
saya telah memikirkan satu penambahbaikan untuk penggunaan pada masa hadapan
pada kotak sifir tersebut iaitu dengan meletakkan jawapan darab yang sedia ada pada
setiap kotak dalam kotak sifir. Dengan ini murid tidak perlu mengira lagi kotak demi
kotak untuk mendapatkan hasil darab.
Kajian ini boleh diteruskan kepada murid-murid dalam tahun lain seperti
tahun tiga, lima dan enam memandangkan kajian ini hanya melibatkan murid tahun
empat. Cara penggunaan teknik BTT masih lagi sama yang berbeza hanyalah
bilangan digit yang terlibat.
39
Rujukan
Brumbaugh, D. K., Moch, P. L., & Wilkinson, M. E. (2005). Mathematics content for elementary teachers. Mahwah, N.J.: Lawrence Erlbaum Associates.
Eda Vula, L. B. (2011). Coolaborative Action Research: Teaching of Multiplication and Division in the Second Grade. Turkish Online Journal of Qualitative Inquiry, 7.1
Goh, M.L. (2011). Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Penguasaan Sifir Darab 6 Hingga 8 Murid Tahun Tiga: Refleksi Pembelajaran Penggunaan Teknik Menganalisis Data. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, 24-35.
Herlinda Abdul Rahim. (2008). Penerapan unsur sejarah matematik dalam menentukan nilai pi dan kebarangkalian. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.
Kamus Dewan. (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Nooriza Kassim. (2011). Proses metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.
Zainuddin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. (2007). Keberkesanan Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.
40
LAMPIRAN A
Ujian Pra
Nama: Kelas:
Jawab semua soalan berikut,
1. 8094 x 6
2. 7069 X 3
3. 5425 X 5
4. 4256 X 3
5. 5792 X 4
41
LAMPIRAN B
Ujian Pasca
Nama: Kelas:
Jawab semua soalan berikut
1. 4562 X 5
2. 3525 X 3
3. 4256 X 2
4. 5984 X 2
5. 4295 X 5
42