LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN
2013/2014 BSMMCABANG UKM
HHHC9101 SET 20– Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban
Disediakan oleh :
Amy Narisha Elieana binti Ab RahmanA144692
Laporan
Perancangan
Perkhemahan Tahunan 2013/2014 Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM
PROGRAM :
TARIKH:
2-4 NOV 2013
TEMPAT:
Impian Country Resort,Jln Taman Agroteknologi Sg.Semungkis,43100 Hulu Langat,Selangor
MATLAMAT
Melahirkan ahli BSMM yang berpendidikan dan
berkeyakinan dalam mengendali situasi kecemasan dan kritikal.
Ahli mendapat maklum balas secara terus tentang cara rawatan dan persediaan semasa bencana dari
penceramah jemputan.
Melahirkan ahli yang sukarela dalam menjalankan tugas-tugas sebagai ahli BSMM cabang UKM.
Mengukuhkan pengetahuan dan pendedahan ahli-ahli BSMM tentang
kepimpinan dan cara pengurusan sesebuah organisasi.
SUMBANGAN :
•Saya berperanan sebagai AJK dan peserta dalam program ini.
•Tanggungjawab saya sebelum program iniberlangsung adalah saya perlu menghadiri kelaspembelajaran mengenai pengetahuan asas sebagai ahli BSMM.
•Saya perlu menyumbangkan bantuan dari segi kewangan dalam• usaha untuk memudahkan perlaksanaan program ini.
•Matlamat ini dapat dicapai dengan penglibatan saya dalam Kursus Pertolongan Cemas Asas (KPCA)
MASALAH :
Kami mempunyai masalah kewangan di mana dana yang diperlukan masih belum mencukupi untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan selesa.
Oleh yang demikian,kami diberi tanggungjawab untuk mengutip derma sebagai satu langka penyelesaian.Kami perlu melaksanakan tanggungjawab itu dengan memastikan hasil kutipan derma sekurang-kurangnya mencapai RM 50 daripada orang ramai khususnya yang bukan warga UKM.
GARIS MASA PERSEDIAAN :
TARIKH AKTIVITI
Setiap hari Isnin
5-6 Oktober 2013
7 Oktober 2013
8-23 Oktober 201324 Oktober 2013
Kelas pembelajaran pengetahuan asas BSMM di bilik rawatan,KTSNKursus Pertolongan Asas Cemas(KPCA) di Dewan Gemilang dan Dewan Anuwar,FST,BangiMajlis Pengenalan Organisasi BSMM di Dewan Serbaguna ,KTSNKutipan dermaPenyerahan wang kutipan derma di bilik rawatan,KTSN
Surat kelulusan program
LaporanPelaksanaan
KOD KELULUSAN PROJEK : DNOO537/2013
JAWATAN : Ahli Jawatan Kuasa (peserta)
TARIKH PERANCANGAN : 7 Oktober 2013
TARIKH PERLAKSANAAN : 2-4 Nov 2013
RINGKASAN AKTIVITI
Program ini melibatkan aktiviti yang berkait dengan tanggungjawab ahli BSMM.Iaktiviti ini boleh dikategorikan kepada tiga aspek aktiviti iaitu teori,praktikal dan jati diri.
TEORI
• Peserta di dedahkan dengan pengetahuan pertolongan cemas dan pengurusan operasi menyelamat.
• Ceramah ‘pembalutan dan kawat usungan’ dan ‘sistem komunikasi dan komuniti base’
PRAKTIKAL
• Peserta mengaplikasikan pengetahuan dari sesi teori dalam keadaan tertentu.
• Kursus Bantuan Bencana dan Operasi Menyelamat(KBBOM) ,’game station’ dan malam kebudayaan
JATI DIRI
• Peserta diterapkan nilai ketahanan mental dan fizikal untuk persediaan sebarang kecemasan.
• Aktivitinya adalah ‘night walk’
Kami perlu memberi batu kepada orang sebelah menggunakan tisu tanpa ia koyak.Bilangan batu akan bertambah selepas satu pusingan.
Hasil pembelajaran
Aktiviti ini mengajar saya untuk bersedia menerima tanggungjawab yang mungkin boleh bertambah mengikut keadaan.
Saya perlu melatih diri untuk lebih fleksibel dalam cara melaksanakan amanah yang diberi kerana ia bukan melibatkan diri sendiri sahaja tetapi memberi kesan kepada seluruh ahli kumpulan.
Jadi,saya mesti bekerjasama dengan mereka supaya objektif kami tercapai dan sama-sama mendapat output yang baik.
Kami diberi situasi di mana sebuah keluarga mendapat kemalangan.Si anak lelaki terkena renjatan elektrik, si anak perempuan melecur tangannya dan si ibu mengalami kesusahan bernafas.
Aktiviti ini menerapkan rasa tanggungjawab ahli BSMM kepada masyarakat setempat.
Saya perlu tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka yang terdiri daripada berlainan lapisan tanpa membuatkan mereka tidak selesa tetapi masalah yang dihadapi dapat di selesaikan.
Apabila berlaku kecemasan sebegini,saya mesti peka dengan mangsa terlibat dan fikir dengan segera apa tindakan yang perlu diutamakan.
Jadi,masalah dalam satu masyarakat itu tidak akan bertambah teruk.
Sebahagian kumpulan dalam aktiviti bantuan bencana dan aktiviti menyelamat.
Menerapkan nilai kebertanggungjawaban dalam komuniti yang lebih besar.
Kami mendengar arahan dari ketua pusat tentang tugas yang perlu dilakukan selepas aktiviti menyelamat selesai oleh sebahagian kumpulan lain.
Kami bertanggungjawab untuk memastikan semua peralatan kecemasan dan mangsa tidak tertinggal di tempat kejadian dan cukup bilangannya.
Di sini saya dapat belajar untuk peka dengan persekitaran dan situasi supaya bukan sahaja tanggungjawab sebagai ahli BSMM terlaksana tetapi juga sebagai individu yang sayangkan alam sekitar yang bersih.
Praktikal bagi teori pertolongan kecemasan
Aktiviti ini mengajar saya untuk mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam membantu orang lain.
Saya mesti berhati-hati dalam setiap tindakan ke atas mangsa dan memahami keadaan mereka supaya mereka selesa .
Dengan cara ini, saya dapat memberi keyakinan kepada individu itu tentang perkara yang saya lakukan.
Video ini menunjukkan antara aktiviti yang saya lakukan semasa sesi praktikal
kesimpulanMelalui program ini,saya lebih mengetahui bagaimana untuk menguruskan tanggungjawab yang diberikan dan melaksanakannya pada waktu yang sepatutnya.Tambahan pula,ianya melibatkan ramai pihak dan membuatkan saya lebih mudah berurusan dengan masyarakat.
Segala ilmu asas yang dipelajari dan latihan yang diberikan dalam program ini menjadikan individu itu mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang lebih kuat dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Apatah lagi sekiranya individu itu mengaplikasikannya ketika belajar dan menerajui profession masing-masing.,sudah tentu menjadikan mereka yang tinggi nilai komitmen dalam diri.
Program ini juga membuatkan kita peka terhadap masalah dalam komuniti dan menyumbangkan sebarang pertolongan agar kita sama-sama hidup dalam keadaan harmoni.Apabila ini berlaku,kita dapat wujudkan sikap cakna dalam dalam komuniti itu dan persekitaran sekeliling lebih sejahtera.
Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan tanggungjawab dari semua pihak.Jika hanya penganjur sahaja yang bersemangat untuk mengadakan perkhemahan ini tanpa mendapat respon yang positif dari peserta,sudah tentu objektif utama program ini tidak tercapai.