SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN MUDZAFFAR SHAH, BUJANG,
08100 BEDONG KEDAH.
LAPORAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2012
Pada hari Selasa bersamaan 31.01.2012, Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah
Bujang, Bedong Kedah telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah
bagi tahun 2012. Para peserta telah berlari sejauh 3 km bermula dari pintu masuk sekolah dan
berakhir ditempat yang sama. Pertandingan merentas desa ini telah dirasmikan oleh Tuan
Kamariah Binti Abdul Manan selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar
Shah.
Pada pukul 2.00 petang, semua murid telah berkumpul di tapak perhimpunan dan
diberikan sedikit taklimat oleh En. Hazizie b. Hashim selaku setiausaha sukan serta Guru
Penolong Kanan Kokurikulum En. Nor Kahar b. Mohammad. Selepas taklimat, murid
dipecahkan mengikut rumah sukan masing-masing. Meraka dikehendakai melakukan aktiviti
regangan dan memanaskan badan bagi mengelakkan kecederaan semasa berlari. Murid yamg
mengalami masalah kesihatan dilarang menyertai larian dan mereka dikehendaki membantu
guru. Sementara itu, para pegawai yang bertugas di ‘check point’, penunjuk arah dan hakim
penamat telah bersedia di tempat yang telah ditetapkan.
Pada pukul 3.00 petang para peserta kategori perempuan dilepaskan denagn jayanya
oleh Tuan Mohamad Nor b. Yos. Pada pukul 3.15 petang peserta kategori lelaki pula
dilepaskan pula. Para peserta berlari dari pintu pagar sekolah ke padang awam, estet Tor Lee,
Kampung Hulu, Taman Batang Melaka Jaya dan berakhir di pintu pagar Sekolah Batang
Melaka. Para peserta harus melalui setiap ‘check point’ yang telah ditetapkan.
1
Peserta yang telah menamatkan larian diminta berkumpul di tapak perhimpunan untuk
mendapatkan minuman yang telah disediakan. Selepas peserta terakhir sampai di garisan
penamat pada jam 3.40 petang, hakim-hakim penamat mengumpul data dari setiap ‘check
point’ untuk menentukan peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke sepuluh.
Majlis bersurai pada pukul 4.45 petang. Murid-murid dibenarkan pulang. Guru-guru serta
tetamu yang hadir diberikan jamuan di kantin sekolah. Guru-guru beredar pada pukul 5.00
petang.
Rujuk laporan bergambar di lampiran.
2
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN MUDZAFFAR SHAH, BUJANG,
08100 BEDONG KEDAH.
Pertandingan Merentas DesaPertandingan Merentas Desa
SK Sultan Mudzaffar Shah KedahSK Sultan Mudzaffar Shah Kedah
20122012
(Kertas Kerja)
TARIKH : 31 JANUARI 2012 (SELASA)
TEMPAT : SK SULTAN MUDZAFFAR SHAH KEDAH
MASA : 2.30 – 4.30 PETANG
ANJURAN : SK SULTAN MUDZAFFAR SHAH KEDAH
”BADAN CERGAS, MINDA CERDAS”
3
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2012
1. Tajuk : Pertandingan Merentas Desa 2012
2. Tarikh : 31 JANUARI 2012
3. Anjuran : SK Sultan Mudzaffar Shah Kedah
4. Tempat : Tapak Perhimpunan SK Sultan Mudzaffar Shah
5. Objektif :
5.1 Membentuk disiplin diri di kalangan murid-murid.
5.2 Memupuk semangat cintakan alam sekitar melalui pemerhatian serta menikmati
suasana alam semulajadi.
5.3 Meningkatkan kecerdasan murid.
5.4 Menggalakkan murid menyertai aktiviti sukan dan kesihatan.
5.5 Mencari bakat-bakat terpendam di kalangan murid untuk mewakili
sekolah diperingkat yang lebih tinggi.
6. Tema : ”Badan Cergas, Minda Cerdas”
7. Konsep Pertandingan : Penglibatan semua pelajar tahap 2
8. Jadual Pertandingan:
4
PERTANDINGAN TARIKH
Latihan Merentas Desa 17.01.2012 (Selasa)
Pertandingan Merentas Desa 2012 31.01.2012 (Selasa)
9. Jawatankuasa Induk
Penasihat : Tn. Kamariah binti Abdul Manan
Guru Besar SK Sultan Mudzaffar Shah
Pengerusi : En Zulkifli bin Osman (GPK Ko-Ku)
Naib Pengerusi : En Muhammad bin Lasim (GPK 1)
: Pn Rafeah bt Mohd Dah (GPK HEM)
Setiausaha / Penyelaras : Pn. Sakinah binti Darus
Program
Pen. Setiausaha : En Hazizie bin Hashim
Bendahari : Pn. Rohana binti Seman
10. Jawatankuasa Kerja
Penyelaras Laluan : En. Hazizie bin Hashim
: En Muhaimin bin Haron
Rondaan / Keselamatan : En Razali bin Zakaria
: En Ibrahim bin Jantan
: En Fadili bin Ghani
: En Hazizie bin Hashim
: En Fauzi bin Umar
: Anggota Polis Batang Melaka
: PIBG
5
Hadiah / Cenderahati : Pn Norashkin bt Abu Hasan
: Pn Nurizaidawaty binti Md Nawi
Audio/Siaraya : En. Md Alib bin Maris
: En Mohd Shafi bin Zakarianor
: En Ibrahim bin Jantan
Hakim Penamat : Pn Rozita Ab Jalil
: Pn Rohana binti Abdullah
: Cik Derwena Mohd Bazain
: En Md Alib bin Maris
: PIBG
Dokumentasi : En. Razali bin Zakaria
Jamuan : Pn Norrra binti Ismail (VIP)
: Pn Habibah Binti Abu Dalip
: Cik Nuraini binti Razak
: PIBG
Check Point : 1. Cik Nor Shahidah bt Abd Latif/PIBG
2. En Mohd Shafi Zakarianor/PIBG
3. Tn Hj Sham bin Anoh/PIBG
4. En Samsuri bun Jumaat / PIBG
6
5. Cik Hjh Arni binti Mansor
6. En Khairul bin Ariffin / PIBG
7. En Amir Hamzah bin Mohd Ali
Penyambut Tetamu : Guru Besar dan Semua P.PIBG/GPK
Pengurus Peserta : En Khalid bin Tomat
: En Mazlizam bin Ramli
: En Muhaimin bin Haron / PIBG
: Guru rumah sukan
Rawatan Kecemasan : En Mazlizam bin Ramli
: Pn Norizan bin Hamat/PIBG
Pengacara Majlis : En Borhan bin Puasa
7
11. Tentatif Program
2.30 ptg : Peserta Berkumpul di Tapak Perhimpunan
2.40 ptg : Taklimat Ringkas oleh:
En Hazizie bin Hashim.
2.50 ptg : Persiapan Peserta oleh pengurus peserta
3.00 ptg : Peserta ketegori perempuan dilepaskan.
3.15 ptg : Peserta kategori lelaki dilepaskan.
4.00 ptg : Upacara Penyampaian Hadiah.
4.30 ptg : Jamuan VIP dan Bersurai.
12. Bidang Tugas Jawatankuasa
12.1 Penyelaras Program :
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Merancang dan melaksanakan program.
Memastikan program dilaksanakan mengikut perancangan.
Mengawal, menyelia dan memberi nasihat mengikut program.
Menjadi tempat semua AJK merujuk mengenai program.
12.2 Penyediaan Tempat:
Memastikan tempat yang akan digunakan telah tersedia sebelum pertandingan.
Memastikan tempat yang digunakan bersih sebelum dan selepas program.
12.3 Audio/Siaraya:
Memastikan bilangan mikrofon dan healer yang diperlukan
Memastikan sistem audio dan peralatan disediakan 1 jam sebelum
pertandingan bermula.
8
Sentiasa berada dalam tempat pertandingan untuk membantu sekiranya ada
masalah peralatan yang digunakan.
12.4 Dokumentasi:
Memastikan kamera digital berada dalam keadaan baik.
Merakamkan gambar-gambar sepanjang program berjalan.
Menyediakan gambar untuk laporan.
12.5 Hakim Penamat
Memastikan senarai peserta yang menyertai pertandingan.
Mengadili pertandingan dengan adil dan bijaksana
Menyerahkan keputusan pertandingan kepada bahagian teknikal
12.6 Hadiah
Membuat anggaran perbelanjaan
Membuat tempahan hadiah dan memastikan tempahan siap dalam jangka masa
yang ditetapkan.
Mengumpulkan keputusan pertandingan daripada pengadil
Menyerahkan keputusan pertandingan kepada penyelaras program
Memastikan acara penyampaian hadiah berjalan dengan lancar.
12.7 Peralatan & Teknikal
Memastikan giliran pasukan yang bertanding
Menyediakan pasukan yang bertanding untuk memulakan pertandingan
Memastikan peralatan tersedia dan berkeadaan baik sebelum dan selepas
pertandingan
Merakam keputusan pertandingan
Membantu pengadil
13. Anggaran Perbelanjaan :
9
14. Penutup
Melalui program yang disediakan ini adalah diharapkan agar murid-murid dapat
membina semangat kesukanan dan menunjukkan bakat terpendam yang ada pada
10
BIL
ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH
1 Hadiah
Pingat Bertali
Tempat 1 hingga 10 Lelaki ( RM6 x 10 ) RM 80.00
Tempat 1 hingga 10 Perempuan
(RM6 x 10) RM 60.00
Hamper
Tempat 1 – 3 (L & P ) ( RM10 x 6 ) RM 80.00
VIP (RM10 X 1 ) RM 20.00
2. Minuman Murid 50 x (Rm 1) RM 50.00
3.
Makanan VIP DAN Pasukan keselamatan
( RM 5 x 25 ) RM 125
4 Dokumentasi RM 50.00
JUMLAH RM465.00
BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH
1. Wang Kokurikulum RM 300
2. Sumbangan RM 250.00
JUMLAH RM550.00
mereka. Selain daripada itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan kecintaan
kepada alam sekitar melalui trek larian yang meredah alam serta
suasana kampung.
“ BADAN CERGAS, MINDA CERDAS “
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………… .......…………………................
(SAKINAH BINTI DARUS) ( JAMILAH BINTI ZAINOL )
Setiausaha Merentas Desa 2012 Penolong Kanan KoKurikulum
SK Sultan Mudzaffar Shah, Bujang SK Sultan Mudzaffar Shah, Bujang
08100 Bedong Kedah. 08100 Bedong Kedah.
SENARAI JAWATANKUASA
11
Penyelaras Laluan : En. Hazizie bin Hashim
: En Muhaimin bin Haron
Rondaan / Keselamatan : En Razali bin Zakaria
: En Ibrahim bin Jantan
: En Fadili bin Ghani
: En Hazizie bin Hashim
: En Fauzi bin Umar
: Anggota Polis Batang Melaka
: PIBG
Hadiah / Cenderahati : Pn Norashkin bt Abu Hasan
: Pn Nurizaidawaty binti Md Nawi
Audio/Siaraya : En. Md Alib bin Maris
: En Mohd Shafi bin Zakarianor
: En Ibrahim bin Jantan
Hakim Penamat : Pn Rozita Ab Jalil
: Pn Rohana binti Abdullah
: Cik Derwena Mohd Bazain
: En Md Alib bin Maris
: PIBG
Dokumentasi : En. Razali bin Zakaria
12
Jamuan : Pn Norrra binti Ismail (VIP)
: Pn Habibah Binti Abu Dalip
: Cik Nuraini binti Razak
: PIBG
Check Point : 1. Cik Nor Shahidah bt Abd Latif/PIBG
2. En Mohd Shafi Zakarianor/PIBG
3. Tn Hj Sham bin Anoh/PIBG
4. En Samsuri bun Jumaat / PIBG
5. Cik Hjh Arni binti Mansor
6 . En Khairul bin Ariffin / PIBG
7. En Amir Hamzah bin Mohd Ali
Penyambut Tetamu : Guru Besar dan Semua P.PIBG/GPK
Pengurus Peserta : En Khalid bin Tomat
: En Mazlizam bin Ramli
: En Muhaimin bin Haron / PIBG
: Guru rumah sukan
Rawatan Kecemasan : En Mazlizam bin Ramli
: Pn Norizan bin Hamat/PIBG
Pengacara Majlis : En Borhan bin Puasa
SENARAI KERJA JAWATANKUASA
13
1. Penyelaras Program :
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Merancang dan melaksanakan program.
Memastikan program dilaksanakan mengikut perancangan.
Mengawal, menyelia dan memberi nasihat mengikut program.
Menjadi tempat semua AJK merujuk mengenai program.
2. Penyediaan Tempat / Penyelaras Laluan :
Memastikan tempat yang akan digunakan telah tersedia sebelum pertandingan.
Memastikan tempat yang digunakan bersih sebelum dan selepas program.
3. Audio/Siaraya:
Memastikan bilangan mikrofon dan healer yang diperlukan
Memastikan sistem audio dan peralatan disediakan 1 jam sebelum
pertandingan bermula.
Sentiasa berada dalam tempat pertandingan untuk membantu sekiranya ada
masalah peralatan yang digunakan.
4. Dokumentasi:
Memastikan kamera digital berada dalam keadaan baik.
Merakamkan gambar-gambar sepanjang program berjalan.
Menyediakan gambar untuk laporan.
5. Hakim Penamat
Memastikan senarai peserta yang menyertai pertandingan.
Mengadili pertandingan dengan adil dan bijaksana
Menyerahkan keputusan pertandingan kepada bahagian teknikal
6. Hadiah
Membuat anggaran perbelanjaan
14
Membuat tempahan hadiah dan memastikan tempahan siap dalam jangka masa
yang ditetapkan.
Mengumpulkan keputusan pertandingan daripada pengadil
Menyerahkan keputusan pertandingan kepada penyelaras program
Memastikan acara penyampaian hadiah berjalan dengan lancar.
7. Peralatan & Teknikal
Memastikan giliran pasukan yang bertanding
Menyediakan pasukan yang bertanding untuk memulakan pertandingan
Memastikan peralatan tersedia dan berkeadaan baik sebelum dan selepas
pertandingan
Merakam keputusan pertandingan
Membantu pengadil
LAPORAN JAWATANKUASA
1. Penyediaan tempat / penyelaras laluan
15
Sebelum : Jawatankuasa telah membuat pemeriksaan laluan yang akan digunakan
dan telah membuat tanda bagi “check point”. Jawatankuasa ini juga
telah memastikan tempat yang digunakan bersih.
Semasa : Pada hari kejadian, jawatankuasa ini telah memastikan tempat yang
digunakan selamat untuk dilalui oleh peserta.
Selepas : Semua jawatankuasa telah membersihkan kawasan yang dilalui.
2. Hadiah
Sebelum : Jawatankuasa hadiah telah pun membuat anggaran perbelanjaan
tentang hadiah. Setelah dipersetujui jawatankuasa bersama
jawatankuasa induk mempersetujui untuk menempah medal sebanyak
30 biji bagi setiap pemenang.
Semasa : Jawatankuasa hadiah memastikan semua hadiah yang hendak
disampaikan mencukupi. Mereka telah mengumpulkan keputusan
pertandingan daripada pengadil/ hakim penamat. Selain itu,
jawatankuasa ini memastikan tiada hadiah yang tidak diberikan.
Selepas : Jawatankuasa hadiah memastikan semua hadiah telah diberikan. Segala
peralatan seperti dulang disimpan dengan baik.
3. Peralatan dan teknikal
Sebelum : Jawatankuasa memastikan semua peralatan yang hendak digunakan
berada di dalam keadaan yang baik dan selamat. Selain itu,
jawatankuasa peralatan dan teknikal juga memastikan giliran pasukan
yang bertanding.
Semasa : Pada hari pertandingan, jawatankuasa peralatan dan teknikal telah
menyediakan pasukan yang bertandinguntuk memulakan pertandingan.
Jawatankuasa ini memastikan peralatan tersedia dan berkeadaan baik.
16
Mereka juga telah membantu pengadil merakm keputusan
pertandingan.
Selepas : Jawatankuasa peralatan dan teknikal telah memastikan semua peralatan
yang digunakan telah pun disimpan dengan baik dan selamat selepas
menggunakannya.
4. Dokumentasi
Sebelum : Sebelum hari pertandingan jawatankuasa dokumentasi telah pun
memastikan kamera digital yang hendak digunakan berada dalam
keadaan yang baik.
Semasa : Pada hari pertandingan, jawatankuasa telah pun merakamkan gambar-
gambar sepanjang program berjalan.
Selepas : Jawatankuasa telah pun menyediakan gambar bagi laporan
pertandingan.
5. Audio/Siaraya
Sebelum : Jawatankuasa audio/siaraya telah memastikan peralatan seperti
mikrofon dan healer berada dalam keadaan baik.
Semasa : Pada hari pertandingan jawatankuasa telah menyediakan peralatan satu
jam sebelum bermula pertandingan.
Selepas : Jawatankuasa telah memastikan segala peralatan yang digunakan
cukup kuantitinya. Selain itu, peralatan berada dalam keadaan yang
baik dan disimpan ditempat yang selamat.
SENARAI SEMAK PERTANDINGAN
17
BIL PROSES KERJA TARIKH
1 Menetapkan Tarikh Merentas Desa Sekolah 04.01.2012
2Menyediakan Kertas Cadangan Merentas Desa Sekolah
dan Anggaran Perbelanjaan09.01.2012
3 Mesyuarat Pengelolaan Merentas Desa Sekolah. 16.01.2011
4 Menulis surat-surat berkaitan 16.01.2012
5 Menyemak dan meneliti surat-surat yang berkaitan. 16.01.2012
6 Pemeriksaaan laluan merentas desa 30.01.2012
7 Memberi taklimat kepada pelajar 17.01.2012
8 Mengadakan program latihan. 17.01.2012
9 Pelaksanaan Merentas Desa Sekolah 31.01.2012
10Menyediakan Laporan Merentas Desa Sekolah dan Post
mortem06.02.2012
11 Markah Dimasukkan ke dalam Sistem Rumah / ISIS 07.02.2012
12 Failkan/Dokumentasi 10.02.2012
KELEMAHAN PROGRAM
18
Antara kelemahan yang dapat dilihat ialah :
1. Pakaian
Pakaian peserta tidak seragam. Semua peserta memakai baju pelbagai warna dan
corak. Ini kerana tiada peraturan yang harus diikuti oleh peserta pertandingan.
2. Kain nombor
Tiada kain nombor yang disediakan oleh pihak sekolah bagi mengasingkan pelajar
mengikut rumah masing-masing. Kain nombor ini juga membolehkan hakim
mengenal peserta mengikut rumah sukan masing-masing.
3. Kerjasama ibubapa dan masyarakat setempat
Didapati tiada kerjasama di antara ibubapa dan masyarakat setempat ketika program
ini berlangsung.
4. Waktu pertandingan
Program berlangsung pada waktu petang. Pada ketika ini cuaca panas menyebabkan
peserta tiada stamina untuk menamatkan pertandingan. Ramai di antara peserta
yang mengmbil keputusan untuk berjalan kaki daripada berlari.
5. Minuman
Pada hari pertandingan tidak disediakan minuman di salah satu “check point”. Ini
menyebabkan peserta kehausan. Mereka hanya dapat minuman selepas menamatkan
larian.
KEBAIKAN PROGRAM
19
Antara kebaikan yang dapat dilihat ialah :
1. Kerjasama
Kerjasama yang baik dapat dilihat di antara guru, staf sokongan dan NGO. Ini
membuatkan perjalanan program berlaku dengan baik dan tersusun.
2. Mengeratkan silraturahim
Program ini dapat mengeratkan silraturahim di antara semua pihak terutamanya
dikalangan peserta.
3. Semangat cintakan alam sekitar
Program ini dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar melalui pemerhatian
serta menikmati suasana alam sekitar.
4. Kecerdasan dan displin murid
Program ini telah meningkatkan kecerdasan murid. Selain itu, ia dapat membentuk
disiplin diri di kalangan murid-murid.
5. Bakat terpendam
Program ini juga dapat mencari bakat-bakat yang terpendam di kalangan murid untuk
mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
20
1. Minuman
Pada pertandingan yang akan dating diharapkan salah satu “check point”
menyediakan air kepada peserta.
2. Kain nombor
Pada pertandingan yang akan dating diharapkan pihak sekolah dapat menyediakan
kain nombor mengikut rumah sukan supaya tiada keliruan yang berlaku. Ini dapat
menyenangkan hakim penamat dalam memberikan markah rumah sukan.
3. Keseragaman
Peserta harus memakai baju rumah sukan masing-masing atau pun t-shirt berwarna
putih sahaja supaya seragam. Di situ telah memperlihatkan terdapat peraturan yang
harus diikuti oleh peserta.
PENUTUP
21
Pertandingan merentas desa Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah,Bujang 08100
Bedong Kedah, Melaka bagi tahun 2012 telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama
semua pihat yang terlibat. Para peserta telah menunjukkan minat yang tinggi dan kerjasama
yang baik. Begitu juga dengan semua jawatankuasa yang telah menjalankan tugas dengan
penuh tanggungjawab dan komitmen yang jitu.
Perjalanan program ini telah dapat dijalankan dengan sempurna diatas kerjasama semua pihat
yang terlibat. Aspek keselamatan amat diutamakan. Pada akhir program tiada sebarang situasi
yang tidak diingini berlaku.
Kejohanan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga
SKSMS dengan pegawai polis PIBG dan alam sekitar. Ini penting kepada semua kerana
dengan cara ini mereka dapat berinteraksi dengan masyarakat di luar sekolah untuk
menambahkan pengalaman dan pengetahuan tentang persekitaran sekolah.
Semoga pada tahun hadapan pihak sekolah dapat menjayakan program ini dengan lebih baik
dan sempurna. Penghargaan harus diberikan kepada semua pihat yang terliabt menjayakan
program ini.
22