LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH
KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI
TARIKH: 27 APRIL 2009 (ISNIN)
MASA: 1.00 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT: PERSATUAN ANGKAT BERAT AMATUR SABAH, STADIUM LIKAS
PENSYARAH PENGIRING: EN. MOHD. SAWARI B. RAHIM
Sebelum bertolak ke Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah di Stadium Likas,
kesemua guru pelatih telah berkumpul awal pada jam 12.45 di perkarangan pondok
cendawan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran. 15 minit
terakhir sebelum bertolak ini digunakan oleh guru pelatih untuk memastikan
kesemua peralatan dan persiapan telah dibawa dan diuruskan.
Tepat pada jam 1.00 petang, bas Institut Perguruan Kent bertolak membawa
guru pelatih ke Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah di Stadium Likas, Kota
Kinabalu. Perjalanan mengambil masa 45 minit dan kami telah sampai ke destinasi
pada jam 1.45 petang.
Setibanya di sana, kami telah disambut oleh Encik Alfried Bily@Sylvester iaitu
Pegawai Penyelaras Sukan Negeri Angkat Berat. Encik Alfried meminta kami untuk
duduk sebentar di kawasan perkarangan Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah
bagi menunggu ketibaan Presiden Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah.
SAUDARA AK. AZWAN BERBINCANG BERSAMA ENCIK ALFRIED SEBELUM KETIBAAN PRESIDEN PERSATUAN ANGKAT BERAT AMATUR SABAH
Pada jam 2.05 petang, Encik Philip Gisan iaitu Presiden Persatuan Angkat
Berat Amatur Sabah tiba dan kami diminta masuk ke dalam bilik latihan Persatuan
Angkat Berat Amatur Sabah. Encik Philip sendiri telah mempersilakan kami untuk
mengambil tempat bagi mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh beliau
sebentar lagi.
Acara diteruskan dengan memulakan majlis taklimat dan dipengerusikan oleh
Encik Alfried Bily@Sylvester. Beliau mengalu-alukan kedatangan kami dan tanpa
membuang masa beliau terus mempersilakan Encik Philip Gisan untuk memberikan
taklimat pengurusan dan pentadbiran persatuan kepada kami.
Encik Philip memberikan taklimat kepada mengenai pengurusan dan
pentadbiran persatuan, sejarah dan latarbelakang sukan angkat berat di Sabah,
peraturan-peraturan, peralatan dan pengetahuan asas mengenai sukan angkat
berat. Antara isi-isi penting yang telah dinyatakan di dalam taklimat beliau itu ialah:
1. Sukan angkat berat di Sabah berkembang lebih awal namun kini
penyertaan dari pelbagai negeri seperti negeri Pahang memberikan
saingan hebat kepada atlet negeri Sabah di peringkat sukan angkat
berat di Malaysia.
2. Pihak pengurusan Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah amat
mementingkan penggunaan teknik yang betul apabila membuat latihan
ENCIK PHILIP SEDANG MEMBERIKAN TAKLIMAT KEPADA
GURU PELATIH
bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan di samping
meningkatkan lagi prestasi atlet.
3. Di dalam acara sukan angkat berat, terdapat tiga aspek utama yang
penting iaitu titik pusat gravity (center gravity), keseimbangan
(balancing), dan kelajuan (speed).
4. Penyertaan kanak-kanak bagi sukan angkat berat ialah seawal umur
10 tahun.
5. Bina badan dan angkat berat merupakan dua konsep dan sukan yang
berbeza.
6. Terdapat 5 lagi pusat latihan angkat berat yang terdapat di Sabah
(selain di Stadium Likas, Kota Kinabalu) iaitu di Menggatal, Ranau,
Sandakan, Keningau dan juga Kinarut)
Selain itu, Encik Philip Gisan juga sangat menaruh harapan kepada bakal-
bakal guru seperti kami untuk memperkenalkan sukan angkat berat ini di peringkat
sekolah. Beliau mengharapkan agar dengan adanya pendedahan yang diberikan
oleh pihak guru dan sekolah, ianya dapat membantu persatuan di dalam mencari
bakat-bakat baru dan seterusnya dapat memupuk aktiviti senaman yang
sememangnya perlu di dalam kesihatan seharian. Namun, Encik Philip sendiri turut
mengakui bahawa faktor halangan dari segi ekonomi sememangnya menjadi
penghalang utama di dalam menjayakan sukan angkat berat ini di peringkat sekolah.
GURU PELATIH MENDENGAR DAN MEMBERIKAN FOKUS KEPADA
TAKLIMAT YANG DIBERIKAN OLEH EN. PHILIP
Encik Philip juga berharap agar penyertaan dan penglibatan jurulatih-jurulatih
perempuan perlulah diperbanyakkan agar acara sukan ini juga boleh diikuti oleh
kaum wanita.
Sebelum mengakhiri taklimat beliau, Encik Philip telah memberikan kami
edaran mengenai sukan angkat berat dan diberikan kepada wakil lelaki dan juga
perempuan. Beliau menyatakan bahawa edaran tersebut adalah sebagai rujukan
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara sukan angkat berat. Beliau juga turut
memberitahu kami mengenai acara sukan angkat berat yang seterusnya adalah
pada 8,9,10 dan 11 Ogos 2009 bertempat di Stadium Likas dan berharap agar kami
dapat memberikan sokongan dan hadir ke acara tersebut. Taklimat beliau berakhir
pada jam 3.00 petang.
Lawatan ini diteruskan lagi dengan mengadakan sesi soal jawab bersama
Encik Philip Gisan. Respon yang diberikan oleh guru pelatih sangatlah
memberansangkan. Terdapat beberapa soalan yang telah diajukan oleh para pelatih
dan diantaranya ialah:
1. Apakah program-program yang telah dijalankan oleh pihak persatuan?
2. Apakah kesan sampingan kepada badan atlet sukan angkat berat.
Adakah ianya mempengaruhi ketinggian seseorang?
3. Apakah pula kesan kesan terhadap perempuan (pada bahagian
peranakan)?
4. Bagaimana kanak-kanak berusia 10 tahun memulakan latihan sukan
angkat berat?
5. Apakah maksud bagi setiap acara seperti 56kg dan sebagainya?
SESI SOAL JAWAB GURU PELATIH BERSAMA ENCIK PHILIP
Encik Philip Gisan memberikan jawapan bagi setiap pertanyaan yang telah
diberikan. Antara jawapan-jawapan yang telah diberikan ialah:
1. Terdapat beberapa program yang telah dijalankan oleh persatuan iaitu
seperti program yang mempromosikan acara angkat sukan di sekolah-
sekolah dan juga membuat iklan di surat khabar.
2. Kesan sampingan sering berlaku jika tidak melakukan dan membuat
latihan dengan teknik yang betul. Selain itu, acara sukan angkat berat
tidak mempengaruhi ketinggian seseorang.
3. Kesan terhadap peranakan perempuan hanya berlaku apabila sudah
melahirkan anak. Tempoh diberikan selama 2 tahun kepada
perempuan untuk berehat daripada melakukan latihan sukan angkat
berat.
4. Kanak-kanak berusia 10 tahun memulakan latihan menggunakan kayu
dan akan berpindah latihan secara berperingkat (mengikut keupayaan).
5. Acara tersebut bergantung kepada berat atlet dan individu tersebut
tidak boleh ringan daripada berat tersebut.
Lawatan ini diteruskan lagi dengan sesi demonstrasi oleh Encik Nicholas Ang
iaitu jurulatih Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah. Beliau merupakan bekas atlet
acara sukan angkat berat. Beliau juga telah dibantu oleh seorang atlet muda iaitu
saudara Lester untuk menunjukkan demonstrasi kepada kami.
SAUDARA LESTER MENUNJUKKAN TEKNIK DAN GAYA ANGKAT BERAT
KATEGORI SNATCH
Encik Nicholas menerangkan kepada kami dan menunjukkan teknik yang
betul mengenai kategori yang dipertandingkan di dalam sukan angkat berat iaitu
Snatch dan Clean and Jerk.
Setelah selesai sesi demonstrasi dan penerangan oleh Encik Nicholas dan
saudara Lester, mereka memberi peluang kepada guru pelatih untuk membuat
simulasi berdasarkan demostrasi langkah yang telah ditunjukkan.
Respon yang diberikan sangat menggalakkan dan hampir 4 hingga 5
orang(lelaki dan perempuan) mencuba untuk membuat simulasi bagi kedua-dua
jenis kategori. Namun, bagi menjaga keselamatan, Encik Nicholas Ang hanya
menyediakan palang besi seberat 15kg bagi sesi simulasi tersebut. Beliau juga
mengingatkan kami untuk memberikan tumpuan dan bersikap serius apabila melihat
rakan lain mencuba mengangkat palang tersebut bagi mengelakkan kemalangan
yang tidak diingini.
GURU PELATIH LELAKI DAN PEREMPUAN MASING-MASING
MENCUBA DI DALAM SESI SIMULASI
Sesi ini juga diselitkan dengan beberapa soal jawab di antara Encik Nicholas
dengan para pelatih. Di antara soalan-soalan yang diutarakan seperti peraturan
pertandingan sebenar, pemakanan atlet dan sebagainya. Sesi ini ditamatkan dengan
melihat demonstrasi oleh saudara Lester mengangkat palang besi seberat 45kg bagi
kedua-dua kategori (Snatch dan Clean and Jerk) pada jam 4.30 petang dan
diteruskan dengan majlis penutupan.
Majlis penutupan dimulai dengan ucapan oleh Ak. Azwan Bin Pengiran Ali
sebagai pengerusi Program Lawatan Ilmiah ke Agensi Sukan di Peringkat Negeri.
Beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan juga
mengharapkan agar lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil dan
cenderamata kepada pihak Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah sebagai kenang-
kenangan dan hadiah terima kasih di atas kesudian mereka menerima lawatan oleh
guru pelatih PISMP-IPGM PSV, IPGM Kampus Kent, Tuaran. Majlis tamat pada jam
4.45 petang dan lawatan ini berakhir dengan sesi fotografi dan juga jamuan petang.
Tepat jam 5.00 petang, kami pun bertolak pulang ke Institut Perguruan Kent
dengan lambaian mesra dari pihak persatuan.
SAUDARA LESTER MEMBUAT DEMONSTRASI TERAKHIR SEBELUM
MAJLIS PENUTUPAN
MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL DAN
CENDERAMATA
Top Related