LAPORAN PROGRAM PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PEDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
PROGRAM PGSR KUMPULAN MATEMATIK 2008
Tema :Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat
Tajuk :“Budi Ditabur Kasih Disemai”
Tarikh:31 hb Mac 2012
(Sabtu)
Tempat : Rumah Penyayang Bestari , Kg Sungai Buaya, Banting, Kuala Langat
1.0 PENGENALAN
Projek Kewarganegaraan ialah bahagian amali bagi mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Bahagian ini memerlukan penglibatan
pelajar secara berkumpulan dalam sesuatu aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan. Penglibatan tersebut adalah dalam bentuk projek atau kajian yang
boleh membantu meningkatkan imej pelajar itu sendiri, sekolah dan dan
masyarakat.
Melalui Khidmat Masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari
dalam bilik darjah. Pelajar juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian
daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab.
Dengan ini pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan
berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.
Pelajar dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu
persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun.
Justeru dengan hasrat itu, saya bersama pelajar-pelajar PGSR
Matematik Kohort 1, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa,
(IPGM KBA) Lembah Pantai, Kuala Lumpur, telah mengambil keputusan untuk
menjalankan Program Khidmat Masyarakat di Rumah Penyayang Bestari (RPB),
Banting, Kuala Langat, Selangor. RPB merupakan rumah kebajikan yang
menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Rumah penyayang ini telah
diasaskan oleh YBhg. Dato’ Hj. Abu Bakar b. Hj. Abd Hamid, merupakan salah
seorang dermawan dan berpengaruh di Kuala Langat. Pada ketika itu, beliau
adalah wakil rakyat Kawasan Morib. RPB ini telah ditubuhkan pada 10 Disember
1994. Ia telah diluluskan pendaftarannya sebagai Pertubuhan Sukarela (NGO)
pada 8 Jun 1995.
Pada 30 Januari 1195, Pertubuhan telah membina sebuah kompleks
rumah anak yatim di Kg. Sg. Buaya iaitu di atas sebidang tanah yang diwakafkan
oleh seorang dermawan. Kompleks itu bernilai RM500 000 yang mengandungi
asrama, sebuahy dewan / pejabat, sebuah dewan makan / dapur dan 2 pintu
rumah pekerja. Kompleks ini dikenali juga sebagai “Rumah Penyayang”. Ia telah
dirasmikajn oleh YAB Tan Sri Dato’ Muhammad bin Mohamad Taib – Menteri
Besar Selangor pada 18 Jun 1996.
Pada Bulan Ogos 1995, pertubuhan ini mula menempatkan anak-anak
yatim dengan penglibatan pertama seramai 19 orang ( 13 lelaki dan 6
perempuan). Pada akhir Disember 1995 jumlahnya bertambah menjadi 31 orang
( 19 lelaki dan 12 perempuan). Jumlah tersebut bertambah dari setahun ke
setahun dan pada masa kini jumlahnya seramai 47 orang ( 23 lelaki dan 24
perempuan). Lingkungan umur mereka ini adalah di antara 9 tahun hinga 17
tahun. Anak-anak ini bukan sahaja dari Daerah Kuala Langat bahkan dari lain-
lain daerah seperti Kelang, Kuala Selangor, Sepang. Shah Alam, Negeri
Sembilan dan Wilayah Persekutuan.
2.0 RASIONAL
Pelajar adalah aset penting dalam pembentukan modal insan untuk masa
depan negara. Oleh itu mereka seharusnya didedahkan dengan program-
program bagi melatih mereka berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat.
Melalui program ini para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kegiatan
yang menjurus ke arah program bersama masyarakat dengan harapan agar
dapat membimbing mereka sebagai pendidik yang mempunyai sahsiah terpuji
dan unggul agar dapat membentuk diri sebagai seorang pemimpin yang
berkualiti untuk masyarakat dan negara. Di samping itu juga program ini akan
memberikan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebajikan anak-anak yatim
dan miskin.
"Dalam satu hadis, Baginda Rasulullah SAW ada bersabda: "Aku dan
orang-orang yang memelihara serta menjaga kebajikan anak-anak yatim ini,
umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di
dalam syurga."
Maka, ini adalah satu perkara yang besar pahalanya di sisi Islam untuk
kita sama-sama menjaga dan mengambil berat kebajikan anak-anak yatim itu,
kerana mereka ini telah kehilangan tempat bergantung serta tiada tempat
menumpang kasih sayang.
3.0 MATLAMAT
3.1 Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.
3.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk merapatkan ikatan silaturrahim
sesama ahli, pensyarah, masyarakat dan Negara.
3.3 Memberi peluang kepada pelajar menghayati dan prihatin terhadap
golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim dan miskin.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Merancang dan melaksanakan projek berdasarkan tajuk dalam sukatan
pelajaran Tahun 4, 5 dan 6. Tema 3 - Hidup Bersama Di Sekolah dan
Masyarakat.
4.2 Melaksanakan projek khidmat masyarakat , membuat laporan dan
membuat refleksi tentang projek khidmat masyarakat.
4.3 Dapat membina sudut bacaan bagi memupuk minat membaca dalam
kalangan anak-anak yatim.
4.4 Memupuk nilai kasih sayang antara peserta kursus dengan anak-anak
yatim sepanjang aktiviti dijalankan
4.5 Meningkatkan mutu semangat kerja berpasukan dalam setiap Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Program.
5.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh pelaksanan bagi menjalankan program ini agak singkat.
Perancangan bagi mengadakan program ini ialah pada 13 Mac 2012, sedangkan
tarikh pelaksanaan pada 31 Mac 2012. Ini bermakna kami cuma ada lebih
kurang 2 minggu sahaja untuk kami menguruskan segala-galanya. Tetapi
dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, program yang dirancang telah
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
6.0 PROSEDUR PERANCANGAN
Perancangan projek telah dimulakan pada 13 Mac 2012. Perbincangan
kecil bersama pensyarah, Pn Khalijah, bagi menentukan projek yang akan
dijalankan. Bagi melaksanakan projek ini, kami telah mengambil keputusan untuk
melawat ke rumah anak yatim dan miskin. Projek ini sangat bersesuaian dengan
tema yang dipilih iaitu `Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat’. Setelah
mencari beberapa lokasi melalui internet, kami telah memilih Rumah Penyayang
Bestari (RPB), Kg Sg Buaya, Banting. Ini memandangkan lokasi tersebut adalah
berdekatan dengan tempat tinggal salah seorang dari kumpulan kami.
Sebenarnya ini akan memudahkan kami untuk berurusan dengan pihak RPB.
Sebuah Jawatankuasa perlu diwujudkan bagi melaksanakan projek
(Lampiran 1). Ini bertujuan agar projek yang akan dijalankan akan lebih
sempurna dan lancar. Di samping itu, agar dapat memastikan setiap individu
mempunyai tugas masing-masing. Kami sebulat suara melantik En Ruslan
sebagai Ketua Projek dan saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Projek.
Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk
menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah
diminitkan (Lampiran 2), Di antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam
mesyuarat tersebut ialah :
i) Membincangkan aktiviti dan pengisian program
ii) Menentukan tempoh masa pelaksanaan program
iii) Menyusun atur tentatif program
iv) Membincangkan kos yang diperlukan
v) Mengenalpasti sumber kewangan dan pihak-pihak yang terlibat
Kami juga telah mengagih-agihkan tugas untuk merekod dan mencatat
setiap aktiviti yang dijalankan. Bagi tujuan tersebut setiap kumpulan terdiri
daripada antara 3 hingga 4 orang pelajar mengikut keperluan aktiviti. Ini adalah
bertujuan memudahkan pengumpulan maklumat bagi proses pendokumentasian.
Di samping itu, pelan tindakan telah dirangka untuk memastikan segala
aktiviti dapat dijalankan mengikut jadual (Lampiran 3).. Jumlah pendapatan dan
perbelanjaan sebenar adalah seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 4.
7.0 KERJA AMALI
Setelah semua perancangan telah atur, kami mula bergerak dan
menjalankan tugas serta tanggungjawab masing-masing. Perkara utama ialah
menghubungi pihak Rumah Penyayang Bestari (RPB) bagi mendapatkan
persetujuan. Setelah persetujuan dilakukan, barulah kerja-kerja lain dijalankan
seperti :
i. Berjumpa dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG Kampus
Bahasa Antarabangsa bagi mendapatkan kelulusan menjalankan
projek.
ii. Menyediakan surat-menyurat bagi memohon perkhidmatan bas,
penginapan asrama, surat kebenaran menjalankan projek ke RBP,
surat mohon pelepasan ke sekolah masing-masing dan surat
memohon sumbangan.
iii. Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dalam aktiviti yang akan
dijalankan.
Tiba pada masa dan tarikh ( 31 Mac 2012 ) yang telah ditetapkan, setiap
invidu telah menjalankan aktiviti seperti yang dirancang. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah:
i. Sesi akademik bagi anak-anak yang akan menduduki peperiksaan
UPSR, PMR dan SPM.
ii. Menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan kecil
iii. Kembara Minda
Aktiviti dan pengisian program berjalan dengan lancar. Kami berpuas hati
dan bersyukur kerana segala apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Setelah berakhir program tersebut, setiap ketua kumpulan diminta untuk
menyerahkan laporan kepada Ketua Projek untuk didokumentasikan.
Aktiviti ini amat bermakna kepada semua peserta kerana bukan sahaja
dapat mengenali lebih dekat tentang diri anak-anak yatim dan miskin, bahkan kami
dapat memberi sedikit sumbangan dari segi kewangan bagi keperluan anak-anak di
situ.
6.1 Laporan Setiap Bahagian
6.1.1 Laporan Sesi Akademik
Laporan aktiviti sesi akademik ( 10a.m. – 12.30p.m.)
Tahap 1 : Murid Tahun 1 hingga Tahun 3
Bilangan : 3 orang ( Tahun 1: 2 orang, Tahun 3 : 1 orang)
Guru :1. Khoo Guat Kiat 2. So Kwee Hong
Aktiviti :
Murid digalakkan memperkenalkan diri , antanya adik solehuddin yang
merupakan seorang pemalu. Aktiviti dimulakan dengan nyanyian bertajuk “satu, dua,
tiga, empat”. Adik-adik menyanyi sambil membuat gerakan. Selain daripada itu, mereka
juga melompat atas petak nombor yang telah disediakan. Mereka menyanyi dengan
gembira.
Selepas sesi nyanyian, guru membimbing adik membuat ulangkaji fakat asas
tambah dan dan darab. Antaranya, adik Razzin menunjukkan kecerdasan logikal
matematik yang sangat tinggi. Aktiviti seterusnya ialah permainan ketingting. Murid
melompat di atas petak nombor yang telah disediakan. Mereka dikehendaki menjawab
soalan matematik penambahan dan penolakan. Jawapan yang betul akan diberi sebuah
“RUMAH” pada nombor petak tersebut. Keputusan muktamat, adik Razzin telah
menang dalam permainan ini.
Aktiviti diakhiri dengan sesi bercerita. Cikgu menceritan cerita yang bertajuk
“Kapur Tulis”. Cerita ini tentang tiga pengalaman tiga budak yang mempunyai kapur
tulis ajaib. Kapur tulis itu mempunyai kuasa menukarkan benda dilukis kepada reliti.
Cikgu menerapkan nilai murni seperti bertanggungjawab dan rasional sepanjang sesi
bercerita. Di akhir cerita adik telah menceritakan impian mereka sekiranya mereka
dapat kapur ajaib ini.
Laporan aktiviti sesi akademik ( 10a.m. – 12.30p.m.)
Tahap 2 : Murid Tahun 4 hingga Tahun 6
Bilangan : 11 orang ( Tahun 1: 2 orang, Tahun 3 : 1 orang)
Guru : 1. Mazlan b. Mohamad Mohsin 2. Ahmad b. Jasman
Aktiviti : Motivasi menjawab soalan kertas 2 UPSR
Sepertimana dirancang mulai jam 10.00 pagi, pembahagian kumpulan sesi akademik mula
dilakukan. Murid tahap 2 sekolah rendah (Tahun 4 , 5 dan 6) ditempatkan dalam sebuah kelas. Antara
murid yang terlibat ialah seperti berikut :
Bil. Nama Murid. Jantina Tahun
1 Muhammad Aziq Shafie Bin Ahmad L 4J
2 Sea Sari Boboy Bin Abdullah L 4U
3 Elya natasha Binti Mohd. Adam P 5H
4 Muhamad Azizi Hafiz Bin Mohd. Zakaria L 5J
5 Rafiq Danial Bin Daud L 5U
6 Muhammad FakrulZaman Bin Muhamad Filus L 6U
7 Sarah Alia Binti Abdullah P 6K
Namun 4 orang murid tahun 6 yang sepatutnya kami ajar tidak dapat turut serta kerana mereka menghadiri kelas tambahan tahun 6 di sekolahnya. Mereka ialah :
Bil. Nama murid Jantina Tahun
1 Razziqah Binti Daud P 6U
2 Elya Maisarah Binti Mohd. Adam P 6U
3 Nurshafiqah Binti Nasir P 6J
4 Nor Arba’in Sea Sari Binti Abdullah p 6U
Sesi pembelajaran dibahagikan kepada 2 bahagian, 1 jam yang pertama diajar oleh
Cikgu Mazlan. Sementara sesi ke 2 selama 1 jam 30 minit disampaikan oleh Cikgu
Ahmad.
Cikgu Mazlan memberi motivasi kepada murid akan kepentingan belajar. Belajar
dengan baik, sungguh-sungguh dan sentiasa mengikut nasihat guru. Kepentingan
belajar khususnya matematik banyak dijelaskan olehnya. Antaranya ialah fakta asas
matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Teknik menghafal sifir,
masalah yang sering dihadapi oleh murid, dijelaskan dengan terperinci. Selain itu topik-
topik matematik yang juga dijelaskan ialah tajuk pecahan, perpuluhan dan juga peratus.
Semua murid yang terlibat memberi kerjasama, tumpuan yang amat baik
Setelah tamat sesi pertama iaitu motivasi pemblajaran matematik, pengajaran
sesi ke 2 diteruskan oleh Cikgu Ahmad. Sepertimana yang dirancang, Cikgu Ahmad
membimbing murid cara-cara menjawab soalan matematik kertas 2 (subjektif). Dengan
menggunaan 1 set soalan kertas 2 (kertas soalan PKBS tahun 6 Negeri Johor), Cikgu
Ahmad membimbing murid menjawab satu demi satu soalan dengan teknik yang betul.
Dalam menjawab kertas 2, soalan matematik langkah-langkah kerja (jalan
penyelesaian) amat dititikberatkan.
Murid diberi peluang untuk menjawab mengikut kebolehan masing-masing,
kemudian setiap soalan diperbincangkan dengan lebih jelas, dengan teknik menjawab
yang betul mengikut kehendak soalan. Murid dibimbing langkah demi langkah agar
ianya dapat mengingatinya. Semua murid kelihatan gembira kerana dapat
menyelesaikan soalan yang diberi dengan panduan dan bimbingan yang diberi.
Semasa sesi ke 2 (menjawab soalan) Cikgu Ahmad dibantu oleh Cikgu Devi,
Cikgu Sauliha dan juga Cikgu Ruslan. Dengan bantuan cikgu-cikgu ini murid dapat
bimbingan yang lebih jelas dan mudah untuk bertanyakan sesuatu masalah yang
dihadapinya.
Alhamdulillah sepertimana yang dirancang, sesi akademik tahap 2 (Murid tahun
4 , 5 dan 6) dapat dijalankan dengan baik dan tersusun. Murid-murid memberi tumpuan
dan kerjasama yang baik. Berdasarkan hasil kerja murid, didapati murid-murid ini ada
potensi untuk lebih berjaya jika terus diberi bimbingan. Semoga mereka akan beroleh
kejayaan yang cemerlang dalam UPSR seterusnya mendapat kerjaya yang hebat pada
suatu masa nanti. Amin.
Laporan aktiviti sesi akademik ( 10a.m. – 12.30p.m.)
Tahap 3 : Murid Tingkatan 1, 2 dan 3
Bilangan : 17 orang
Guru : 1. Mastura bt. Samad 2. Che Norlia bt. Kamaruddin 3. Jozaida bt. Md. Rejab
Aktiviti : Motivasi menjawab soalan PMR (Matematik)
Mengikut perancangan, Puan Mastura dan Puan Norlia akan mengetuai sesi ini
memandangkan mereka berdua adalah guru sekolah menengah. Apabila semua
pelajar tersebut dikumpulkan, Pn Mastura menunjukkan analisa soalan berdasarkan
peperiksaan PMR. Berdasarkan soal jawab, kami dapati para pelajar masih lemah
dalam kemahiran asas matematik terutama sifir. Jadi kami sepakat memulakan sesi ini
mengajar sifir.
Motivasi Menjawab soalan merupakan aktiviti yang dirancang khusus untuk
penghuni Rumah Penyayang Bestari. Kumpulan sasaran bagi aktiviti ini adalah terdiri
dari penghuni yang berusia antara 13 hingga 15 tahun iaitu mereka yang berada dalam
Tingkatan 1, 2 dan 3. Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu
pelajar-pelajar ini meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam matematik serta
meningkatkan keyakinan dan minat mereka terhadap matematik. Melalui aktiviti ini juga,
diharap dapat mengukuhkan lagi kefahaman asas konsep Matematik selain
mengeratkan silaturrahim antara guru dan pelajar.
Aktiviti dimulakan dengan memberi nasihat dan motivasi supaya pelajar
menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab
pelajar yang ada merupakan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR,
maka mereka didedahkan dengan topik-topik penting dalam PMR Kertas 2. Analisis
dibuat berdasarkan peperiksaan PMR sebenar dari tahun 2005 hingga 2009. Tujuannya
supaya pelajar dapat mengenalpasti topik-topik yang penting dan memberi lebih
tumpuan kepada topik-topik tersebut semasa membuat ulangkaji.
Topik pilihan untuk sesi menjawab soalan adalah Whole Numbers. Pelajar
dibekalkan dengan lembaran kerja yang mengandungi 12 soalan. Dalam topik ini,
pelajar perlu mengaplikasi Hukum BODMAS iaitu hukum asas dalam pengiraan
melibatkan gabungan operasi.
Di samping itu juga, pelajar diuji kemahiran sifir asas darab. Hampir semua
pelajar didapati lemah dalam menguasai sifir asas darab. Oleh itu, tindakan yang
dijalankan adalah dengan memperkenalkan kaedah mudah untuk mendarab dua
nombor. Antara kaedah yang diperkenalkan adalah kaedah jari, kaedah tiang dan
kaedah muka jam. Berdasarkan pemerhatian, kaedah yang diperkenalkan dapat
menarik perhatian mereka dan membantu mereka ketika menjawab soalan dalam
lembaran kerja.
Pn Jozaida mengetuai aktiviti ini dengan mengajar sifir menggunakan kaedah jari
untuk sifir 6,7,8 dan 9. Beliau juga memperkenalkan sifir 5, 6, 7 dan lapan
menggunakan muka jam. Seterusnya Pn Jozaida memperkenalkan kaedah “tiang”
untuk mendarab angka dengan 1 digit dan 2 digit.
Setelah selesai mempelajari sifir, Pn Mastura mengedarkan kertas soalan
bertajuk “Whole Number” kepada para pelajar. Soalannya berdasarkan sukatan
Matematik tingkatan 1. Semua rakan mendampingi pelajar-pelajar tersebut dan
membantu mereka menjawab soalan.
KELEBIHAN AKTIVITI
Terdapat beberapa kebaikan aktiviti Motivasi Menjawab Soalan ini dijalankan. Melalui
aktiviti ini:-
i. Meningkatkan kemahiran mendarab di kalangan pelajar dengan kaedah
yang mudah.
ii. Meningkatkan keyakinan pelajar dalam pengiraan melibatkan operasi darab
dan bahagi.
iii. Pelajar berasa seronok mendapat pengetahuan baru.
iv. Guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar dalam
kumpulan-kumpulan kecil.
v. Pelajar dapat belajar menulis jalan pengiraan yang betul dan sistematik.
vi. Menambah pengetahuan pelajar terhadap topik-topik penting dalam PMR.
vii. Meningkatkan keyakinan dan keberanian pelajar terhadap diri mereka
sendiri.
viii. Mengukuhkan ikatan silaturrahim di antara guru dan pelajar.
ix. Membolehkan guru menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna.
KELEMAHAN AKTIVITI
i. Kesuntukan masa untuk melaksanakan ujian pengukuran pencapaian
pelajar.
ii. Pelajar terlalu lemah sifir asas darab mengambil masa yang panjang untuk
menjawab soalan.
iii. Terdapat pelajar yang tidak serius menjawab soalan terutama ketika hampir
waktu makan tengahari.
CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN AKTIVITI
i. Peruntukan masa yang lebih panjang untuk sesi perbincangan dalam
kumpulan.
ii. Pelajar yang sangat lemah diberi set soalan berasingan yang lebih mudah.
iii. Aktiviti kuiz atau rekreasi matematik dijalankan menjelang waktu makan
tengahari.
KOS PERBELANJAAN
Tidak melibatkan kos perbelanjaan kerana lembaran kerja adalah dari soalan
sedia ada oleh guru yang mengajar di sekolah menengah.
PENUTUP
Secara keseluruhan, aktiviti ini amat bermakna dalam membantu pelajar menguasai
sifir asas darab serta meningkatkan kemahiran mereka dalam pengiraan melibatkan
gabungan operasi. Selain itu, pelajar-pelajar dapat menimba pengetahuan baru melalui
kaedah yang diperkenalkan oleh guru-guru yang berpengalaman. Oleh itu, aktiviti ini
seharusnya ada kesinambungan dan boleh dilaksanakan di masa-masa akan datang
supaya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.
Laporan aktiviti sesi akademik ( 10a.m. – 12.30p.m.)
Tahap 4 : Pelajar Tingkatan 4 dan 5
Bilangan : 5 orang
Guru : 1. Chew Lee Kuen 2. Won Lee Fong
Aktiviti : Motivasi menjawab soalan SPM (Matematik)
Won Lee Fong dan Chew Lee Kuen ditugaskan untuk membimbing pelajar-
pelajar Tingkatan 4 dan 5 dalam mata pelajaran Matematik. Malangnya, pada hari
tersebut, seorang pelajar Tingkatan 4 telah pulang ke rumah. Jadi, mereka berdua
boleh menumpu perhatian kepada pelajar Tingkatan 5. Sebelum memulakan sesi
bimbingan, Won telah bertemubual dengan pelajar-pelajar. Mereka mendapati pelajat-
pelajar ini belum menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru mereka.
Pelajar-pelajar ini memberitahu Won, guru Matematik mereka mengajar mengikut
kehendak diri tanpa menggunakan buku teks langsung dan tidak mengikut urutan topik
dalam buku teks jua. Maka, mereka tidak dapat mengikut pengajaran guru. Mereka
semua gagal dalam ujian bulanan yang baru dijalankan, iaitu 13% dan 25% masing-
masing.
Selepas temubual ini, Won dan Chew berbincang bagaimana menjalankan sesi
bimbingan supaya memberi manfaat yang maksimum kepada pelajar-pelajar ini.
Akhirnya, Won dan Chew membuat keputusan membimbing pelajar-pelajar menguasai
kemahiran yang mereka paling perlukan pada masa kini, iaitu topik Matriks.
Apabila sesi bimbingan bermula, hanya dua pelajar yang hadir. Seorang tidak
hadir dengan alasan sakit perut dan seorang lagi hilang tanpa apa-apa sebab. Dua
pelajar yang hadir ini pun datang dengan hati yang tidak ikhlas. Walau bagaimanapun,
dua pelajar ini memang belajar bersungguh-sungguh selepas saja sesi bimbingan
bermula. Mereka adalah Syafiq Azim bin Mahmood dan Mohd Ikhlas Sufi bin Amri.
Adik Syafiq Azim bin Mahmood agak cerdas. Dia dapat menguasai kemahiran yang
diterangkan sekali sahaja. Mengapakah pelajar yang sepandai ini boleh gagal dalam
ujian semester. Mohd Ikhlas Sufi bin Amri juga dapat menguasai kemahiran yang
diajar selepas beberapa kali cuba. Teknik pengajaran guru Matematiknya patut
dipersoalkan. Won bertanggungjawab mengajar murid yang lebih lambat. Belaiu
berjaya mengajar pelajar tersebut sehingga menguasai kemahiran yang diajar. Chew
bertanggungjawab mengajar pelajar yang agak pandai itu. Pengajaran beliau hampir
merangkumi semua kemahiran Tingkatan 5. Pelajar tersebut dapat menguasai
kemahiran yang diajar. Dia dapat menjawab soalan yang diajukan.
Kejayaan pelajar-pelajar ini pada saat ini dapat diperlanjutkan. Mereka akan
terus berusaha untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM. Biar
kita semua berdoa mereka dapat mengikut pengajaran guru mereka dan terus berjaya.
6.1.2 Laporan Kembara Minda
KEMBARA MINDA ( 2.00 PETANG – 4.30 PETANG )
STESEN 1 : PANTUN
GURU : 1. SHAULIHAH BT DFARUS 2. MASPIAH BT AHMAD
AKTIVITI :
Di stesen 1 setiap kumpulan yang terdiri daripada enam orang termasuk lelaki
perempuan akan diuji dalam kemahiran bahasa yang fokus kepada pantun. Pantun
yang disediakan merangkumi 3 jenis iaitu pantun teka-teki, pantun empat kerat dan
pantun nasihat. Setiap kumpulan terdiri dari pelbagai peringkat umur. Kepada peserta
sekolah menengah, mereka duji dengan kemahiran melengkapkan pantun seperti yang
disediakan.
1. ____________________________________
____________________________________
Budi bahasa amalan mulia,
Barulah kekal dihormati orang.
2. ____________________________________
____________________________________
Ada budi ada balas,
Orang berbudi kita berbahasa.
3. ____________________________________
____________________________________
Budi bahasa budaya kita,
Jadikan amalan sepanjang masa.
4. Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung
____________________________________
____________________________________
5. Letak pandan di tepi bendang,
Terbang ke desa burung kenari,
____________________________________
____________________________________
Kepada peserta yang masih bersekolah rendah, mereka diminta menjawab pantun
teka-teki yang disediakan seperti yang berikut:
Selimut tebal menyelimuti badan,
Menakung air dalam perutnya,
Isi yang muda sedap dimakan,
Diusia tua banyak gunanya. [jawapan: kelapa]
Harimau terkenal dengan taring,
Manusia terkenal dengan nama,
Kami dimesin hingga kering,
Jus hijau hasil daripadanya. [jawapan:tebu]
Dusun Pak Abu terang dibajak,
Banyak ditanam pohon pulasan,
Tiada roda boleh bergerak,
Di atas air sebagai landasan. [jawapan: kapal]
Pokok kelapa dipanjat kera,
Mak Timah pula memotong timun,
Makan kuat tidak terkira,
Kenyang tidak najis bertimbun. [jawapan: api]
Kepada para peserta tahap 1 sekolah rendah,mereka diminta melafazkan pantun
nasihat dengan mengikut nada dan intonasi yang betul. Antara pantun tersebut ialah:
Burung kenek-kenek,
Hinggap atas dahan,
Pesan datuk nenek,
Patuh perintah tuhan.
Burung kenek-kenek,
Hinggap atas batu,
Pesan datuk nenek,
Rajin baca buku.
Burung kenek-kenek,
Hinggap di pokok sena,
Pesan datuk nenek,
Jadi orang berguna.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Keseluruhannya para peserta bagi setiap kumpulan berjaya menyiapkan tugasan
dengan baik. Ini menunjukkan bahawa mereka dapat mengaplikasi apa yang diajar di
sekolah dalam kehidupan seharian mereka. Para peserta juga dapat memahami
maksud yang tersirat bagi setiap pantun yang mereka lafazkan. Ini ditunjukkan
menerusi sesi soal jawab dengan petugas di stesen. Selain daripada itu para peserta
juga menguasai pelbagai kosa kata yang dapat dilihat ketika mereka melengkapkan
pantun. Mereka juga memahami kehendak soalan yang terkandung dalam pantun
teka-teki. Pantun teka-teki itu dapat dijawab dengan betul dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
KEMBARA MINDA ( 2.00 PETANG – 4.30 PETANG )
STESEN 2 : TANGRAM
GURU : SO KWEE HONG
AKTIVITI : 1. Murid-murid akan diberi satu set tangram.
2. Murid-murid diminta menyempurnakan 3 bentuk
tangram berdasarkan gambar yang diberi.
3. Setelah guru berpuas hati, kumpulan akan diberi
satu kad puzzle dan boleh bergerak ke stesen
yang lain.
Tangram ialah sejenis permainan cantuman zaman dahulukala yang berasal dari
negara China. Ia merupakan kepingan-kepingan yang dipotong pelbagai bentuk yang
asalnya adalah sebuah segiempat sama. Kepingan-kepingan ini berjumlah sebanyak
tujuh keping yang mana setiap keping dipanggil 'tan'.
Tangram dalam bidang matematik adalah tidak asing lagi kerana ia merupakan bahan
bantu mengajar yang boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk Geometri seperti Luas Dan
Perimeter , Bentuk-bentuk 2D , dan seumpamanya. Setiap tan dicantum dan disusun
untuk membentuk pelbagai imej seperti orang, haiwan, huruf-huruf serta objek-objek
lain seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Anda boleh mencabar rakan-
rakan anda menyusun ketujuh-tujuh tan untuk membentuk imej-imej yang dikehendaki
tanpa menunjukkan lakaran cantuman tan pada imej-imej tersebut seperti rajah-rajah
dibawah
Aktiviti ini dijalankan di stesen 2. Setiap kumpulan yang berada di stesen ini
dikehendaki menghasilkan cantuman dan susunan unruk membentuk 3 imej
berdasarkan contoh susunan yang diberi . Setelah semua ahli kumpulan
menghasilkan imej tersebut, mereka berkumpul dan mengucapkan “Sayang Diri”.
“Sayang Kawan” dan “Sayang Semua”. Kemudian mereka beralih ke stesen lain.
KEMBARA MINDA ( 2.00 PETANG – 4.30 PETANG )
STESEN 3 : KUIZ
GURU : WON LEE FONG
AKTIVITI : 1. Murid-murid menjawab 5 soalan secara lisan.
2. Soalan terdiri daripada pengetahuan am.
3. Setelah guru berpuas hati, kumpulan akan diberi
satu kad puzzle dan boleh bergerak ke stesen
yang lain.
Soalan-soalan yang ditujukan bermula dari yang senang ke susah supaya bersesuaian
dan sepadan dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada budak darjah satu hingga ke
tingkatan lima. Berikut adalah soalan-soalan yang disediakan:
1. Seekor itik terjatuh ke dalam sebuah lubang yang sempit lagi dalam.
Bagaimanakah kamu dapat menyelamatkannya tanpa menggunakan alatan?
Jawapan: Tuang air ke dalam lubang
2. Seekor kuda terjatuh ke dalam sebuah lubang yang sempit dan dalam juga.
Bagaimanakah kamu dapat menyelamatkannya tanpa menggunakan jentera?
Kenapa?
Jawapan: Timbus dengan tanah-tanih, kuda akan pijak atas tanah
3. 1+2+3+4+5+6+7+8+9+10=?
Jawapan: 55
4. Dari nombor 1 hingga 100, ada berapa biji angka 9?
Jawapan : 20
5. Susun lapan biji angka “8” dalam bentuk lazim supaya hasil tambahnya menjadi
1000.
Jawapan: 8+8+8+88+888=1000
Soalan 1 dan 2 memerlukan pengetahuan am, soalan 3 memerlukan pengiraan mental
manakala soalan 4 dan 5 memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk memberi
ilham dan mencari jawapan.
Budak-budak seronok berada di stesen ini, mereka bertungkus lumus untuk mendapat
jawapan dalam masa yang tersingkat. Semangat bekerjasama dapat dilihat.
KEMBARA MINDA ( 2.00 PETANG – 4.30 PETANG )
STESEN 4 : LAKONAN
GURU : NOOR JANA BT ASTOR
AKTIVITI : 1. Murid-murid akan diberi sekeping kad yang
mengandungi 6 watak dalam satu cerita.
2. Setiap ahli kumpulan melakonkan watak masing-
masing.
3. Setelah guru berpuas hati, kumpulan akan diberi
satu kad puzzle dan boleh bergerak ke stesen
yang lain.
Sebelum berlakon setiap kumpulan diwajibkan menyebut kata kasih sayang yang telah
diajar sebelum aktiviti dijalankan dan apabila selesai berlakon sekali lagi kumpulan
tersebut menyebut kata kasih sayang serta gaya.
Ada enam kumpulan terdiri daripada merah ,biru ,kuning,hijau,ungu dan oren ,kesemua
berlakon dengan cara masing-masing.
Apabila saya memberi skrip kepada kumpulan saya memberi penerangan dahulu.
Di antara penerangannya ialah :
Setiap pelakon mesti menjiwai watak masing-masing, intonasi suara yang jelas,
perlakuan dan gaya yang original dan memek muka realistik.
Saya juga menerangkan bahawa sekiranya lakonan tidak baik kumpulan tersebut akan
memulakannya sekali lagi.
Keenam-enam kumpulan boleh melakonkan watak yang diberi, kelemahan dari segi
membaca dialog ,agak ketara namun saya memberi komen yang membina pada setiap
kumpulan
Di sini terdapat juga beberapa watak yang berjaya dilakonkan oleh peserta kumpulan ini
bermakna ada bakat berlakon. Syabas diucapkan pada kumpulan biru yang sangat
berjaya melakonkan drama sebabak itu.
Ada juga yang masih tidak lancar membaca yakni merangkak-rangkak pembacaannya,
kurang berjaya lakonannya, dan ada juga peserta yang malu-malu maka lakonannya
kurang berjaya. Pada keseluruhannya mesej yang ingin disampaikan dalam lakonan itu
berjaya apabila setiap kumpulan boleh memberi nilai murni serta pengajaran yang
terdapat dalam sketsa tersebut.
SKETSA
TEMA : HIDUP BERJIRAN
TAJUK : TOLONG MENOLONG AMALAN MULIA
LOKASI : TAMAN PERUMAHAN
PENCERITA : Suatu petang Aizat sedang bermain basikal dihadapan
rumahnya .Ibu bapa serta adiknya pergi kepasaraya untuk membeli barang keperluan
yang tidak berapa jauh dari taman itu .
Tiba-tiba En: Ahmad terdengar bunyi benda yang jatuh dan diikuti suara jeritan yang
sangat kuat dihadapan rumahnya,Beliau dan isteri bergegas keluar melihat apa yang
berlaku?
AIZAT : Tolong sakitnyaaaaa………..,tolong sakitnyaaaaa…………….
EN AHMAD : Aizat, aizat sabar ye.nanti pakcik tolong.
AIZAT : Pakcik sakitnya,
EN AHMAD : Berdarahlah, kaki awak luka ni, nanti pakcik angkat Aizat masuk
rumah pakcik ye
AIZAT : Baiklah pakcik,sakitnya luka ni
PN SITI : Aizat sabar ye makcik cuba ubatkan luka aizat ni.
(ISTERI EN AHMAD)
Pn Siti membersihkan luka aizat dan kemudian menyapu ubat luka di kaki Aizat.
EN AHMAD : Aizat berehat disini dulu pakcik nak telepon bapa Aizat ye!
(En Ahmad menelefon En Abu)
EN AHMAD : Hello En Abu ke tu?Saya Ahmad jiran sebelah rumah.
EN ABU : Ya saya Abu ,ada hal apa En Ahmad?
EN AHMAD : Anak awak Aizat, jatuh basikal di hadapan rumah saya,saya bawa
dia kerumah saya dan buat rawatan sedikit.Harap awak pulang
segera.
EN ABU : Ok saya akan pulang secepat mungkin.
PN AINA Ada apa bang?
(ISTERI PN ABU)
EN ABU : Kita kena balik sekarang ,En Ahmad kata Aizat jatuh basikal,
AYU (ADIK AIZAT) : Abang jatuh basikal ,teruk ke ayah?
EN ABU : Pakcik Ahmad dah buat rawatan sedikit,
PN AINA : Jom bang kita balik segera.
( Lebih kurang 10 minit keluarga Aizat pun sampai .mereka pergi mendapatkan Aizat
segera)
AIZAT : Mak Aizat jatuh basikal ,banyak darah keluar kat kaki Aizat,Makcik
Siti yang bersihkan,dan bubuh ubat.
PN AINA : Aizat,lain kali bawa basikal,hati-hati ye nak, jangan laju
sangat.Nanti kita pergi hospital ye…..
AIZAT : Baiklah mak,Aizat ikut cakap mak.
AYU : Abang! ,Esok kita main basikal lagi ye…
AIZAT : Tak nak lah ,abang tak sihat lagi lah,
EN ABU : (Sambil Bersalaman dengan En Ahmad ,Encik Abu berkata:
Saya berterima kasih dengan awak dan isteri kerana merawat
Aizat, Allah sahaja yang membalasnya.
EN AHMAD : Sama-sama .Kitakan berjiran ,tolong menolong dalam
kesusahan,itukan amalan mulia.
Keluarga Encik Abu bersalaman dengan keluarga Encik Ahmad tanda terima
kasih,sambil Encik Abu mendukung Aizat pulang kerumah.
KEMBARA MINDA ( 2.00 PETANG – 4.30 PETANG )
STESEN 5 : NYANYIAN DAN GERAKAN
GURU : JOZAIDA BT MD REJAB
AKTIVITI : 1. Murid diperdengarkan sebuah lagu.
2. Murid di ajar menyanyi.
3. Murid diberi masa menghasilkan 5 gerakan
berdasarkan lagu.
4. Setelah guru berpuas hati, kumpulan akan diberi
satu kad puzzle dan boleh bergerak ke stesen
yang lain
Peralatan yang digunakan : Komputer riba
Kotak pembesar suara
Senikata lagu “Bebek Angsa”
Di stesen 5, kumpulan pelajar akan diajar menyanyi mengikut lagu yang
diperdengarkan. Kumpulan pelajar diberi masa selama 5 – 10 minit untuk mencipta
sekurang-kurangnya 5 pergerakkan. Setelah bersedia, lagu akan dimainkan, kumpulan
pelajar akan menyanyi sambil melakukan pergerakkan. Setelah ketua stesen berpuas
hati dengan persembahan pelajar, mereka akan diberikan potongan kad untuk
dikumpulkan. Kad-kad ini diterima dari stesen-stesen. Setelah semua stesen dikunjungi,
kad-kad ini akan dicantum bagi membentuk perkataan tahniah dan menandakan
kumpulan pelajar ini telah selesai membuat aktiviti di 7 stesen.
KEMBARA MINDA ( 2.00 PETANG – 4.30 PETANG )
STESEN 6 : RUKUN NEGARA
GURU : ZURAINI BT MOHAMED
AKTIVITI : 1. Murid-murid di berikan jalur rukunegara.
2. Murid akan menyusun jalur mengikut urutan yang
betul.
3. Seterusnya murid dikehendaki menyesuaikan
setiap jalur dengan 5 gambar yang diberikan.
4. Murid-murid akan melafazkan ikrar rukunegara
dengan semangat.
5. Setelah guru berpuas hati, kumpulan akan diberi
satu kad puzzle dan boleh bergerak ke stesen
yang lain
Stesen 6 merupakan stesen Rukun Negara.
Stesen ini merupakan tempat menguji sejauhmana pengetahuan anak-anak yatim
tersebut berkaitan Rukun Negara. Setiap kumpulan yang terdiri daripada enam orang
termasuk lelaki perempuan diuji:
i) Kepantasan mereka menyusun 5 baris Rukun Negara
ii) Membuat perkaitan antara gambar dan Rukun Negara
iii) Melafazkan Rukun Negara secara berkumpulan.
Sebelum mereka diuji terlebih dahulu kerjasama dalam kumpulan diberi perhatian.
Apa yang dapat di perkatakan di sini hanya satu kumpulan sahaja yang mempunyai
sikap bertatasusila dan bersopan santun manakala lima kumpulan yang lain telah
diberi teguran dan nasihat. Anak-anak tersebut juga ditanya mengenai kepentingan
Rukun Negara kepada sesebuah negara itu.
Keseluruhannya para peserta bagi setiap kumpulan berjaya menyiapkan tugasan
dengan pantas. Tidak sepertimana jangkaan saya pada mulanya. Ini menunjukkan
bahawa anak-anak tersebut mempunyai semangat cinta akan Negara Malaysia.
SOALAN 1: Susun semula Rukun Negara mengikut susunan yang betul.
1.______________________________________________________
2.______________________________________________________
3.______________________________________________________
4.______________________________________________________
5._______________________________________________________
SOALAN 2: Padankan imej dengan Rukun Negara.
1.
SOALAN 3: Lafazkan ikrar Rukun Negara secara harmoni
KEMBARA MINDA ( 2.00 PETANG – 4.30 PETANG )
STESEN 7 : MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK
GURU : NOR’AZAH BT HJ MUHAMAD
AKTIVITI : 1. Ketua kumpulan akan memilih kad soalan.
2. Murid-murid di dalam kumpulan berkerjasama
menyelesaikan 5 soalan matematik.
3. Soalan terdiri daripada pelbagai peringkat mudah
ke penyelesaian masalah.
4. Setelah jawapan lengkap dan betul, kumpulan
akan diberikan satu kad puzzle dan boleh
bergerak ke stesen yang lain.
36 soalan operasi asas 9 soalan penambahan, 9 soalan penolakan, 9 soalan
pendaraban, 9 soalan pembahagian.
Syarat : 1. Peserta menjawab secara berkumpulan dan bekerjasama.
2. Peserta akan dilepaskan ke stesyen lain setelah berjaya
memperolehi minima 30 soalan betul.
Laporan : 1. Peserta pertama sampai ialah dari kumpulan 3 dan diakhiri oleh
peserta dari kumpulan 4.
2. Secara keseluruhan setiap kumpulan mengambil masa minima 7
minit dan maksimum 10 minit.
3. Peserta dapat menunjukkan sikap kerjasama dan kesungguhan
dalam menyiapkan tugasan.
4. Aktiviti dapat dijalankan dengan lancer disebabkan oleh adanya
komitmen dan respon yang diperolehi dari peserta.
6.1.2 Laporan Sudut Bacaan
MEMBINA SUDUT BACAAN / REKREASI DI BILIK TV
( 2.00 PETANG – 4.30 PETANG )
GURU : 1. Devi a/p Subramanian 2. Chew Lee Kuen 3. Zalina bt Dzulkifli, 4. Wan Rahmah bt Wan Ali, 5. Khoo Guat Kiat, 6. Chin Bee Foon
AKTIVITI :
i) Menyediakan kata hidmah pada kertas A4 dan laminate.
ii) Menceriakan dinding dengan set stiker yang cantik
iii) Menyusun buka bacaan yang kita sumbang ( sebahagian boleh
susun di pusat sumber).
iv) Membeli dan menyusun permainan IQ.
LAPORAN :
Kumpulan kami yang terdiri daripada 6 orang iaitu Zalina, Wan Rahmah, Chew
Lee Kuen, Chin Bee Foon dan Khoo Guat Kiat telah membina dan mewujudkan satu
sudut bacaan dan rekreasi di bilik TV. Kami telah menyediakan bahan-bahan terlebih
dahulu seperti kata hikmat pada kertas A4 (laminate), membeli pelekat dinding dan
permainan IQ. Tujuan kami ialah untuk membantu pihak rumah anak yatim
menyediakan pelbagai bahan bacaan, membudayakan membaca , mendidik
menggunakan masa lapang yang berfaedah di kalangan anak-anak yatim di sini.
Selain itu, permaian IQ yang disediakan boleh meningkat dan meransangkan
kecerdasan berfikir dan kretiviti serta mengeratkan silaturahim sesama mereka.
Pihak Rumah Penyayang Bestari telah menyediakan sebuah rak buku untuk
sudut bacaan / rekreasi ini. Setiap ahli kumpulan serta rakan-rakan yang lain telah
menyumbangkan sekurang-kurang 10 buah buku untuk koleksi sudut bacaan ini.
Di antaranya ada yang membawa buku kerja, buku rujukan, kamus, ensikopedia dan
juga buku cerita. Dengan adanya koleksi pelbagai jenis buku, maka sudut bacaan ini
lengkap dan merangsangkan.
Kami telah menceriakan dinding pada sudut ini dengan kata-kata hikmat dan
juga pelekat dinding yang cantik dan menarik. Kami juga menggantung hiasan dan juga
kata hikmat pada siling dengan tujuan menceriakan lagi suasana sudut tersebut.
Kerja kami selesai pada pukul 4.40 petang. Diharap sudut ini akan menjadi satu
tempat untuk anak-anak di sini menimba ilmu dan permainan IQ yang disediakan dapat
mengisi masa lapang mereka dengan lebih bermakna.
8.0 KOS PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Pengangkutan (memohon perkhidmatan bas IPBA )
1 Makanan :
Kudapan
Makan Tengahari
Minum Petang
RM3.00 x 70
RM7.00 x 70
RM3.00 x 70
RM210.00
RM490.00
RM210.00
2 Publisiti :
Banner RM100. x 1 RM100.00
3 Hadiah :
Plak
Cenderahati
RM150 x 1
RM10.00 x 37
RM150.00
RM370.00
4 Sumbangan
Keperluan Asas RM360.00 RM360.00
5 Pengurusan
Surat Menyurat
Aktiviti
Runcit
RM200.00 RM200.00
JUMLAH RM2 090.00
LAPORAN PENYATA KEWANGAN DAN PERBELANJAAN PROJEK PEMBELAJARAN BERKHIDMAT
BIL PENERIMAAN
(LAMPIRAN A)
AMAUN
(RM)
BIL PERBELANJAAN
(LAMPIRAN B)
AMAUN
(RM)
1.
2.
Sumbangan kumpulan Matematik,
PGSR, NOV 2008.
Sumbangan Pensyarah
TUNAI
1.
2.
3.
4. 5.
6.
7.
Makanan
Cenderahati ( Tuala )
Permainan IQ
Cenderahati ( Pelbagai )
Banner
Bahan dan alatan sudut bacaan
Bahan dokumentasi
Dakwat pencetak
TUNAI
2400.00
100.00
870.00
386.00
124.00
112.80
80.00
97.20
60.00
40.00
Jumlah Perbelanjaan
Baki sebanyak RM 730.00 disumbangkan kepada pihak rumah anak yatim
1770.00
Jumlah Keseluruhan 2500.00 Jumlah Keseluruhan 2500.00
Dengan ini dinyatakan perbelajaan bagi Projek Kewarganegaraan telah disemak dan disahkan betul.
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :
(WAN RAHMAH BT WAN ALI) (RUSLAN B. LEBAI YAKUB ) (HASNITA HASHIM)
Bendahari Ketua Projek Ketua Kelas
9.0 REFLEKSI
REFLEKSI PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
BUDI DITABUR KASIH DISEMAI
(Rumah Penyayang Bestari, Kg. Sg. Buaya, Banting, Selangor)
Pembelajaran berkhidmat atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah
merupakan pendekatan penyertaan para pelajar secara aktif dan interaktif dalam
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Melalui penyertaan secara aktif dalam
sesuatu projek komuniti, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam menyelesaikan masalah sosial yang benar-benar berlaku di sekolah,
komuniti, negara dan global.
Melalui pembelajaran berkhidmat ini, murid akan mengambil tanggungjawab dan
kepemimpinan dalam melakukan sesuatu perkhidmatan sivik kepada masyarakat.
Mereka juga akan mengembangkan amalan nilai-nilai sivik serta kemahiran sosial dan
kewarganegaraan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Pendek kata,
melalui pembelajaran berkhidmat, murid akan mempelajari secara aktif and interaktif
bagaimana menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan
ke arah kesejahteraan masyarakat.
Justeru sebagai guru-guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru
Sekolah Rendah (PGSR) semester 7 ini, Pembelajaran Berkhidmat merupakan tajuk
projek yang perlu dilaksanakan sepertimana yang terkandung dalam proforma kursus
PSK 3104.
Bagi melaksanakan keperluan tersebut, kami kumpulan PGSR Matematik Kohot
1 telah memilih Rumah Penyayang Bestari, Kg Sungai Buaya, Banting sebagai lokasi
program. Sebenarnya bagi melaksanakan program dalam jangka masa yang singkat
merupakan suatu cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani secara bijak dan
sistematik. Pada waktu yang sama dapat menguji kewibawaan dan kekuatan semangat
seseorang guru bagi menangani sebarang masalah yang timbul.
Setelah membuat perbincangan bersama pensyarah, Pn Khalijah, kami telah
sepakat untuk menjalankan pogram ini di rumah anak-anak yatim. Saya selaku
Timbalan Pengerusi projek ini telah diminta untuk mencari rumah anak yatim yang
terdekat bagi tujuan tersebut. Hasil pencarian menggunakan internet telah menemui
banyak rumah anak yatim di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Dalam
perbincangan itu, kami telah memilih Rumah Penyayang Bestari, Kg Sungai Buaya,
Banting. Pemilihan ini adalah kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal Ketua Projek
kami, En Ruslan. Kedudukan ini memberi kemudahan kepada kami untuk berurusan
dengan pihak rumah anak yatim tersebut. Setelah lokasi dikenalpasti, kami membentuk
Ahli Jawatankuasa Pelaksana agar setiap individu mengetahui bidang tugas dan fungsi
masing-masing.
Sebenarnya saya amat ternanti-nanti program ke rumah anak yatim seperti ini.
Sebagai seorang guru kita harus sentiasa peka terhadap persekitaran yang memang
memerlukan khidmat dan bantuan guru. Contohnya anak-anak yatim adalah golongan
yang kurang bernasib baik dan sewajarnya dibantu. Berbakti kepada anak yatim
merupakan amal jariah yang terbesar. Allah SWT memerintahkan untuk kita berbuat
baik kepada anak yatim. Allah SWT ada berfirman yang maksudnya :
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya
dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,
kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran
tetangga yang dekat dan yang jauh, dan teman sejawat, Ibnu sabil
dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
(QS. An-Nisa`: 36).
Rasulullah SAW juga sangat memberi perhatian terhadap anak-anak yatim.
Baginda telah memberi jaminan gembira kepada orang yang berlaku baik dan
memenuhi segala keperluan anak yatim. Baginda bersabda : “Aku dan pengasuh anak
yatim dalam surga seperti ini” sambil baginda memberikan isyarat dengan jari telunjuk
dan jari tengahnya dengan merenggangkan sedikit [HR. Bukhori]. Begitu mulianya
kedudukan anak-anak yatim di sisi Islam. Kita mesti mengambil berat terhadap
keperluan mereka kerana sikap tidak ambil tahu dalam hal seumpama ini adalah satu
unsur pengabaian kepada agama. Lantaran itulah saya sangat terpanggil untuk
mendekati anak-anak yatim ini. Program ini merupakan program pertama saya dan
pastinya banyak pengalaman serta pengajaran yang saya perolehi di sini.
Selaku Timbalan Ketua Projek, saya perlu memastikan semua kerja-kerja
pengurusan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Walaupun begitu, tugas
saya bukanlah hanya sekadar memantau, tetapi juga sama-sama bekerja dengan AJK
Pelaksana yang lain. Di sini saya amat menyedari bahawa siapalah saya sekiranya
tiada rakan-rakan yang lain. Pastinya saya tidak akan dapat bekerja secara sendirian
atau one man show. Sikap bekerjasama dan kolaborasi bersama rakan amat penting.
Pengalaman ini telah mengajar saya bahawa sebagai seorang ketua tidak harus
bertindak sombong dan hanya pandai mengarah tanpa memperdulikan orang bawahan.
Kita harus bekerja dalam satu pasukan. Sikap mementingkan diri sendiri harus dilontar
jauh-jauh kerana setiap kejayaan yang dihasilkan adalah kejayaan bersama.
Pada tarikh 31 Mac 2012, seawal 5.30 pagi, saya telah bangun dan bersiap diri.
Sejak dari mula memang saya bercadang untuk menaiki bas bersama dengan rakan-
rakan yang lain. Tambahan pula saya tidak tahu jalan ke situ. Dengan sebab itulah saya
menginap di asrama IPBA. Tepat jam 6.30 pagi, bas yang akan membawa kami ke
destinasi telahpun tiba. Tetapi entah mengapa hati ini amat berat unuk saya menaiki
bas. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membawa kereta sendiri dan follow
bas dari belakang. Hujan turun renyai-renyai. Dalam keadaan pagi yang masih gelap,
ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas, tetiba bas yang saya ekori hilang dari
pandangan. Perjalanan tetap saya teruskan. Saya hanya berpandukan kepada papan
tanda ke Banting. Pada waktu itu saya sentiasa menghubungi rakan-rakan di dalam bas
dengan harapan saya tidak tersesat terlalu jauh. Akhirnya saya bertemu juga dengan
rakan-rakan yang lain setibanya di pekan Banting. Di situ kami bersarapan pagi dan
berbual ringkas tentang apa yang berlaku.
Tepat jam 8.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke Rumah Penyayang Bestari,
Kg Sungai Buaya. Dari pekan Banting ke rumah anak yatim tidak begitu jauh.
Perjalanan hanya memakan masa 20 minit sahaja. Setibanya di sana, kami telah
disambut oleh Ustaz Muhammad Syafiq b Wahit, bertindak selaku guru Kafa di situ.
Saya juga sempat berkenalan dengan Pn Ramlah bt Husin selaku Pegawai Waden dan
En Meor Abu Bakar b Hamzah selaku pemandu. Sesi pertama dimulakan dengan
ucapan oleh Ketua Projek kami iaitu En Ruslan b Lebai Yaakub dan Pn Hjh Noor Bee bt
Abu Bakar selaku Setiausaha Rumah Penyayang Bestari. Pengetua rumah penyayang
ini iaitu YBhg Dato’ Hj Abu Bakar b Hj Abd Hamid juga turut serta. Dalam ucapan Pn
Hjh Noor Bee, beliau menjelaskan tentang asal usul penubuhan rumah penyayang ini.
Beliau juga menyentuh tentang masalah-masalah yang dihadapi dalam memberi
bimbingan dan menjaga anak-anak yatim dan miskin di situ. Beliau amat mengalu-
alukan kehadiran kami bagi membantu pembelajaran anak-anak di situ terutama yang
akan menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM.
Sebelum memulakan sesi akademik (10.00 pagi hingga 12.30 tengahari), kami
bersama anak-anak rumah penyayang dipersilakan ke dewan makan untuk kudapan
pagi. Menurut Pn Hjh Noor Bee, beliau akan sentiasa memastikan anak-anak di sini
tidak ada yang kelaparan sebelum mereka belajar. Beliau tahu sekiranya perkara ini
berlaku, pastinya proses pembelajaran akan terganggu. Sememangnya penyediaan
kudapan pagi tersebut memberikan satu iktibar kepada saya bahawa sebagai seorang
guru, kita harus sentiasa memikirkan keperluan-keperluan fisiologi murid, termasuklah
makan dan minum mereka.
Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi
perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri,
belajar perkara baharu, memanipulasikan keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya
mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Dari pemerhatian ini, ia memberikan
iktibar kepada saya bahawa setiap guru harus mengambil berat keperluan fisiologi
murid agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Penyediaan
makanan seperti sarapan atau kudapan pagi tersebut diibaratkan sebagai suntikan
semangat yang kental bagi anak-anak ini melakukan yang terbaik bagi memulakan
pembelajaran.
Tepat jam 10.00 pagi, sesi akademik (Matematik) dimulakan. Kami bergerak ke
tempat yang telah ditetapkan. Anak-anak ini juga telahpun dibahagikan kepada
kumpulan mengikut tahap masing-masing. Kami sentiasa akur sepertimana yang telah
dirancang. Kami telahpun bersedia dengan bahan dan tahu yang perlu dilakukan.
Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi tanpa mengenal letih dan
jemu. Keadaan seperti telah memberi gambaran jelas bahawa seorang guru yang
dedikasi akan sanggup berkorban apa sahaja untuk kebaikan muridnya. Kita
seharusnya melakukan apa sahaja yang diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan
masa depan murid-murid kita.
Saya berasa amat terharu apabila semua peserta termasuk saya menerima apa-
apa kerja yang diamanahkan tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah memberikan
satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup berkhidmat untuk
masyarakat, tidak patut memilih kerja untuk tujuan kepentingan diri semata-mata,
sebaliknya kita harus berkorban apa jua, tidak kira masa, tenaga dan jiwa raga demi
kebaikan dan masa depan murid dan sekolah kita.
Walaupun saya dan En Ahmad ditugaskan bagi anak-anak tahap 2 (tahun 4, 5
dan 6), namun kami tidak hanya bertumpu kepada tugasan kami semata-mata, kami
juga membantu kumpulan lain seperti membawa buku-buku cerita dan buku kerja untuk
membina sudut bacaan di rumah penyayang ini. Dalam aktiviti Kembara Minda
contohnya, saya dengan rela hati membantu rakan-rakan yang lain dalam menjayakan
aktiviti ini. Situasi ini juga menyedarkan saya bahawa sebagai seorang manusia yang
hidup dalam kumpulan dan kelompok, kita harus memberikan bantuan dan pertolongan
kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira kaum, bangsa dan ras.
Saya dan En Ahmad telahpun bersedia dengan bahan bagi menjalankan
pengajaran dan pembelajaran Matematik Kertas 2. Satu jam yang pertama, saya telah
memberi sedikit motivasi kepada anak-anak ini. Di antara perkara yang saya sentuh
ialah bagaimana cara belajar yang berkesan dan perkara-perkara asas yang mesti
mereka tahu bagi menjawab kertas 2 Matematik. Ternyata mereka ini sangat lemah
dalam penguasaan sifir darab dan bahagi. Lantaran itu, dengan menggunakan
pengalaman yang saya ada, saya telah menunjukkan kepada anak-anak ini bagaimana
cara mendarab mudah menggunakan jari. Dari pemerhatian saya, mereka sangat
seronok dan teruja untuk mencubanya berulang-ulang kali. Mereka mengatakan sifir
darab senang. Sebelum ini mereka mengatakan sifir darab susah dan tidak suka
dengan mata pelajaran Matematik. Tidak hairanlah mereka jarang sekali lulus dalam
mata pelajaran Matematik. Di sini saya membuat kesimpulan bahawa setiap guru
seharusnya tahu mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut tahap kebolehan
murid. Tugas guru bukan hanya sekadar untuk mengajar dan menghabiskan sukatan
pelajaran semata-mata, tetapi perlu memastikan setiap kemahiran yang disampaikan
kepada murid dapat dikuasai oleh mereka. Setiap orang guru sepatutnya sentiasa
membuat refleksi setiap kali selesai menjalankan pengajaran. Sekiranya ia tidak
mencapai objektif yang diharapkan, pastikan guru mengulangi kemahiran yang sama
tetapi dengan menggunakan kaedah atau teknik yang difikirkan lebih berkesan.
Di samping itu juga, saya dapat lihat anak-anak ini tidak memberi perhatian
sepenuhnya ketika En Ahmad menjalankan pengajaran. Ada di antaranya melukis
gambar, menconteng meja dan tidak fokus kepada pengajaran guru di hadapan.
Apabila ditanya, mereka hanya tersengih-sengih dan tidak bangun. Situasi ini
menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati guru yang sedang bertanya. Maka
benarlah apa yang telah diperkatakan oleh Pn Noor Bee dalam ucapan beliau bahawa
anak-anak di sini agak susah untuk dibentuk. Sebelum ini mereka telah diuruskan oleh
salah seorang bekas tentera. Mereka dididik dan dibimbing secara kekerasan. Namun
apa yang dapat diperhatikan masih belum dapat menyelesaikan masalah disiplin anak-
anak ini. Pembentukan disiplin tidak boleh dilakukan secara paksaan atau kekerasan.
Cara membentuk disiplin yang berkesan mestilah menggunakan pendekatan yang baik
dan mudah diterima oleh pelajar. Menurut pendapat Abdullah Sani Yahaya (2005) yang
mengatakan cara terbaik untuk mengatasi masalah disiplin ialah dengan menggunakan
cara bimbingan dan tunjuk ajar. Hukuman tidak akan dikenakan melainkan ia
merupakan cara yang terakhir.
Ketika sesi akademik tahap 2 ini, bukan hanya kami berdua sahaja, tetapi turut
dibantu oleh rakan-rakan lain seperti Pn Devi, Pn Saulihah dan En Ruslan. Mereka ini
bertindak sebagai pembantu dan turut sama membimbing anak-anak ini menjawab
soalan Matematik Kertas 2 dengan cara yang betul. Kaedah ini sangat sesuai sekiranya
direalisasikan di dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan
berjalan dengan lancar dan lebih berkesan. Anak-anak ini dapat dibimbing secara
individu. Kesannya, setiap kesilapan dapat diperbaiki. Secara tidak langsung akan
dapat membina keyakinan diri pada diri anak-anak ini. Mereka akan merasakan diri
mereka disayangi dan diambil perhatian. Dari sini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa
pengurusan masa dan sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan
keberkesanan sesuatu P&P yang dijalankan. Semua tugasan yang diamanahkan dapat
disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan optimum.
Tepat jam 12.30 tengahari, kami semua menikmati jamuan makan tengahari
bersama pihak pengurusan dan anak-anak Rumah Penyayang Bestari. Segala kos
perbelanjaan makan dan minum sepanjang program adalah di bawah tanggungan kami.
Pihak pengurusan dan anak-anak rumah penyayang sangat gembira apabila dapat
berpeluang makan bersama kami. Kami rasa amat terharu kerana usaha kami sangat
dihargai. Anak-anak yatim adalah amanah Allah SWT, orang yang
dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan mereka perlu melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan seadil-adilnya. Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di
dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak. Masyarakat
awam juga mempunyai tanggungjawab sosial ke atas mereka dengan menghulurkan
bantuan demi meringankan bebanan rumah anak- anak yatim yang kadang-kadang
mengharapkan bantuan dari orang ramai.
Jam 1.30 petang, kami solat Zohor berjemaah di surau. Boleh dikatakan semua
anak-anak yatim solat Zohor berjemaah. Saya difahamkan oleh Ustaz Muhammad
Syafiq bahawa solat berjemaah merupakan perkara rutin yang sangat diambil berat.
Di samping itu juga aktiviti seperti tazkirah dan kuliah subuh juga dilaksanakan. Setiap
malam Jumaat diadakan Bacaan Yaasin dan solat hajat. Aktiviti-aktiviti ini adalah antara
usaha yang dijalankan oleh pihak Rumah Penyayang Bestari bagi melahirkan insan
sempurna dari segi jasmani dan rohani.
Tepat jam 2.00 petang, kami berkumpul semula di dewan Rumah Penyayang
Bestari ini bagi memberi taklimat kepada semua anak-anak tentang aktiviti seterusnya.
Aktiviti yang dirancang ialah Kembara Minda. Aktiviti ini merupakan aktiviti santai tetapi
penuh dengan pengajaran dan falsafah tersendiri. Dalam aktiviti ini banyak menguji
minda dan mencungkil bakat anak-anak dalam nyanyian, tarian dan lakonan. Sebelum
pembahagian kumpulan, saya sempat memberi sedikit teguran kepada anak-anak ini
tentang pengurusan masa dan pakaian pada petang tersebut. Terdapat anak-anak
yang tidak hadir, hanya berselipar ke dalam dewan dan tidak kurang juga yang
menunjukkan sikap `acuh tak acuh’ terhadap aktiviti yang akan dijalankan. Saya perlu
bertegas dalam lembut agar mereka sentiasa berdisiplin walau di mana mereka berada.
Bagi saya hanya mereka yang berdisiplin sahaja yang akan berjaya. Sekiranya sikap
negatif ini berterusan tanpa sebarang teguran pastinya akan merugikan anak-anak itu
sendiri. Kajian yang telah dilakukan oleh Mariah Ghanib (2002) mendapati bahawa
faktor utama kemerosotan disiplin di sekolah adalah berpunca dari dalam diri pelajar itu
sendiri. Contohnya, pernyataan-pernyataan seperti ini sering kita dengar “Saya
memakai pakaian yang menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah”
dan “Saya melanggar disiplin sekolah hanyalah suka-suka”. Dengan wujudnya
kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar dapat
mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri.
Tepat jam 2.30 petang, saya telah menerima satu panggilan daripada Salmah
(adik kedua saya) mengatakan bahawa Suriza (adik ketiga saya) telah meninggal dunia
di Hospital Selayang. Saya seolah tidak percaya mendengar berita tersebut kerana
saya baru sahaja menelefon Suriza jam 11.00 pagi itu. Pada ketika itu Suriza memang
betul-betul sihat dan doktor telah membenarkan beliau untuk pulang pada petang itu.
Dengan hati yang luluh berbaur sedih, saya memberitahu rakan-rakan lain bahawa
saya terpaksa balik kerana adik telah meninggal dunia. Saya memohon maaf kepada
semua rakan kerana tidak dapat bersama mereka sampai ke penghujung program.
Rakan-rakan menenangkan saya bahawa program di sini tidak perlu dirisaukan kerana
mereka akan tetap meneruskannya dengan sebaik mungkin. Saya cekalkan hati dan
sentiasa bersabar kerana segala-galanya adalah ketentuan Ilahi. Jam 2.45 petang saya
bertolak keluar dari perkarangan Rumah Penyayang Bestari. Di dalam perjalanan, baru
saya teringat ada hikmahnya saya membawa kereta sendiri dan tidak menaiki bas
seperti rancangan pada awalnya. Sekiranya saya menaiki bas pastinya akan
menimbulkan banyak masalah. Jenazah Suriza telah selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam, Kg Bukit Badong jam 8.30 malam.
Walaupun saya tidak dapat bersama rakan-rakan lain sehingga ke penghujung,
namun saya tetap menghubungi rakan-rakan lain bagi mengtahui perkembangan
program tersebut. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana semua rakan saya
sangat prihatin dan faham tentang masalah saya. Mereka tidak putus-putus memberi
info-info terkini tentang program tersebut. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Pn Hasnita selaku Ketua Kelas yang tidak jemu-jemu menyampaikan segala
maklumat berkaitan program bagi memberi kemudahan kepada saya menyelesaikan
tugasan.
Sehubungan dengan itu juga saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada Pn
Khalijah selaku pensyarah PSK, disebabkan insiden kematian ini saya tidak dapat
meneruskan program seperti yang dirancang. Saya memohon jasa baik puan agar
permasalahan ini tidak menjejaskan pemberian markah terhadap tugasan saya. Segala
jasa baik, keprihatinan dan kerjasama yang puan berikan, saya dahului dengan jutaan
terima kasih. Semoga Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala kebaikan puan.
Di sini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua rakan kerana
telah berjaya melaksanakan program yang dirancang dengan jayanya. Kejayaan ini
adalah kejayaan kita bersama. Apa yang saya difahamkan pihak pentadbiran Rumah
Penyayang Bestari amat berpuas hati dengan program yang dijalankan. Pn Hjh Noor
Bee selaku Setiausaha Rumah Penyayang Bestari sangat berterima kasih kerana
dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan lagi motivasi anak-anak di situ
lebih seronok untuk belajar dan serba sedikit dapat meningkatkan disiplin di kalangan
mereka. Apa yang pastinya, program ini telah mewujudkan hubungan baik antara
kedua-dua pihak iaitu antara pihak IPG KBA dan juga Rumah Penyayang Bestari ini.
Dalam waktu yang sama, program ini telah dapat menerapkan nilai, pengetahuan dan
kemahiran sivik di kalangan para peserta. Justeru, kami para peserta amat menyedari
betapa pentingnya khidmat kemasyarakatan dapat diteruskan dan diamalkan bagi
melahirkan insan serta masyarakat cemerlang.
10.0 KOMEN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
BUDI DITABUR KASIH DISEMAI
(Rumah Penyayang Bestari, Kg. Sg. Buaya, Banting, Selangor)
Sesempurna mana sekalipun sesuatu program yang dijalankan itu sudah pasti
terdapat kelemahannya di sana sini. Dengan sebab itulah setelah selesai sahaja
sesuatu program kita perlu menjalankan mesyuarat `post mortem’ bagi mengenalpasti
kelemahan dan mencari jalan untuk menambahbaikan di masa akan datang.
Bagi Program `Budi Ditabur Kasih Disema’ ini saya pecahkan kepada 2
bahagian. Bahagian yang pertama adalah penambahbaikan untuk pihak IPG KBA dan
yang kedua adalah untuk Rumah Penyayang Bestari.
a) Penambahbaikan untuk pihak IPG KBA
Sepatutnya peruntukkan masa untuk melaksanakan projek seperti ini
perlu lebih panjang. Ini memandangkan ia perlu dirancang secara teratur dan
sistematik. Sesuatu kerja yang dilakukan secara tergesa-gesa pastinya banyak
kelemahannya.
Sepatut pihak IPG memikirkan tentang kekangan masa yang dihadapi
oleh peserta yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah.
Sepertimana yang kita tahu banyak kerja-kerja sekolah yang perlu diselesaikan,
ditambah pula dengan masalah-masalah peribadi yang lain; fenomena ini
pastinya akan menimbulkan stress dan penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi
dan lemah jantung kepada guru-guru ini. Walaupun kita memang untuk mengejar
masa dan memenuhi proforma, namun perkara-perkara seperti ini mesti diambil
perhatian bagi menghasilkan suatu projek atau program yang dijalankan akan
lebih berkualiti.
Sekiranya pihak IPG memberi banyak masa, kita berkesempatan untuk
mencari penaja yang ingin menyumbang kepada program yang akan dijalankan.
Perkara pertama sudah pastilah bagi meringankan sedikit perbelajaan dan kos
pelaksanaa dan keduanya banyak aktiviti yang boleh dirancang ketika berada di
rumah anak yatim tersebut. Sesetengah pertubuhan anak yatim seperti ini
adalah di bawah perbelanjaan sendiri tanpa ada sokongan dana daripada mana-
mana pihak. Sudah pasti mereka amat mengharapkan sebarang sumber
sumbangan daripada pihak-pihak luar bagi membiayai keperluan dan pendidikan
anak-anak yatim ini.
Bagi saya, program ini adalah untuk memenuhi proforma Pendidkan Sivik
dan Kewarganegaraan, tetapi kenapa pengisiannya banyak kepada mata
pelajaran Matematik. Memang tidak dinafikan peserta kami adalah daripada
kumpulan Matematik, tetapi kita perlu melihat tujuan asal program ini dijalankan.
Sepatutnya ia lebih banyak menjurus kepada penerapan nilai-nilai murni,
pengetahuan dan kemahiran sivik. Lebih-lebih lagi anak-anak yatim di sini agak
rendah dari segi nilai siviknya; tidak hormat kepada tetamu, memperlekeh kata-
kata guru-guru dan tidak berdisipin. Ini perkara utama yang perlu diambil
perhatian. Sebagai seorang guru kita patut mengubahnya untuk menjadikan
anak-anak ini seorang yang baik dan berbudi pekerti mulia.
Sepatutnya sebelum menjalankan sesuatu program, kita perlu berbincang
secara mendalam bersama pihak pentadbir rumah anak yatim tentang iklim dan
budaya di situ. Ini adalah bertujuan untuk kita merancang pengisian yang akan
dijalankan agar bertepatan dengan suasana di situ. Sekiranya memang anak-
anak yatim ini sangat sukar dibentuk dari segi budi pekertinya, maka
pengisiannya nanti akan lebih kepada motivasi diri dan pengisian rohani.
Sepatutnya wakil daripada kita perlu berjumpa dengan anak-anak yatim ini bagi
menjelaskan apa yang sepatutnya mereka lakukan ketika program itu
berlangsung. Jadi, mereka ini mendapat gambaran kasar tentang program
tersebut.
Tempoh masa sehari bersama anak-anak yatim ini tiada banyak perkara
yang dapat diubah. Sepatutnya program ini dijalankan sekurang-kurangnya 2
hari. Dalam tempoh ini kita perbanyakkan sesi ceramah motivasi, aktiviti
kerohanian dan latihan dalam kumpulan (LDK). Dengan adanya sesi seperti ini,
kita harapkan anak-anak ini akan sedar akan kesilapan diri dan secara peribadi
cuba mengubahnya kepada yang lebih baik dan bukannya dengan cara
kekerasan dan paksaan. Apa yang dapat saya perhatikan, pelajaran anak-anak
yatim sangat rendah prestasinya. Seringkali gagal dalam ujian atau peperiksaan.
Bagi saya, ini adalah berpunca dari tiada disiplin diri. Tidak bijak mengurus
masa. Tambahan pula tiada siapa yang berani menegur kesilapan mereka.
Kerana apa? Kerana mereka ini adalah `ANAK YATIM’. Mereka ini perlu dibelai
dan disanjung. Sampai bila? Kita tetap mendiamkan diri segala apa yang
mereka lakukan. Sehinggakan mereka sentiasa dalam keadaa cuai, lalai dan
alpa. Persepsi ini perlu diubah. Setiap teguran bukanlah untuk menghina atau
menganiaya anak yatim tetapi adalah untuk kebaikan masa depan mereka juga.
b) Penambahbaikan untuk pihak Rumah Penyayang Bestari (RPB)
Bagi menjalankan program-program seumpama ini, seharusnya
kesediaan anak yatim perlu diambil kira. Mereka perlu bersedia dan penyertaan
mereka seperti peserta kursus yang formal atau jika tidakpun semi formal.
Sebagai peserta kursus sepatutnya mereka dibekalkan dengan `name tag’ dan
juga fail. Pakaian mereka juga adalah seperti seorang peserta yang akan
menghadiri kursus dan bukannya bagai seorang yang ingin pergi memancing
atau bersantai di tepi pantai. Mereka hadir ke dalam dewan dengan hanya
berselipar jepun dan berseluar jean lusuh. Pakaian `round-neck t’shirt’
bergambar `rock-metal’. Saya pun tidak faham macam mana perkara ini boleh
berlaku. Adakah ini budaya mereka di sini? Atau mereka sengaja berbuat
demikian hanya sekadar suka-suka? Sebagai pihak pentadbir Rumah
Penyayang Bestari perlu memandang serius perkara seperti ini agar ia tidak
berterusan dan kekal menjadi budaya yang kurang menyenangkan oleh
penduduk setempat.
Pihak pengurusan RPB perlu mengorak langkah bagi memperbaiki
prestasi pelajaran anak-anak yatim di situ. Anak-anak ini semakin hari semakin
membesar dan suatu hari nanti mereka akan berdikari sendiri. Sekiranya ketika
di sini mereka tidak mendapat pelajaran yang secukupnya, sudah pasti mereka
akan mengalami kesukaran bagi meneruskan hidup. Zaman sekarang
merupakan zaman yang serba mencabar. Segalanya memerlukan ilmu dan
kemahiran. Sekiranya dua perkara ini tiada, maka lahirlah nanti penganggur-
penganggur yang tidak tahu hala tuju. Apabila perkara ini berlaku, maka
banyaklah gejala-gejala jenayah seperti mencuri, merompak, menyamun dan
rogol berleluasa di sana sini. Apa yang perlu dilakukan oleh pihak rumah anak
yatim ini agar dapat kiranya mencari guru-guru yang berpengalaman untuk
mengajar anak-anak ini. Lihat di mana kelemahan dan cuba perbaiki. Program
tuisyen perlu dipantau keberkesanannya dan bukan hanya sekadar janji ada.
Pihak pentadbiran RPB perlu bertindak proaktif bagi melahirkan anak-
anak yatim punya kekuatan mental, fizikal dan keluhuran rohani. Bukan mudah
untuk melahirkan insan-insan yang berjaya dan cemerlang. Ia memerlukan
komitmen jitu dan sanggup berkorban apa sahaja sama ada dari segi wang
ringgit maupun tenaga. Di sini saya mencadangkan agar pihak pentadbiran RPB
menganjurkan kem-kem kerohanian dan program-program motivasi. Ini adalah
bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam diri anak-anak yatim ini agar
mampu menghadapi segala cabaran dan bertindak secara rasional.
Semoga apa yang dicadangkan mendapat perhatian. Apa yang saya luahkan di
atas bukanlah untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak. Anggaplah ia sebagai
suatu teguran yang membina. Mohon kemaafan kiranya ada yang tersentuh; secara
jujur niat saya adalah untuk membantu dan menambahbaikkan. Sesungguhnya segala
yang baik dan yang cantik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan segala kelemahan
dan kekurangan datang dari diri saya sendiri.
Sekian, terima kasih. Wassalam
11.0 PENGHARGAAN
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tingi
penghargaan kepada :
1. YM Cik Raja Azizah Hanim bt Raja Abd Aziz Pengarah, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
2. Pn Hajah Zuraidah bt Abd Majid Timbalan Pengarah, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
3. Dr Azita b Amrin
Ketua Jabatan Sosial, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
4. Pn Noor Khaliza bt Mohd Khairuddin
Penyelaras PGSR, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
5. Dr Man Ah Keow
Mentor PGSR Matematik 2008, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
6. Pn Khalijah bt Mohamed Pensyarah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
7. YBhg. Dato’ Hj. Abu Bakar b. Hj. Abd Hamid, JP Yang Dipertua, Rumah Penyayang Bestari,
Kg Sg Buaya, Kuala Langat, Banting
8. PN HAJAH NOOR BEE BT ABU BAKAR Setiausaha 1, Rumah Penyayang Bestari, Kg Sg Buaya, Kuala Langat, Banting
9. SEMUA AJK PELAKSANA, Pelajar-Pelajar PGSR Matematik,
Kohot 1 2008, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
Dan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak
langsung dalam menjayakan program ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas
segala jasa baik tuan / puan sekalian.
12.0 PENUTUP
Di akhir perlaksanaan tugasan, saya mendapati terdapat banyak faedah yang
diperolehi daripada program yang dijalankan. Program ini telah berjaya mencapai
objektif yang diharapkan. Di sini kami dapat menyingkat kehidupan anak-anak yatim
dan miskin. Mereka ini sememangnya memerlukan perhatian dan sokongan daripada
masyarakat luar. Tanpa adanya perhatian daripada masyarakat sekeliling, mereka
seolah-olah terpinggir daripada segala-galanya. Dengan adanya program seperti ini
dapat membuka mata kami semua bahawa perlunya ada rasa tanggungjawab terhadap
anak-anak ini. Kadangkala mereka ini seolah terabai dari segi disiplin dan juga
pelajaran. Mereka perlu diberi sokongan dan motivasi untuk terus berdikari walaupun
dalam serba kekurangan.
Program ini telah berjaya mewujudkan hubungan baik di antara pihak pelajar
dengan Rumah Penyayang Bestari. Di samping itu juga dapat melahirkan ikatan
sillaturrahim dan persaudaraan di antara kami. Bukan itu sahaja, aktiviti khidmat
masyarakat juga dapat melahirkan sikap kerjasama dan bertolak ansur dalam diri
semasa melakukan tugasan.
Kesimpulannya bahawa program seperti ini perlu dijalankan pada masa-masa
akan datang kerana ia banyak mendatang manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
13.0 RUJUKAN
Jacobs, G.M., Gan S.K. & Ball, J. (1998). Pembelajaran kerjasama. Buku sumber
untuk pendidikan perguruan (edisi keempat Bahasa Melayu). UPM Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Kellough, R. D. (2000). A resource guide for teaching: K-12 (3rd ed.) Upper
Saddle River, New Jersey: Merrill
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Buku Teks Pendidkan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Buku Teks Pendidkan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Buku Teks Pendidkan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6
Top Related