1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU , KAMPUS PULAU PINANG, BUKIT
COOMBE,GELOGUR 11700 PULAU PINANG. PROGRAM : PPG AMBILAN JUN 2011
NAMA: BUSYRONI BT IDRIS NO. KP : 730512025442 NO. MATRIK: PPG-TSL
B/003/06/11 KUMPULAN: TSL B BILANGAN SIRI: FASA 2 TARIKH PROGRAM:
23 MEI 2013/27 MEI 2013 LOKASI: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG
NAMA PENSYARAH: DR.MOHANARAJU ANAMALAI NO. H/P : 013-4660809 TARIKH
SURAT/NO.RUJUKAN:16 MEI 2013/ SKST/PPG/JUN 2011(1)
2. KANDUNGAN: 1. Kertas Kerja Ceramah dan Aktiviti Masyarakat
2. Surat Makluman Kepada Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang 3.Surat
Panggilan Mesyuarat Ceramah dan Aktiviti Masyarakat 4.Minit
Mesyuarat Ceramah dan Aktiviti Masyarakat 5. Risalah/Brochure
Ceramah dan Aktiviti Masyarakat 6.Refleksi Ceramah dan Aktiviti
Kemasyarakatan 7.Refleksi Kendiri 8. Rakaman ( Gambar dan Video )
9. Penghargaan dan terima kasih
3. REFLEKSI : CERAMAH KURSUS DALAM PERKHIDMATAN Alhamdulillah
saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi ruang dan
kesempatan kepada saya untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab
yang diamanahkan kepada saya dengan jayanya. Sebelum pelaksanaan
program ini, saya telah menyediakan draf kertas kerja untuk disemak
oleh Guru Besar dan beliau telah memberi sokongan yang positif
untuk melaksana program ini. Setelah mendapat persetujuan, saya
telah menghubungi penceramah dan beliau juga telah bersetuju untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk Pembinaan Insan Guru Yang
Seimbang. Segala urusan surat menyurat, mesyuarat dan yang
berkaitan telah saya laksanakan dengan jayanya hasil kerjasama dan
bantuan Ahli Jawatan Kuasa Latihan Dalam Perkhidmatan Sekolah,
guru-guru serta staf sokongan sekolah. Saya amat berharap rakan
guru dapat meluangkan masa untuk ceramah ini memandangkan ada
sebilangan rakan setugas saya yang sedang berkursus dan
menyelesaikah urusan masing - masing. Saya juga berharap ceramah
yang bakal disampaikan akan memberi impak yang positif kepada rakan
guru semasa menghadapi cabaran di dalam urusan pendidikan selain
dapat memenuhi syarat kehadiran kursus sebanyak 7 kali setahun.
Apabila menjelangnya hari program yang dirancangkan, saya amat
menghargai jasa pihak pentadbiran sekolah ,penceramah yang dijemput
serta rakan setugas kerana dapat meluangkan masa untuk menjayakan
program ceramah ini sehingga tamat pada pukul 4.00 petang. Sebelum
bermula, semua guru telah menikmati jamuan tengahari dan bersolat
terlebih dahulu supaya dapat mengikuti ceramah dengan penuh
keselesaan . Untuk lebih selesa lagi semua telah bersepakat untuk
menggunakan Makmal Komputer sekolah kerana suasananya agak sejuk
dan menyamankan. Walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah
teknikal,tetapi di atas pertolongan juruteknik sekolah , masalah
tersebut dapat diatasi dengan jayanya. Saya ingin mengimbas kembali
isi kandungan ceramah serta implikasinya kepada diri sendiri serta
guru-guru lain yang mendengar dan mengambil bahagian. Pertama
sekali penceramah jemputan,iaitu Encik Mohd Najid b Haji Salleh
seorang Guru Kaunselor dari SMK Lubuk Merbau telah memulakan
ceramahnya dengan mengaitkan tajuk dengan masalah dan isu semasa
yang berlaku di sekolah sekolah di Malaysia. Antaranya ialah
tentang masalah sosial di kalangan pelajar sekolah dewasa ini amat
membimbangkan dan memberi focus kepada peranan
4. guru untuk mendidik murid sekolah supaya masalah ini tidak
berleluasa di kemudian hari. Walaupun cara menyampaiannya tidak
berapa fomal dan agak humor tetapi sedikit sebanyak memberi kesan
kepada guru-guru yang hadir. Saya berasa kecewa dan sedih dengan
situasi yang digambarkan oleh penceramah tersebut kerana tugas guru
bukan sahaja untuk mengajar tetapi juga mendidik murid di peringkat
yang awal lagi supaya tidak akan timbul masalah sosial kepada
generasi muda di masa hadapan. Timbul di benak dan sanubari saya
bahawa tugas guru sangat penting demi menjamin kesejahteraan hidup
pelajar-pelajar di masa akan datang.Oleh itu, guru perlu
mengimbangi kebolehan diri untuk mengajar dan mendidik supaya
pendidikan di Malaysia akan berterusan demi melahirkan generasi
muda yang berwawasan, berakhlak mulia, mempunyai daya saing tinggi
untuk maju dan berupaya untuk memajukan negara suatu hari nanti.
Satu tarikan yang penceramah tunjukkan semasa ceramah dijalankan
ialah satu klip video mengenai kegigihan burung helang yang telah
lama hidup dan terasa sangat lemah fizikalnya kerana paruh yang
semakin membengkok.Disebabkan semangat yang sangat tinggi, helang
tersebut telah melakukan pengorbanan iaitu mematahkan paruhnya
untuk meneruskan hidupnya. Penceramah telah menyampai sesuatu yang
amat menyentuh perasaan di mana untuk menjadikan seseorang murid
itu berkualiti,seorang guru mesti melakukan pengorbanan yang
tinggi. Pengorbanan yang besar termasuklah daripada segi
tenaga,masa dan kewangan supaya tugas guru sebagai pendidik akan
berjaya dengan cemerlang. Beliau juga meyelitkan kisah seorang guru
yang berkorban untuk anak pelajarnya yang mempunyai masalah
keluarga yang serius. Pelajar tersebut seorang yang agak pandai
tetapi tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang lama serta
menimbulkan kemusykilan di kalangan guru. Oleh itu, guru kelas
telah pergi untuk melihat sendiri apa yang berlaku dan mendapati
bapanya telah meninggalkan rumah beberapa hari yang lalu tanpa
memberi alasan manakala ibunya tidak bekerja. Kesempitan hidup
telah memaksa pelajar tersebut berkorban untuk berhenti sekolah.
Tindakan guru tersebut tidak terlewat kerana berjaya memujuk
pelajar itu untuk meneruskan persekolahannya dan tinggal di asrama
untuk mengurangkan tekanan perasaan yang dihadapinya di rumah. Oleh
itu, guru perlulah mempunyai sikap tanggungjawab dan keperihatinan
yang tinggi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajarnya
tanpa mengira agam,bangsa,umur dan latar belakang keluarga.