Download - LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

Transcript
Page 1: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

1

L A P O R A N T A H U N A N UNIT PERKHIDMATAN & SARAAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN

PENGENALAN

Bagi tahun 2004, Unit Perkhidmatan dan Saraan telah menjalankan aktivitinya berdasarkan perancangan yang telah dibuat pada awal tahun 2004 yang lalu. Secara keseluruhannya pencapaian Unit Perkhidmatan dan Saraan adalah memuaskan dan berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna. Tambahan pula pada tahun 2004 ini memperlihatkan kemantapan pelaksanaan kerja secara berkumpulan yang menyeluruh dan membanggakan menerusi aktiviti seperti eksesais kenaikan pangkat, aktiviti persaraan dan lain-lain lagi.

PERSARAAN Majlis Persaraan – Majlis Jasamu Dikenang

Unit Perkhidmatan dan Saraan pada tahun 2004 ini telah berjaya menganjurkan sebanyak 2 aktiviti Majlis Persaraan – Majlis Jasamu Dikenang iaitu bagi staf yang bersara tahun 2003 pada 29 Januari 2004 di Hotel Sheraton Pulau Pinang dan bagi staf yang bersara tahun 2004 pada 20 Disember 2004 bertempat di Evergreen Laurel Hotel. Jumlah pesara yang telah bersara bagi tahun 2004 adalah seramai 88 orang. Sebanyak 79% (70 orang) bersara wajib (Pencen atau KWSP), sebanyak 15% (13 orang) bersara pilihan sendiri dan 6% (5 orang) bersara atas sebab kematian. Statistik staf yang bersara pada tahun 2004 adalah seperti di jadual dibawah ini.

2004

Page 2: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

2

Rajah & Jadual 1 : Statistik Bilangan Pesara USM Tahun 2004 Mengikut Jenis Persaraan

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

BERSARA WAJIB 4 5 14 47

BERSARA PILIHAN SENDIRI 0 1 4 8

BERSARA ATAS SEBAB KEMATIAN 0 0 1 4

PENGURUSAN TERTINGGI GRED

UTAMA

PENGURUSAN TERTINGGI GRED

KHAS

PENGURUSAN & PROFESIONAL SOKONGAN

Perjumpaan Pesara dengan Naib Canselor Unit Perkhidmatan dan Saraan telah mengaturkan beberapa sesi perjumpaan pesara dengan Naib Canselor pada setiap bulan. Perjumpaan ini telah diadakan sebanyak 11 kali. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Naib Canselor dan dihadiri bersama Pemangku Pendaftar, Timbalan Pendaftar Kanan (BPSM&P), Ketua Jabatan yang terlibat, Ketua Penolong Pendaftar dari Unit Perkhidmatan dan Saraan serta pesara. Tujuan perjumpaan ini adalah merupakan sesi perbincangan secara dua hala di mana staf berpeluang secara terus menyampaikan pandangan dan isi hati mereka selama ini melalui pengalaman ke arah penambahbaikan kepada Naib Canselor. Di samping itu juga dalam sesi tersebut Naib Canselor bagi pihak Universiti secara bersemuka menyampaikan penghargaan di atas sumbangan dan jasa staf kepada Universiti. Pada sesi perjumpaan itu juga Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor turut menyampaikan cek Award Wang Tunai (AWT) dan kad rawatan kepada pesara. Sesi perjumpaan yang telah diadakan adalah seperti berikut:

Page 3: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

3

Jadual 2 : Sesi Perjumpaan Pesara dengan Naib Canselor Tahun 2004

TARIKH

BILANGAN PESARA YANG TERLIBAT

26 JANUARI 2004 4 20 FEBRUARI 2004 5

22 MAC 2004 7 20 APRIL 2004 6

21 MEI 2004 8 11 JUN 2004 5

13 OGOS 2004 2 17 SEPTEMBER 2004 6

13 OKTOBER 2004 9 8 NOVEMBER 2004 8 20 DISEMBER 2004 7

JUMLAH

57

Program Persediaan Bakal Pesara

Program Persediaan Bakal Pesara tahun 2006 telah diadakan selama 3 hari iaitu dari 23 hingga 25 Oktober 2004 bertempat di Dewan Persidangan Universiti. Program yang menyenaraikan sejumlah 79 orang bakal pesara tahun 2006 di mana seramai 75 orang dari Kampus Induk dan 4 orang Kampus Kejuruteraan telah dijemput untuk program ini.

Page 4: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

4

Antara program-program yang dijalankan sepanjang 3 hari tersebut ialah sesi rawatan kesihatan percuma oleh Pusat Kesihatan USM, ceramah tentang Kesihatan di Alam Persaraan, Psikologi untuk Pesara, Taklimat Pencen dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Taklimat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penerangan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pengenalan kepada Kelab Jasa Budi USM. Program ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor.

KELAB JASA BUDI Kelab Jasa Budi telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor semasa Mesyuarat Agong Pertama kelab tersebut dalam bulan Ogos 2004. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk mengeratkan Hubungan ahli kelab secara berterusan disamping memberi peluang/saluran kepada ahli yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk terus menyumbang kepada universiti serta menjaga kebajikan dan kepentingan ahli. Bagi sesi 2004/2005 kelab ini dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato’ Sharom Ahmat dan sekretariat kelab ini bertempat di Rumah Alumni USM.

Page 5: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

5

PENGESAHAN DALAM JAWATAN & PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN

Pengesahan Dalam Jawatan dan Pelanjutan Tempoh Percubaan Sepanjang tahun 2004 seramai 132 orang staf diberi pengesahan dalam jawatan dan 4 orang staf diberi pelanjutan tempoh percubaan oleh Jawatankuasa Pemilih, Pengesahan, Kenaikan Pangkat dan Lanjutan Perkhidmatan. Jadual di bawah menunjukkan statistik pengesahan dalam jawatan dan pelanjutan tempoh percubaan staf USM bagi tahun 2004.

Rajah & Jadual 3 : Bilangan Pengesahan Dalam Jawatan & Pelanjutan Tempoh Percubaan Tahun 2004

0

10

20

30

40

50

60

70

PENGESAHAN DALAMJAWATAN

34 30 68

PELANJUTAN TEMPOHPERCUBAAN

2 1 1

P&P AKADEMIK GRED 41 - 54

BUKAN AKADEMIK GRED 27 - 44

BUKAN AKADEMIK GRED 1 - 26

Jawatankuasa bagi staf Kumpulan Akademik & Profesional (Gred 41 – 54) telah bersidang sebanyak 6 kali iaitu pada 19 Februari, 20 April, 18 Jun, 24 Ogos, 23 Oktober dan 21 Disember manakala Jawatankuasa bagi staf Kumpulan Bukan Akademik (Gred 27 – 44) telah bersidang sebanyak 5 kali iaitu pada 26 Februari, 15 April, 23 Jun, 23 Ogos dan 27 Oktober dalam tahun 2004. Begitu juga bagi jawatankuasa staf Kumpulan Bukan Akademik (Gred 1 – 26) yang telah bersidang sebanyak 6 kali iaitu pada 26 Februari, 19 April, & 7 Julai, 19 Ogos, 28 Oktober dan 16 Disember tahun 2004 bagi mempertimbangkan kes-kes pengesahan dalam jawatan dan juga kes-kes pelanjutan tempoh percubaan.

Page 6: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

6

Pemberian Taraf Berpencen

Dalam tahun 2004 sebanyak 96 kes telah diluluskan untuk mendapat taraf berpencen daripada Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA). Terdapat 34 kes lagi yang telah dihantar kepada JPA dan belum mendapat kelulusan. Manakala terdapat seramai 9 orang staf telah memilih untuk berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2004 ini. Berikut adalah statistik pemberian taraf pekerja berpencen tahun 2004.

Rajah & Jadual 4 : Statistik Pemberian Taraf Berpencen Tahun 2004

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

P&P AKADEMIK GRED 41 - 54 28

BUKAN AKADEMIK GRED 27 -44

21

BUKAN AKADEMIK GRED 1 -26

47

STAF DILULUSKAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

PERBEKALAN CUTI UNIVERSITI

Cuti Penyelidikan Sepanjang tahun 2004 sebanyak 300 permohonan Cuti Penyelidikan dari staf akademik yang diterima dan diluluskan. Berdasarkan Perbekalan Cuti Universiti, cuti ini hanya dilayakkan kepada staf akademik iaitu selama 60 hari dalam setahun. Tujuan Cuti Penyelidikan ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada staf akademik menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja penyelidikan diluar kampus dan waktu kerja. Di dapati Cuti Penyelidikan banyak dipohon oleh staf akademik yang mempunyai geran-geran penyelidikan seperti Geran Penyelidikan IRPA, Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan Geran Penyelidikan Luar.

Page 7: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

7

Kelayakan Cuti Rehat Setelah Genap 10 Tahun Perkhidmatan Apabila seseorang staf telah genap sepuluh tahun perkhidmatan pertamanya maka staf tersebut adalah layak untuk diberikan pertambahan sebanyak 5 hari cuti rehat tahunan. Terdapat seramai 56 orang staf yang telah genap 10 tahun perkhidmatan di USM di mana tarikh lantikan pertama pada tahun 1994 telah diberikan kelayakan tersebut bagi tahun 2004.

Cuti Haji

Memandangkan musim haji bagi kali ini bermula pada awal tahun dan hujung tahun 2004, permohonan Cuti Haji tahun 2004 telah dilakukan 2 kali iaitu pada Januari 2004 dan pada bulan Disember 2004. Seseorang staf adalah layak untuk bercuti haji selama 40 hari sekali sepanjang tahun perkhidmatannya seperti yang dinyatakan di dalam Perbekalan Cuti Universiti. Walau bagaimanapun kebanyakan staf memohon cuti rehat tahunan bagi menyambung Cuti Haji tersebut. Seramai 10 orang staf telah diluluskan untuk Cuti Haji pada Januari 2004 manakala seramai 32 orang staf diluluskan pada Bulan DIsember 2004. Di mana dari 32 orang staf seramai 12 orang memulakan Cuti Haji pada Disember 2004 dan 20 orang lagi memulakan Cuti Haji pada Januari 2005.

Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf Projek pengemaskinian rekod cuti staf telah dilaksanakan berdasarkan jumlah staf yang akan bersara bagi tahun 2005 dan 2006 untuk dihantar ke Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Projek ini telah menyiapkan 80% kerja-kerja kemaskini rekod cuti staf yang akan bersara bagi tahun 2006. Manakala rekod cuti staf yang akan bersara bagi tahun 2005 telah disempurnakan pada tahun 2004 ini.

Award Wang Tunai (AWT) 2004 Dalam tahun 2004, sejumlah 1030 orang staf dari pelbagai kumpulan perkhidmatan telah memohon mengumpulkan baki cuti rehat mereka ke Award Wang Tunai (AWT) 2004. Di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 – Pemberian Gantian Cuti Rehat – Award Wang Tunai (AWT) telah ditambah dari 90 hari kepada 120 hari. Rentetan daripada pekeliling ini staf yang telah mencapai maksimum 90 hari AWT boleh dibenarkan mengumpul AWT sehingga maksimum 120 hari. Manakala bagi staf yang akan bersara boleh dibenarkan untuk membawa kesemua cuti rehat tahunan yang layak pada akhir tahun perkhidmatannya untuk mencukupkan AWT sebanyak 120 hari. Dalam bulan Disember 2004 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2004 – Pengumpulan Gantian Cuti Rehat – Award Wang Tunai (AWT) telah membenarkan staf yang berada dibawah skim KWSP dibenarkan untuk pengumpulan AWT sama seperti staf berpencen. Cuti Tanpa Gaji

Pada tahun 2004, seramai 23 orang staf telah memohon dan diluluskan untuk bercuti tanpa gaji. Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan adalah kebanyakannya Cuti Tanpa Gaji – Hal Peribadi Mustahak.

Page 8: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

8

Rajah & Jadual 5 : Statistik Staf Diluluskan Cuti Tanpa Gaji

0

2

4

6

8

10

12

14

16

CTG - MENJAGA ANAK 3

CTG - HAL PERIBADIMUSTAHAK

15

CTG - TIDAK HADIRKERJA TANPA CUTI

1

CTG - IKUTSUAMI/ISTERIBERTUGAS/BELAJARD/L NEGERI

4

BILANGAN STAF

EKSESAIS KENAIKAN PANGKAT Pengambilalihan tugas kenaikan pangkat dari Unit Pengambilan bermula pertengahan tahun 2004 adalah merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan pada tahun tersebut. Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Terdapat dua eksesais yang dilaksanakan iaitu eksesais kenaikan pangkat staf kumpulan akademik dan staf kumpulan pentadbiran bukan akademik dan sokongan. Eksesais Kenaikan Pangkat Staf Kumpulan Akademik – Pensyarah Kanan (DS/DU 52) Eksesais kenaikan pangkat Pensyarah Kanan DS/DU 52 telah dilaksanakan bermula pada bulan September 2004 dengan siri taklimat kepada Ketua Jabatan berkenaan borang dan buku panduan kenaikan pangkat Pensyarah Kanan DS/DU 52 yang dikemaskini. Iklan mengenai kenaikan pangkat tersebut telah dihebahkan pada pertengahan bulan September dan Jawatankuasa Penilaian Awal Kelompok telah bersidang pada awal bulan Oktober 2004 bertempat di Vistana Hotel. Pencapaian ketara ialah proses

Page 9: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

9

kenaikan pangkat ini telah dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan tempoh masa yang pendek seperti yang dijadualkan, iaitu hanya mengambil masa 3 bulan sahaja sehingga surat keputusan yang telah dikeluarkan pada awal Januari 2005. Berikut adalah statistik staf akademik untuk kenaikan pangkat – Pensyarah Kanan DS/DU 52.

Jadual 6 : Statistik Permohonan Kenaikan Pangkat Pensyarah Kanan DS/DU 52

PUSAT PENGAJIAN

MEMOHON

DIPERAKUKAN

TIDAK

DIPERAKUKAN KEJURUTERAAN MEKANIK 4 2 2 KEJURUTERAAN AWAM 7 4 3 KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK 9 6 3 KEJURUTERAAN BAHAN & SUMBER MINERAL

6 4 2

KEJURUTERAAN KIMIA 9 7 2 KEJURUTERAAN AEROANGKASA 6 0 6 SAINS KOMPUTER 18 12 6 ILMU KEMANUSIAAN 18 11 7 ILMU PENDIDIKAN 18 7 11 INSTITUT PERGIGIAN PERUBATAN TERMAJU (IPPT)

1 1 0

PUSAT BAHASA & TERJEMAHAN 2 1 1 DADAH & UBAT-UBATAN 3 2 1 PENDIDIKAN JARAK JAUH 21 15 6 PENGURUSAN 13 7 6 PERUMAHAN, BANGUNAN & PERANCANGAN 22 19 3 PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN MULTIMEDIA

6 4 2

SAINS FARMASI 4 3 1 SAINS FIZIK 8 8 0 SAINS KAJIHAYAT 10 3 7 SAINS KEMASYARAKATAN 12 2 10 SAINS PERGIGIAN 7 3 4 SAINS KESIHATAN 15 5 10 SAINS KIMIA 6 6 0 SAINS MATEMATIK 11 8 3 SAINS PERUBATAN 46 28 18 SENI 3 3 0 TEKNOLOGI INDUSTRI 4 2 2 PUSAT KAWALAN DOPING 1 1 0 PUSAT RACUN NEGARA 1 1 0 KOMUNIKASI 5 2 3

JUMLAH

296

177

119

* Statistik di atas tidak termasuk 8 orang staf akademik dari Pusat Pengajian Sains Perubatan yang diperakukan untuk Kenaikan Pangkat Pensyarah Kanan DS/DU 52 kerana belum menduduki Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tahun 2004

Page 10: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

10

Eksesais Kenaikan Pangkat Staf Kumpulan Pentadbiran & Sokongan Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah mewujudkan gred lapisan baru dalam struktur perkhidmatan khasnya bagi kumpulan pentadbiran dan sokongan. Sebanyak 60 jawatan kenaikan pangkat telah dikenalpasti bagi tahun 2004. Iklan kenaikan pangkat telah diedarkan pada awal bulan Oktober 2004 dan tarikh tutup permohonan pada akhir bulan tersebut. Sebanyak 430 permohonan telah diterima dan diproses berdasarkan syarat-syarat kenaikan pangkat seperti telah mempunyai keputusan Penilaian Tahap Kecekapan, sah dalam jawatan dan sebagainya. Jawatankuasa Pemilih, Pengesahan, Kenaikan Pangkat dan Lanjutan Perkhidmatan mengikut kumpulan perkhidmatan telah bersidang bagi menimbangkan permohonan-permohonan kenaikan pangkat tersebut dengan menjalankan sesi temuduga untuk setiap jawatan yang ditawarkan itu. Berikut adalah tarikh-tarikh Jawatankuasa bersidang dan menjalankan sesi temuduga bertempat di Rumah Tetamu USM bermula dari jam 8.30 pagi.

• Jawatankuasa Pemilih, Pengesahan, Kenaikan Pangkat dan Lanjutan Perkhidmatan Bagi Staf Kumpulan Bukan Akademik (Gred 1 – 26) pada 10, 11, 13, 14, 20 hingga 22 Disember 2004.

• Jawatankuasa Pemilih, Pengesahan, Kenaikan Pangkat dan Lanjutan Perkhidmatan Bagi Staf

Kumpulan Bukan Akademik (Gred 27 – 44) pada 10, 11, 13 & 14 Disember 2004.

• Jawatankuasa Pemilih, Pengesahan, Kenaikan Pangkat dan Lanjutan Perkhidmatan Bagi Kumpulan Akademik (Gred 41 – 54) & Bukan Akademik (Gred 48 – 54) pada 15 dan 17 Disember 2004.

Sebanyak 52 jawatan kenaikan pangkat tahun 2004 telah diadakan sesi temuduga di Kampus Induk Pulau Pinang. Berikut adalah statistik jawatan kenaikan pangkat yang telah diperakukan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang telah bersidang pada 23 Disember 2004. Eksesais kenaikan pangkat kumpulan pentadbiran dan sokongan ini dilaksanakan selaras dengan:

• Pengisian jawatan kenaikan pangkat bagi tujuan penggredan semula jawatan di bawah Sistem Saraan Malaysia

• Pengisian jawatan kenaikan pangkat bagi pengisian jawatan yang sedia ada (persaraan – wajib,

persaraan pilihan sendiri, kematian atau peletakan jawatan)

Page 11: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

11

Jadual 7 : Statistik Kenaikan Pangkat Kumpulan Pentadbiran dan Sokongan Tahun 2004

KUMPULAN STAF BUKAN AKADEMIK GRED 1 – 26 JAWATAN

BILANGAN STAF YANG

DIPERAKUKAN JURUTEKNIK J22 4 JURUTEKNIK J26 3 OPERATOR MESIN PEMPROSESAN DATA F14 1 PEKERJA RENDAH AWAM R4 2 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR R6 2 PEMBANTU AM RENDAH N4 17 PEMBANTU MAKMAL C22 6 PEMBANTU MAKMAL C26 3 PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17 4 PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N22 3 PEMBANTU TADBIR (P/O) N22 6 PEMBANTU TADBIR (P/O) N26 6 PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W22 2 PEMBANTU TADBIR RENDAH N14 1 PENGAWAL KESELAMATAN KP14 2 PEREKA B17 1 KUMPULAN STAF BUKAN AKADEMIK GRED 27 – 44

JAWATAN

BILANGAN STAF YANG

DIPERAKUKAN GURU BAHASA DG44 7 GURU DG44 3 JURURAWAT U32 2 JURUTERA J44 4 PEGAWAI BELIA & SUKAN S44 1 PEGAWAI FARMASI U44 1 PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S44 1 PEGAWAI KEWANGAN W44 5 PEGAWAI PENERBITAN N44 2 PEGAWAI PERANCANG BAHASA S44 1 PEGAWAI PERGIGIAN U44 1 PEGAWAI SAINS C44 5 PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F44 6 PEGAWAI TADBIR N44 20 PEMBANTU TEKNIK (ELEKTRIK) J36 1 PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F32 1 PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F38 1 PEREKA B44 1 PUSTAKAWAN S44 8

Page 12: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

12

KUMPULAN STAF BUKAN AKADEMIK GRED 48 – 54

JAWATAN

BILANGAN STAF YANG DIPERAKUKAN

PEGAWAI TADBIR N52 7 PUSTAKAWAN S52 2 PEGAWAI SAINS C52 1 PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F52 1 JURUTERA J52 1 PEGAWAI FARMASI U52 1 PEGAWAI PERUBATAN U52 2 PEGAWAI KEWANGAN W52 3

GELARAN JAWATAN Di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) terdapat beberapa lapisan gred jawatan baru diwujudkan akibat daripada penggredan semula jawtan di bawah SSM seperti gred jawatan kanan. Oleh yang demikian Unit Perkhidmatan & Saraan telah dipertanggungjawabkan untuk mengkaji semula gelaran jawatan bagi setiap skim perkhidmatan jawatan yang ada di USM dan pihak Universiti telah menerima pakai gelaran jawatan bagi kumpulan perkhidmatan skim S, W, N, F, J dan beberapa skim perkhidmatan yang lain.

CUTI SABATIKAL

Pada tahun 2004 bilangan staf Akademik yang bercuti Sabatikal adalah seramai 44 orang. Berdasarkan jadual dibawah seramai 31 orang bercuti Sabatikal di dalam negara, 7 orang bercuti Sabatikal di luar negara dan seramai 6 orang bercuti sabatikal di dalam dan di luar negara. Staf daripada Pusat Pengajian Sains Kajihayat merupakan pusat tanggungjawab yang tertinggi bilangan staf bercuti iaitu seramai 8 orang. Seramai 39 orang staf diluluskan pembiayaan oleh USM manakala hanya 2 orang staf sahaja mendapat pembiayaan luar bagi menjalankan Cuti Sabatikal pada tahun 2004. Seramai 9 orang telah menangguhkan Cuti Sabatikal ke tahun 2005.

Page 13: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

13

Rajah & Jadual 8 : Statistik Staf Akademik Yang Diluluskan Cuti Sabatikal Tahun 2004

ILMU PENDIDIKAN ILMU KEMANUSIAAN KOMUNIKASIRPPJJ PENGURUSAN SAINS FARMASISAINS FIZIK SAINS KAJIHAYAT SAINS KEMASYARAKATANSAINS KIMIA SAINS KOMPUTER SAINS MATEMATIKSENI TEKNOLOGI INDUSTRI DADAH & UBAT-UBATANPENYELIDIKAN DASAR ARKEOLOGI KAMPUS KEJURUTERAANKAMPUS KESIHATAN

TEMPAT CUTI SABATIKAL

PUSAT PENGAJIAN DALAM

NEGARA

LUAR NEGARA

DALAM & LUAR NEGARA

JUMLAH

ILMU PENDIDIKAN 3 0 1 4 ILMU KEMANUSIAAN 4 1 1 6 KOMUNIKASI 0 1 0 1 RPPJJ 4 0 0 4 PENGURUSAN 1 0 0 1 SAINS FARMASI 1 0 0 1 SAINS FIZIK 1 0 1 2 SAINS KAJIHAYAT 7 0 1 8 SAINS KEMASYARAKATAN 1 0 0 1 SAINS KIMIA 0 1 0 1 SAINS KOMPUTER 0 1 0 1 SAINS MATEMATIK 1 0 1 2 SENI 1 0 0 1 TEKNOLOGI INDUSTRI 1 0 0 1 DADAH & UBAT-UBATAN 0 1 0 1 PENYELIDIKAN DASAR 1 0 0 1 ARKEOLOGI 0 1 0 1 KAMPUS KEJURUTERAAN 0 0 0 0 KAMPUS KESIHATAN 5 1 1 7

JUMLAH

31

7

6

44

Page 14: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

14

CUTI BELAJAR Cuti Belajar Kumpulan Pentadbiran & Sokongan Cuti belajar diperuntukkan kepada staf untuk menimba ilmu bagi mewujudkan pekerja berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era k-pekerja. Sepanjang tahun 2004 terdapat 9 orang staf ditawarkan untuk bercuti belajar. Jadual dibawah menunjukkan bilangan staf bercuti belajar mengikut jenis cuti belajar dan kampus.

Rajah & Jadual 9 : Statistik Staf Yang Diluluskan Cuti Belajar Tahun 2004

0

1

2

3

4

5

CBGPB 0 1 0

CBGPTB 3 5 0

CBSGTB 0 0 0

CBTGTB 0 0 0

KAMPUS INDUK KAMPUS KESIHATAN KAMPUS KEJURUTERAAN

Seramai 8 orang staf kumpulan sokongan telah diluluskan untuk bercuti belajar dan hanya seorang staf kumpulan pengurusan dan professional diluluskan cuti belajar bagi mengikuti program sarjana.

KAMPUS JENIS CUTI BELAJAR KAMPUS

INDUK KAMPUS

KEJURUTERAAN KAMPUS

KESIHATAN CBGPB 0 0 1 CBGPTB 3 5 0 Seramai 5 orang staf mengikuti pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, seramai 3 orang staf pula mengikuti pengajian Diploma dan seorang staf sahaja yang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana. Petunjuk : CBGPB Cuti Belajar Gaji Penuh Berbiasiswa CBGPTB Cuti Belajar Gaji Penuh Tanpa Biasiswa CBSGTB Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa CBTGTB Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa

Page 15: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

15

BELAJAR SAMBILAN Pada tahun 2004, seramai 25 orang staf telah diluluskan untuk mengikuti belajar sambilan. Jumlah ini termasuk 1 orang staf dari Kampus Kesihatan dan 1 orang staf dari Kampus Kejuruteraan. Bagi staf yang mengikuti belajar sambilan di bawah Rancangan Pendidikan Pengajian Jarak Jauh (RPPJJ) seramai 9 orang dari 18 orang yang ditawarkan ke RPPJJ di USM ini sahaja yang telah mengemukakan permohonan belajar sambilan dan diluluskan oleh pihak universiti. Berikut adalah bilangan staf yang diluluskan belajar sambilan mengikut program pengajian.

KAMPUS PERINGKAT PENGAJIAN INDUK KEJURUTERAAN KESIHATAN Ph.D 5 0 0 SARJANA 10 1 0 IJAZAH SARJANA MUDA

9 0 1

DIPLOMA 2 0 0 JUMLAH 26 1 1

PENGECUALIAN YURAN PENGAJIAN Pengecualian yuran pengajian hanya diberikan kepada staf yang menjalankan pengajian di USM sahaja sama ada dibawah program Sarjana, Kedoktoran mahu pun RPPJJ. Bagi tahun 2004 pengecualian yuran bagi program RPPJJ telah diberikan kepada 2 orang staf yang telah berkhidmat 25 tahun dengan USM dan sedang mengikuti pengajian RPPJJ di USM. Manakala seramai 9 orang staf telah diluluskan pengecualian yuran kali pertama dan seramai 5 orang staf tidak diluluskan pengecualian yuran bagi sesi 2004 ini. Terdapat 5 orang staf lagi telah diluluskan pelanjutan pengecualian yuran kali kedua bagi tahun 2004.

FELLOWSHIP Sebanyak 4 buah iklan fellowship telah diterima dan dihebahkan pada tahun 2004. Hanya 2 permohonan sahaja yang diterima daripada staf iaitu permohonan untuk Asian Public Intellectual Fellowship / Nippon Foundation. Berikut adalah iklan fellowship yang telah dihebahkan kepada staf USM pada tahun 2004:

Jadual 10 : Senarai Iklan Fellowship Tahun 2004 TARIKH IKLAN

JENIS FELLOWSHIP

10 MAC 2004

Kerajaan Jepun (JICA), Kursus diperingkat Sarjana dengan kerjasama Koichi University

14 JULAI 2004

Asian Public Intellectual Fellowship/Nippon Foundation

11 OGOS 2004

International University of Health and Welfare Fellowship

10 SEPTEMBER 2004

Kerajaan Jepun (JICA), Sarjana & Kedoktoran di University of Tokyo

Page 16: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

16

MAJLIS SEJAMBAK BUDI Majlis Sejambak Budi diadakan bagi meraikan mantan ketua jabatan. Pada tahun 2004 majlis tersebut telah diadakan pada 4 September 2004 bertempat di Hotel Sheraton. Seramai 4 orang mantan ketua jabatan diraikan. Mereka adalah Tuan Haji Mohamad Abd. Rahman, mantan Pendaftar, Puan Hajah Noor Ida Dato’ Seri Yang Rashdi, Mantan Pustakawan, Profesor Wazir Jahan Karim, Mantan Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) dan Profesor Madya Ismail Abdullah, Mantan Pengarah Dewan Budaya.

MAJLIS PENGHARGAAN PERKHIDMATAN Pada tahun 2004, Majlis Penghargaan Perkhidmatan meraikan penerima-penerima Anugerah Penghargaan Cemerlang (APC) bagi tahun 2003 berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi 2003 dan juga Penghargaan Khidmat Lama (25 tahun). Kuota perkhidmatan cemerlang adalah sebanyak 8% dengan menganugerahkan RM1,000 dan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Bagi tahun 2003 seramai 529 staf bagi ketiga-tiga kampus USM telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Pecahan anugerah mengikut kampus adalah seperti berikut:

Rajah & Jadual 11 : Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2003

0

50

100

150

200

250

KAMPUS INDUK 234

KAMPUSKEJURUTERAAN

51

KAMPUS KESIHATAN 244

PENERIMA APC

10%

46%

44%

KAMPUS INDUK KAMPUS KEJURUTERAAN KAMPUS KESIHATAN

Page 17: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

17

Peratusan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2003 mengikut kategori perkhidmatan di dapati kumpulan perkhidmatan sokongan 1 mendahului senarai penerima APC iaitu seramai 236 orang, diikuti dengan kumpulan perkhidmatan sokongan 2 seramai 137 orang, kumpulan akademik seramai 105 orang dan kumpulan pengurusan dan profesional seramai 51 orang. Perbandingan jumlah tahun 2002, agihan statistik tahun tersebut menunjukkan kumpulan perkhidmatan sokongan 1 mendahului senarai penerima perkhidmatan cemerlang diikuti oleh kumpulan pengurusan & profesional serta sokongan 2.

Rajah & Jadual 12 : Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2003 Mengikut Kumpulan Perkhidmatan

0 50 100 150 200 250

PENERIMA APC

SOKONGAN 2 137SOKONGAN 1 236PENGURUSAN &PROFESIONAL

51

AKADEMIK 105

PENERIMA APC

Majlis penghargaan perkhidmatan ini juga memberi penghargaan kepada staf USM yang telah berkhidmat 25 tahun dengan USM. Di mana seramai 105 orang staf dari Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan telah diberikan Penghargaan Khidmat Lama bagi tahun 2003. Pihak USM amat menyanjungi dan sukacitanya memberikan penghargaan sekalung budi menerusi Sijil Khidmat Lama kepada mereka semua. Mereka ini boleh diumpamakan sebagai warga emas dan menjadi aset yang amat berharga serta menjadi resource person kepada USM kerana pengetahuan dan pengalaman yang amat luas dalam perkhidmatan masing-masing. Berdasarkan bilangan penerima APC 2003 di dapati Kampus Kesihatan mendahului jumlah penerima APC memandangkan jumlah staf di Kampus Kesihatan adalah yang terbanyak. Ini diikuti pula dengan Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan. Berikut adalah jadual penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2003 mengikut kampus dan kumpulan perkhidmatan.

Page 18: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

18

Rajah & Jadual 13 : Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2003 Mengikut Kampus

APC 2003 KAMPUS INDUK Kumpulan Perkhidmatan Jumlah Staf Bilangan Penerima APC Peratus

(%) Akademik 723 62 26.5

P&P 261 29 12.4

Sokongan I 1012 91 38.9

Sokongan II 702 52 22.2

Jumlah 2698 234 100

APC 2003 KAMPUS KEJURUTERAAN Kumpulan Perkhidmatan Jumlah Staf Bilangan Penerima APC Peratus

(%) Akademik 157 14 27.5

P&P 32 5 9.8

Sokongan I 224 25 49.0

Sokongan II 135 7 13.7

Jumlah 548 51 100

APC 2003 KAMPUS KESIHATAN Kumpulan Perkhidmatan Jumlah Staf Bilangan Penerima APC Peratus

(%) Akademik 338 29 11.8

P&P 194 17 7.0

Sokongan I 1395 120 49.2

Sokongan II 976 78 32.0

Jumlah 2903 244 100

Page 19: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

19

ANJAKAN GAJI Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) staf yang telah lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan mempunyai markah Laporan Prestasi yang cemerlang boleh dipertimbangkan untuk anjakan gaji. Proses anjakan gaji ini merupakan aktiviti yang pertama kali diadakan di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Pihak universiti telah menetapkan kouta sebanyak 15% daripada staf yang lulus PTK untuk tujuan anjakan gaji tahun 2004. Seramai 225 orang staf bagi ketiga-tiga kampus (tidak termasuk Hospital USM) telah diberikan anjakan gaji dimana seramai 147 orang staf dari Kampus Induk, 36 orang staf dari Kampus Kejuruteraan dan seramai 41 orang staf (tidak termasuk staf HUSM) dari Kampus Kesihatan. Statistik staf yang mendapat anjakan gaji mengikut kampus dan kumpulan perkhidmatan adalah seperti berikut.

Rajah & Jadual 14 : Statistik Staf Yang Menerima Anjakan Gaji Tahun 2004

0

10

20

30

40

50

60

70

P&P AKADEMIK 40 8 12

PENGURUSAN & PROFESIONAL 15 2 2

SOKONGAN 1 68 22 18

SOKONGAN 2 25 9 4

KAMPUS INDUK KAMPUS KESIHATAN KAMPUS KEJURUTERAAN

Nota : Statistik bagi Kampus Kesihatan tidak termasuk bilangan staf HUSM yang menerima anjakan gaji tahun 2004

AKTIVITI LPP & SKT Bagi tahun 2004 Borang LPP & SKT yang baru telah diperkenalkan yang selaras dengan keperluan dan kehendak Universiti. Borang LPP & SKT Akademik telah diubahsuai mengikut keperluan staf Akademik dan Kumpulan Pentadbiran dan Sokongan turut diubahsuai bagi memenuhi keperluan kumpulan tersebut. Taklimat pengenalan borang baru tersebut telah diadakan pada bulan Mei 2004 dan tarikh kuatkuasa penggunaan borang baru LPP adalah pada tahun 2004 dan borang baru SKT adalah pada tahun 2005. Pengumuman dan penilaian LPP tahun 2004 & SKT tahun 2005 telah dilaksanakan pada awal Disember 2004.

Page 20: LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN & SARAANregistry.usm.my/portalreg/bpsm/perkhidmatan/LAPORAN_2004_UNIT... · Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September

20

ANUGERAH PENTADBIRAN Anugerah Pentadbiran merupakan anugerah yang baru diperkenalkan bermula tahun 2004 ini. Sebanyak 3 kategori telah dibuka untuk pencalonan iaitu Kategori Kepimpinan Pentadbiran, Kategori Penyelidikan dalam Pentadbiran dan Kategori Kreativiti & Inovasi/Penggunaan IT dalam Pentadbiran. Sebanyak 13 pencalonan telah diterima bagi Anugerah Pentadbiran 2004. Sebanyak 11 pencalonan bagi Kategori Kreativiti & Inovasi / Penggunaan IT dalam Pentadbiran dan sebanyak 2 pencalonan bagi Kategori Kepimpinan Pentadbiran telah diterima.

PENUTUP Sepanjang tahun 2004 ini Unit Perkhidmatan & Saraan telah melaksanakan aktivitinya dengan lancar dan mendapat sokongan serta kerjasama dari semua pihak di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran. Unit ini juga telah berjaya melaksanakan aktiviti utama bagi tahun 2004 iaitu Anjakan Gaji 2004 dan Eksesais Kenaikan Pangkat Kumpulan Akademik, Pentadbiran & Sokongan. Pencapaian unit bagi tahun 2004 ini akan diteruskan serta dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa.

* * * * *