LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
1
LAPORAN TAHUNAN
AKTIVITI
CAWANGAN
TAHUN 2012
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
2
JANUARI 2012
PROGRAM BENGKEL AL-QURAN DAN KRAF
JOHOR BAHRU, 22 Januari. – Anak-anak perlu
diberikan pendedahan oleh ibu bapa supaya mereka
berasa seronok untuk melibatkan diri dengan aktiviti-
aktiviti yang baik sepanjang proses pembesaran
mereka, kata Pengerusi Kelab Nadi Al-Azim ISMA
(NAZIM) Cawangan Johor, Ustazah Nurul Huda
Baharin.
“Program anjuran Kelab NAZIM yang diadakan ini
adalah untuk memberi peluang kepada semua anak-
anak supaya mereka dapat meluangkan masa dan
melibatkan diri dengan semua aktiviti-aktiviti yang telah disediakan,” katanya.
Program pertama tahun 2012 anjuran Kelab NAZIM
ini diadakan sebagai satu tarikan kepada anak-anak
NAZIM supaya mereka lebih gemar untuk mengikuti
aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada sepanjang
tahun.
“Jika kita melihat apa yang berlaku di sekolah-
sekolah, tidak semua pelajar dapat mengikuti aktiviti
yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.
“Tetapi di Kelab NAZIM, insyaAllah kita akan
pastikan anak-anak dapat mengikuti semua aktiviti-
aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2012
ini,” jelas beliau lagi. Tambah beliau, antara objektif utama program ini
juga diadakan adalah untuk melahirkan anak-anak
yang beriman, berilmu, cergas dan kreatif.
Oleh itu, ujar Beliau, anak-anak ini telah diberi
pendedahan bahawa mereka perlu mengenali Allah
dan mengenali Al Quran.
“Pihak penganjur juga telah menyediakan satu borang
tindakan lanjut amalan baik serta akhlak mulia yang
perlu diisi oleh anak-anak serta disemak oleh ibu bapa
mereka untuk kami kenalpasti perkembangan mereka
pada minggu yang seterusnya.
Program anjuran Kelab NAZIM ini telah dihadiri kira-kira 20 anak-anak didalam lingkungan umur 9 hingga
12 tahun.
Program ini juga telah dibahagikan kepada dua sesi
iaitu Bengkel Al-Quran dan Bengkel Kraf yang
memerlukan anak-anak menghasilkan penanda buku
mereka sendiri.
PROGRAM MAULIDUR RASUL
BANDAR DATO' ONN, 25 Januari. -Seramai 52
orang peserta lelaki dan perempuan telahpun
menyertai Program Malam Cintai Rasul yang
berlangsung dengan jayanya di Bandar Dato' Onn.
Program yang dianjurkan oleh NAZIM Johor selama
2 hari 1 malam ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada kanak-kanak sekitar Skudai,
Pasir Gudang, Kulai dan Kota Tinggi.
Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk mengenal Rasulullah secara lebih mendalam
melalui perkongsian daripada pelajar-pelajar lepasan
Sijil Tinggi Agama yang akan melanjutkan pelajaran
mereka ke Mesir.Mereka juga berpeluang
berqiamullail bersama-sama selain berukhwah dan
menambah kenalan.
Pengarah Program, Cik Afifah Hamzah melahirkan
rasa terharu atas keterlibatan ibu bapa dan semua
pihak dalam memastikan program berjalan dengan
jayanya. "Kami amat berterima kasih kepada ibu-bapa
yang sanggup datang dari jauh untuk menghantar anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang memberi
sumbangan sebagai tanda sokongan kepada program
ini. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi."
Beliau juga berharap agar program anjuran NAZIM
Johor dapat terus mengisi jiwa anak-anak melalui
aktiviti akan datang yang telahpun dirancang dengan
teliti. Difahamkan bahawa NAZIM Johor akan
menganjurkan Kem Untukmu Palestine dalam masa 3
minggu akan datang.
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
3
FEBRUARI 2012
PROGRAM JAULAH NAZIM
KOTA TINGGI, 5 Februari – Program Jaulah Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) diharap dapat
mendekatkan diri anak-anak dengan ciptaan Allah selain
menambahkan keimanan serta ketaqwaan mereka
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, kata Ustazah
Nurulhuda Baharin.Pengerusi Kelab NAZIM Cawangan
Johor itu berkata demikian ketika sesi temuramah
bersama wartawan. Program jaulah yang disertai oleh
lebih 20 anak-anak dari sekitar daerah Johor Bahru dan
Kota Tinggi ini telah dibawa melawat makam Sultan
Mahmud dan beberapa makam lain di sekitar Kampung
Makam.
Di samping itu, anak-anak ini juga turut didedahkan
dengan adab-adab ketika menziarahi kawasan
perkuburan. Ketika berada di Muzium Kota Tinggi pula, para peserta
dididik untuk menghayati peninggalan sejarah lama
yang dipamerkan sekaligus dapat mempelajari sejarah
pahlawan-pahlawan kerajaan Johor Lama serta
menanamkan semangat patriotisme di dalam diri
mereka.Selain itu, para peserta juga telah didedahkan
dengan aktiviti menyauk ikan talapia seterusnya
mempelajari organ dalaman ikan menerusi slot Sains
Ikan sebelum diakhiri dengan aktiviti membuat kolaj.
CERAMAH REMAJA SEMPENA KARNIVAL MAULIDUR RASUL
JOHOR BARU, 12 Februari – Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) telah menganjurkan program
Ceramah Remaja sempena Karnival Maulidur Rasul
yang diadakan di Masjid Mutiara Rini, Skudai.
Program yang dihadiri seramai 80 peserta di kalangan remaja dan ibu bapa ini diadakan sejurus solat
Maghrib secara berjemaah. Ceramah disampaikah
oleh Encik Ismail Ali yang merupakan guru disiplin di
salah sebuah sekolah di daerah Pontian.
Antara objektif program ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada para remaja akan bahaya
hubungan bebas antara lelaki dan perempuan dan
kesan-kesan negatif yang boleh terjadi seperti pembuangan bayi, zina dan sebagainya.
Ibu bapa memegang peranan terbesar dalam
membentuk remaja kerana mereka lebih mengenali
anak-anak merea daripada guru-guru di sekolah, kata
penceramah program.
“Saya berharap program seumpama ini dapat
diadakan lagi kerana masjid sememangnya
memerlukan tenaga muda bagi memenuhi keperluan
golongan muda di kawasan ini”, kata ketua HELWA.
Tambah-tambah lagi, ramai ahli-ahli di kalangan
ISMA adalah mereka-mereka yang masih muda dan rajin turun ke masjid, ujar beliau lagi.
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT - PEMERIKSAAN DAN SARINGAN KESIHATAN
JOHOR BAHRU, 12 Feb. – Ikatan Pengamal
Perubatan dan Kesihatan Muslimin Malaysia (I-Medik) berhasrat menjadi organisasi teras bagi
membangunkan tamadun perubatan Islam di Malaysia
dan mempelopori agenda perubatan Islam berasaskan
pembinaan jatidiri, pendidikan, penyelidikan dan
aktiviti kemanusiaan, kata Dr Azmir Shaari.
Pengerusi I-Medik Johor itu berkata demikian ketika
dihubungi wartawan Media ISMA berkenaan dengan
penganjuran satu program khidmat masyarakat
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
4
berbentuk pemeriksaan kesihatan sempena Karnival
Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Jawatankuasa
Masjid Al-Jawahir, Taman Mutiara Rini di sini hari
ini.
“Program khidmat masyarakat ini telah dirancang
bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan dengan memberikan khidmat kesihatan secara
percuma kepada masyarakat.”ujar beliau.
Selain itu, pemeriksaan kesihatan anjuran I-Medik dan
ISMA Johor yang dijalankan secara percuma ini telah
mendapat sambutan yang menggalakkan dari para
hadirin yang hadir dari sekitar Taman Mutiara Rini
dan kawasan sekitarnya.
Lebih dari 50 individu telah menerima pemeriksaan
kesihatan dan khidmat kaunseling yang disediakan
sepanjang dua jam khidmat tersebut disediakan.
Melalui program ini juga, pemeriksaan saringan asas
telah disediakan termasuklah pemeriksaan indeks
tubuh badan dan tekanan darah yang dikelolakan oleh para pelajar perubatan dan sukarelawan I-Medik.
Para hadirin juga berpeluang untuk mendapat khidmat
kaunseling ‘one-to-one’ dari doktor-doktor bertauliah
secara percuma.
CERAMAH MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT (MSIB) : ISU LIBERALISME &
SEKULARISME
JOHOR BAHRU, 24 Februari - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) julung kalinya telah menganjurkan
program yang menyentuh isu liberalisma dan
sekularisma yang sedang hangat dibicarakan di negara
ini. Penceramahnya, Ustaz Fauzi Asmuni yang
merupakan Naib Presiden I ISMA
sememangnya sinonim dengan tajuk
ceramah seperti ini. Ini sekali gus
dapat membuka mata kepada lebih
200 peserta yang hadir.
Antara objektif program ini adalah
memberi pendedahan kepada
masyarakat umum berkenaan ancaman liberalisma dan
sekularisma di Malaysia serta memberi mesej yang
jelas kepada masyarakat umum bahawa ISMA
sentiasa bersama-sama dengan masyarakat dalam apa
jua isu yang boleh mengancam kedudukan Islam di
negara ini.
.
MAC 2012
HARI KELUARGA ISMA JOHOR
MERSING, 4 Mac – Hari Keluarga Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) Cawangan Negeri Johor telah
berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan diluar
jangkaan daripada ahli keluarga ISMA seramai 209 orang.
Program yang telah berlangsung selama dua hari itu
membawa misi yang besar iaitu bertemakan
“Keluarga Positif, Dakwah Efektif”. Aktiviti yang
telah dirancang dan dilaksanakan secara santai sesuai
dengan tema tempat program dan melibatkan semua
peringkat umur peserta yang hadir. Pemilihan tempat
di Ramunia Resort, Pengerang sebagai lokasi
pengumpulan ahli-ahli ISMA Cawangan Johor ini
sesungguhnya amat tepat kerana keadaan sekeliling
yang hampir dengan pantai dan suasana yang aman
mampu meningkatkan hubungan ukhuwah peserta
yang hadir.
Pada hari terakhir program, peserta telah mendapat amanat dan pesanan yang amat berharga daripada
tetamu jemputan yang diundang khas iaitu Puan
Norlida yang merupakan Timbalan Ketua Wanita
ISMA. Tidak ketinggalan Pelancaran Syukbah Negeri
Johor diadakan sebelum majlis penutup berakhir dan
ia telah dirasmikan oleh YDP ISMA Johor, Tuan Hj
Tahir Mohd Hamdan. Penyerahan watikah amanat
kepada ketua-ketua syukbah melengkapkan majlis
pada hari tersebut.
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
5
KEM UNTUKMU PALESTINE 2012
SKUDAI, 17 Mac – 67 orang peserta dari serata
Johor telah menyertai Kem UntukMu Palestin yang
dianjurkan oleh NAZIM Johor. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada generasi muda
tentang situasi yang melanda umat Islam di Palestin
disamping membina kekuatan mental dan fizikal
dalam ukhuwah islamiah sesama peserta. Kem
seumpama ini adalah yang pertama kali dianjurkan
oleh NAZIM Johor.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah survival
hutan. Dengan kerjasama PALAPES UTM peserta
diajar untuk mengenal pasti pelbagai tumbuhan hutan
yang beracun dan tidak beracun. Selain itu, peserta
turut dapat melihat pelbagai jenis perangkap yang
digunakan di dalam hutan untuk mendapatkan makanan. Seterusnya, peserta berpeluang merasai
laluan berhalangan yang digunakan oleh PALAPES
dalam latihan ketenteraan mereka. Aktiviti ini dapat
menguji ketahanan fizikal peserta. Pada petang
tersebut peserta menjalankan aktiviti ‘water
confidence’.
Selepas solat maghrib, Ustazah Nurulhuda Baharin,
Pengerusi NAZIM Johor, telah memberikan pengisian
tentang keadaan di Palestin kepada para peserta.
Beliau turut memberikan penekanan tentang usaha
yang boleh dilakukan oleh anak-anak cilik di
Malaysia bagi membantu saudara di Palestin seperti
dengan memboikot produk-produk yang menyokong
Israel. Setelah itu, peserta telah melakukan aktiviti Night Walk. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih
kekuatan mental dan fizikal peserta. Bagi aktiviti ini,
peserta dilepaskan secara berkumpulan dan mereka
perlu berjalan di dalam gelap dengan hanya berpegang
kepada tali yang telah disediakan. Aktiviti Night Walk
ini dibantu oleh Pegawai PALAPES bagi memastikan
keselamatan peserta di dalam hutan.
Pada hari kedua program, setelah selesai
qiyammullail, peserta dibawa beriadah ke Balai
Cerap. Selepas bersarapan, mereka kembali ke tapak
perkhemahan untuk aktiviti War Game. Kemudian
peserta bersiap sedia untuk pulang sebelum upacara penutupan majlis.
Pengarah Program, Ustazah Mas Aini menyatakan
penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa
yang memberi kepercayaan kepada NAZIM Johor
untuk membenarkan anak mereka menyertai Kem
UntukMu Palestin. Katanya “Peserta Kem UntukMu
Palestin Berjaya dijalankan dengan lancar kerana
sikap positif peserta sepanjang kem tersebut. Kami
berharap agar peserta akan kembali menyertai Kem
UntukMu Palestin ini sekiranya dianjurkan lagi pada
tahun hadapan.”
SEMINAR ZERO TO HERO
Skudai, 31 Mac 2012 – Persatuan Belia Islam
Nasional (PEMBINA) Cawangan Johor dengan
kerjasama Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik
(JURUTEK) Universiti Teknologi Malaysia telah
mengadakan satu program motivasi bersinergi iaitu
Seminar Zero to Hero . Tema Seminar Zero to Hero
yang dipilih adalah ‘Ledakkan Potensi Dirimu’ yang
bermatlamat untuk menanam keyakinan diri serta
mencungkil kelebihan para belia muslim untuk
menjadi belia terampil dan berwawasan
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
6
Program ini telah dihadiri oleh 120 belia dan
beliawanis yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang pendidikan termasuklah pelajar-pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tinggal
di sekitar Johor Bahru. Program ini dijalankan di
Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia.
Penceramah yang dijemput khas dari Kuala Lumpur
ini merupakan seorang pakar motivasi, ahli
perniagaan dan usahawan iaitu Encik Abdul Rahman
Bin Mat Dali. Beliau juga merupakan pemilik pusat
rawatan dialisis di Bangi. Penganjuran program ini
diharap dapat membentuk belia yang berkeyakinan tinggi, berdedikasi dan berdisiplin dalam semua
bidang yang diceburi.
APRIL 2012
Karnival Sukan Muslim (KASLIM)
JOHOR BAHRU, 15 April – Persatuan Belia Islam
Nasional (PEMBINA) Cawangan Johor dengan
kerjasama Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan
Johor telah menganjurkan program berbentuk riadah
dan sukan iaitu Karnival Sukan Muslim (KASLIM).
Dengan bertemakan ‘Kesihatan Dimangkin, Ukhuwah Terjalin‘, program ini diadakan untuk mengumpulkan
para belia dan remaja muslim di seluruh negeri Johor
supaya dapat sama-sama menyemai minat bersukan
demi menjaga kecergasan diri di samping menjadikan
sukan sebagai medium untuk menjalinkan
silaturrahim sesama muslim.
KASLIM mempertandingkan dua acara berbeza bagi
kategori lelaki dan wanita. Bagi kategori lelaki, acara
yang dipertandingkan adalah futsal manakala kategori
wanita mempertandingkan acara bola jaring. Kedua-
dua acara ini dilangsungkan di dua lokasi berbeza
iaitu di Pusat Futsal Danga bagi acara futsal dan di
Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai bagi acara
bola jaring.
Seramai 224 peserta lelaki dan 60 peserta wanita telah
menyertai karnival sukan ini. Sambutan yang
menggalakkan daripada para belia dan remaja di Johor
ini membuktikan bahawa aktiviti sukan telah
mendapat tempat di hati para belia dan remaja masa
kini. Mereka mempunyai bakat dan kebolehan yang
perlu digilap supaya dapat memberi manfaat kepada
agama dan negara. ‘Majulah sukan untuk ummah’.
SMART CIRCLE LAYANG-LAYANG
BANDAR DATO’ ONN, 5 Mei – Seramai hampir
20 orang peserta lelaki dan perempuan telah pun
menyertai program Smart Circle dan Pertandingan
Membuat Layang-layang di Taman Linear Bandar
Dato’ Onn. Program yang bermula pada jam 8 pagi
hingga jam 12 tengah hari ini disertai oleh peserta yang berumur 8 hingga 12 tahun.
Program ini diadakan bertujuan untuk memilih wakil
peserta untuk acara membuat layang-layang tercantik
bagi mewakili NAZIM Johor ke Karnival NAZIM
Zon Selatan. Aktiviti dimulakan dengan sesi Smart
Circle yang telah dikendalikan oleh Cik Afifah Binti
Hamzah. Peserta bersama-sama membaca surah Al-
Kausar dan mentadabbur makna ayat dari surah
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
7
tersebut.
Peserta kemudiaannya diberi bahan-bahan yang
diperlukan bagi menghasilkan layang-layang yang
cantik dan kreatif. Tiga layang-layang yang dihasilkan
oleh para peserta telah dipilih sebagai layang-layang
yang tercantik. Walaubagaimana pun, pemenang bagi
Pertandingan Layang-Layang Cantik akan
diumumkan pada program NAZIM yang terdekat.
Semua peserta kelihatan sangat teruja untuk menyertai
program NAZIM yang terdekat.
BRIGED KRIM
Perling,5 Mei - Program Qiamullail Perdana dan
Briged KRIM ini dianjurkan oleh Kelab Remaja
ISMA cawangan Johor dengan kerjasama surau Al-
Istiqomah Taman Perling dengan bertemakan “Abid
di malam hari,singa di siang hari”. Objektif utama
program ini diadakan adalah untuk membangkitkan
dalam diri pelajar perasaan ingin mendekatkan diri
dengan Allah, membiasakan dan melatih diri para
remaja dengan amalan qiamullail disamping untuk
membina kekuatan fizikal para pelajar yang
merupakan salah satu ciri penting seorang individu
muslim. Program ini melibatkan lebih 60 orang
pelajar dari SMK Seri Perling, SMK Dato Usman
Awang dan remaja-remaja di sekitar Taman Perling.
Majlis diakhiri dengan majlis penutup dan
pembahagian sijil kepada para peserta yang
disampaikan oleh Pengerusi Surau Al-Istiqomah,
Tuan Haji Ishak bin Daud.Dalam ucapannya yang
banyak berkongsi pengalaman hidup yang berharga
buat tatapan para peserta semua.
KAFE CINTA
SKUDAI, 13 Mei – Seramai 125 orang peserta telah
menghadiri program Kafe Cinta yang dianjurkan oleh
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Cawangan Johor bertempat di Dewan Astana Kolej
Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM).
Program ini dilaksanakan untuk mengembalikan jati
diri belia muslim dalam mendepani cabaran dan
persoalan cinta manusia. Program ini
merupakan program selamatkan ummah
yang berobjektifkan pencegahan dari
perbuatan zina.
Program dimulakan dengan slot
pembentangan oleh penceramah jemputan
dari Pusat Islam UTM Ustaz Mahyudin
bin Md. Seterusnya, program diserikan lagi dengan deklamasi sajak bertajuk
‘Bicara Kafe Cinta‘ oleh ahli Johor,
saudara Mohd Hanafi bin Md Muidnudin.
Acara utama program adalah sesi forum
dengan tema ‘Apabila Baju Melayu
Bertemu Baju Kurung‘. Barisan panel
forum terdiri daripada Pengerusi Pembina Johor Dr
Muhamad Yazid Bin Yahya, Timbalan Pengerusi II
Aman Palestin Johor Ustazah Azrinah Binti Abu
Basari, dan Dr Faizah Binti Abdul Ghani, Pensyarah
Kaunseling, Fakulti Pendidikan, UTM.
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
8
SMART CIRCLE DAN SUKAN RAKYAT NAZIM
JOHOR BAHRU, 13 Mei – Seramai hampir 40
orang peserta lelaki dan perempuan telah menyertai
program Smart Circle dan Sukan Rakyat yang telah
diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Johor
Bahru. Program ini merupakan program pertama yang diadakan di SK Bukit Mutiara.
Aktiviti NAZIM dimulakan dengan sesi Smart Circle
yang telah dikendalikan oleh Ustazah Nurulhuda
Baharin. Program Smart Circle pada kali ini ialah
perkongsiaan hadis berkaitan dengan kepentingan
menjaga tubuh badan yang sihat.
Setelah tamat sesi Smart Circle, para peserta
menyertai aktiviti Sukan Rakyat yang terdiri daripada
beberapa permainan tradisional iaitu congkak, baling
tin, boling padang dan juga guli.
Majlis perasmian penutup Program Smart Circle dan
Sukan Rakyat telah dirasmikan oleh Guru Penolong
Kanan Kokurikulum SK Bukit Mutiara, Pn Noredah
Bt Sarmin. Beliau memuji usaha murni NAZIM
dalam mengadakan program yang baik untuk
pembinaan fizikal, sahsiah dan jati diri yang baik di kalangan anak-anak. Beliau turut berharap agar
program sebegini dapat diteruskan pada masa akan
datang.
SEMINAR IBUBAPA SOLEH ANAK CEMERLANG
UTM SKUDAI, 20 Mei ─ Seminar Ibu Bapa Soleh
Anak Cemerlang (ISAC) cawangan Negeri Johor
telah berjaya diadakan di Dewan Tunku Canselor
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor
yang telah dihadiri seramai 150 peserta.
Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada peserta yangg hadir tentang
pendidikan anak daripada peringkat bayi hinggalah
dewasa meliputi aspek pendidikan, pemakanan dan
persekitaran. Di samping itu, seminar ini turut
membincangkan isu remaja dan stress remaja dan
bagaimana membentuk anak yang soleh dan
cemerlang berlandaskan syariat Islam.
Seminar dirasmikan dengan ucapan daripada Yang
Di Pertua ISMA Johor, Haji Mohd Tahir Bin
Hamdan yang secara langsung terus merasmikan majlis.
Majlis penutup dirasmikan oleh Puan Azizah Che
Awang. Beliau merumuskan bahawa setiap orang
mempunyai pilihan dalam kehidupan dan kita perlu
pilih acuan yang betul agar dapat membentuk
kehidupan umat yang beragenda.
Mukhayam Al-Akhyar
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
9
PEKAN NENAS PONTIAN, 27 MEI – Satu
perkhemahan anjuran Sekolah Menengah Islam Al-
Akhyar (SMIAA) dengan kerjasama Kelab Remaja
ISMA (KRIM) Johor telah berjaya disempurnakan
hari ini. Perkhemahan selama tiga hari dua malam yang bermula pada petang 25 Mei sehingga tengahari
27 Mei ini telah diadakan di tapak perkhemahan
Nurfa Farm Stay, Pekan Nenas, Pontian, Johor.
Di antara objektif perkhemahan tersebut ialah untuk
membawa para pelajar menghayati Al-Quran dan
Sunnah melalui pendekatan aktiviti luar (outdoor),
memupuk rasa bangga dengan Islam melalui
pembentukan jati diri dan kepimpinan seorang
Muslim. Selain daripada itu, perkhemahan ini juga
bertujuan untuk memantapkan jatidiri remaja supaya
berakhlak mulia, berdikari, berdisiplin & mampu
mewujudkan kerjasama yang baik dalam kalangan peserta serta untuk membina ketahanan diri dari segi
aspek fizikal, mental dan spiritual agar mempunyai
kekuatan dalam mengharungi liku-liku cabaran
kehidupan era globalisasi.
Perkhemahan yang melibatkan seramai 60 orang
pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Akhyar ini
bertemakan Islah Nafsak, Wad’u Ghayrak, (Perbaiki Diri dan Ajaklah Orang lain) telah mendapat
kerjasama sepenuhnya daripada barisan fasilitator
Kelab Remaja ISMA (KRIM) Johor. Pelbagai aktiviti
menarik (indoor/outdoor) yang mencabar fizikal,
kreativiti dan jiwa telah diadakan sepanjang
perkhemahan ini. Di antaranya ialah ukhwah
games, jungle trekking dan war games. Para pelajar
diajar untuk memasak dan mencari sumber makanan
sendiri di dalam hutan bagi melatih mereka untuk
berdikari dan ikhtiar hidup.
Para pelajar juga didedahkan kepada kisah sahabat
Mus’ab Bin Umair dan juga sejarah umat islam bagi membentuk peribadi dan pemikiran pelajar untuk
mengenali diri dan juga role-model yang sepatutnya
diikuti.
MUNAJAT PERDANA
SKUDAI, 26 Mei – Bersempena minggu peperiksaan
akhir semester yang bakal ditempuhi oleh mahasiswa
dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi (IPT),
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Cawangan Johor telah melaksanakan satu inisiatif
dengan mengadakan program Munajat Perdana
bertempat di Dewan Astana, Kolej
Tuanku Canselor (KTC), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM).
Seramai kira-kira 90 orang
mahasiswa dan mahasiswi IPT telah
hadir ke program ini untuk bersama-
sama membaca Surah Yasin,
menunaikan solat Isyak berjemaah
dan bermunajat kepada Allah agar
diberi ketenangan hati untuk menghadapi peperiksaan.
Program ini merupakan program kerjasama antara
PEMBINA Cawangan Johor, Persatuan Pelajar
Kejuruteraan Elektrik (JURUTEK), Fakulti
Kejuruteraan Elektrik, UTM dan Biro Kerohanian
KTC, UTM.
Program diakhiri dengan jamuan ringan kepada semua
mahasiswa dan mahasiswi yang hadir. ‘Selamat Maju
Jaya dalam Peperiksaan‘.
JUN 2012
KEM NAQIB-NAQIBAH SMKTDS
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
10
Johor Bahru, 23 Mac – Pada 29 dan 30 Jun 2012,
Kelab Remaja ISMA (KRIM) Johor dengan
kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Desa Skudai (SMKTDS), Johor untuk menjayakan
program Kem Naqib-Naqibah. Kem ini melibatkan
pelajar-pelajar terpilih dari tingkatan tiga hingga lima
SMKTDS seramai 50 orang peserta.
Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk
membina pelajar-pelajar muslim yang memiliki
kefahaman islam yang syumul dengan objektif seperti
berikut :
Melahirkan pelajar muslim yang mengamalkan akidah dan ibadah yang sahih
Melakukan aktiviti-aktiviti yang mempunyai
info-info tentang konsep iman dalam
kalangan pelajar muslim
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi
taaruf dikalangan peserta dan permainan ukhwah
untuk merapatkan silaturahim dikalangan mereka.
Satu tazkirah maghrib yang bertajuk ”Sultan
Muhammad Al-Fateh remaja muslim contoh
sepanjang zaman” yang disampaikan oleh saudara
Rusydi bin Muhamad Razif yang dapat dipraktikkan oleh golongan remaja sekarang.
Kemudian, para peserta disaji dengan Forum ”Apa
ertinya Anda Seorang Muslim” yang disampaikan
oleh 2 orang panel iaitu Saudara Ahmad Nazmi
Roslan dan Dr Azmir Shaari yang menekankan
amalan-amalan seorang muslim dari aspek seorang
pelajar dan dari aspek kesihatan, terutamanya
kesihatan psikologi atau rohani. Aktiviti qiamulail
kemudian dikelolakan oleh fasilitator KRIM. Selepas
solat subuh berjemaah dan bacaan mathurat, para
pelajar diberikan santapan rohani dari tazkirah subuh
yang bertajuk ”Remaja penggerak kegemilangan
islam” disampaikan oleh Ustaz Fuad Zaki Hisyam.
Banyak pesanan-pesanan dan kata-kata semangat
yang disampaikan oleh pentazkirah khususnya buat
para remaja supaya menjadi remaja yang berguna,berakhlak dan disenangi masyarakat
Seterusnya peserta terlibat dalam aktiviti kemuncak
iaitu Explore Race. Kebanyakan peserta amat berpuas
hati dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa
Explore Race ini dan banyak input dan pengetahuan
yang baru yang mereka dapat khususnya dari aspek
akhlak,akidah dan ibadah.
Akhirnya,program ditutup dengan perasmian oleh
Guru Penolong Kanan HEM En Zailan Bin Yasin.
Hadiah untuk pertandingan Explore Race berupa
hamper yang disediakan oleh pihak SMKTDS telah dimenangi oleh kumpulan Sultan Muhamad Al-
Fateh bagi pelajar perempuan, dan kumpulan yang
diketuai oleh adik Adiq Zulkarnain.
JULAI 2012
BATTLE OF BADAR
Skudai, 8 Julai- Seramai 48 orang peserta telah
menyertai Program Battle of Badar 2012. Program ini telah diadakan di Pusat Ekuin UTM, Skudai ini telah
menerima penyertaan di luar jangkaan pihak
penganjur.
Program Battle of Badar ini diadakan bagi memberi
pendedahan kepada para peserta tentang sirah Perang
Badar. Selain itu, antara objektif program ini ialah
bagi mendidik anak-anak agar mempelajari sunnah
riadah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad iaitu
menungang kuda seperti Sabda Rasulullah
SAW: “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah)
dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim).
Para peserta kelihatan begitu teruja apabila
berpeluang menunggang kuda sambil dipantau oleh
staff Pusat Ekuin UTM. Selain menunggang kuda,
peserta turut diberi pendedahan tentang pemakanan
kuda. En Roni, staff Pusat Ekuin UTM turut
menunjuk cara memberi makan kepada kuda.
Program Battle of Badar kemudiaannya diteruskan
dengan aktiviti membuat salad buah-buahan. Sesi yang telah dikendalikan oleh Ustazah Wan Mas Aini
Binti Mohamad Idrus ini dijalankan bagi
mengalakkan anak-anak pserta agar memakan
makanan yang berkhasiat dan seimbang. Peserta
kemudian bersama-sama menikmati salad buah-
buahan tersebut. Sebelum program berakhir, peserta
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
11
telah diberikan borang Mutabaah Amal yang perlu diisi sepanjang bulan Ramadan.
CERAMAH IHYA’ RAMADHAN 2012
JOHOR BAHRU, 15 Julai. –Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) Cawangan Johor Bahru dengan
kerjasama Jawatankuasa Masjid Tun Hussein Onn
Larkin, Johor Bahru telah mengadakan program
Ceramah Ihya’ Ramadhan Tahun 1433 H / 2012 M.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz
Mejar Nadzri bin Musnman yang merupakan
setiausaha Biro Latihan dan Kepimpinan ISMA juga
pegawai kor agama Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) dengan tajuk “Ramadhan Menyatukan Ummah”.
Program yang dihadiri 300 peserta ini ini berjaya
menarik sebahagian besar ahli qariah masjid ini.
Antara objektif program ini untuk
memberikan motivasi kepada masyarakat
untuk bersungguh dalam melaksanakan
ibadah sempena Ramadhan yang bakal
tiba dan mengambil peluang sebanyak
mungkin untuk meraih pahala oleh kerana
Allah mengurniakan pahala yang sangat
banyak buat hambaNya yang beribadat.
Beberapa agensi dan biro di bawah ISMA seperti Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), I-
Medic, Kelab Remaja ISMA (KRIM) turut membuka
booth pameran dan pendaftaran keahlian.
Program ini diteruskan dengan aktiviti qiamulail dan
sahur bersama yang disediakan oleh jawatankuasa
masjid. Kebanyakan ahli ISMA dan qariah masjid
yang hadir menyambut baik program ini dan berharap
program ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan
datang.
OGOS 2012
IFTAR RAUDHAH KIDS
Johor Bahru, 3 Ogos- Seramai 50 orang peserta
telah menyertai Program Iftar Raudhah Kids.
Program Battle of Badar ini diadakan bertujuan untuk
memperkenalkan NAZIM kepada kanak-kanak yang
tinggal di Bandar Dato’ Onn dan kawasan sekitarnya
dan juga mendidik kanak-kanak tentang sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah sewaktu berbuka puasa.
Selain itu, antara objektif program ini ialah bagi
mendidik anak-anak agar memanfaatkan bulan Ramadhan dengan menghidupkan malamnya dengan
Solat Tarawih.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa Iftar Raudhah
Kids ini ialah bertilawah surah-surah Juzu Amma,
solat Maghrib berjemaah, takirah imaniah, solat Isyak
berjemaah dan solat Tarawih berjemaah.
Pengarah Program Iftar Raudhah Kids, Ustazah
Shahida Binti Johari berharap agar aktiviti seperti ini
dapat memberi manfaat kepada anak-anak di sekitar
Bandar Dato’ Onn khususnya dan Johor Bahru amnya
Forum Ramadan : Menjunjung Sirah Mengakar Mujahadah
JOHOR BAHRU, 15 Ogos – Persatuan Belia Islam
Nasional (PEMBINA) Cawangan Johor dengan
kerjasama Jabatan Agama Johor (JAJ) telah
mengadakan forum bertajuk Forum Ramadan :
Menjunjung Sirah, Mengakar Mujahadah bertempat di Dewan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Program ini diadakan bersempena kedatangan bulan
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
12
Ramadan yang dinanti-nantikan oleh semua umat
Islam khususnya bagi para belia di negeri Johor.
Ini merupakan kerjasama yang kedua antara JAJ dan
PEMBINA sambutan positif dan menggalakkan
daripada para belia dalam penganjuran program
Forum Ramadan Pembina yang pertama pada tahun 2011. Seramai kira-kira 180 orang peserta hadir ke
forum ini. Kesemua peserta terdiri daripada mahasiwa
dan mahasiswi institusi pengajian tinggi awam di
sekitar Johor Bahru.
Program dimulakan dengan sesi tayangan video
diikuti dengan persembahan nasyid dan seterusnya
sesi forum yang mengupas tema sirah dan mujahadah
di bulan Ramadan.
Selesai sesi forum, para jemputan, urusetia dan para
peserta bersama-sama berbuka puasa dengan juadah berbuka puasadisediakan oleh pihak Masjid Sultan
Abu Bakar.
IKTIKAF PERDANA KRIM
Johor Bahru, 11 OGOS– Program Iktikaf Perdana
KRIM berjaya dijalankan dengan kerjasama antara
KRIM dan Pusat Islam Universiti Teknologi
Malaysia. Program ini ini telah diadakan di Masjid
Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia.
Program ini berjaya mengumpul seramai 53 pelajar
perempuan dan 96 pelajar lelaki dari pelbagai sekolah
sekitar Johor Bahru. Program yang diadakan adalah
untuk mendedahkan kepada para remaja tentang
ibadah iktikaf terutama semasa 10 malam terakhir dibulan Ramadan ini.
Pelbagai aktiviti menarik seperti Iftar Berjemaah,
Quranic Circle, Rehlah Masyi, Qiam League dan kuiz
akan dijalankan semasa program ini untuk mencapai
objektif seperti berikut:
Memangkin amalan ber’iktikaf di 10 malam
terakhir Ramadhan di kalangan remaja
Mengajak remaja untuk memeriahkan
(imarah) masjid dengan beribadah
Menelusuri peristiwa penting ketika bulan
Ramadhan seperti di dalam sirah Rasulullah
dan para sahabat
Mendedahkan kepada remaja tentang
kelebihan lailatul qadar dan implikasinya
terhadap seorang muslim
Program selama dua hari ini dipenuhi dengan pelbagai
aktiviti termasuk qiamulail, siri-siri tazkirah, sesi
menghayati al-Quran dan Sesi Berjalan kaki bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
Kebanyakan peserta amat berpuas hati dengan aktiviti
yang dijalankan dan banyak input dan pengetahuan
yang baru yang mereka dapat khususnya kisah-kisah
yang sering Allah kabarkan didalam Al Quran.
Cenderahati telah diberikan kepada wakil Pusat Islam
semasa majlis penutup sebagai tanda terima kasih
kerana sudi bersama untuk menganjurkan program ini
SEPTEMBER 2012
JAMUAN RAYA ISMA 2012
SKUDAI, 9 September. – Islam di Malaysia hari ini
semakin dicabar dengan berani oleh bangsa-bangsa
lain disebabkan perpecahan yang berlaku diantara
umat Melayu - Islam, kata Tuan Haji Tahir b Hamdan
yang merupakan YDP ISMA Cawangan Johor Bahru.
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
13
Justeru itu, kata beliau, perlunya kita untuk
mengeratkan ukhuwah diantara umat Melayu-Islam di
Malaysia agar kekuatan ummah terbina dengan kuat
dan mampu menimbulkan perasaan gerun kepada
musuh-musuh Islam di Malaysia khususnya.
“Program Jamuan Raya ISMA 2012 anjuran BIDAK Cawangan Johor Bahru dengan kerjasama Masjid Al-
Jawahir yang diadakan ini adalah untuk mengeratkan
ukhuwah diantara ahli-ahli ISMA dengan masyarakat
disamping memperkenalkan ISMA di mata
masyarakat,” katanya.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada program
ini ialah bacaan Al-Quran, persembahan Marhaban,
deklamasi sajak dan persembahan Nasyid oleh
kumpulan nasyid ISMA.
Setiausaha ISMA Cawangan Johor Bahru, Dr
Hairuladha berkata, selain mengeratkan ukhuwah
diantara ahli ISMA dengan masyarakat, ianya juga dapat menguatkan ukhuwah diantara barisan-barisan
penggerak ISMA seterusnya mengukuhkan organisasi
ISMA itu sendiri.
Salah seorang peserta program ini juga sangat
gembira kerana dapat hadir ke program ini disamping
dapat menimba ilmu-ilmu baru dap bertukar-tukar
pendapat dengan orang lain. Justeru itu, beliau
mencadangkan program seumpama ini dapat
diteruskan pada tahun hadapan.
OKTOBER 2012
MELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN
Skudai, 6 Oktober – Seramai 107 orang peserta telah
menyertai program “Melangkah ke Gerbang
Perkahwinan” yang telah diadakan di Dewan Senat
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor
Bahru.
Bertemakan “Mahligai Kasih Impian Bersama“
program ini menekankan tujuan perkahwinan dalam
Islam adalah untuk memastikan kelangsungan
tarbiyah seorang individu muslim. Turut dikongsikan tentang konsep rumahtangga muslim dan ciri-ciri
yang perlu ada dalam sebuah keluarga untuk
menzahirkan keberlangsungan tarbiyah dan dakwah
keluarga.
Ketua pengarah program, Ustazah Nurulhuda Baharin
mengharapkan program ini dapat diteruskan dan
membantu kepada ahli-ahli ISMA dalam persediaan
ke arah keluarga muslim yang bakal dibina
PROGRAM QIAMULAIL ‘ DI ATAS SEJADAH CINTA ‘
Satu program Qiamulail yang bertemakan ”Di Atas
Sejadah Cinta” ini adalah satu program anjuran
asrama SMK Dato’ Penggawa Barat dan Kelab
Remaja ISMA (KRIM) Johor yang disertai oleh 132
orang pelajar pelbagai tingkatan. Matlamat utama program ini diadakan adalah seperti
berikut:
Memberikan motivasi dan inspirasi sebelum
menempuh alam peperiksaan
Menerangkan kepentingan menjaga
hubungan dengan Allah.
Memberi kesedaran kepada pelajar
kepentingan memiliki matlamat yang besar
dalam hidup.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah santapan rohani
dari tazkirah subuh yang bertajuk ” Minda Pelajar Cemerlang” disampaikan oleh Muhamad Iqbal Hakim
Bin Mohd Tahir yang menekankan kepentingan untuk
berjiwa besar dan mempunyai matlamat yang jelas
dalam hidup dan riadah bola sepak. Program diakhiri
dengan sesi bergambar antara pelajar dan penggerak
KRIM.
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
14
Seminar Zero to Hero
SKUDAI, 20 Oktober – Menyedari kepentingan untuk
mahasiwa dan mahasiswi mendapatkan rentak
pertama dalam mengurus dan mengadaptasi kehidupan di alam kampus, Persatuan Belia Islam
Nasional (PEMBINA) Cawangan Johor dengan
kerjasama Persatuan Sains dan Teknologi (PESAT)
UTM, telah menganjurkan Seminar dan Bengkel Zero
to Hero. Tema seminar dan bengkel yang diadakan
buat kali kedua di UTM ini adalah Impak Langkah
Bermula.
Seramai hampir 80 orang peserta yang hadir ke
seminar ini telah didedahkan dengan tips-tips berguna
untuk menjadi pelajar cemerlang duniawi dan
ukhrawi. Seminar ini telah diadakan di Dewan Sri
Kencana, Kolej Datin Seri Endon (KDSE).
Program ini merangkumi tiga slot utama iaitu sesi
perkongsian dan forum di sebelah pagi diikuti dengan
aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) di sebelah petang. Penceramah jemputan adalah Saudara
Hairulanuar bin Ashar, merupakan ahli Pembina yang
juga graduan Universiti Malaysia Sabah. Beliau kini
bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat swasta di
Johor.
Perjalanan program berjalan seperti yang dirancang
dan para peserta memberikan maklum balas positif
tentang input berguna yang mereka perolehi daripada
seminar dan bengkel selama setengah hari ini.
Semoga para peserta dapat mempraktikkan ilmu yang
diperoleh setelah mereka melangkah keluar dari dewan ini kelak. Impak Langkah Bermula!
KELUARGA PEMANGKIN DAKWAH ( AL-BAIT MUNTHOLAQU DAKWAH)
Setia Tropika, 21 Oktober – Biro Wanita dan
keluarga ISMA Johor telah mengadakan satu program
kekeluargaan yang bertajuk Keluarga Pemangkin
Dakwah ( Al-Bait Muntholaqu Dakwah). Sasaran pesertanya adalah ahli-ahli ISMA Johor yang sudah
berumahtangga.Program yang bertempat di Pejabat
ISMA cawangan Johor dijalankan dengan jayanya
selama 8 jam bermula pukul 8.30-4.30 petang.
Terdapat tiga objektif yang hendak dicapai semasa program tersebut. Pertama adalah memberi
pendedahan kepada pasangan dakwah tentang peranan
pasangan dan rumahtangga sebagai penjana dakwah
yang positif. Kedua adalah memberi kefahaman
kepada pasangan dakwah tentang keseimbangan
kehidupan untuk menghadapi cabaran masa hadapan
dalam pembinaan keluarga dakwah dan terakhir
adalah memperkasakan kemampuan pasangan dakwah
dalam menjadi ejen dan qudwah sebagai keluarga
muslim di dalam masyarakat.
Kebanyakkan peserta mencadangkan supaya program seumpama ini diteruskan lagi di masa
hadapan. Slot perkongsian pada sebelah petang
berkonsepkan santai, yang mana banyak masalah yang
lebih praktikal dapat diselesaikan.
Semoga dengan program seperti ini dapat menjadi
pemangkin bagi rumahtangga ISMA merealisasikan
rumahtangga qudwah di kalangan masyarakat.
PROGRAM TAUTAN KASIH QURBAN ISMA 2012
BENUT, 27 Okt. - Kesedaran umat Islam hari ini
semakin meningkat dalam kalangan masyarakat
sekaligus memperlihatkan perkara positif secara jelas
terhadap kebangkitan umat.
Demikian menurut Tuan Haji Mohd Tahir Hamdan,
Yang Dipertua Ikatan Musimin Malaysia (ISMA)
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
15
Cawangan Johor ketika memberikan ucapan sempena
Program Tautan Kasih Korban ISMA Johor 2012
anjuran bersama Masjid Al Masyhor, Simpang Parit
Mansur di sini hari ini yang disertai lebih 200 peserta
termasuk ahli, sukarelawan korban, dan penduduk
setempat ini merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan untuk membuka ruang kepada ahli-ahli
ISMA Johor untuk melaksanakan ibadah korban,
mendekati masyarakat setempat dan seterusnya
menjadi platform tarbiyah dan dakwah ISMA di
Negeri Johor.
“Seluruh umat Islam juga perlu kembali bangkit dan
bersatu dengan peranan yang dipertanggungjawabkan
terhadap umat Islam serta menjadikan masjid sebagai
pusat tumpuan dalam apa-apa urusan kehidupan.
Kehadiran warga Singapura sebagai peserta juga
menambahkan lagi kemeriahan majlis ini sekaligus
dapat membentuk ukhwah Islamiyah di kalangan
peserta.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti
penyembelihan, melapah, memasak dan menyampaikan sumbangan daging korban kepada
penduduk setempat termasuk fakir miskin, tazkirah
Zohor dan Forum Tautan Kasih dalam menambahkan
kefahaman masyarakat terhadap hakikat ibadah
korban yang sebenarnya.
Sementara itu, pengarah program dari pihak Masjid
Al-Mansur, Solehan Jait berharap supaya program
sebegini dapat diadakan lagi untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim bersama masyarakat setempat
serta mempelawa mana-mana NGO untuk menyertai
korban pada masa akan datang.
NOVEMBER 2012
KEM LEPASAN PMR
Program Kem Lepasan PMR berjaya
dijalankan di Surau Sri Putri, Skudai
dengan mengumpulkan 16 orang pelajar
daripada pelbagai sekolah menengah di
sekitar Johor Bahru. Program ini bertujuan
untuk memberikan pendedahan kepada
pelajar tentang cabaran yang akan dihadapi
di peringkat persekolahan menengah atas
dan juga memberi pendedahan kepada
mereka untuk memilih jurusan-jurusan
yang boleh dipilih dalam mencapai impian dan cita-cita mereka.
KESEIMBANGAN ANTARA KERJAYA DAN DAKWAH PENTING
Setia Tropika, 7 November – Masalah
keseimbangan tidak akan wujud apabila kita benar-
benar-benar memahami pokok perjuangan, ujar
Ustazah Norsaleha Mohd Salleh, Ketua Wanita Ikatan
Muslimin Malaysia (ISMA) baru-baru ini di hadapan
ahli-ahli ISMA cawangan Johor.
Ustazah Norsaleha mengingatkan pesanan daripada
Muhamad Ahmad Ar-Rashid, seorang pemikir
dakwah antarabangsa dalam sebuah bukunya yang
menyebut perancangan Islam perlu mengambil kira
faktor dalaman dan luaran ketika membuat satu-satu
polisi atau keputusan.
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
16
WAWASAN REMAJA MUSLIM (WAJA)
Johor Bahru, 14 November – Seramai 40 orang peserta berusia 11-13 tahun telah mengikuti program
Wawasan Remaja Muslim (WAJA) anjuran NAZIM
Johor.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada
remaja akan perubahan-perubahan biologi dan
psikologi yang akan mereka alami semasa di alam
remaja dan untuk membimbing anak-anak di awal
remaja untuk menghadapi cabaran akil baligh.
Bertemakan “Remaja Muslim Harapan Ummah” ,
antara aktiviti yang dijalankan ialah i-sihat di mana Pn
Nik Rohaina Bt Nik Ali menjelaskan perubahan yang
akan dialami dari aspek kesihatan. Ini diikuti dengan
sesi “Tanya Ustazah Huda“ yang memberikan
penekanan tentang muslim mukallaf dengan tanggungjawab dalam ibadah. Selain itu peserta turut
diberi pendedahan tentang amali toharah, solat dan
mandi wajib. Seterusnya, peserta mengikuti aktiviti
EXplorace bagi menguji kefahaman mereka akan slot
“I-sihat” dan “Tanyalah Ustazah Huda”. Slot terakhir
yang diikuti oleh peserta ialah “KRIM bersamamu” di
mana peserta diberi pendedahan tentang program-
program yang boleh diikuti oleh mereka bawah
anjuran KRIM yang lebih berfokus kepada remaja.
Pengarah WAJA, Pn Nik Rohaina bt Nik Ali
berharap program ini dapat memberi pendedahan
kepada remaja untuk menjadi seorang insane yang lebih matang mengurus perubahan biologi dan
psikologi mereka di samping tidak melupakan
tanggungjawab anak-anak remaja sebagai seorang
muslim bagi membentuk remaja muslim yang
berwawasan.
TAZKIRAH MAAL HIJRAH – KESATUAN BANGSA DALAM KEGEMILANGAN UMMAH
Johor Bahru, 18 Nov. – Antara faktor besar yang
membawa kepada pembentukan negara Islam
Madinah adalah berkat kesatuan yang dibentuk oleh
puak Aus dan Khazraj” tegas penceramah ketika
memberi tazkirah bertajuk Kesatuan Bangsa Dalam
Kegemilangan Ummah di hadapan lebih 40 ahli
qariah Surau Setia Tropika dan ahli ISMA cawangan
Johor Bahru selepas Solat Maghrib berjemaah
sempena sambutan Maal Hijrah 1434H yang diadakan
baru-baru ini.
Tazkirah ini yang diadakan di Surau Setia Tropika,
Johor Bahru ini telah disampaikan oleh ajk Biro
Tarbiah ISMA Cawangan Johor Bahru, Ustaz Fuad Zaki yang merupakan lulusan dari Al-Azhar, Mesir.
Penceramah telah membawa para hadirin untuk
melihat sejarah bahawa antara faktor terbesar dalam
kegemilangan Islam adalah kesatuan bangsa lalu
mengaitkan dengan bangsa melayu dan menyeru agar
kembali bersatu atas dasar akidah yang satu dengan
mengenepikan fahaman politik yang sempit yang
boleh memecahbelahkan bangsa melayu itu sendiri.
Selain itu juga, penceramah telah sedikit sebanyak
berkongsi berkenaan dengan ajaran Syiah dan
fahaman-fahaman Liberalisme dan Sekularisme yang
kini tersebar secara meluas dan terbuka dan mengingatkan kepada para hadiri agar berhati-hati dan
bersatu atas dasar akidah untuk memerangi ajaran dan
fahaman ini.
Tazkirah ini telah mendapat sokongan yang tidak
berbelah bagi daripada jawatankuasa surau. Mereka
sangat mengalu-alukan untuk diadakan program di
tempat mereka memandangkan aktiviti surau masih
kurang dan memerlukan sokongan daripada pihak luar
untuk mengimarahkan surau ini. Mereka juga
berharap agar ISMA terus komited dalam
mengadakan program-program di surau mereka.
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
17
KEM HUFFAZ CILIK
Johor Bahru, November - Seramai hampir 30 orang
peserta telah menyertai program Kem Huffaz Cilik
pada tahun 2012 baru-baru ini. Program Kem Huffaz
Cilik atau juga dikenali dengan nama singkatan KHC
ini telah diadakan di tiga lokasi berbeza iaitu pada 19-
23 November di kediaman Ustazah Nurul Huda di
Pulai Jaya dengan jumlah penyertaan seramai 10
orang peserta, 21-25 November di kediaman Ustazah Wan Mas Aini di Bukit Mutiara dengan penyertaan
seramai 10 orang peserta dan di kediaman Ustazah
Rita di Kota Tinggi pada 26-30 November dengan
jumlah penyertaan seramai 22 orang.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Kem
Huffaz Cilik ini ialah bacaan dan hafazan surah-surah
lazim dan amali solat. Salah seorang peserta, Mohd
Syafii’ Bin Muidnuddin berkata beliau berasa sangat
bertuah dapat menyertai program ini kerana setelah
menyertaai KHC, beliau telah dapat memperbaiki
kualiti bacaan surah dan berjaya menghafaz hampir
separuh surah-surah di dalam Juzuk Amma.
DISEMBER 2012
JELAS : Seminar Ancaman Liberalisme
BATU PAHAT, 8 Disember - Serangan Umum
Bahaya Ancaman Liberalisme di kalangan mahasiswa
anjuran Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan
Johor dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya
menarik kira-kira 80 orang peserta yang terdiri
daripada mahasiswa dan mahasiswi UTHM.
Seminar umum ini dirangka dengan meletakkan
objektif utama untuk memberi kesedaran kepada
mahasiswa tentang ancaman bahaya liberalisme di
kalangan mahasiswa.
Seminar ini disampaikan oleh Saudara Luqman Bin
Abdul Hamid, Ahli Unit Kajian Dan Informasi
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Peserta yang hadir didedahkan dengan gerakan-
gerakan mahasiswa yang berideologikan liberal yang
semakin tersebar luas di kalangan mahasiswa
Malaysia.
BAKTI (Belia)
JOHOR BAHRU, 15 Disember – Persatuan Belia
Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Johor dengan
kerjasama AJK Masjid Kangkar Pulai telah
menganjurkan program BAKTI PEMBINA 2012
bertempat di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai.
Seramai lebih kurang 30 orang peserta yang terdiri
daripada ahli-ahli PEMBINA dan juga AJK Masjid
Kangkar Pulai telah hadir ke program tesebut.
Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa program
ini adalah membersihkan kawasan persekitaran Tanah
Perkuburan Islam Kangkar Pulai seperti memotong
rumput, menebas semak-samun dan menanam pokok.
Program diakhiri dengan ucapan dari wakil Masjid Kangkar Pulai, Prof. Razak dan tazkirah yang
disampaikan oleh wakil PEMBINA, Ahmad Nazmi
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
18
JAMBORI REMAJA MUSLIM 4
Jambori Ramaja Muslim 4 (Jambori 4) telah
berjaya dilaksanakan di hutan Rekreasi UTM pada 21-
23 Disember 2012 yang lalu. Seramai 84 orang peserta dari sekolah-sekolah disekitar Johor Bahru
menyertai Jambori 4 kali ini.
Alhamdulillah atas segala rahmat dan
kekuatanNya, objektif Jambori 4 yang dirancang
telah berjaya dicapai dengan baik berdasarkan
komen peserta di akhir program..Malah, rata-rata
yang hadir menyokong dan mengharapkan agar,
program sebegini diteruskan dan ada
kesinambungannya di masa hadapan. Berikut adalah objektif yang menjadi matlamat utama
program ini diadakan:-
1.1 Membawa remaja menghayati Al-Quran dan
Sunnah melalui pendekatan aktiviti
‘outdoor’.
1.2 Memupuk rasa bangga dengan Islam melalui
pembentukan jati diri dan kepimpinan
seorang Muslim.
Membina ketahanan diri dari segi aspek fizikal,
mental dan spiritual agar mempunyai kekuatan dalam mengharungi liku-liku cabaran kehidupan era
globalisasi.
PERKHEMAHAN IRIS’12 (BELIAWANIS)
PONTIAN, 23 Disember – Buat julung kalinya,
beliawanis Pembina Johor telah berjaya menganjurkan
perkhemahan beliawanis di Kem Dayang, Pekan
Nenas, Pontian. Perkhemahan ini diadakan untuk
mengajak para beliawanis menelusuri sejarah
perjuangan tokoh-tokoh Islam terdahulu seterusnya
mewarisi semangat juang para tokoh tersebut. Selain
itu, program ini diadakan untuk menjalinkan ukhuwah yang erat sesama beliawanis yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang dari semua institusi pengajian
tinggi (IPT) di Johor.
Aktiviti menarik yang disediakan dalam program ini
telah berjaya menarik minat para beliawanis dari
seluruh Johor bahkan yang lebih mengujakan pabila
peserta dari negeri Kelantan turut mendaftar nama
sebagai peserta program.
Perkhemahan ini berkonsepkan aktiviti ‘outdoor‘
sepenuhnya untuk menguji ketahanan fizikal dan
mental para srikandi ini. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah ‚night walk‘, ‘jungle treeking‘, ‘war
games‘ dan lain-lain aktiviti yang dirangka khusus
untuk para beliawanis. Tidak ketinggalan, tentatif
program turut dirancakkan dengan aktiviti Malam
Kebudayaan yang menghendaki peserta berlakon dalam kumpulan masing-masing untuk menghayati
watak tokoh Islam yang telah diberikan kepada setiap
kumpulan di awal program bermula.
Kesemua peserta dan urusetia pulang dari
perkhemahan ini dengan semangat yang berkobar-
kobar untuk memperbaiki diri dan mencipta sejarah
peribadi. Semoga diizinkan Allah untuk beliawanis
Pembina Johor mengadakan perkhemahan seperti ini
pada masa akan datang kelak.
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
19
\BACK TO SCHOOL
Johor Bahru, 29 Disember - Sebagai melabuh tirai tahun 2012, NAZIM Johor telah mengadakan satu program
yang julung kalinya diadakan di Pejabat ISMA Johor, Setia Tropika. Program yang dinamakan sebagai Back to
School ini telah disertai oleh 35 orang peserta dari lingkungan umur 6 hingga 12 tahun.
Antara aktiviti yang diadakan semasa program Back to School berjalan ialah aktiviti Smart Circle Surah Al-Fil,
Sandwich Making dan Gosok & Lipat BajuPengerusi NAZIM Johor, Ustazah NurulHuda Binti Baharin berasa
sangat bersyukur kerana program Back to School telah dapat dijalankan dengan lancar. Beliau juga berharap
agar program ini dapat menjadi aktiviti tahunan NAZIM Johor.
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
20
LAPORAN TAHUNAN
AKTIVITI CAWANGAN
TAHUN 2011
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
21
JANUARI 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
2 (Sabtu) Jaulah Qudama’ (Beliawanis) Pembina Johor Bahru &
Pontian Pembina Johor
(Beliawanis)
10 (Isnin) Tayangan Video- Isu Kerosakan Umat UTM Pembina Johor
(Beliawanis)
20 (Khamis)
Iftar Mahabbah UTM Beliawanis
Pembina Johor
FEBRUARI 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
9-15 (Rabu-Selasa)
Minggu Cinta Rasul UTM Beliawanis
Pembina Johor
20 (ahad) Daurah Nuqoba’ SMK Dato’ Penggawa Barat
SMKDato’ Penggawa Barat, Johor
KRIM Johor
27 (Ahad) Kem Lepasan SPM Masjid Pontian, Johor KRIM Johor &
PEMBINA Johor
MAC 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
12
(Sabtu) Strenous Strike Game (Riadah Beliawanis) UTM
Beliawanis Pembina Johor
24
(Khamis) Iftar Mahabbah Beliawanis UTM
Beliawanis Pembina Johor
APRIL 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
9 (sabtu) Karnival Perubatan @STF Sekolah Tun Fatimah,
Johor Bahru i-Medik & KRIM
10 April
2011 Seminar Obor Kasih Zon Selatan UTM JOHOR
Wanita Dan Keluarga Johor
15
(Jumaat) BBQ Ukhuwah UTM
Beliawanis Pembina Johor
24 April Mahrojan Nazim Zon Selatan
Seremban NAZIM Johor
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
22
MEI 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
8/5/2011 Majlis Ramah Mesra ISMA Johor bersama Qariah Surau
Surau Al-Huda Simpang Renggam,
Johor
Biro Dakwah & Sosial +Wanita
ISMA Johor
28/5/11 Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang (ASAC) Zon Selatan
Melaka Wanita ISMA
Johor
JUN 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
4 Jun 2011 Mahrojan Nazim Nasional Negeri Sembilan NAZIM JOHOR
18-19 Jun 2011
Smart Start Zon Selatan Seremban Wanita Dan
Keluarga ISMA JOHOR
19 (Ahad)
Seminar Kerjaya SMK Taman Desa Skudai KRIM & PEMBINA
Kem Indahnya Solat (KIS) Masjid Mutiara Rini,
Skudai Johor NAZIM Johor
JULAI 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
2 & 3 Kem Pemantapan Solat SMK Kota Masai 2,
Johor Bahru KRIM Johor
3 Julai 2011
Setup Meting pertama untuk Team Media ISMA Johor
Pejabat ISMA Johor Team Media
Johor
3
(Ahad) Adorable Muslimah UTM
Beliawanis Pembina Johor
15 Ceramah Motivasi PMR SMK Taman Desa
Skudai, Johor KRIM Johor
17 Julai Battle of Badar – Explore Race Hutan Bandar
Mutiara Rini Johor NAZIM Johor
22 Ceramah Motivasi PMR SMK Taman Desa
Skudai, Johor KRIM Johor
29 Ceramah Motivasi PMR SMK Taman Desa
Skudai, Johor KRIM Johor
30/7/2011 Ihya’ Ramadhan Masjid Mutiara Rini,
Skudai
Kerjasama Masjid & Biro
Dakwah & Sosial Johor
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
23
OGOS 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
5/8/11 Ceramah Motivasi PMR SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru
KRIM Johor
13
(Sabtu) Prog. Jalinan Kasih Ramadhan
Parit Raja, Batu pahat
Pembina Johor
16/8/2011 Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Malam Badar ISMA / Wanita bersama masyarakat
Taman Kota Jaya, Kota
Tinggi, Johor
Wanita dan Keluarga ISMA
JOHOR
21
(Ahad)
Pertandingan Tilawah dan Hafazan Belia Johor
Masjid Sultan Abu Bakar, JB
Pembina Johor
27/8/2011 Majlis iftar + penyampaian sumbangan kpd fakir miskin
Surau Al-Huda Simpang
Renggam, Johor
Kerjasama Surau & Biro Dakwah &
Sosial Johor
SEPTEMBER 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
14
(Rabu)
Seminar Kecemerlangan Akademik (STEP)
UTM Johor Pembina UTM
Johor
16 Sept Seminar akademik Universiti Teknologi
Malaysia Pengkaderan
Johor
18
(Ahad)
Jamuan Raya Beliawanis Pulai Perdana Beliawanis
Pembina UTM Johor
Jamuan Raya ISMA Johor bersama Qariah Surau + penyampaian sumbangan kepada bakal haji
Surau Al-Huda Simpang Renggam
Kerjasama Surau & Biro Dakwah &
Sosial, Johor
21
(Rabu) Jamuan Raya Pembina Batu Pahat Surau Prt. Hj Rais
Pembina UTHM Johor
25/9/2011
Jamuan Raya ISMA Johor + penyampaian sumbangan kepada bakal haji
Masjid Mutiara Rini, Skudai
Kerjasama Masjid & Biro
Dakwah & Sosial + Wanita ISMA
Johor
OKTOBER 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
29 okt Mukhayam Pengkaderan Mersing, Johor Pengkaderan
Johor
30
(Ahad) Eksplorasi Ukhuwah UTM
Beliawanis Pembina UTM
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN – MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISMA JOHOR 2013 -
24
NOVEMBER 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
16 (Rabu) Ceramah Fahaman Syiah Satu Penjelasan UTM Johor Belia
Pembina UTM Johor
19
(Sabtu)
Perlawanan Persahabatan Futsal Pembina UTM dengan Pembina UTHM
UTHM Johor Pembina
UTHM Johor
Kem Hufaz Cilik (KHC) Ulu Tiram,
Johor Bahru NAZIM Johor
20 Nov 2011 Kem Hufaz Cilik (KHC) Ulu Tiram,
Johor Bahru NAZIM Johor
22 (Selasa) Family Day Ikhwah (Bowling) Danga City Mall Belia
Pembina UTM
26
(Sabtu)
Secangkir Kasih 2011(Bakti Sosial di Pusat Jagaan Warga Emas)
Kempas Beliawanis Pembina
UTM
30 Motivasi “Back to Basic” Masjid Pontian,
JOhor KRIM Johor
DISEMBER 2011
TARIKH AKTIVITI TEMPAT PENGELOLA
1 Motivasi “Back to Basic” Masjid Mutiara Rini,
Johor Bahru KRIM
4/12/11 Training of Trainers Aman Palestin Dewan Masjid Bandar
Baru Uda, JiB
Aman Palestin Johor & Biro
Dakwah & Sosial
23-25 Jambori Tiram Village, Johor KRIM Johor
24/12/11 Kuliah Maghrib (penceramah : Ustaz Mahyuddin)
Surau Al-Huda Simpang Renggam,
Johor
Biro Dakwah & Sosial Johor
Top Related