LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI
Aktiviti Mendorong
1. Aktiviti Mendorong
a) Berjalan dengan lutut tinggi,
b) Berlari dengan lutut tinggi,
c) Berlari dalam bulatan,
d) Berlari mengikut laluan angka lapan,
e) Melonjak,
f) Melonjak untuk menyentuh bola yang digantung.
2. Latihan Lompatan
a) Memulakan lompatan dengan gaya gunting,
b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L” kaki selari dengan
palang,
c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L” serta kaki bersudut
45 darjah.
d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah dengan kaki
menghala ke palang.
e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian
dan mendarat.
f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu
tingkat.
g) Ulang (f) dengan papan anjal.
h) Menentukan titik semak.
i) Membuat lompatan dengan mengambil 7 hingga 9 langkah.
Menentukan Titik Semak
Latihan Ansur Maju Gaya Straddle
Langkah 1 :
Menentukan kaki lonjakan. Kaki yang dirasakan adalah kaki terkuat, slesa
dan mudah melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan menjadi pilihan
sebagai kaki lonjakan.
Langkah 2 :
Membuat beberapa barisan menghadap suatu tanda yang telah disediakan di
atas tanah, kemudian lakukan larian dan terus melompat menggunakan kaki yang
telah dipilih untuk melakukan lonjakan.
Langkah 3 :
Mengasingkan pelajar mengikut kaki lompatan yang digunakan iaitu
mengasingkan pelajar yang melonjak menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.
Kedudukan pelajar yang melonjak dengan kaki kanan berada di sebelah kanan
menghadap palang, manakala yang melonjak dengan kaki kiri berada di sebelah kiri
menghadap palang.
Langkah 4 :
Untuk permulaan gunakan tali getah sebagai menggantikan palang untuk
memberikan keyakinan dalam diri pelajar. Ikatkan tanda sepeerti kain putih pada
tengah-tengah getah tali getah, ini bertujuan sebagai penanda pengamatan tahap
lompatan.
Langkah 5 :
Arahan diberikan agar pelajar bergerak ke arah hadapan. Seterusnya diikuti
dengan arahan menghayunkan kaki setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh
penanda yang telah diikat pada tali getah.. ketinggian tali getah dimulakan dari paras
pinggang sehingga paras bahu.
Langkah 6 :
Pada tahap ini, penerangan teknik yang sesuai untuk melakukan aktiviti bagi
gaya ini adalah seperti berikut :
a) Kedududkan badan hendakalah disandarkan ke belakang.
b) Kaki yang digunakan untuk untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke
hadapan.
c) Kedua-dua belah tangan degerakka ke belakang badan.
d) Pada masa sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan dengan
kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayun ke atas.
Setelah penerangan tentang lonjakan menegak ke atas dicapai ddan penekanan
perlu ditegakan kkepada lonjakan atas.
Langkah 7 :
Mempraktikan langkah 1 hingga langkah 6 ditali getah sebagai makluman
bahawa gaya yang dipelajari adalah gaya straddle.
Langkah 8 :
Mempekenalkan aksi peringkat putaran. Dilakukan dengan berpasangan.
melakukan satu demonstrasiputaran diperkenalkan dan dilakukan. Secara
berpasangan seorang akan menjadi pelompat dan seorang pembantu. Pelompat
akan menendang sebelah kaki ke atas, pembantu pula akan memegang
pergelanagan kaki sebela. Kaki tersebuta diputarkan ke arah sisi. Perkara yang
ditekankan dan ditegaskan ialah badan hendakalah diangkut ke bawah, kepala
direndahkan dan tangan diturunka.
Langkah 9 :
Sediakan bangku panjang daan letakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di
atas bangku. Hayunkan kaki secara bebas ke atas dan jatuhan adalah diatas tulang
belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan, seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa
langkah.
Langkah 10 :
Setelah teknik ini dikuasai, perkenalkan teknik larian landas. Ianya
menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.
Latihan Ansur Maju Gaya Fosbury Flop
Langkah 1 :
Berlari anak atau pantas beberapa langkah kehadapan kemudian melengkok
beberapa langkah ke kiri jika melonjak dengan kaki kiri tetapi jika dengan kaki kanan
harus melengkok kea rah kanan. Latihan ini bertujuan melatih pelajar agar boleh
lurus dan melengkok.
Langkah 2 :
Apabila pelajar melangkah tandaan di bahagain melenkung pelajar harus
melonjak dengan serta merta ke atas, dngan kudua-dua belah tangan dihayun ke
atas dengan siku dibengkokkan dan badan di pusingkan di udara dengan lutut kaki
bebas menyilang badan. Pelajar akan mendarat di atas kaki lonjak sambil
manghadap tempat permulaan.
Langkah 3 :
Seterusnya pelajar akan melonjak ke atas dan melentikkan badan. Sebelah
tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palag yang tergatung.
Langkah 4 :
Pelajar berdiri membelakangkan tali getah atau palang, kemudian melonjak
dengan kedua-dua belah kaii ke belakang sambil melentikkan badan melepasi tali
getah. Pelajar mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan. Tujuan latihan
ini adalah untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.
Langkah 5 :
Mengambil 5 hingga 7 langkah dari kawasan palang, kemudian berlari dan
terus melompat dengan gaya fosbury flop. Latihan ini merupakan latihan berlari
pantas dan menentukan tempat yang sesuai untuk melonjak.
Top Related