- 1. (900) Pengajian Am - PenulisanSoalan: Jenayah pemerdagangan
manusia yang semakin menjadi-jadi telah mendatangkanpelbagai
masalah kepada kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, permasalahan
ini sukaruntuk diatasi disebabkan oleh penglibatan pelbagai pihak
dan perbezaan-perbezaan tertentu.Bincangkan cabaran-cabaran yang
terpaksa dihadapi oleh negara dalam usaha untukmembanteras jenayah
ini.Jawapan Cadangan Belakangan ini, jenayah pemerdagangan manusia
di Malaysia telah menambahkan lagikebimbangan kerajaan terhadap
masalah-masalah yang tidak putus-putus. Selain semakin
serius,jenayah ini juga sukar untuk ditangani, mendatangkan
pelbagai cabaran terhadap negara. Cabaran utama yang terpaksa
dihadapi ialah wujudnya banyak kekurangan dalampenguatkuasaan
undang-undang yang berkaitan dengan jenayah pemerdagangan manusia
ini. AktaAntipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,
(Pindaan 2010) dilihat kurangberkesan. Ini kerana, penguatkuasaan
akta-akta tersebut oleh agensi-agensi yang berkaitanseringkali
memeperlihatkan wujudnya kebocoran dari segi penguatkuasaan.
Sebagai contoh,tangkapan-tangkapan yang dibuat kebanyakannya
berakhir dengan buang kes atau penangguhankeputusan perbicaraan.
Ini berdasarkan kepada fakta bahawa akta-akta yang sedia ada
tidakmenyediakan ruang yang secukupnya bagi pihak-pihak yang
bertanggungjawab untuk menjalankanpenguatkuasaan atas sebab
kelemahan-kelemahan dan kesamaran yang ada pada kedua-dua
aktatersebut. Selain itu, isu integriti perkhidmatan awam juga
merupakan cabaran yang besar. Kegagalandalam membanteras jenayah
pemerdagangan manusia sering dikaitkan dengan intervensi
pihakketiga, iaitu badan penguatkuasaan seperti Polis Diraja
Malaysia, Jabatan Imigresen dansebagainya, yang sering berakhir
dengan kegagalan. Kegagalan selalunya disebabkan olehpenguatkuasaan
yang bertentangan dengan aspek integriti, seperti wujudnya gejala
rasuah dalamkalangan penguatkuasa-penguatkuasa jabatan tersebut.
Sebagai contoh, wujud beberapa kes dimana pegawai-pegawai yang
berurusan dengan kemasukan pendatang asing ke negara inimembenarkan
kemasukan negara dengan mengeluarkan permit dan pasport palsu
selepas disuapoleh pihak tertentu.Dalam mengejar kemajuan di era
globalisasi, pembangunan negara tidak terlepas daripadamenjadi
salah satu cabaran bagi membanteras jenayah pemerdagangan manusia.
Pembangunannegara yang pesat memerlukan jumlah tenaga kerja yang
ramai, dan ini menjadimasalah yang besar.Bagi menampung kekurangan
tenaga kerja, negara banyak bergantung kepada kedatangan
pekerjaasing seperti dari Indonesia, Bangladesh, Burma, Vietnam dan
sebagainya yang berkerja di pelbagaisektor, terutama sektor
pembinaan dan perladangan. Mereka datang melalui pelbagai
saluranyangmemungkinkan kewujudan jenayah pemerdagangan manusia.
Cabaran utama di sini ialah wujudnyadilema terhadap negara kerana
usaha-usaha membanteras pemerdagangan manusia secara totalboleh
mempengaruhi perkembangan usaha-usaha pembangunan negara melalui
sekatan terhadapkemasukan pekerja. Cabaran seterusnya ialah
kesukaran mendapatkan maklumat daripada mangsa. Mangsaselalunya
akan menyembunyikan fakta yang berkaitan seperti nama sebenar
mereka, tempat asal,cara mereka diperdagangkan, pihak yang terlibat
dan sebagainya. Mereka seperti ingin mengelakapabila ditemuduga
oleh pihak-pihak bertangggungjawab. Sebagai contoh, mangsa-mangsa
wanitayang terjebak dengan pelacuran takut untuk mendedahkan
maklumat tentang kegiatan merekakerana dijaga, dikawal dan diugut
oleh majikan. Ugutan dan ancaman yang dikenakan terlalu
kuatsehinggakan mereka tidak berani memberi respon terhadap setiap
soalan dalam temuduga yang1Jenayah Pemerdagangan Manusia -
Cabaran
2. (900) Pengajian Am - Penulisandijalankan, dan ini menyukarkan
usaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia danpelacuran
juga. Cabaran terakhir ialah kurangnya kerjasama masyarakat
terhadap jenayah ini. Walaupunkegiatan jenayah pemerdagangan
manusia berlaku di hadapan mata, masyarakat tidak berminatuntuk
memberikan kerjasama terutamanya dari segi maklumat kepada
pihak-pihak penguatkuasayang berkaitan. Ini disebabkan oleh
perasaan bimbang akan tindakan yang mungkin diambil olehpelaku
jenayah yang akan membalas dendam sekiranya ada pihak yang
membongkar tentangkegiatan mereka. Tindakan-tindakan kejam pernah
berlaku terhadap pihak yang telah memberikanmaklumat, seperti kes
yang berlaku terhadap sebuah keluarga di Sabah pada tahun
2009.Kesimpulannya, jenayah pemerdagangan manusia merupakan punca
kepada pelbagaimasalah lain seperti lambakan pendatang asing tanpa
izin, jenayah dan kekejaman sosial, dansebagainya. Walau bagaimana
sukar sekalipun jenayah ini perlu diatasi dan dibanteras
secaraberterusan. 2Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran