SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANGJALAN KAPAR, 42100 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
KERTAS KERJALAWATAN SAMBIL BELAJAR
pada
17 -18 OKTOBER 2015
bertempat di
CAMERON HIGHLAND, PAHANG DARUL MAKMUR
anjuran:
KELAB KOPERASI
1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG, KLANG
2
1.0 PENGENALAN
Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku di luar bilik
darjah dan dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh murid dalam situasi harian mereka.
Sehubungan itu, kemantapan fizikal, mental, dan pengukuhan nilai-nilai murni yang diterapkan
dapat membantu perkembangan individu murid-murid.
Aktiviti lawatan sambil belajar memberi peluang kepada murid-murid mempraktikkan segala
kemahiran luar yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang
lebih kepada guru-guru dan murid-murid untuk mendalami ilmu mereka dan menimba seberapa
banyak pengalaman.
Program ini merupakan satu program yang menarik minat murid dan amat berguna untuk
mengembangkan minda di samping menjadi asas untuk membina keyakinan diri dalam
menghadapi pelbagai situasi.Bagi memenuhi rancangan aktiviti tahunan Kelab Koperasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, projek yang dipilih pada tahun ini ialah lawatan sambil
belajar ke Cameron Highland, Pahang.
2.0 RASIONAL
Aktiviti ini diharap dapat melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran di
samping dapat memberi pendedahan kepada ahli kelab koperasi tentang tempat-tempat menarik
di dalam negara serta meningkatkan ilmu berkaitan bidang keusahawanan berasaskan pertanian.
Aktiviti lawatan ini juga diharap mewujudkan sikap murni seperti tolong-menolong,
bekerjasama, berketrampilan, bertanggungjawab, menyayangi dan mensyukuri alam ciptaan
Allah.
3.0 OBJEKTIF
Tujuan projek ini diadakan adalah untuk :-
1. memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kawasan tanah tinggi.
3
2. mengaplikasikan ilmu keusahawanan terutama dalam bidang pertanian dalam kehidupan
seharian murid-murid,
3. memberi peluang kepada murid-murid mengenali sebahagian kawasan di negeri Pahang,
4. melahirkan keyakinan diri di kalangan murid-murid SMKRP untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian,
5. menjana idea kreatif dan sikap positif di kalangan murid-murid SMKRP,
6. menerapkan amalan-amalan nilai-nilai murni, mencintai alam sekitar, menjaga
kebersihan dan keindahan serta mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara dan
mengekalkan alam sekitar.
4.0 MATLAMAT
Matlamat lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang
kegiatan keusahawanan yang dijalankan di kawasan tanah tinggi, memberi peluang kepada
mereka melihat tanaman yang diusahakan di kawasan tersebut serta peluang untuk memasarkan
hasil produk tersebut ke pasaran luar disamping memupuk minat murid supaya melancong di
dalam negara sendiri sambil menyahut seruan kerajaan bagi mengelakkan pengaliran mata wang
negara ke luar negara. Selain itu, lawatan ini diharapkan dapat mendedahkan murid-murid
kepada berbagai hidupan serta menikmati keindahan dalam negara sendiri.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Lawatan ini disertai oleh 34 orang murid dan diiringi oleh 10 orang guru.
6.0 TARIKH LAWATAN
17 hingga 18 Oktober 2015/ Sabtu hingga Ahad.
4
7.0 JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM LAWATAN KE CAMERON
HIGHLAND
Pengelola Pelancongan : Hajah Kamariah Bt Bakar
Pengurus Pelancongan : Hajah Khairiah Bt Khalid
Setiausaha : Rozinara Binti Idrus
Bendahari : Siti Zaharinah Bt Othman
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND
Dokumentasi : Farahida Bt Osman
Brosur : Zuraida Bt Kamarudin Sohami
Makan & Minum : Noor Eiashah Bt Md Yasan
Peralatan & Kecemasan : Mohd Faiz Firdaus Bin Mahasan
Jurugambar : Mohd Shahrul
Kawalan &
Keselamatan Murid : Semua guru pengiring
8.0 ANGGARAN BELANJAWAN
BIL PERBELANJAAN RM
1. Pengangkutan RM1800.00
2. Penginapan RM 900.00
3. Makan dan minum RM 820.00
JUMLAH RM3520.00
Perbelanjaan Individu ~ RM3520.00 / 44 orang = RM80.00
5
9.0 TENTATIF PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
TARIKH MASA AKTIVITI
17.10.2015
Sabtu
07:00 pg
10:00 pg
12:30 tgh
02:00 ptg
03:00 ptg
05:00 ptg
08:00 mlm
09:00 mlm
Bertolak dari SMK Rantau Panjang
Sarapan pagi di R&R Tapah
Makan tengahari di Pekan Brinchang
Solat Zohor & melawat MARDI
Melawat Big Red Strawberry
Check- in hotel
Makan malam
Night Market di Brinchang
18.10.2015
Ahad
08:00 pg
09:00 pg
11:00 pg
12:30 tgh
02:00 ptg
04:00 ptg
Sarapan pagi dan check-out hotel
Melawat Ladang Boh Tea, Sungai Palas
Shopping di ’Multi Crops Market’/ Pasar
Tani
Makan tengahari
Bergambar di Air Terjun Lata Iskandar
Bertolak pulang ke SMK Rantau Panjang
6
10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar lawatan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berjaya mencapai
objektif yang telah digariskan. Sehubungan itu, kejayaan program ini amatlah bergantung kepada
peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan aktiviti program berjalan dengan
lancar dan berkesan. Semoga aktiviti ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat.
Disediakan oleh:
...............................................
( )
KELULUSAN PENTADBIRAN
Setelah saya menyemak dan meneliti kertas kerja Program Lawatan Sambil Belajar ke Cameron
Highland, Pahang yang dianjurkan oleh Kelab Koperasi Sekolah menengah Kebangsaan Rantau
Panjang, Klang, Selangor, maka dengan ini, saya meluluskan program/projek ini untuk
dilaksanakan seperti yang dirancang.
Saya yang menurut perintah,
.................................................................
7
Top Related