PENGGUNAAN NOTEBOOK DAN PROJEKTOR LCD OLEH GURU-GURU
SAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN SATU DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
LILY KUOK MING LING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGGUNAAN NOTEBOOK DAN PROJEKTOR LCD OLEH GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN SATU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya LILY KUOK MING LING_________________ . (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
_________________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 26F LORONG 11, ENCIK JOHARI BIN HASSAN JALAN OYA, Nama Penyelia 96000 SIBU, SARAWAK Tarikh:__________________ Tarikh:___________________
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : EN. JOHARI BIN HASSAN
Tarikh : ……………………………
UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGGUNAAN NOTEBOOK DAN PROJEKTOR LCD OLEH GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN SATU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya LILY KUOK MING LING_________________ . (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
_________________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 26F LORONG 11, ENCIK JOHARI BIN HASSAN JALAN OYA, Nama Penyelia 96000 SIBU, SARAWAK Tarikh:__________________ Tarikh:___________________
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : EN. JOHARI BIN HASSAN
Tarikh : ……………………………
PENGGUNAAN NOTEBOOK DAN PROJEKTOR LCD OLEH GURU-GURU
SAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN SATU DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
LILY KUOK MING LING
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARY, 2004
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………
Nama Penulis : LILY KUOK MING LING
Tarikh : ………………….…………
iii
DEDIKASI
Buat ayah (KUOK ING CHIONG) dan ibu (LAU SOO KIANG) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini ….
Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang
disayangi,
Mu amat bermakna dalam diri ini,
kerjayaanku, kejayaanmu jua ….
Buat teman (HOVINCE) yang dicintai,
Sokongan dan bantuanmu akan kuhargai
selamanya ….
Buat pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan
tidak akan saya lupai ….
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
akan kukenangi selamanya ….
iv
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada
penyelia projek sarjana muda, En. Johari Bin Hassan atas bimbingan dan dorongan
yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek Sarjana Muda ini. Beliau
telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyempurnakan
projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Kerjasama daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Johor Bahru, 13 buah Sekolah Menengah di sekitar Skudai dan Kulai,
guru-guru serta pihak yang terlibat amat dihargai.
Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah-pensyarah yang telah
mencurahkan ilmu dan bakti sepanjang pengajian. Ucapan jutaan terima kasih turut
ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan khususnya kepada pelajar-pelajar
4 SPA sesi 03/04 yang banyak membantu dalam menjayakan projek ini. Tanpa
sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas, projek Sarjana Muda ini
tidak akan disiapkan dengan begitu lancar dan sempurna.
v
ABSTRAK
Guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu kini dibekalkan dengan notebook
dan projektor LCD. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti bentuk penggunaan
notebook dan projektor LCD oleh guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan ini juga melihat tanggapan guru-guru Sains
dan Matematik Tingkatan satu serta mengetahui masalah-masalah yang timbul dalam
penggunaan notebook dan projektor LCD. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru
Sains dan Matematik Tingkatan satu bagi sekolah menengah di Daerah Johor Bahru.
Sampel kajian ini terdiri daripada 64 orang guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan
satu yang dipilih secara rawak berkumpulan. Data diperolehi melalui borang soal selidik
dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social
Sciences) versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan responden kerap menggunakan
notebook dan projektor LCD sebagai bahan bantu mengajar dalam kelas yang diajar.
Kebanyakkan mereka berpendapat bahawa notebook dan projektor LCD yang dibekalkan
telah banyak memudahkan kerja mereka. Masalah yang paling utama dirasai oleh guru-
guru adalah penyimpanan notebook dan projektor LCD sebagai suatu tanggungjawab yang
membebankan.
vi
ABSTRACT
Notebook and LCD projector have been provided for all Science and Mathematics
teachers who teach Science and Mathematics in English. The aim of the study is to
identify the type of usage of notebook and LCD projector. This survey research was
conducted on the Form one Science and Mathematics teacher to find out their perception
and the problem faced by them while using notebook and LCD projector. The research
population was Form one Science and Mathematics teachers from secondary school at
Johor Bahru District and only 64 of them were selected as respondents. The data was
collected by a questionnaire and was analysed by using SPSS (Statistical Package for
Social Sciences) version 11.0. The Findings of the study showed that respondents used
notebook and LCD projector as teaching aids in their class quite frequently. Most of the
respondents agreed that the usage of notebook and LCD projector had made their work
easier. The main problem faced by the teachers was the keeping of notebook and LCD
projector as a burden responsibility.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
BAB I
BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
viii
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Definisi Kajian 7
1.9 Kesimpulan 9
BAHAGIAN DUA
BAB II
BAB II SOROTAN PENULISAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Perkembangan Komputer Dalam Bidang
Pendidikan Masa Kini 11
2.3 Komputer Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia 13
2.4 Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Komputer
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah 15
2.5 Kajian Yang Lepas 17
BAHAGIAN TIGA
BAB III
BAB III METODOLOGI 18
3.1 Pengenalan 18
3.2 Reka bentuk Kajian 19
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 19
3.4 Instrumen Kajian 21
3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 21
3.4.2 Bahagian B: Item Soal Selidik 21
3.4.3 Bahagian C: Item Soal Selidik 22
ix
3.4.4 Bahagian D: Item Soal Selidik 23
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 24
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan
(Kajian Rintis) 24
3.7 Jangka Masa Kajian 25
3.8 Analisis Data 26
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV
BAB IV ANALISIS DATA 27
4.1 Pengenalan 27
4.2 Latar Belakang Responden 28
4.3 Analisis Persoalan Kajian 31
4.3.1 Persoalan Kajian Satu: Bentuk
Penggunaan Notebook dan projektor LCD
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Oleh
Guru-guru Sains dan Matematik
Tingkatan Satu 33
4.3.2 Tanggapan Guru-guru Sains dan Matematik
Tingkatan Satu Tentang Penggunaan
Notebook dan projektor LCD Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran 35
4.3.3 Masalah Yang Timbul Dalam
Penggunaan Notebook dan projektor LCD
Oleh Guru-guru Sains dan Matematik
Tingkatan Satu 38
4.4 Kesimpulan
40
x
BAHAGIAN LIMA
BAB V
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN 41
5.1 Pengenalan 41
5.2 Perbincangan 42
5.2.1 Bentuk Penggunaan Notebook dan
projektor LCD Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Oleh Guru-guru Sains
dan Matematik Tingkatan Satu 43
5.2.2 Tanggapan Guru-guru Sains dan
Matematik Tingkatan Satu Tentang
Penggunaan Notebook dan projektor LCD
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 44
5.2.3 Masalah Yang Timbul Dalam Penggunaan
Notebook dan projektor LCD Oleh Guru-guru
Sains dan Matematik Tingkatan Satu 45
5.3 Rumusan Kajian 46
5.4 Cadangan Kajian 47
5.4.1 Guru Sains dan Matematik 47
5.4.2 Pihak Pentadbir Sekolah dan Pengetua 47
5.4.3 Pihak Berkuasa Kementerian
Pendidikan Malaysia 49
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 49
5.6 Kesimpulan 49
xi
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI 50
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN 53 Lampiran A – B 53-60
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Nama Sekolah Menengah dan Bilangan Guru Sains dan
Matematik Tingkatan Satu. 20
3.2 Skala Lima Mata 22
3.3 Skala Lima Mata 22
3.4 Taburan Item Negatif Mengikut Bahagian 23
3.5 Jangka Masa Kajian 25
4.1 Nama Sekolah Menengah dan Bilangan Guru Sains dan
Matematik Tingkatan Satu 28
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 29
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 29
4.4 Taburan Responden Mengikut Subjek Yang Diajar
Di Tingkatan Satu 30
4.5 Taburan Responden Mengikut Jawatan Yang Disandang 30
4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 31
4.7 Pengelasan Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 32
4.8 Pengelasan Skala Lima Mata Kepada Tiga Bahagian 32
4.9 Analisis Responden Terhadap Bentuk Penggunaan Notebook
dan projektor LCD Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 34
4.10 Analisis Responden Terhadap Tanggapan Guru-guru Sains
dan Matematik Tingkatan Satu Tentang Penggunaan Notebook
dan projektor LCD Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 37
4.12 Analisis Responden Terhadap Masalah Yang Timbul
Dalam Penggunaan Notebook dan projektor LCD Oleh
Guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan Satu 39
xiii
SENARAI SINGKATAN
ICT Teknologi dan Komunikasi Maklumat
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
LCD Liquid Crystal Display
MSC Multimedia Koridor Raya
LLN Lembaga Lektrik Negara
ComIL Computer Integrated Learning
KPD Komputer dalam Pendidikan
EPU Unit Perancangan Ekonomi
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 53
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari
Kementerian Pendidikan Malaysia 59
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Aspirasi kita untuk menjadi negara perindustrian yang maju di dunia
bergantung besar kepada bidang sains dan teknologi yang canggih. Kejayaan
dalam menyediakan pendidikan Sains dan Matematik pada peringkat awal
akan menjamin masa depan sebuah masyarakat berpengetahuan yang mampu
bersaing di arena antarabangsa.
Adalah dimaklumkan, Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan
bahasa hubungan antarabangsa. Sebahagian besar maklumat terkini
mengenai Sains dan teknologi juga ditulis dan disampaikan dalam Bahasa
Inggeris. Berikutan dengan kesedaran ini, pada Jun 2002 suatu mesyuarat
Jemaah Menteri telah membuat keputusan di mana pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam Bahasa Inggeris bagi
Tahun satu, Tingkatan satu, dan Tingkatan enam rendah mulai Tahun 2003.
Langkah ini akan membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai
perkembangan terkini dalam bidang Sains dan Matematik di samping
meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber.
Pada masa yang sama, ini memberi peluang kepada guru dan pelajar
menggunakan Bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi
2
dalam bahasa tersebut. Guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik juga
dibekalkan dengan alat bantu mengajar ICT (Teknologi dan komunikasi
maklumat) seperti notebook dan projektor LCD yang menjadikan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik lebih
menarik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak dari dahulu lagi, pelbagai perubahan telah berlaku dalam sistem
pendidikan dunia seiring dengan pelbagai penemuan baru dalam dunia
teknologi maklumat dan komunikasi manusia. Ini boleh dilihat dari segi
pelbagai teknologi baru diperkenalkan serta diaplikasikan dalam sistem
pendidikan demi mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Dalam perubahan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris kali ini, kerajaan telah melabuhkan sejumlah kos
yang besar dalam menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
yang canggih seperti notebook dan projektor LCD kepada guru-guru yang
mengajar subjek Sains dan Matematik. Pendekatan ini telah sekali lagi
memperkasakan teknik dan cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah
sebelum ini.
Berdasarkan kepada isu pengajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris ini, kerajaan telah menggariskan dua matlamat utama
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris. Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad,
matlamat yang pertama adalah membolehkan pelajar mendalami dan
memahami dua bidang ilmu itu secara lebih berkesan, sekali gus
dimanfaatkan untuk pembangunan serta kemajuan negara. Selain itu,
3
matlamat yang kedua ialah untuk membantu pelajar meningkatkan
penguasaan dalam bahasa berkenaan berbanding hanya mempelajarinya
melalui subjek itu sendiri. (Berita Utama Puteri, 2003)
Walau bagaimanapun, mesyuarat khas jemaah menteri pada 19 Julai
2002 telah menimbang strategi yang dicadangkan oleh jawatan kuasa
pelaksanaan dan memutuskan beberapa langkah perlaksanaan supaya sistem
pendidikan baru ini dapat dijalankan dengan lancar.
Dari segi penyebaran maklumat, maklumat mengenai pelaksanaan
disebar luas melalui program Road-Show kepada pengetua / guru besar,
pegawai jabatan pendidikan negeri, pegawai pejabat pendidikan daerah, ibu
bapa serta masyarakat umum. Ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia
betul-betul memahami dan mengetahui perubahan yang telah berlaku di
dalam sistem pendidikan kita serta memberikan sokongan bagi menjayakan
dasar ini.
Selain itu, semua guru yang mengajar Sains dan Matematik telah
menjalani latihan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama, kursus
orientasi kurikulum Sains dan Matematik bagi sekolah rendah dan menengah
akan dijalankan. Latihan profisiensi Bahasa Inggeris melalui Kursus 2 days
on-site dan 5 days Full immersion pula akan dilaksanakan pada peringkat
kedua. Akhirnya, satu latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan
notebook dan projektor LCD juga akan dijalankan supaya guru-guru kita
lebih yakin semasa menggunakan kemudahan ICT yang disediakan. Seramai
27,543 guru telah menerima latihan dan ini termasuk 2,585 dari sekolah jenis
kebangsaan Cina dan 927 dari sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Justeru, keutamaan akan diberikan kepada pembekalan infrastruktur
ICT seperti notebook dan projektor LCD. Projektor LCD dan skrin serta
bahan-bahan interaktif juga akan dibekalkan kepada sekolah-sekolah. Di
samping itu, set generator akan dibekalkan kepada sekolah yang tidak ada
bekalan elektrik. Peruntukan ‘one-off’ sebanyak RM 5,000 – RM 15,000
4
juga diberikan kepada sekolah untuk membeli peralatan tambahan. Begitu
juga dengan bahan-bahan rujukan yang bercorak Sains yang dibekalkan ke
sekolah-sekolah.
Seterusnya, bahan-bahan sokongan seperti teaching courseware
dalam Bahasa Inggeris, skrip pengajaran Bahasa Inggeris serta pakej buku
teks tambahan yang mengandungi buku jilid satu dan dua, buku aktiviti
murid, buku panduan guru, CD-Rom guru dan murid juga akan dibekalkan
kepada guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris merupakan
isu yang paling hangat diperkatakan dalam dunia Pendidikan Malaysia pada
tahun 2003. Di bawah sistem baru ini guru-guru yang mengajar Sains dan
Matematik telah dibekalkan dengan sebuah notebook dan projektor LCD
serta pelbagai kemudahan ICT agar dapat memudahkan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, masih terdapat suara bantahan di sebalik
perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Kenapa hal ini berlaku? Adakah ini bermakna guru-guru kita belum bersedia
atau tidak dapat menerima perubahan ini? Adakah mereka berasa selesa
dengan pengunaan notebook dan projektor LCD dalam pengajaran dan
pembelajaran? Begitu juga apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan
itu sebenarnya membantu ataupun membebankan guru semata-mata?
Persoalan-persoalan ini masih belum terjawab dengan konkrit. Begitu juga
setelah hampir setahun program ini dijalankan, apakah masalah-masalah
utama yang dihadapi oleh mereka masih belum dikenalpasti. Dari itu, adalah
suatu yang menarik untuk meneliti persoalan-persoalan di atas dengan
5
menjalankan suatu kajian untuk mengetahui apakah masalah sebenar yang
berlaku di sekolah-sekolah kita sekarang.
1.4 Objektif Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik cuba meninjau penggunaan notebook
dan projektor LCD dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-
guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dengan menggunakan Bahasa
Inggeris. Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut: -
1.4.1 Mengenal pasti bentuk penggunaan notebook dan projektor LCD oleh
guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam pengajaran
dan pembelajaran.
1.4.2 Mengenal pasti tanggapan guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan
satu tentang penggunaan notebook dan projektor LCD dalam
pengajaran dan pembelajaran.
1.4.3 Mengenal pasti masalah yang timbul dalam penggunaan notebook
dan projektor LCD oleh guru-guru Sains dan Matematik
Tingkatan satu.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru Sains dan Matematik
tingkatan satu bagi Sekolah Menengah di sekitar Johor Bahru. Di dalam
kajian ini, penyelidik cuba mencari jawapan berpandukan kepada pernyataan
masalah kajian dan beberapa persoalan yang timbul. Faktor-faktor yang
hendak diselidiki melalui kajian ini ialah :-
6
1.5.1 Apakah bentuk penggunaan notebook dan projektor LCD oleh guru-
guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam pengajaran dan
pembelajaran?
1.5.2 Apakah tanggapan guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu
tentang penggunaan notebook dan projektor LCD dalam
pengajaran dan pembelajaran?
1.5.3 Apakah masalah yang timbul dalam penggunaan notebook dan
projektor LCD oleh guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan
satu?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting bagi memperolehi maklumat tentang penggunaan
notebook dan projektor LCD di kalangan guru-guru Sains dan Matematik
Tingkatan satu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat-maklumat tentang penggunaan notebook dan projektor
LCD akan memanfaatkan pihak pentadbir sekolah supaya lebih memahami
bentuk penggunaan, tanggapan serta masalah yang dihadapi oleh guru-guru
Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam penggunaan notebook dan
projektor LCD. Dengan itu, pihak pentadbir sekolah dapat membuat
perancangan yang sewajarnya untuk menangani masalah yang dihadapi oleh
guru-guru.
Dengan adanya kajian ini juga, masalah-masalah yang dihadapi oleh
guru-guru di sekolah dapat diketahui dengan jelas oleh pihak berkuasa
Kementerian Pendidikan Malaysia dan ia boleh dijadikan satu garisan
panduan bagi mereka untuk mengenal pasti masalah yang timbul. Ini
7
membolehkan langkah yang seharusnya diambil oleh pihak berkuasa bagi
menangani masalah yang timbul.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini mengkaji tentang penggunaan notebook dan projektor LCD
oleh guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam pengajaran dan
pembelajaran. Responden dalam kajian ini terbatas kepada guru-guru Sains
dan Matematik Tingkatan satu yang mengajar dalam Bahasa Inggeris serta
menerima notebook dan projektor LCD sahaja. Ini bermakna guru-guru
Sains dan Matematik Tingkatan dua ke atas serta mereka yang tidak
mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta tidak
menerima notebook dan projektor LCD tidak termasuk dalam skop kajian ini.
Selain itu, kajian ini tidak melibatkan keberkesanan penggunaan
notebook dan projektor LCD di kalangan guru-guru Sains dan Matematik
Tingkatan satu. Pada masa yang sama, batasan terhadap penggunaan
notebook dan projektor LCD oleh guru-guru Sains dan Matematik ke arah
penggunaan selain dalam bidang pengajaran dan pembelajaran juga tidak
diambil kira seperti membeli-belah membuat kajian dan sebagainya.
1.8 Definisi Kajian
Bagi menjelaskan lagi perkara yang tidak jelas dalam tajuk kajian ini,
berikut merupakan definisi operasional dan huraian konsep bagi istilah-
istilah yang terdapat dalam kajian ini.
1.8.1 Penggunaan
8
Penggunaan berasal dari perkataan ‘guna’ yang bermaksud:
• Sesuatu yang mendatangkan faedah; manfaat.
• Perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu.
• Orang yang menggunakan sesuatu, mengambil faedah
daripada sesuatu benda.
(Kamus Pelajar Sekolah Menengah 1989 m.s 233)
Selain itu, penggunaan juga ditakrifkan sebagai perihal dalam
perbuatan menggunakan sesuatu atau pemakaian. (Kamus Dewan, 1998).
Dalam kajian ini penggunaan merujuk kepada manfaat notebook dan
projektor LCD kepada guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam
pengajaran dan pembelajaran.
1.8.2 Pengajaran
Menurut Ee Ah Meng (1999), pengajaran merupakan suatu sistem
aktiviti-aktiviti yang dituju kepada pelajar dengan tujuan membawa kepada
perubahan tingkah laku di kalangan pelajar.
Pengajaran dalam kajian ini merujuk kepada pengajaran Sains dan
Matematik Tingkatan satu berbantukan notebook dan projektor LCD.
1.8.3 Pembelajaran
Menurut Atan Long (1980), pembelajaran merupakan satu proses
yang bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh
9
pancaindera. Seterusnya, rangsangan diproses dan disimpan sebagai
pengalaman.
Justeru, Morgan dan King dalam buku Introduction to Psychology
pula mentafsirkan pembelajaran sebagai tingkah laku yang kekal, akibat
pengalaman yang diperoleh atau latihan yang telah dijalankan. (Mok Soon
Sang, 1997)
Manakala pembelajaran bagi kajian ini ialah pembelajaran Sains dan
Matematik Tingkatan satu berbantukan notebook dan projektor LCD.
1.8.4 Notebook dan Projektor LCD
Dalam kajian ini, notebook merupakan sejenis komputer tetapi saiz
notebook adalah lebih kecil dan mudah dibawa ke kelas jika dibandingkan
dengan komputer. Projektor LCD pula akan digunakan bersama dengan
notebook. Ia berfungsi untuk memaparkan isi pelajaran yang disimpan di
dalam notebook ke atas skrin paparan yang disediakan dalam kelas.
1.9 Kesimpulan
Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang
latar belakang masalah, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif
kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, dan definisi istilah. Dengan
adanya elemen-elemen penting di atas, bab yang seterusnya iaitu Bab II
dapat dijalankan. Di bawah perubahan sistem pendidikan baru ini, guru
seharusnya dapat menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Ini penting dalam menjayakan sistem pendidikan yang baru serta
meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan perkembangan teknologi
multimedia.
Top Related