LUMBA JALAN KAKI
PENGENALAN Merupakan acara olahraga dalam kategori perlumbaan
jarak jauh.
Sebelah kaki mesti berada dalam keadaan bersentuhan
dengan jalan atau trek larian pada setiap masa
perlumbaan.
Jarak langkahan adalah dikurangkan, oleh itu bagi
mencapai satu kelajuan yang diperlukan dalam
perlumbaan, peserta lumba jalan kaki mesti
mendapatkan satu kadar tempo atau irama semasa
larian.
Acara biasa dipertandingkan adalah 10 kilometer, 20
kilometer dan 50 kilometer.
KEMUNCULAN LUMBA JALAN KAKI Lumba jalan kaki berkembang sebagai salah satu daripada acara-
acara trek terawal yang diperkenalkan pada mesyuarat pertama
Persatuan Olahraga Amatur Inggeris pada 1880.
Catatan pertama lumba jalan kaki datang daripada percubaan untuk
menetapkan undang-undang bagi acara sukan lumba jalan kaki jarak
jauh yang popular pada abad ke-19, iaitu Pedestrianism.
Pedestrianism telah berkembang seperti juga sukan lumba kaki dan
menunggang kuda yang merupakan sukan yang popular bagi
golongan atasan British dan Amerika pada suatu masa dahulu, selain
menjadi tempat meraka untuk melakukan aktiviti pertaruhan.
Para peserta lumba jalan kaki telah menganjurkan kejohanan
lumba jalan kaki amatur Inggeris yang pertama pada 1866
yang dimenangi oleh John Chambers dan dihakimi dengan
undang-undang "fair heel and toe".
Peraturan yang agak kabur ini merupakan asas kepada
peraturan yang telah dikodkan semasa mesyuarat pertama
Persatuan Olahraga Amatur Inggeris pada 1880, yang
merupakan kemunculan olahraga moden.
Dengan bola sepak, kriket dan beberapa sukan lain dikodkan
peraturan permainannya pada abad ke-19, perubahan sukan
Pedestrianism kepada lumba jalan kaki amatur berlaku agak
lewat sama seperti kebanyakan sukan pada masa sekarang.
TAKRIF LUMBA JALAN KAKI
Pergerakan langkah yang berterusan
supaya langkah tersebut sentiasa
mencecah bumi, tidak ada jejak yang
tidak mencecah bumi berlaku yang
boleh kelihatan (pada mata kasar).
Kaki yang berada di hadapan
sentiasa lurus (tidak
membengkokkan lutut) dari mula
mencecah bumi sehinggalah keadaan
pejalan benar-benar tegak.
LUMBA JALAN KAKI DALAM SUKAN OLIMPIK Lumba jalan kaki merupakan acara olahraga dalam sukan
Olimpik yang dijalankan di trek atau di jalan raya dengan
jarak yang ditetapkan untuk acara tersebut adalah 20
kilometer bagi kedua-dua lelaki dan wanita serta 50 meter
bagi lelaki sahaja.
Acara lumba jalan kaki membuat kemunculan pertama
dalam sukan Olimpik moden adalah pada 1904 yang
dikenali sebagai acara lumba jalan kaki separuh batu, dan
telah dimasukkan ke dalam 10 acara dalam dekatlon.
Pada 1906, acara lumba jalan kaki yang
berdiri secara sendiri iaitu lumba jalan kaki
jarak 1,500m and 3,000m telah
diperkenalkan semasa sukan Olimpik, dan
kecuali pada 1924, terdapat sekurang-
kurangnya satu acara untuk lelaki bagi
setiap pertandingan lumba jalan kaki.
Pertandingan lumba jalan kaki bagi wanita
menjadi acara sukan Olimpik hanya pada
1992, setelah beberapa tahun diminta
diperkenalkan.
Kejohanan Piala Dunia bagi acara lumba
jalan kaki diadakan setahun dua kali, dan
acara lumba jalan kaki muncul dalam
Kejohanan Olimpik Dunia IAAF, Sukan
Komanwel dan Sukan Pan Amerika.
PERATURAN1. Peraturan pertama mewajibkan jari kaki belakang
peserta tidak boleh meninggalkan tanah
sehinggalah tumit kaki depannya menyentuh tanah.
Pelangggaran peraturan ini dikenali sebagai hilang
sentuhan atau ‘loss of contact’.
2. Peraturan kedua memerlukan kaki peserta yang
menyokong mesti diluruskan dari titik sentuhan
dengan tanah dan kekal lurus sehinggalah badan
peserta melepasi kaki yang menyokong tersebut.
Peraturan-peraturan ini adalah dinilai oleh mata kasar, yang boleh
mengundang kontroversi semasa peserta-peserta berada dalam
keadaan pergerakan yang laju.
Peserta mungkin melakukan kesalahan ‘loss contact’ untuk beberapa
milisaat dalam satu langkahan yang boleh dikesan dengan
menggunakan filem kelajuan tinggi, akan tetapi fasa apungan peserta
semasa berlumba adalah tidak mampu dikesan dengan mata kasar.
Peserta perlu mengekalkan keadaan badannya supaya rendah
dengan tanah (mengelakkan fasa apungan) dengan cara
mengekalkan ayunan lengannya dalam keadaan rendah, iaitu
dihayun separas punggung.
Jika terdapat seseorang ternampak bahu peserta lumba jalan
kaki naik tinggi, hal itu mungkin merupakan satu tanda
bahawa peserta tersebut ‘loss contact’ dengan tanah. Apa
yang menjadikan keadaan pangkal paha berputar secara
berlebihan adalah disebabkan oleh puturan penuh pelvis oleh
peserta. Peserta perlu menggerakkan pelvis ke depan dan
juga mengurangkan pergerakan sebelah kaki lagi dalam usaha
untuk mencapai daya landaran ke depan yang maksimum.
Kelajuan dicapai dengan cara melangkah dengan laju iaitu mengantikan
kaki yang melangkah secara pantas. Hal ini akan dapat mengurangkan
risiko berlakunya keadaan kaki meninggalkan tanah (fasa apungan).
Langkahan yang dibuat adalah pendek dan pantas, dengan daya tolakan ke
depan datang daripada bebola kaki, yang juga dapat mengurangkan risiko
hilang sentuhan dengan tanah.
Peserta lumba jalan kaki bertaraf dunia (lelaki dan perempuan) secara
puratanya dapat melakukan bawah tujuh dan lapan minit per batu (atau
bawah empat dan lima minit perkilometer), dalam acara 20 kilometer (12.4
batu) perlumbaan jalan kaki.
KESALAHAN
Berlaku apabila kedua-dua belah kaki dilihat tidak
bersentuhan dengan tanah. Sebelah kaki sepatutnya
bersentuhan dengan tanah pada setiap masa.
1. KEHILANGAN SENTUHAN DENGAN TANAH/ TERAPUNG
Berlaku apabila kaki yang menyokong dihadapan
gagal dilihat diluruskan semasa bersentuhan dengan
tanah dan juga gagal untuk mengekalkan kaki yang
menyokong di hadapan supaya sentiasa lurus
sehinggalah badan melepasi kaki yang menyokong
tersebut
2. MEMBENGKOKKAN LUTUT
ASPEK PENILAIAN Tiga hakim akan ditugaskan memberi amaran
kepada seseorang peserta yang melakukan
perlanggaran peraturan yang boleh
menyebabkannya penyertaannya terbatal.
Terdapat sebuah papan markah yang diletakkan
pada laluan acara lumba jalan kaki supaya para
peserta dapat melihat tahap perlanggaran
peraturan yang telah mereka lakukan.
Jika perlanggaran peraturan yang ketiga dilakukan oleh
seseorang peserta, ketua hakim akan membatalkan
penyertaannya dengan mengangkat papan bet bewarna
merah.
Bagi tujuan pemantauan yang baik, perlumbaan lumba
jalan kaki adalah lebih sesuai diadakan di trek.
Seseorang hakim berkuasa untuk memberi amaran kepada
peserta yang berada dalam keadaan melanggar peraturan
lumba jalan kaki seperti kesalahan hilang sentuhan dengan
tanah atau membengkokkan lutut dengan mengangkat
papan bet khas untuk kesalahan tersebut.
Seseorang hakim hanya diberikan kuasa mengangka
tpapan bet kesalahan untuk seorang sahaja peserta yang
melakukan kesalahan dan ketua hakim tidak dibenarkan
mengangkat papan bet kesalahan. Tugas ketua hakim
adalah hanya untuk membatalkan penyertaan peserta
yang telah melakukan tiga kali kesalahan peraturan acara
lumba jalan kaki.
Pembatalan penyertaan peserta adalah sesuatu yang
biasa dalam kejohanan tahap elit, seperti kes popular
yang berlaku pada Jane Saville yang telah dibatalkan
penyertaannya ketika dia sudah berada dalam keadaan
hampir memenangi pinga temas di hadapan ribuan
penyokongnya dalam kejohanan Olimpik musim panas
2000.
PAPAN BET
1. Papan bet amaran yang dipegang hakim perlulah bewarna
kuning. Papan bet pembatalan penyertaan yang dipegang
ketua hakim perlulah bewarna merah.
2. Adalah sangat penting semua papan bet yang digunakan
hakim dan ketua hakim diperbuat daripada bahan plastik
tahan lasak dan tidak mudah rosak.
3. Papan bet yang paling sesuai digunakan adalah
panjangnya dari hujung pemeganghingga ke bahagian atas
adalah kira-kira 11 inci (28 cm) dan diameter bulatannya
adalah kira-kira 5 inci (13 cm), supaya ianya dapat dilihat
oleh peserta dengan baik.
Papan bet kesalahankehilangan sentuhan
dengan tanah.Papan bet kesalahan membengkok lutut.
Papan bet pembatalan penyertaan.
PERJALANAN PERLUMBAAN
Dalam Lumba Jalan Kaki melebihi 20km,
peserta boleh meninggalkan laluan
atau balapan dengan kebenaran dan
pengawasan seorang Hakim, asalkan
tindakannya tidak mengurangkan jarak
yang patut dilaluinya.
STESEN PERSEGARAN Air dan minuman persegaran hendaklah
disediakan di permulaan dan penamat semua perlumbaan.
Stesen persegaran hendaklah disediakan pada selang jarak yang sesuai, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan.
Bagi acara yang melebihi 10 km, stesen persegaran hendaklah disediakan pada setiap pusingan.
Peserta yang mengambil persegaran dari
tempat yang lain daripada stesen yang
disediakan boleh menyebabkan beliau
dibatalkan.
Tidak sama sekali pegawai peserta
berlari mengiringi peserta semasa
menghulurkan persegaran.
SEKIAN
Top Related