7/29/2019 M4- Faktor2 Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa.ppt
1/8
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
FAKTOR-FAKTOR YANGMEMPENGARUHI PEMEROLEHAN
BAHASA(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
MINGGU 4
7/29/2019 M4- Faktor2 Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa.ppt
2/8
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
PENGENALAN
Bahasa intipati aktiviti manusia.`Bahasa merupakan ciri-ciri minda yang unik dapt membezakan haiwan dengan manusia(Chomsky,1968).
Mengikut Chomsky lagi, alat pemerolehan bahasa (LAD) wujud dalam minda manusia sejakdia dilahirkan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
FAKTOR VARIASI INDIVIDU
Jakobovits (1980) menyatakan beliau menerima perkembangan semulajadi membantupemerolehan bahasa seseorang
Setiap individu mempunyai kelainan dalam mempelajari bahasa.
Kita hanya boleh mempengaruhi faktor luaran sahaja.
Perubahan yang berlaku dalam pemikiran individu di luar jangkaan kita.
FAKTOR BAKAT BAHASASetiap individu memiliki kebolehan bahasa yang tersendiri.
Manusia tidak mempunyai kebolehan yang sama dalammempelajari bahasa.
Ia diperolehi melalui hubungan dalam keluarga, pengalaman di sekolah, berinteraksi denganmasyarakat, hubungan dengan rakan sebaya dan sebagainya.
7/29/2019 M4- Faktor2 Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa.ppt
3/8
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
FAKTOR BIMBINGAN DAN MOTIVASI
Apabila menghadapi masalah atau ada sesuatu keperluan, kanak-kanak memerlukanbimbingan dan motivasi daripada keluarganya atau guru. Contohnya guru di sekolahtadika mereka.
Bahasa akan digunakan untuk keperluan ini.
Oleh itu, akan muncul satu tahap di mana kanak-kanak menggunakan masa yangbanyak bercakap pada diri sendiri atau kepada siapa sahaja yang sedia mendengarmasalahnya dalam usaha pertama mencari penyelesaian dalam menghadapi
masalahnya.
Justeru itu, pemerolehan bahasa akan bertambah dari masa ke semasa.
7/29/2019 M4- Faktor2 Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa.ppt
4/8
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
FAKTOR PERSEORANGAN
FAKTOR JANTINA
Menurut kajian,kanak-kanak perempuan mempunyai kelebihan dalampenguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki.
Disokong Atan Long,iaitu kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakapdaripada kanak-kanak lelaki kerana pergerakan jasmani (alat saraf) kanak-kanakperempuan lebih cepat.
FAKTOR KESIHATAN
Mengikut hipotesis LAD
Pada waktu ini (umur 2-6 tahun) kanak2 mempelajari bahasa secara tidak sedar.
Bebelan (vokalisasi),holotrasa, telegratik, ayat kompleks
Jika dijangkiti penyakit peringkat ini, ia akan mengganggu alat artikulasi
(mengganggu kesihatan)
FAKTOR KECERDASAN
Konsepnya sangat rapat dengan ujian mengukur kecerdasan seseorang
Hasilnya : Kecerdasan berhubung rapat dengan kebolehan berbahasa.
7/29/2019 M4- Faktor2 Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa.ppt
5/8
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
FAKTOR PERSEKITARAN
KEHIDUPAN DALAM RUMAH TANGGA
Tidak jauh bezanya dengan kehidupan keluarga.
Ibubapa orang paling akrab nak-anak, pengaruhnya tentu mendalam.
Berlakunya komunikasi atau perhubungan bahasa.
Selalunya orang dewasa yang hadir akan memberi contoh membetulkan sebutan kanak-kanak. Sebutan yang didengar oleh kanak-kanak ini akan menjadi tiruan (Atan Long1978:295)
RAKAN SEBAYA
Berlaku secara formal seperti di tadika atau semasa bermain sesama mereka.
Komunikasi yang berlaku sewaktu bermain itulah yang menyebabkan berlakunya prosespengambilan perkataan, sesama rakan sebaya.
PERHUBUNGAN DALAM KELUARGA
Ia bermaksud perhubungan di antara individu di dalam sesuatu keluarga.Apakah mereka mempunyai hubungan yang mesra, kurang mesra atau tidak adakemesraan langsung.
Menurut Prof. Atan Long kanak-kanak daripada kelas atas dan menengah mendapatperhatian dan kasih sayang yang lebih daripada orang dewasa. Ini penting bagi kanak-kanak. Berlaku contohnya pada waktu makan bersama.
Anak tunggal selalunya mempunyai penguasaan bahasa yang lebih baik.
7/29/2019 M4- Faktor2 Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa.ppt
6/8
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
KEDUDUKAN SOSIO EKONOMI
Ia berkait rapat dengan taraf pendidikan dan kelas masyarakat sesebuah keluarga.Menurut Prof. Atan Long, kanak-kanak di dalam keluarga atasan dan pertengahan didapatibercakap lebih awal. Mereka lebih cepat berkebolehan untuk membentuk ayat danmempunyai struktur ayat yang lebih matang, berbanding kanak sebaya mereka daripadakelas rendah.
Berpunca daripada pendapatan keluarga. Keluarga berpendapatan tinggi lebih berupayamenyediakan berbagai jenis kelengkapan dan alat-alat permainan untuk kanak-kanak.
Alat permainan boleh berfungsi sebagai agen pemerolehan bahasa. Mereka mengaitkanobjekdengan makna. Dapat menambahkan perbendaharaan kata.
KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Yang ditekankan ialah dari segi geografinya, iaitu kawasan pinggir bandar, bandar,kampung, desa atau pedalaman.
Kanak-kanak tinggal di kawasan bandar mengetahui lebih banyak kata nama contohnyaberkaitan dengan alat-alat elektrik, jenis-jenis kenderaan, pakaian dan peralatan moden.
Kanak-kanak yang tinggal di kampung berpengetahuan terhadap jenis-jenis binatang,nama pokok, nama serangga dan sebagainya.
7/29/2019 M4- Faktor2 Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa.ppt
7/8
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
MEDIA MASSA
Yang banyak televisyen. Digemari oleh kanak-kanak kerana iamerangsang dua indera, iaitu pendengaran dan penglihatan, yang berlakuserentak.
Kanak-kanak meminati siaran kartun dan iklan. Ia ringkas danbersesuaian dengan kebolehan bahasa kanak-kanak.
PENDEDAHAN DAN RANGSANGAN
Kanak-kanak yang aktif pemerolehan bahasanya, biasanya banyakmenerima ransangan dan pendedahan melalui pergaulannya.
Maksudnya kanak-kanak banyak memperoleh dorongan untuk berbahasadan bersedia pula bekerjasama untuk menjayakan komunikasi tersebut.
Sekiranya tiada pendedahan, sukarlah bagi seseorang kanak-kanak itumenguasai bahasa. Kalau tiada pendedahan, maka penguasaan bahasa
juga tidak akan berlaku. (Abdullah Hassan, 1980:261)
7/29/2019 M4- Faktor2 Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa.ppt
8/8
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
KESIMPULAN
Untuk memperoleh bahasa, kanak-kanak memerlukan hubungan terus denganobjek dan memerlukan kehadiran orang dewasa untuk memandunya(mengulang-ulang sebutan) supaya ia dapat menarik erti daripadanya.
Proses pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak akan berlaku tanpa kehadiranfaktor-faktor persekitaran di dalam kehidupan kanak-kanak itu.
Menurut Asmah Hj. Omar pengetahuan bahasa tidak akan tercapai olehseseorang kanak-kanak jika dia tidak pernah mendengar orang lain bertutur.(Asmah Hj. Omar, 1981:273).
Top Related