No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
2. PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
3. TUJUAN MANUAL 5
4. LATAR BELAKANG 5-6
5. DEFINISI 6
6. OBJEKTIF 6
7. CARTA 7
8. SUMBER KUASA 7
9. SKOP KERJA 7-8
10. CARTA ALIRAN 9
11. PROSES KERJA 9
12. PENUTUP 9-10
13. LAMPIRAN 10
14. CARTA ORGANISASI UNIT PELABURAN & PERDAGANGAN 11
15. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELABURAN DAERAH KLANG
12
16. SUMBER KUASA (AKTA) 13
17. CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM MESRA PELABUR
(TURUN PADANG/ LAWATAN TAPAK)
14
18. CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM MESRA PELABUR
(ADUAN/ LAPORAN)
15
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Seperti mana yang kita ketahui pelaburan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana perkembangan ekonomi dalam sesebuah negara. Ekoran daripada perkembangan tersebut MPK mengalu-alukan kedatangan para pelabur tempatan dan asing untuk membuat pelaburan di Daerah Klang. Ini secara tidak langsung dapat menggalak dan menjana pertumbuhan ekonomi Daerah Klang secara berterusan dan menerokai pelaburan berasaskan potensi dan sumber sedia ada. Bagi memantapkan kemasukan pelabur asing program mesra pelabur merupakan salah satu program yang dibentuk untuk membantu para pelabur menyelesaikan sesuatu isu dan permasalahan yang mereka hadapi di bawah kawasan pentadbiran MPK. Selain itu juga, manual ini akan dapat menjadi bahan rujukan kepada pihak-pihak lain khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain yang sedang atau ingin menarik pelabur ke kawasan mereka.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 4
Mohd Ikhsan Bin Mukri
Setiausaha MPK
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia-Nya, Jabatan Korporat
sebagai salah sebuah jabatan terpenting di Majlis
Perbandaran Klang telah berjaya menyediakan 15
Manual Prosuder Kerja yang meliputi pelbagai
aspek / bidang tugas Jabatan. Manual prosuder ini adalah betujuan
sebagai panduan dan bahan rujukan dalam melaksanakan tugas dengan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Manual-manual ini terdiri
daripada :
1) Manual Prosedur Tempahan Kemudahan Sukan
2) Manual Prosedur Proses Peruntukkan Penggerak Belia Tempatan
3) Manual Prosedur Penyewaan Tanah Lapang MPK
4) Manual Prosedur Penyertaan Pasukan MPK
5) Manual Prosedur Tempahan Peralatan Logistik
6) Manual Prosedur Tempahan Kombo Dan Kumpulan Kesenian
7) Manual Prosedur Penggunaan Sistem Siaraya
8) Manual Prosedur Program Tarikan Keusahawan
9) Manual Prosedur Program Mesra Pelaburan
10) Manual Prosedur Lawatan Dalaman Dan Luaran
11) Manual Prosedur Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
12) Manual Prosedur Pelaksanaan Program Zon Bersih
13) Manual Prosedur Pelekat Kenderaan OKU
14) Manual Prosedur Pelaksanaan Pemberian Sumbangan Bencana
Alam Dan Sumbangan Ehsan
15) Manual Prosedur Mpengurudan Skuad 3S
Adalah diharapkan Manual yang telah disediakan ini dapat menjadikan
Jabatan Korporat sebagai salah sebuah jabatan pemangkin kepada Majlis
Perbandaran Klang menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan tertua di
Malaysia yang terus memacu serta menyokong segala pembangunan yang
akan dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Klang selaras dengan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 5
hasrat dan visi MPK ke arah merealisasikan Klang sebagai Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 melalui perancangan dan pengawalan
pembangunan yang mampan serta dapat memberikan perkhidmatan bandar
yang berkualiti melalui tadbir urus yang cemerlang untuk keseluruhan
masyarakat klang yang gemilang.
Dawari Bin Daud
Pengarah Korporat
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
1.3 Berfikir di luar kotak adalah cara berfikir di luar batasan
masalah yang ada dengan mengaplikasikan konsep “Blue Ocean Strategy”.
1.4 Menyediakan satu garis panduan bagi membantu para pelabur menyelesaikan isu dan permasalahan yang mereka hadapi.
1.5 Mengalakkan cara berfikir baru di luar kebiasaan dari cara berfikir yang sebelumnya,
1.6 Mengalakkan cara berfikir yang berbeza daripada orang lain pada umumnya,
1.7 Berfikir di luar kotak adalah cara berfikir di luar batasan masalah yang ada dengan mengaplikasikan konsep “Blue Ocean Strategy”.
1.8 Menjadi kemudahan rujukan kepada pegawai dan kakitangan dalam pelaksanaan program mesra pelabur mengikut prosedur yang betul dalam melicinkan sesuatu tindakan.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Daerah Klang berikutan arahan Yang Berhormat Bekas Menteri Besar mencadangkan setiap daerah di negeri Selangor mempunyai Jawatankuasa Pelaburan Daerah(Surat Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Bil.(5)dlm./IPK.Sel(S)2252 bertarikh 10hb Februari 2006 dirujuk)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 6
2.2 Mesyuarat MMKN pada 20 Disember 2005 juga telah
memutuskan supaya Unit Pelaburan & Perdagangan diwaujudkan di organisasi Pihak Berkuasa Tempatan. Rasional cadangan penubuhan Unit Pelaburan & Perdagangan di peringkat PBT ini adalah untuk menggalakkan dan menjana pertumbuhan ekonomi di sesuatu PBT secara berterusan serta menerokai peluang pelaburan baru berasaskan potensi dan prospek ekonomi di kawasan PBT berkenaan.
2.3 Salah satu program yang termasuk dalam Unit Pelaburan &
Perdagangan ialah program mesra pelabur yang memainkan peranan dalam membantu para pelabur menyelesaikan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka dari segi isu infrastruktur, penyelenggaraan, kebersihan, keselamatan dan kelulusan dari pihak majlis.
2.4 Tumpuan pelaburan adalah dari pelbagai bidang seperti
perdagangan, perkilangan, perkhidmatan, pelancongan dan hartanah.
3.0 DEFINISI
Program mesra pelabur merupakan satu program yang terlibat dalam sasaran kerja dalam Bahagian Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Perhubungan Antarabangsa. Ia merupakan program yang dapat membantu para pelabur dalam menyelesaikan isu dan permasalahan yang mereka dihadapi. Dalam masa yang sama program ini merupakan satu platform untuk memberi bantuan khidmat nasihat kepada para pelabur baru dan sediada.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mempromosikan Daerah Klang sebagai destinasi pelaburan mengikut sumber ekonomi dan kemudahan prasarana sediada.
4.2 Pihak Majlis Perbandaran Klang adalah komited untuk
menyediakan maklumat yang komprehensif, memberi khidmat nasihat serta bantuan kepada para pelabur yang ingin membuat pelaburan dan membuka operasi perniagaan di kawasan Majlis .
4.3 Menjana pelaburan dan menggalakkan perindustrian di Daerah
Klang sebagai pusat pelaburan dan perdagangan yang strategik untuk para pelabur luar negara dan dalam negara.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 7
4.4 Mengenalpasti projek-projek baru bagi meningkatkan potensi daerah sebagai pusat pelaburan yang memberi pulangan kepada semua pihak.
5.0 CARTA ORGANISASI
5.1 Carta Organisasi Bahagian Pelaburan, Pembangunan Usahawan & Perhubungan Antarabangsa adalah seperti di Lampiran 1.
5.2 Ahli Jawatankuasa Pelaburan Daerah Klang adalah seperti di
Lampiran 2.
6.0 SUMBER KUASA
6.1 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 (Akta 327) 6.2 Arahan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(Pemerbadanan 1965 Akta 397) 6.3 Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 6.4 Arahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor
(Mesyuarat MMKN bertarikh 26 Oktober 2005 dan Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bil. (5)dlm./IPK.Sel(S)2252 bertarikh 10 Februari 2006 dirujuk)
(Segala butiran adalah seperti di Lampiran 3)
7.0 SKOP KERJA
Tugas-tugas Bahagian Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Perhubungan Antarabangsa Majlis Perbandaran Klang adalah seperti berikut:
7.1 Bertanggungjawab untuk mempromosikan Daerah Klang
sebagai pusat pelaburan dan perdagangan yang terkini.
7.2 Bertanggungjawab untuk menarik para pelabur tempatan dan
luar negara untuk membuat pelaburan di daerah klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 8
7.3 Mewujudkan Pusat Informasi Pelaburan yang berperanan untuk memberikan maklumat tentang peluang pelaburan yang terdapat di Daerah Klang.
7.4 Menyediakan laporan ekonomi pelaburan bertujuan untuk memberi maklumat yang terkini mengenai pelaburan dan perdagangan di Daerah Klang.
7.5 Mengadakan pameran/promosi/misi pelaburan ke luar negara dalam usaha untuk menggalakan pelaburan di Daerah Klang.
7.6 Menyediakan mengemaskini data-data pelaburan yang berkaitan di Daerah Klang dari SSIC/ MIDA/ SMIDEC/ UPEN /Jabatan dalaman MPK bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang terkini setiap bulan.
7.7 Mengadakan pertemuan dengan pelabur sedia ada bagi mendengar aduan/masalah yang mereka hadapi melibatkan dengan pihak Majlis iaitu dari segi Kebenaran Merancang, Penyelesaian Status Tanah, Pelan Bangunan dan Sijil Layak Menduduki (CF).
7.8 Memberi bantuan/khidmat nasihat kepada para pelabur baru dan sedia ada
7.9 Menyediakan kemudahan maklumat tanah, lokasi, potensi kewangan, kegunaan jenis tanah dan sebagainya kepada para pelabur
7.10 Follow-up dengan para pelabur tempatan dan luar negara yang menunjukkan minat untuk membuat pelaburan di Daerah Klang
7.11 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan Daerah Klang & IPMC setiap 4 sekali setahun.
7.12 Mengetuai, mengawal dan meyelia kerja-kerja kakitangan Jabatan khususnya kakitangan yang berada di bawah kawalan (Bahagian Pelaburan)
7.13 Menentukan setiap kakitangan diberi tugas masing-masing dan memastikan semua kerja berjalan dengan lancar serta melaporkan kepada Ketua Jabatan mengenai sebarang masalah dan perkara kritikal
7.14 Menghadiri mesyuarat luaran di Selangor State Investment Centre (SSIC), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), MITI, MATRADE, Pejabat SUK, Port Klang Free Zone, Central Spectrum (M) Sdn Bhd, Lembaga Pelabuhan Klang, Invest Kuala Lumpur, agensi berkaitan perdagangan & usahawan
7.15 Mengadakan perjumpaan dengan dewan-dewan perniagaan Melayu, Cina, India, Kedutaan asing
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 9
7.16 Mengadakan lawatan bersama-sama pekilang dikawasan perindustrian di seluruh Daerah Klang
7.17 Mengadakan perjumpaan dengan para pelabur baru sama ada pelabur asing dan tempatan
7.18 Mengadakan dialog dengan para pekilang meliputi kawasan perindustrian Pulau Indah, Kapar, Meru, Klang dan Bukit Raja
7.19 Mengadakan lawatan tapak bersama pelabur-pelabur baru
8.0 CARTA ALIRAN
8.1 Program Mesra Pelabur dilaksanakan setiap bulan dimana Pegawai Pelaburan akan mengadakan lawatan tapak ke kawasan perindustrian dan kilang yang dipilih untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pelabur baru dan sediada. Dalam lawatan ini Bahagian Pelaburan akan membawa bersama Jabatan dalaman MPK (J. Kejuruteraan/ J. Kesihatan/ J. Perkhidmatan Persekitaran/ J. Pelesenan & Penjaja/ J. Penguatkuasa/ J. Bangunan/ J. Perancang Bandar & Desa/ J. Taman & Rekreasi/ J. Penilaian & Pengurusan Harta) dan Agensi luar seperti MIDA/ SSIC/ TNB/ JKR/ SYABAS/ TELEKOM/ JAS/ JPS/ Indah Water/ Bomba/ Polis dan lain-lain agensi berkaitan.
8.2 Program Mesra Pelabur juga dilaksanakan apabila mendapat laporan dan aduan yang dibuat oleh pihak pekilang/ MIDA/ SSIC/ Dewan Perniagaan Melayu, Cina, India dan FMM.
9.0 PROSES KERJA 9.1 Program Mesra Pelabur melibatkan dua peringkat :- 9.1.1 Turun padang/ Lawatan tapak (Carta Aliran Proses Kerja adalah seperti dilampiran 4) 9.1.2 Laporan dan aduan (Carta Aliran Proses Kerja adalah seperti dilampiran 5) 10.0 PENUTUP
Program Mesra Pelabur memainkan peranan penting dalam membantu
para pelabur sediada dan baru bagi menyelesaikan isu dan
permasalahan yang mereka hadapi dari sudut infrastruktur,
penyelenggaraan, kebersihan, keselamatan dan kelulusan yang
diperolehi daripada pihak Majlis dari aspek seperti berikut :-
10.1 Permohonan kebenaran merancang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 10
10.2 Pelan bangunan
10.3 Sijil layak menduduki (CCC)
10.4 Lesen perniagaan
Ini jelas menunjukkan bahawa pelaburan memainkan peranan yang
amat penting di dalam pembangunan sesuatu tempat tersebut kerana
ianya memberi satu impak kepada pertumbuhan ekonomi dan
seterusnya dapat mempertingkatkan sumber pendapatan negara.
Kemasukan berterusan bagi pelabur domestik dan asing ke dalam
sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan adalah usaha kerajaan
dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif. Kestabilan
politik, ekonomi dan sosial di Malaysia merupakan faktor-faktor penting
bagi pelabur membuat keputusan untuk melabur di negara ini,
khususnya di Daerah Klang. Tambahan pula langkah-langkah polisi
dan inisiatif mesra perniagaan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan
untuk memudahkan serta menjadi daya penarik kepada para pelabur.
Walaubagaimanapun persaingan global untuk menarik
pelaburan asing adalah sengit terutamanya daripada negara-negara
yang menawarkan pasaran meluas dan modal insan yang ramai.
Justeru itu, peranan Bahagian Pelaburan di setiap PBT negeri
Selangor hendaklah memainkan peranan penting dalam membantu
kerajaan bagi menarik para pelabur tempatan dan asing menanam
modal dan membuka operasi mereka dalam kawasan pentadbiran
PBT.
11.0 LAMPIRAN
Lampiran1 Carta Organisasi Bahagian Pelaburan Pembangunan Usahawan dan Perhubungan Antarabangsa
Lampiran 2 Ahli Jawatankuasa Pelaburan Daerah Klang Lampiran 3 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 (Akta 327) Arahan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(Pemerbadanan 1965 Akta 397) Akta Penyelarasan Perindustrian 1975
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 11
Arahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor (Mesyuarat MMKN bertarikh 26 Oktober 2005 dan Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bil. (5)dlm./IPK.Sel(S)2252 bertarikh 10 Februari 2006 dirujuk)
Lampiran 4 Turun padang/ Lawatan tapak Lampiran 5 Laporan dan aduan
UNIT PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
DAWARI BIN DAUD PENGARAH
MOHD FHARULISA BIN MD ISA
PEGAWAI TADBIR N41
UNIT PEMBANGUNAN USAHAWAN
PENOLONG PEGAWAI TADBIR TADBIR N27
UNIT PELABURAN & PERDAGANGAN
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
ZULHAINUDIN BIN AMIN PEMBANTU TADBIR N22Q
SITI NUR BALQIS BT. MOHD JAINI
PEMBANTU TADBIR N17
AHMAD SYAFIQ B. JAAFAR SIDEK
PEMBANTU TADBIR N17
KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR N17
PEMBANTU AM PEJABAT N1
LAMPIRAN 1
CARTA ORGANISASI UNIT PELABURAN & PERDAGANGAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 12
PENGERUSI • YANG DIPERTUA
TIMBALAN PENGERUSI • PENTADBIR TANAH DAERAH
AHLI JAWATANKUASA • KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SSIC BERHAD • WAKIL KEMENTERIAN PERDAGANGAN &
INDUSTRI, MITI • WAKIL LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN
MALAYSIA, MIDA • WAKIL SME CORP • WAKIL MATRADE • PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI • PENGARAH JABATAN KERJA RAYA DAERAH • PENGARAH JABATAN PERPARITAN & SALIRAN
DAERAH • PENGARAH PERANCANG BANDAR & DESA
NEGERI • POLIS DAERAH • TENAGA NASIONAL BERHAD KLANG • SYABAS KLANG • TELEKOM KLANG • GAS MALAYSIA BERHAD • INDAH WATER KONSORTIUM • LEMBAGA PELABUHAN KLANG • DEWAN PERNIAGAAN MELAYU/CINA/INDIA • CENTRAL SPECTRUM (M) SDN BHD/PKFZ
JABATAN DALAMAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
PENGARAH KEWANGAN PENGARAH KEJURUTERAAN PENGARAH PERANCANG BANDAR &
DESA PENGARAH PENILAIAN &
PENGURUSAN HARTA PENGARAH BANGUNAN PENGARAH TAMAN & REKREASI PENGARAH PENGUATKUASA PENGARAH PELESENAN & PENJAJA PENGARAH KORPORAT PENGARAH KOMUNIKASI &
PENGADUAN AWAM PENGARAH PERKHIDMATAN
PERSEKITARAN PENGARAH PUSAT SETEMPAT PEMANGKU PENGARAH KESIHATAN
LAMPIRAN 2
CARTA AHLI JAWATANKUASA PELABURAN DAERAH KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 13
LAMPIRAN 3
A. AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986 (AKTA 327)
B. AKTA LEMBAGA PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PEMERBADANAN 1965 AKTA 397)
C. AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975
D. SURAT PEKELILING SUK BIL. 2 TAHUN 2006
SUMBER KUASA
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 14
CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM MESRA PELABUR
12.1 Turun Padang/ Lawatan Tapak
A
D C
A
B
LAMPIRAN 4
MULA
Terima surat
Semak status
Memohon kelulusan cadangan program (Pengarah Jabatan)
Menyediakan surat/ memo maklum kepada Jabatan dalam MPK/ Jabatan & Agensi Luar
Program Mesra Pelabur (Turun padang/ lawatan tapak) dilaksanakan
Tindakan susulan Jabatan
Laporan
TAMAT
Tidak
Ya
Luar
Dalam
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 147 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Program Mesra Pelabur 15
CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM MESRA PELABUR 12.2 Aduan/ Laporan
LAMPIRAN 5
MULA
Terima Laporan/ Aduan
Semak status
Menyediakan surat/ memo maklum kepada Jabatan dalam MPK/ Jabatan & Agensi Luar
Program Mesra Pelabur dilaksanakan
Tindakan Jabatan
Laporan
TAMAT
Luar
Dalam
Top Related