7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
1/44
Makanan dan minuman orang Iban
HINAVA
HOME
Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava
Ginapan merupakan salah satu makanan kaum
Iban di Sarawak.Makanan ini selalunya disajikansemasa Hari Gawai.
http://totallydelicious.files.wordpress.com/2012/02/index.jpg7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
2/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
ASAL-USUL
Pada zaman pemerintahan kesultanan Brunei,seorang
pelayar dari China telah singgah di Sarawak.Di sana,pelayar
tersebut telah memperkenalkan sejenis makanan yangdipanggil Hinava.Dahulunya,ia berbentuk bulat dan
diperbuat daripada isi ikan sahaja.Pelayar tersebut juga
memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat
Iban.Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk
membuatnya,mereka menambahkan isi ikanyu,udang,sotong dan sebagainya.Isi ikan juga dipotong
menjadi kecil.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
3/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
UMAIUmai merupakan sejenis makanan tradisional
masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai
'Sushi Sarawak' kerana disediakan daripada ikan
mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambilisinya dan diperap bersama limau dan bawang
merah. Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili
mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai
yang paling biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai
lebih sedap jika dihidangkan terus setelah
disediakan atau dihidangkan sejuk setelah
disimpan dalam peti sejuk.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
4/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
http://totallydelicious.files.wordpress.com/2012/02/umai.jpg7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
5/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
Manok PansohManok Pansoh adalah sejenis makanan dimana
ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan
makanan tradisional masyarakat Iban. Cara
menyediakannya sama seperti menyediakan lemang
di semenanjung.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
6/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh'
bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam
Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk
Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab
cara masakan ini berasal daripada
masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-
bahan lain seperti daging babi dan ikandisediakan mengikut cara yang sama.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
7/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
8/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
Cakar ayam
.Makanan tradisional kaum Iban yang pasti
ada di rumah panjang setiap kali perayaanGawai .
http://totallydelicious.files.wordpress.com/2012/02/cakar-ayam.jpg7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
9/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
Midin belacan
makanan tradisional orang iban .
http://totallydelicious.files.wordpress.com/2012/02/belacan.jpg7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
10/44
Makanan dan minuman orang Iban
PEKASAM ENSABI
Jeruk atau pekasam ensabi, makanan tradisional
kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi
jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanyayang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati
dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan
yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.
http://totallydelicious.files.wordpress.com/2012/02/jeruk.jpg7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
11/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban
pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis
beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam
bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai
"Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum
dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan
dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses
pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuatmenggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula
pasir supaya rasanya manis.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Berashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Beras_puluthttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gula_pasir&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gula_pasir&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gula_pasir&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gula_pasir&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gula_pasir&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Beras_puluthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Beras_puluthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Beras_puluthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Beras7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
12/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
Biasanya Tuak akan dihidangkan pada
perayaan tertentu seperti perayaan Gawai
Dayak, Gawai Hantu, Gawai Burung dan
sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban,
terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh,
Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara
mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa
kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,
muntah sekiranya diminum berlebihan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayakhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gawai_Hantu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Burunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Burunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Burunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Burunghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gawai_Hantu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gawai_Hantu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gawai_Hantu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
13/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
14/44
Makanan dan minuman orang Iban
HOME
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
15/44
sosial
HOME
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
16/44
BAHASA
Pada awalnya, dalam lingkupan sosial
masyarakat Dayak Kalimantan Tengah, bahasa
yang digunakan adalah bahasa Dayak.
Terdapat beberapa dialek bahasa Dayak,
seperti bahasa Dayak Ngaju, bahasa Dayak
Maanyan, Dusun, Bakumpai, dan lainnya.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
17/44
Dari beberapa jenis bahasa tersebut, bahasa
Dayak Ngaju boleh dikatakan adalah bahasa
yang paling popular di Kalimantan Tengah(diguna pakai oleh semua masyarakat
Kalimantan Tengah).
Boleh dikatakan bahawa bahasa Dayak Ngaju
merupakan bahasa pengantar (lingua franca)
di Kalimantan Tengah.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
18/44
CONTOH BAHASA IBAN
Anang manchal! - "Jangan nakal!"
Apa khabar? - Nama berita?
Siapakah nama anda? - Sapa nama nuan?
Siapa datang dengan anda? - Sapa enggau nuan?
Berapakah harga barang ini? - Berapa rega utai tu?
Dimana ___ ? - Dini alai ____ ?
Anda dari mana? - Ari ni penatai nuan?
Sekarang pukul berapa? - Pukul berapa diatu?
Sekarang pukul 5 - Diatu pukul 5 Saya mau pulang - Ka pulai dulu
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
19/44
Namun bahasa dayak ini semakin dilupakan
oleh masyarakat Iban ini sendiri.
Mereka lebih gemar menggunakan bahasa
banjar berbandaing bahasa dayak.
Ini terbukti apabila 90% daripada warga
sekolah termasuk pihak guru, pentadbir dan
pelajar menggunakan bahasa banjar sebagaibahasa komunikasi mereka.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
20/44
Kurangnya
kesedaran
dan juga
rasa bangga
terhadap bahasa
sendiri.
Generasi muda
merasa bahasa
dayak tidak moden
Kurangnya kemahuan
dari generasi muda
untukmempelajari
bahasa dayak
Faktor kelunturan
Bahasa dayak
HOME
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
21/44
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
22/44
Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur
menggunakan pisau atau kayu kerana
dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
Mereka tidak boleh menanam pokok pisang
supaya si bayi tidak berkepala besar.
Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam
di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akanlumpuh.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
23/44
Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke
dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam
rahim semasa dilahirkan.
Mereka dilarang menggali parit di kawasan
padi atau di mana-mana sahaja.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
24/44
BERSALIN
- Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh
masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi.
Pontong
- Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluhyang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran.
- Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
25/44
Potong Tali Pusat dan Berurut
Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segeradipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayidibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yangditenun cantik.
Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidandan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan
baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurutoleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi.
Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan
ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yangdibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuatdaripada kulit kayu.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
26/44
SELEPAS LAHIR
- Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepasbersalin.
a) Berpantang
Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepasmelahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akandiberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur.
Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan denganhalia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
27/44
b) Berdiang/ Bersalai
Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu
amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibuperlu duduk dekat dengan unggun api.
Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jeniskayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim digunkan ialah
kayu malam, manding atau langsat.
Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakitibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untukberdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi
asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
28/44
Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat
puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu
menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumahuntuk menghitung hari kelahiran.
Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakalaapabila selesai menjalani adat-adat ini.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
29/44
c) Tanggal Pusat
Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila
bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari.
Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara
perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat
matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam.
Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar
kesihatan bayi sentiasa terpelihara.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
30/44
d) Menamakan Bayi
Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi
nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir.
Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyaikesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut.
Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayiyang baru lahir itu seterusnya akan diberi namasempena nama salah seorang daripada nenekmoyangnya yang pernah berjasa dan handal.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
31/44
Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa sertamengikut jejak langkah nenek moyangnya itu.Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan dimana kepalan nasi akan diletak di atas papan yangtertulis nama-nama yang dipilih itu.
Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untukmembuat pilihan dan ini dikenali sebagai ManokTawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebutakan menjadi pilihan untuk menamakan bayitersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan
kepada saudara mara yang terdekat.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
32/44
e) Mandi Sungai
Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia
dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat inidijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai.
Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikanadat tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan
membawa seekor ayam dan panji-panji.
Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera danmenetak air sungai. Dua orang perempuan pula akanmengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan
seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kainpua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orangramai.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
33/44
Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supayabayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna.Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi
akan menetak air dan ayam disembelih.
Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayilelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merahyang digantung pada galah berayang. Manakala bagibayi perempuan pula, benang tersebut digantungpada galah laletan.
Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang
sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku danpemangku duduk di atas tawak atau gong yangdiletakkan di tengah-tengah ruai.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
34/44
Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan
dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air
rendaman batu penawar burung, cincin emas atau
wang ringgit lama.
Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan
dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas.Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak iaitu
menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan
makanan yang lebih banyak.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
35/44
f) Berkhatan
Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketikaberumur sepuluh tahun.
Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan
tidak disertai dengan kenduri.
Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar
sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban.
HOME
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
36/44
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
37/44
Semasakematian
Semasapengebumian
Selepas kematian
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
38/44
SEMASA KEMATIAN
- Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan.Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat
handai menghadirinya.
- Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapatiseseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukanoleh ahli keluarganya.
- Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaianyang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang jugaperlu digalang dengan dua batang alu.
- Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati
akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkandi tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan puakumbu yang dipanggil sapat.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
39/44
- Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayatdisediakan.
- Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di duniakeduanya kelak (dunia selepas mati).
- Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca
doa.
- Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurgatanpa sebarang halangan.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
40/44
- Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawakeluar dari rumah panjang.
- Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orangtua-tua akan berbincang tentang jangkamasa berkabung danberpantang.
- Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu
disuakan makanan menggunakan pinggan.
- Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanahmelalui celahan lantai.
- Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidakmenyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yangbaik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanyadihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
41/44
SEMASA PENGEBUMIAN
- Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankandi atasnya. Darah ayam itu dikatakan sebagai persembahankepada sempulang gana supaya menerima mayat itu.
- Ketika ini kaum wanita dilarang memasuki kawasanperkuburan. Lubang kubur digali tanpa menggunakansebarang senjata tajam.
- Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan.Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja kerana penggalikubur tidak boleh memasuki lubang itu.
- Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkandaripada memasuki lubang itu. Jika daun atau rumput ituturut terkubur, mereka percaya roh si mati akan menggangguorang yang masih hidup.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
42/44
- Sebuah pondok kayu dibina di atas kubur untukmelindungi kubur.
- Barang-barang tertentu kepunyaan si mati diletakkandi dalam pondok itu. Umpamanya, jika si matiseorang pahlawan, senjata kepunyaannya diletakkandi situ.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
43/44
SELEPAS KEMATIAN
- Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai.
Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagi keluarga si mati dansebulan bagi penghuni rumah panjang tersebut.
- Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumahselama tiga malam. Jika tidak, roh si mati akan pulang ke
rumah dan mengganggu orang yang masih hidup.
- Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan. Ahlikeluarga si mati juga dilarang memakai barang kemas danpakaian bewarna-warni.
- Setelah tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yangdihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetas ulitsebagai tanda tamat berkabung.
7/29/2019 Makanan Dan Minuman Orang Iban
44/44
- Tidak beberapa lama kemudian upacara bercerai bungadijalankan supaya roh si mati berada di dalam keadaan aman.Manang atau dukun menyanyi sepanjang malam meminta
supaya petara memisahkan roh si mati daripada roh orangyang masih hidup.
- Adalah dipercayai perpisahan tersebut akan berkekalan
selepas gawai orang mati diselenggarakan.
Top Related