UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
MAKLUM BALAS, PENGUKUHAN DAN MOTIVASI
INTRINSIK.
Setiap orang suka dan
mengharapkan kepada maklum balas.
Pakar motivasi profesional menggunakan
teknik asas berdasarkan prinsip
pengukuhan iaitu dengan mewujudkan
suasana yang menyeronokkan,
pertumbuhan dan penguasaan.
Pengukuhan ialah penggunaan ganjaran dan hukuman/dendaan yang
meningkatkan atau mengurangkan kemungkinan berlakunya tindak balas yang sama
pada masa hadapan. Prinsip ini bertunjang teguh di dalam teori modifikasi tingkah
laku dan pelaziman operan. Seorang pakar teori behaviourisme, B.F Skinner,
menyatakan pengajaran bersandar sepenuhnya di atas prinsip pengayaan. Sebagai
contoh, Skinner (1968) menyatakan hujahnya bahawa pengajaran adalah susunan
pengukuhan dalam proses pembelajaran. Guru mengurus dan menyusun
pengukuhan yang dapat mempercepatkan proses pembelajaran. Pemahaman
tentang prinsip pengukuhan diperlukan untuk memberikan maklum balas yang
membina kepada pelajar dan atlet.
1.0 Prinsip Pengukuhan
Walaupun terdapat banyak prinsip yang berkaitan untuk mengubah tingkah
laku, dua asas mendasari keberkesanan pengukuhan. Pertama, jika seseorang
berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan mendapat ganjaran, ia akan
terdorong untuk mengulangi perbuatan/perlakuan tersebut untuk memperoleh lebih
banyak kesan positif. Kedua, jika seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak
menyenangkan dan mendapat hukuman, ia akan cuba untuk tidak mengulangi
perbuatan/perlakuan yang tidak menyenangkan tersebut agar mereka dapat
mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang memberikan kesan
negatif.
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
Sebagai contoh, di dalam satu sesi pengajaran Pendidikan Jasmani yang
fokus kepada kemahiran melakukan hantaran dalam bola sepak. Guru berkata,
“Hantar bola kepada kawan yang tidak dijaga oleh pihak lawan – teruskan
permainan yang baik!”. Pemain berkemungkinan tinggi berusaha mengulangi cara
hantaran tersebut untuk mendapatkan lagi penghargaan daripada guru. Sekarang,
bayangkan seorang pemain bola tampar yang melakukan servis lompat dan bola
tersangkut pada net. Jurulatih menjerit, “Gunakan kepala awak – berhenti daripada
melakukan servis yang sedemikian!”. Kemungkinan besar pemain tersebut tidak
akan mengulangi servis lompat lagi kerana cuba mengelak daripada dimarahi oleh
jurulatih.
2.0 Pendekatan untuk mempengaruhi tingkah laku
Terdapat cara positif dan negatif untuk mengajar dan membimbing.
Pendekatan yang positif berfokus kepada pemberian ganjaran kepada tingkah laku
yang sesuai/baik. Sebaliknya, pendekatan yang negatif berfokus kepada pemberian
hukuman kepada tingkah laku yang tidak diingini. Pendekatan secara positif adalah
untuk menguatkan keinginan tingkah laku yang baik dengan memotivasikan
pelajar/pemain untuk melakukan semua tingkah laku positif. Pendekatan secara
negatif pula adalah untuk menghapuskan tingkah laku negatif melalui hukuman dan
kritikan.
Kebanyakan jurulatih menggunakan kedua-dua pendekatan iaitu positif dan
negatif dalam memberikan motivasi dan mengajar atlet-atlet mereka. Namun,
menurut Smith, 2006, pakar psikologi sukan bersetuju pendekatan utama dalam
sukan dan aktiviti fizikal sepatutnya positif. Bersikap positif membantu dalam
membina keyakinan dan harga diri yang membawa ke arah kejayaan (Pitino1998).
3.0 Panduan untuk menggunakan pengukuhan positif
Pakar psikologi sukan sangat mengesyorkan pendekatan positif untuk
motivasi bagi mengelakkan potensi berlakunya kesan negatif daripada hukuman
yang diberikan. Kajian menunjukkan bahawa ahli sukan yang bermain untuk jurulatih
yang berorientasikan positif lebih menyukai rakan sepasukan, menikmati
pengalaman yang lebih dalam bersukan, lebih menyukai jurulatihnya dan hubungan
sesama ahli pasukan semakin baik (Smith & Smoll, 1997). Pengukuhan boleh
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk secara lisan, pujian, senyuman atau
tingkah laku bukan lisan yang dapat meningkatkan keistimewaan, dan penggunaan
ganjaran.
3.1 Memilih peneguhan yang berkesan
Ganjaran yang diberikan haruslah bersesuaian dengan apa yang mereka
lakukan. Adalah lebih baik untuk mengetahui perkara yang disukai dan yang tidak
disukai oleh orang yang bekerja bersama anda dan pilih peneguhan yang berkesan
sewajarnya :
a) Peneguhan sosial : pujian, senyuman, tepuk di belakang, publisiti
b) Peneguhan material : trofi, medal, reben, baju-T
c) Peneguhan aktiviti : bermain permainan bukannya drill, bermain di posisi
yang berbeza, bermain dengan kumpulan yang lain, berehat
d) Perlawanan khas : pergi melihat permainan oleh golongan profesional,
mendengar kata-kata daripada atlet profesional
Seorang guru Pendidikan Jasmani mungkin memerlukan borang soal selidik
berkenaan dengan minat murid-muridnya bagi menentukan apakah jenis ganjaran
yang paling digemarinya. Kadang kala, mungkin anda boleh memberikan ganjaran
kepada setiap ahli pasukan atau kelas, bukan sekadar ganjaran kepada individu
atau pelbagaikan jenis ganjaran (ganjaran yang sama akan menjadikan ia bosan).
Ganjaran yang diterima daripada seseorang digelar sebagai ekstrinsik kerana
ia datang daripada sumber luaran seperti jurulatih atau guru. Selain itu, terdapat juga
ganjaran intrinsik yang datangnya daripada dalam diri sendiri. Contoh bagi ganjaran
intrinsik ialah bangga dengan pencapaian diri dan berasa kompeten.
3.2 Jadualkan pengukuhan dengan berkesan
Masa yang sesuai dan kekerapan boleh memastikan ganjaran adalah
berkesan. Pengkaji telah menunjukkan bahawa maklum balas yang berterusan tidak
hanya bertindak sebagai motivasi tetapi juga membekalkan pelajar maklumat
tentang bagaimana ia melakukan sesuatu tindakan. Walau bagaimanapun, apabila
sesuatu kemahiran atau sikap telah dikuasai, maka jadual pengukuhan boleh
dikurangkan secara beransur-ansur (Martin & Pear, 2003). Kajian (Schmidt &
Wrisberg, 2004) telah mendedahkan bahawa pemberian maklum balas bagi setiap
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
percubaan (berterusan – 100%) adalah jauh lebih baik bagi meningkatkan prestasi
semasa latihan berbanding pemberian maklum balas selepas percubaan lain telah
dilakukan (sekejap – 50%). Namun, dalam sebuah ujian yang telah dilakukan
melihat bahawa pelajar yang mendapat maklum balas selepas tamat sesi latihan
menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik daripada murid yang menerima maklum
balas bagi setiap percubaan yang dilakukan. Pada asasnya, maklum balas bagi
setiap percubaan menyebabkan ia sangat bergantung kepada maklum balas. Selain
mengurangkannya jumlah maklum balas, jurulatih mungkin boleh meminta atlet
untuk membina maklum balas untuk diri sendiri.
3.3 Beri ganjaran kepada tingkah laku yang sesuai
Memilih tingkah laku yang sesuai untuk diberikan ganjaran merupakan
sesuatu yang kritikal. Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada setiap kali
mereka melakukan sesuatu yang betul. Kebanyakan jurulatih dan guru lebih fokus
memberikan ganjaran kepada hasil sesuatu prestasi (contoh : kemenangan), tetapi
tingkah laku yang lain juga harus diberikan peneguhan.
3.3.1 Ganjaran juga diberikan kepada usaha yang hampir berjaya
Apabila seseorang mempelajari sesuatu kemahiran baru, khususnya yang
sukar, mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ia mungkin mengambil
masa yang lama untuk menguasai sesuatu kemahiran dan perkara ini pastinya
sedikit sebanyak mengecewakan dan tertekan. Dengan memberikan sedikit
ganjaran terhadap usaha yang telah mereka lakukan, sebenarnya ia sangat
membantu dan bermakna. Teknik ini digelar sebagai membentuk, ia tidak menyekat
mereka untuk meningkat sehingga mereka semakin hampir dengan apa yang
diingini tercapai (Martin & Hrycaiko, 1983).
3.3.2 Beri ganjaran kepada prestasi, bukan hanya kepada hasil
Jurulatih yang menekankan kemenangan terdorong untuk memberikan
ganjaran hanya berdasarkan hasil. Kadang kala, hasil sesuatu permainan adalah di
luar kawalan pemain, sehubungan dengan itu jurulatih harus fokus kepada prestasi
atlet berbanding hasil prestasi.
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
3.3.3 Ganjaran diberikan kepada usaha
Jurulatih dan guru perlu mengiktiraf usaha sebagai sebahagian daripada
prestasi. Hal ini kerana, tidak semua orang boleh berjaya di dalam sukan. Apabila
sukan disertai oleh golongan muda, mereka mengetahui bahawa mereka mencuba
kemahiran baru dan sukar. Apa yang mereka mampu lakukan ialah mencuba
sedaya upaya dan jika hal ini dikenal pasti, mereka sebenarnya mereka tidak perlu
takut kepada apa-apa.
Menariknya, kajian yang dijalankan bersama golongan belia (Mueler &
Dweck, 1998) menunjukkan bahawa pelaku yang menerima tindak balas
berdasarkan usahanya (“Cubaan yang baik”) akan menunjukkan prestasi yang lebih
baik berbanding mereka yang menerima tindak balas berdasarkan keupayaan
(“Anda berbakat”), khususnya selepas gagal.
3.3.4 Ganjaran diberikan kepada kemahiran emosi dan sosial
Dalam keadaan tertekan untuk memenangi sesuatu perlawanan, pemain
mungkin mudah untuk melupakan cara permainan sesuatu perlawanan, pemain
mungkin mudah untuk melupakan cara permainan yang adil. Atlet yang mampu
menunjukkan tingkah laku yang baik dalam sukan, bertanggungjawab dan tahu cara
mengawal diri serta memberikan kerjasama sepatutnya diiktiraf dan diperkukuhkan.
Sebagai seorang ketua dalam bidang sukan atau aktiviti fizikal, kita mempunyai
peluang dan tanggungjawab yang besar untuk menggalakkan emosi positif dan
kemahiran bersosial. Seharusnya kita tidak terlepas pandang untuk memberikan
ganjaran kepada tingkah laku positif, terutamanya kepada golongan muda.
3.4 Berikan maklum balas kepada prestasi
Bantu peserta dengan memberikan maklumat dan maklum balas tentang
ketepatan dan kejayaan mereka dalam pergerakan yang dilakukan. Maklum balas
seperti ini kebiasaannya diberikan kepada peserta sejurus mereka selesai
melakukan sesuatu pergerakan.
Dalam memberikan maklum balas kepada atlet atau pelajar, maklum balas
tersebut harus diberikan dengan ikhlas dan bergantung kepada tingkah laku.
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
Nyatakan kepada atlet cara melakukan sesuatu kemahiran dengan betul akan
menunjukkan bahawa anda prihatin dan mengambil berat dalam membantunya.
3.4.1 Manfaat memberikan maklum balas
Pemberian maklum balas terhadap prestasi akan memberikan manfaat yang
besar kepada peserta dalam pelbagai cara. Dua fungsi utama maklum balas adalah
untuk memotivasikan dan mengarahkan.
Maklum balas berbentuk motivasi adalah untuk memudahkan prestasi
dengan meningkatkan keyakinan, memberi ilham untuk melakukan usaha yang lebih
dan penggunaan tenaga, dan mencipta perasaan yang positif.
Maklum balas berbentuk arahan menyediakan maklumat tentang (a)
tingkah laku secara spesifik yang perlu ditunjukkan, (b) tahap penguasaan yang
patut dicapai, (c) tahap terkini penguasaan seseorang dalam kemahiran dan aktiviti
yang ingin dicapai.
3.4.2 Jenis-jenis maklum balas
Pujian secara lisan, mimik muka dan tepukan di belakang bahu adalah
cara mudah dan efektif untuk memberikan pengukuhan kepada tingkah laku yang
diingini. Kata-kata seperti “Bagus!” “Teruskan usaha yang bagus!” dan “Awak
semakin bagus!” boleh menjadi pengukuhan yang sangat bagus. Walau
bagaimanapun, pengukuhan tersebut akan menjadi lebih berkesan apabila anda
mengenal pasti tingkah laku yang spesifik tentang orang yang berurusan dengan
anda.
4.0 Panduan untuk menggunakan hukuman
4.1 Sokongan terhadap hukuman
Hukuman pasti dapat mengawal dan mengubah tingkah laku negatif (Smith,
2006), dan ia mendapat sokongan daripada jurulatih dan guru yang menggunakan
hukuman sebagai untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi. Terdapat
beberapa hujah lain yang menyokong penggunaan hukuman dalam olahraga :
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
a) Individu yang menipu perlu dihukum kerana mereka tidak berkongsi,
membantu, dan bekerjasama dengan orang lain (Walsh, 2000)
b) Penipu, walaupun mendapat manfaat dalam jangka masa yang pendek, ia
akan mengalami kerugian di masa akan datang kerana kesalahan yang telah
mereka lakukan.
c) Memberikan hukuman kepada pesalah akan memberikan peringatan kepada
orang lain bahawa semua individu bertanggungjawab atas salah laku masing-
masing (Radzik, 2003)
d) Keputusan daripada 157 kajian menunjukkan bahawa individu yang
mengalami hukuman sebat yang mempunyai risiko yang kecil untuk
membangunkan masalah emosi dan tingkah laku (Paolucci & Violato, 2004).
4.2 Kritikan terhadap hukuman
Beberapa hujah-hujah yang berbeza telah dikemukakan untuk menunjukkan
bahawa hukuman yang teruk tidak mempunyai apa-apa asas sokongan dan
sebenarnya mempunyai kaitan dengan tingkah laku negatif. Berikut merupakan
beberapa hujah mengenai kritikan dalam hukuman :
a) Hukuman boleh menyebabkan menjatuhkan maruah dan malu, khususnya
apabila individu melihat imej mereka dijatuhkan di hadapan orang lain.
b) Hukuman biasanya meningkatkan ketakutan kepada kegagalan. Atlet yang
takut kepada kegagalan tidak akan bermotivasi dan tidak menikmati hasil
kemenangan. Kajian juga menunjukkan bahawa atlet yang mempunyai
ketakutan yang melampau kepada kegagalan bukan sahaja prestasinya
rendah malah boleh meningkatkan risiko mendapat kecederaan, kurang
menikmati pengalaman bersukan, dan tercicir.
c) Hukuman secara tidak sengaja boleh mengukuhkan tingkah laku yang tidak
diingini dengan menarik perhatian kepada kesalahannya.
d) Hukuman boleh mewujudkan keadaan yang tidak menyenangkan,
menghasilkan permusuhan dan kebencian antara jurulatih dan atlet.
4.3 Membuatkan hukuman menjadi berkesan
Sesetengah jurulatih beranggapan bahawa dengan memberikan hukuman
kepada atlet yang melakukan kesilapan akan menghapuskan kesilapan. Walau
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
bagaimanapun, jurulatih yang baik yang juga menggunakan hukuman kebiasaannya
pakar dalam strategi, pengajaran, atau analisis teknikal. Di sini terdapat beberapa
garis panduan untuk memaksimumkan keberkesanan dalam hukuman (Martens e
tal., 1981) :
a) Konsisten dalam memberikan hukuman kepada semua orang yang
melanggar peraturan yang sama.
b) Hukum tingkah lakunya, bukan menghukum orangnya. Beritahu kepada
pesalah laku bahawa tingkah lakunya yang perlu diubah.
c) Jangan menggunakan aktiviti fizikal untuk menghukum.
d) Jangan menghukum atlet kerana membuat kesilapan semasa mereka
bermain.
e) Jangan beri hukuman kepada ahli kumpulan lain terhadap kesilapan individu.
f) Pastikan hukuman yang diberikan bersesuaian dengan tahap umur.
g) Pastikan atlet mengetahui kenapa hukuman diberi.
5.0 Modifikasi tingkah laku dalam sukan
Terdapat berapa nama besar dalam literatur psikologi sukan : pengurusan
jangkaan (Seidentop, 1980), bimbingan tingkah laku (Martin & Lumsden, 1987), dan
modifikasi tingkah laku (Donahue, Gillis & King, 1980). Secara umumnya, teknik
tingkah laku digunakan dalam sukan dan aktiviti fizikal untuk membantu individu
bermotivasi sepanjang sesi latihan.
5.1 Penilaian program tingkah laku
Teknik tingkah laku telah memberikan banyak manfaat seperti meningkatkan
output oleh perenang dalam praktisnya, meningkatkan kecergasan semasa
melakukan aktiviti, mengurangkan kesilapan dalam permainan tenis, bola sepak dan
gimnastik dan telah meningkatkan prestasi pemain golf.
5.1.1 Maklum balas dan pengukuhan dalam permainan bola sepak
Jurulatih telah menjalankan satu ujian untuk meningkatkan asas permainan
secara bertahan. Beliau telah memberikan pengukuhan secara sistematik dan
maklum balas kepada pemainnya. Maklum balas tersebut termasuklah :
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
a) Demonstrasi tingkah laku yang betul pada setiap peringkat.
b) Senarai semak bahagian-bahagian yang telah berjaya dilaksanakan.
c) Pujian dan pengiktirafan untuk melakukan aktiviti dengan betul pada setiap
peringkat.
5.1.2 Latihan tingkah laku dalam golf
Dengan menggunakan pendekatan rantaian mengundur, langkah terakhir
dalam rantaian tersebut ialah mula ditubuhkan (contoh : memasukkan bola golf ke
dalam lubang). Selepas itu, langkah yang terakhir berpasangan dengan langkah
sebelumnya (contoh : driving atau chipping bola ke dalam kawasan green), dan
sebagainya, akhirnya langkah tersebut kembali ke langkah permulaan rantaian
tersebut. Pendekatan ini merupakan pendekatan yang lebih berkesan dan lebih baik
berbanding dengan kejurulatihan cara tradisional.
5.1.3 Rakaman dan membentuk dalam bola keranjang
Salah satu program tingkah laku adalah yang menyasarkan kepada tingkah
laku prestasi dan bukan prestasi (Siedentop, 1980). Dalam program ini, jurulatih
telah membuat keputusan untuk memberikan mata kepada praktis harian seperti
jaringan melompat drill balingan bebas dan
menjadi ahli kumpulan (bermaksud anda yang
berperanan untuk meningkatkan semangat ahli
kumpulan yang lain). Dalam sistem ini, mata juga
boleh ditolak apabila ada yang melakukan
kesalahan atau sikap yang buruk. Mata terkumpul
bagi setiap murid ditunjukkan di sebuah papan
tanda yang mudah dilihat dan pelajar yang
cemerlang menerima anugerah “Eagle effort”.
5.1.4 Tingkah laku yang tidak sesuai dalam permainan tenis
Dalam kajian yang terkini menggunakan reka bentuk kajian kes (Galvan &
Ward, 1998), tujuannya adalah untuk mengurangkan jumlah tingkah laku yang tidak
diingini dalam kalangan pemain tenis dan penyalahgunaan raket. Bilangan tingkah
laku yang tidak diingini bagi setiap pemain ditunjukkan di papan buletin dan loker
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
masing-masing. Semua
pemain akan diberitahu
tentang tingkah laku yang tidak
diingini yang telah mereka
lakukan semasa perjumpaan
awal dan telah dibekalkan strategi untuk mengurangkan tingkah laku tersebut.
5.2 Mewujudkan program tingkah laku yang berkesan
Walaupun terdapat program tingkah laku dapat mengubah tingkah laku,
sebenarnya perubahan tingkah laku dalam sukan boleh menjadi sesuatu yang rumit.
Program tingkah laku yang berkesan mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting :
a) Mereka memberi penekanan khusus, terperinci, dan pengukuran prestasi dan
tingkah laku yang tetap dan menggunakan pengukuran ini untuk menilai
keberkesanan program tersebut.
b) Mereka mengenal pasti perbezaan antara membina tingkah laku yang baru
dan mengekalkan tingkah laku sedia ada pada tahap yang sesuai, dan
menawarkan mereka prosedur yang positif.
c) Mereka galakkan pelajar untuk meningkatkan prestasi kepada yang lebih baik
daripada yang sebelumnya.
d) Mereka menekankan tingkah laku berprosedur yang telah di demonstrasikan
oleh pengkaji dengan berkesan.
e) Mereka menekankan bahawa jurulatih, guru atau ketua mesti berhati-hati
memantau tingkah laku (contoh : rakaman video, senarai semak tingkah laku)
agar tingkah laku yang tidak diingini dapat dihapuskan.
f) Mereka menggalakkan ketua mendapat maklum balas daripada pelajar
berkenaan dengan keberkesanan tentang pelbagai aspek intervensi tingkah
laku.
Secara jelasnya, teknik tingkah laku boleh menghasilkan perubahan yang
positif. Dalam melaksanakan teknik tingkah laku, garis panduan berikut boleh
meningkatkan tahap keberkesanan program intervensi yang anda jalankan :
a) Sasaran tingkah laku
b) Menentukan tingkah laku sasaran
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
c) Merekodkan tingkah laku
d) Menyediakan maklum balas yang bermakna
e) Nyatakan hasil dengan jelas
f) Menyesuaikan sistem ganjaran
6.0 Motivasi intrinsik dan ganjaran ekstrinsik
Dunia sukan atau senaman menggunakan ganjaran ekstrinsik secara
meluas. Ramai yang bersetuju bahawa ganjaran dapat meningkatkan motivasi,
meningkatkan pembelajaran, dan meningkatkan keinginan untuk penyertaan.
Seperti yang kita ketahui, motivasi mempunyai dua sumber : ekstrinsik dan intrinsik.
Melalui ganjaran ekstrinsik, motivasi datang daripada orang lain melalui peneguhan
positif dan negatif. Tetapi, seseorang yang melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti
fizikal adalah untuk mendapatkan motivasi intrinsik. Orang yang mempunyai
motivasi intrinsik berusaha bersungguh-sungguh untuk bersaing dan menentukan
sendiri usaha mereka untuk menguasai sesuatu perkara. Mereka suka kepada
persaingan, suka aksi dan keseronokan, fokus kepada keseronokan dan ingin
mempelajari kemahiran sebaik mungkin.
6.1 Jenis-jenis motivasi intrinsik dan ekstrinsik
6.1.1 Motivasi intrinsik
a) Pengetahuan – seseorang akan berasa nikmat dan kepuasan apabila
mendapat pengalaman semasa belajar, penerokaan atau cuba memahami
sesuatu yang baru.
b) Pencapaian – seseorang akan berasa nikmat dan kepuasan apabila
melakukan atau mengusai sesuatu kemahiran yang sukar.
c) Rangsangan – untuk merasai ketenangan seperi bermain, keseronokan dan
keseronokan estetik (merasai kepuasan seperti memanjat gunung).
6.1.2 Motivasi ekstrinsik
a) Peraturan bersepadu – aktiviti yang dinilai hasilnya melalui perhitungan
terhadap diri sendiri.
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
b) Peraturan yang dikenal pasti – tingkah laku yang mempunyai nilai yang tinggi,
diterima, dan dinilai oleh seseorang dan ia dilakukan secara rela hati,
walaupun aktiviti tersebut tidak menyenangkan dirinya.
c) Peraturan luar – tingkah laku dikawal sepenuhnya oleh sumber daripada luar
seperti ganjaran dan kekangan.
6.1.3 Faktor yang mempengaruhi motivasi intrinsik dan ekstrinsik
Faktor psikologi dan sosial boleh mempengaruhi motivasi intrinsik dan
ekstrinsik dalam sukan dan senaman. Beberapa faktor sosial yang terkemuka
termasuklah (a) kejayaan dan kegagalan, (b) fokus pertandingan, dan (c) tingkah
laku jurulatih. Faktor psikologi pula ialah (a) memerlukan kecekapan, (b)
memerlukan otonomi, (c) memerlukan hubungan yang baik. Dengan menyedari
faktor-faktor ini dan mengubahnya apabila perlu akan meningkatkan motivasi
intrinsik.
6.1.4 Adakah motivasi ekstrinsik melemahkan motivasi intrinsik?
Gabungan motivasi ekstrinsik dan intrinsik mampu menghasilkan lebih
motivasi. Sebagai contoh, menambahkan ganjaran ekstrinsik seperti trofi ke dalam
dalam aktiviti secara dalamannya dapat meningkatkan motivasi.
Pengkaji awal melihat motivasi intrinsik dan ekstrinsik sebagai ketagihan:
lebih banyak, lebih baik. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berpendapat
bahawa ganjaran ekstrinsik melemahkan motivasi intrinsik. Kebiasaannya, lebih
banyak seseorang mendapat motivasi ekstrinsik, beliau akan kurang motivasi
intrinsik (diCharms, 1968).
6.1.5 Apa kata pengkaji?
Dalam kajian pada 1960, pengkaji memulakan ujian
yang sistematik mengenai hubungan antara ganjaran
ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Edward Deci (1971, 1972),
mengatakan bahawa pemain yang diberikan duit untuk
penyertaan mereka dalam aktiviti yang menarik meluangkan
sedikit masa berbanding pemain yang tidak dibayar.
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
Bayaran yang diberikan untuk sesuatu aktiviti yang dilakukan atas kerelaan sendiri
boleh mengurangkan motivasi intrinsik terhadap aktiviti tersebut.
Tidak semua kajian menunjukkan ganjaran ekstrinsik mengurangkan motivasi
intrinsik. Pakar psikologi umum yang mengkaji hubungan antara ekstrinsik dan
motivasi intrinsik merumuskan bahawa ganjaran luaran melemahkan motivasi
intrinsik dalam persekitaran tertentu.
7.0 Teori penilaian kognitif
Bagi membantu menerangkan perbezaan kesan ganjaran kepada motivasi
intrinsik. Deci dan rakan membina konsep pendekatan yang digelar teori penilaian
kognitif (CET; Deci. 1975).
7.1 Aspek mengawal ganjaran
Aspek mengawal ganjaran berkaitan dengan tingkah laku seseorang dalam
sesuatu situasi. Jika dengan memberikan ganjaran dapat mengubah tingkah laku
seseorang maka motivasi intrinsiknya berkurangan.
Manusia biasanya mengalami konflik antara dikawal oleh orang lain dan
dirinya sendiri. Hal ini kerana, orang yang secara intrinsiknya bermotivasi melakukan
sesuatu kerana kemahuannya sendiri, berbanding orang yang mendapat ganjaran
luaran. Apabila orang dikawal oleh ganjaran, tingkah lakunya bukannya dari dalam
dirinya sendiri.
Pengkaji telah mendedahkan enam strategi mengawal yang digunakan untuk
mengawal tingkah laku atlet, dengan itu melemahkan motivasi intrinsik
(Bartholomew, Ntoumanis, & Thogersen-Ntoumanis, 2009). Strategi-strategi tersebut
adalah :
a) Ganjaran ketara
b) Maklum balas terkawal
c) Mengawal tindakan peribadi yang berlebihan
d) Tingkah laku ugutan
e) Menggalakkan penglibatan ego
f) Anggapan bersyarat
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
Bagaimana ganjaran yang diterima mampu meningkatkan motivasi intrinsik
seseorang bergantung kepada cara penerimaannya. Ganjaran yang menekankan
aspek informasi dan memberikan maklum balas positif tentang kecekapan
seseorang mampu meningkatkan motivasi intrinsik.
7.2 Aspek maklumat daripada ganjaran
Aspek maklumat mempengaruhi motivasi intrinsik dengan mengubah
bagaimana seseorang berasa kompeten. Apabila seseorang menerima sesuatu
ganjaran atas kejayaannya, ia membekalkan informasi positif tentang kompeten dan
perlu meningkatkan motivasi intrinsik. Pada dasarnya, untuk ganjaran yang
meningkatkan motivasi intrinsik, mereka perlu bergantung pada tahap tertentu
prestasi atau tingkah laku.
7.3 Kepentingan fungsi acara
Di samping ganjaran berkenaan dengan kawalan dan aspek informasi, tiga
elemen utama teori penilaian kognitif (CET) adalah kepentingan fungsi acara (Ryan
& Deci, 2002). Pada dasarnya, semua ganjaran berkemampuan mempunyai
kawalan dan aspek informasi. Bagaimana ganjaran tersebut memberi kesan
terhadap motivasi intrinsik adalah bergantung sama ada seseorang melihatnya
untuk menjadi lebih kepada mengawal atau lebih informasi.
8.0 Bagaimana ganjaran ekstrinsik menjejaskan motivasi
intrinsik dalam sukan
Magic Johnson (pemain bola keranjang) pernah menerima tawaran daripada
banyak pasukan. Beliau memberikan respon “Saya mendapat tawaran kereta dan
duit. Saya segera berpaling daripada tawaran tersebut. Mereka seperti mahu
membeli saya dan saya tidak berminat kepada sesiapa yang ingin membeli saya”.
Hal ini menunjukkan bahawa Magic Johnson telah merujuk aspek-aspek yang
mengawal ganjaran. Beliau tidak gemar orang lain cuba untuk mengawalnya melalui
rasuah dan insentif ekstrinsik yang lain.
8.1 Biasiswa dan motivasi intrinsik
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
Pemain yang mendapat biasiswa dilaporkan kurang motivasi intrinsik
berbanding pemain yang tidak mendapat biasiswa. Namun, hal ini bergantung
kepada jenis sukan yang mendapat ganjaran tersebut. Tidak semua pemain dari
pelbagai jenis sukan yang kurang motivasi intrinsik dan kecundang selepas
mendapat biasiswa.
Biasiswa boleh mempunyai fungsi maklumat – biasiswa memberitahu atlet
bahawa mereka adalah seorang yang bagus. Perlu diingat bahawa 1980, hanya
sedikit atlet olahraga yang mendapat biasiswa.
Biasiswa boleh mengurangkan dan meningkatkan tahap motivasi intrinsik
atlet, bergantung kepada yang lebih menekankan – aspek kawalan dan informasi.
Oleh hal yang demikian, berkenaan dengan motivasi intrinsik, jurulatih memainkan
peranan yang sangat penting berbanding biasiswa.
8.2 Persaingan dan motivasi intrinsik
Kejayaan atau kegagalan dalam persaingan boleh menjejaskan motivasi
intrinsik. Dengan memanipulasi kejayaan dan kegagalan, beberapa pengkaji telah
mendedahkan bahawa seseorang akan mempunyai motivasi intrinsik yang lebih
tinggi selepas kejayaan berbanding selepas kegagalan (Vallerand, Gauvin &
Halliwell, 1986a; Weinberg & Jackson, 1979; Weinberg & Ragan, 1979). Persaingan
yang berjaya berkecenderungan motivasi intrinsiknya meningkat, manakala
persaingan yang gagal berkecenderungan motivasi intrinsiknya menurun.
8.3 Maklum balas dan motivasi intrinsik
Maklum balas positif menghasilkan motivasi intrinsik yang tinggi berbanding
pemberian maklum balas negatif atau tiada maklum balas (Vallerand & Reid, 1984).
Maklum balas positif seperti (“awak yang terbaik dalam kelas ini”) berbanding
maklum balas positif yang sederhana (“awak berada pada tahap purata”) jauh lebih
bermakna dan lebih motivasi intrinsik. Hal ini menunjukkan bahawa kualiti maklum
balas tersebut jauh lebih penting berbanding kuantitinya.
8.4 Penentu lain bagi motivasi intrinsik
UKASYAH BIN DZUL BAHAKFeedback, reinforcement, and intrinsic motivation
Selain daripada faktor yang telah dicatatkan, pengkaji mendapati terdapat
pelbagai faktor yang berkaitan dengan motivasi intrinsik (lihat Vallerand & Rousseau,
2001). Tahap motivasi intrinsik yang tinggi yang mempunyai kaitan adalah :
a) Bermain untuk autonomi (demokratik) vs jurulatih yang mengawal.
b) Penyertaan dalam rekreasi vs persaingan kumpulan.
c) Kecekapan tahap tinggi vs kecekapan tahap rendah.
d) Kawalan tahap tinggi vs kawalan tahap rendah.
9.0 Strategi untuk meningkatkan motivasi intrinsik
Berikut merupakan cadangan bagi meningkatkan motivasi intrinsik dan
menganalisis bagaimana menggunakan ganjaran boleh memberikan pemain
maklumat yang dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan persepsi kepada
kecekapan.
a) Memberikan pengalaman untuk berjaya. Contohnya, dengan merendahkan
tahap permainan sebenar kepada tahap yang mampu atau sesuai dilakukan
oleh pemain kita.
b) Berikan ganjaran yang di luar jangkaan atas sesuatu prestasi. Melalui
cara ini, motivasi intrinsik pemain meningkat. Berikan ganjaran bagi tingkah
laku yang bagus, semangat kesukanan yang tinggi atau penguasaan sesuatu
kemahiran baharu.
c) Gunakan pujian secara lisan dan bukan lisan. Kebanyakan orang lupa
pujian mampu memberikan kesan yang besar terhadap seseorang.
d) Pelbagaikan kandungan dan urutan latihan. Latihan dalam sukan dan
senaman boleh menyebabkan kebosanan. Dengan kepelbagaian kandungan
dan urutan latihan dapat meningkatkan motivasi intrinsik.
e) Libatkan pemain dalam melakukan sesuatu keputusan. Beri peluang
kepada pemain untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam membuat
sesuatu keputusan dan peraturan.
f) Tetapkan satu matlamat yang realistik. Tidak semua pemain mempunyai
kemahiran yang tinggi untuk menang sesuatu pertandingan. Walau
bagaimanapun, manusia boleh belajar untuk menetapkan matlamat yang
realistik berdasarkan kebolehan diri sendiri.
Top Related