2. BERIKAN MAKSUD PENGUJIAN.
PENGUJIAN
Satu kaedah atau prosedur yang digunakan
untuk memperoleh maklumat secara sistematik
berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung
dengan aspek pendidikan atau psikologi
(Mokhtar Ismail, 1995)
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu
prosedur yang bersistem untuk memerhatikan
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu
dan membuat huraian dengan bantuan skala
bernombor atau satu sistem yang berkategori.
‘Testing is a technique for obtaining information
……….. It is a tool that serves the ends of the
users’
Pengujian adalah satu teknik untuk
mendapatkan maklumat …….. Ia adalah satu
alat yang dapat mencapai tujuan si pengguna
Pengujian merupakan satu prosedur yang
sistematik untuk mengukur perubahan
sebahagian daripada aspek tingkah laku
seseorang individu terhadap
pembelajarannnya.
Contoh :
Ujian menguji samada pelajar tahun empat
sudah tahu mengeja perkataan yang
mempunyai keselarasan vocal, satu ujian
rencana tentang perkataan tertentu
diadakan