Download - MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · menyatakan jumlah pelajar sekolah menengah yang berhenti sekolah (drop out) mengikut tingkatan dan kaum pada tahun 2010 hingga

Transcript

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 1 OKTOBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 22

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1312-L57050 Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) bagaimana dengan ada pihak-pihak berkuasa seperti polis

trafik, JPJ, SPAD, LPKP dan perkhidmatan online, seorang pemandu yang memiliki 16 saman (belum dijelaskan), dari 3 negeri (Johor, Selangor dan Melaka), masih boleh memandu bas pelancong yang mengakibatkan tragedi kemalangan Genting Highlands baru-baru ini (STAR Pg 3 25/08/2013); dan

(b) berapa ramai lagikah pemandu kenderaan pengangkutan awam

yang mempunyai kes tertunggak dengan pihak-pihak berkuasa tetapi masih memandu pengangkutan awam.

2. PR-1312-L56951

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) mengapa kadar perahan minyak kelapa sawit (OER) diturun

daripada 18.7% kepada 17.5% sedangkan kadar prorata Malaysia hanya turun daripada 20.13% kepada 19.72%; dan

(b) mengapa "processing fee" kepada pekebun kecil dinaikkan

daripada RM50 kepada RM60 per tan (FFB). 3. PR-1312-L57033

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) bilangan pakar perubatan tradisional Melayu-Islam yang telah

diiktiraf oleh Kementerian berbanding pakar-pakar daripada perubatan tradisional yang lain serta adakah ada kerjasama yang dijalinkan di antara Kerajaan dengan mereka; dan

2 AUM DR 1/10/2013

(b) berdasarkan maklumat, didapati Kementerian kurang memberi perhatian terhadap penglibatan pakar perubatan tradisional Melayu-Islam, dari sudut pengiktirafan kepakaran, produk ubatan dan sokongan terhadap aktiviti berkaitan. Mengapa ini berlaku.

4. PR-1312-L55099

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) kursus-kursus yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi

Mara; dan (b) bilangan pelajar dalam kursus-kursus ini mengikut kaum bagi

pelajar-pelajar tempatan dan luar negara. 5. PR-1312-L55453

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

(a) kos perbelanjaan bulanan dan tahunan operasi, pentadbiran

dan pengurusan BERNAMA TV pada 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan lapan bulan pertama tahun 2013; dan

(b) apakah pembaharuan-pembaharuan yang telah, sedang dan

akan dilaksanakan BERNAMA TV dalam usaha saluran berita rasmi Kerajaan itu berdaya saing dengan saluran berita antarabangsa seperti CNN, Al Jazeera, Sky News dan BBC.

6. PR-1312-L55126

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan penerima dan nilai rumah bantuan nelayan bagi Parlimen Kuala Nerus pada tahun 2012/2013 serta bagaimana kaedah pemilihan tersebut.

7. PR-1312-L56306

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk membina kuarters

kediaman kepada kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Bahagian Bintulu, Sarawak pada masa terdekat ini; dan

(b) berapa jumlah kakitangan Kerajaan Persekutuan yang

berkhidmat di Bintulu yang masih belum mendapat kuarters kediaman tersebut.

AUM DR 1/10/2013 3

8. PR-1312-L56302 Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan penjelasan berhubung dengan keperluan untuk menaik taraf perkhidmatan Hospital Sungai Bakap yang amat teruk serta cadangan pembinaan hospital baru di Batu Kawan selepas perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang di atas keperluan masyarakat di Batu Kawan.

9. PR-1312-L55589

Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilakah Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang baru di Labuan akan boleh digunakan memandangkan beberapa elemen penting seperti wavebreaker tidak dibina apabila bajet untuknya dikurangkan sekali gus menyebabkan kapal nelayan enggan berpindah ke kompleks tersebut.

10. PR-1312-L55524

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan punca dan kesan penurunan Penilaian Fitch (Fitch Rating) negara, dan apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan agar Penilaian Fitch negara tidak bertambah buruk.

11. PR-1312-L55474

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk membina loji air baru di kawasan Lahad Datu memandangkan dua loji air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang mencecah lebih tiga ratus ribu orang dan kegunaan kilang- kilang Industri di Lahad Datu. Apakah perancangan terdekat Kerajaan untuk mengatasi masalah air yang kritikal di Lahad Datu.

12. PR-1312-L55161

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan benarkah Kementerian bercadang untuk mahasiswa Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi diberi elaun semasa mereka belajar di IPG kerana lebihan tenaga guru.

13. PR-1312-L56524

Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mengapakah jumlah pembiayaan mikro yang diterima golongan penjaja dan peniaga kecil hanya sebanyak RM 3,000 berbanding kadar asal yang ditawarkan iaitu sebanyak RM 50,000. Apakah usaha-usaha lain Kementerian dalam menjaga kebajikan mereka.

14. PR-1312-L55455

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar sekolah menengah yang berhenti sekolah (drop out) mengikut tingkatan dan kaum pada tahun 2010 hingga 2012. Nyatakan sebab-sebab utama kenapa mereka berhenti sekolah.

4 AUM DR 1/10/2013

15. PR-1312-L56246 Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dasar Kerajaan untuk meluluskan pekerja asing dalam pelbagai bidang masing-masing dan pada masa yang sama dasar Kerajaan untuk menjaga dan memastikan peluang pekerjaan dan kesejahteraan kehidupan rakyat tempatan.

16. PR-1312-L56659 Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bilakah Kerajaan Pusat dapat membina sebuah stadium sukan yang bermutu tinggi di Bahagian Sarikei untuk kegunaan penduduk-penduduk di Bahagian Sarikei terutama untuk mengadakan aktiviti sukan sekolah-sekolah menengah dan rendah.

17. PR-1312-L55616

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah rancangan jangka masa panjang Kementerian bagi mengelakkan masalah kekurangan bekalan diesel terutamanya di negeri Sabah seperti mana yang berlaku baru-baru ini.

18. PR-1312-L55860

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dan jenis subsidi yang diberikan kepada rakyat Malaysia dan bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah berikutan kenaikan minyak pada 2 September 2013.

19. PR-1312-L56546

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah akan melaksanakan projek pelebaran Jalan Persekutuan 1, bahagian dari Tanjong Malim ke Bidor dari 1 lorong sehala kepada 2 lorong sehala.

20. PR-1312-L55191

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memperkukuhkan nilai mata wang Ringgit memandangkan kemerosotan yang berlaku.

21. PR-1312-L55946 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kemajuan fizikal keseluruhan projek Lebuh Raya Pantai Timur, Fasa 2 Negeri Terengganu (LPT2) sepanjang 184 km terkini dan bilakah projek ini dijangka siap dan dibuka kepada laluan.

22. PR-1312-L56361

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa dalam pemberian pelbagai subsidi kepada petani, sering berlaku diskriminasi di mana petani yang disyaki menyokong parti pembangkang dinafikan subsidi dan apakah cadangan Kementerian untuk memberhentikan amalan ini.

AUM DR 1/10/2013 5

23. PR-1312-L55229 Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan susulan Kementerian berkenaan sistem bekalan air yang tidak berfungsi di SMK Tinjar, Baram dan Sekolah Menengah Khas Long Bedian, Baram.

24. PR-1312-L56334

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan penjelasan tentang kekurangan kesungguhan kerajaan untuk meratifikasikan enam teras Konvensyen Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), antaranya Konvensyen Antarabangsa berkaitan Hak Sivil dan Politik, Konvensyen Antarabangsa berkaitan Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan serta Konvensyen PBB terhadap penyelarasan ,sebagai langkah mempertimbangkan kredibiliti dan pengaruh negara dalam majlis Hak Asasi Manusia PBB serta komuniti antarabangsa.

25. PR-1312-L56681

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha-usaha yang diambil untuk membendung pengemis-pengemis yang sering meminta sedekah di Kuala Lumpur yang telah menjejaskan imej negara.

26. PR-1312-L57005

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) berapa sekolah terlibat dalam program pemasangan Unipole

1BestariNet kepunyaan YTL Communications Sdn Bhd yang telah dipasang dan akan dipasang di kawasan sekolah ; dan

(b) apakah langkah keselamatan yang telah diambil oleh

Kementerian ataupun pihak sekolah yang terlibat berhubung perkara ini.

27. PR-1312-L56682

Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rancangan untuk meningkatkan prestasi Sekolah Kurang Murid (SKM) di luar bandar Sarawak dan Sabah. Apakah yang menyebabkan prestasi murid di sekolah SKM ini jauh rendah dibandingkan dengan sekolah di bandar.

28. PR-1312-L55489 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tahap penerimaan rakyat untuk menerima pelaksanaan Goods and Services Tax (GST) dan, adakah Kementerian akan meneruskannya sungguhpun mendapat tentangan hebat daripada rakyat.

6 AUM DR 1/10/2013

29. PR-1312-L55582 Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan di bawah “Food Security System” Kerajaan, apakah kita mampu menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku krisis yang menyebabkan bekalan barang-barang perlu menjadi kurang atau ketiadaan bekalan langsung oleh kerana perubahan iklim, keadaan ekonomi dunia menjadi kucar kacir atau tidak menentu dan sebagainya.

30. PR-1312-L56813 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pindaan terhadap Akta Kesatuan untuk menambahbaikkan untuk manfaat pekerja-pekerja dalam negara.

31. PR-1312-L55614

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengurangkan kemalangan jalan raya dan meningkatkan keselamatan pengguna terutamanya di kalangan pengguna perkhidmatan awam.

32. PR-1312-L56188

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan penjelasan mengenai kegagalan dan ketidakpedulian Malaysia dalam berperanan menangani isu pendemokrasian di Mesir dan Syria.

33. PR-1312-L56232 Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan keadaan dasar subsidi minyak diesel yang diberikan kepada mereka yang layak untuk membeli bekalan diesel.

34. PR-1312-L56566

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme ataupun standard operating procedure (SOP) bagi memastikan semua kenderaan berat khususnya perkhidmatan bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi dibuat pemeriksaan kenderaan setiap kali sebelum memulakan perkhidmatan seperti mana yang dilakukan oleh syarikat penerbangan bagi tujuan menggelakkan berlakunya kemalangan.

35. PR-1312-L55311

Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah terkini senarai pemaju yang melaksanakan projek mewah kediaman bertingkat seperti servis apartment dan kondominium di Bandaraya Kuala Lumpur serta berapa ramaikah pemaju swasta yang membina rumah mampu milik dengan harga RM250-350 ribu dan berapakah jumlah unit yang sedang dibangunkan.

AUM DR 1/10/2013 7

36. PR-1312-L56592 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana pemberian subsidi pada keseluruhannya kepada rakyat dapat dikurangkan dan adakah ini dilakukan dalam 5 (lima) tahun atau lebih daripada itu.

37. PR-1312-L55902

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah pemulihan dan jaminan yang diberikan oleh Kerajaan berikutan terdapat para pelabur asing yang mula meninggalkan bumi Malaysia dan negara ASEAN yang lain akibat prestasi ekonomi serantau yang tidak menentu.

38. PR-1312-L57000

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasionalisasi subsidi tarif elektrik, subsidi barang keperluan dan subsidi bahan bakar kerana kemudahan subsidi yang diberikan oleh Kerajaan turut juga dapat dinikmati oleh rakyat asing yang menetap dan bekerja di Malaysia.

39. PR-1312-L55155

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilakah akan dibina perumahan yang secukupnya untuk:-

(a) Batalion 5RS di Bukit Kayu Hitam, Changloon, Kedah; dan (b) Batalion 6RAMD di Kepala Batas. Jitra, Kedah.

40. PR-1312-L55834

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah projek perumahan terbengkalai di kawasan Parlimen Batu Gajah. Namakan projek-projek terbengkalai itu dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian.

41. PR-1312-L56943

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah yang telah diambil bagi mewartakan kawasan tanah awam bagi pembinaan fasiliti untuk kemudahan belia.

42. PR-1312-L55950

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini Automatic Electronic System (AES) dan bagaimanakah pelaksanaan status prosiding saman yang sehingga kini masih tidak jelas oleh pihak Jabatan Peguam Negara.

43. PR-1312-L55696

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan harga sebenar kos pembinaan KLIA 2 dan bilakah tarikh sebenar KLIA 2 akan mula beroperasi.

8 AUM DR 1/10/2013

44. PR-1312-L56061 Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) senarai hutang Kerajaan Persekutuan serta Syarikat Milik

Kerajaan (GLC) (contingent liabilities) setakat Jun 2013. Nyatakan implikasi terhadap hutang Kerajaan Persekutuan ekoran penurunan prospek dari stabil kepada negatif oleh Fitch Rating; dan

(b) tindakan susulan menangani hutang 1MDB yang melambung

sehingga RM39 bilion. 45. PR-1312-L55816

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan diambil terhadap Guru Besar yang mempromosikan atau menjual pil Dimensi 108 di sekolah termasuk Guru Besar SK Teluk Lipat dan SK Bandar Endau di Mersing, SK Taman Segar di Cheras dan SK Bukit Kemuning 2 di Kota Kemuning.

46. PR-1312-L56228

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) sama ada guru besar dan guru-guru dibenarkan untuk memberi,

menjual atau mempromosikan food supplement kepada pelajar-pelajar sekolah; dan

(b) tindakan yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang

telah memberi, menjual dan mempromosikan Dimensi 108 kepada pelajar-pelajar.

47. PR-1312-L56835

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kemalangan biasa dan melibatkan kehilangan nyawa di persimpangan Jalan Bakri-Jalan Parit Yusof, Mukim Air Hitam, Bakri setiap tahun dari 2008-2013. Adakah Kerajaan berhasrat untuk memasang lampu isyarat di persimpangan ini.

48. PR-1312-L56814

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebabnya tidak ada tindakan diambil ke atas blogger dan ahli politik UMNO yang buat fitnah jahat terhadap anak saya yang berumur 15 tahun telah mencabul kehormatan pelajar perempuan sekelasnya di Pulau Pinang sungguhpun laporan polis dibuat oleh saya dan aduan dibuat oleh YB Bukit Bendera.

49. PR-1312-L55787

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pada tahun 2000-2013 mengapa di Sabah kelulusan permohonan warganegara iaitu 22,926 adalah lebih daripada permohonan iaitu 20,540. Mengapa begitu banyak permohonan diluluskan pada tahun 2010 berbanding dengan tahun lain di seluruh Malaysia.

AUM DR 1/10/2013 9

50. PR-1312-L55649 Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha kementerian untuk menyuburkan pembiakan hasil laut dan meningkatkan kuantiti hasil laut bagi menjamin masa depan nelayan pantai.

51. PR-1312-L56954

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) bentuk kesalahan warga asing secara spesifik berkaitan rekod

Jabatan Imigresen Malaysia yang mencatatkan semenjak tahun 2009 sehingga Mei 2013 terdapat seramai 5,281 orang pekerja dan pekerja asing yang telah dihantar pulang ke negara asal; dan

(b) berapa ramaikah mereka dihukum, disenarai hitamkan dan

dihantar pulang. 52. PR-1312-L56186

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan keadaan terkini pesawat-pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) dan status terkini cadangan penggantiannya dengan 18 pesawat baru yang lain.

53. PR-1312-L56457

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa jumlah subsidi yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013 (sehingga bulan Ogos) atas beras di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia masing-masing. Perbelanjaan itu adalah untuk berapa ton beras. Siapakah pembekal beras yang terima subsidi tersebut.

54. PR-1312-L56587

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan impak kenaikan 20 sen harga minyak pengangkutan tersebut kepada impak harga barangan.

55. PR-1312-L55181

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) berapakah jumlah kematian akibat dari serangan menggunakan

senjata api yang berleluasa sepanjang 2013 ini; dan (b) apakah langkah-langkah Kerajaan dalam membendung jenayah

senjata api mutakhir ini.

10 AUM DR 1/10/2013

56. PR-1312-L56257 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah PATI warga Indonesia yang berdaftar dalam Program Amnesti 6P dan berapakah yang terima permit kerja serta berapa yang pulang ke Indonesia.

57. PR-1312-L55904

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian akan menjemput agensi-agensi perisikan yang lain seperti Risikan Tentera dan Jabatan Perdana Menteri bagi sama-sama mengembelingkan tenaga dan peruntukan kewangan bagi membanteras kegiatan jenayah yang meningkat mendadak dalam negara kini.

58. PR-1312-L55769

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rancangan Kementerian untuk menghalang kes Sri Pristina, Sungai Buloh berulang di sekolah-sekolah lain. Senaraikan rancangan-rancangan Kementerian.

59. PR-1312-L56723

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana tindakan Kerajaan atau KDN terhadap orang-orang yang terlibat sebagai pembunuh upahan dan orang yang mengupah untuk membunuh orang memandangkan sudah tentu tidak ada butir-butir yang jelas untuk menangkap mereka.

60. PR-1312-L55562

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada pihaknya akan memastikan JKP Sdn. Bhd. untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya serta membayar pampasan kepada semua mangsa, termasuk pemilik kenderaan-kenderaan bermotor yang terlibat dalam insiden runtuhan konkrit dari bangunan UMNO Negeri Pulau Pinang pada 13 Jun 2013.

61. PR-1312-L55255

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah untuk menentang "gangsterism" dan sindiket jenayah terutamanya kes-kes baru-baru ini di mana senjata digunakan.

62. PR-1312-L55650

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik gejala berunsur jenayah di sekolah-sekolah di seluruh negara mengikut negeri-negeri dan tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

63. PR-1312-L56398

Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah program peningkatan produktiviti dan ekonomi yang dijalankan khusus berkaitan dengan usaha untuk mengurangkan pengimportan bahan makanan dan kemiskinan di kalangan petani dan nelayan.

AUM DR 1/10/2013 11

64. PR-1312-L56117 Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan keberkesanan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (Akta 746) dalam mengatasi masalah kelewatan atau pertikaian pembayaran serta mewujudkan suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian melalui adjudikasi. Adakah Kerajaan Persekutuan telah mewartakan pengecualian kepada mana-mana orang atau kontrak daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta Pembayaran Dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 tersebut.

65. PR-1312-L55869

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan proses pembangunan dan mekanisme yang digunakan untuk membangunkan Kampung Baru. Adakah Akta Pengambilan Tanah akan digunakan untuk mengambil tanah MAS di Kampung Baru ini dalam proses pembangunan tersebut.

66. PR-1312-L55740

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) dasar-dasar pihak Kementerian terhadap permintaan pendidikan

percuma di peringkat universiti; dan (b) keberkesanan jumlah pinjaman PTPTN yang ditawarkan dalam

membantu pelajar di negara kita memandangkan kenaikan harga yuran program dan kos kehidupan di universiti.

67. PR-1312-L55542

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan rakyat Malaysia yang berada dalam keadaan tidak ketentuan dalam situasi yang mana mereka dikategorikan sebagai penganut Islam oleh Jabatan Pendaftaran walaupun mereka tidak pernah mengamalkan Islam sejak kecil kerana dibesarkan mengikut istiadat agama lain.

68. PR-1312-L56166 Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan perkembangan terkini tentang pelaksanaan 79 projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Sabah dan Sarawak.

69. PR-1312-L56469

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah yang akan diambil bagi mengelakkan kenaikan harga barangan keperluan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

12 AUM DR 1/10/2013

70. PR-1312-L55325 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kesungguhan atau iltizam untuk melonjakkan taraf hidup penduduk luar bandar dari segi komitmen peruntukan kepada Kementerian/Agensi yang memajukan luar bandar secara langsung pada tahun 2014.

71. PR-1312-L55982

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a) status laporan DEIA (Detail Environmental Impact Assessment)

bagi Projek Kuo Kuang Petrochemical Malaysia Sdn. Bhd (KPTC) di Pengerang; dan

(b) data atau statistik hidupan marin semasa yang telah diperoleh

hasil daripada penyelidikan untuk DEIA dan apakah kesan residual yang dijangkakan berlaku akibat pembangunan KPTC dan nyatakan teknologi dan kaedah rawatan kumbahan yang akan digunakan oleh KPTC.

72. PR-1312-L56770

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah hutang negara pada 53.3% daripada GDP termasuk hutang-hutang syarikat GLC yang dijamin oleh Kerajaan.

73. PR-1312-L56322

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah rancangan yang wujud daripada segi kemudahan pinjaman wang bagi menolong mereka yang tidak mampu dan tidak dapat memenuhi syarat institusi kewangan (contohnya bank) terutamanya kes-kes pemindahan rumah setinggan ke rumah kos rendah.

74. PR-1312-L56351 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci apakah langkah dan rancangan reformasi atau pembaharuan yang akan dilakukan kepada institusi perundangan kita supaya Parlimen Malaysia layak bertaraf dunia dan dijadikan model sistem demokrasi sedunia.

75. PR-1312-L55572

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah akaun bank serta harta yang telah dibeku daripada kesemua 49 kumpulan gengster yang telah diumumkan. Adakah EO akan dihidupkan semula untuk membanteras jenayah.

AUM DR 1/10/2013 13

76. PR-1312-L56786 Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kementerian ada menjalankan penyelidikan berkaitan dengan maklum balas guru-guru terhadap pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), dan sekiranya ada apakah tindakan susulan hasil daripada dapatan kajian tersebut.

77. PR-1312-L57012

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pendirian Kerajaan tentang tahap pemegangan saham untuk definisi state owned enterprise. Sedarkah Kementerian bahawa jika definisi adalah 5% mengikut kehendak Amerika Syarikat, satu risiko sell off saham akan memusnahkan valuation Bursa Malaysia.

78. PR-1312-L55122

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengenai rancangan mempromosikan 3 produk seperti Baleh-Kapit Raft Safari, Belaga Rainforest Festival dan Tasik Bakun di Bahagian Kapit Sarawak.

79. PR-1312-L56576

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan, peratusan cukai yang akan dikenakan, tahap persediaan perlaksanaan dan kandungan Laporan Kajian Perlaksanaan GST.

80. PR-1312-L56585

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis berseragam mengikut kumpulan Gerakan, C4i, MPV dan Pengawal Pengiring di bawah Jabatan KDN / KA serta kes-kes buka kertas penyiasatan, kes berjaya di bawa ke mahkamah dan kes berjaya didakwa pada tahun 2001 hingga 2013.

81. PR-1312-L55887

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan parti politik dan persatuan yang pernah diarahkan melakukan pemilihan semula oleh Jabatan Pendaftaran sejak sepuluh tahun lalu dan alasan bagi setiap kes yang diarah melakukan sedemikian.

82. PR-1312-L56134

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) adakah Kementerian bercadang untuk mengharamkan

penggunaan topi keledar motosikal yang mempunyai visor bersinar yang melindungi muka penggunanya; dan

(b) isu kekurangan pemandu bas dan kewajaran mengambil rakyat

asing sebagai pemandu bas untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu bas.

14 AUM DR 1/10/2013

83. PR-1312-L56846 Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan meminda Seksyen 32 Akta Pilihanraya 1954 untuk meliputi semua kesalahan-kesalahan pilihan raya di dalam Akta tersebut, khususnya Seksyen 4A Akta tersebut.

84. PR-1312-L56435

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pelan tindakan mengatasi pengangguran di kalangan graduan ijazah dan diploma kejururawatan seramai 12,000 orang yg terpaksa menanggung hutang PTPTN disebabkan oleh lambakan jumlah mereka yang begitu ramai berbanding dengan peluang pekerjaan di dalam negara.

85. PR-1312-L55850

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada Kementerian sanggup, dalam rundingan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), mendesak "carve-out" atau pembatalan secara menyeluruh semua peruntukan-peruntukan yang akan menghalang pembuatan perubatan generik yang akan mengakibatkan peningkatan kos ubat di dalam negara.

86. PR-1312-L56903

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa ramai guru interim yang telah diberi penempatan pada tahun ini, dan adakah kesemua mereka ini mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan dan lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

87. PR-1312-L56016

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) jumlah peruntukan untuk Majlis Perbandaran Sibu bagi tahun

2000 sehingga 2013; dan (b) sama ada peruntukan akan diberi memandangkan Majlis

Perbandaran Sibu selalu melaporkan peruntukan tidak mencukupi.

88. PR-1312-L56289

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan:-

(a) apakah sebab masalah kehabisan bekalan diesel sering berlaku

di merata tempat di seluruh negara terutamanya di Bintulu; dan (b) apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

AUM DR 1/10/2013 15

89. PR-1312-L55256 Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah ada usaha di peringkat Kementerian untuk membentang dan memperbaharui akta-akta berkaitan pengambilan anak angkat seperti Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang dirasakan sudah terlalu lama dan lapuk.

90. PR-1312-L55906

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan pernah berjanji akan menurunkan harga kereta selepas PRU-13 setakat manakah usaha dibuat untuk merealisasikan janji tersebut.

91. PR-1312-L55227

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sehingga akhir Jun 2013 jumlah kontinjen liabiliti Kerajaan termasuk jaminan dan "letters of comfort". Kontinjen liabiliti kepada 10 syarikat dan tindakan untuk mengawal hutang 1MDB.

92. PR-1312-L56785

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan alasan pihak Kerajaan tidak memanggil sidang tergempar Parlimen walaupun mendapat desakan dari sebilangan ahli-ahli Parlimen Malaysia.

93. PR-1312-L55656

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kebelakangan ini, jenayah menggunakan senjata api semakin banyak terjadi, apakah punca sebenar yang menyebabkan ianya berlaku dan daripada manakah datangnya bekalan senjata api yang kelihatannya amat mudah dimiliki.

94. PR-1312-L55554 Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan untuk mengganti dan menaik taraf SMK Limbang yang sudah daif dan mempunyai penuntut melebihi seribu orang murid.

95. PR-1312-L56631

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rekod rasmi senarai nama individu-individu yang mempunyai gelaran-gelaran seperti Datuk Seri, Datuk, Dato' dan sebagainya. Berapa ramaikah daripada individu tersebut yang memiliki rekod jenayah.

96. PR-1312-L56154

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar "Endless Possibilities" yang dilancarkan oleh Kerajaan baru-baru ini. Jelaskan sasaran kumpulan masyarakat tumpuan dasar tersebut dan objektif serta hasil yang diharapkan.

16 AUM DR 1/10/2013

97. PR-1312-L55790 Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian untuk melonjakkan pencapaian usahawan wanita di negara ini terutamanya di peringkat pasaran global.

98. PR-1312-L55989

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bahawa jumlah anggota masyarakat yang menderita akibat tekanan mental kini meningkat ke hampir setengah juta orang. Apakah polisi Kementerian yang digubal untuk membuat penyelidikan dan untuk mengenal pasti punca-punca peningkatan gejala ini serta apakah pendekatan dan langkah -langkah untuk menangani masalah ini dalam jangka masa pendek serta jangka panjang.

99. PR-1312-L56071

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kesimpulan laporan keciciran pelajar sekolah menengah di bawah Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir dan langkah susulan menangani murid tercicir daripada sistem pendidikan negara. Nyatakan jumlah keciciran dari tahun 2001 hingga 2012.

100. PR-1312-L55716

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah konsep koridor Pembangunan seperti ECER, NCER dan lain-lain berjaya merancakkan pertumbuhan/pembangunan Wilayah khususnya bagi merapatkan jurang kemajuan antara Wilayah di Malaysia.

101. PR-1312-L55289

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kursus-kursus yang diklasifikasikan sebagai kritikal dan telah tepu.

102. PR-1312-L56714

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang tahap keberkesanan dan penyebar luasan usaha-usaha Kerajaan dalam melaksanakan dasar pembangunan modal insan khususnya peluang-peluang latihan dan kemahiran kepada masyarakat luar bandar seperti Kinabatangan.

103. PR-1312-L56749 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil Kerajaan untuk menghalang mata wang ringgit Malaysia di manipulasi oleh penyangak mata wang antarabangsa susulan dari aktiviti urus niaga ekuiti mata wang Ringgit Malaysia di pasaran bursa antarabangsa.

AUM DR 1/10/2013 17

104. PR-1312-L56869 Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah dan tindakan yang bakal diambil bagi memperkasakan lagi pasukan Polis Di Raja Malaysia dan sebagai satu usaha dalam mendepani dengan masalah jenayah tembak, kongsi gelap dan yang melibatkan senjata api.

105. PR-1312-L56201

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan pengelola SJKC dan SJKT yang sudah dan belum berdaftar dengan Ketua Pentadbir di bawah Seksyen 88 dan 89 Akta Pendidikan 1996.

106. PR-1312-L55174

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan dan sumbangan MIGHT (Malaysian Industry- Government for High Technology) kepada pembangunan negara dan hubungannya dengan Kementerian.

107. PR-1312-L55195

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang diambil oleh SPAD untuk memastikan bas ekspres yang singgah di Ipoh menggunakan Stesen Amanjaya di Meru Raya.

108. PR-1312-L56444

Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dengan kefahaman bahawa faktor guru adalah antara faktor utama dalam menentukan ketinggian martabat pendidikan dan keberkesanan proses pendidikan khususnya dalam hal pengajaran-pembelajaran (teaching-learning), apakah langkah-langkah konkrit yang telah dan akan dilaksanakan bagi mengangkat sahsiah guru dan keguruan, tahap profesionalisme guru dan peluang kemajuan kerjaya para pendidik.

109. PR-1312-L57041

Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan pelarian dan pemegang dokumen IMM13 di setiap negeri dan apakah Pelan Tindakan untuk menyelesaikan masalah kehadiran mereka di negara kita.

110. PR-1312-L56512

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab kelakuan jenayah-jenayah serius dan kes-kes pembunuhan dalam negeri serta kaitannya dengan pemansuhan Emergency Ordinance.

111. PR-1312-L56262

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status perkembangan gedung makanan negara dan apakah sasaran pengeluaran yang ditetapkan yang melibatkan empat produk bernilai tinggi (high value products) telah berjaya dicapai.

18 AUM DR 1/10/2013

112. PR-1312-L55098 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) bilangan universiti yang dibina atau dibangunkan oleh Kerajaan;

dan (b) beri statistik dalam pecahan mengenai bilangan kaum pelajar-

pelajar. 113. PR-1312-L56934

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sebab mengapa peruntukan sebanyak RM4 juta untuk memajukan kawasan luar bandar diberi secara berperingkat dan tidak secara keseluruhan memandangkan perancangan pembangunan tidak akan terlaksana dengan baik dan terancang.

114. PR-1312-L55603

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik sasaran yang ditetapkan oleh Talent Corp untuk menarik golongan berkepakaran warganegara Malaysia balik dan bukan warganegara ke Malaysia mengikut sektor keperluan bagi memenuhi keperluan tenaga berkepakaran untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi tahun 2020. Nyatakan kejayaan, kegagalan dan halangan yang dihadapinya.

115. PR-1312-L55937

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada tindakan akan diambil terhadap kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan kecederaan atau kematian orang awam semasa kerja-kerja pembangunan seperti projek LRT yang menyebabkan kematian En. A. Vijaya Sigam pada Mac 2013.di Subang.

116. PR-1312-L56359

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan yang konkrit untuk meningkatkan mutu laluan atau laluan baru kereta api daripada Kuala Lumpur ke Tumpat. Berapa kos yang terlibat dan kontraktor yang akan dilantik.

117. PR-1312-L55536

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Bank Negara untuk menyelesaikan masalah pemilik-pemilik rumah di Taman Suria Permai, Taiping, Perak DR (yang dulu ditipu oleh pemaju mereka) dan kini sedang menghadapi ke lelongan rumah mereka oleh Syarikat Gale Force, agen Malayan Banking.

118. PR-1312-L55339

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status pembinaan jalan raya dual carriageway Batu Sapi dan tarikh penyiapan (asal dan terkini). Mengapa Fasa 1 sudah rosak teruk, sedangkan Fasa-Fasa yang lain masih belum siap dibina.

AUM DR 1/10/2013 19

119. PR-1312-L55877 Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah Rancangan PPR telah mencapai matlamat untuk membasmi kemiskinan.

120. PR-1312-L56641

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian menjalankan kajian mengenai dakwaan bahawa terdapat trend ibu bersalin di hospital Kerajaan melalui proses pembedahan (caesarean) semakin kerap dilakukan walaupun kaedah tersebut tidak perlu dilakukan kerana ibu mengandung mampu bersalin secara normal.

121. PR-1312-L56795

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pekerja asing yang berada di Malaysia setakat 1hb Julai 2013.

122. PR-1312-L56452

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pelan perlindungan dan kesihatan khas untuk ibu tunggal yang berpendapatan rendah.

123. PR-1312-L56118

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rancangan Kerajaan untuk menggubal undang-undang baru atau pindaan untuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam (Public Transportation System) yang menyeluruh dan integrasi untuk negara.

124. PR-1312-L55089

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa penjualan mercun masih berleluasa dan bebas hingga berlakunya beberapa kejadian kemalangan akibat letupan mercun. Adakah cara penguatkuasaan yang di praktik sekarang masih belum baik untuk mengatasi masalah ini dan apakah langkah tindakan terbaik bagi mengatasinya

125. PR-1312-L56533

Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-

(a) sama ada Kementerian bercadang untuk menyemak pemberian

subsidi diesel kepada para nelayan dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan dibuat untuk mengatasi masalah penyeludupan dan penjualan diesel yang dilakukan oleh nelayan tempatan; dan

(b) berapa banyak kes penyeludupan dan penjualan diesel secara

haram yang telah dikesan oleh pihak berkuasa yang melibatkan nelayan tempatan.

20 AUM DR 1/10/2013

126. PR-1312-L55962 Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a) keluasan tanah di Negeri Sembilan yang telah di "reserve" atas

nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang masih belum dibangunkan; dan

(b) apakah langkah-langkah yang telah dan boleh diambil oleh PTP

bagi mempermudahkan urusan pihak berkuasa negeri atau pihak berkuasa tempatan membangunkan tanah-tanah yang sedemikian itu.

127. PR-1312-L55140

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) faktor yang menyebabkan faktor kewangan Malaysia Airlines

System semakin merudum serta usaha pemulihan yang dibuat; dan

(b) sama ada Kerajaan akan menaik taraf sistem pendaratan dan

pelepasan di semua lapangan terbang di negara ini. 128. PR-1312-L55133

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pulangan pelaburan zakat bagi negeri-negeri di Malaysia dari tahun 2010-2012.

129. PR-1312-L56485

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan keadaan yang sebenarnya cadangan untuk membina insinerator sampah moden di Taman Beringin (Kepong), Johor dan Melaka. Apakah prosedur yang diikuti dari segi peruntukan, pilihan lokasi, pandangan penduduk, tender terbuka dan tarikh pelaksanaan.

130. PR-1312-L55277

Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian ada menjalankan kajian saintifik kenapa peminjam-peminjam PTPTN gagal ataupun menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman mereka. Jika ada, apakah punca-punca utamanya.

131. PR-1312-L56855

Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah hasil kutipan Kerajaan dapat dengan pengumuman kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa jam 12 tengah malam, 3 September 2013, berapa jumlah yang akan diperuntukkan kepada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat seluruh negara. Golongan penerima yang disasarkan.

AUM DR 1/10/2013 21

132. PR-1312-L55317 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah konkrit yang akan dilaksanakan untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi yang semakin menurun (4.2 % bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini) agar GNI per kapita sebanyak RM 50,000 dapat dicapai pada tahun 2020 nanti.

133. PR-1312-L56033

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang telah dan akan diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan pergantungan negara kepada hasil petroleum dan gas sebagai sumber pendapatan utama negara.

134. PR-1312-L55805

Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah bekalan sembelihan korban mencukupi untuk perayaan Aidil Adha bagi tahun 1434H (2013). Berapa banyakkah lembu yang diimport dari luar negara.

135. PR-1312-L55330

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci hasil siasatan mengenai aduan Puan Salammal Subramaniam yang bertarikh 4 Disember 2012 terhadap kursus International Teacher Training Programme Honours Bachelors Degree in Education yang ditawarkan oleh Fairview International School, Wangsa Maju tidak diiktiraf dan tiada kelulusan oleh pihak Kementerian.

136. PR-1312-L56961

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan mengapa lebih 60 peratus sistem ITIS yang berjumlah kira-kira 1,000 buah tidak berfungsi sepenuhnya dan gagal berfungsi berkaitan pengurusan lalu lintas bagi Bandaraya Kuala Lumpur.

137. PR-1312-L56208

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan dalam siasatan tentang laporan polis Dang Wangi no:019580/13 dibuat pada 21 Mei 2013 oleh Karpal Singh, Ahli Parlimen (Bukit Gelugor) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Mohamad Noor Abdullah di bawah Akta Hasutan, 1948. Adakah pendakwaan bersedia untuk mendakwa beliau.

138. PR-1312-L56537

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah keputusan arbitrasi atas kes bangunan Sekolah Kebangsaan Danau Perdana yang telah terbengkalai lebih daripada 14 tahun di Taman Desa, Kuala Lumpur. Apakah rancangan Kementerian terhadap tapak bangunan sekolah itu memandangkan tapak itu telah dijadikan tempat pembiakan nyamuk.

22 AUM DR 1/10/2013

139. PR-1312-L56826 Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan dikenakan terhadap syarikat-syarikat milikan Malaysia yang terbabit dengan jerebu teruk, nyatakan syarikat tersebut yang dikenal pasti oleh Kerajaan Indonesia. Apakah hukuman maksimum yang dikenakan di bawah Akta Alam Sekitar berkenaan dan adakah hukuman dikenakan setimpal dengan kesalahan dilakukan memandangkan kesan negatif kepada kesihatan manusia sejagat.

140. PR-1312-L55345

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Hospital Likas di Sabah boleh menerima mesin radioterapi yang baru. Apakah model / jenama mesin radioterapi tersebut. Berapakah harga mesin radioterapi yang baru itu.

141. PR-1312-L56621 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan 10 kumpulan pekerja yang digaji paling rendah, purata pendapatan setiap bulan dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka.

142. PR-1312-L55977

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kemajuan Projek Skim Bekalan Air Triang (Skim B) terletak di daerah Jelebu dan nyatakan sejauh mana projek ini akan dapat menyediakan keperluan air di Negeri Sembilan dan kawasan Jelebu khasnya untuk tahun-tahun akan datang.

143. PR-1312-L55406

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah permohonan yang memohon Program Felo Perdana baru-baru ini.

144. PR-1312-L56456

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang agar operasi penyelenggaraan bangunan pangsapuri kos rendah diletakkan di bawah Kementerian kerana kebanyakan pihak JMB (Joint Management Body) gagal beroperasi dengan baik.

145. PR-1312-L56845

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Malaysia mengenai Pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Mesir terhadap kumpulan Ikhwan. Adakah Kementerian menghantar utusan kepada Kerajaan menunjukkan keprihatinan Malaysia terhadap demokrasi di Mesir.

AUM DR 1/10/2013 23

146. PR-1312-L56914 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah dan peratusan pegawai dan anggota polis dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berbanding jumlah keseluruhan pegawai dan anggota PDRM. Adakah Kerajaan bercadang untuk melakukan penempatan semula anggota polis berdasarkan nisbah penduduk.

147. PR-1312-L55114

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk membina Kedai Rakyat 1Malaysia di Pekan Belaga, Pekan Kapit, Pekan Song dan di penempatan semula Sg. Asap.

148. PR-1312-L55139

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan:-

(a) apakah sebab kekurangan bekalan minyak diesel di negeri

Sabah baru-baru ini; dan (b) apakah tindakan Kementerian agar perkara ini tidak berulang

lagi. 149. PR-1312-L55690

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah sebab punca utama pemindahan lokasi penganjuran Perlawanan Persahabatan antara pasukan Malaysia dan Kelab Antarabangsa Barcelona dari Stadium Nasional ke Stadium Shah Alam dan apakah langkah untuk mengelakkan masalah ini berulang.

150. PR-1312-L56184

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status terkini cadangan pelaksanaan GST 4% yang diwar-warkan sebagai langkah mengatasi defisit dan unjuran implikasi perlaksanaannya.

151. PR-1312-L56372

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah pampasan yang wajib dibayar oleh

Kementerian jika Kerajaan bersetuju untuk mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES); dan

(b) berapakah kos sebenar yang telah dibelanjakan oleh syarikat bagi pemasangan AES ini dan setakat Ogos 2013 berapakah jumlah kutipan saman AES yang telah dibayar kepada Syarikat pengendali AES.

24 AUM DR 1/10/2013

152. PR-1312-L56656 Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah jururawat yang sah dalam jawatan yang berkhidmat di Hospital Sarikei dan Klinik Kesihatan Bintangor.

153. PR-1312-L56102

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan langkah Kementerian dalam membantu pemilik tanah terbiar yang diberikan kepada agensi seperti FELCRA dilihat kurang mendatangkan hasil dan memberikan pulangan yang agak kecil kepada pemilik tanah.

154. PR-1312-L56704

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang usaha Kerajaan dalam usaha Penstrukturan Semula terhadap rungutan permasalahan Jadual Penerbangan Kuala Lumpur-Sandakan dan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu di kalangan Syarikat-Syarikat Penerbangan di negara ini.

155. PR-1312-L55294

Tuan William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah faedah dan kebaikan bagi mereka yang memohon Sijil Lewat Kelahiran yang diluluskan dengan status kerakyatan masih belum ditentukan.

156. PR-1312-L57022

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik peningkatan penggunaan senjata api oleh penjenayah dari tahun 2003 hingga 2013 dan apakah langkah Kementerian untuk mencegah penyalahgunaan senjata api ini.

157. PR-1312-L56213

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan siasatan laporan polis Kuala Besut no:001139/13 dibuat oleh Karpal Singh, Ahli Parlimen (Bukit Gelugor) di Balai Polis, Jalan Bandar pada 17 Julai 2013 terhadap Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Tajuddin Abdul Rahman di bawah pendakwaan Hasutan, 1948. Adakah pendakwaan bersedia untuk mendakwa beliau.

158. PR-1312-L56504

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menyediakan tempat letak kereta bertingkat di Kangar dan Kuala Perlis. Perkara ini merupakan keperluan yang mendesak pada masa ini.

159. PR-1312-L55487

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) sama ada Kerajaan berhasrat untuk menjual Syarikat

Penerbangan Malaysia (MAS) sekiranya kerugian yang dialami berterusan; dan

AUM DR 1/10/2013 25

(b) rancangan Kementerian untuk memulihkan tahap keuntungan MAS.

160. PR-1312-L55348

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah SK Matanggal di Beluran yang telah siap dibina pada tahun 2011 boleh digunakan. Apakah sebab-sebab penggunaan SK Matanggal ditunda hingga menyebabkan 114 kanak-kanak dari 5 buah kampung tidak dapat meneruskan persekolahan mereka.

161. PR-1312-L55051

Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memberikan potongan RM20 kepada semua pengguna elektrik dan tidak lagi hanya kepada pengguna di bawah RM20 seperti sekarang.

162. PR-1312-L55563 Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah tindakan dan usaha Kementerian daripada segi pemasaran untuk Projek Penanaman Vanila yang sudah pun menampakkan hasil di daerah Limbang.

163. PR-1312-L55164

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kenapa TNB perlu menaikkan tarif elektrik sedangkan saban tahun TNB mengaut keuntungan yang memberi kesan kepada kenaikan kos pengguna di negara ini.

164. PR-1312-L56839

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan statistik pelaburan luar dan dalam negeri setiap tahun dari 2008-2013 dan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Adakah terdapat sistem kuota antara rakyat tempatan dan asing.

165. PR-1312-L55768

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kesudian Kermenterian untuk "declassify environmental and technical impact assessment" untuk pembinaan Langat 2 dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor.

166. PR-1312-L55502

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian menjalankan kajian aspek "viability" serta "sustainability" dalam perancangan menempatkan pegawai-pegawai kastam di sebuah pusat bebas cukai di Hutan Pulau Bayas Tasek Kenyir Terengganu yang sedang dibina sekarang memandangkan kos kewangan dan kesan kerosakan alam sekitar yang tinggi.

26 AUM DR 1/10/2013

167. PR-1312-L56699 Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak JAKIM akan menguatkuasakan sijil halal dari JAKIM dan pengesahan Jabatan Veterinar (DVS) untuk kapsul gelatin halal yang diimport dari Taiwan, Korea, China dan India.

168. PR-1312-L56712

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mutakhir ini negara kita digemparkan dengan banyak isu pembunuhan yang menggunakan senjata api yang diklasifikasikan sebagai kes berprofil tinggi. Apakah langkah-langkah penguatkuasaan bagi membendung gejala jenayah ini setelah beberapa akta dimansuhkan.

169. PR-1312-L56987

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah dan status siasatan laporan polis berkaitan sekatan pemberian subsidi baja padi di seluruh negara akibat diskriminasi politik. Apakah tindakan Kementerian dalam memastikan agihan pemberian baja subsidi kepada para penanam padi dibuat secara adil.

170. PR-1312-L56759

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) IMTGT telah berjalan beberapa tahun. Apakah kejayaan besar

yang telah dinikmati oleh negara kita; dan (b) sehingga hari ini pembangunan Koridor Utara sering dicanang

mencapai kejayaan. Apakah pembangunan yang dinikmati di Utara Perak seperti Parlimen Gerik.

171. PR-1312-L55678

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan laporan tentang projek satelit RazakSat1 termasuk kos keseluruhan, syarikat-syarikat yang terlibat serta fungsi dan kos mereka, serta laporan siasatan sebab-sebab kegagalan selepas hanya satu tahun beroperasi seperti yang dinyatakan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011.

172. PR-1312-L55417

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah Kementerian bagi membanteras penyalahgunaan ubat batuk di kalangan pelajar khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Masalah ini didapati semakin meningkat.

173. PR-1312-L56286

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pencapaian akademik pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang menginap di asrama berbanding dengan pencapaian pelajar harian.

AUM DR 1/10/2013 27

174. PR-1312-L55212 Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Royalti Petroleum untuk negeri Kelantan akan dibayar sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.

175. PR-1312-L57081 Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan dalam menyelamatkan syarikat penerbangan negara iaitu Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

176. PR-1312-L57082 Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:- (a) apakah perancangan dan langkah-langkah drastik pihak Polis Diraja

Malaysia dalam usaha mengurangkan kes-kes jenayah; dan (b) apakah tindakan Kerajaan dalam meningkatkan imej dan integriti Polis

Diraja Malaysia.

177. PR-1312-L57065 Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) masa kini dan nyatakan sejauh manakah langkah Kerajaan menjadikan RELA sebagai agensi Kerajaan bertaraf jabatan dapat membantu agensi kerajaan bagi membanteras jenayah dan menghadapi keadaan genting seperti bencana alam dan ancaman keselamatan negara.

178. PR-1312-L55323 Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan Taraf Kewarganegaraan kepada mana-mana ahli sukan yang bertaraf dunia dari negara-negara luar yang berminat untuk berhijrah ke negara ini seperti yang diamalkan di beberapa buah negara di dunia.

179. PR-1312-L56093 Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan pendekatan baru diambil untuk memperkasa usaha meningkatkan penembusan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

180. PR-1312-L56268 Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyediakan kemahiran graduan masuk ke alam kerja termasuk kerjasama IPTA/IPTS dengan sektor pekerjaan.

181. PR-1312-L56402 Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status dan kajian pelaksanaan GST.

28 AUM DR 1/10/2013

182. PR-1312-L55814 Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai gaji tahunan, termasuk elaun dan bonus, pada tahun 2012 untuk CEO PEMANDU, CEO Agensi Inovasi Malaysia, CEO Talentcorp, CEO SPAD.

AUM DR 1/10/2013 29

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

* Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013

___________________________________________________________________ * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua

peringkat di mesyuarat ini.

30 AUM DR 1/10/2013

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung Semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan

Tambahan (2013) 2013 (D.R. 7/2013) dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (30 September, 2013) [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 8/2013) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 11/2013) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

6. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

9. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 1/10/2013 31

10. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

11. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

12. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

13. PR-1312-U56793 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian secara tegas untuk tidak bersetuju dengan apa jua kaedah menumbangkan Kerajaan selain dari kaedah demokrasi. Pada masa yang sama memainkan peranan penting untuk meminta bantuan OIC dan komuniti antarabangsa bagi mengembalikan Mohamad Morsi kepada jawatan Presiden Mesir ataupun mendesak Kerajaan Mesir mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat demi mengekang dan menghentikan keganasan dan pembunuhan rakyat Mesir yang sedang berlaku."

( Kementerian Luar Negeri )

14. PR-1312-U56794

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa agar diwujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mencapai persetujuan semua pihak agar Kalimah Allah hanya boleh digunapakai di dalam konteks agama Islam dan tidak boleh dibahas secara terbuka untuk kepentingan politik mana-mana pihak."

( Perdana Menteri )

15. PR-1312-U55173

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ramai golongan belia di negara ini terutama sekali dari golongan graduan yang masih tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.

32 AUM DR 1/10/2013

Dan mengambil maklum juga, bahawa kebanyakan golongan graduan ini sedang menghadapi masalah untuk membuat pembayaran balik pinjaman mereka terutama sekali pinjaman perbadanan tabung pendidikan negara-PTPTN dan berisiko untuk disenaraihitamkan dalam sistem CRISS. Dan mengambil maklum juga bahawa, walaupun terdapat banyak program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan, seperti Majlis Amanah Rakyat-MARA, Yayasan Inovasi Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan, namun masih ramai lagi kalangan belia kita yang tidak mengetahui mengenai dengan program tersebut, mungkin kerana kurangnya sebaran mengenai program tersebut. Dan mengambil maklum juga bahawa, ramai golongan belia di negara ini mempunyai minat ataupun hobi yang boleh dimanfaatkan secara positif bagi tujuan pengkomersilan sekiranya dikembangkan di mana sekali gus dapat menjana pendapatan negara. Maka, bagi menangani masalah pengangguran di kalangan belia terutama sekali golongan graduan, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah memperbanyakkan lagi program keusahawanan berorientasikan minat atau hobi golongan belia tersebut, serta promosi terus kepada golongan sasar melalui pengkalan data Kerajaan terutama sekali pengkalan data para graduan."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Idustri )

16. PR-1312-U55107

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum kebelakangan ini ramai orang dibunuh dengan sewenang-wenangnya kerana dengan mudah boleh memperolehi senjata api. Dan perasaan takut menghantui rakyat. Dewan ini menggesa pihak polis untuk menumpukan kepada isu ini agar suatu penyelesaian dapat diambil untuk membanteras kegiatan tembak-menembak ini. 125 syor-syor oleh Suruhanjaya Diraja Polis pada tahun 2005 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan kadar segera."

( Kementerian Dalam Negeri )

17. PR-1312-U56596

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membahaskan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan peranan Malaysia di dalam perundingannya."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri )

18. PR-1312-U56602

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbincangkan perkembangan perhubungan kaum sejak Kemerdekaan Malaysia."

( Perdana Menteri )

AUM DR 1/10/2013 33

19. PR-1312-U56986 Tuan Surendran a/l K. Nagarajan [ Padang Serai ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini telah mengambil perhatian bahawa tempoh notis berkenaan pertanyaan-pertanyaan (questions) menurut Peraturan 22(2) selama 14 hari bekerja sebelum mesyuarat dimulakan adalah tempoh yang terlalu panjang, tidak munasabah dan membantutkan keberkesanan sesi pertanyaan-pertanyaan sebagai suatu cara bagi memastikan akauntabiliti Kerajaan kepada Dewan ini; dan meminta Kerajaan membawa usul untuk meminda Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memendekkan tempoh notis kepada 2 hari sebelum hari bila mana pertanyaan itu akan dijawab."

( Perdana Menteri )

20. PR-1312-U55499

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan Malaysian Association of Foreign Maid Agencies (PAPA) untuk menaikkan fi pengambilan pekerja kepada RM6700 oleh majikan dan RM1800 oleh pekerja domestik. Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani Kerajaan Malaysia-Indonesia, yang menetapkan fi tetap pada RM4,511; RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pekerja domestik jelas menunjukkan agensi pekerjaan mengaut keuntungan yang tinggi melalui pemerdagangan ini. Ia akan membawa kepada tangga gaji yang rendah kepada pekerja domestik untuk sekurang-kurangnya 6-9 bulan. Ianya juga bercanggah dengan Akta Pekerjaan (Artikel 24-8) yang menghalang majikan menolak gaji sehingga 50% dan bercanggah dengan Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure) di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Manusia di mana sekiranya gaji tidak dibayar untuk tiga bulan atau lebih, maka majikan boleh didakwa kerana eksploitasi."

( Kementerian Dalam Negeri )

21. PR-1312-U55500

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak agar segala projek pembangunan yang dibina di kawasan Bukit Gasing dihentikan agar hakisan tanah dan penduduk di kawasan pinggir bukit tidak hidup dalam ketakutan setiap kali hujan turun.”

( Kementerian Wilayah Persekutuan )

22. PR-1312-U56272

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan keluarga mangsa yang mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia, memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi menjalankan bedah siasatan."

( Kementerian Dalam Negeri )

34 AUM DR 1/10/2013

23. PR-1312-U56273 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam di dalam membendung gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

( Kementerian Pendidikan )

24. PR-1312-U56886

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan Malaysia selaku anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa agar membawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya semua pelaku jenayah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Mesir sekarang ini didakwa ke muka pengadilan di peringkat antarabangsa."

( Kementerian Luar Negeri )

25. PR-1312-U56893

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa Kerajaan meningkatkan usaha diplomatik di kalangan anggota ASEAN agar muafakat dapat dicapai untuk menangani krisis pencemaran alam sekitar yang kerap berulang setiap tahun. Kerajaan juga mengarahkan Pejabat Pendakwa Raya untuk mengkaji dan mengambil tindakan undang-undang dan seterusnya dibicarakan di mahkamah apabila berlaku isu pencemaran alam sekitar yang melintasi sempadan antarabangsa".

( Kementerian Luar Negeri )

26. PR-1312-U56896

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbahaskan komitmen Kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi kepada petrol, bahan-bahan api, makanan dan barang-barang keperluan asas pada tahap yang memuaskan supaya inflasi dapat dikawal dengan berkesan".

( Kementerian Kewangan )

AUM DR 1/10/2013 35

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2013 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD.1

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan dan Syarikat Kerajaan Persekutuan Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.2

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Dan Pengurusan Syarikat Subsidiari Tahun 2012 Siri 1

1 Oktober 2013

CMD.16 Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Bagi Tahun 2012 Siri 1

1 Oktober 2013

CMD.3 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.4 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.5 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.6 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.7 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.8 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

36 AUM DR 1/10/2013

TAHUN

2013 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD.9 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.10 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.11 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.12 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.13 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.14 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.15 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2012 Siri 1.

1 Oktober 2013

CMD.25 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan dan Syarikat Kerajaan Persekutuan Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.26 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Dan Pengurusan Syarikat Subsidiari Tahun 2012 Siri 2

1 Oktober 2013

CMD.40 Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Bagi Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

AUM DR 1/10/2013 37

TAHUN 2013

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

CMD.27 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan

Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.28 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.29 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.30 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.31 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.32 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.33 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.34 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.35 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.36 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.37 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

38 AUM DR 1/10/2013

TAHUN

2013 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD.38 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

CMD.39 Laporan Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2012 Siri 2.

1 Oktober 2013

AUM DR 1/10/2013 39

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

1. 2.

1.10.2013 (Selasa) 1.10.2013 (Selasa)

1. 2.

YB Tuan Ng Wei Aik (Tanjung) YB Tuan Surendran a/l K.Nagarajah (Padang Serai)

1. 2.

Isu Kenaikan Caj Perkhidmatan IWK. Ancaman kepada Kebebasan Bersuara Rakyat Daripada Kuasa Kerajaan BN

1. 2.

YB Menteri Kewangan YB Menteri Dalam Negeri