1
MANUAL PENGGUNA
SISTEM eZABEH
(Rumah Sembelihan)
2
Rumah Sembelihan: Pendaftaran sebagai Rumah Sembelihan ke dalam sistem
Sila taip url http://ezabehjaipk.perak.gov.my
1. Skrin ini adalah paparan utama sistem 2. Semua pengguna perlu login ke sistem melalui skrin ini 3. Bagi pengguna ‘Rumah Sembelihan’ dan ‘Penyembelih’ yang pertama kali mendaftar perlu
mendaftar melalui hyperlink ‘Daftar dalam talian bagi Rumah Sembelihan’ atau ‘Daftar dalam talian bagi Penyembelih’ seperti skrin di atas untuk mendapatkan no identiti dan kata laluan.
Klik ‘Daftar dalam talian bagi Rumah Sembelihan’
3
Isi semua maklumat dan klik butang ‘Hantar’
4
Mesej di atas akan dipaparkan sekiranya pendaftaran ‘Rumah Sembelihan’ berjaya. Walau
bagaimanapun, Rumah Sembelihan perlu menunggu JAIPk menyemak dan mengaktifkan Rumah
sembelihan tersebut. Setelah diaktifkan, Rumah sembelihan boleh log masuk ke dalam sistem
menggunakan No Identiti yang diberi dan kata laluan yang dimasukkan oleh Rumah Sembelihan
sendiri semasa membuat pendaftaran.
Rumah Sembelihan: Log masuk sistem sebagai Rumah Sembelihan
Masukkan No Identiti, Katalaluan dan Kategori pada ruangan Login Pengguna dan klik butang ‘Log in’.
5
1. Skrin di atas menunjukkan menu-menu yang boleh diakses oleh pengguna ‘Rumah Sembelihan’. 2. Pengguna boleh mengemaskini Profil Rumah Sembelihan dan klik butang ‘Kemaskini’ untuk simpan. 3. Bahagian bawah skrin memaparkan maklumat Penyembelih yang berdaftar di bawah ‘Rumah
Sembelihan’ tersebut.
6
MANUAL PENGGUNA
SISTEM eZABEH
(Penyembelih)
7
Penyembelih: Pendaftaran sebagai Penyembelih
Sila taip url http://ezabehjaipk.perak.gov.my
1. Skrin ini adalah paparan utama sistem 2. Semua pengguna perlu login ke sistem melalui skrin ini 3. Bagi ‘Penyembelih’ yang pertama kali mendaftar perlu mendaftar melalui hyperlink ‘Daftar dalam
talian bagi Penyembelih’ seperti skrin di atas untuk mendapatkan no identiti dan kata laluan.
Masukkan Nombor Pendaftaran Syarikat atau buat semakan syarikat melalui pautan yang telah
disediakan di atas. Tekan butang ‘Carian’.
Link untuk
semakan Rumah
Sembelihan yang
telah berdaftar
8
1. Semua ‘Penyembelih’ mesti mendaftar melalui skrin di atas sebelum dibenarkan log masuk ke dalam sistem.
2. Penyembelih mesti memasukkan “No Pendaftaran Syarikat” yang telah berdaftar sebagai “Rumah Sembelihan”
3. Semakan Rumah Sembelihan/ Syarikat yang telah berdaftar boleh dibuat dengan menekan link * Semak Syarikat seperti skrin di atas
9
1. Sekiranya pendaftaran ‘Penyembelih’ berjaya mesej ini akan dipaparkan. Walau bagaimanapun,
Rumah Sembelihan perlu menunggu JAIPk menyemak dan mengaktifkan ‘Penyembelih’ tersebut.
2. Setelah diaktifkan, ‘Penyembelih’ boleh log masuk ke dalam sistem menggunakan No Identiti yang diberi dan kata laluan yang dimasukkan oleh Rumah Sembelihan sendiri semasa membuat pendaftaran.
10
Penyembelih: Log masuk sebagai Penyembelih
Masukkan No Identiti, Katalaluan dan Kategori pada ruangan Login Pengguna dan klik butang ‘Log in’.
1. Penyembelih boleh melihat profil pengguna dan mengemaskini katalalaluan pada skrin ini.
2. Bahagian bawah skrin menunjukkan Maklumat Rumah Sembelihan di mana Penyembelih
didaftarkan
11
Penyembelih: Permohonan Kursus Sembelihan
Penyembelih boleh memohon kursus melalui menu Kursus Senarai Kursus Sembelihan
Sila pilih kursus yang masih berstatus ‘DIBUKA ‘ untuk dimohon. Klik butang mohon pada ruangan
Fungsi.
12
Sila lengapkan semua maklumat permohonan pada borang yang disediakan seperti di atas.
Tekan butang ‘Simpan’ sekiranya semua maklumat telah diisi
13
Klik butang ‘OK’ untuk Seterusnya
Sila muatnaik gambar Penyembelih dan tekan butang ‘Upload’
14
Sekiranya permohonan Kursus Berjaya, popup mesej seperti di atas akan dipaparkan. Sila tekan butang
‘OK’
Sila tekan butang ‘Cetak Borang’ untuk membolehkan borang permohonan dicetak dan dihantar ke
JAIPk bersama-sama dengan dokumen sokongan.
15
Pada menu ‘Senarai Kursus Sembelihan Tahunan’ di ruangan Fungsi akan memaparkan Status
permohonan ‘Telah Dipohon’
Penyembelih boleh menyemak status kursus melalui menu Kursus Semak Status Kursus
16
Setelah JAIPk meluluskan permohonan kursus, Penyembelih boleh menyemak status kursus melalui
menu Kursus Semak Status Kursus dan mengesahkan kehadiran kursus di ruangan Fungsi seperti
paparan di atas dan tekan butang ‘Sahkan’
Mesej kehadiran telah dikemaskini akan dipaparkan. Sila klik butang OK
17
Setelah pengesahan kehadiran dibuat, Penyembelih boleh mencetak Tentatif Program melalui ikon yang
disediakan di ruangan Fungsi.
Tentatif program adalah seperti di atas
18
Penyembelih: Semak Status Temuduga
1. Setelah penyembelih menghadiri kursus, lulus ujian bertulis dan praktikal sembelihan yang
dibuat semasa kursus, penyembelih akan ditawarkan menghadiri temuduga.
2. Penyembelih boleh menyemak status temuduga melalui menu Temuduga Semak Status
Temuduga.
3. Penyembelih perlu mencetak Surat panggilan temuduga melalui butang cetak yang disediakan
dan membawa bersama surat tersebut semasa menghadiri sesi temuduga
4. Penyembelih perlu membuat pengesahan kehadiran di ruangan Fungsi dan tekan butang Sahkan
Cth paparan surat temuduga
19
Selepas pengesahan kehadiran dibuat, mesej seperi di atas akan dipaparkan
Ruangan Fungsi akan dikemaskini dan status kehadiran berubah kepada AKAN HADIR seperti di atas
Top Related