TUGASAN 2: Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran sains anda,
bincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling efektif
yang pernah anda gunakan .
Kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang paling efektif yang pernah
saya gunakan ialah demonstrasi atau tunjukcara. Tujuan kaedah ini adalah untuk
membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa, atau
fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar
mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru. Kaedah ini sering kali digunakan
bersama-sama dengan kaedah-kaedah pengajaran yang lain seperti kuliah dan amali
(eksperimen). Demonstrasi sesuai dan berkesan digunakan hanya dalam situasi-situasi
seperti berikut:
Sesuatu alat terlalu berbahaya untuk dikendalikan sendiri oleh pelajar.
Apabila sesuatu aktiviti atau eksperimen melibatkan proses yang boleh
mendatangkan bahaya jika dikendalikan sendiri oleh pelajar.
Sesuatu alat terlalu mahal untuk digunakan oleh pelajar.
Peralatan yang sangat terhad untuk membolehkan pelajar menjalankan
sesuatu eksperimen, sama ada bersendirian ataupun dalam kumpulan kecil.
Sesuatu aktiviti atau eksperimen yang mengambil masa terlalu lama untuk
diselesaikan.
Apabila anda ingin mengulangi secara cepat sesuatu prinsip yang telah
dipelajari oleh pelajar.
Untuk menyediakan para pelajar melaksanakan sesuatu aktiviti, misalnya
suatu eksperimen. Anda menggunakan kaedah demonstrasi untuk
menunjukkan perkara-perkara penting yang perlu difahami oleh pelajar bagi
menjayakan aktiviti berkenaan, misalnya teknik-teknik khas mengendalikan
sesuatu alat atau radas dan langkah keselamatan yang terlibat.
Untuk menunjukkan hubungan sesuatu fenomenon dengan konsep yang
dipelajari semasa kuliah. Misalnya, perubahan warna penunjuk bikarbonat
10
dalam keadaan asid dan alkali untuk membuktikan bahawa udara yang
dihembus keluar semasa pernafasan mengandungi karbon dioksida.
Merangsang pemikiran untuk menjana idea-idea baru. Dalam hal ini, anda
melakukan sesuatu demonstrasi ringkas berhubung dengan suatu konsep
atau prinsip dan meminta pelajar membuat ramalan, hipotesis atau memberi
pendapat tentang konsep atau prinsip berkenaan.
Kita harus ingat: Demonstrasi bukan jalan pintas kepada pengajaran kaedah
saintifik. Sering kali kaedah demonstrasi disalahgunakan, terutamanya dalam sesi
amali. Eksperimen-eksperimen yang sepatutnya dilakukan oleh para pelajar sering kali
digantikan dengan demonstrasi. Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kerana setiap
makmal sains telah dilengkapi dengan peralatan dan bahan yang mencukupi. Keadaan
ini juga menghalang pelajar mempelajari dan memperkembangkan kemahiran saintifik
(kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif). Selain itu, kemahiran proses
sains diuji dalam peperiksaan.
Dalam kaedah demonstrasi, peranan guru adalah:
Mengenal pasti dengan jelas objektif pengajaran.
Memahami nilai atau manfaat demonstrasi berkenaan kepada pelajar.
Memahami dan memastikan rasional demonstrasi, iaitu mengapa
demonstrasi itu dilakukan.
Menyediakan alat atau bahan yang diperlukan.
Merancang supaya demonstrasi memberi manfaat kepada semua pelajar
di dalam kelas.
Merancang penglibatan aktif pelajar semasa demonstrasi.
Keberkesanan demonstrasi bergantung pada beberapa perkara, antaranya:
1. Laras bahasa yang guru gunakan semasa menyampaikan demonstrasi. Guru
mestilah menggunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.
11
Turut memainkan peranan penting ialah komunikasi tanpa berbahasa, iaitu
pergerakan tangan, kepala atau mimik muka anda secara berkesan.
2. Peralatan yang digunakan mestilah cukup besar dan seberapa ringkas yang
boleh. Alat-alat yang kompleks akan melindungi apa yang hendak
ditunjukkan.
3. Demonstrasi mestilah mudah dilihat oleh semua pelajar. Alat atau objek
demonstrasi mestilah diletakkan di atas meja yang tinggi. Pastikan juga
cahaya cukup terang supaya pelajar-pelajar dapat melihat semua aspek
demonstrasi.
4. Kedudukan para pelajar perlu diatur supaya setiap pelajar dapat melihat apa
yang ditunjukkan dan mendengar dengan jelas percakapan guru. Dalam
kelas yang ramai pelajar, pelajar-pelajar yang berdekatan dengan
demonstrasi bolehlah duduk manakala yang lebih jauh pula bolehlah berdiri.
Satu cara lagi adalah dengan membahagikan pelajar-pelajar kepada
beberapa kumpulan; setiap kumpulan mengambil giliran melihat demonstrasi.
Untuk mengelak gangguan, kebisingan atau pelajar bermain, kumpulan-
kumpulan yang tidak melihat demonstrasi diberikan sesuatu tugas, misalnya
membaca buku teks, menjawab soalan atau berbincang tentang sesuatu
masalah.
5. Guru perlulah memastikan pelajar terlibat secara aktif dalam demonstrasi.
Pelajar-pelajar disuruh memasang alat, mengambil ukuran, mengisi jadual
dan sebagainya. guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang relevan bagi
membangkitkan minat serta merangsang pemikiran pelajar. Selain itu, anda
hendaklah melayani soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar. Dalam
keadaan tertentu, pelajar-pelajar melihat demonstrasi, mendengar
penerangan guru, mengambil nota atau melukis gambarajah.
12
6. Guru sepatutnya berlatih melakukan demonstrasi terlebih dahulu. Ini
memberi peluang kepada guru mengenal pasti masalah-masalah yang
mungkin timbul dan mengawal masa secara berkesan.
Kesimpulan
Sebagai guru sains kita seharusnya menggunakan pelbagai kaedah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat murid dalam mempelajari
sains menurut K.T. Compton (seorang ahli fizik yang terkenal) beliau menyatakan
bahawa sains merupakan "sikap ingin tahu, pemerhatian dan penakulan mengenai
dunia ini". Oleh itu, bagaimanakah kita hendak membentuk "sikap ingin tahu,
pemerhatian dan penakulan" ini jika pelajar tidak dibenarkan untuk merasai alam
persekitarannya. Perhubungan dengan alam persekitaran akan merangsang semua
deria pelajar dan apabila ini berlaku pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik.
Apabila pembelajaran menjadi menarik maka minat pelajar terhadap bidang ini akan
meningkat.
Oleh, itu amat penting bagi kita melihat semula kaedah pengajaran dan pembelajaran
sains masakini. Kelemahannya wajar diperbaiki agar tidak mematikan minat pelajar
terhadap bidang sains itu sendiri. Sudah kerap kali perkara ini disebut namun sehingga
kini masih belum nampak adanya perubahan yang besar dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran sains. Memang benar terdapat beberapa perubahan telah dilakukan,
misalnya dengan menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran. Namun,
kejayaan kaedah ini untuk meningkatkan minat terhadap sains masih diragukan. Jika
pelajar hanya belajar melalui teknologi maklumat tanpa wujudnya perhubungan dengan
alam maka minat pelajar terhadap bidang sains tetap akan mati akhirnya.
13
TUGASAN 3 (A)
(i) MANUAL PENYEDIAAN KIT KOTAK KASUT
PENGENALAN
Penyediaan kit kotak kasut ini adalah bertujuan untuk membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.selain itu juga dengan adanya kit kotak kasut ini murid-murid lebih mudah untuk memahami konsep, prinsip dan hokum sains. Kit kotak kasut yang saya hasilkan ini adalah berkait dengan topik litar eletrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Selain tajuk litar bersiri dan litar selari guru-guru juga boleh menggunakan kit kotak kasut ini untuk mengajar tajuk bahan konduktor dan bahan penebat. Kit ini turut d lengkapi dengan manual penggunaan yang lengkap dengan langkah-langkah pemasangan litar serta dilengkapi dengan lukisan skematik supaya murid lebih mudah memahami penyiasatan yang dijalankan.
Bahan –bahan yang diperlukan untuk membuat kit litar eletrik
1. satu kotak kasut
2. pemegang bateri 2 pcs
14
3. Suis pisau 2 pcs
4. Pemegang mentol 4 pcs
5. Mentol 4 pcs
15
6. Wayar merah dan hitam 1 meter
7. Pemutar skru 1 batang
16
Anggaran kos
JENIS BARANG HARGA1. Kotak kasut -2. Pemegang bateri 4 pcs RM 7.603. Suis pisau 2 pcs RM 3.004. Mentol 4 pcs RM 3.805. Pemegang bateri 2 pcs RM 4.006. Wayar merah /hitam 1meter -7. Pemutar skru -
JUMLAH RM 18.40
TUGASAN 3 : (A)
17
(ii) MANUAL PENGGUNAAN KIT KOTAK KASUT
KIT PENYAMBUNGAN LITAR ELETRIK
PENGENALAN
Kit ini memudahkan anda menjalankan eksperimen berkaitan topik litar eletrik sains tahun 5. Setiap projek mempunyai langkah kerja untuk menyambungkan litar eletrik. Projek didalam set ini mengikut sukatan sains tahun 5. Walau bagaimanapun set litar ini juga boleh di ubah suai untuk tujuan
eksperimen yang lain seperti menguji bahan konduktor dan penebat.
Kandungan
Pemegang bateri 2 biji Suis pisau 2 biji
18
Pemegang mentol 4 biji Mentol 4 biji
Pemutar skru 1 batang Wayar merah /hitam 1 meter
LANGKAH KERJA
1. Pasang wayar pada pemegang bateri
2. Pasang wayar pada suis pisau
19
3. Pasangkan mentol pada pemegang mentol
MEMBUAT PENYAMBUNGAN LITAR SIRI
20
21
MEMBUAT PENYAMBUNGAN LITAR SELARI
22
TUGASAN 3 : (A)
(iii) RANCANGAN MENGAJAR 2 WAKTU UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK YANG MENGGUNAKAN KIT KOTAK KASUT
Mata pelajaran : Sains
Kelas : 5 Cerdik
Tarikh : 20 Mac 2012
Masa : 10.30-11.30 (60 minit)
Bilangan murid : 32 orang
Tema : Menyiasat alam fizikal
Bidang pembelajaran : Elektrik
Objektif pembelajaran : Memahami litar bersiri dan litar selari.
Hasil pembelajaran : 1. Mengenalpasti perbezaan susunan litarbersiri dan selari.
2. membina litar bersiri dan selari.
3. Membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.
Pendekatan / strategi : Pendekatan inkuiri penemuan
Strategi mengeksperimen dan perbincangan.
Fasa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Orientasi5 minit
Simulasi membina litar lengkap
Simulasi Guru memberi gambar
mentol, bateri dan suis dan di gantung pada murid untuk menghasilkan satu litar.Soalan :
Adakah mentol akan menyala ?
Murid berpegsng tsngsn untuk
Kemahiran berfikir :Membuat gambaran mental.
Nilai murni :Bekerjasama, minat, sifat ingin tahu tentang alam.
23
menunjukkan satu litar eletrik lengkap. ( murid sudah ada pengetahuan bina litar )
Murid yang memakai gambar suis melepaskan tangan.Soalan :Adakah mentol akan menyala ?
Seterusnya guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari itu.
Pencetusan idea (10 minit)
Terdapat dua jenis susunan litar lengkap iaitu litar selari dan litar bersiri.
Murid menyiapkan permainan jigsaw puzzle litar bersiri dan litar selari.
Murid mencari perbezaan 2 jenis litardaripada puzzle yang telah dilengkapkan.
Murid membuat ramalan litar yang paling baik.
Strategi/teknik:
Teknik penyoalan seluruh kelas.
Sumber :
Permainan jigsaw puzzle litar.
Menstruktur semula idea( 25 minit )
Mentol litar selari lebih cerah berbanding litar bersiri
Dengan menggunakan kit kotak kasut penyambungan litar, murid menjalankan eksperimen, membuat pemerhatian dan merekodkan keputusanpenyiasatan. (rujuk lampiran 1)
Kumpulan yang tidak Berjaya diberikan pemulihan.
Strategi/teknik:
Inkuiri penemuan, eksperimen.
Sikap saintifik dan nilai murni:
Sistematik,jujur dalam merekod dan bekerjasama.
Aplikasi idea(15 minit )
Kita menggunakan litar selari dirumah.
Murid berbincang didalam kumpulan :- Kelebihan dan
kelemahan litar
Strategi :
Perbincangan kumpulan.
24
bersiri dan litar selari
- Membezakan susunan komponen eletrik secara selari dan bersiri.
Refleksi(5 minit)
Mentol lebih cerah dalam litar selari berbanding litar bersiri.
Guru membimbing murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari itu.
Murid membuat pengurusan grafik perbandingan litar bersiri dan litar selari.
LAMPIRAN :
25
Kod aktiviti : 5/3/2/2.2/6
Bidang kajian : 2. Elektrik
Objektif pembelajaran : 2.2 memahami litar bersiri dan litar selari.
Hasil pembelajaran : 2.2.6 membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.
Kaedah : eksperimen
Radas/ Bahan : Dua bateri, empat mentol, wayar, dua suis, empat pemegang mentol.
Langkah-langkah :
1. Bina litar bersiri seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
2. Pasang suis dan perhatikan kecerahan mentol.3. Bina litar selari seperti yang di tunjukkan dalam rajah dibawah.
4. Pasang suis dan perhatikan kecerahan mentol dan catatkan pemerhatian.
1. Pemerhatian :
26
Jenis litar Kecerahan mentolLitar bersiriLitar selari
2. Berdasarkan penyiasatan nyatakan :
I. Pembolehubah yang di manipulasi.
__________________________________________________________II. Pembolehubah yang bergerakbalas.
__________________________________________________________III. Pembolehubah yang dimalarkan.
3. Nyatakan sebab kenapa mentol dalam litar bersiri malap ?
4. Kesimpulan :
27
TUGASAN 3 (B)
REFLEKSI BERKAITAN DENGAN AKTIVITI PENGAJARAN SAINS.
MASALAH
Saya mengajar di kelas 6 Cerdik, Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota Kuantan.
Lokasi sekolah ini adalah di luar bandar. Kebanyakan murid-murid di sekolah ini tidak
boleh memahami pengajaran sains dalam bahasa inggeris. Prestasi mata pelajaran
sains sekolah ini berada di tahap sederhana. Pada tahun lepas hanya 70 % murid-
murid lulus dalam mata pelajaran ini walaupun target sebenar sekolah ialah 100%.
Setelah dua bulan mengajar sains kelas 6 Cerdik semenjak sesi persekolahan
2012, saya mendapati beberapa orang murid-murid di bahagian belakang kelas telah
membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya saya terpaksa berhenti
mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah menganggu
pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya.
Dalam pada itu, saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur
kenakalan mesti wujud. Walau bagaimanapun sikap kenakalan ini tidak boleh dibiarkan
berterusan kerana ianya boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-
murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan
pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi
masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-
murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi
murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang
lain.
ANALISIS MASALAH
Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah kebisingan daripada sebilangan
kecil murid-murid di belakang. Setiap kali saya mengajar, beberapa murid-murid akan
bercakap atau Adakah yang anda akan buat berbeza bermain di belakang. Mereka
akan berbuat demikian sepanjang masa pengajaran saya. dengan dahulu?Beberapa
soalan berlegar dalam minda saya:
28
Apakah murid-murid ini sudah bosan dengan pengajaran saya?
Apakah yang menjadikan mereka bosan?
Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?
Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya?
Adakah saya menjadi punca berlakunya?
Bolehkah faktor-faktor lain yang terlibat dalam hal ini?
Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual dan soal selidik serta
pemerhatian, beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan:
murid-murid ini adalah dari kumpulan lemah.
Murid-murid ini tidak faham apa yang disampaikan dalam kelas
Murid-murid ini tidak berminat dalam pembelajaran sains.
Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan masalah
ini. Pada dasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan lemah kurang minat
belajar kerana mereka tidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian. Selepas
membuat refleksi, saya rasa andaian ini tidak berasas kerana guru sebagai pendidik
perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid ini belajar. Kemampuan
saya sebagai guru telah dicabar.
Dari suatu perspektif yang lain saya boleh melihat peristiwa ini sebagai suatu
percanggahan dari segi kerelevanan mata pelajaran yang diajar dengan realiti mereka.
Murid-murid dari sekolah luar bandar tidak menganggap sains sebagai penting dan
relevan dalam kehidupan mereka. Kenapakah mereka belajar sesuatu yang mungkin
tidak berguna pada masa depan.
Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa dan percakapan diantara
satu sama lain adalah pembelajaran juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak masa
untuk berinteraksi memandangkan beban kerja sekolah bukan sahaja bertambah tapi
kelas-kelas tambahan yang diadakan setiap hari, telah mengurangkan masa untuk
mereka berkomunikasi dengan satu sama lain. Murid-murid perlu bertukar-tukar fikiran
29
dan mendapat maklumat terkini berkaitan dunia mereka.
Adakah kebisingan murid-murid ini satu tanda kebosanan terhadap
pembelajaran?
Adakah kebisingan kelas sesuatu yang buruk?
Adakah kebisingan menandakan murid-murid sudah hilang minat belajar?
CADANGAN
Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising saya ingin mencadangkan
langkah-langkah berikut:
menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas. Membahagikan
kepada empat kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbeza
membuat ujian diagnostik untuk tahap pencapaian kemahiran / topik yang
dikuasai murid tersebut yang membuat bising
menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan
mereka semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka diberikan latihan-
latihan yang mudah berbeza dengan murid-murid lain
memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu
berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan
memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap
usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan.
TINDAKAN SUSULAN
Daripada pengalaman menggunakan model Canter “assertive discipline” guru
yang asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau
garang. Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan
kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik
darjah yang positif, penyayang dan produktif. Iklim ini yang dapat menghasilkan
pembelajaran yang maksimum.
30
Dapatan daripada amalan pengajaran berasaskan model Canter, saya telah
mendapati
semangat berkumpulan di kalangan pelajar kelas ini telah mula berputik dengan adanya
kerjasama dan tolong menolong sesama ahli kumpulan. Kumpulan murid yang suka
membuat bising telah menunjukkan minat untuk menyiapkan tugasan yang diberi
kerana mereka bukan sahaja mendapat tugasan yang selaras dengan kebolehan
mereka tetapi berada dalam suasana / iklim penyayang dan positif. Tumpuan dan
bimbingan guru yang prihatin dan berterusan telah membantu murid-murid menjadi
lebih yakin untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan. Keadaan bilik darjah
telah dapat dikawal kerana murid-murid telah menunjukkan minat untuk belajar.
KESIMPULAN
Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah satu isu pengurusan kelas dan
bukan disebabkan oleh murid-murid yang tidak ingin belajar. Sekarang saya faham
bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga
penting dalam memantapkan tugas sebagai guru.
31
32