Download - Mari Baca-Unit 5

Transcript

Pada hujung minggu, Pak Long, Mak Usu dan Adam membantu Mak Long membersihkan bahagian dapur kantin.Pak Long: Adam, mari tolong Pak Long bersihkan peti

sejuk ini.

Adam: Baiklah, Pak Long. Saya akan memastikan peti

sejuk ini bersih dan berkilat.

Pak Long: Bagus, Adam. Selepas itu, Adam bantu Mak

Long pula.

Adam: Mak Long, apakah yang boleh saya tolong?

Mak Long: Adam tolong berikan kain pengelap ini kepada

Mak Usu.

Adam: Baiklah, Mak Long.

Mak Usu: Adam, bolehkah Adam tolong buang sampah

ini ke dalam tong sampah?

Adam: Boleh, Mak Usu.

Mak Usu: Terima kasih, Adam.

Adam: Sama-sama, Mak Usu.