Mari Jaga Gigi (Irama diadaptasi daripada “Lagu Tiga Kupang”)
Mari adik-adik, mari datang sini;Cikgu ada cerita nak beritahu.
Cikgu ada kawan, dia sakit gigi;Nak tahu kenapa, mari duduk sini.
Kerja dia asyik makan coklat saja;Gigi tak nak berus, baru padan muka. Hey!
Dengar sini semua, gigi mesti jaga;Nanti kuman makan, habis rosak semua.
Kalau sudah rosak, sedih tiada guna;Orang makan sedap, kita tengok saja.
Kalau tak nak rosak, rajin-rajin berus;Sekali bangun tidur, sekali sebelum tidur.
Hey!
Ayuh adik-adik, mari jaga gigi;Mesti kena rajin, berus setiap hari.
Bila rajin berus, kuman takkan datang;Gigi kita bersih, mulut harum pula.
Lirik lagu digubah oleh: Adibah bt Jumaat (5 PISMP PBM2)