Download - Membuat Corak Dan Rekaan

Transcript
Page 1: Membuat Corak Dan Rekaan

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas.

Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak

juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.

Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia

terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi ialah corak

yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang

berunsur tradisi seperti bunga buluh, corak pucuk rebung dan corak bunga kiambang.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya ialah corak tidak

terancang. Corak tidak terancang terdiri daripada pulaman, tiupan, titisan, ikatan dan

celupan serta renjisan dan percikan. Seterusnya ialah corak terancang. Corak

terancang pula terdiri daripada lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan,

resis, kolaj dan kaligrafi.

Bidang ini memberi peluang kepada murid untuk memahami pelbagai cara untik

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan

rekaan tersebut juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan

yang lain seperti binaan dan kraf. Bidang membuat corak dan rekaan membolehkan

murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan sekeliling.

Page 2: Membuat Corak Dan Rekaan

Corak Teknik

Corak Terancang Lukisan

Catan

Cetakan

Capan

Lipatan dan guntingan

Resis

Kolaj

kaligrafi

Corak Tidak Terancang Pualaman

Tiupan

Titisan

Ikatan dan Celupan

Renjisan dan Percikan

Di dalam bidang mencorak dan membuat rekaan, terdapat beberapa jenis

susunan yang perlu dikuasai pelajar. Antaranya ialah susunan ulang sekata,

berselang seli, batu bata, cerminan, bertindih, beralun dan seterusnya susunan

berpusat. Motif untuk menghasilkan corak boleh diperolehi dari pelbagai sumber,

misalnya seperti dari rupa atau bentuk alam ciptaan ilahi, rupa dan bentuk geometri

serta rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia.

Page 3: Membuat Corak Dan Rekaan

CORAK TERANCANG

Bil Teknik Alat dan bahan Proses

1 Lukisan Warna air dan kertas Lukis dengan teknik warna air

atau poster

2 Catan Cat minyak dan

kanvas

Lukis dengan teknik cat minyak

3 capan Media alam semulajadi Warnakan permukaan objek dan

cetakannya di atas kertas

4 Lipatan dan

Guntingan

Kertas warna dan

kertas lukisan

Lipat dan guntingkan mengikut

corak yang disukai

5 Cetakan Papa lino dan lino ink Lakar dan ukir papan lino. Gelek

dengan warna, lalu pindahkan

imej pada permukaan kertas

6 Resis Lilin, air, warna dan

kertas lukisan

Lakarkan imej pada kertas dengan

lilin dan warnakan

7 Kolaj Kertas warna dan

bahan terbuang

Tampal bahan di atas kertas dan

jadikannya gubahan imej

8 Kaligrafi Kertas warna dan

warna air

Lukiskan corak bermotifkan huruf

dan warnakan

Page 4: Membuat Corak Dan Rekaan

LUKISAN

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata

untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau

menggunakan warna paling sedikit.

Alat, Media Dan Bahan

Pensil H : Adalah sejenis pensel jenis keras

Pensil B (2B - 8B) : Adalah sejenis pensel lembut

Pensil warna : Terdiri daripada berbagai jenis warna

Arang : Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan

Pen dan dakwat : Mempunyai kesan garisan yang lebih halus

Soft Pastel : Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut

Krayon : Juga lembut dan mempunyai kesan lilin

Pen marker : Menghasilkan kesan garisan tebal.

Marker pelukisan (rendering marker)

Kapur : Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

TEKNIK PENGHASILAN KARYA

a. Garisan silang – himpunan garisan silang menghasilkan ton

b. Titik – digunakan untuk menghasilkan bentuk dan ton

c. Lorekan – melorek kawasan gelap untuk tunjukkan ton

d. Gosokan- letakkan kertas lukisan di atas permukaan jalinan, kemudian

gosokkan menggunakan media kering.

Page 5: Membuat Corak Dan Rekaan

Proses penghasilan lukisan

1. Lakarkan bentuk geometri mengikut kreativiti

2. Lakarkan imej berdasarkan bentuk geometri, contohnya ikan bersisik

3. Gelapkan kawasan tertentu menggunakan media kering

4. Menggosok arang untuk menampakkan ton warna pada lukisan

5. Corak ikan bersisik terhasil menggunakan arang

Contoh karya lukisan dalam bidang mencorak

Page 6: Membuat Corak Dan Rekaan

CETAKAN

Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan

dakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain.

Cetakan juga satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan

kertas, kain atau bahan yang lain.

JENIS-JENIS CETAKAN

(a) Cetakan Timbulan (Relief)

(b) Cetakan Stensil atau Skrin

(c) Cetakan Lithografi/Planograf /

Cetakan datar

(d) Cetakan Benaman (Intaglio)

(e) Cetakan Gurisan Asid

(f) Cetakan Kayu

(g) Cetakan Lino

(h) Cetakan Lithografi

(i) Cetakan Sutera Saring

(j) Cetakan Stensil Kaedah

Potongan Kertas Pendua

(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem

Laker

ALAT, MEDIA DAN BAHAN

Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan misalnya seperti blok, warna,

dakwat, cetakan lino, strawboard dan poliform

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYA.

i. Sediakan bahan untuk dijadikan sebagai alat atau blok persembahan imej

untuk cetakan

ii. Bahan tadi diukir mengikut motif tertentu untuk menghasilkan imej pada

permukaan rata

iii. Sapukan warna pada permukaan bahan yang telah diukir (Blok)

iv. Tekapkan blok yang telah diwarnakan ke atas permukaan rata

Page 7: Membuat Corak Dan Rekaan

v. Imej akan terhasil pada permukaan tersebut

Contoh karya cetakan dalam bidang mencorak

KOLAJ

Kolaj ialah potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu

permukaan. Kerja-kerja ini dibuat dengan menampal tulisan kertas-kertas, kain atau

bahan-bahan lain ke atas permukaan 2D.

ALAT, MEDIA DAN BAHAN

Alat Bahan

a. Gunting

b. Kertas

c. Gam

a. Kertas lukisan

b. kertas warna

c. Gambar foto

d. Cetakan majalah

e. Kain perca

f. Kepingan-

kepingan nipis

yang lain

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN

i. Lukis gambar atau bentuk yang diingini.

Page 8: Membuat Corak Dan Rekaan

ii. Potong atau gunting bahan yang ingin ditampal (kertas warna, majalah, kertas

pembalut hadiah, kain perca dan lain-lain) mengikut bentuk dan saiz yang

sesuai.

iii. Tampal pada gambar yang telah dilukis atau dibentuk tadi dengan cara

bertindih sehingga tidak menampakkan ruang yang kosong.

RESIS

Resis ialah satu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke atas pemukaan

yang telah disapukan dengan lilin di bahagian yang tidak mahu dicat atau

diwarnakan. Aktiviti menggambar boleh dihasilkan dengan cara menolak warna

basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang telah disapu

dengan lilin. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindumgi

warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.

ALAT, MEDIA DAN BAHAN

a. Berus

b. Lilin

c. Krayon

d. Oil paster

e. Straw minuman

f. Lukisan

g. Warna air

h. Pallet

i. Suratkhabar

j. Kain buruk

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN

i. Pelukis membuat lakaran gambar atau objek di atas kertas,

ii. kemudiannya menggosok lilin, krayon atau oil paster di atas lakaran tersebut.

iii. Warnakan permukaan kertas tersebut menggunakan warna air mengikut

kesesuaian.

Page 9: Membuat Corak Dan Rekaan

iv. Teknik resis ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan

menyerap warna dan kekal dalam keadaan warna asal.

v. Resis juga boleh dilakukan dengan cara menggunakan titisan-titisan lilin dan

menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

D

Contoh karya resis dalam bidang mencorak

CATAN

Catan ialah penghasilan karya seni visual di atas kertas atau kanvas menggunakan

media basah seperti cat air dan cat mintak. Catan merupakan satu saluran untuk

para pelukis meluahkan perasaan, membuat intepretasi pandangan, merakam

gambaran serta menyampaikan hasrat diri atau masyarakat dalam bentuk imej

visual.

ALAT, BAHAN DAN MEDIA

Page 10: Membuat Corak Dan Rekaan

a. Alat- Surat Khabar,berus jenis lembut dari pelbagai saiz, palet,kertas cat air

jalinan kasar atau kertas kartrij tebal dan kain buruk.

b. Bahan-cat air, cat poster,cat tempera,gam arab dan kertas lukisan.

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYA

TEKNIK BASAH ATAS KERING

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang

kering untuk menghasilkan kesan legap, campuran warna yang hendak

digunakan haruslah tidak pekat dan terlalu cair, agak senang dikawal sapuan

warnanya kerana disapu ke atas permukaan kertas yang kering.

Teknik Atau Proses Penghasilan Karya

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan

yang nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin

gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke

dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan

ulangi aktiviti yang sama.

Contoh karya catan dalam bidang menggambar

Page 11: Membuat Corak Dan Rekaan

CAPAN

Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semulajadi yang mempunyai

jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu

disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan

dipermukaan bahan semulajadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari

menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

ALAT, BAHAN DAN MEDIA

a. Kertas Lukisan

b. Warna air

c. Berus cat

d. Bekas warna

e. Bawang merah (sedia dipotong)

f. Kentang (sedia dipotong)

g. Bendi(sedia dipotong)

h. Air (Jika perlukan )

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYA

i. Cari bahan alam atau semulajadi yang mempunyai jalinan seperti daun, buah

dan pelepah pisang.

ii. Sapukan warna ke atas permukaan jalinan bahan alam atau semulajadi

iii. Bahan yang telah diwarnakan tadi di tekapkan ke atas permukaan kertas.

iv. Alihkan bahan alam dan corak akan terhasil di atas permukaan kertas.

Page 12: Membuat Corak Dan Rekaan

Contoh karya capan dalam bidang mencorak

LIPATAN DAN GUNTINGAN

Lipatan dan guntingan ialah teknik melipat, menggunting dan menampal bentuk di

atas kertas tapak.

ALAT, BAHAN DAN MEDIA

Gunting, pensil, kertas lukisan, kertas warna dan gam.

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYA

1. Melipat dan melakar motif pada

kertas warna.

2. Menggunting mengikut lakaran

motif.

3. Sapukan gam pada bahagian

belakang kertas warna yang

telah digunting dan tampalkan

pada kertas yang berbeza

Page 13: Membuat Corak Dan Rekaan

warna.

Contoh karya menggunting dan lipatan dalam bidang mencorak

KALIGRAFI

Kaligrafi bermaksud tulisan indah. Penulis kaligrafi dikenali sebagai calligrapher atau

dalam bahasa arab disebut al-khatat. Di dalam bidang mencorak, kaligrafi dilukis di

atas kertas lukisan. Motif yang digunakan adalah motif huruf yang lazimnya terdiri

daripada tulisan jawi atau ayat Al-Quran.

Alat dan bahan

Alat dan bahan yang digunakan melibatkan pembaris dan komputer. Manakala

bahan yang digunakan untuk penghasilan kaligrafi adalah kertas, dakwat, pen dan

pemadam.

Proses penghasilan

1. Untuk menghasilkan corak jidar pada sudut,pilih motif yang hendak dibuat

2. Lakarkan motif yang dipilih di atas kertas lukisan

Page 14: Membuat Corak Dan Rekaan

Contoh karya kaligrafi dalam bidang mencorak

PUALAMAN

Pualaman adalah corak yang terhasil dari campur aduk warna yang diterapkan ke

atas kertas atau kain atau apa-apa permukaan yang menghasilkan corak tidak

terancang. Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana

warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit. Pualaman adalah

kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai,

marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu. Dalam teknik pualaman kertas,

corak yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan marble atau batu.

Page 15: Membuat Corak Dan Rekaan

ALAT, BAHAN DAN MEDIA

a. Cat minyak

b. Air

c. turpertine

d. Talam atau besen

e. Pensil atau berus

f. Kertas surat khabar

g. Kertas lukisan

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYA

i. Tuangkan air ke dalam talam atau besen.

ii. Titiskan warna yang dicampur dengan turpertine ke dalam talam yang berisi

air tersebut.

iii. Kacau atau leraikan warna supaya ia bercampur atau hasilkan suatu corak

menggunakan alat yang runcing seperti pensel atau berus lukisan.

iv. Kemudian tekapkan kertad ke atas permukaan larutan warna dan air tadi.

v. Pastikan permukaan kertas rata di atas permukaan air supaya warna atau

corak dapat diterapkan ke atas kertas.

vi. Angkat kertas tersebut dan jemur sehingga kering.

Contoh karya pualaman dalam bidang mencorak

TITISAN

Merupakan salah satu teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan cara

menitiskan warna pada permukaan kertas lukisan secara rawak.

Page 16: Membuat Corak Dan Rekaan

ALAT, BAHAN DAN MEDIA

ALAT BAHAN

1. Berus

2. Palet

3. Straw

1. Kertas

lukisan

2. Kertas

warna

3. Lilin

4. Warna air

5. Warna poster

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYA

i. Lakarkan bulatan atau tanpa bulatan terpulang pada daya kreativiti masing-

masing. Warnakan bulatan dengan mengunakan warna yang berlainan.

ii. Nyalakan lilin dan titiskan lilin secara bebas di atas kertas yang telah

diwarnakan.Kemudian dengan menggunaka span, sapukan warna hitam ke

atas seluruh kertas lukisan itu.

iii. Gunakan pembaris untuk menguris titisan lilin itu

iv. Hasil titisan siap

Contoh karya titisan dalam bidang mencorak

RENJISAN DAN PERCIKAN

Teknik renjisan ialah satu kaedah di mana berus direnjis untuk mendapatkan kesan

renjisan tersebut ke atas kertas kering atau lembap. Kesan warna yang direnjis

menimbulkan corak tidak terancang. Renjisan ialah satu teknik menghasilkan corak

Page 17: Membuat Corak Dan Rekaan

tidak sengaja dengan cara menghambur titik-titik warna air yang berselerak ke sana

sini.

ALAT, BAHAN DAN MEDIA

Berus gigi, berus warna dan warna poster

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYA

I. Lukis bingkai disekeliling kertas lukisan

II. Bancuh warna dalam palet.

III. Tentukan jarak tertentu yang diingini agar mendapat kesan renjisan yang

berlainan.

IV. Renjis ke atas kertas.

V. Setelah warna yang pertama habis digunakan, bancuh warna kedua pula.

Kemudian ulangi langkah 3 hingga 5.

VI. Setelah selesai merenjis, gunting bahagian yang dilukis bingkai.

Contoh karya renjisan dan percikan dalam bidang mencorak

IKATAN DAN CELUPAN

Teknik ikatan dan celupan ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak pada

tekstil. Teknik ini merupakan satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian

Page 18: Membuat Corak Dan Rekaan

tertentu dan kemudian dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut,

terdapat beberapa cara mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak

yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan,

ikatan, lipatan, dan juga jahitan.Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis

mengembang. Besar atau kecil corak yang akan terhasil adalah bergantung pada

celupan dan cara lipatan kain tersebut.

ALAT , BAHAN DAN MEDIA

a. Kain sebaiknya kain kapas Tali,

b. benang, gelang getah

c. Batu, guli, duit syiling, kayu dan

sebagainya

d. Pelbagai Warna, Dye

e. Garam

f. Sudu, kayu pengacau

g. Apron

h. Sarung tangan

i. Bekas untuk pewarnaan

j. Sodium silikat

k. Detergen

TEKNIK / PROSES PENGHASILAN KARYA

i. Bentangkan baju T-shirt di atas meja

ii. Pegang di tengah baju dan putarkan membentuk satu putaran.

iii. Ikat baju dengan gelang getah

Page 19: Membuat Corak Dan Rekaan

iv. Celup T-shirt tadi ke dalam besen yang berisi air dan larutan serbuk soda.

v. Campurkan serbuk dye dengan air.

vi. Warnakan baju dengan warna yang sesuai.

vii. Setelah siap mewarna, biarkan ia kering selama 12-18 jam.

viii. Setelah warna kering, potong gelang getah.

ix. Basuh baju tadi dengan mencampurkan air panas dan detergen dan

keringkan.

Contoh karya ikatan dan celupan dalam bidang mencorak

TIUPAN

Tiupan adalah proses menitiskan bancuhan aneka warna ke atas kertas lukisan dan

kemudiannya meniup titisan tersebut dari pelabagai arah.

Page 20: Membuat Corak Dan Rekaan

ALAT , BAHAN DAN MEDIA

Straw minuman, Warna air atau poster, Kertas lukisan dan Surat khabar

PROSES PENGHASILAN KARYA

i. Hamparkan kertas lukisan di atas surat khabar yang dijadikan sebagai

alas.Kemudian bancuh warna dengan air.

ii. Seterusnya titiskan warna air yang telah dibancuh menggunakan straw.

Caranya dengan menutup bahagian atas straw ketika memasukkan straw ke

dalam warna air dan membuka semula bahagian atas straw untuk

menjatuhkan titisan air ke atas kertas.

iii. Langkah yang seterusnya ialah menggunakan straw tadi untuk meniup titisan

warna air di atas kertas. Warna air tersebut akan bergerak mengikut arah

tiupan.Pergerakan warna air juga bergantung kepada kedudukan tiupan dan

kekuatan tiupan.

Page 21: Membuat Corak Dan Rekaan

Contoh karya tiupan dalam bidang mencorak