MEMORANDUM TERKINI BERKAITAN AKTIVITI PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
SIRI 1/2021 PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA
PERANCANGAN KEMASUKAN PELAJAR SEMESTER 2,
SIDANG AKADEMIK 2020/2021
PPS Kimia telah mengambil maklum bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi telah
membenarkan pelajar masuk ke kampus untuk Semester 2, Sidang Akademik 2020/2021,
dengan pematuhan semua SOP yang ditetapkan.
Berdasarkan pada kenyataan media KPT pada 31 Januari 2021 dan hebahan TNCAA Bil 3/2021,
pihak PPS Kimia mengambil maklum senario kemasukan pelajar seperti berikut:
i. Hanya 6 kategori pelajar yang dibenarkan masuk ke kampus untuk aktiviti PdP Semester
2, 2020/2021 iaitu:
a. Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan
Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latihan amali, studio,
bengkel dan peralatan khas,
b. Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran kondusif bagi melaksanakan
PdP dalam talian,
c. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan
pembelajaran secara hibrid,
d. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom,
e. Pelajar bekeperluan khas (OKU), dan
f. Pelajar yang menduduki peperiksaan MUET, antarabangsa dan badan professional.
ii. Pembelajaran teradun (blended learning) secara hibrid akan dilaksanakan.
iii. Semua SOP mesti dipatuhi.
iv. Pergerakan pulang pelajar dari Sabah dan Sarawak.
Pihak Universiti dan PPS Kimia telah mengambil pendekatan perancangan kemasukan pelajar
seperti berikut:
i. Mengekalkan maksimum 50% kapasiti sebagai strategi untuk pematuhan SOP.
ii. Mengamalkan prinsip daftar masuk dan daftar keluar untuk memaksimumkan keupayaan
desasiswa.
iii. Mewajibkan semua pelajar supaya berada didalam kampus (termasuk pelajar PETAS)
semasa sesi F2F dijalankan.
iv. Blok pengasingan dan SOP pelajar masuk ke kampus boleh dijalankan seperti biasa dengan
penambahbaikan jika ada.
v. Pelajar perlu masuk 10 hari sebelum sesi F2F bermula.
Berikut adalah jadual perancangan kemasukan pelajar PPS Kimia untuk Semester 2, Sidang
Akademik 2020/2021:
Bagi pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran yang kondusif untuk menjalani sesi
PdP dalam talian, pihak kami di PPS Kimia bersedia membantu dan memberi pertimbangan
untuk kebenaran pelajar masuk ke kampus dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.
Semua pelajar yang akan kembali ke kampus adalah diwajibkan untuk mengisi Borang A
Borang Kebenaran Khas Kembali ke Kampus, Sidang Akademik 2020/21 secara atas talian
melalui portal Campus Online masing-masing.
Bersama-sama ini juga dipanjangkan Manual Permohonan Kembali ke Kampus oleh Pelajar
(Borang A) dan Carta Alir Pengisian Borang A untuk rujukan dan perhatian bersama.
Pihak pengurusan PPS Kimia dan Universiti juga sentiasa peka dan mengambil berat terhadap
kesihatan dan kesejahteraan warganya. Semua pelajar diingatkan supaya sentiasa mematuhi
garis panduan/SOP yang ditetapkan dan meningkatkan penjagaan kebersihan agar kampus kita
kekal bebas daripada wabak Covid-19.
"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
Take care and stay safe.
PROF. DR. ROHANA ADNAN
DEKAN
PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA
22 FEB 2021
PELAJAR Tarikh Masuk*
(Termasuk tempoh isolasi) Tempoh F2F
Tahun 1 23 Mac 2021 4 minggu
Tahun 2 21 April 2021 4 minggu
Tahun 3 25 Mei 2021 4 minggu
Tahun 4 7 Mac 2021 12-14 minggu
Mod Campuran 7 Mac 2021 12-14 minggu
1 18 Februari, 2021
CAPAIAN PELAJAR
Borang Kebenaran Khas Kembali ke
Kampus boleh dicapai melalui portal
pelajar iaitu
https://campusonline.usm.my
Log masuk menggunakan identiti Single
Sign-On. Klik Borang A
2 18 Februari, 2021
PENGISIAN BORANG A
Bahagian A adalah paparan maklumat pelajar.
Pelajar perlu mengisi maklumat permohonan menggunakan borang seperti di bawah:
3 18 Februari, 2021
Butang “Submit” hanya boleh diklik apabila pelajar bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Setelah Submit, permohonan pelajar akan melalui dua peringkat kelulusan iaitu Dekan dan seterusnya kepada Nerve Center.
Selepas kelulusan Nerve Center, tarikh akhir yang dimasukkan oleh Nerve Center akan digunakan untuk pelajar mengisi DEKLARASI SARINGAN RISIKO COVID-19 a) Sekiranya tempoh untuk kembali ke kampus belum mencukupi 3 hari, paparan
berikut akan dilihat.
Pelajar dibenarkan untuk menukar atau mengemaskini Tarikh Masuk Kampus TETAPI segala kelulusan asal akan dibatalkan dan permohonan pelajar akan melalui proses kelulusan semula daripada DEKAN dan NERVE CENTER.
Perubahan kepada Tarikh Keluar dan Tujuan Kembali Ke Kampus tidak mengganggu proses kelulusan yang sedia ada.
4 18 Februari, 2021
b) Sekiranya tempoh untuk kembali ke kampus sudah mencukupi atau kurang 3 hari, pelajar diminta untuk mengisi SOALAN SARINGAN RISIKO COVID-19
5 18 Februari, 2021
Selepas selesai mengisi soalan saringan, pelajar diminta untuk mencetak borang untuk
digunakan semasa proses tapisan di dalam kampus. Klik
Pengisian semula BORANG A boleh diulang dengan menggunakan butang
CARTA ALIR PENGISIAN BORANG A MELALUI CAMPUS ONLINE MAC 2021
FLOW CHART TO FILL OUT FORM A THROUGH CAMPUS ONLINE - MARCH 2021
PELAJAR LOG MASUK KE CAMPUS ONLINE MASING-MASING
STUDENT LOGIN TO THEIR CAMPUS ONLINE ACCOUNT
PELAJAR KLIK KE PAUTAN ‘BORANG A’
STUDENT TO CLICK ON THE ‘FORM A’ LINK
PELAJAR MENGISI TARIKH MASUK DAN KELUAR KAMPUS SEPERTI YANG TELAH
DITETAPKAN OLEH PUSAT PENGAJIAN MASING-MASING SERTA MENGISI MAKLUMAT
LAIN YANG DIPERLUKAN
STUDENT TO FILL IN THE ENTRY AND EXIT DATE TO/FROM CAMPUS AS STIPULATED BY
RESPECTIVE SCHOOLS/CENTRES AND OTHER NECESSARY INFORMATION
SETELAH MENGISI BORANG A DENGAN LENGKAP, PELAJAR KLIK PADA BUTANG
‘HANTAR’
AFTER COMPLETING FORM A, STUDENT CLICKS ON THE ‘SEND’ BUTTON
BORANG A DIHANTAR KEPADA DEKAN/ PENGARAH PUSAT PENGAJIAN/PTJ MASING-MASING
FORM A IS SUBMITTED TO RESPECTIVE DEAN/DIRECTOR OF SCHOOL/CENTRE
DEKAN/ PENGARAH PUSAT PENGAJIAN/PTJ MENGESAHKAN TARIKH YANG DIISI OLEH PELAJAR
ADALAH SAMA DENGAN TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN DAN MEMBERI KELULUSAN
DEAN/DIRECTOR OF SCHOOL/CENTRE VERIFIES THE DATE FILLED IN BY STUDENT IS IN
ACCORDANCE TO THE STIPULATED DATE AND PROVIDES APPROVAL
NERVE CENTRE
PUSAT PENGAJIAN/ PTJ MEMAKLUMKAN TARIKH MASUK DAN KELUAR KEPADA PELAJAR UNTUK DIISI DALAM BORANG A (CAMPUS
ONLINE) MELALUI HEBAHAN SCHOOL/CENTRE INFORMS STUDENT THE ENTRY AND EXIT DATE TO BE COMPLETED IN
FORM A (CAMPUS ONLINE) THROUGH ANNOUNCEMENT
PELAJAR
STUDENT
NERVE CENTRE
PUSAT
SEJAHTERA
PELAJAR MENGISI DEKLARASI SARINGAN RISIKO
COVID – 19, 3 HARI SEBELUM TARIKH KEMBALI KE
KAMPUS
STUDENT COMPLETES COVID-19 HEALH RISK
ASSESSMENT DECLARATION 3 DAYS PRIOR TO
DATE OF RETURN TO CAMPUS
MENYEMAK TARIKH MASUK DAN KELUAR KAMPUS PADA BORANG A YANG TELAH
DILULUSKAN DEKAN/PTJ
VERIFY ENTRY AND EXIT DATE TO/FROM CAMPUS ON FORM A APPROVED BY
DEAN/DIRECTOR OF SCHOOL/CENTRE
PELAJAR MENCETAK BORANG A YANG TELAH
DILULUSKAN DAN BORANG DEKLARASI
SARINGAN RISIKO COVID-19 UNTUK DIBERIKAN
KEPADA PETUGAS SARINGAN KESIHATAN
SEMASA MASUK KE KAMPUS
STUDENT TO PRINT APPROVED FORM A AND
COVID-19 HEALTH RISK ASSESSMENT
DECLARATION FORM TO HEALTH SCREENING
OFFICER UPON ENTERING THE CAMPUS
NERVE CENTRE TOLAK
NERVE CENTRE REJECTS
NERVE CENTRE
LULUS
NERVE CENTRE
APPROVES
PERMOHONAN PELAJAR DIBATALKAN
CANCELLATION OF STUDENT APPLICATION
NERVE CENTRE UBAH
TARIKH LULUS
NERVE CENTRE SETS
NEW APPROVAL DATE
Top Related