"MENYAMBUT AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. "
Hari Raya Aidilfitri (Arab: فطر يد ال Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal' ;ع
tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan
Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umatIslam di
seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh
dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat
Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar
bagi umat Islam, selain Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Korban). Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun
secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. DiMalaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu
zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak
perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.
Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa
bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh
itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha.
Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi
mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan
dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan
waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Lazimnya di negara kita khususnya sebaik saja diumumkan bahawa hari raya telah jatuh pada
malam tersebut, sejurus itulah kedengaran bunyi-bunyi mercun yang dipasang bagi
meyemarakkan musim perayaan ini. Pada kebiasaannya perkara ini dilakukan oleh golongan
muda dan kanak-kanak. Di samping itu juga lagu-lagu hiburan yang bermacam-macam terus
berkumandang diikuti dengan pesta-pesta sehingga beberapa hari untuk memeriahkan lagi
suasana sambutan hari raya.
Perkara ini adalah satu perkara yang bertentangan dengan kehendak syara’ dan bercanggah
dengan sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam yang perlu diperbetulkan. Sama ada sedar
atau tidak, pada hakikatnya dengan melakukan perkara sedemikian kita seolah-olah meniru
sesuatu kaum atau agama lain bagaimana cara mereka merayakan hari kebesaran atau perayaan
mereka. Umat Islam sangat dilarang dari meniru dan mengikut-ikut cara itu. Islam ada memperjelaskan di dalam kitab-kitab fiqah bagaimana cara menyambut hari raya
seumpama ini. Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling
sempurna dan lengkap. Firman Allah S.W.T: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-
Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-Maaidah: 3. Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia
secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi,
pemerintahan, juga sistem kekeluargaan, pendidikan malah ia juga menyentuh sekecil-kecil
perkara seperti adab masuk ke tandas dan beristinjak.
Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam
mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan
bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertaqwa setelah melalui ujian pada
bulan Ramadan, kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan
muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah
amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari
lebaran Aidilfitri ini.
1. Bertakbir -Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang
disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan
berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah.
Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulanRamadan), supaya kamu membesarkan Allah
(dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu
bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke
masjid untu menunaikan solat Aidilfitri.
Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum
muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat
walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – Rujuk Kitab
Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-
Atsari, ms. 32
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk
jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.
2. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri -Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari
lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’.
Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah
Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang
dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan
kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan
amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271.
3. Meneruskan qiamullail
-Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita
dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya
diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.
Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail.
Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih)
haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan
Ramadan
4. Mandi pada pagi hari raya -Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat
menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai
mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:“Tidak harus melakukannya.
Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan
Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.
5. Makan sebelum solat Aidilfitri -Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat
Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari
raya.
Menurut al-Muhallab r.h:
“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar
seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri
dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” – Rujuk
Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari
raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada
pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih
baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh
dipersoalkan).
Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan
beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa
Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-
Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain
terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama
sekali, memadai dengan hanya meminum air.
6. Memakai pakaian yang indah
-Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari
raya.
Imam Syafie r.h berkata:
“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya,
iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis
(seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-
wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka
hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang
berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki.
Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:
“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang
dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas
atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.
Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut
kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum
lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka
dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam
Sunannya. no: 5036.
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam
adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita
untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan
tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh
menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.
7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya -Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan
sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu
jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal
berbanding menaiki kenderaan.
8. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari
raya -Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan
solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam
Sahihnya, no: 986.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat
pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-
orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan
barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka
yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan
syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh
lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu
langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan
menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah,
ms. 49.
9.Tempat perlaksanaan solat hari raya -Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musolla (tempat terbuka seperti
padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang
dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang
kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musolla itu berbeza dengan masjid?
Abu Said al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musolla. Ketika itu,
perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada
sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin
Hasan telah berkata:
“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah
yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh
berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk
negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka
semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat
(tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa
kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa
bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari
raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koleksi Total Ritual Solat, Syeikh Abu
Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.
10. Mengerjakan Solat Aidilfitri -Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat
Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam.
Ibn Abbas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari
raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan
sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id
al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara
pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat.
Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di
dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada
mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja
selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka
dia dibenarkan meninggalkan majlis itu.
Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda
bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar
khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu
Daud di dalam Sunannya, no: 975.
11. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri -Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi
tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut
kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan
suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah
sebahagian daripada syiar Islam.
Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan
sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh
ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi.
Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk
membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk
suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena
menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak.
Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk
pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang
disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan
serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan pendudukMadinah al-Munawwarah bergembira
apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Anas bin Malik r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang
mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu
baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya)
yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya
Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha
dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.
12.Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan
Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya,
no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk
melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut
(bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan
pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h.
Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal,
pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau
berpisah-pisah.
Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak
mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari
mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan
Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini
lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah
berpuasa setahun.
PENUTUP -Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut
bulan Ramadan al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang
sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari
rayaAidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan
selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.
Sumber: MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH
RASULULLAH S.A.W. Karya Bestari
Terima kasih kerana membaca.
.......... SELAMAT HARI RAYA ‘EIDILFITRI ........~MAAF ZAHIR BATIN~
Top Related