SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH14300 NIBONG TEBAL SPS
……………………………………………………………………………………………………....
MINIT MESYUARAT GURU KALI KE 6
TARIKH : 30 JULAI 2013HARI : SELASAMASA : 2.00 PETANGTEMPAT : BILIK MESYUARAT
KEHADIRAN :
TN HJ IBRAHIM BIN ZAINAL (GURU BESAR) PN.SITI SUHAIDA BT SULAIMANPN.ROHANI BT AWANG (PK PENTADBIRAN) PN.NORMA BT SHAARIEN.MOHD ZAINI BIN HJ IBRAHIM(PK HEM) PN.SURIANI BT NANYANPN.YUSNIZA BT YAHAYA (PK KOKO) PN.NAEMAH BT ZAKARIAPN.ROS SILA BT CHE EMBI CIK PREYAH A/P LETCHIMENIN PN.NOORHAYATI BT MOHD NOOR PN.FARAHWAHIDA BT KAMARUDINPN.NORFAZLIA SUFINAS BT SHUIB PN.NOR KAMALIAH BINTI AHMAD TARMIZIPN.NOR SYAKINAH BINTI HJ MOHAMAD PN.SITI KHUZAIMAH BT MD DESAPN.NURUL AINI BINTI MOHD NOOR PN LIZAWATI BINTI ABDUL WAHABEN.SHAH RIZAD BIN ABU BAKAR EN.MOHD HAFIZ HILMI B.MD RIJANIEN.MOHD SHAHRIL BIN ABU BAKAR EN.FADLEE BIN AHMADEN.NORAZIZIE BIN NORDIN EN.MUHAMAD RASHID B.AHMAD SHATHARIEN.ZULKIFLE E B. ABU KASSIM EN.SHAMSUL ANUAR B.MOHD RASHIDEN.MURAD B.HUSSAIN EN.MOHD NAZIR B.MOHD NOZRIEN.SAMIHAH BT SUFI PN.BUSRA BT HAMIDPN.JUNAINA BT OTHMAN CIK NUR ANISAH BT OTHMANPN.ELME ELIANA BT ZAKARIA PN.FAUZIAH HANUM BT MOHAMMADPN.NORA BT MUSTAFA PN.RAFIDAH BT ABDUL KARIMPN.NORILYANA BT NORDIN PN.SARIPAH RABAIYAHPN.NORHAYATI BT MOHD SHARIP CIK MASHITAH BINTI MOHAMAD KHIRCIK FAZIRAH BINTI MAMAT CIK AUFA NABILAH BT AHMAD FOADCIK SUHAIDA BT SAMSUDIN PN.AZIZAH BT ABDUL HALIMPN.ROZITA@RADHIAH BINTI MOHD PN.ASIDA BT OTHMANCIK NUR AIN BINTI ADNAN
TIDAK HADIR:
PN.NORLELA BT SAAD- CUTI SAKIT PN.ROHAYATI BT ABU BAKAR- CUTI SAKIT
AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Tuan pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam
mesyuarat untuk kali yang ke enam ini.
AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Cadangan : En.Muhammad Rashid bin Ahmad Shathari
Sah : Cik Preyah a/p Letchimenin
AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT
4.1 Cuti rehat perlu disertakan dengan surat sokongan. Jika hendak ke hospital atau klinik
harus kepilkan surat atau kad temujanji rawatan.
- Cuti bukanlah hak keistimewaan yang boleh diambil sesuka hati hanya untuk
keperluan sahaja.
4.2 Bilik Khas – Bilik-bilik khas perlu snetiasa dikemaskinikan terutamanya yang mempunyai
data dan rekod..
4.4 Buku Rekod Mengajar –Bahagian impak perlu diisi oleh guru selepas P&P.
5.3 Keberadaan guru di sekolah- Kehadiran guru dipantau oleh sekolah dan dihantar kepada
KPM.
AGENDA 4 : UCAPAN GURU BESAR
4.1 Pengurusan
4.1.1 Prestasi – Sistem prestasi telah dikemaskini. Guru tidak perlu lagi mengisi boring prestasi
seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.
4.1.2 Markah prestasi diisi oleh guru penolong pentadbiran dalam komputer. Penilaian dibuat
Oleh PK 1
4.1.3 Segala maklumat tentang markah prestasi adalah sulit dan tidak boleh diberitahu kepada
guru lain.
4.1.4 Tindakan tatatertib boleh diambil jika guru tersebut memberitahu kepada orang lain.Ia
dianggap membocor rahsia rasmi sekolah.
4.1.5 Sekiranya ada rasa ketidakpuasan hati,guru tersebut boleh berbincang dengan pihak
pentadbiran.
4.1.6 Teguran yang diberikan tidak boleh diambil sambil lewa sebaliknya harus bertindak
dengan segera.
(Makluman dan tindakan semua guru)
4.2 Sasaran 2013
4.2.1 SPS- Sasaran Pengurusan Sekolah akan dilaksanakan pada tahun 2014.
4.2.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Sarana Ibu Bapa, KKSR..
4.2.3 Budaya Nilai Murni- Sekolah Penyayang.Menjalankan aktiviti penyayang dikalangan
guru.
4.2.4 Menukar sistem rotan kepada sistem penyayang.
4.3 Pengiktirafan Sekolah :
4.3.1 Negeri Pulau Pinang hendak meningkatkan bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi.
4.3.2 Bilangan sekolah yang dicalonkan sebanyak 6 buah sekolah.Sasaran tersebut harus dicapai
pada 2017.
4.3.3 Tindakan harus dilakukan mulai dari sekarang supaya target tercapai.
4.4 Lawatan Luar Negara-
4.4.1 Permohonan hendaklah dilakukan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh lawatan
sebenar.Sekiranya tidak berbuat demikian maka pihak sekolah tidak akan melulukan
permohonan tersebut..
4.4.2 Lawatan hendaklah dilakukan pada akhir bulan November.
4.4.3 Surat sokongan perlu dilampirkan bersama permohonan kerana jika tiada surat sokongan
maka permohonan tersebut tidak akan disokong oleh Pengarah Pelajaran Negeri.
4.4.4 Sekiranya cuti dilakukan pada waktu persekolahan maka guru tersebut boleh mengambil
cuti tanpa gaji. Cuti rehat tidak dibenarkan.
(Makluman dan tindakan semua guru)
4.5 Rekod Kehadiran Guru
4.5.1 Sebarang aktiviti sekolah yang dijalankan hendaklah melibatkan semua guru.Contohnya
Program Orientasi Tahun 1.
4.5.2 Kehadiran guru perlulah direkodkan agar tiada pun terkecuali.
(Makluman dan tindakan semua guru)
AGENDA 5 : UCAPAN PN.ROHANI BT AWANG (PK 1)
5.1 E -HEBAHAN
5.1.1 Semua guru diminta mewujudkan satu akuan E-Hebahan. Boleh minta bantuan guru ICT-
En.Mohd Nazir.
5.1.2 Tujuan mewujudkan akuan tersebut adalah agar guru boleh mendapatkan maklumat
terkini daripada PPDS.
5.2 Sasaran Kerja Tahunan
5.2.1 Maklumat berkaitan prestasi boleh diisi secara online,tetapi sehingga kini ia dilakukan
secara manual iaitu mengisi dalam borang SKT.
5.3 Rekod Mengajar Guru
5.3.1 Buku Rekod Mengajar hendaklah diisi oleh guru dengan selengkapnya. Bahagian SKT,
ETR dan pencapaian budak hendaklah dilengkapkan.Maklumat tersebut boleh diperolehi
dalam buku rekod markah murid.
5.3.2 Impak harus diisi untuk menentukan objektif mata pelajaran yang diajar.
5.4 Guru Mata Pelajaran Tahun 2014
5.4.1 Guru yang akan mengajar mata pelajaran mengikut opsyen boleh memilih kelas yang
akan mereka ajar nanti pada tahun 2014.
5.4.2 Panitia mata pelajaran perlu berbincang dengan aank buah untuk menentukan kelas yang
akan diajar nanti.
(Makluman dan tindakan semua guru)
5.5 Sarana Sekolah
5.5.1 Penglibatan waris bersama pihak sekolah harus dijalankan untuk membina hubungan yang
baik di antara guru dan waris.Contohnya penglibatan dalam beberapa program sekolah.
5.5.2 Kerjasama tersebut dapat melancarkan aktiviti sekolah.
5.5.3 Apa saja program yang dijalankan oleh pihak sekolah hendaklah diwawarkan kepada waris
5.5.4 AJK PIBG harus dilantik untuk menguruskan papan kenyataan makluman.
5.5.5 Pn.Rohani mengucapkan terima kasih atas kerjasam yang diberikan oleh semua guru yang
telah mengemaskini data HRMIS
(Makluman kepada semua guru)
AGENDA 6 : UCAPAN EN.MOHD ZAINI B.HJ IBRAHIM (PK HEM)
6.1 Sistem APDM diisi oleh guru kelas.
6.1.1 Guru kelas harus memastikan keluar masuk murid dikemaskini selalu.
AGENDA 7 : UCAPAN PN.YUSNIZA BT YAHAYA (PK KOKURIKULUM)
7.1 Perlaksanaan kem sukan peringkat sekolah
7.1.1 Dicadangkan pada minggu terakhir pada bulan Ogos.
7.1.2 Mengikut modul yang diberikan oleh KPM. Laporan perlu dihantar kepada PPDS.
7.2 Ucapan Perpisahan
7.2.1 Pn.Yusniza mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua
guru selama perkhidmatan beliau iaitu dua tahun berada di sini.
AGENDA 8 ; HAL-HAL LAIN
8.1 Ustaz Murad menjemput guru-guru hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Quran
UCAPAN PENUTUP
Guru besar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri ,maaf zahir dan batin kepada semua
guru.
Mesyuarat ditangguh pada jam 3.02 petang..
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh:
…………….. ………………… ……………………
(Pn.Ros Sila bt Che Embi) (Pn.Rohani bt Awang) (Tn Hj Ibrahim bin Zainal)
PK Pentadbiran SKSI Guru Besar SKSI