MEYAKINI HARI KEBANGKITAN
(Surah Al A’raf : 57-58)
TINGKATAN TIGA
- -Surah Al Al A’raf : 57-58-Maksud Ayat-Proses Kejadian Hujan Menurut Al Quran-Kegunaan Air Hujan-Hikmat Kejadian Hujan-Proses Kitaran Hidup Manusia-Perbezaan Antara Orang Bersyukur dan Tidak Bersyukur-Pengajaran Ayat.
Surah Al A’raf : 57-58
Maksud Ayat“Allah yang mengirimkan angin pembawa berita
gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan )Apabila ia membawa awan mendung Kami
halakan ke negeri yang kering kontang Kami turunkan hujan daripada awan itu.Kemudian kami
mengeluarkan pelbagai jenis buah-buahan dengannya. Demikianlah pula kami
menghidupkan semula orang yang telah mati.Mudah-mudahan kamu mengambil
pengajaran.Negeri yang baik tanahnya , tumbuh-tumbuhan hidup subur dengan izin Allah.Dan
negeri yang tidak baik tanahnya, tumbuh-tumbuhan hidup terbantut. Demikianlah kami
menerangkan tanda-tanda kemurahan dan kekuasaan Kami bagi orang yang mahu
bersyukur.”
Proses Kejadian Hujan Menurut Al Quran
Terbentuk awanAwan bertambah berat
dan mendungAngin meniup awan ke
arah yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Awan yang berat akan jatuh menjadi titik-titik hujan
Hikmat Kejadian Hujan
Menunjukkan kekuasaan Allah SWT.Memenuhi keperluan kehidupan
manusia seharian seperti membasuh, mandi, minum dan lain-lain
Menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan menjana kuasa elektrik hidro.
Proses Kitaran Hidup Manusia
• Ia dijadikan daripada benih yang mati• Kemudian dihidupkan• Kemudian dimatikan• Dihidupkan semula
Perbezaan Antara Orang Bersyukur dan Tidak
BersyukurOrang
yang bersyukurOrang
yang tidak bersyukur
1. Rajin dan ikhlas dalam beribadat
2. Sabar menghadapi masalah.
1. Redha walaupun menerima nikmat yang sedikit
1. Malas dan berpura-pura beribadat
2. Tidak sabar dan mengeluh bila ditimpa masalah
3. Tamak walaupun menerima nikmat yang banyak
Pengajaran Ayat
• Kita hendaklah yakin bahawa Allah berkuasa mematikan dan menghidupkan semula manusia.
• Allah mencipta angin , awan, dan hujan sebagai rahmat yang besar kepada seluruh alam
• Manusia hendaklah mensyukuri nikmat Allah dan menggunakannya kepada perkara yang diredhaiNya.
1. Apakah maksud bersyukur?2. Nyatakan cara-cara bersyukur
kepada Allah SWT.?3. Terangkan proses kejadian awan?
Top Related