Download - Mobiliti sosial.ppt 2003

Transcript
Page 1: Mobiliti sosial.ppt 2003

HUBUNGAN ANTARA PENDIDIKAN DENGAN

MOBILITI SOSIAL

AHLI KUMPULAN:

SITI FARHAH MOHD AMIRSITI FARHAH MOHD AMIR41120410014112041001

SITI KHADIJAH BAHAYUDDINSITI KHADIJAH BAHAYUDDIN41120409614112040961

SUHANAH SARMINSUHANAH SARMIN41120409914112040991

Page 2: Mobiliti sosial.ppt 2003

Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hieraki stratifikasi sosial masyarakat.

Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap yang rendah ke aras yang lebih baik

Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial.

Page 3: Mobiliti sosial.ppt 2003

oPaul B. Horton mentakrifkan mobiliti sosial sebagai gerakan perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial yang lain

Kimball Young dan Raymond W. Mack pula lebih kepada struktur sosial yang melihat wujudnya pola-pola yang mengatur kelompok sosial berkenaan

Page 4: Mobiliti sosial.ppt 2003

1) Mobiliti Menegak

2) Mobiliti Mendatar

Page 5: Mobiliti sosial.ppt 2003

pergerakan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status yang sama

mempunyai dua bentuk yang utama iaitu :

1) Masuk ke dalam kedudukan yang lebih tinggi

Individu-individu yang mempunyai kedudukan yang rendah masuk ke

dalam kedudukan yang lebih tinggi, di mana kedudukan tersebut telah ada

sebelumnya

- Contoh: A adalah seorang guru sejarah di salah satu SMA. Kerana memenuhi persyaratan maka dia dilantik menjadi pengetua.

2) Membentuk kelompok baru

Pembentukan suatu kelompok baru memungkinkan individu untuk meningkatkan status sosialnya, misalnya dengan mengangkat diri menjadi ketua organisasi.

- Contoh: Pembentukan organisasi baru memungkinkan seseorang

untuk menjadi ketua dari organisasi baru tersebut, sehingga

status sosialnya naik.

Page 6: Mobiliti sosial.ppt 2003

Pergerakan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status yang berbeza

Terbahagi kepada dua iaitu : 1) Mobiliti intergenerational

contohnya seorang anak mempunyai kedudukan baik (doktor) berbanding dengan ibubapanya (guru)

2) Mobiliti intragenerational contohnya : seorang guru naik pangkat menjadi guru besar dan

setelah beberapa tahun bertukar pekerjaan menjadi seorang (pensyarah).

Page 7: Mobiliti sosial.ppt 2003

Pekerjaan - Berdasarkan pangkat dan kedudukan di dalam sesuatu

pekerjaan

Contohnya : doktor lebih tinggi kedudukan berbanding

jururawat.

Pendidikan - Ia menentukan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh

seseorang individu. Mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi lebih banyak pilihan pekerjaan serta pendapatan yang lebih tinggi.

Perkahwinan – Untuk meningkatkan status sosial yang lebih tinggi dapat

dilakukan melalui perkahwinan.

Contohnya : seseorang wanita yang berasal dari keluarga sangat

sederhana menikah dengan lelaki dari keluarga kaya dalam

masyarakatnya. Maka, perkahwinan ini dapat menaikkan

status wanita tersebut

Page 8: Mobiliti sosial.ppt 2003

1. Seseorang akan berusaha untuk meningkatkan prestasi untuk maju kerana adanya peluang untuk berpindah strata. Selain itu, peluang ini mendorong seseorang itu untuk bersaing, dan bekerja keras agar dapat beralih ke strata atas.

Contoh: Seorang anak miskin berusaha belajar dengan gigih agar

dapat kekayaan pada masa depan.

2. Mobiliti sosial mempercepatkan perubahan sosial masyarakat ke arah yang lebih baik.

Contoh: Penggunaan alat tradisional kepada teknologi

Page 9: Mobiliti sosial.ppt 2003

1. Konflik antara kelas Dalam masyarakat, terdapat lapisan-lapisan sosial kerana ukuran-ukuran

seperti kekayaan, kekuasaan, dan pendidikan. Kelompok dalam lapisan-lapisan tadi disebut kelas sosial.

Apabila terjadi perbezaan kepentingan antara kelas-kelas sosial yang ada di masyarakat dalam mobiliti sosial maka akan berlaku konflik antara kelas.Contoh: demonstrasi buruh yang menuntut kenaikan upah menggambarkan konflik antara kelas buruh dengan pengusaha

2. Konflik antara kelompok sosial Di dalam masyarakat terdapat pula kelompok sosial yang beraneka

ragam Di antaranya kelompok sosial berdasarkan ideologi, profesion, agama

dan suku Bila salah satu kelompok berusaha untuk menguasai kelompok lain atau

terjadi pemaksaan, maka timbul konflik Contoh: permusuhan antara kampung.

Page 10: Mobiliti sosial.ppt 2003

3. Konflik antara generasi Konflik antara generasi terjadi apabila generasi tua yang ingin

mempertahankan nilai-nilai lama dan generasi muda ingin membuat perubahan.

Contoh: Pergaulan bebas yang pada masa ini banyak dilakukan generasi muda sangat bertentangan dengan nilai-nilai yang diamalkan oleh generasi terdahulu.

4. Penyesuaian sekali Setiap konflik pada dasarnya ingin menguasai atau mengalahkan lawan.

Bagi pihak-pihak yang berkonflik bila menyedari bahawa konflik itu lebih banyak merugikan kelompoknya, maka akan timbul penyesuaian kembali yang didasari oleh adanya rasa toleransi atau rasa penyesuaian kembali dan saling menghargai antara satu sama lain.

Page 11: Mobiliti sosial.ppt 2003

Sebelum kemerdekaan

Selepas Kemerdekaan

Page 12: Mobiliti sosial.ppt 2003

Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial menegak adalah amat terhad.

Ini kerana Dasar Pecah Perintah Inggeris telah mengekalkan struktur masyarakat di mana anak-anak meneruskan pekerjaan ibubapa mereka.

Peruntukan Inggeris kepada Sekolah Melayu amat kurang berbanding sekolah Inggers – menyebabkan ramai anak Melayu tidak bersekolah.

Page 13: Mobiliti sosial.ppt 2003

Pada tahun 1901 – hanya seramai 8000 orang daripada 40000 orang kanak-kanak lelaki melayu bersekolah

Namun, pada tahun 1903- hanya seramai 2900 menamatkan sekolah mereka.

Daripada jumlah itu, 24 orang mendapat pekerjaan menjadi pembantu rumah atau pejabat, 10 orang menjadi guru sekolah Melayu, 1 orang menjadi polis dan kerani.

Selebihnya, mereka menjdi petani dan nelayan seperti ibubapa mereka.

Page 14: Mobiliti sosial.ppt 2003

Bagi Kaum India, anak- anak mereka yang menamatkan persekolahan hanya berpeluang bekerja di buruh di jabatan–jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya.

Selebihnya meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka di ladang – ladang.

Begitu juga kaum Cina, bagi mereka yang bersekolah cina mobiliti sosial terhad dalam Komuniti Cina sahaja kerana tiada peluang untuk bekerja dalam Kerajaan British.

Oleh itu, keseluruhannya mobiliti mendatar lebih banyak berlaku.

Page 15: Mobiliti sosial.ppt 2003

Malaysia telah mengalami pembangunan ekonomi yang pesat

Banyak peluang pekerjaan disediakan Rakyat tempatan mengambil alih peranan–

peranan yang dahulunya dipegang oleh pegawai-pegawai Inggeris

Jawatan di Sektor Awam telah dipenuhi oleh rakyat Malaysia sendiri

Di Sektor swasta, memerlukan pekerja-pekerja profesional, eksekutif, perkeranian, mahir & separuh mahir

Page 16: Mobiliti sosial.ppt 2003

Sektor perladangan & perniagaan telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat samada menjadi pemborong,peniaga dan sebagainya

Kesimpulannya- pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat Malaysia kerana kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan tinggi.

Page 17: Mobiliti sosial.ppt 2003

SEKIAN, TERIMA KASIH