2. Rajah 1: Elemen di dalam model DIDEA Teori & Rekabentuk
Instruksional ASSESSMENT ASSESSMENT 3.
- Model DIDEAmerupakan salah satu model yang boleh diguna pakai
di dalam bidang pendidikan dan latihan contohnya untuk menghasilkan
koswer. Model ini adalah ciptaan kami sendiri yang diadaptasi dari
model ADDIE dan model DDD-E
- Model ini mengandungi 5 (lima) fasa utama iaitu fasa penentuan,
fasa penciptaan, fasa pembinaan, fasa perlaksanaan dan fasa
penilaian.
- Setiap fasa saling berhubung kait diantara satu sama lain.
Teori & Rekabentuk Instruksional 4.
- Bagi fasa pertama hingga ke fasa keempat, ia perlu melakukan
proses penilaian apabila setiap pembangunan proses selesai
dilaksanakan.
- Apa yang menjadikan setiap fasa ini harus dinilai sebelum
membolehkan mereka meneruskan pembangunan ke atas fasa yang
berikutnya adalah bagi memastikan setiap sub aktiviti benar-benar
memenuhi apa yang dikendaki oleh pembangun.
- Konsep yang diterapkan ke atas model ini mampu mencapai
objektif yang diperlukan oleh para pembangun.
Teori & Rekabentuk Instruksional 5. Teori & Rekabentuk
Instruksional
- Fasa ini menentukan keutamaan dan kepentingan untuk sesuatu
projek yang hendak dibangunkan. Mengandungi 4 sub aktiviti
iaitu:
- Menentukan objektif: Matlamat, spesifikasi dan skop sesuatu
projek ditentukan.
- Mengenalpasti pengguna: latar belakang, tahap sosial, tahap
pengetahuan, tahap kemahiran dan persekitaran.
- Mengenalpasti keperluan: Mendefinisikan dan menstrukturkan
keperluan pengguna dari segi ciri-ciri, fungsi, antaramuka,
platform, perkakasan dan perisian pembinaan.
- Merancang strategi: jadual, tempoh pembinaan, kos (tangible
& intangible), alternatif koswer jika berlaku kerosakan atau
kesilapan
6.
- Fasa ini merupakan fasa merekabentuk koswer yang terdiri
daripada rekabentuk logikal dan rekabentuk fizikal. Rekabentuk
logikal ialah ciri fungsian dan perisian yang terlibat manakala
rekabentuk fizikal ialah perkakasan. Mengandungi 3 sub aktiviti
iaitu:
- Rekabentuk Carta alir: di gambarkan ke dalam bentuk diagram
carta alir yang mengandungi fungsi utama dan ciri-ciri.
- Rekabentuk Papan cerita: gambaran secara visual dengan
mengambil kira susun atur simbol, rekabentuk instruksional,
penggunaan elemen multimedia dan navigasi. Ciri-ciri bukan fungsian
seperti ketepatan, waktu tindak balas (respond time),
kebolehgunaan, kepuasan pengguna dan sebagainya
- Urutan kandungan: dipilih dan disusun mengikut ketegori dan
maklumat yang ingin disampaikan.
Teori & Rekabentuk Instruksional 7.
- Fasa ini adalah fasa pembinaan koswer berdasarkan hasil dari
fasa penciptaan. Segala carta alir, papan cerita dan urutan
kandungan diikuti dengan selari. Jika terdapat perubahan, ia
mestilah dirujuk terlebih dahulu sebelum dibina. Ia mengandungi 4
sub aktiviti:
- Pembinaan Fungsian: dibina berdasarkan objektif yang telah
ditetapkan. Ia lebih kepada bahagian teknikal.
- Pembinaan Bukan Fungsian: Bukan fungsian adalah sokongan kepada
fungsian. Contohnya ketepatan, konsisten, mesra pengguna dan boleh
dipercayai.
Teori & Rekabentuk Instruksional 8.
- Pembinaan Arahan: Bagi koswer yang mempunyai skop besar,
pengguna yang pelbagai peringkat (pentadbir,guru,pelajar,ibubapa)
atau kandungan yang agak rumit, pembina harus membina satu kod
arahan, panduan dan syarat. Contohnya, pelajar tidak boleh
menggunakan fungsi yang digunakan oleh guru atau pun
pentadbir.
- Prinsip Rekabentuk: perlu mengikut prinsip-prinsip rekabentuk
seperti disiplin Interaksi Manusia-Komputer (HCI) bagi menjamin
adanya hubungan interaksi diantara pengguna dan koswer.
Teori & Rekabentuk Instruksional 9.
- Fasa ini adalah fasa pengujian setelah sesuatu prototaip koswer
selesai dibina. Fasa ini penting bagi memastikan sama ada objektif
tercapai atau tidak, fungsian berfungsi atau tidak dan sama ada
koswer ini boleh diterima oleh pengguna atau tidak. Ia mengandungi
3 sub aktiviti iaitu:
- Pemasangan: Sesuatu koswer yang memerlukan perisian khusus
perlu dipasang pada komputer. Jika ia adalah web base, komputer
mestilah dilengkapi dengan kemudahan internet. Kadang-kadang
melibatkan kepada perkakasan seperti alat pengimbas, projektor,
mesin pencetak dan sebagainya.
Teori & Rekabentuk Instruksional 10. Teori & Rekabentuk
Instruksional
- Konfigurasi: untuk mengawal pengguna dan keperluannya. Sebagai
contoh, terdapat beberapa fungsian yang boleh digunakan untuk semua
pengguna dan terdapat beberapa fungsian yang hanya boleh digunakan
oleh pentadbir/ pembina koswer ini sahaja.
- Latihan: Sesuatu koswer yang baru haruslah diperkenalkan,
didedahkan dan diberi latihan kepada penggunanya. Menyediakan
kursus untuk penggguna supaya pengguna boleh memanfaatkan
keseluruhan fungsi dan ciri koswer sebaik mungkin dan perlu
dilengkapi dengan manual pengguna sebagai sokongan.
11.
- Fasa ini adalah fasa yang meliputi keempat-empat fasa yang lain
dimana setiap fasa akan dinilai sepanjang tempoh pembinaan koswer
ini. Pembangun koswer perlu membuat penilaian kebolehsanaan
(feasibility evaluation) dimana juga menekankan hal ekonomi,
teknikal, operasi, jadual dan politik bagi memastikan koswer ini
sah dan sesuai digunakan.Fasa ini juga melibatkan pengubahsuaian,
penambahbaikan dan dokumentasi koswer yang dibangunkan .
Teori & Rekabentuk Instruksional ASSESSMENT ASSESSMENT
12.
- Sebagai kesimpulan, model ID amat diperlukan dalam semua jenis
pembangunan koswer tanpa mengira sama ada ia melibatkan skop
pengguna besar atau kecil bagi menjamin kualiti sesebuah koswer dan
mencapai objektif.
- Model DIDEA adalah diyakini amat sesuai kerana ia mencakupi
kesemua elemen asas dalam sesebuah pembangunan sistem ataupun
koswer.
Teori & Rekabentuk Instruksional