JABATAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM LATIHAN PENDIDIKAN KHAS
BERMASALAH PEMBELAJARAN
PERI�GKAT ASAS
MODUL
September 2007
1
Amalan dan Prinsip Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran
Modul 1
2
AMALAN DAN PRINSIP PENDIDIKAN KHAS
BERMASALAH PEMBELAJARAN
1.0 Pengenalan:
Kursus ini bertujuan memperkenalkan asas-asas Pendidikan Khas,
konsep keperluan dan murid-murid berkeperluan khas. Ia juga
memberi pengenalan dan kemahiran asas kepada guru supaya dapat
mengendalikan kelas-kelas khas bermasalah pembelajaran dengan
berkesan. Kemahiran asas yang akan diperkenalkan ialah amalan dan
prinsip pendidikan khas, struktur organisasi dan institusi-institusi yang
terlibat.
2.0 Matlamat:
Mewujudkan kesedaran dan pembina sikap yang positif terhadap
perlaksanaan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
3.0 Objektif :
3.1 Guru-guru mendapat pendedahan dan pengetahuan terhadap
latar belakang Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran di Malaysia.
3.2 Memberi maklumat tentang prosedur kemasukan murid-murid
khas ke Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
4.0 Jangkamasa: 2 jam
5.0 Kandungan
Bahagian 1 : Falsafah, Visi, Misi dan Sejarah Pendidikan Khas
Bahagian 2 : Struktur Organisasi Pendidikan Khas di peringkat
Kementerian, Jabatan dan Sekolah
Bahagian 3 : Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Bahagian 4 : Prosedur Kemasukan Kanak-kanak Berkeperluan Khas
ke Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Bahagian 5 : Pengenalan Akta Pendidikan Khas dalam negara
Bahagian 6 : Arahan dan Pekeliling Pendidikan Khas
Modul 1
3
BAHAGIAN 1
FALSAFAH DAN SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS
1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”
1.2 Falsafah Pendidikan Khas
“Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan
untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah
pendidikan negara.”
Refleksi :
Huraikan perbezaan dan persamaan antara Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas.
Modul 1
4
1.3 Visi Pendidikan Khas
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid
berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.4 Misi Pendidikan Khas
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid
berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang mampu
berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti
kepada masyarakat dan negara.
1.5 Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PKBP)
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan
kepada keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan
Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor & Wilayah Persekutuan pada 3
Oktober 1987.
1988 - Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan menubuhkan
Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP)yang
pertama di SRK(L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur ( dua
Refleksi :
Sejauhmanakah visi dan misi Pendidikan Khas tercapai selepas program
PKBP dilaksanakan lebih dari satu dekad?
Modul 1
5
kelas dengan dua puluh orang murid, tiga orang guru
terlatih).
- Jabatan Pelajaran Selangor membuka dua kelas di
SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam,
Selangor.
1990 - Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas
Bermasalah Pembelajaran (KKBP), di mana dua ratus
orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji.
- Mesyuarat menganalisa data dari ujian percubaan
di Universiti Malaya.
1991 - Kursus satu tahun bermasalah pembelajaran
bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas.
1992 - Pembukaan program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di seluruh negara
secara berperingkat.
1993 - Pendidikan Khas di Falkuti Pendidikan, UKM.
Program ini merupakan program gabungan Prinsip
Pendidikan Am dan Prinsip Pendidikan Khas.
1994 - Pembukaan program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran perintis di peringkat sekolah
menengah di SMK Yaacob Latiff, Jalan Peel dan SMK
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, SMK Seksyen 9,
Shah Alam.
1995 - Pendidikan Inklusif bermula
(Sumber data: JPK)
Modul 1
6
BAHAGIAN 2
STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN KHAS DI PERINGKAT KEMENTERIAN, JABATAN DAN SEKOLAH.
2.0 : Setiap badan mempunyai struktur organisasi masing-masing. Bagi Pendidikan Khas pula, struktur organisasinya adalah sebagaimana rajah-rajah berikut
Struktur Organisasi Pendidikan Khas di Peringkat Kementerian
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Bahagian Perancangan
& Pembangunan
Bahagian Pengurusan Sekolah
Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu
Unit Pengurusan
Modul 1
7
2.2 : Struktur Organisasi Pentadbiran Pendidikan Khas Di Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Dan Di Peringkat Sekolah
Contoh kedudukan penyelaras di
sekolah (rendah & menengah)
PENGARAH PELAJARAN NEGERI
Ketua Sektor
Pengurusan &
Perkhidmatan
Ketua Sektor
Pengurusan Sekolah
Ketua Sektor
Pengurusan Akademik
Ketua Sektor
Pembangunan Manusia
Ketua Sektor
Pendidikan Islam & Moral
Unit Pendidikan Khas
GURU BESAR/ PENGETUA SEK.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Penolong Kanan
Kurikulum
Penyelaras Pendidikan
Khas
Guru
Murid
Guru-guru Pendidikan
Khas
Murid
Modul 1
8
Struktur Organisasi Program Pendidikan khas Bermasalah Pembelajaran
Sekolah 3333333333333333333333333333.
Refleksi :
Lakarkan struktur organisasi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah anda.
Modul 1
9
BAHAGIAN 3
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
3.0 Definisi Pendidikan Khas ?
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk
memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk
pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui
• perkembangan mental
• kestabilan emosi
• integrasi sosial
3.1 Ciri-ciri Program Pendidikan Khas
Antara beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum
program pendidikan khas dapat dilaksanakan adalah seperti berikut :
• guru-guru terlatih khas
• pendekatan pelbagai disiplin
• rancangan pendidikan individu
• kurikulum khas
• objektif pengajaran yang nyata, bermakna dan berjangka pendek
• analisis tugasan
• penglibatan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran
• penilaian berterusan, penyimpanan rekod dan RPI
• kaedah pengajaran khas
Modul 1
10
• bimbingan dan kaunseling ibu bapa dan murid
3.2 Siapakah yang terlibat dalam Pendidikan Khas ?
Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid-murid berkeperluan khas
yang diajar oleh guru terlatih khas. Pendidikan Khas juga melibatkan
pelbagai khidmat sokongan untuk membantu murid-murid khas belajar
dengan lebih berkesan.
3.3 Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan golongan murid-
murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional
klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses
pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut
tahap kefungsian murid-murid dalam kemahiran-kemahiran berikut :
• kognitif
• tingkahlaku sosial/perkembangan sosial
• penguasaan bahasa lisan/pertuturan
• penguasaan membaca
• kemahiran perkembangan (development skills)
• kemahiran matematik
(sumber : Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Modul 1
11
3.4 Program Integrasi Pendidikan Khas
Selain daripada sekolah khas, Kementerian Pelajaran juga
menjalankan program integrasi pendidikan khas bermasalah
penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Program integrasi ini dikendalikan dan menerima bantuan peruntukan
daripada Jabatan Pendidikan Negeri yang menjadi Pusat
Tanggungjawab.
3.5 Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif adalah program bagi menempatkan murid
Pendidikan Khas yang telah menguasai sebahagian atau sebahagian
besar mata pelajaran (akademik) ke kelas biasa untuk mengikuti
suasana pembelajaran normal.
Pendidikan inklusif boleh dijalankan dalam dua bentuk:
3.5.1 Separa Inklusif
- Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata
pelajaran tertentu sahaja.
- Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas.
- Senarai nama murid pada daftar program Pendidikan khas.
- Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru
pendamping.
- Mengambil ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid
biasa.
Modul 1
12
3.5.2 Inklusif Sepenuh Masa
- Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti
murid biasa.
- Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.
- Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan daripada guru
Pendidikan Khas (guru pendamping) sekiranya terdapat
sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau
tingkahlaku.
- Pelajar pendidikan khas yang layak dari segi pencapaian
akademik boleh diberi peluang untuk mengambil peperiksaan
UPSR/PMR/SPM dsb.
Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah
dan menengah bergantung kepada laporan prestasi atau RPI oleh guru
untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau
sebaliknya.
Refleksi :
�amakan tiga buah sekolah di kawasan anda yang mempunyai
Pendidikan Inklusif bagi murid-murid PKBP.
a)
b)
c)
Modul 1
13
BAHAGIAN 4
PROSEDUR KEMASUKAN MURID-MURID PENDIDIKAN
KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN PERTAMA
DI PROGRAM INTEGRASI
Mula
Ambil Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri
Isi Borang dan Buat Pemeriksaan
Kembalikan Borang Yang Lengkap ke Jabatan Pelajaran Negeri
Proses Penilaian
Temuduga Ibu bapa
Tawaran Penempatan
Tempoh Percubaan
Pengesahan Penempatan
Modul 1
14
4.1 Struktur Perkhidmatan Pendidikan Khas
Perkhidmatan Pendidikan Khas
(Deno, 1970)
sekolah
berasrama
penuh
kelas khas sepenuh masa
kelas biasa separuh masa
kelas khas separuh masa
kelas biasa dengan perkhidmatan
pendidikan sokongan
kelas biasa dengan perkhidmatan rundingan
untuk guru normal
kelas normal sepenuh masa
bilangan murid
1
7
tahap perkhidmatan
2
3
4
5
6
Modul 1
15
4.2 Perkhidmatan dan Penempatan Murid Khas
Teruk
Kurang
Tahap 6 : Pusat Penjagaan/ Latihan Harian
Tahap Masalah
Tahap 5 : Kelas Khas penuh masa
Program Khas dengan Guru Khas
Bilangan m
urid
Tahap 4 : Kelas Khas – Separuh Masa
Program Khas – Guru Biasa
Tahap 3 : Kelas Biasa – Guru Biasa
Perkhidmatan Guru Khas
Ringan
Tahap 2 : Kelas biasa – Guru Biasa
Khidmat sokongan dan Guru Khas
Ramai
Tahap 1 : Kelas Biasa
Guru Biasa
Kurikulum Biasa
Modul 1
16
BAHAGIAN 5
PENGENALAN AKTA PENDIDIKAN KHAS DALAM NEGARA
5.1 Akta Pendidikan Bagi Semua Jenis Kanak-Kanak Cacat 1975
Public Law 94-142
Komponen-komponen :
5.1.1 Mengenalpasti kanak-kanak khas
Mengenalpasti kanak-kanak khas melalui ujian saringan.
5.1.2 Pendidikan Percuma
Memastikan setiap murid khas diberi pendidikan percuma.
5.1.3 “Due Process”
Ibu bapa/Penjaga murid-murid khas berhak mendapat penerangan
yang secukupnya. Ibu bapa murid-murid khas berhak mendengar “due
process” yang tidak berat sebelah, jikalau mereka tidak bersetuju
dengan keputusan pentadbiran sekolah.
5.1.4 Keizinan Ibu bapa
Sebelum murid-murid dinilai, ditempatkan atau dirancang
pendidikannya, terlebih dahulu mesti mendapat keizinan daripada ibu
bapa murid-murid tersebut.
Modul 1
17
5.1.5 Persekitaran yang tidak terhad
Murid-murid khas mesti diberi pendidikan di dalam keadaan
persekitaran yang tidak terhad, yang konsisten dengan keperluan
pendidikannya dan seboleh-bolehnya bersama dengan murid-murid
biasa.
5.1.6 Rancangan Pendidikan Individu
Setiap murid mesti disediakan RPI secara bertulis mengikut tahap
pencapaian dan keperluannya.
5.1.7 Penilaian yang tidak berat sebelah
Murid-murid khas perlu dinilai di dalam semua bidang yang berkaitan
dengan ketidakupayaan mereka. Penilaian ini hendaklah adil dari segi
bahasa, budaya dan ketidakupayaan murid-murid tersebut.
5.1.8 Rahsia
Segala keputusan-keputusan perancangan, penilaian dan penempatan
mesti dirahsiakan. Walaubagaimanapun ibu bapa dibenarkan meneliti
rekod-rekod, perancangan, penilaian dan penempatan anak-anak
mereka.
5.1.9 Kursus dalam Perkhidmatan
Latihan mesti diberi kepada guru-guru khas dan para profesional yang
berkaitan dengan pendidikan khas.
Modul 1
18
5.1.10 Penglibatan Ibu bapa
Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam program pendidikan khas.
5.2 Surat Pekeliling
Surat Pekeliling Pendidikan Khas merujuk kepada arahan-arahan, dasar-
dasar atau peraturan-peraturan yang telah diputuskan oleh Jabatan
Pendidikan Khas atau Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dipatuhi
atau dilaksanakan.
5.3 Kepentingan Surat Pekeliling
• panduan tindakan
• rujukan
• menyampaikan maklumat terkini
• penyelarasan program
• melindungi kepentingan murid-murid khas
• memberi penjelasan atau pentafsiran maklumat
Modul 1
19
KUIZ
1. Apakah prinsip utama yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Khas?
(A) pendidikan untuk semua
(B) program berlandaskan kefungsian
(C) pergaulan yang berterusan dengan murid biasa
(D) keperluan kasih sayang dan penerimaan kumpulan
2. Berapa jenis penempatan pendidikan disediakan untuk murid-murid
berkeperluan khas. Penempatan manakah yang merupakan penempatan
yang paling terhad?
(A) Kelas khas
(B) Bilik resos
(C) Sekolah khas harian
(D) Sekolah khas berasrama
3. Salah satu matlamat pendidikan khas ialah supaya murid-murid
berkeperluan khas dapat berdikari dan menyumbang kepada
perkembangan negara. Yang manakah antara berikut merupakan usaha
yang membantu mencapai matlamat ini?
(A) penyediaan guru-guru yang bertauliah dan berkelayakan
(B) pengajaran dilakukan mengikut tahap kebolehan murid
(C) penekanan kepada penguasaan kemahiran pra-vokasional
(D) kebenaran untuk mengubahsuaikan kurikulum mengikut tahap
kebolehan murid
Modul 1
20
4. Bagi menjayakan pelaksanaan pendidikan inklusif, semua faktor yang
berikut perlu diambil kira kecuali
(A) khidmat sokongan perlu disediakan
(B) guru khas perlu selalu berkerjasama dengan guru kelas biasa
(C) guru kelas mesti terlatih dalam bidang pendidikan khas
(D) beberapa pengubahsuaian perlu dijalankan untuk membantu murid
dalam pembelajaran
5. Yang manakah antara berikut tidak termasuk dalam tugasan guru khas di
sekolah?
(A) mengawasi skim buku teks
(B) mendapatan sokongan dan penglibatan komuniti
(C) melaksanakan program yang diperlukan oleh murid khas
(D) menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling untuk murid dan ibu
bapa jika perlu
Modul 1
21
Bahan rujukan/bacaan tambahan
Ashman, Adrian & Elkiar, John (1990) Educating Children with Special Needs. GGGGPrentice Hall : New York. Bachor, Dan G. & Crealock, Carol. (1986) Instructional Strategies for Students with Special Needs. GGGGGG.Prentice Hall : New York. Cole, Peter & Chan Lorna. (1990) Methods and Strategies for Special
Children. GGG.Prentice Hall : New York. Kementerian Pelajaran Malaysia, (1992) Surat Pekeliling-Pekeliling
Pendidikan Khas (1979 – 1991). Kuala Lumpur : Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Buku Panduan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) murid-murid berkeperluan khas.
Top Related