MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
MODUL LATIHAN
PENGENDALIAN PERKHIDMATAN
PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT UNTUK PARAMEDIK
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
JAWATANKUASA KERJA
PENASIHAT
DR ROZLAN ISHAK
Pakar Perunding Perubatan (Kesihatan Awam)
Timbalan Pengarah
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
DR KAMALIAH MOHAMAD NOH
Pakar Perunding Perubatan (Kesihatan Awam)
Timbalan Pengarah
Bahagian Pembanguan Kesihatan Keluarga
Kementerian Kesihatan Malaysia
EDITOR
DR ROTINA ABU BAKAR
Pakar Perunding Perubatan (Kesihatan Awam)
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
DR FATANAH ISMAIL
Pakar Perunding Perubatan (Kesihatan Awam)
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Kementerian Kesihatan Malaysia
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
PENYUMBANG
Dr Norma Sabtu
Pakar Perubatan (Kesihatan Awam)
Pegawai Epidemiologi (NCD) Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Dr Mastura Ismail
Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga
KK Seremban 2
Seremban, Negeri Sembilan
Dr Noor Hashimah Abdullah
Pakar Perubatan (Kesihatan Awam)
Pegawai Epidemiologi (NCD) Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Dr Nazrila Hairizan Nasir
Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga
KK Presint 9
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Dr Yusmah Muhamad
Pakar Perubatan (Kesihatan Awam)
Pegawai Epidemiologi (NCD) Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Dr Noraini Jali
Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga
KK Sungai Besar
Sungai Besar, Selangor
Dr Nasrul Muhaimin Mohktar
Pakar Perubatan (Kesihatan Awam)
Bahagian Pembanguan Kesihatan Keluarga
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr Nurhayati isa
Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga
KK Padang Rengas
Kuala Kangsar, Perak
Dr Salmiah Baharudin
Pegawai Perubatan
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Dr Sri Wahyu Taher
Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga
KK Simpang Kuala
Alor Setar, Kedah
Dr Bariyah Kadas
Pegawai Perubatan
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur
Datin Dr Zilfalilah Md Said
Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga
KK Al Muktafibillah Shah
Dungun, Terengganu
Dr Hartini Mohamad Ridzuan
Pegawai Perubatan
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembanguan Kesihatan Keluarga
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr Nurhaliza Zakariah
Pegawai Perubatan
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Mohd Nazri Abdullah
Penolong Pegawai Perubatan Kanan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Nor Anizah Sipol
Penyelia Jururawat
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN .................................................................................................. 4
OBJEKTIF LATIHAN .......................................................................................... 5
KUMPULAN SASARAN .................................................................................... 5
FASILITATOR LATIHAN .................................................................................... 5
SKOP MODUL LATIHAN ................................................................................... 5
SKOP LATIHAN ................................................................................................ 6
ATURCARA LATIHAN ....................................................................................... 8
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN LATIHAN .................................................... 16
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB:............................................................. 16
KESIMPULAN: ................................................................................................ 17
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
PENGENALAN Penyakit tidak berjangkit (NCD) membunuh 38 juta orang setiap tahun. Hampir ¾ daripada
kematian NCD - 28 juta - berlaku di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Enam belas juta kematian NCD berlaku sebelum umur 70 dan 82 % daripada kematian "pra-
matang" berlaku di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Penyakit
kardiovaskular menjadi punca kematian tertinggi akibat NCD, iaitu seramai 17.5 juta orang
setiap tahun , diikuti oleh kanser (8.2 juta) , penyakit pernafasan (4 juta), dan kencing manis
(1.5 juta). Empat kumpulan penyakit NCD ini menyumbang kepada kira-kira 82 % daripada
semua kematian NCD. Penggunaan tembakau, aktiviti fizikal, penggunaan berbahaya alkohol
dan diet tidak seimbang meningkatkan risiko kematian daripada NCD .
Berdasarkan laporan National Health Morbidity Survey (NHMS) 2015, prevalens diabetes
dikalangan penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas meningkat daripada 15.2% (NHMS
2011) kepada 17.5%. Daripada jumlah ini, 9.2% adalah tidak mengetahui mereka menghidapi
penyakit diabetes (undiagnosed diabetes). Bagi penyakit hipertensi pula, prevalens yang
dilaporkan adalah 30.3%, sedikit menurun jika dibandingkan dengan NHMS 2011 (32.7%) dan
daripada jumlah ini, 17.2% adalah undiagnosed hipertensi. Peningkatan yang ketara dapat
dilihat pada prevalens hiperkolesterolemia iaitu daripada 35.1% (2011) meningkat kepada
47.7% pada tahun 2015. Daripada jumlah ini, 38.6% adalah dikalangan undiagnosed.
NCD menjadi salah satu agenda utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahupun
World Health Organization (WHO). Melihat kepada beban NCD yang semakin meningkat
saban tahun, maka aspek penjagaan NCD di klinik-klinik mahupun hospital perlu
diperkukuhkan. Oleh itu, perkhidmatan penjagaan NCD di Klinik 1 Malaysia perlu diperluaskan
sebagai salah satu strategi mengukuhkan penjagaan NCD di fasiliti KKM. Pasukan Penjagaan
Kesihatan Primer (PHC Team) juga ditugaskan untuk memainkan peranan yang lebih
sistematik dan menyeluruh dalam menjaga kesihatan masyarakat di lokaliti masing-masing.
Peningkatan kualiti penjagaan NCD akan mengurangkan risiko pesakit mendapat komplikasi
di samping membolehkan mereka menjalani kehidupan yang sihat. Justeru, Cawangan NCD,
Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan modul latihan ini
untuk memberi pengetahuan serta kemahiran secara komprehensif kepada anggota kesihatan
paramedik dalam penjagaan penyakit NCD di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. Modul
ini dihasilkan sejajar dengan Garispanduan Pelaksanaan Perkhidmatan Rawatan Penyakit
Tidak Berjangkit Kronik (NCD) Fasa Pertama dan Fasa Kedua.
Modul umum ini mengandungi:
1. CD-ROM soft copy modul umum dan modul latihan
2. Skop modul latihan
3. Aturcara latihan
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
OBJEKTIF LATIHAN Di akhir sesi latihan ini, anggota kesihatan akan dapat:
1. Menjelaskan apakah itu faktor risiko dan penyakit NCD
2. Mengenalpasti klien yang layak menjalani saringan NCD dan mengintepretasi keputusan
ujian saringan
3. Mengenal pasti klien yang mempunyai faktor risiko NCD dan membuat rujukan awal
4. Memahami pelan intervensi dan membantu menjalankan intervensi atas klien yang berisiko
NCD
5. Mengendalikan pesakit NCD, memantau komorbiditi dan komplikasi penyakit NCD
mengikut garispanduan yang ditetapkan.
6. Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan yang berkaitan
KUMPULAN SASARAN Modul latihan ini diguna pakai untuk melatih anggota kesihatan terdiri daripada Penolong
Pegawai Perubatan (PPP), Jururawat Kesihatan (JK) dan Jururawat Masyarakat (JM).
FASILITATOR LATIHAN Latihan ini dijalankan secara sistem mentor-mentee. Seorang fasilitator akan diberi
tanggungjawab untuk membimbing dan menyelia seorang peserta. Fasilitator boleh terdiri
daripada Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan, Penyelia atau Diabetes Educator
Kanan.
SKOP MODUL LATIHAN Latihan ini berlangsung selama dua (2) bulan, terbahagi kepada empat (4) modul utama iaitu:
Modul 1: Saringan, Pengesanan, Intervensi dan Rawatan Klien dengan Faktor Risiko NCD
Modul 2: Pengendalian Diabetes
Modul 3: Pengendalian Hipertensi dan Asma
Modul 4: Penjagaan Kendiri dan Rehabilitasi
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
MODUL LATIHAN BIL. HARI
(BEKERJA) TEMPAT LATIHAN
Modul 1
Saringan, pengesanan dan
intervensi faktor risiko NCD
Kuliah 2 Negeri / Daerah
Latihan Sangkut 8 Klinik Kesihatan utama
peserta / fasilitator
Modul 2
Pengendalian Diabetes Kuliah 3 Negeri / Daerah
Latihan Sangkut 7 Klinik Kesihatan Utama
peserta / fasilitator
Modul 3
Pengendalian Hipertensi & Asma
Kuliah 2 Negeri / Daerah
Latihan Sangkut 8 Klinik Kesihatan Utama
peserta / fasilitator
Modul 4
Kaunseling, Pendidikan
Kesihatan dan Rehabilitasi
Kuliah 1.5 Negeri / Daerah
Latihan Sangkut 8.5 Klinik Kesihatan utama
peserta / fasilitator
SKOP LATIHAN 1. Kuliah
2. Latihan sangkut
2.1 Latihan amali
2.2 Perbincangan kes
2.3 Pengisian Buku Log
Semua kuliah dijalankan di peringkat negeri atau daerah, manakala latihan sangkut pula
dijalankan di klinik kesihatan. Peserta akan berada dibawah penyeliaan fasilitator sepenuhnya
semasa menjalani latihan ini.
Bagi anggota kesihatan yang bertugas di klinik kesihatan, mereka akan menjalani latihan
sangkut di fasiliti masing-masing, disamping menjalankan tugas hakiki. Bagi anggota
kesihatan dari Klinik 1 Malaysia, mereka akan menjalani latihan sangkut di klinik kesihatan
utama mengikut modul latihan.
Setiap modul terdiri daripada kuliah umum dan latihan sangkut. Semasa latihan sangkut,
peserta akan menjalani latihan amali dan perbincangan kes bersama fasilitator, sama ada di
fasiliti peserta atau fasiliti fasilitator.
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
Latihan amali dijalankan oleh fasilitator secara pemerhatian terus ke atas peserta. Kes boleh
dipilih oleh fasilitator atau oleh peserta. Fasilitator akan membuat catatan (tanda ‘’) kedalam
format Senarai Semak Latihan Amali mengikut tajuk yang ditentukan. Fasilitator akan
membuat ulasan keseluruhan setelah peserta lengkap menjalani latihan amali atas sepuluh
(10) kes bagi setiap skop latihan.
Peserta perlu merekod semua aktiviti latihan amali dalam Buku Log Latihan Amali mengikut
tajuk-tajuk yang ditentukan. Fasilitator juga akan membuat ulasan keseluruhan setelah peserta
lengkap menjalani latihan amali atas sepuluh (10) kes bagi setiap skop latihan.
Pembentangan kes pendek dalam bentuk powerpoint perlu mengandungi tajuk-tajuk berikut :
1. Biodata pesakit
2. Aduan utama dan sejarah pesakit
3. Pemeriksaan klinikal
4. Pemeriksaan makmal
5. Senarai masalah dikenal pasti / problem list
6. Pengurusan pesakit / management
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
ATURCARA LATIHAN MODUL 1
MASA TAJUK MASA PENCERAMAH
Hari Pertama
8.00 pg -8.30 pg Pendaftaran 30 minit
Urusetia
8.30 pg - 9.30 pg Taklimat Latihan dan Suaikenal 1 jam Penyelaras Latihan
9.30 pg - 10.00 pg Kuliah 1: Epidemiologi NCD
30 minit
Pegawai Epidemiologi (NCD) Negeri
10.00 pg - 10.30 pg Minum pagi
10.30 pg - 11.30 pg Kuliah 2: Pengurusan Perkhidmatan NCD
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
11.30 pg - 1.00 ptg Kuliah 3: Obesiti dan Dislipidemia
1 jam 30 minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
1.00 ptg - 2.00 ptg Rehat / Makan Tengahari
2.00 ptg - 3.30 ptg Kuliah 4: Pre-Diabetes dan Pre–Hipertensi
1 jam 30 minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
3.30 ptg - 5.00 ptg Amali 1: Saringan Kardiovaskular
1 jam 30 minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
Hari Kedua
8.00 pg - 8.30 pg Pendaftaran 1 jam Urusetia
8.30 pg - 9.00 pg Amali 2: Ulangkaji Modul 1 (Hari Pertama)
30 minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
9.00 pg - 10.00 pg Kuliah 5: Merokok :
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
10.00 pg - 10.30 pg Minum pagi
10.30 pg - 11.00 pg Kuliah 6: 30 Pakar Perubatan
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
MASA TAJUK MASA PENCERAMAH
Merokok : minit Keluarga / Pegawai
Perubatan
11.00 pg - 12.00 ptg Amali 3: Merokok : Teknik Pengukuran dan Perbincangan Kes
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
12.00 ptg - 1.00 ptg Kuliah 7: Intervensi Pemakanan Sihat : Rendah Lemak, Rendah Gula, Rendah Garam
1 jam Pegawai Sains Pemakanan
1.00 ptg - 2.00 ptg Rehat / Makan Tengahari
2.00 ptg - 3.00 ptg Amali 4: Intervensi Pemakanan Sihat : Rendah Lemak, Rendah Gula, Rendah Garam
1 jam Pegawai Sains Pemakanan
3.00 ptg - 4.00 ptg Kuliah 8: Intervensi Aktiviti Fizikal dan Senaman
1 jam
Pakar Sains Sukan / Pegawai Pendidikan Kesihatan
4.00 ptg - 5.00 ptg Amali 5: Intervensi Aktiviti Fizikal dan Senaman
1 jam Pegawai Pendidikan Kesihatan
MODUL 2
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
MASA TAJUK MASA PENCERAMAH
Hari Pertama
8.00 pg - 9.00 pg Pendaftaran 1 jam Urusetia
8.30 pg - 9.00 pg Amali 6: Ulangkaji Modul 1
30 minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
9.00 pg - 10.00 pg Kuliah 9: Diabetes : Patofisiologi
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
10.00 pg - 10.30 pg Minum pagi
10.30 pg - 11.30 ptg Kuliah 10: Diabetes : Komplikasi dan Ko-mobiditi
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
11.30 pg - 1.00 ptg Amali 7: Pengendalian Diabetes : Pemeriksaan fizikal
1 jam 30 minit
Diabetes Educator
1.00 ptg - 2.00 ptg Rehat/Makan Tengahari
2.00 ptg - 3.00 ptg Kuliah 11: Diabetes : Rawatan Farmakologi
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan / Pegawai Farmasi
3.00 ptg - 4.00 ptg Kuliah 12: Diabetes : Kecemasan Diabetes
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
4.00 ptg - 5.00 ptg Amali 8: Pengendalian Diabetes
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
Hari Kedua
8.00 pg - 8.30 pg Pendaftaran 1 jam Urusetia
8.30 pg - 9.00 pg Amali 9:
Ulangkaji Modul 2 (Hari Pertama)
30 minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
9.00 pg - 10.00 pg Kuliah 13: Diabetes : Medical Nutrition Therapy
1 jam Pegawai Dietetik
10.00 pg - 10.30 pg Minum pagi
10.30 pg - 11.30 pg Amali 10: 1 jam Pegawai Dietetik
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
MASA TAJUK MASA PENCERAMAH
Diabetes : Medical Nutrition Therapy
11.30 pg - 12.30 ptg Kuliah 14: Diabetes : Aktiviti Fizikal dan Senaman
1 jam
Pakar Sains Sukan / Jurupulih Perubatan (Anggota)
12.30 ptg - 1.00 ptg Amali 11: Pengendalian Diabetes
30 minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
1.00 ptg - 2.00 ptg Rehat / Makan Tengahari
2.00 ptg - 3.00 ptg Kuliah 15: Penjagaan Kendiri : Suntikan Insulin
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan / Pegawai Farmasi
3.00 ptg - 4.00 ptg Amali 12: Penjagaan Kendiri : Suntikan Insulin
1 jam Diabetes Educator
4.00 ptg - 5.00 ptg Amali 13: Intervensi Aktiviti Fizikal dan Senaman
1 jam
Pegawai Pendidikan Kesihatan / Promoter Kecergasan
Hari Ketiga
8.00 pg - 8.30 pg Pendaftaran 1 jam Urusetia
8.30 pg - 9.00 pg
Amali 14:
Ulangkaji Modul 2 (Hari Pertama dan Kedua)
30 minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
9.00 pg - 10.00 pg Kuliah 16: Penjagaan Kendiri : Self Monitoring Blood Glucose (SMBG)
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
10.00 pg - 10.30 pg Minum pagi
10.30 pg - 11.00 pg Amali 15: Penjagaan Kendiri : SMBG
30 minit
Diabetes Educator
11.00 pg - 12.00 ptg Kuliah 17: Penjagaan Kendiri : Penjagaan Kaki
1 jam Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
MASA TAJUK MASA PENCERAMAH
Perubatan
12.00 ptg - 1.00 ptg Amali 16: Penjagaan Kendiri : Penjagaan Kaki
1 jam Diabetes Educator
1.00 ptg - 2.00 ptg Rehat / Makan Tengahari
2.00 ptg - 3.00 ptg Kuliah 18.1: National Diabetes Registry (NDR)
1 jam Pegawai Epidemiologi (NCD) Negeri
3.00 ptg - 4.00 ptg Amali 17: National Diabetes Registry (NDR)
1 jam Pegawai Epidemiologi (NCD) Negeri
4.00 ptg - 5.00 ptg
Kuliah 18.2: Pengendalian data (reten) (jika ada) Atau
1 jam
Pegawai Epidemiologi (NCD) Negeri
Amali 18: Pengendalian Diabetes
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
MODUL 3
MASA TAJUK MASA PENCERAMAH
Hari Pertama
8.00 pg - 8.30 pg Pendaftaran 1 jam Urusetia
8.30 pg - 9.00 pg Amali 19: Ulangkaji Modul 2
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
9.00 pg - 10.00 pg Kuliah 19:
Hipertensi : Patofisiologi 1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
10.00 pg - 10.30 pg Minum Pagi
10.30 pg - 11.30 ptg Kuliah 20: Hipertensi : Komplikasi dan Ko-mobiditi
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
11.30 pg - 12.30 pg Kuliah 21: Hipertensi : Rawatan Farmakologi
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan / Pegawai Farmasi
12.30 ptg - 2.00 ptg Rehat / Makan Tengahari
2.00 ptg - 3.00 ptg Kuliah 22: Hipertensi : Hypertensive Emergencies
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
3.00 ptg - 5.00 ptg Amali 20: Pengendalian Hipertensi
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
Hari Kedua
8.00 pg - 8.30 pg Pendaftaran 1 jam Urusetia
8.30 pg - 9.00 pg Amali 21: Ulangkaji Modul 3 (Hari Pertama)
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
9.00 pg - 10.00 pg Kuliah 23: Hipertensi : Medical Nutrition Therapy
1 jam Pegawai Dietetik
10.00 pg - 10.30 pg Minum pagi
10.30 pg - 11.30 pg Amali 22: Hipertensi : Medical Nutrition Therapy
1 jam Pegawai Dietetik
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
MASA TAJUK MASA PENCERAMAH
11.30 ptg - 12.30 ptg Kuliah Interaktif 24: Mitos dan Fakta Berkaitan NCD
1 jam Diabetes Educator
12.30 ptg - 2.00 ptg Rehat / Makan Tengahari
2.00 ptg - 2.45 ptg Kuliah 25: Asma : Patofisiologi 45
minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
2.45 ptg - 3.45 ptg Kuliah 26: Asma : Pengendalian Asma Mengikut Kategori Umur
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
3.45ptg - 4.30 ptg Kuliah 27: Asma : Rawatan Asma 45
minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan /
Pegawai Farmasi
4.30 ptg - 5.00 ptg Kuliah 28: Asma : Rujukan, Pengendalian Data dan Pendidikan Asma
30
minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
MODUL 4
MASA TAJUK MASA PENCERAMAH
Hari Pertama
8.00 pg - 8.30 pg Pendaftaran 1 jam Urusetia
8.30 pg - 9.00 pg Amali 23: Ulangkaji Modul 3
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
9.00 pg - 10.00 ptg Kuliah 29: Pengurusan Kesihatan Mental : Stres dan Kemurungan
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan
10.00 pg - 10.30 pg Minum Pagi
10.30 pg - 12.30 ptg Kuliah 30: Kaunseling & Motivational Interviewing Technique
1 jam Pegawai Psikologi Klinikal
12.30 ptg - 2.00 ptg Rehat / Makan Tengahari
2.00 ptg - 3.00 ptg Kuliah 31: Kaunseling & Motivational Interviewing Technique
1 jam Pegawai Psikologi Klinikal
3.00 ptg - 5.00 ptg Amali 24: Kaunseling & Motivational Interviewing Technique : Resistance
1 jam Pegawai Psikologi Klinikal
Hari Kedua
8.00 pg - 8.30 pg Pendaftaran 1 jam Urusetia
8.30 pg - 9.00 pg Amali 25: Ulangkaji Modul 4 (Hari Pertama)
1 jam
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai
Perubatan
9.00 pg - 10.00 pg Kuliah 32: Pengurusan Sesi Pendidikan Kesihatan
1 jam Diabetes Educator
10.00 pg - 10.30 pg Minum Pagi
10.30 pg - 11.00 pg Kuliah 33:
Rehabilitasi – Dialisis 30 minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan / MO Nefrologi
11.00 pg - 11.30 pg Kuliah 34: Rehabilitasi – Amputasi Kaki
30 minit
Pakar Perubatan Keluarga / Pegawai Perubatan / MO
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
MASA TAJUK MASA PENCERAMAH
Ortopedik
11.30 pg - 12.30 ptg Kuliah 35: Rehabilitasi – Strok
30 minit
Jurupulih Perubatan (Anggota)
12.30 ptg Rehat / Makan Tengahari
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN LATIHAN Pada bulan yang ketiga (3), fasilitator akan membuat perbincangan penilaian prestasi peserta.
Penilaian adalah berdasarkan:
1. Prestasi peserta dalam perbincangan kes pendek (dua (2) kes);
2. Prestasi peserta dalam latihan amali;
3. Pengisian Buku Log;
4. Markah ujian MCQ dan OSCE (optional).
Pada bulan ini juga fasilitator boleh menjalankan ujian MCQ dan OSCE di peringkat negeri,
jika perlu. Sijil akan dikeluarkan bagi peserta yang lulus latihan. Peserta yang tidak lulus boleh
dipertimbangkan untuk mengikuti latihan semula.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB:
PAKAR PERUBATAN KELUARGA:
Pakar Perubatan Keluarga adalah Penyelaras Latihan Penjagaan Penyakit Tidak Berjangkit
Untuk Anggota Kesihatan di klinik kesihatan.
FASILITATOR:
1. Menyediakan jadual latihan sangkut dan memastikan peserta mengikut jadual yang
disediakan.
2. Membimbing peserta mengikut modul yang telah disediakan.
3. Memastikan peserta hadir mengikuti latihan sepenuhnya.
4. Memastikan peserta melengkapkan buku log dengan tepat.
5. Memastikan latihan bersama peserta dibuat secara ‘hands on’ dibawah penyeliaan terus
(direct supervision).
6. Memastikan peserta menjalani latihan mengikut tajuk yang diberikan.
7. Menjalankan penyeliaan terhadappeserta mengikut julat masa yang telah ditentukan.
8. Mengadakan latihan drill bersama dengan peserta.
9. Bertanggungjawab memberi maklumbalas kepada Penyelaras Latihan.
MODUL LATIHAN PENGENDALIAN PERKHIDMATAN NCD UNTUK PARAMEDIK KKM
10. Mengatur latihan peserta bersama dengan lain-lain pegawai seperti Pakar Perubatan
Keluarga, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains Pemakanan, Pegawai Dietetik, Pegawai
Farmasi, Jurupulih Perubatan (Anggota), Jurupulih Perubatan (Carakerja), Kaunselor, dan
lain-lain.
PESERTA:
1. Menjalani latihan mengikut tajuk dan masa yang ditentukan.
2. Menjalankan latihan sangkut secara ‘hands on’ dibawah penyeliaan terus (direct
supervision).
3. Mengisi Buku Log dengan lengkap mengikut jangkamasa yang ditetapkan.
4. Membentang dan membincang kajian dua (2) kes pendek.
5. Mematuhi arahan dan jadual yang disediakan oleh fasilitator.
6. Berbincang dengan fasilitator masalah yang dihadapi dalam menjalankan latihan.
7. Menunjukkan kesungguhan dan minat dalam menjalankan latihan.
8. Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan Penjawat Awam yang sedia ada sepanjang
latihan.
KESIMPULAN: Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik KKM akan memantapkan
lagi perkhidmatan saringan dan intervensi klien berisiko NCD dan penjagaan klinikal pesakit
NCD di klinik kesihatan.
Top Related