RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
1
Tajuk 4 Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan
Sinopsis
Tajuk ini membincangkan tentang kaedah pemeliharaan ikan hiasan air tawar tropika yang sering dipraktikkan. Merangkumi beberapa sub tajuk antaranya menyentuh tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan, ciri-ciri istimewa ikan hiasan, jenis dan contoh spesies ikan hiasan, peralatan/kelengkapan dan bahan, penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan serta pengurusan dan penjagaan. Kursus ini mengintegrasikan pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung dengan pemeliharaan ikan hiasan.
Hasil Pembelajaran
Menyatakan tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan. Menjelaskan beberapa ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan. Menyenaraikan jenis dan contoh spesies ikan hiasan. Menerangkan peralatan/kelengkapan dan bahan yang diperlukan untuk pemeliharaan
ikan hiasan. Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan
ikan hiasan. Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan.
Kerangka Tajuk
Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan
Tujuan Dan Faedah
Pemeliharaan Ikan Hiasan
Jenis Dan Contoh Spesis
Peralatan Dan Bahan
Pengurusan Dan
Penjagaan
Ciri Istimewa Penyediaan Akuarium
Dan Peralatan
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
2
Tujuan Dan Faedah Pemeliharaan Ikan Hiasan
Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifat-sifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang. Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang.
Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat keperihatinan seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan yang dipelihara. Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kerana ia dapat menjana ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha ikan hiasan.
Ciri-Ciri Istimewa Ikan Hiasan
Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:
a. Pergerakan
Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.
b. Sisik
Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis. Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit.
c. Saiz
Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa(Arowana) mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil.
d. Sirip
Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang
e. Bentuk badan
Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk,pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.
f. Warna badan
Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
3
g. Cara makan
Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup.
h. Jantina
Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih.
i. Cara pembiakan
Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Sword Tail, Platy dan Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil. Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.
Tabiat dan keperluan kehidupan
1. Ikan hiasan tergolong dalam 4 kumpulan tabiat makan :
Ikan herbivor (pemakan tumbuhan) Ikan karnivor (pemakan haiwan, terutama sekali memakan haiwan hidup) Ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik) Ikan omnivor (pemakan segala macam makanan)
Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan omnivor. Makanan yang diberi mesti bersesuaian dengan tabiat makan ikan.
2. Kualiti air
Bagi ikan hiasan tropika,suhu air mesti berada pada julat 25 °C – 35 °C . Ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4 °C- 25 °C. Suhu diukur dengan meter termometer.
3. Kadar cahaya
Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang, bergerak ,mencari makanan dan melihat objek lain.
Latihan
Jelaskan ciri-ciri istimewa ikan hiasan yang menyebabkan ia dipelihara.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
4
Jenis dan contoh spesies ikan hiasan
Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama
1. Cyprinidae Contoh: Seluang(rasbora), ikan mas, barb
Ikan seluang Ikan mas
Ikan Barb
> Kecil, berbadan mampat,bersesungut
> ekor terbuka dan bentuk fork
>Badan bersisik , bergerak pantas
> kepala tanpa sisik
>Terdapat di Afrika, Amerika Utara dan sebahagian besar Asia Tenggara.
2. Chichildea Contoh: Ikan Angel, Discus, Oscar
Ikan Angel Ikan Discus
Ikan Oscar
>Hanya sepasang lubang hidung
>Sirip ekor bulat
>Satu dorsal fin
3. Charachidae Semua jenis ikan tetra
Blue tetra
>Seakan ikan Barb
>Tiada sesungut
>Ada gigi dan adiposfin
>Berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
5
Green neon tetra
4. Belontiidea Contoh: Ikan pelaga Siam (Betta
splenden), Gourami biru (Trichogaster trichopterus)
Ikan pelaga Siam Gourami biru
Dwarf Gourami
>Badan lebar dan
mampat
>Sirip anal panjang
>Mempunyai aksesori respiratory organ untk bernafas di udara
>Terdapat di Koprea Selatan, Asia Tenggara,Afrika Barat
6. Catfish Families
Coridoras sp. Ikan bandaran
(Rinelloricaria parva)
>Suckermouth
>bersesungut
Peralatan/kelengkapan dan bahan
Akuarium/bekas
Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan:
saiz akuarium; bentuk akuarium; bahan buatan akuarium;dan jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
6
a. Saiz akuarium.
Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter). Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan „kelp‟ („kelp‟ ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).
b. Bentuk akuarium.
Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium silinder(cylindrical aquarium) (Rajah A dan B).
Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
7
Rajah A dan B: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D) separa silinder (E) dan silinder (F)
c. Bahan buatan akuarium.
Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium:
akuarium kaca (glass aquarium); dan akuarium akrilik (acrylic aquarium).
Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium.
Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih kuat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk.
Sistem Penapisan Akuarium
Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah C). Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat atau pertikel halus dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air,
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
8
kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan).
Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus.
Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering pump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump).
Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil „kapas penapis‟ (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.
Rajah C: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan ‟kapas penapis‟, sejenis media penapisan (C).
Sistem pengudaraan
Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah D). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
9
udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injap-injap akuarium (aquarium valves).
Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.
Rajah D: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan tiub udara (C).
Aksesori
Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut.
Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:
membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan; mempastikan pH air pada tahap optima; memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan
dapat dipam keluar daripada akuarium; mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan
bersih; dan lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai
sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.
Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialah:
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
10
aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium; aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium; aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium; tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan pasir untuk lantai akurium.
Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh pemilik akuarium. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.
Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, iaitu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.
Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat „luxmeter‟ boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit „lux‟. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.
Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis „tungsten‟ dan „halogen‟ tidak begitu sesuai. Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk tumbuhan.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
11
Rajah E: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).
Tumbuhan akuatik
Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghiasi akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri.
Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium.
Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya.
Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.
Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.
Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
12
a. Fungsi tumbuhan akuatik dalam akuarium
Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.
b. Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium
Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran.
Jadual 1: Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium
Spesis
1. Anubias sp
2. Aponogeton sp
3. Azolla sp
4. Bacopa sp
5. Cabomba sp
6. Hydrocotyle sp
7. Hygrophila sp
8. Hydrilla verticiliata
9. Elodea sp
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
13
Cryptocoryne sp
Vallisneria sp
Ludwigia sp
Cabomba sp
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
14
Makanan
Terdapat makanan hidup.makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan atau pelet.Makanan diberi mengikut jenis ikan.Makanan pelet jenis terapung sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam sesuai untuk ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala kebawah seperti ikan Corydoras atau Loach.
Jenis makanan mengikut spesis
Jenis makanan Jenis ikan Contoh
Makanan hidup dan makanan basah
Tiger Barb, Discus, Guppy , Black Tetra
Daging
Hati
Makanan kering Pearl Gourami, Harlequin Rasbora,Bala Shark Silver Marble Molly
Cacing darah yang diawet kering
Udang geragau kering
Makanan rumusan Sunrise Platy,Angel,Tiger Barb, Brown Corydoras
Pellet
Emping
Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium. Tetapkan masa memberi makanan iaitu pagi, tengahari dan petang
Contoh makanan hidup
cacing darah ulat roti
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
15
plankton
Penyediaan Akuarium Dan Peralatan Untuk Pemeliharaan
Faktor pemilihan lokasi untuk menempatkan akuarium
a. Keamatan dan kadar cahaya
Kadar cahaya ialah kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) .Satu lokasi yang sesuai ialah tempat yang mampu mendedahkan akuarium kepada keperluan cahaya yang mencukupi. Bagi sebuah akuarium, punca cahaya adalah daripada
lampu akuarium yang dipasang. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan bergerak, mencari dan melihat makanan serta melihat objek-objek lain dalam akuarium termasuk ikan lain. Bagi akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama 10-12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer (photometer).
b. Suhu
Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit °C. Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti berada pada julat 25°C -35°C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4°C hingga 25°C. Suhu boleh diukur menggunakan meter termometer.
Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan, penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini cuma boleh berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja. Suhu juga mempengaruhi organisma hidup lain yang ada hubung kait dengan ikan, misalnya bakteria, kulat, virus dan parasit dalam akuarium. Selain itu suhu turut mempengaruhi parameter-parameter air yang lain. Misalnya, semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut dalam air, oleh itu suhu yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut. Ketahanan ikan terhadap suhu bergantung kepada spesies atau jenis ikan.
c. Keselamatan
Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh menyebabkab bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri. Kanak-kanak yang
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
16
menyebabkan akuarium tersebut pecah akan terdedah kepada kecederaan ( luka akibat serpihan kaca ). Perbelanjaan yang telah dikeluarkan juga terbazir akibat akuarium yang pecah.
Bagi mengelakkan perkara yang tersebut berlaku, akuaris boleh meletakkan akuarium ditempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Lokasi yang sesuai juga boleh menjamin keselamatan akuarium dan manusia. Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu menempatkan akuarium di dalam rumah atau akuarium di pasangkan sistem keselamatan yang sesuai mengelakkan ikan tersebut dari dicuri.
Pembersihan Dan Membasmi Kuman Peralatan
a. Rawatan air
Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat luar biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit.
Antara tabiat luar biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan menggesel badan pada objek keras, ikan muncul tercungap di permukaaan air, warna ikan pudar, ikan tidak mahu makan, ikan tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif berenang), tanda-tanda penyakit pada badan ikan dan sebagainya.
Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air, akuarium serta semua aksesori dan ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air akuarium diganti dan langkah rawatan penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu mahal, beli saja bekalan ikan baru untuk menggantikan ikan berpenyakit.
Elakkan mengisi akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan lagi timbunan bahan organik dari najis ikan dan sisa makanan.
b. Mengawal dan Membasmi Patogen
Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh sistem akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat.
Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama, terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya.
Ikan berpenyakit boleh dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos membeli bekalan ikan baru, maka lebih baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan ikan baru. Elakkan membeli ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan ikan berpenyakit.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
17
c. Mengawal dan Mengurus Akuarium dan Kolam Ikan Hiasan
Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan.
Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. Pasir di dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan berwarna semula jadi. Jika pasir berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar, maka seluruh akuarium perlu dibersih dan diganti air.
Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut, lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi dengan baik.
d. Mengawal dan Mengurus Makanan Ikan
Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Ikan yang kekurangan makanan dan sentiasa lapar akan mengalami tekanan dan mudah dijangkiti penyakit. Beri makan sekurang-kurangnya dua kali sehari, bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan.
Elakkan memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan makanan yang diberi. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Elok sekali diperhatikan waktu-waktu ikan makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan.
Teknik Melepaskan Ikan Ke Dalam Bekas
Rendamkan beg plastik yang mengadungi ikan ke dalam akuarium selama 20 hingga 30 minit. Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama-sama air ke dalam akuarium. Setelah semua ikan keluar dari beg plastik, keluarkan beg plastik tersebut.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
18
Rajah Memasukkan Ikan ke Dalam Akuarium
Latihan
Jelaskan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menenpatkan sesebuah akuarium ikan hiasan.
Kawalan Kualiti Air
a. pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling
masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium
yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH
boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa
untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.
b. Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu
tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC
menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di
negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah
cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
19
c. Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya
terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis.
Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak
akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan
makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses
penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan
bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).
Rajah Ikan Kurang Sihat
d. Rawatan air
Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan
kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan
tabiat luar biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit.
Antara tabiat luar biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan menggesel
badan pada objek keras, ikan muncul tercungap di permukaaan air, warna ikan pudar,
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
20
ikan tidak mahu makan, ikan tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif
berenang), tanda-tanda penyakit pada badan ikan dan sebagainya.
Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air, akuarium serta semua aksesori dan
ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air akuarium diganti dan langkah
rawatan penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu mahal, beli saja bekalan ikan
baru untuk menggantikan ikan berpenyakit.
Elakkan mengisi akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan
lagi timbunan bahan organik dari najis ikan dan sisa makanan.
Kawalan Bahan Buangan Toksik dan Makanan Ikan
Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Ikan yang kekurangan makanan dan sentiasa
lapar akan mengalami tekanan dan mudah dijangkiti penyakit. Beri makan sekurang-kurangnya
dua kali sehari, bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan.
Elakkan memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan
makanan yang diberi. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Elok sekali
diperhatikan waktu-waktu ikan makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan
makan. Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik
sebagai hiasan adalah mudah.
a. Penjagaan harian
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat
dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit
seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan,
berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan
diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan,
penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
21
b. Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓
bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi.
Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti
pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di
dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki
seniggga ke paras asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada
hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa
hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan
berlebihan.
Rajah Edaran Nitrogen Di Akuarium
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
22
Pembersihan Akuarium
Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan
secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin
yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan.
Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. Pasir di
dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan
bersih dan berwarna semula jadi. Jika pasir berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan
kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar, maka seluruh akuarium perlu dibersih dan
diganti air.
Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut,
lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi
dengan baik.
Kawalan Penyakit dan Membasmi Patogen
Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan
di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh sistem
akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat.
Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli
bagi menggantikan aksesori lama, terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam
fungsinya.
Ikan berpenyakit boleh dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos membeli
bekalan ikan baru, maka lebih baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan
ikan baru. Elakkan membeli ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan ikan
berpenyakit.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
23
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa
lama.
Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
a. Penyakit Rintik Putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air
terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat
menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air.
Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.
b. Penyakit Kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.
Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka.
Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia
boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau
menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu
diasingkan dari ikan sihat.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
24
c. Penyakit Bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan
mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli
dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
Perbincangan
Bincangkan kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk menyediakan sebuah akuarium yang sesuai bagi menempatkan ikan hiasan.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
25
Tajuk 5 Teknologi Tanaman Sayur-Sayuran Dan Hiasan
Sinopsis
Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-
sayuran dan hiasan, kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan,
jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan, persediaan untuk penyemaian dan
penanaman, pembiakan dan penyediaan anak benih, penanaman, pengurusan dan
penjagaan serta pengutipan dan penggunaan hasil. Kursus ini mengintegrasikan
pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung dengan kaedah pengajaran secara
kumpulan dalam pengajaran mikro.
Hasil Pembelajaran
Menerangkan sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan.
Menyatakan kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan.
Menyenaraikan jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan.
Merancang dan menerangkan persediaan untuk penyemaian dan penanaman
Menghuraikan langlah-langkah pembiakan dan penyediaan anak benih.
Menerangkan tentang beberapa teknik penanaman.
Menjelaskan langkah-langkah pengurusan dan penjagaan tanaman.
Menerangkan kaedah pengutipan dan penggunaan hasil tanaman.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
26
Kerangka Tajuk-Tajuk
Teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan
Sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-
sayuran dan hiasan
Kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam
kehidupan
Jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan
Persediaan untuk penyemaian dan penanaman
Pembiakan dan penyediaan anak benih
Penanaman
Pengurusan dan penjagaan
Pengutipan dan penggunaan hasil
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
27
Sejarah Perkembangan Teknologi Tanaman Sayur-Sayuran Dan Hiasan
Pertanian meliputi aktiviti bercucuk tanam, ternakan dan kebun buah-buahan dan ianya
merupakan pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain yang
melalui suatu sistem ternakan atau tanaman. Dengan lain perkataan, pertanian adalah. amalan
mengerjakan sesuatu kawasan untuk menghasilkan tanaman dan ternakan. Pertanian juga
melibatkan amalan penyimpanan, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian.
Pertanian moden meliputi lebih banyak daripada pengeluaran tradisional bagi makanan
manusia dan ternakan. Pengeluaran pertanian antara lain adalah seperti bunga, hiasan, nurseri,
landskap, ikan dan burung untuk perniagaan haiwan peliharaan, perhutanan, pembajaan, kulit,
industri kimia.
Abad ke-20 merupakan perubahan terbesar dalam bidang pertanian, terutamanya dalam
chemistry agriculture (penggunaan bahan kimia dalam pertanian). Ini termasuklah aplikasi baja
kimia, racun dan pengawalan serangga perosak (pest control), dan chemical fungicides, soil
makeup, analisa produk pertanian, pemakanan haiwan dan ternakan. Bermula dari dunia barat,
revolusi hijau telah menyemarakkan perubahan kepada tatacara pertanian ke seluruh dunia.
Perubahan lain dalam pertanian termasuklah penanaman secara, hidroponik, pembiakbakaan
tanaman, penghibridan, manipulasi gen, pengurusan nutrien tanah, dan kawalan rumpai.
Kejuruteraan genetik telah menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi yang melampaui
tumbuhan semulajadi, seperti hasil yang berkualiti dan tahap menghindar penyakit (resistan).
Benih "modified" ini membesar dengan cepat, dan tidak memerlukan kawasan yang luas.
Kejuruteraan genetik ke atas tanaman telah menjadi satu kontroversi, terutamanya dalam kes
racun herba – tanaman yang resistan (herbicide resistant plants). Kejuruteraan bidang
pertanian juga boleh menghasilkan tanaman-tanaman yang menggunakan sistem pengairan,
saliran, pemuliharaan dan kejuruteraan pembentongan, terutamanya bagi kawasan kering (arid)
di mana ianya memerlukan sistem pengairan yang berterusan dalam ladang yang luas
Kepentingan Tanaman Sayur-Sayuran Dan Hiasan Dalam Kehidupan
Menghiasi ruang kawasan dalam dan luar bangunan
Sebagai tujuan perlindungan pemandangan yang kurang menarik
Mengurangkan kejadian hakisan tanah
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
28
Berwarna-warni dapat mengurangkan kebosanan
Pembersihan udara dari gas –gas pencemaran
Mengisi masa lapang dan sebagai hobi
Menjana ekonomi dan sumber pendapatan
Jenis-Jenis Tanaman Sayur-Sayuran Dan Hiasan
Tanaman hiasan
Bil Kelas Contoh
1. Pokok naungan Semarak api, Sena, Beringin
2. Pokok hiasan Janda merana, Kemboja, Kenanga
3. Pokok renik Puding, Kemuning,J anda kaya
4. Pokok memanjat/menjalar Markisa, Bunga Jepun, Melor
5. Palma Pokok Kelapa gading, pinang kuning
6 Pokok Lendair Setawar, Ati-ati, Sensiveria
7. Pokok Kaktus Opumtia, Kaktus Krismas
8. Rumput Turf / hiasan Rumput Tikar, Rumput Lipan
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
29
Tanaman Sayuran
Bil Jenis sayuran Contoh
1. Jenis daun Bayam, sawi , kangkung, kobis
2. Jenis kekacang
Kacang botol/kelisa, kacang buncis, kacang tanah, kacang panjang
3. Jenis buah Bendi, cili, terung, timun,tomato
4. Jenis akar/umbisi Halia, lobak putih/merah, ubi keledek, keladi, sengkuang
Penyediaan Tapak Penanaman
Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh itu pemuliharaan tanah
perlu dilakukan untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah keupayaan sesuatu tanah
untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika
mempunyai sifat seperti berikut:
i. Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar
proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah
tidak mencukupi.
ii. Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis
tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid
sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya
mengalami ketoksikan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut
bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum,
mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.
iii. Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi
lekit apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar
peresapan air sangat rendah.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
30
iv Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah
brisk mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi
untuk keperluan tanaman. Tanah ini tidak mempunyai struktur dan kurang
daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.
Pemilihan Tapak
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya
termasuklah:
i. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses
pemasaran.
ii. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan
pembersihan sebelum pemasaran dilakukan.
iii. Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus
kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk
mendapatkan air dan nutrien.
iv. Mempunyai kemudahan infrastruktur.
v. Mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan
jika tanah bercerun.
vi. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan
penyakit.
vii. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan
kecurian.
Cadangkan satu cara untuk mengatasi masalah tanah berasid di kawasan pertanian anda.
Kerja Pembersihan
Kerja-kerja pembersihan kawasan dimulakan dengan menebang, menebas, mencabut,
mengumpul dan merata. Kerja-kerja ini memerlukan alat jentera yang tertentu. Perlu berhati-hati
semasa membuat kerja-kerja ini supaya lapisan tanah atas yang kaya dengan bahan
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
31
organik dan nutrien tidak dikikis agar kesuburan tanah terpelihara. Pada peringkat ini, racun
rumpai yang disyorkan boleh disembur untuk membantu kerja-kerja pembersihan. Akar-akar
serta tunggul kayu boleh juga dibakar. Abu daripada pembakaran itu dapat menguraikan kalium
ke dalam tanah. Di samping itu, semak samun dapat dibersihkan dan patogen penyakit dapat
dibasmi melalui pembakaran.
Pembajakan
Tanah boleh dibajak apabila kawasan telah bersih, rata dan kesan-kesan semburan racun
rumpai telah mula kelihatan. Pembajakan bertujuan mengurangkan kepadatan tanah,
memecahkan tanah, memusnahkan saki-baki tanaman dan rumpai serta menyusun semula
agregat tanah. Biasanya tanah dibajak satu pusingan sahaja. Walau bagaimanapun,
pembajakan pusingan kedua boleh dilakukan jikalau tanah terlalu keras bagi memperbaiki
saliran dan pengudaraan.
Penyediaan Batas
Batas tidak dimestikan kecuali jika terdapat aras air yang tinggi. Walau bagaimanapun, batas
dapat memastikan saliran dan pengudaraan yang baik di dalam tanah. Ukuran batas
bergantung pada jenis sayur yang akan ditanam. Biasanya ukuran batas yang disyorkan
adalah di antara 0.75 - 1.50m lebar dan 0.25 - 0.30m tinggi. Jarak di antara batas 0.5 -
1.0m. Batas boleh dibuat dengan menggunakan peralatan jentera tertentu atau dengan
cangkul.
Rajah Batas Rata
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
32
Pembajaan Asas
Baja selalunya dicampur rata dengan tanah semasa menyediakan batas dan sebelum
menyemai biji benih, kerja mencampurkan baja sebelum menyemai dinamakan pembajaan
asas. Biasanya baja organik seperti tahi lembu dan tahi ayam yang reput dengan kadar 5
kg/meter persegi digunakan. Ini hendaklah dicampurkan 1 – 2 minggu sebelum menyemai.
Baja kimia juga boleh digunakan sebagai baja asas dengan kadar 310 gm/meter persegi dan
digunakan 1-2 hari sebelum menyemai.
Cari maklumat kawasan persekitaran tempat kediaman atau
sekolah yang sesuai bagi penanaman sayuran.
Buat kerja pembinaan batas berukuran panjang 5 meter, lebar
1.5 meter dan tinggi 0.20 meter.
Pembiakan Seks - Pengendalian Biji Benih
Kadar percambahan biji benih berkait rapat dengan pemilihan biji benih yang sempurna.
Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin percambahan dan
pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi.
Ciri-Ciri Biji Benih Yang Baik
Ketulenan baka
Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.
Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.
Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan tinggi.
Rajah Biji benih
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
33
Kaedah Penyimpanan Biji Benih Sayur-Sayuran
Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit
Gunakan racun serangga dan kulat bagi mengelakkan serangan serangga dan kulat
Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak
Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.
Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
Penyemaian Biji Benih
Faktor utama dalam kaedah menyemai biji benih bergantung kepada saiznya.
a. Semaian Terus Untuk Biji Benih Besar Atau Kasar (contoh: bendi, kangkung, dan peria)
Langkah-langkah penyemaian :
Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
Tandakan lubang penanaman pada jarak yang sesuai.
Tanam sebiji atau dua biji selubang.
Buat sungkupan dan siram.
Selepas bercambah, lakukan penjarangan.
b. Semaian Terus Untuk Biji Benih Kecil Atau Halus (contoh: sawi, kalian, dan kobis )
Menggunakan dua kaedah:
1. Semaian terus ke batas tetap, diikuti dengan penjarangan.
Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu.
Gaulkan biji benih dengan pasir halus dengan nisbah (1:10)
Taburkan ke dalam alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
Beri perlindungan (sungkupan) dan siram.
Selepas percambahan, buat penjarangan dengan meninggalkan
anak benih yang sihat pada jarak tertentu.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
34
Rajah Kaedah menyemai cara alur
2. Menyemai di kotak atau bekas semaian diikuti pemindahan ke batas.
Sediakan kotak atau bekas semaian
Tabur biji benih kedalam kotak atau bekas penanaman dan timbus
dengan lapisan tanah yang nipis.
Beri perlindungan (sungkupan) dan dan siram.
Selepas percambahan, pindahkan anak beniih ke batas tetap dengan
jarak yang sesuai.
Beri sungkupan dan siram
Rajah Kaedah menyemai di kotak semaian
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
35
Rajah Anak benih di bekas semaian sedia untuk dipindahkan ke batas
Kebaikan menggunakan kotak atau bekas semaian:
Penjagaan anak benih lebih mudah.
Anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini
memastikan hasil yang bertambah.
Anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang
sama.
Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian.
Sila buat rujukan di perpustakaan dapatkan maklumat lengkap
tentang kaedah semaian biji benih. Simpan maklumat tersebut
dalam folio
Lakukan ujikaji peratus percambahan biji benih
Anda dikehendaki menyemai biji benih sayuran di dalam bekas
semaian. Rekodkan peratus percambahan biji benih tersebut dan
anda dikehendaki menjaga sayuran anda untuk tugasan
selanjutnya..
Simpankan maklumat tersebut dalam folio
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
36
Pembiakan Aseks
Pembiakan Menggunakan Keratan Batang Lembut, Kayu Sederhana Dan Kayu Keras
Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang lembut ini termasuklah
Scindapsus atau Sireh Puteri, Tradescantia, Hedera serta banyak lagi.
Bahan yang diperlukan adalah:
a) Beberapa keratan batang pokok berkenaan (Scindapsus) sepanjang lebih kurang 1 kaki
b) Gunting pokok atau 'sekateur'
c) Bekas tanaman
d) Medium pasir sungai
e) Plastik atau bekas lutsinar
f) Hormon penggalak akar –Saradix, Hortomone A
g) Air siraman
Kaedah pembiakan:
1 Sediakan bekas dan medium tanaman dengan memasukkan pasir sungai ke dalam bekas
tanaman sehingga dua inci ke paras bibir bekas, ratakan. Goncang sedikit bekas tanaman
untuk memadatkan sedikit medium bagi menyenangkan pertumbuhan pokok.
2 Potong pokok Scindapsus di bawah buku batang dan pastikan sekurang-kurangnya dua
buku bagi setiap potongan. Buangkan daun di buku paling bawah bagi mencepatkan
pertumbuhan tunas baru dan mengelakkan pereputan batang. Jika terdapat akar udara
yang tumbuh di buku keratan, jangan dipotong kerana akar ini akan mencepatkan
pertumbuhan tunas baru. Sapukan hormon penggalak akar di bahagian buku dan akar
udara.
3 Buatkan beberapa lubang bagi memenuhi setiap ruang medium tanaman, tanam keratan
batang tadi sehingga medium menutupi buku batang yang paling bawah sekali dan
padatkan medium di sekeliling batang keratan.
4 Siram medium dan letakkan bekas tanaman dalam plastik atau bekas lutsinar serta di
tempat teduh. Tunas serta akar baru akan tumbuh dalam masa beberapa minggu.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
37
Apabila pertumbuhan batang menjangkau melebihi lima ruas, anda bolehlah memindahkannya
untuk ditanam sama ada dalam beg politena atau pasu cantik menggunakan medium tanaman
untuk pokok berpasu. Selepas itu anda bolehlah mula membajanya dengan baja kandang (najis
ayam atau kelawar) atau baja kimia berwarna hijau untuk pertumbuhan daun dan batang yang
cepat.
Pembiakan dengan cara keratan selalunya dilakukan untuk pokok jenis renek, hiasan, herba,
penutup bumi, menjalar, orkid, buluh dan lain-lain. Walaupun pokok hiasan boleh dibiakkan dengan
cara keratan, tetapi pokok hiasan yang dibiakkan dengan biji benih kelihatan lebih tegap, sihat
dan berbentuk asli. Pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara keratan ketiga-tiga jenis
dahan (keras, sederhana dan lembut) ialah pokok bunga raya (Hibiscus sp.), pokok bunga
kertas (Bougainvilla sp.) dan lain-lain.
Rajah Keratan Kayu Keras Hibiscus( bunga raya), Bougainvilla(bunga kertas)
1) Kaedah pembiakan cara di atas juga sesuai untuk pokok berkayu keras seperti pokok bunga raya dan bunga kertas tetapi batangnya dikerat secara menyerong di bawah bahagian tumbuhnya daun bagi menyediakan luas permukaan yang lebih besar untuk mencepatkan pertumbuhan akar dan tunas baru
2) Medium air dan jeli boleh juga digunakan untuk pembiakan cara ini tetapi hasilnya kurang memuaskan berbanding pasir sungai. Air perlu ditukar setiap minggu bagi mengelakkan pereputan
3) Pasir sungai adalah medium terbaik untuk pembiakan menggunakan keratan batang kerana ia mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik, bersih serta tidak menghalang pertumbuhan akar baru
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
38
4) Menutup bekas tanaman dengan plastik lutsinar bagi mengekalkan kelembapan dan mencepatkan pertumbuhan akar dan tunas baru pokok
Kaedah Pembiakan Belahan Dan Pembahagian Rumpun Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah Sansevieria (lidah jin),
Chlorophytum, Caladium (keladi) dan sebagai-nya.
Rajah Belahan Rumpun Sansevieria
Kaedah pembiakan:
1 Siram air atau rendam pasu tanaman berkenaan di dalam air bertakung seketika. Ini
bertujuan bagi melembutkan medium tanaman serta memudahkan kerja-kerja
mengeluarkan tanaman berkenaan daripada pasunya.
2 Pusingkan pasu dengan permukaannya ke bawah dan hentakkan permukaan pasu di atas
permukaan yang keras secara perlahan bagi memaksa rumpun pokok keluar daripada
pasunya. Keluarkan rumpun tanaman tadi daripada pasunya secara perlahan bagi
mengelakkan rumpun pokok terjatuh ke tanah.
3 Gunakan tangan atau cangkul serta pisau untuk memotong rumpun pokok kepada
beberapa rumpun kecil. Tanam rumpun ini dalam bekas tanaman dengan medium yang
baru. Pokok akan segera tumbuh segar selepas air disiram serta disembur ke daunnya.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
39
Letakkannya di tempat teduh bagi menyesuaikannya dengan pasu dan medium yang baru.
Selepas seminggu bolehlah diberi baja dan diletakkan di tempat yang sesuai untuknya.
Kaedah Pembiakan Lenturan Batang Atau Ranting
Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah Scindapsus, Tradescantia, pokok
lelabah (Chlorophytum comosum) dan sebagainya. Kebanyakan pokok menjalar boleh
dibiakkan dengan kaedah ini.
Kaedah Pembiakan:
Kaedah 1:
1 Lenturkan batang atau ranting pokok berkenaan dalam air untuk merangsang pertumbuhan
akar baru.
2 Setelah berakar, panjangnya kira-kira setengah inci, kerat batang atau ranting tadi di
bahagian bawah tempat ia berakar untuk memisahkannya dari pokok asal dan tanam dalam
pasu dengan medium yang sesuai untuk pokok berkenaan.
Rajah Lenturan Dalam Air
Kaedah 2:
1 Lentur terus ke dalam medium tanaman dalam pasu.
2 Siram dan beri baja bagi menggalakkan batang pokok berakar dan boleh tumbuh dengan
sendirinya.
3 Apabila didapati tumbuh daun baru yang menunjukkan pokok berkenaan sudah boleh hidup
dengan sendirinya, potong bahagian bawah tempat yang berakar untuk memisahkannya
dari pokok induk dan terus hidup sebagai pokok baru.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
40
Rajah Lenturan Di Pasu/Tanah
Kaedah Pembiakan Cara Mengetut atau Markot
Gambar Rajah Menunjukkan Kaedah Mengtut Atau Markot
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
41
Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah pokok berbatang keras berkayu
seperti bunga kertas, bunga raya dan sebagainya.
Kaedah Pembiakan:
1 Pokok dilukakan atau dipotong kulit sekeliling ranting atau batangnya.
2 Medium tanaman yang basah untuk menggalakkan pertumbuhan akar diletakkan di
sekeliling keratan tadi.
3 Balut medium tanaman dengan plastik yang lutsinar dan ikat di kedua bahagian hujung atas
dan bawah dengan tali rafia supaya medium tidak jatuh dan wap air tidak terkeluar daripada
medium tadi. Selang beberapa minggu, akar akan tumbuh di bahagian yang dipotong tadi
kerana pokok menggunakan bahan makanan daripada medium tadi dan merangsang
pertumbuhan akar.
4 Apabila akar sudah panjang kira-kira satu inci, bolehlah dipotong bahagian berkenaan di
bawah tempat berakar tadi untuk ditanam dalam medium tanaman yang sesuai untuknya.
Terdapat tiga kaedah menyediakan medium tanaman untuk mengetut:
Kaedah 1:
2 bahagian tanah peroi : 1 bahagian bahan organik
Kaedah 2:
4 bahagian habuk papan : 2 bahagian baja organik
Kaedah 3:
Lumut sphagnum moss atau sabut kelapa lembap
1) Untuk mencepatkan pertumbuhan akar, sapukan hormon penggalak
akar di bahagian atas keratan tut
2) Bagi memastikan medium senang lekat di bahagian yang dilukakan
atau dipotong tadi, bancuhan medium mestilah pekat dan melekit
Fikirkan mengapa tak perlu campuran pasir dalam medium mengtut
atau markot.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
42
Kaedah Pembiakan Menggunakan Keratan Daun
Pokok yang boleh dibiakkan melalui kaedah ini ialah Sansevieria, Begonia Peperomia dan
sebagainya. Kaedah ini tidak menjanjikan anak pokok yang tumbuh akan menyerupai
keseluruhan pokok induknya.
Gambar Rajah Pokok Setawar dan Senseviera Dibiak Dari Keratan Daun
Kaedah pembiakan:
1 Kerat daun pokok berkenaan kepada beberapa keratan kecil.
2 Letakkan hormon penggalak akar di bahagian bawah keratan tadi dan tanam dalam
medium pasir sungai.
3 Siram dan tutup pasu semaian dengan plastik lutsinar dan letak di tempat teduh. Kaedah ini
dilakukan bagi mengekalkan kelembapan medium tanaman dan keadaan sekeliling keratan
pokok bagi mencepatkan pertumbuhan anak pokok yang baru.
2 Selang beberapa minggu, apabila anak pokok telah tumbuh pindahkan dan tanam dalam
medium tanaman yang sesuai untuk pokok berkenaan.
1) Pilih daun pokok yang sudah matang dan dewasa untuk mendapatkan pertumbuhan anak pokok dengan cepat dan subur
2) Gunakan gunting pokok yang tajam untuk memotong dedaun yang dipilih bagi mendapatkan hasil yang memuaskan
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
43
Kaedah Pembiakan Menggunakan Sulur Anak
Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah pokok Orkid, Bromeliad dan
Episcia.
Rajah Pembiakan Menggunakan Sulur
Kaedah pembiakan:
1 Biasanya sulur anak akan keluar dari sisi pokok induk yang menyerupai pokok induknya.
Ceraikan anak sulur berkenaan daripada induknya dengan menggunakan tangan atau
gunting pokok.
2 Potongkan serapat mungkin ke arah pokok induknya dan seboleh-bolehnya biar terdapat
sedikit akar untuknya mula tumbuh sendiri.
3 Tanam segera dalam medium tanaman yang sesuai untuknya.
1) Untuk sulur anak yang tidak berakar, sapukan sedikit
hormon penggalak akar di bahagian bawahnya untuk
mencepatkan pertumbuhan akar
2) Jangan biarkan medium tanaman kering kerana ini akan
membantutkan pertumbuhan akar baru anak pokok
berkenaan
Pembiakan Menggunakan Bahagian Khas Tumbuhan
Terdapat banyak tumbuhan yang menggunakan bahagian-bahagian khas untuk menjalankan
pembiakan untuk menambah bilangan masing-masing.Antara pembiakan menggunakan
bahagian-bahagian khas ialah pembiakan menggunakan Stolon dan Rizom.
Stolon adalah kaedah pembiakan menggunakan batang tumbuhan yang telah berubah suai dan
tumbuh melata di muka bumi. Rizom pula ialah pembiakan tumbuhan menggunakan batang
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
44
tumbuhan yang menjalani pengubahsuaian. Tumbuh di bawah permukaan bumi. Contoh : halia
(Zingiber Officianalis) dan pokok buluh.
Terdapat juga tumbuhan yang menjalani pembiakan menggunakan Bebawang. Tumbuhan ini
perubahsuai untuk tujuan penyimpanan makanan. Kebiasaannya tumbuhan ini mempunyai
ruas sangat pendek dan daun berlendir. Terdapat 2 jenis tumbuhan yang menjalani pembiakan
menggunakan kaedah ini iaitu bebawang berkulit kering (scaly) dan bebawang tak berkulit
(tunicate). Contoh tumbuhan yang menjalani pembiakna melaului kaedah ini ialah bawang
hiasan (Zephyranthes rosea)
Seterusnya ialah pembiakan melalui Pembahagian Rumpun. Pembiakan ini dilakukan untuk
tumbuhan berumpun. Bila pokok tersebut besar, pokok dicabut dari rumpunnya dan dipecah-
pecahkan menggunakan tangan dan di tanam ke dalam tanah. Pokok-pokok tersebut akan
disemai sama aras dengan keadaan semasa ia berumpun. Contoh tumbuhan yang menjalani
pembiakan melalui kaedah ini aialah rumput mondo (Ophiopogon sp).
Kaedah pembiakan yang terakhir menggunakan kaedah bahagian istimewa ialah pembiakan
melalui anak-anak pokok. Seperti yang kita semua ketahui, terdapat beberapa tumbuhan
hortikultur hiasan dan landskap yang mengeluarkan anak-anak pokok sendiri sebagai cara
membiak. Untuk membiakkan tumbuhan jenis ini, kita boleh potong anak pokok dan menanam
terusnya ke dalam beg politin atau pasu. Contoh tumbuhan yang membiak melalui cara ini ialah
pokok lelabah (Chlophytam commosum “vittatum”).
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
45
Pembiakan melalui organ-organ tertentu. A, Spora (paku pakis). B, Ubi (dahlia). C, Bebawang gantung. D, Bahagian akar. E, Rizom (lengkuas, kantan). F, Anak (agave, beromeliad}. (Disesuaikan daripada Hammett, 1973.)
Pembiakan Melalui Cantuman
Cantuman satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.
Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :
a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan
i) Sandingan
b) Cantuman mata tunas
i) Cantuman 'T'
ii) Cantuman tampal
iii) Cantuman takuk
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
46
c) Cantuman Belahan
i) Belahan tepi
ii) Belahan rencung
iii) Belahan baji
Pokok Penanti (Stock Plant)
Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garis pusat) untuk menerima mata tunas.
Mata tunas(sion)
Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
47
Cara mencantum mata tunas
Contoh: Cantuman tampal
a) Sediakan pokok penanti
b) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih.
c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm.
d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama ada kulit itu boleh dikopek.
e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas.
f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm.
g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu.
h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum.
Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang.
Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih
b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.
c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.
d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas menjadi kering
e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.
f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar
g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
48
Pengubahan Anak Benih Ke Batas
a. Pengerasan Anak Benih
Pengerasan ialah proses mengurangkan perlindungan dan siraman air kepada anak benih
secara berperingkat-peringkat. Pengerasan dijalankan dengan mendedahkan anak benih
kepada pancaran cahaya (mengurangkan sungkupan dan naungan) sedikit demi sedikit untuk
membiasakan anak benih kepada sinaran matahari penuh dan mengurangkan siraman air.
b. Mengubah
Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari
batas semaian diubah ke batas tetap.
Teknik mengubah anak benih:
Segarkan anak benih sebelum diubah
Lakukan waktu pagi atau petang
Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan
dari tanah pecah semasa mengubah
Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan
ketul tanah di sekeliling akar
Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar
Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan
Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat
pegangan yang kuat.
Buat sungkupan dan naungan
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
49
Rajah 3.5: Teknik mengubah anak pokok
Rajah 3.6: Anak benih diubah dari kawasan semaian ke lubang penanaman
Jarak penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan juga untuk memudahkan
kerja penjagaan.
1
2
3
4
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
50
Bil Kaedah Bentuk
1. Empatsegi
2 1
2. Tigasegi
1
2
3. Kuinkuk / siku
keluang
1
2
1
Petunjuk:
1. Jarak di antara pokok ialah jarak di antara dua pokok dalam
barisan yang sama.
2. Jarak di antara barisan ialah jarak di antara dua barisan pokok.
Jadual 3.7: Corak penanaman sayuran
Ubah anak benih yang telah anda semai ke tapak penanaman
atau bekas bekas penanaman.
Buat analisis tentang ketiga-tiga corak penanaman kemudian
bincangkan kelebihan setiap corak penanaman tersebut.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
51
Penjagaan
a. Sungkupan Dan Naungan
Sungkupan ialah proses menutup lapisan permukaan tanah (batas) dengan bahan-bahan yang
sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah
jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan
haiwan perosak dan penyakit.
Sebab-sebab keperluan sungkupan adalah untuk:
mengurangkan suhu tanah: suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang
keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna;
menjaga tanah supaya sentiasa lembab: pengairan akan membantu kesuburan
anak benih dan organisma tanah;
mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat: tumbesaran akar dan
hidupan tanah sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat;
mengelakkan tumbesaran rumpai;
mengelakkan kesan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji
benih atau anak benih;
bahan-bahan sungkupan bertindak sebagai baja organik apabila ia reput.
Rajah Sungkupan
Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan
pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin
menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang
terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
52
Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput yang
dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan jangalah terlalu tinggi kerana cahaya matahari
yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi
sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya
matahari untuk membina makanan.
Rajah Naungan atau pelindungan anak benih
Cari maklumat tentang ciri-ciri yang sesuai terhadap bahan yang
hendak digunakan sebagai sungkupan dan naungan.
Menyiram
Air merupakan agen penting dalam proses penyerapan dan pemindahan nutrien dari dalam
tanah ke bahagian-bahagian pokok melalui akar. Tanpa air proses translokasi ini akan
terganggu. Penyiraman perlu dilakukan dalam kadae yang sesuai dan kebiasaannya dilakukan
dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga
merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Gunakan penyiram yang mempunyai
lubang yang halus.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
53
Rajah Menyiram sayuran dengan kaedah manual
Rajah Kaedah siraman percikan (A) dan siraman titisan (B)
c. Pembajaan
Sayur-sayuran memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga
jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan
sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang
telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah
baja organik dan baja kimia.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
54
Baja
Baja organik (baja semulajadi) Baja kimia (dibuat di kilang)
Contoh: najis haiwan, kompos,
Baja tunggal (baja yang mengandungi Baja sebatian/ campuran
satu unsur nutrein sahaja) (mengandungi pelbagai unsur
nutrein)
Contoh: nitrophoska, Welgro
Rajah Jenis-jenis baja
Ada dua peringkat membaja semasa menanam sayur-sayuran:
Peringkat pertama ialah membaja semasa menyediakan batas. Ini dinamakan pembajaan asas.
Pada peringkat ini baja organik biasanya digaulkan ke dalam tanah.
Pada peringkat kedua adalah membaja semasa anak benih sayur-sayuran sudah tumbuh dan
membesar. Ini dinamakan pembajaan permukaan. Baja yang biasa digunakan ialah baja kimia.
Baja ini ditaburkan di sekeliling anak benih dan digaulkan ke dalam tanah. Selepas itu siram
sehingga batas lembab. Kekerapan membaja pada peringkat ini ialah 2 – 3 minggu sekali.
Cari maklumat terperinci tentang pembajaan yang sesuai
untuk sayuran anda dan gunakan kaedah tersebut untuk
proses pembajaan sayuran tersebut
1. Senaraikan nama-nama baja kimia mengikut kandungan nutrien utama?
2. Nyatakan fungsi-fungsi utama nutrien tersebut kepada sayuran?
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
55
d. Pengawalan Rumpai
Merumput ialah proses membuang segala tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh
disekeliling tanaman yang ditanam. Tumbuhan yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai
rumpai. Tujuannya ialah untuk mengelakkan persaingan di antara rumpai dengan sayur-
sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat
memusnahkan tempat tinggal atau tempat pembiakan perosak dan agen penyakit. Pengawalan
rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak
benih sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau rumpai
kecil yang terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh
digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. Rumpai di sekeliling tanaman boleh
disembur dengan racun rumpai yang disyorkan.
Berdasarkan soalan-soalan di atas, buatkan catatan dan nota-nota
penting mengenai kerja meracun rumpai termasuk kaedah
meracun dan langkah-langkah keselamatan. Rujuk buku Panduan
Meracun keluaran Jabatan Pertanian atau dari mana-mana bahan
yang sesuai
Simpankan maklumat tersebut dalam folio.
1. Senaraikan jenis-jenis racun rumpai yang terdapat di pasaran Malaysia? 2. Nyatakan masa yang sesuai untuk kerja meracun di kebun sayuran? 3. Terangkan persedian-persedian sebelum, semasa dan sesudah
menjalankan kerja meracun?
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
56
e. Penyedian Sokongan
Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar,
melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan
kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah
memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat.
Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang
secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput,
membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena
tanah.
Rajah Sokongan jenis junjung
Rajah Sokongan jenis para
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
57
Rajah Sokongan jenis pagar
Rajah Sokongan kayu tunggal
f. Perosak Dan Penyakit
1. Haiwan perosak
Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh
menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
58
tumbesarannya. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi
mendapat hasil yang bermutu tinggi.
Tanda diserang perosak ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan
ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi,
kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari.
Haiwan Perosak Keterangan Tabiat Makan
Kutu daun
Serangga kecil dan berbadan
lembut. Berwarna hijau, hitam
atau kelabu. Terdapat dalam
kelompok di bawah permukaan
daun
Menghisap air pokok.
Membawa penyakit virus.
Teritip
Sangat halus berwarna pucat,
Terdapat dalam kelompok pada
pangkal daun
Menghisap air daun
Kumbang
Bermacam jenis, saiz dan warna.
Memakan daun, menebuk
ke batang dan merosakkan
anak benih.
Beluncas
Bermacam saiz dan warna Memakan daun dan buah.
Menebuk ke dalam batang
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
59
Koya
Sangat halus, kecil berwarna
pucat dengan filamen-filamen
pendek di tepi badan. Berupa
debu putih dan bergerak lembut
Menghisap air pokok
Tikus dan siput babi
Mudah dilihat secara fizikal,
membuat sarang dalam kawasan
tanaman.
Tikus – memakan hasil
bijirin
Siput babi – memakan dan
merosakan daun dan
batang
Jadual Jenis-jenis haiwan makhluk perosak
Rajah Langkah-langkah mengawal haiwan makhluk perosak
Kimia
Kaedah mengawal haiwan makhluk
perosak
Kawalan Bersepadu
Fizikal dan
Mekanikal
Biologi
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
60
2. Penyakit-Penyakit Biasa Sayur-Sayuran
Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih,
bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-
penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia.
Penyakit Agen Simptom
Melecur anak benih Kulat Anak benih layu dan mati
Reput akar Kulat atau bakteria Pokok layu dan mati
Bintik daun Kulat Daun dengan bintik perang atau
hitam
Layu bakteria Bakteria Urat daun menjadi hitam.
Pokok akan layu dan mati
Kulapuk Bakteria Daun yang diserang layu dan
mati
Karat batang/ daun
atau lengai
Kulat Tompok kuning/perang daun
terjangkit akan jatuh
Jadual Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran
Memungut Hasil
Kualiti hasil sesuatu jenis sayur banyak dipengaruhi bermula di peringkat pertumbuhan, kaedah
pengutipan hasil dan pengendaliannya semasa di ladang.Kerosakan yang sering terdapat pada
sayur semasa di ladang ialah kecederaan mekanik yang berpunca daripada pengendalian yang
kasar. Kecederaan mekanik akan menyebabkan sayur menjadi lebam, pecah, patah dan
sebagainya. Pengendalian sayuran di ladang bermula daripada kaedah pengutipan hasil dan
diikuti oleh operasi penyediaan seperti pemilihan, pembasuhan dan pembungkusan sebelum
dibawa keluar dari ladang ke tempat pengumpulan.
Cari maklumat terperinci tentang kaedah kawalan makluk perosak
berserta contoh. Simpankan maklumat tersebut ke dalam folio.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
61
Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut hasil
pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh, jika sayuran jenis daun dipungut
terlalu awal, hasilnya adalah rendah. Sebaliknya jika lewat dipungut, hasilnya banyak tetapi
mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar.
Masa Memungut Hasil
Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau lewat petang.
Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan.
Sayur-
sayuran
Tempoh mula memungut hasil Panduan
Sawi 4 hingga 6 minggu Cukup besar tetapi belum
berbunga
Timun 4 hingga 6 minggu Buahnya muda tetapi
belum bertukar menjadi
warna kekuning-kuningan
Kacang
panjang
6 hingga 8 minggu Lengai mudah di patahkan
tetapi bijinya belum
terbunjul keluar
Sengkuang 20 hingga 24 minggu Daun mula menjadi kuning
dan gugur
Jadual Panduan memungkut hasil sayuran
Cara Memungut Yang Betul
Memotong dengan pisau/sketur
contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu
Mencabut
Contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
62
Memetik
Contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain.
Menggali dengan cangkul/serampang
Contoh - sayuran jenis aakr/umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang
Rajah Peringkat kutipan hasil sayuran sehingga pemasaran
(Sumber : Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran, MARDI 1990)
Simpan rekod kutipan hasil yang anda perolehi dari
tanaman anda secara sistematik.
Simpankan maklumat tersebut dalam folio dan bawa
semasa sesi tutorial.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
63
Pemprosesan hasil
a.Membasuh – Basuh sayuran yang baru dipetik untuk membuang segala kotoran
Proses membasuh dilakukan untuk memastikan baja kimia atau racun
yang terdapat pada sayuran dapat dibersihkan
b.Menyimpan - Sayuran yang telah dituai dapat dikekalkan kesegarannya dengan
menyimpannya ditempat sejuk.
c.Menggred - Merupakan satu proses menentukan mutu tanaman sayuran mengikut saiz
dan kualiti
Saiz tanaman sayuran dapat ditentukan mengikut saiz daun, buah, ubi dan
kekacang yang dituai
Kesegaran, tiada kecacatan dan kebersihan
d.Membungkus- Bagi tujuan jualan, sayuran yang telah dituai dan dibersihkan
hendaklah dibungkus dengan elok bagi memastikan kesegaran terjamin.
Kertas plastik lutsinar sesuai digunakan khususnya untuk buah-
buahan.
Tujuan Pemerosesan.
Selain untuk dimakan segar, sayur juga boleh diproses untuk tujuan:
Menghasilkan makanan yang dapat disimpan untuk tempoh yang lebih
panjang
Menghasilkan makanan bentuk baru
Mewujudkan barangan yang lebih berharga
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
64
Kaedah Pemprosesan
Kebanyakan sayur tidak boleh bertahan lama kerana ianya bersifat asid rendah. Pemprosesan
yang teliti dapat menghalang mikroorganisma jenis perosak dan jenis pengeluar racun daripada
membiak. Kaedah pemprosesan yang lazim digunakan ialah:
Mengetin
Mengering
Membuat Sos
Jeruk dan peraman
Pembekuan
Penggulaan
Mengutip hasil
Mengetin Penyejukbekuan
Rajah Carta alir contoh kaedah pemerosesan sayur bendi
“Berbagai-bagai jenis sayur boleh diproses dan apa yang perlu difahami
bagi mewujudkan perusahaan ini ialah pengetahuan yang mendalam
dari segi pertumbuhan mikroorganisma dan proses pembasmian kuman.
Selain itu, perkara penting yang perlu diambil kira ialah bahan yang
dihasilkan mesti mencerminkan hasil keluaran yang bermutu, berkhasiat
dan bersih. Perundangan negara dan Akta Makanan mesti dijadikan
garis panduan yang tidak boleh diabaikan. Kebersihan yang menyeluruh
termasuk kilang, bahan mentah, peralatan, kebersihan diri dan
penggunaan bahan tambahan yang dibenarkan mesti difahami dengan
betul.” (MARDI, 1990)
Dari penyataan di atas, beri komen dan pandangan anda.
RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian
65
Pemasaran Hasil
Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan sempurna sebelum
dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan segera.
Pemasaran ialah suatu aktiviti penyampaian produk (keluaran) atau perkhidmatan daripada
pengeluar kepada pengguna.
TAMAT.....SEMOGA BERJAYA.
Top Related