8/19/2019 Moral Dan Undang
1/7
Moral dan undang-undang -- Jangan gadaimaruah dan negara untuk keseronokan hariiniBAGI sesebuah masyarakat yang bertamadun, perbincangan mengenai soal moral ataupun
akhlak tidak dapat dielakkan, walaupun ia sering menimbulkan kontroversi. Ini berlaku kerana
apabila manusia mula hidup bermasyarakat, peraturan terpaksa diwujudkan bagi menentukan hak
dan tanggungjawab. Darinya lahirlah adat resam yang menggariskan kaedah dalam menguruskan
perhubungan di antara individu dan masyarakat dan di sebaliknya.
Apabila masyarakat mempunyai persamaan sama ada dari segi bangsa atau sempadan negara
yang lebih tetap dan terjamin, maka timbullah keperluan untuk mengadakan undang-undang
yang boleh diterima. ndang-undang seterusnya terjalin dari budaya dan adat resam yang perlu
dikuatkuasakan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat serta negara yang
telah ditubuhkan.
ndang-undang juga boleh ditentukan dari sumber hukum agama yang diturunkan Allah melalui
para nabi dan rasul ataupun melalui kepercayaan yang dijuruskan melalui pegangan !alsa!ah atau
kepercayaan masyarakat berkenaan.
Dalam hubungan ini kita perlu melihat bagaimana moral dan undang-undang mempunyai
hubungan yang bertaut. Adakala hubungan tersebut jelas dan adakalanya juga kabur.
"leh kerana undang-undang dan moral mempunyai kaitan yang rapat maka ia menjadi unsur
penting dalam kehidupan harian manusia bagi menjamin kesempurnaan dan kesejahteraan.
#eorang ahli !alsa!ah di abad kelapan belas, Immanuel $ant, dalam penulisannya bertajuk
%riti&ue o! 'ure (eason menyatakan, )Dua perkara mengisi pemikiran saya dengan penuh
kehairanan dan ketakjuban - lebih kerap dan lebih hebat lagi ialah apabila saya membayangkan
perkara tersebut semasa memerhati langit di atas dengan bintang-bintang yang bergemerlipan
serta undang-undang dan akhlak yang tertanam di jiwa.)
Immanuel $ant telah memilih pendekatan yang mencantumkan akhlak dan undang-undang dan
disebut sebagai undang-undang akhlak. *amun semenjak itu bukan sahaja dua perkara tersebut
8/19/2019 Moral Dan Undang
2/7
terpisah, malahan kedua-duanya sudah mula diberi penakri!an yang tersendiri. $eadaan ini
membuatkan masyarakat bertanya tentang - apakah undang-undang dan apakah akhlak+
'enulis Aleander 'ope pula dalam karyanya An ssay "n /en membuat pemerhatian bahawa
"rder Is 0eaven1s 2irst 3aw, ia bermaksud ketenteraman adalah undang-undang pertama disyurga.
#ebenarnya undang-undang adalah satu kumpulan peraturan atau kanun rasmi yang dibuat oleh
mereka yang berkuasa untuk mengawal hal ehwal masyarakat dan negara.
/engikut Austin, )setiap undang-undang mengandungi peraturan untuk memandu manusia yang
waras dan ditadbir oleh manusia yang waras.11 Dalam konteks negara ia bermaksud kita
memerlukan kewujudan kerajaan yang waras untuk memerintah rakyat yang waras. Ini tidak
bermakna bahawa masyarakat primiti! tidak mempunyai peraturan, ataupun undang-undang yang
berkuat kuasa bagi mengawasi tatacara hidup mereka. #ebagaimana yang diungkapkan oleh
Aleander 'ope, )untuk keamanan dan ketenteraman dalam sesebuah masyarakat, undang-
undang diperlukan.11
'ersoalan yang timbul apabila kita memperkatakan tentang penakri!an undang-undang ialah
apakah perlu dibe4akan antara undang-undang 5uhan dan undang-undang yang dicipta oleh
manusia. Dalam Islam, konsep hukuman terhadap kesalahan dilihat melalui dua pendekatan.
'ertama melalui undang-undang yang berdasarkan kepada hukum 5uhan yang ditetapkan
mengikut kaedah yang ditentukan oleh 6uran atau sunah rasul.
$eduanya, jika hukuman tersebut tidak dilaksanakan kerana sebab-sebab tertentu seseorang itu
masih lagi tidak dapat mengelakkan dirinya dari hukuman Allah melalui konsep dosa di akhirat
kelak.
Dalam kata lain jika seseorang tidak mematuhi undang-undang atau melanggarnya ia tetap
tertakluk kepada hukuman 5uhan di atas kesalahan yang dilakukan. 7usteru itu, kepatuhankepada undang-undang berjaya dilaksanakan kerana ada ancaman hukuman terhadap mereka
yang melanggarinya.
/oral ataupun akhlak secara umumnya adalah nilai-nilai yang diamalkan oleh sesebuah
masyarakat pada sesuatu masa yang boleh berubah menjadi adat.
8/19/2019 Moral Dan Undang
3/7
Ia juga kemudiannya boleh bertukar menjadi satu peraturan hidup bermasyarakat. #tandard yang
diterima oleh masyarakat akan berubah dari masa ke masa mengikut sistem nilai yang diamalkan
oleh masyarakat berkenaan.
Apabila membicarakan persoalan hak dan batil ia selalunya dikaitkan dengan prinsip ajaranagama dan hukum agama yang dipanggil sebagai undang-undang 5uhan.
8alaupun boleh dikatakan bahawa akhlak sebenarnya bersendikan ajaran agama tetapi ia juga
boleh berkembang dari pegangan dan pandangan masyarakat yang mengambilnya sebagai
amalan la4im.
Di peringkat awal perkembangan undang-undang, terangkum dalam sistem akhlak yang diakui
perlu dipertahankan oleh masyarakat tetapi kini proses mengasingkan undang-undang daripada
akhlak sudah menjadi kenyataan.
$eadaan ini berlaku kerana kebebasan dan hak individu diberikan keutamaan mengatasi hak
masyarakat. Ini timbul kerana masyarakat umum pada mulanya tidak mengambil kisah, tidak
mahu terlibat dan menjadi lebih toleran terhadap isu ini. 3ama-kelamaan nilai dan norma
sebegini menjadi satu cara hidup baru yang diterima oleh masyarakat, walaupun ia bertentangan
dengan moral ataupun si!at-si!at kemanusiaan.
#ememangnya akhlak mempengaruhi bentuk dan jenis undang-undang yang diwujudkan. *amun
demikian undang-undang kini tidak lagi menentukan bentuk akhlak yang boleh diungkapkan
dalam sesebuah masyarakat.
/ungkin kerana pertentangan sedemikianlah yang menyebabkan salah seorang karakter dalam
drama 'ygmallion karya Bernard #haw bernama Doolittle, bila dipersoal tentang sama ada
beliau ada moral ataupun tidak menjawab, )saya tidak mampu tuan, tuan juga saya percaya tidak
mampu memilikinya, jika tuan semiskin saya.11 Akhlak dianggap sebagai sesuatu kemewahan
untuk dimiliki oleh seseorang.
Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat masa kini serta perkembangan sistem kapitalis secara
meluas, masyarakat terus memberikan keutamaan kepada individu yang memilih kebebasan
untuk diri masing-masing.
8/19/2019 Moral Dan Undang
4/7
mpamanya berdasarkan kepada undang-undang seseorang mungkin dikenakan hukuman ke
atas kesalahan tertentu melibatkan seks tetapi dalam masa yang sama terdapat juga kesalahan
seks yang boleh terlepas dari hukuman undang-undang seperti pelacuran, menyimpan teman
wanita dan hidup bersama sebagai suami isteri tanpa nikah. #emua ini sememangnya berlaku
tetapi undang-undang tidak menganggapnya salah.
ndang-undang sepatutnyalah berasaskan kepada pemikiran waras. #ebagaimana dikatakan oleh
8.#.Gilbert, )undang-undang adalah rangkuman segala yang cemerlang. Ia tidak seharusnya ada
kecacatan.11
#ir dward %ooke, seorang pakar undang-undang pula menyebut, )semenjak sekian lama, jika ia
bertentangan dengan kewarasan pemikiran, ia tidak patut berkuat kuasa sebagai undang-undang.11
7ohn /ilton dalam bukunya, 'aradise 3ost menyatakan 5uhan memerintahkan dan
meninggalkan perintahnya, yang lain dapat terus hidup, undang-undang untuk kita, kewarasan
kita adalah undang-undang kita.11 Apa yang dimaksudkan ialah undang-undang yang baik
semestinyalah berasaskan kepada pemikiran yang waras.
/asyarakat pada masa lampau menganggap hubungan homoseks 9hubungan seks sesama jenis:
ataupun biseksuals sebagai bertentangan dengan hukum akhlak dan sekali gus ia menjadi
kesalahan di sisi undang-undang. Dengan peralihan masa dan juga perubahan sistem nilai
masyarakat, banyak negara khususnya di Barat menganggap kelakuan ini sebagai perkara biasa
dan tidak seharusnya menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
$eadaan ini berlaku kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan individu yang bertindak
untuk kepuasan dirinya selagi ia tidak melanggar hak orang lain.
7usteru itu undang-undang diwujudkan bagi menghalalkan perbuatan sumbang di antara dua
pihak yang melakukannya secara rela hati. Ada negara yang memberikan hak sehingga boleh
berkahwin sesama jenis dan juga mewarisi harta. #oal moral diketepikan, dan kesan buruk
terhadap masyarakat tidak menjadi pertimbangan.
#emuanya atas nama hak asasi dan kebebasan. *amun demikian pemisahan akhlak dan undang-
undang tidak boleh berlaku dalam sistem Islam, kerana undang-undang dan akhlak dianggap dari
intipati yang sama.
8/19/2019 Moral Dan Undang
5/7
'ersoalan yang sering ditimbulkan dalam perbahasan mengenai moral dan undang-undang ialah
sama ada kesalahan moral sesungguhnya patut dijadikan kesalahan di sisi undang-undang.
'ersoalan mengenai kedudukan moral dalam konteks undang-undang memang selalu
mencetuskan kon!lik. /alahan cukup menarik sekali jika dikemukakan persoalan sama ada
undang-undang perlu menjadi pelindung kepada moral atau di sebaliknya moral sendiri menjadi
pendukung kepada undang-undang.
5idak dapat dina!ikan bahawa dalam undang-undang terkandung nilai moral yang diamalkan
oleh sesuatu masyarakat. *amun ia tidak pula secara keseluruhannya menjadikan kesalahan yang
berlaku di sisi akhlak sebagai sesuatu kesalahan di sisi undang-undang.
/engikut sistem dan kaedah hukum, undang-undang berteraskan undang-undang Barat, akan
hanya mengambil kira isu moral jika ia menjejaskan ketenteraman awam atau merosakkankeamanan atau kestabilan masyarakat.
Bagi mengelakkan kritikan tentang hak asasi dan kebebasan individu, banyak negara Barat
mencari penyelesaian secara cepat dengan menghalalkan banyak kategori salah laku seks.
$esan dari tindakan ini ialah mereka berhadapan dengan isu moral yang tidak berkesudahan
seperti isu melibatkan euthanasia, pengguguran, bunuh diri dan sebagainya.
Apa juga pegangan atau kepercayaan kita, undang-undang semestinyalah mengiktira! bahawa
moral adalah sistem nilai yang mengikat masyarakat. 7ika ia dipisahkan sudah tentu masyarakat
akan menjadi lebih toleran terhadap tindakan yang tidak bermoral, semata-mata kerana ia tidak
bertentangan dengan undang-undang dan kepentingan masyarakat umum.
/asing-masing akan merasakan tidak bersalah bila melakukan pelanggaran moral kerana orang
lain juga melakukannya tanpa menerima sebarang hukuman.
$esan buruk hasil dari pemisahan moral dan undang-undang ialah bertambahnya kesalahan
jenayah kerana perasaan bersalah atau berdosa tidak lagi diambil kira.
(amai yang akan terus bermaharajalela melakukan perbuatan salah laku moral kerana mereka
mengambil sikap bahawa selagi undang-undang tidak merangkumkannya sebagai satu kesalahan
maka ia boleh dilakukan tanpa perasaan bersalah atau berdosa.
8/19/2019 Moral Dan Undang
6/7
Bagi menjamin kesinambungan masyarakat yang sejahtera dan bahagia, kehidupan tidak
seharusnya diuruskan semata-mata berteraskan kepada undang-undang. /alahan amat penting
sekali bagi masyarakat mewujudkan kekuatan adat serta budi pekerti yang baik dan sempurna
yang berteraskan amalan positi! bagi menghindar bangsa dan negara terjerumus ke lembah
kehinaan.
Adalah penting bagi kita tidak menggadaikan maruah dan martabat bangsa hanya untuk
menikmati keseronokan hari ini tetapi akan menjejaskan masa depan anak cucu kita.
/oral dan undang-undang sering berdampingan antara satu sama lain. Ada kalanya ia perlu
disatukan. *amun, apabila penyatuan tidak dapat dicapai kita harus mewujudkan suasana di
mana kedua-duanya menjadi kaedah hidup yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama
lain. Ini perlu dilakukan bagi menentukan kesejahteraan yang berasaskan nilai-nilai suci danmurni akan terbina.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=encana&p!=ot_0".htm#i$%%"3'(d) © Utusan Melayu (M) Bhd
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz432LRJdj2http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz432LRJdj2http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz432LRJdj2http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz432LRJdj2
8/19/2019 Moral Dan Undang
7/7
7ohn 8illiam #almond, 7urisprudence or the 5heory o! the 3aw, ;
7ohn Austin, 5he 'rovince o! 7urisprudence Determined, ;?@=
Kamal Halili Hassan, Penulis dan Undang-undang, 1990, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
HL! Hart, Positivism and the Separation of Law and Morals, 1958
Kamus Dewan, Edisi keempat, Dewan Bahasa & Pustaka, "00#
Top Related