CADANGAN PEMBINAAN PAVILION
JUBLI PERAK MRSM BESERI OLEH
PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM
MALAYSIA CAWANGAN BESERI
(ANSERI)
Cadangan Pembinaan Pavilion MRSM Beseri
1 | P a g e
1. PENGENALAN
Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Perlis dimulakan dengan Majlis Perletakan Batu
Asas oleh D.Y.M.M Raja Perlis pada 28 April 1983 bersamaan dengan 15 Rejab 1403.
Pada tahun 1984 kerja-kerja pembinaan Fasa I telah dimulakan.
Pembinaan Fasa I telah menelan belanja sebanyak kira-kira $8.6 juta terdiri daripada bangunan-
bangunan / kemudahan berikut :
a) 3 Blok Bangunan Asrama
b) Dewan Makan dan Dapur
c) Blok Pentadbiran / Bilik Kerja Guru
d) Perpustakaan
e) 1 Blok Makmal Sains
f) 1 Blok Bilik Darjah
g) 1 Blok Bangunan Senireka dan Setor
h) Pusat Rekreasi dan Klinik
i) Pondok Mengawal
j) Kemudahan sukan seperti padang dan gelanggang permainan
Di bawah Fasa II bangunan-bangunan / kemudahan tambahan yang akan didirikan ialah 3 blok
asrama, 1 blok bilik darjah, 1 blok makmal sains, 1 blok surau, dewan besar, rumah Pengetua,
rumah IMG dan kemudahan sukan. Pembinaan Fasa II bermula pada 1 Julai 1986 dan siap pada
pertengahan tahun 1987.
Pada 1 April 1985, MRSM Perlis mula beroperasi dan seramai 44 orang guru dan kakitangan
telah melaporkan diri untuk bertugas di Maktab ini.
Seramai 381 orang pelajar Tingkatan 4 dari seluruh negara telah mendaftarkan diri untuk
memulakan minggu Orientasi Pelajar MRSM Perlis pada 12 April 1985.
Kini setelah hampir suku abad beroperasi, lebih 6000 graduan yang bakal mewarisi negara telah
dilahirkan di sini. Tanpa MRSM Beseri sebagai langkah permulaan, mungkin ramai bekas pelajar
tidak akan berada di tahap mereka sekarang ini.
Sebagai tanda penghargaan kepada institusi yang telah banyak berjasa, maka Persatuan Bekas
Pelajar MRSM cawangan Beseri (ANSERI) sedang berusaha untuk menghadiah sebuah Pavilion
atau Astaka sempena sambutan Jubli Perak yang akan disambut pada 3 April 2010.
Pavilion ini akan dibina di atas padang MRSM Beseri untuk kegunaan sebagai pentas bagi acara
seperti sukan, perhimpunan dan persembahan. Sumbangan ini selari dengan slogan ANSERI
iaitu “Giving Back to Society”.
Cadangan Pembinaan Pavilion MRSM Beseri
2 | P a g e
2. KONSEP PEMBANGUNAN
Bagi menjadikan pemberian ini lebih bermakna, pembangunan pavillion berkonsepkan:
1) Sebahagian dari kos pembinaan ditanggung hasil sumbangan dari bekas pelajar
MRSM Beseri sendiri. Sumbangan yang dihulurkan bukan saja dari segi wang ringgit,
malah idea, masa, tenaga, khidmat perunding dan sebagainya.
2) Kepakaran perunding professional seperti akitek, juruukur bahan dan perunding
kejuruteraan juga merupakan sumbangan ikhlas dari kalangan bekas pelajar, tanpa
dikenakan sebarang bayaran.
3) Perasmian Pavilion ini dirancang semasa majlis sambutan ulangtahun MRSM Beseri
yang ke 25 yang akan diadakan pada 3 April 2010.
3. PERANCANGAN PROJEK
No Aktiviti Tarikh jangkaan
1 Mesyuarat permulaan projek 11 Apr 2009
2 Final Design 30 Apr 2009
3 Kelulusan pihak berkuasa 31 Jul 2009
4 Pembinaan bermula 1 Okt 2009
5 Pembinaan Pavilion siap 31 Mac 2010
6 Majlis Perasmian 3 Apr 2010
Cadangan Pembinaan Pavilion MRSM Beseri
3 | P a g e
4. KONSEP REKABENTUK
Rekabentuk yang dicadang berkonsepkan pembinaan rumah tradisi melayu, berbumbung tebar
layar supaya ianya harmoni dengan persekitaran MRSM Beseri yang berada di kelilingi kawasan
kampung tradisi melayu.
Pembangunan pavilion tersebut bersifat terbuka, yang mana ianya mempunyai pengudaraan
semulajadi secara berterusan, seterusnya mengurangkan kos penyelenggaraan . Pembinaannya
menggunakan gabungan struktur konkrit bertetulang, tiang dan rasuk bumbung utama besi
serta unjuran bumbung sekunder berkayu keras bagi memperlihatkan ciri-ciri ‘pegola’ bagi
ruang laluan dan duduk.
Pavilion ini mempunyai satu pentas utama berkeluasan 170 meter persegi (1830 sq ft), tangga
dan ‘ramp’ untuk kegunaan orang kurang upaya, serta bilik persalinan boleh ubah untuk lelaki
dan wanita. Di sekelilingnya ada ruang koridor untuk laluan pejalan kaki, ruang duduk serta
kawasan rehat. Luas keseluruhan pavilion ini adalah 4262 kaki persegi.
Rekabantuk pavilion ini adalah semetri bergrid bagi memudahkan pengubahsuaian dan
pembesaran pavilion ini jika perlu di lakukan di masa hadapan.
Pavillion ini mempunyai ‘double frontage’ iaitu dua fasad hadapan dan belakang yang sama
supaya ianya dapat digunakan mengikut keadaan semasa. Pandangan fasad hadapannya
menghadap ke jalan utama laluan ke pejabat pentadbiran MRSM Beseri. Manakala fasad
belakangnya dengan rekabentuk yang sama menghadap ke padang utama MRSM Beseri.
Rekabentuk ‘double frontage’ ini mudah disesuaikan mengikut kehendak keadaan semasa
aktiviti, samada aktiviti itu dijalankan di atas jalan utama ataupun di atas padang MRSM Beseri.
Adalah diharapkan pavilion ini dapat dimanafaatkan oleh semua warga MRSM Beseri sebagai
sebuah struktur pelbagai guna seperti :-
1. Pentas utama untuk acara-acara sukan yang berlangsung di padang MRSM dan juga
acara perbarisan di atas jalan utama MRSM Beseri.
2. Tempat pelajar berinteraksi dan belajar semasa waktu persekolahan dan mengulangkaji
pelajaran.
3. Sebagai tempat aktiviti di luar bilik darjah seperti ‘public speaking’, persembahan pentas
dan teater, kesenian dan badan berunifom.
4. Galeri terbuka bagi mempamirkan kerja-kerja hasil seni pelajar, aktiviti saintifik rekaan
pelajar.
Cadangan Pembinaan Pavilion MRSM Beseri
4 | P a g e
5. LAKARAN Berikut adalah lakaran pembangunan projek pavilion ini yang disediakan oleh DZJ & Associates
Architect Sdn Bhd.
LAKARAN 1 : CADANGAN LOKASI PAVILION MRSM BESERI, PERLIS
Cadangan Pembinaan Pavilion MRSM Beseri
5 | P a g e
LAKARAN 2 : LAKARAN AWAL CADANGAN PAVILION MRSM BESERI, PERLIS
LAKARAN 3 : PERSPEKTIF (TAMPAK HADAPAN) CADANGAN PAVILION MRSM BESERI, PERLIS
Cadangan Pembinaan Pavilion MRSM Beseri
6 | P a g e
LAKARAN 4 : PERSPEKTIF (TAMPAK SISI) CADANGAN PAVILION MRSM BESERI, PERLIS
LAKARAN 5 : PELAN LANTAI CADANGAN PAVILION MRSM BESERI, PERLIS
Cadangan Pembinaan Pavilion MRSM Beseri
7 | P a g e
LAKARAN 6 : PELAN TAMPAK HADAPAN CADANGAN PAVILION MRSM BESERI, PERLIS
Cadangan Pembinaan Pavilion MRSM Beseri
8 | P a g e
6. ANGGARAN KOS PEMBINAAN
Anggaran kos pembangunan ini disediakan oleh Jurukur Bahan Perunding NFL Sdn Bhd.
ANGGARAN KOS BINAAN KERJA BANGUNAN
Cadangan Pembinaan Pavilion MRSM Beseri
9 | P a g e
ANGGARAN KOS KESELURUHAN PEMBANGUNAN.
EXCLUSIONS :-
Survey & soil investigation
7. KESIMPULAN
Kejayaan merealisasikan pembangunan pavilion ini akan dijadikan sebagai simbol penghargaan
dari bekas pelajar kepada institusi yang telah menjadi pemangkin kejayaan mereka. Lebih
penting lagi, kejayaan ini diharap menjadi inspirasi kepada generasi MRSM Beseri yang akan
datang untuk meneruskan usaha “Giving Back to Society”. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan
pula tempat bermula langkah kejayaan.
Top Related