Download - MTE SJ Aktiviti Pengayaan

Transcript

Aktiviti Pengayaan

Aktiviti PengayaanCheng Si Jing

Topik: Wang Tahun 3Standard Pembelajaran: 9.2 Menambah Nilai Wang

(i) Menambah dua nilai wang yang melibatkan:(a) ringgit,(b) ringgit dan sen,dan jumlahnya tidak melebihi RM1000.

Permainan Kecil Monopoly di bilik darjah

Guru akan menyediakan wang Monopoly yang telah dibraille untuk menggantikan wang kertas sebenar.Contoh: RM1 ada 1 dot di bahagian sudut bawah kananRM5 ada 2 dot melintang di bahagian sudut bawah kananRM10 ada 3 dot melintang di bahagian sudut bawah kananRM50 ada 3 dot yang berbentuk 7 kecil di bahagian sudut bawah kanan RM100 ada 4 dot yang berbentuk segi empat di bahagian sudut bawah kanan

Peraturan PermainanGuru akan menyediakan beberapa meja yang ada objek seperti pensil, pemadam, botol air, buku, kertas, dan sebagainya untuk murid mengadakan jual beli.Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan penjual dan kumpulan pembeli.Harga barang akan ditetapkan oleh guru.Selepas tamat satu sesi, murid akan bertukar peranan.

Guru akan menyediakan beberapa soalan sebelum mengagihkan wang monopoly untuk menjalankan permainan.Jumlah wang yang diberi bergantung pada jumlah soalan yang murid dapat menjawab dengan tepat.Murid akan menggunakan wang monopoly yang ada untuk membeli barangan yang dipamerkan.

Murid diminta berjalan dan memilih barangan yang disukai dengan wang yang ada.Semasa permainan dijalankan, jika murid dapat memberi jawapan yang tepat tentang jumlah wang barangan yang dibeli, murid akan dapat membawa pulang salah satu barangan yang dipilih semasa permainan ini.

SekianTerima Kasih.