7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
1/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
AMALAN DAN OPERASI PERLADANGAN
NURSERY SAWIT
Pengenalan
Tapak semaian adalah salah satu faktor yang penting bagi setiap ladang yang ingin ditubuhkan.
Tujuan utama penubuhan tapak semaian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak ladang
memantau perkembangan anak benih dan memastikan setiap benih tersebut berada dalam
keadaan yang baik sebelum menjalankan proses penanaman di ladang. Dengan ini hasil akan
dapat ditingkatkan sekiranya pemilihan anak benih dibuat dengan teliti dan mengikut syarat yang
telah ditetapkan.
Kepentingan tapak semaian
1. Kerja-kerja pemilihan ( culling ) dapat dibuat dengan lebih teliti dan teratur2. Supaya pertumbuhan anak benih dapat diseragamkan3. Dapat memudahkan kerja-kerja pemantauan bagi pihak ladang.
Pemilihan tapak
Bagi setiap tapak semaian yang ingin ditubuhkan terdapat beberapa aspek yang perlu diambil
kira sebelum proses pemilihan tapak dijalankan, antaranya:-
1. Kawasan tersebut mestilah rata dan berdekatan dengan punca air bagi tujuan pengairan2. Kawasan tersebut mestilah jauh dari ancaman banjir3. Mempunyai sistem saliran dan perparitan yang baik4. Kawasan yang sentiasa terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan tidak terlindung5. Kawasan ini juga haruslah dekat dengan kawasan ladang agar senang semasa proses
penanaman dijalankan serta dapat menjimatkan kos.
6. Mempunyai kawalan keselamatan yang baik supaya dapat mencegah daripada kecurianserta ancaman daripada haiwan perosak.
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
2/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Pemilihan tapak semaian
1. Dua Peringkat / Double Stage iaitu :-1. Pre Nursery2. Main Nursery
Pre Nursery
Saiz polybag 15cm x 23cm. Beg yang telah diisi serta disusun didalam petak lazimnya
disusun mengikut kaedah 10 beg x 200 beg supaya kerja-kerja menyiram, merumput dan kerja-kerja penakaian anak benih senang dijalankan. Setiap petak yang disyorkan adalah sebanyak
2000 benih. Ini bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja pengiraan dijalankan. Manakala jaluran
susunan beg pula adalah mengikut arah timur barat. Jarak antara jaluran beg pula hendaklah
dipisahkan dengan satu lorong selebar 0.6m. Selain itu tempoh bagi setiap semaian adalah
sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Proses penakaian benih pula perlulah dilakukan sekurang-
kurangnya 2 kali sewaktu didalam peringkat ini yakni sebanyak 10%. Ini adalah bertujuan untuk
memastikan benih yang sedia ada adalah bermutu dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Juga
bagi mengelakkan kerugian yang akan dialami pada peringkat seterusnya.
Contoh gambarajah Pre-nursery
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
3/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Main Nursery
Saiz polybag berukuran 35 cm x 51 cm. Tempoh tanaman pula adalah 12 hingga 18
bulan. Jarak tanaman pula adalah 0.9m x 0.9m x 0.9m dan berbentuk segitiga. Sebanyak 10,000
anak benih sawit akan dapat disemai setelah ditolak sistem jalan. Manakala bagi proses
penakaian pula, sebanyak 10% akan diambil kira pada peringkat ini. Contoh gambarajah bagi
susunan polybag ( main nursery )
Contoh gambarajah Main Nursery
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
4/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Keluasan tapak semaian
Katakan bahawa kawasan baru yang akan dibuka adalah sebanyak 200 hektar. Jadi keperluan
bagi anak benih yang akan di gunakan untuk kawasan yang berkeluasan 200 hektar adalah:-
Formula:
Keluasan kawasan yang akan dibangunkan x Jum. Pokok bagi 1 hektar ( SPH )
= Jum. Pokok Yang diperlukan
Kemudian,
Jum. Pokok Yang diperlukan x 35% ( 20% supplying + 15% culling )
= Jum. Penambahan pokok
Lalu:
Jum. Penambahan pokok + Jum. Pokok yang di perlukan
Manakala keluasan yang di perlukan bagi pembentukan nursery adalah:-
Dengan menggunakan jarak pokok 0.91m x 0.01m x 0.91m, maka 1 hektar dapat menyediakan
12,500 pokok. Jadi:-
Keluasan kawasan= 200 ha
Jum. Pokok Bagi 1 Ha = 148/ha
Jadi:-
200 ha x 148/ ha = 29600 pokok
29600 x 35% = 10360 pokok
29600 + 10360 = 39960 pokok
39960 / 12500 = 3.19 ha yang diperlukan + kemudahan
jalan dan saliran serta kolam takungan = 4 ha
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
5/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Proses penyediaan tapak semaian
Beberapa proses perlu di ikuti terlebih dahulu sebelum menyediakan tapak semaian diantaranya
ialah:-
1. Membajak2. Pembinaan Jalan pertanian dan susunatur semaian3. Sistem pengairan dan saliran yang baik4. Sistem penyiraman yang bagus.5. Memagar kawasan tapak semaian6. Mengisi dan menyusun polybeg yang diperlukan7. Menanam biji benih
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
6/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Penyelenggaraan Nursery
4 jenis kerja yang biasa dilakukan bagi kerja- kerja penyelenggaraan ini. Diantaranya
ialah:-
1. Menyiram2. Merumpai3. Kawalan musuh dan penyakit4. Membaja.
Menyiram
Setiap pokok hendaklah disiram sebanyak 2 kali dalam sehari dimana sebelah pagi dan di
sebelah petang sahaja. Dilarang sama sekali menyiram diwaktu tengahari dan pastikan
setiap kali siraman pokok mendapat 150 mm air sepokok.
Merumpai.
Dilakukan sebulan sekali dan hanya bagi kawasan diantara polybag dengan polybag
sahaja. Sekiranya terdapat rumpai didalam polybag, hanya tangan sahaja digunakan bagi
tujuan merumpai. Ini bertujuan bagi mengelakkan setiap anak benih terhindar daripada
mengalami keracunan.
Kawalan Musuh Dan Penyakit.
Dilakukan 1 minggu sekali. Menggunakan campuran racun kulat dan serangga
Contohnya:-
Thiram + Malathion
Thiram + Rogor
Poliram + Tamaron
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
7/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Diantara serangan musuh dan penyakit yang selalu dihadapi ialah:-
Musuh Tanda penyakit
Hama/ kutu ( red spider mite ) Daun berbintik
Bena ( Aphids ) Daun kuning / kering
Belalang Daun cacat dimakan / bantut
Koya Daun kering
Tikus Makan pangkal pokok
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
8/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Penyakit Pada Peringkat Semaian
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
9/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Tiga Peringkat Pemilihan
1. Peringkat awal ialah semasa anak benih hendak dialih dari polibeg kecil kepolibeg besar atau semasa anak benih berumur tiga bulan dari tarikh semai di
tapak semaian satu peringkat. Biasanya 5%-10% anak benih tidak terpilih pada
peringkat ini.
2. Peringkat kedua ialah selepas daun terbuka untuk membentuk pinat. Biasanya5%-10% anak benih tidak terpilih pada peringkat ini. Untuk mendapatkan anak
benih yang bermutu, adalah disarankan tidak menghadkan jumlah peratus
penakaian.
3. Peringkat ketiga ialah sebelum anak benih ditanam di ladang iaitu setelah anakbenih berumur 12 bulan dari tarikh semai. Anak benih yang tidak dipilih pada
peringkat ini biasanya tidak melebihi 5%. Anak benih yang tidak terpilihhendaklah dimusnahkan.
Perosak Pada Peringkat Semaian
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
10/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Kaedah Kawalan Rumpai
Racun Rumpai Yang Disyorkan Untuk Kawalan Rumpai Di Tapak Semaian Sawit
1. Bagi mengawal rumpai jenis rumput sepertiE. zindica(rumput sambau) denganmenggunakangliposatpada kadar 1.5liter/450liter air (jangan disiram selama satu
hari selepas semburan. Titis semburan boleh merosakkan pucuk dan pelepah
baru).
2. Bagi mengawal rumpai jenis rumput sepertiE. indica(rumput sambau)donP.Conjugatum (rumput kerbau) sahaja :fluzifop-butylpada kadar 1.5 liter/450
liter air.
3. Bagi mengawal rumpai berdaun lebar atau rumput + rumpai berdaun lebar:glufosinat-ammonium pada kadar 3.5 liter/450 liter air.
4. Bagi mengawal rumpaiA.Gangetica (akar ruas-ruas),B.Iatifolia (rumput setawar)danA.Conyzoides (rumput tahi ayam) : metsulfuron-metilpada kadar 70 gram/450
liter air.
Racun Rumpai Untuk Kawalan Rumpai Di Sekeliling Pangkal Pokok Kelapa Sawit Matang Dan
Lorong Tuaian Buah Sawit
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
11/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Racun Rumpai Untuk Kawalan Rumpai Di Kawasan Tanaman Sawit Muda
Racun Rumpai Untuk Kawalan Rumpai Terpilih
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
12/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Pembajaan
Baja ditabur disekeliling pokok didalam polybeg tetapi jangan terlalu rapat dengan
pangkal pokok. Dilakukan sekali sebulan. Menggunakan baja kimia yang mengandungi
semua zat permakanan yang utama ( N, P, K, Mg ) serta larut secara perlahan adalah
amat digalakkan. Contohnya, Agroblen, Kokei, Nurseryace, Woodace dan sebagainya.
Disini ada menyediakan contoh jadual bagi program pembajaan untuk pre nursery dan
juga main nursery.
Minggu Jenis Baja Sukatan
4 Urea 7gm
5 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 15gm
6 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 15gm
7 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 18gm
8 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 23gm
9 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 23gm
Jadual pembajaan bagi Main Nursery
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
13/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Masa
( selepas ditanam ) Jenis Baja Kadar Sepokok ( gm )
2 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 7
4 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 7
8 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14
12 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14
16 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14
20 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14
24 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21
28 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21
32 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21
36 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21
40 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 28
Penakaian pokok ( CULLING )Bertujuan bagi menyediakan anak benih yang bermutu tinggi dan terbaik sahaja
yang akan ditanam diladang bagi memastikan pengeluaran hasil yang diingini
serta penggunaan tanah yang lebih efektif.
Terdapat beberapa peringkat yang digunakan ketika proses penakaian dijalankan.
Antaranya ialah:-
1. Permilihan pertama dibuat pada pokok yang berusia 3 bulan sebelumdipindahkan ke semaian besar ( Main Nursery )
2. \pemilihan dijalankan setiap 3 bulan ketika pokok berusia 6 bulan, 9bulan, dan 12 bulan.
3. Pemilihan terakhir dibuat sebelum anak pokok dipindahkan ke lading.
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
14/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
4. Kesemua pokok yang telah di culling haruslah dimusnahkan.
Pre Nursery:-
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
15/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Contoh gambarajah pokok yang harus di takai ( cull ing )
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
16/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
Main nursery
Contoh gambarajah pokok yang harus di takai ( cull ing )
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
17/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
KOS PEMBANGUNAN NURSERI SAWIT DALAM KIRAAN
RM/HEKTAR
Bil. Perkara RM/Hektar
1 Penyediaan Kawasan 8,251.40
2 Pembinaan saluran paip sprinkler 6,460.70
3 Pembinaan rumah pam air 1,413.70
4 Pembelian enjin pam sprinkler 12,700.00
5 Pembinaan kolam tadahan 1,954.60
6 Pembinaan stor penyimpanan 6,788.00
7 Membina pagar sekeliling kawasan 3,235.00
8 Pembinaan jalan 2,681.50
JUMLAH 43,486.20
KOS PENGELUARAN ANAK SAWIT RM/Pokok
1. Kos Input = Rm 3.072. Upah Perkerja = Rm 1.113. Lain-lain kos = Rm 1.85
Jumlah = Rm 6.03
7/28/2019 Musli Plantation Practised Assignment
18/18
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM
KESIMPULAN
Permintaan terhadap anak benih sawit di Malaysia diramalkan akan terus
meningkat pada masa akan dating. Ini kerana pada setiap tahun akan berlaku
pertambahan keluasan tanaman sawit baru dan peningkatan kawasan tanaman
semula yang akan menjamin kelangsungan industry nursery sawit negara.
Kunci kepada kejayaan setiap nursery sawit adalah terletak kepada pengetahuan
dan menjaga kualiti setiap operasi penghasilan anak sawit. agar berada tahap yang
tinggi sejajar dengan Kod Amalan Baik Nurseri Sawit (CoPN) yang telahditetapkan oleh MPOB.
RUJUKAN
1. MANUAL DAN PROSEDUR OPERASI PERLADANGAN LPPKP2.
PERTUBUHAN LADANG KOPERASI MAKMUR (En. Dahalan Ariffin)
Top Related