Download - Muzium kesenian perlu promosi - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/3888/1/20080202_N_UM_EK_pg26_Muzium_kes…ra negara Asia Barat di mana saya boleh mempelajari sesuatu ... mengunjungi

Transcript
Page 1: Muzium kesenian perlu promosi - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/3888/1/20080202_N_UM_EK_pg26_Muzium_kes…ra negara Asia Barat di mana saya boleh mempelajari sesuatu ... mengunjungi

Muzium kesenian perlu promosiKUALA LUMPUR l Feb Kewujudan Muzium KesenianIslam tidak boleh dipandang ringan kerana muzium ini adaiahsalah satu inisiatifuntuk mendekatkan minat generasi kini supaya lebih menghargai kesenian yangdibawa oleh Islam

Justeru itu rata rata pengunjungyangditemui Utusan Malaysia baru baru ini meminta agarpromosi tentang muzium tersebut dirancakkan lagi memandangkan muzium itu telah populär di kalangan pelancong asing

Seorang pengunjungyang ditemui Kartim Ilias 28 berpendapat lokasi muzium tersebut yangagak tersorok menyebabkan iakurang dikunjungi pelawat

Ujamya walaupun lokasinyaterietak berhampiran Masjid Negara namun ramai pengunjungyang tidak tahu akan kewujudannya

Oleh sebab lokasinya agak terselindung muzium ini perlu dipromosikan dengan lebih banyakuntuk pengetahuan umum Apabila banyak promosi yang dilakukan pasti orang ramai mengeta

hui tentang muzium iniSelain itu pihak muzium juga

perlu mengadakan pelbagai aktiviti di muzium ini supaya pengunjung tidak bosan untuk kerap mengunjunginya katanyakepada Utusan Malaysia

Sementara itu seorang pengunjung berbangsa India TTheventharan 24 melahirkanrasa kagum melihat pameran kesenian kaligrafi Islam di muziumtersebut

Walaupun pada mulanya sayaterasa bosan namun suasana berubah apabila berada di dalamnya kerana saya amat kagum dengan kesenian yang dipamerkandi mana gabungan susun aturartifak berkenaan sangat telitidan kemas

Saya pasti akan mengunjungimuzium ini lagi dan akan mempromosikan kepada rakan rakansaya ujamya

Seorang mahasiswajurusan seni bina dari Universiti Putra Ma

laysia UPM Nuriafla IzyanMad Zin 24 berkata diatertarikuntuk melihat seni bina yang dibina di muzium tersebut

Tujuan saya melawat muziumini adaiah untuk melihat senibina muzium yang kaya dengankesenian yang berasal dari negara negara Asia Barat di manasaya boleh mempelajari sesuatudaripada konsep seni bina yangdigunakan

Lagipun seni bina yang digunakan di sini amatjarang ditemuidan mempunyai nilai kesenianyang tinggi katanya

Bagi Tan Eang Hung 24 pengalamannya yang pertama kalimengunjungi muzium tersebuttelah menimbulkan rasa kagumdalam dirinya terhadap kesenianIslam

Sebelum ini saya tidak pernah mengetahui tentang muzium ini yang mempamerkanpelbagai kesenian Islam yangmenarik

Jika sebelum ini saya tidak

pemah mengetahui tentang artifak kesenian Islam yang berada diChina hari ini saya dapat melihatnya sendiri dan saya amat kagum dengan kehalusan seni tersebut

Selain itu muzium ini jugadilengkapi pelbagai kemudahanseperti kafe kedai cenderamataserta perpustakaan kanakkanak yang amat menarik ujarnya