1
Disediakan oleh,
NAMA :ABDUL RAHMAN BIN SALLEH
NO. MATRIK : 751016135119001
NO. TEL : 0148892997
PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING CENTRE
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
2
1. PERANCANGAN GERAKERJA KOKURIKULUM SK. JAIE 2012 3
2. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN MISI KPM 4
3. PRINSIP ETIKA KERJA DAN NILAI UTAMA KPM 4
4. VISI, MISI DAN MATLAMAT SK. JAIE 5
5. WAWASAN 2020 (9 CABARAN) 6
6. BUDAYA KERJA SEKOLAH 6
7. JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH 7
8. KEGIATAN KOKURIKULUM SK. JAIE 8
9. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN GERKO 10
10. CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SK. JAIE 2012 11
11. JAWATANKUASA KOKURIKULUM SK. JAIE 2012 12
12. PERANCANGAN KOKURIKULUM SK. JAIE 2012 13
13. JADUAL KEGIATAN KOKURIKULUM SK. JAIE 2012 13
14. PERANCANGAN GERAKERJA UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 14
15. SURAT LANTIHAN TUGAS KOKURIKULUM 15
16. PERANAN GURU PENASIHAT KELAB/PERSATUAN 16
17. PERLEMBAGAAN KELAB/PERSATUAN 17 - 20
18. JAWATANKUASA PERSATUAN PENGAKAP 21
19. TAKWIM PERANCANGAN AKTIVITI PENGAKAP SK. JAIE 22
20. KERTAS KERJA/KONSEP PERKHEMAHAN PENGAKAP 23- 29
21. LAMPIRAN – SURAT-SURAT 30 - 34
22. LAMPIRAN – GAMBAR 35 - 38
Muka Surat
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
3
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
4
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyuluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu, bertanggungawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara.
PERINSIP ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Penggerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
5
NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ikhlas
Penyayang
VISI SEKOLAH
Ke arah Sekolah Cemerlang
MISI SEKOLAH
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga sahsiah.
Mewujudkan prasarana sekolah yang ceria dan kondusif.
Memupuk semangat kekitaan, proaktif, komited dan dedikasi di kalangan
semua warga sekolah.
MATLAMAT SEKOLAH
Berusaha meningkat Sistem Pendidikan yang berkualiti. Berusaha melahirkan insan yang berkualiti, seimbang dari segi (JERI)
selaras dengan (FPN). Mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan rela komited untuk
sekolah.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
6
1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,
demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak Negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. 5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu Negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan
tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial
yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada Negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sisitem keluarga yang kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. 9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,
giat dan kental.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
7
1. Memahami dan menghayati :-
a) Falsafah Pendidikan Negara
b) Falsafah Matlamat dan Objektif Sekolah
2. Memelihara dan mempertingkat imej sekolah.
3. Mementingkan mutu dan kesan Peperiksaan.
4. Menentukan objektif (setiap tugas).
5. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan.
6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.
7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
9. Kepimpinan melalui teladan.
10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
Pengetua/Guru Besar
GPK Kokurikulum
Setiausaha Kokurikulum
Penyelaras Pasukan Pakaian
Seragam
Penyelaras Kelab /
Persatuan
Penyelaras Kelab Sukan/
Permainan
Setiausaha
Sukan
Guru
Penasihat
Guru
Penasihat
Guru
Penasihat
Guru Rumah Sukan
Guru Pasukan Sekolah
Pengerusi Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/
Permainan, Ketua Rumah Sukan Dan Kapten Pasukan Sekolah (Murid-Murid)
JBPS (Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah)
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
8
KEGIATAN KOKURIKULUM
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskak gerak kerja
yang terancang.Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan
peluang kepada pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan,kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.
Gerak kerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu :-
1. UNIT BERUNIFORM
2. KELAB SUKAN/PERMAINAN
3. KELAB DAN PERSATUAN
Fungsi gerak kerja kokurikulum adalah seperti berikut :-
a) Mengamal dan mengukuh ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik
darjah.
b) Memupuk dan mengeratkan hubungan dikalangan pelajar dan juga antara
sekolah dan masyarakat.
c) Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan
berfaedah,di samping memelihara kesihatan fizikal dan mental.
d) Membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk
kesederan tentang pemilihan kerja.
e) Memberikan pelajar peluang untuk melatih diri serta memupuk sikap yakin
kepada diri sendiri dan berdikari.
MATLAMAT
Aktiviti kokurikulum bertujuan melahirkan individu yang berdisiplin, bekerjasama,
bersifat penyayang,mempunyai daya kepimpinan dan berkeyakinan diri serta
bertanggungjawab kepada keluarga,masyarakat dan Negara.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
9
OBJEKTIF
Aktiviti kokurikulum adalah untuk membolehkan murid:-
Meningkat minat,bakat dan kemahiran dalam bidang tertentu.
Mengisi masa lapang yang berfaedah.
Memberi khidmat dan sumbangan kepada
keluarga,sekolah,masyarakat dan Negara.
Meningkat disiplin diri.
Meningkat kesihatan dan kesejahteraan diri.
Meningkatkankemahiran sosial.
MATLAMAT KOKURIKULUM
Melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental dan sahsiah.
Setiap pelajar melibatkan diri dalam 3 komponen kokurikulum.
a) Unit beruniform
b) Kelab sukan/permainan
c) Kelab dan persatuan
SASARAN 2012
Sekurang-kurangnya terdapat pelajar yang akan mewakili Daerah
Asajaya dan seterusnya mewakili Bahagian Samarahan dalam bidang
permainan dan sukan.
Meningkat prestasi permainan.
Menjayakan Temasya Sukan Tahunan seperti yang dirancang.
YURAN-YURAN KOKURIKULUM 2012
Bil Perkara Jumlah
1 Yuran MSSR
3 Baju Sukan RM13.00
4 Aktiviti ko kurikulum
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
10
Keselamatan pelajar perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti kokurikulum di
dalam atau di luar sekolah.
Segala aktiviti perlu mendapat restu/kebenaran Guru Besar Sekolah.
Kebenaran bertulis ibu bapa perlu bagi aktiviti-aktiviti yang dianggap berisiko
tinggi.
Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama murid disepanjang masa aktiviti
dijalankan.
Peraturan penyertaan aktiviti diedar kepada semua peserta dan untuk dipatuhi
sepenuhnya. Perlu dinyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh
dijalankan.
Ka masa
Ibu bapa diberitahu secara bertulis mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
Surat seboleh-bolehnya mengandungi maklumat lengkap aktiviti seperti
tarikh, jangka masa, tempat, pengangkutan, makanan, tempat tinggal guru
pengiring dsbnya.
Kebenaran ibu bapa secara bertulis dengan menggunakan borang khas
Bilangan guru pengiring sesuai dengan bilangan pelajar. Sekiranya
melibatkan pelajar perempuan, guru pengiring perempuan mesti dilibatkan.
Langkah keselamatan diutamakan setiap masa.
Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian
Untuk aktiviti di luar sekolah, di samping mematuhi perkara-perkara di atas.
Langkah-langkah berikut disempurnakan.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
11
PENGERUSI EN. MARASAD BIN ADAT (GB)
NAIB PENGERUSI EN. SOBEE BIN ABET (PKKK)
SETIAUSAHA PN. NORITA BT. KEN
BENDAHARI PN NUR DYANA JERIA BT. ABDULLAH
PENYELARAS
KELAB/PERSATUAN UNIT BERUNIFORM SUKAN & PERMAINAN EN. ABD. RAHMAN B. SALLEH USTAZ FAUZAN B. ROSDI EN.ISMAWI B. ANDENG
AHLI-AHLI
EN. HASSAN BIN MUSA
EN. ABDUL GAPOR BIN BASIR EN. NORIN BIN TENG
EN. KASSIM BIN HJ. ABDUL RAHMAN EN. RAHIMI BIN RAZALI CIK MELEKIS BT. CHEK
EN. BENARD AGAS CIK DERMENG BT. MAHMUD
PUAN ROHHAYU BT. HAMDEN CIK. ROSIAH BT. MUHAMMAD
CIK JSIDAH BT. SAMAH PUAN NORIAH BT. EDI
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
12
PENGERUSI
En. Marasad bin Adat (GB)
NAIB PENGERUSI
En. Sobee b. Abet (PKKK)
SETIAUSAHA
Pn. Norita bt. Ken
BENDAHARI
Pn. Nur Byana Jeria bt. Abdullah
GURU SUKAN
En. Ismawi bin Andeng
SETIAUSAHA SUKAN En. Abd. Rahman b. Salleh
UNIT BERUNIFORM KELAB/PERSATUAN SUKAN & PERMAINAN
PBSM KELAB BAHASA BOLASEPAK Ust. Rahimi b. Razali En. Benard Agas En. Norin Teng Cik Melekis Chek Pn. Rohhayu Hamden
PENGAKAP KELAB KOMPUTER OLAHRAGA
Ustaz Fauzan b. Rosdi En. Abdul Rahman b. Salleh En. Ismawi Andeng En. Abdul Rahman Salleh
Pn. Norita Ken
PUTERI ISLAM KELAB MATEMATIK/SAINS BOLAJARING Cik Siti Rahmah bt. Mohd Pn. Nur Dyana bt. Abdullah Cik Dermeng Mahmud Cik Rosiah bt. Mohamad
KELAB MUZIK En. Kassim b. Abdul Rahman
KELAB KEBUDAYAAN & KESENIAN Cik Jaidah bt. Samah & Pn. Noriah bt. Edi
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
13
Tarikh Cadangan
Aktiviti
Catatan
16 Mei 2012
RABU
Majlis Sambutan hari
Guru
31 Ogos
2012
JUMAAT
Sambutan Hari
Kebangsaan
27 Sept.
2012
KHAMIS
Sukan Tahunan
24 Okt 2012
Rabu
Pentas Kebudayaan
MINGGU MASA AKTIVITI
1
Setiap Hari Rabu
3.00-4.00
UNIT BERUNIFORM
2 SUKAN DAN PERMAINAN
3 KELAB DAN PERSATUAN
4 KELAB j-QAF
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
14
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
15
SEKOLAH KEBANGSAAN JAIE,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SAMARAHAN,
JALAN DATO MOHD. MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN.
Tel & Faks: 082-821531. e-mail: [email protected]
Ruj. Kami : Tarikh : 20 Januari 2012 En. Abdul Rahman b. Salleh Sekolah Kabangsaan Jaie, 94600 Asajaya, Samarahan. Melalui dan salinan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jaie, 94600 Asajaya, Samarahan. Tuan, PERLANTIKAN TUGAS-TUGAS KHAS DALAM UNIT KO KURIKULUM Dengan hormatnya perkara tersebut adalah dirujuk. 2. Tuan/puan dengan ini dilantik sebagai 2.1. Penyelaras Kelab dan Persatuan 2.2. Penasihat Kelab Komputer 2.3. Unit Beruniform Pengakap 2.4. Jurulatih Bola Tampar 2.5. Setiausaha Sukan Sekolah 3. Sehubungan itu, perlantikan tersebut berkuatkuasa sepenuhnya bagi sesi persekolahan tahun 2012 berdasarkan komitmen tuan/puan pada tahun-tahun lepas.
4. Besarlah harapan pihak sekolah, berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, tuan/puan dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.
5. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ---------------------------- (SOBEE BIN ABET) Penolong Kanan KK Sekolah Kebangsaan Jaie, 94300 Samarahan
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
16
I. Menentukan dan menetapkan objektif-objektif persatuan serta menentukan bahawa
objektif-objektif tersebut tercapai.
II. Memastikan Persatuan / Unit Beruniform / Kelab mempunyai perlembagaan.
III Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan
persatuan-persatuan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan bergerak.
IV. Membuat rancangan / takwim tahunan, satu aktiviti rutin dan satu aktiviti develop
mental dan menyerahkan satu salinan takwim, aktiviti rutin dan developmental
tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
V. Mengawal setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan / kegiatan itu
sihat dan tidak menyalahi undang-undang.
VI. Menyelia latihan / perjumpaan pada hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan
mengambil berat terhadap kehadiran ahli.
VII. Menyimpan laporan-laporan setiap mesyuarat/kegiatan/laporan tahunan, senarai nama
ahli persatuan, kedatangan ahli dalam Buku Pengurusan Kokurikulum dan
menyerahkan buku tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak
pada akhir setiap bulan.
VIII Memastikan ada akaun kewangan sekiranya pengurusan persatuan melibatkan wang
serta menyerahkan akaun kewangan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk
disemak pada akhir setiap bulan.
IX Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Pengetua jika melibatkan gerak
kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan / lawatan sambil belajar.
X. Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.
XI. Mengadakan Mesyuarat Agung setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh
sekolah dan menghantar satu salinan AJK baru kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
XII. Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan
dikemaskinikan.
XIII. Bekerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam sekolah dengan
menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat.
XIV. Menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus jika dikehendaki.
XV. Menjadi jurulatih Unit Beruniform setakat mana yang boleh. Guru Penasihat
hendaklah mendapat persetujuan Guru Besar sekiranya memerlukan jurulatih luar atau
jurulatih luar yang memerlukan bayaran.
XVI. Menyelenggarakan rekod simpanan peralatan yang dikehendaki.
XVII. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
17
1. NAMA DAN ALAMAT
a. Nama Kelab : Unit Beruniform Pengakap
b. Alamat : SK. Jaie,
Sadong Jaya,
94600 Asajaya, Samarahan,
Sarawak.
2. MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang
dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3. OBJEKTIF
3.1 Melatih ahli menghormati ibu bapa, keluarga, guru dan pemimpin bagi
memperkuatkan keperibadian sebagai warganegara yang sihat, patuh, dedikasi dan
intelektual.
3.2 Ahli kelab boleh menyumbang kepada pemupukan perpaduan rakyat dan
menghormati kebudayaan dan adat resam antara kaum di negara ini.
3.3 Memupuk ketaatsetiaan dan mematuhi perlembagaan negara untuk menjadi seorang
warganegara yang berharmoni serta menjunjung perintah.
4. KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid Tahap 1 dan tahap 2 di sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
5. GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu
aktiviti apabila difikirkan perlu.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.
6. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
18
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Naib Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)
7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang
diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
7.4 Naib Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
19
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
7.6 Ahli Jawatankuasa
7.6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.6.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.6.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
7.7 Pemeriksa Kira-Kira
7.7.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan
bertangungjawab keatasnya.
7.7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
8. KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung.
8.2 Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun SUWA
sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar.
9. KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan/kelab sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian
kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
10. AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
11. PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
12. TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
20
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan/kelab secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.
13. PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Guru Besar.
14. PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.
15. HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
21
Bil Nama guru Penasihat No. Kad
Pengenalan
Tauliah/Sijil No. Telefon
1. Ustaz Fauzan b. Rosdi 790318-13-5183
2. Pn. Norita bt. Ken 720408-13-6258
3. Abdul Rahman b. Salleh 751016-13-5119
Jawatankuasa
Pengerusi : MOHAMMAD ASYARAF BIN SHAPIEE Kelas T.6
Naib Pengerusi : ASANUDIN ASYRAF BIN ABDUL AZIZ Kelas T.5
Setiausaha : KHAIRUL ROHIZZAT BIN SAJALI Kelas T.5
Naib Setiusaha : NORHAFIZI BIN ASSAN Kelas T.6
Bendahari : MOHD NOR AIMAN BIN ARIP Kelas T.5
Ahli Jawatankuasa
1. ADIB HANIFF BIN ABU BAKAR Kelas T.5
2. MOHD FAIZ BIN RABAIEE Kelas T.6
3. BADRUL AMIN BIN BUSMAN Kelas T.4
4. IRSYADI HAKIMI BIN ADIZAN Kelas T.3
5. MOHAMAD BADRUL AMIN BIN ABD HAJI Kelas T.4
SENARAI AHLI
Bil Nama Ahli Jantina Kelas Catatan
1 Muhamad Nasrul Haziq b. Sajali L 6
2 Mohammad Fazdli Aziman b. Yusri L 6
3 Mohamad Idhwan Zaini b. Abdul Ghani L 6
4 Nurulasikin bt. Medan @ Modan L 6
5 Adib Haniff bin Abu Bakar L 5
6 Mohammad Nasrullah bin Zakaria L 5
7 Amir Putih b. Roslan L 5
8 Mohamad Rizwan b. Mohd Azmizan L 5
9 Mohd.Aqfahaidid B Mohd Nadar L 4
10 Mohd.Nazrul B Zahri L 4
11 Mohd.Nif Azlan B Abg.Ramlee L 4
12 Shahrul Nizam B Jusli L 4
13 Muhamad Fazirul b. Abd. Talip L 4
14 Sharul Nizam b. Jusli L 4
15 Normiziaziz b. Rabat L 4
16 Mohamad Emalrizal b. Jamel L 3
17 Faiz Hazami b. Ahi L 3
18 Mohamad Iqmal Rizal b. Johari L 3
19 Shahrul Nizam b. Adizan L 3
20 Muhd. Nurazreen b. Norin L 3
21 Mohd Nazrul b. Zahri L 3
22 Mohamad Zulhakim b. Jasli L 3
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
22
Tarikh / Bulan Aktiviti-aktiviti
Jan –Feb Pemilihan AJK Sesi 2012
Mac& April Perkhemahan Asas Pengakap peringkat sekolah
Mei- Jun Pertandingan kawat unit-unit beruniform sekolah
Julai - Ogos Perkhemahan Pengakap peringkat Daerah
September -
Oktober Lawatan Sambil Belajar
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
23
NAMA PROGRAM : PROGRAM ASAS PERKHEMAHAN PERGERAKAN
PENGAKAP
PERSATUAN : UNIT BERUNIFORM/PERSATUAN PENGAKAP
1. PENDAHULUAN
Perkhemahan Unit Beruniform (remop) merupakan aktivitI pasukan badan beruniform
yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform Sekolah Kebangsaan Ja’ie.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan
seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan
para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti
yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan
dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu
sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan
bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat’.
2. LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua
anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui
penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
Pada tahun 2012, dijangkakan sejumlah 27 orang peserta akan menyertai Perkhemahan
Unit Beruniform(REMOP). Program ini akan melibatkan sejumlah 5 orang AJK Utama dan
AJK Kerja serta beberapa orang pembantu bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi,
pertandingan, reakrasi,dan kerohanian/moral dalam perkhemahan.
3. RASIONAL
3.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat berdikari, disiplin
yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
3.2 Tema perkhemahan tahun 2012 ialah “ AKHLAK MULIA ”.
4. OBJEKTIF
4.1 Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
24
4.2 Mendedahkan ahli persatuan kepada aktiviti luar bilik kelas berbentuk perkhemahan.
4.3 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek
perkhemahan secara menyeluruh.
4.4 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri dan berdisiplin sepanjang masa dalam setiap peserta. 4.5 Mengaplikasikan teori dan latihan organisasi dan kepimpinan.
4.6 Mengasah bakat ahli-ahli persatuan dalam bidang kepimpinan diri dan kumpulan.
4.7 Mendidik ahli-ahli persatuan untuk menjadi seorang yang berdikari melalui aktiviti
perkhemahan.
4.8 Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan
yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.
5. KONSEP PERKHEMAHAN
5.1. Pemantapan Intergrasi
5.1.1 Pengagihan peserta kepada beberapa kumpulan
5.1.2 Intergrasi melalui aktiviti
5.1.3 Memasak berkumpulan
5.2. Pertandingan
5.2.1 Kawad mewakili kumpulan /platun
5.2.2 Khemah terbaik
5.2.3 Pertandingan Persembahan
- Kategori Putera
- Kategori Puteri
- Kategori Putera & Puteri
5.3 Khidmas
5.3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.
5.4 Kerohanian dan moral
5.4.1 Solat Jemaah/kuliah/muhasabah diri
5.4.2 Latihan Dalam Kumpulan
5.4.3 Penghayatan Akhlak Islamiah
6. PELAKSANAAN
6.1 TARIKH
14 APRIL 2012
6.2 TEMPAT PERKHEMAHAN
Perkarangan SK Ja’ie / Padang Bola Sepak SK Ja’ie
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
25
7. PENGLIBATAN MURID:
7.1 Patrol Garuda
7.2 Patrol Helang
7.3 Patrol Merak
7.4 Patrol Tiong
8. PENGLIBATAN SAYA:
Saya ditugaskan sebagai pengerusi dan seterusnya mengendalikan program ini dengan
dibantu oleh Pn. Norita Ken. Kerja-kerja yang perlu dilakukan ialah buku program,
penyediaan peralatan, makanan, dan sebagai fasilitator yang menyelaras aktiviti yang bakal
dijalankan dalam program tersebut. Dalam erti kata lain menjalankan tugas sebelum, semasa
dan selepas sepanjang program.
9. SUMBER KEWANGAN
i. Memandangkan tiada peruntukkan kewangan dari pihak sekolah, maka bahan-bahan
makanan dan peralatan memasak disediakan sendiri oleh murid-murid.
ii. Kos peralatan dan makanan tambahan lain adalah seperti berikut;
1 gulung tali sabut besar : RM 30.00
1 tali sabut kecil : RM 30.00
2 gulung tali rafesia : RM 2.00
1 botol sirap oren : RM 5.00
5 kotak mancis : RM 0.50
3 buah hadiah : RM 20.00
45 biji telur ayam : RM 11.25
Jmlah Keseluruhan : RM 98.75
10. PERALATAN KHEMAH
i. Empat buah kanvas besar
ii. 2 gulung tali rafesia
iii. 5 bilah parang
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
26
iv. 5 buah cangkul
v. Suratkhabar
11. SENARAI UBAT-UBATAN
- Plaster
- Kain pembalut
- Iodin
- Minyak angina
- Burnol
- Panadol
12. JADUAL PROGRAM:
Masa Aktiviti
07.00 pagi : Melapor diri dan berkumpul mengikut patrol.
07.30 pagi : Mendirikan khemah dan mencari bahan bakar untuk
memasak, membersih kawasan dan sebagainya.
08.30 pagi : Aktiviti riadah.
09.00 pagi : LDK 1 (membuat teknik ikatan)
11.00 pagi : Aktivti menghidupkan api dan memasak
12.00 tgh : Makan tengahari.
12.30 tgh : rehat, sembahyang
01.00 petang : LDK 2 (aktivti bertulis dan pembentangan).
03.00 petang : Minum petang / rehat
03.15 petang : LDK 2 (persembahan seniman)
04.30 petang : Membuka khemah, pembersihan
05.00 petang : Bersurai (murid balik ke rumah masing-masing.
13. AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN PERGERAKAN PENGAKAP
SK. JAIE
Penaung : En. Marasad b. Adat (Guru Besar)
Penasihat : En. Mohd. Nassir b. Said (PKKK)
Pengerusi : En. Abdul Rahman b. Salleh
Timbalan Pengerusi : Pn. Norita bt. Ken
Setiausaha : Khairol Rohizat Sajali
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
27
Bendahari : Ustaz Fauzan b. Rosdi
Ahli Jawatankuasa Kecil: AJK Peralatan:
Ketua : Mohd Asyraf b. Shafiee
Ahli : Afizan b. Ausmira
Abd. Shakir b. Md. Merpati
Akmal Nizam b. Md. Abd Latip
Abg. Asraf b. Roslan
Rafizan b. Salihi
AJK Makanan:
Ketua : Mohamad Khairol Rohizat b. Sajali
Ahli : Nazri b.Den
Mohd Yazid b. Asan
Md. Amiruddin b. Ibrahim
Amil Hamzah b. Busman
Azrul Ikmal b. Rosli
AJK Kebajikan / Kebersihan:
Ketua : Khairol b. Azeman
Ahli : Md. Sarhan b. Sariposa
Mohd. Tarmizi b. Hassan
Fitri Jemali b. Jemali
Mohd. Faris Iman Abdullah
Nur Azri b. Lobot
Mohd. Tarmizi b. Katong
AJK Keselamatan:
Ketua : Mohd. Zaidi b. Othman
Ahli : Muhd Faqih Aiman Abdullah
Mohammad Sharhan b. Chemat
Muhd. Rifqi b. Moyang
Mohd Nazri b. Yusuf
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
28
Mohd Hazman Mohd Amin
AJK Fotografi / Siaraya / Program / Laporan
Ketua : Mohamad Hafizi b. Hassan
Ahli : Md. Shafirul Nizam b. Mohd. Fikri
Md. Nazmi b. Mohamad
Masri b. Wahi
Abg. Mohd Afizan b. Abg Odian
AJK Kerohanian:
Ketua : Badrul Amin b. Busman
Ahli : Noramrizan b Medan
Awg. Mohd Lukman b. Al Hakim
Mohd. Fadhill b. Ahmad
Aidil Fitri b. Assan
Khamizul b. Abdul Talib
14. PENUTUP
Segala maklumat yang tertera di dalam kertas kerja ini telah melalui beberapa proses
perbincangan dan pertemuan dengan PK Kokurikulum dan guru-guru yang berpengalaman
mengendalikan aktiviti luar. Diharap dengan adanya kertas kerja ini nanti akan dapat
melancarkan program perkhemahan yang direncanakan. Dengan kesempatan ini juga saya
ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak OUM kerana memberi saya
kerja kursus sebegini yang boleh saya jadikan landasan untuk menimba pengalaman dalam
bidang persiapan untuk aktiviti seperti ini. Tanpa pengalaman ini mungkin sukar untuk saya
mengendalikan program seperti ini seandainya dipertanggungjawabkan kelak.
Saya juga ingin mengucaapkan berbanyak-banyak terima kasih terutamanya kepada
pihak pentadbir sekolah khasnya guru besar iaitu Encik Marasad b. Adat yang telah banyak
meluangkan masa untuk berbincang serta membantu saya dalam penyediaan kertas kerja ini.
Demikian juga Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Sobee b. Abet yang banyak
membantu saya semasa hendak berurusan dengan guru-guru lain.
Tidak lupa juga kepada Ketua Pemimpin Pergerakan Pengakap iaitu Ustaz Fauzan b.
Rosdi yang banyak memberi sumbangan idea dalam menghasilkan kertas kerja ini. Akhir
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
29
kata jutaan terima kasih kepada semua individu, staf yang terlibat secara langsung dalam
penyediaan kertas kerja ini. Harapan saya agar pelaksanaan program ini berjalan lancar
sebagaimana yang direncanakan dan benar-benar memberi kesan positif kepada ahli-ahli
Pergerakan Pengakap Sekolah Kebangsaan Jaie.
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
30
Lampiran-Lampiran
SEKOLAH KEBANGSAAN JAIE,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SAMARAHAN,
JALAN DATO MOHD. MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN.
Tel & Faks: 082-821531. e-mail: [email protected]
Ruj. Kami : JPS(W)YBE8305/(KK)153/05/04/02(2)
Tarikh : 2 APRIL 2012
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jaie,
Sadong Jaya.
94600 Asajaya,
Samarahan.
Tuan,
MOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN PERSATUAN PENGAKAP SK.
JAIE
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, saya sebagai guru Penasihat Pergerakan Pengakap SK. Jaie
mengajukan permohonan tersebut seperti butiran di bawah;
Tarikh : 14 APRIL 2012 (SABTU)
Masa : 7.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Padang SK. Jaie.
3. Bersama-sama ini dikepilkan kertas kerja perkhemahan tersebut untuk rujukan pihak tuan.
Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan dalam perkara ini amat dialu-alukan dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………………
(ABDUL RAHMAN BIN SALLEH)
Penolong Guru Pemimpin Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Jaie,
Sadong Jaya.
s.k. 1. Penolong Kanan Kokuriulum
2. Fail Pengakap
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
31
SEKOLAH KEBANGSAAN JAIE,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SAMARAHAN,
JALAN DATO MOHD. MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN.
Tel & Faks: 082-821531. e-mail: [email protected]
Ruj. Kami :
JPS(W)YBE8305/(KK)153/05/04/02(2)
Tarikh : 9 APRIL 2012
Melalui,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jaie,
Sadong Jaya.
Kepada,
Ibu bapa / Penjaga Murid,
Ahli Persatuan Pengakap
Sekolah Kebangsaan Jaie,
Sadong Jaya.
Tuan,
Memohon Kebenaran Membenarkan Anak / Jagaan Tuan Mengikuti Perkhemahan Pasukan
Pengakap SK. Jaie
Merujuk kepada perkara seperti tersebut di atas.
2. Perkhemahan ini diadakan sebagai salah satu daripada aktiviti tahunan persatuan ini. Sebagai
makluman pihak tuan, berikut adalah butiran berkaitan perkhemahan tersebut:
2.1. Tempat : Padang SK Jaie
2.2. Tarikh : 14 April 2012
3. Di atas kebenaran dan keprihatinan pihak tuan/puan pihak kami dahului dengan ucapan
berbanyak terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………………
(ABDUL RAHMAN BIN SALLEH)
Penolong Guru Pemimpin Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Jaie,
Sadong Jaya.
s.k. 1. Guru Besar SK. Jaie
2. Fail Pengakap
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
32
SEKOLAH KEBANGSAAN JAIE,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SAMARAHAN,
JALAN DATO MOHD. MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN.
Tel & Faks: 082-821531. e-mail: [email protected]
Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga
Kepada, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jaie,Sadong Jaya, 94600 Asajaya, Samarahan.
Adalah saya ………………………………………………………………………………..
(Nama Penuh Dalam Huruf Besar)
Pemegang Kad Pengenalan No…………………………..Warna:…………………………
Ibu/ bapa / penjaga sah kepada ------------------------------------------------------------------
Tahun ……………………. Sekolah: Sekolah Kebangsaan Jaie
Dengan ini * membenar / tidak membenar anak tanggungan saya untuk menyertai:
Perkhemahan Pergerakan Pengakap bertempat di Padang SK. Jaie
pada 14 April 2012 (Sabtu)
Saya sedar bahawa langkah-langkah keselamatan telah di ambil dengan teliti untuk
mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan oleh pihak yang bertanggungjawab .
Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pihak
pengelola seandainya sebarang kemalangan atau kecederaan ke atas anak / tanggungan saya
semasa menjalankan aktiviti ini.
Tarikh:……………………….. ……………………………………..
Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga
Nama Saksi :……………………………….
Kad Pengenalan :……………………………….
Alamat :………………………………... ………………………
…………………………………
Tandatangan Saksi
No.Telefon:…………………………….
.* (Potong yang tidak berkenaan)
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
33
SEKOLAH KEBANGSAAN JAIE,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SAMARAHAN,
JALAN DATO MOHD. MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN.
Tel & Faks: 082-821531. e-mail: [email protected]
Ruj. Kami : JPS(W)YBE8305/(KK)153/05/01/01
Tarikh : 2 APRIL 2012
Encik/Cik/Puan ……………….………………………
Kampung Jaie,
Sadong Jaya.
Tuan/Puan,
PELANTIKAN JAWATANKUASA PERKHEMAHAN PERGERAKAN PENGAKAP
SEKOLAH KEBANGSAAN JAIE, 2012
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Persatuan Pengakap Sekolah
Kebangsaan Jaie akan mengadakan Perhemahan pada 14 April 2012, di padang sekolah.
2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dilantik menjadi salah seorang Pegawai/Ahli
Jawatankuasa Kejohanan tersebut di bawah sebagai :
……………………………………………………………………….………………….
3. Semoga dengan kehadiran dan kerjasama tuan dalam perkara ini dapat melancarkan
lagi aktiviti persatuan kami.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………………
(ABDUL RAHMAN BIN SALLEH)
Pengerusi,
Jawatankuasa Perkhemahan Pengakap
Sekolah Kebangsaan Jaie,
Sadong Jaya.
s.k. Fail persatuan
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
34
SEKOLAH KEBANGSAAN JAIE,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SAMARAHAN,
JALAN DATO MOHD. MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN.
Tel & Faks: 082-821531. e-mail: [email protected]
Ruj. Kami : JPS(W)YBE8305/(KK)153/05/01/01
Tarikh : 7 APRIL 2012
Melalui,
Guru Besar
SK. Jaie, Sadong Jaya.
Kepada,
Ketua Balai
Polis Diraja Malaysia,
Balai Polis Sadong Jaya,
94600 Asajaya,
Samarahan.
Tuan,
SURAT MAKLUMAN AKTIVI PERKHEMAHAN PERSATUAN PENGAKAP SK. JAIE
Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Jaie
akan mengadakan aktiviti tersebut di atas.
2. Maklumat lanjut seperti butiran di bawah:
Tarikh : 14 Aprill 2012 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Jaie
3. Sehubungan dengan itu, kami memaklumkan perkara di atas untuk tindakan lanjut pihak tuan.
Keperihatinan dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini, kami dahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………
(ABDUL RAHMAN B. SALLEH)
Guru Penasihat
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Jaie,
Sadong Jaya.
s.k. Guru Besar SK. Jaie
Fail persatuan
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
35
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
36
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
37
Perancangan Gerakerja Kokurikulum (Persatuan Pengakap)_2012
38
Top Related