Download - NOORAQMA AQMAL BIN YUNOS - fp.utm.my · Semua kursus Pendidikan teknikal dan Vokasional (PTV) yang ditawarkan oleh Jabatan pendidikan teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan

Transcript

PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KURSUS-KURSUS PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

NOORAQMA AQMAL BIN YUNOS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZt9zl6 (Pind.lEl)

CATATAN * Potongyangtidakberkenaan*t Jenis tesis ini StiLIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak be*uasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tsmpoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiSULIT AIAU TERHAD.

o Tesis dimakzudkan sebagi tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjroa secara penyelidikanatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan afau Laporm Projek SarjanaMuda (PSM).

T'NTYERSITI TEKNOI{)GI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS O

JUDUL: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAI\

PEMBELAJARAN KTJRSUS.KT]RSUS PEI\IDIDIKAI\I

TEKI{IKAL DAN VOKASIONAL

SESIPENGAJIANT WgWg.

Saya N(X)RAOMA AOIWAL BIN YUI,{OS

mengaku membenarkan tesis (PSIW@* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syard-syamt kegunaan sepe*i berikut:

1. Tesis adalah hakmilikUniversiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( / )

TERHAD

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap:

No 209 Batu 9 % Gombak,53100 Kuala Lumpur,Selangor Darul Ehsan.

Tarikh: 12 MEI2011

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSTA RASMr 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang tolah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyslidikan diialankan)

crK sARnr{AH qrNTr r$MAq,NamaPenyelia

Tarilfi: 12 MEI2OI I

nt:]tI

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pado pandangan saya karya ini

adalah memdai dari segi skop dan knliti rrnh* tujuan pengantrgerahro

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Tandatangm 1.....-......

TSL,IAILNama penyelia : CIK SARIIvIAH

: 12 MEI201l

PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KURSUS-KURSUS PENDIDIKAN

TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

NOORAQMA AQMAL BIN YUNOS

Laporan penyelidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

"sayaalcui balrava ini adalah hasil peqdidikan sayra sendiri kecuali nukiladan

ringkasan yang mana tiaptiap safimya &lah saya perjehslcan sumbernyd'.

Tanda0mgru

Nama P€nulis : NOffiAQIT4A'lQilt{AL BtrI YLINOS

Tarikh : l2MBl20ll

iii  

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Junjungan Dan

Pujian Atas Limpahan Dan Kurnian Allah S.W.T Tuhan Seluruh Alam. Selawat Dan Salam

Ke Atas Junjugan Nasi Muhammad S.A.W.

Buat insan yang teristimewa dalam hidup ku ini,

ingin ku abadikan penghargaan buat kalian.

Ibu dan Ayah Tercinta

Siti Hanisah Binti Md Hashim & Yunos Bin Atan

Setiap iringan doamu menyerikan kejayaan ku, tiap gerak langkah ku akan kuingati segala

bakti mu. Walaupun mencapai usiamu, tidak mungkin anak mu ini dapat membalas segala

pengorbanan mu. Semoga Allah memberkati dirimu dan mencucuri rahmat selamaya.

Kekanda dan adinda tersayang (Yuazha, Rahimi Rafiq, Diana, Hanaffi dan Nuraini)

Kenangan membesar bersama tidak akan ku lupakan, segala pengorbanan kalian mengerti

kerenah diriku akan ku hargai untuk selama-lamanya.

Buat Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi,

(Cik Sarimah Binti Ismail dan lain-lain)

Akanku manfaatkan segala ilmu yang kalian curahkan. Semoga Allah merahmati

perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk

segalanya.

Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi, (Muhamad Fikri, Mohamad Shahrizad, Muhammad Ikhwan, Nor Mohd Khairul

Ihsan, Wan Mohd Elyas, Ahmad Ridwan, Amri, Sazari, Zulkarnain, Zulkarami,Rastom Izran, Azman, Safwan, Azlan, Azwan

Serta Semua Warga SPH)

Kenangan bersama tak mungkin hilang ditelan usia, suka duka telah diharungi

bersama.Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

iv  

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia

Rasulullah S.A.W. Segala puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah

memberiku kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi

penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia projek sarjana muda iaitu, Cik

Sarimah Binti Ismail. Tiada kata seidah bahasa yang dapat saya ungkapkan dengan

hanya ucapan terima kasih yang dapat saya berikan. Banyak dugaan yang telah saya

harungi selama saya dibawah bimbingan Cik. Pengajaran dan ketegasan mendidik

telah membuatkan saya lebih matang dalam berfikir.

Memberi segala tunjuk ajar sehingga setiap helaian muka surat disemak dan

diperbetulkan dengan hanya menggunakan sebatang pen yang membuatkan helaian

tersebut penuh dengan ilmu yang berguna kepada saya.

Ketegasan Cik dalam membimbing saya ke arah pelajar berilmu membuatkan

saya lebih bersemangat dalam mengharungi segala kepayahan dan kesukaran bukan

sahaja dalam menyiapkan Pojek Sarjana Muda tetapi dalam pembelajaran bagi

kursus-kursus laian.

Gelaran IBU adalah sesuai pada diri Cik kerana sikap dan kasih sayang yang

diberikan kepada saya sehingga tidak pernah saya rasa terabai dan sentiasa diambil

berat oleh Cik. Segala pengorbanan dalam mendidik saya akan saya semat di dalam

hati dan sentiasa mendoakan agar Cik mendapat keredhaan dengan apa yang

dilakukan.

v  

ABSTRAK

Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu perubahan yang kreatif dilakukan oleh pesnyarah dalam proses pengajaran untuk memastikan objektif pengajarannya tercapai dan menjana minda pelajar kelas pertama, kreatif dan inovatif. Semua kursus Pendidikan teknikal dan Vokasional (PTV) yang ditawarkan oleh Jabatan pendidikan teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan didapati mengaplikasi elemen inovasi. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti bagaimana pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus tersebut. Pembolehubah yang dikaji adalah inovasi dalam kandungan isi pelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan isi pelajaran, menjalin hubungan kerjasama baru bersama pihak luar institusi, menjalin usahasama pada peringkat institusi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan pembangunan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan perisian komputer Statistic Packages for Social Sciences (SPSS) dan dipersembahkan dalam bentuk frekuansi dan peratusan. Bilangan responden ialah 354 orang pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Dapatan kajian mendapati pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran semua kursus PTV dari semua pemboleh ubah dikaji dan tahap pengaplikasian berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus-kursus PTV telah mengaplikasi elemen inovasi dalam pengajaran mereka. Dua cadangan kajian lanjutan dikemukakan iaitu meningkatkan jumlah sampel dalam kalangan pelajar dan pensyarah dan meluaskan lokasi kajian di seluruh IPTA bagi mengambarkan aplikasi elemen inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di IPTA Malaysia.

vi  

ABSTRACT

Innovation in teaching and learning is a creative changing done by a lecturer to ensure teaching objective is achieved and to produce first class innovative and creative minds. All Technical and Vocational Education courses (TVE) that offered by the Technical and Engineering Education Department, Faculty of Education were found applying innovation elements. This study was conducted to identify how lecturers applied those elements of innovation in teaching those courses. Research variables involed were innovation in content of the lesson, teaching and learning method in delivering the lesson content, new colloboration establishment inter institution, collaboration establishment within the institution and continuous development in teaching and learning. This quantitative survery research used questionnaire as a research instrument. Data derived were analysed using computer software of Statistic Packages for Social Sciences (SPSS) and were preseanted in a form of frequency and percentage. Number of respondent involve in the study were 354 students who enrolled the program of Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Finding if the study showed that lecturers applied all innovation elements in teaching and learning of all TVE courses from all research variables measured. Level of application was at the high level. This indicated that lecturers who taught the TVE courses had applied those innovation elements in their teaching and learning. Two future research were suggested, which were increasing number of sample among students and lecturers and enlarge research location to all public universities in Malaysia to represent the application of innovation elements in teaching and learning process in all public universities in Malaysia.

vii  

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

PENGESAHAN STATUS TESIS

MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

xii

xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

BAB

PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 11

1.3 Objektif Kajian 11

viii  

1.4 Persoalan Kajian 13

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Batasan Kajian

14

15

1.7 Skop Kajian 16

1.8 Definasi Operational

1.8.1 Penerapan

1.8.2 Inovasi dan Kreativiti

1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran

1.9 Ringkasan

16

17

17

18

18

BAB 2

SOROTAN PENULISAN.

2.0 Pengenalan 19

2.1 Budaya Kreatif Dan Inovatif Pensyarah 20

2.2 Elemen-Elemen Inovasi Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

23

2.2.1 Inovasi Dalam Kandungan Isi

Pelajaran

23

2.2.2 Inovasi Dalam Kaedah Penyampaian

Isi Pelajaran

2.2.3 Inovasi Dalam Menjalinkan

Hubungan Baru

2.2.4 Inovasi Dalam Menjalin Hubungan

Usahasama Pada Peringkat Institusi

2.2.5 Inovasi Dalam Pembangunan

Pembelajaran Secara Berterusan

25

40

43

44

ix  

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN.

3.0 Pengenalan 50

3.1 Rekabentuk Kajian 50

3.2 Tempat Kajian 51

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 51

3.3.1 Populasi Kajian

3.3.2 Sampel Kajian

51

52

3.4 Instrumen Kajian. 53

3.5 Kesahan Soal Selidik 56

3.6 Kajian Rintis 56

3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 57

3.8 Proses Kajian 59

3.9 Analisis Data

3.10 Ringkasan

61

62

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 63

4.1 Penganalisaan Data 63

4.2 Analisis Bahagian A

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan

Jantina

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan

Bangsa

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan

Kelulusan Akademik

65

65

66

67

68

x  

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan

Tahun Pengajian

69

4.3 Analisis Bahagian B 70

4.3.1 Dapatan Penerapan Elemen Inovasi

Dalam Kandungan Isi Pelajaran

4.3.2 Dapatan Penerapan Elemen Inovasi

Dalam Kaedah Pengajaran Bagi

Menyampaikan Isi Pelajaran

4.3.3 Dapatan Penerapan Elemen Inovasi

Dalam Menjalin Hubungan Kerjasama

Baru Bersama Pihak Luar Institusi

4.3.4 Dapatan Penerapan Elemen Inovasi

Dalam Menjalin Usahasama Pada

Peringkat Institusi Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran

4.3.5 Dapatan Penerapan Elemen Inovasi

Dalam Pembangunan Secara

Berterusan Dalam Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran

71

75

81

87

91

4.4 Rumusan Dapatan 95

4.5 Ringkasan 97

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 98

5.1 Rumusan 99

5.2 Perbincangan

5.2.1 Bahagian A

5.2.2 Bahagian B

5.2.2.1 Perbincangan persoalan kajian 1:

101

101

102

103

xi  

Apakah pensyarah menerapkan

inovasi dalam kandungan isi pelajaran?

5.2.2.2 Perbincangan persoalan kajian 2:

Apakah pensyarah menerapkan ini

dalam kaedah pengajaran bagi

menyampaikan isi pelajaran?

5.2.2.3 Perbincangan persoalan kajian 3:

Apakah pensyarah menerapkan

inovasi dalam menjalin hubungan

kerjasama baru bersama pihak luar

institusi?

5.2.2.4 Perbincangan persoalan kajian 4:

Apakah pensyarah menerapkan

inovasi dalam menjalin usahasama

pada peringkat institusi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran?

5.2.2.5 Perbincangan persoalan kajian 5:

Apakah pensyarah menerapkan

inovasi dalam pembangunan secara

berterusan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran?

5.3 Kesimpulan

5.4 Cadangan

5.4.1 Pelajar

5.4.2 Pensyarah

5.4.3 Fakulti Pendidikan dan UTM

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN A-B

105

109

111

113

114

115

115

116

117

117

119

128

xii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Jadual Kursus Yang Ditawarkan Bagi Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

6

1.2 Jadual Kursus-Kursus Yang Mengaplikasikan Elemen

Inovasi Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

7

1.3 Jadual Matrik Kemahiran Insaniah Program Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) (P0 5 –Penyelesaian Masalah Dan Berfikiran

Kritis)

10

3.1 Jadual Bilangan Populasi 52

3.2 Jadual Pengelasan Skala Likert 54

3.3 Jadual Pembahagian Item Bahagian Bersarkan

Pemboleh Ubah Dalam Soalan Kajian

55

3.4 Jadual Pekali Alpa Cronbach 57

3.5 Jadual Keputusan Analisa Nilai Kebolehpercayaan

Kajian

58

3.6 Jadual Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap

Item

62

3.7 Jadual Tahap Peratusan Maklum Balas Terhadap Item 62

4.1 Jadual Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap

Item

64

4.2 Jadual Tahap Peratusan Maklum Balas Terhadap Item 70

4.3 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan 71

xiii  

Penerapan Inovasi Dalam Kandungan Isi Pelajaran

4.4 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan

Penenrapan Inovasi Dalam Kaedah Pengajaran Bagi

Menyampaikan Isi Pelajaran

75

4.5 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan

Penerapan Inovasi Dalam Menjalin Hubungan

Kerjasama Baru Bersama Pihak Luar Institusi

81

4.6 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan

Penerapan Inovasi Dalam Menjalin Usahasama Pada

Peringkat Institusi Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran

87

4.7 Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan

Penerapan Inovasi Dalam Pembangunan Pembelajaran

Secara Berterusan Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran

91

4.8 Jadual Keputusan Keseluruhan Kekerapan Penerapan

Elemen Inovasi Dalam Pemboleh Ubah Kajian

95

5.1 Jadual Keputusan Keseluruhan Kekerapan Penerapan

Elemen Inovasi Dalam Pemboleh Ubah Kajian

102

xiv  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Rajah Ciri-Ciri Individu Kreatif Dan Inovatif 21

2.2 Rajah Pembentangan Kumpulan Mengikut Pendekatan

Koperatif

27

2.3 Rajah Pendekatan Perbincangan Kumpulan 30

2.4 Rajah Aliran Kaedah Inkuiri Penemuan 32

2.5 Rajah Model Pembelajaran Sepanjang Hayat 45

3.1 Rajah Carta Alir Proses Kajian 59

4.1 Rajah Taburan Responden Berdasarkan Jantina 65

4.2 Rajah Taburan Responden Berdasarkan Umur 66

4.3 Rajah Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 67

4.4 Rajah Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan

Akademik

68

4.5 Rajah Taburan Responden Berdasarkan Tahun

Pengajian

69

xv  

SENARAI SINGKATAN

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package Of Science

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

xvi  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 130

B Borang Kesahan Soal Selidik 141

 

 

 

 

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun dan memerlukan

anjakkan ekonomi bagi mencapai tahap sebuah negara maju pada tahun 2020. Oleh itu,

pendekatan ekonomi baru berteraskan kreativiti dan inovasi adalah perlu bagi

meningkatkan daya saing Malaysia dalam konteks persekitaran ekonomi global dunia.

Kreativiti dan inovasi dalam ekonomi dilihat satu perkara yang mampu memberikan

nilai tambah yang tinggi dan sebagai langkah kritikal untuk mengekalkan momentum

mesra pasaran sekali gus boleh mencipta sumber pertumbuhan baru ekonomi negara

(Zaini Ujang, 2009).

 

Oleh itu, bagi mencapai keberkesanan pendekatan ekonomi berteraskan kreativiti

dan inovasi, maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengistiharkan

bahawa tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti atau dikenali sebagai Malaysia

Inovatif 2010. Pengistiharaan ini penting kepada Negara bagi menggalakkan persaingan

sihat, pembangunan Negara secara berterusan dan peningkatan produktiviti yang turut

menyumbang kepada pertumbuhan dan kekayaan Negara. Sekaligus, memberikan kesan

efektif terhadap penghasilan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi (Laupa

Junus, 2010).

Malaysia sebagai sebuah negara inovatif memerlukan sokongan dan penglibatan

oleh modal insan yang kreatif dan inovatif. Ini adalah kerana nilai tambah tinggi bagi

pertumbuhan ekonomi negara dijana oleh idea yang mempunyai nilai komersial,

cemerlang, berkualiti dan memberikan impak yang baik terhadap pertumbuhan ekonomi

malaysia secara berterusan (Dhapahal, 2010).

Bagi melahirkan modal insan yang sedemikian memerlukan penerapan inovasi

dari akar umbi yang bermula dari institusi pendidikan sendiri. Oleh itu, melalui sistem

pendidikan memerlukan usahasama semua pihak termasuklah Kementerian Pengajian

Tinggi, Kementerian Pelajaran dan bersama institusi-institusi pendidikan bagi mengkaji

jurang pembelajaran yang wujud dari peringkat sekolah rendah, menengah, IPTA dan

IPTS dengan mengubal kurikulum yang dapat mewujudkan pengajaran dan

pembelajaran inovatif untuk mendorong dan melatih pemikiran pelajar menjadi modal

insan yang lebih kreatif dan inovatif (Rohani Ibrahim, 2010).

 

Dengan ini, pembelajaran yang mengaplikasikan elemen inovasi yang dirangka

dan dilaksanakan dengan terancang oleh pendidik dapat mengembangkan potensi,

 

pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan yang

menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan dapat

membantu penerapan elemen inovasi dengan lebih mudah. Kaedah-kaedah inovasi dapat

mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang

sesuatu yang dipelajari (Rasidi Sidik, 2009).

Transformasi kurikulum dan pengajaran berinovasi dapat memberikan peluang

kepada pelajar menyumbangkan idea bagi menghasilkan produk yang inovatif (Zaini

Ujang, 2009).

Namun begitu terdapatnya kekangan dan permasalahan bagi pengaplikasian

elemen inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menyebabkan ianya

tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Contohnya berlaku pergeseran maklumat

mengenai konsep inovasi pendidikan oleh pendidik, startegi pengajaran yang

memerlukan perlaksanaan bagi sesuatu kursus yang memerlukan kos yang tinggi,

halangan pentadbiran yang tidak memahami mengenai konsep dan matlamat inovasi dan

lain-lain (Rasidi Sidik, 2009).

Kesimpulannya, penjanaan model ekonomi baru adalah bersumberkan kepada

modal insan yang kreatif dan inovatif dalam menjayakan anjakan terhadap

pembangunan yang pesat. Oleh itu Institusi Pendidikan dan pensyarah terutamanya

mempunyai peranan yang sangat penting dalam meningkatkan penggunaan elemen

inovasi dalam pendidikan sekarang bagi melahirkan modal insan kelas pertama kearah

melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, terbilang dan mendorong kepada

kemajuan negara.

 

1.1 Latar Belakang Masalah

Inovasi adalah asas kepada pertumbuhan dan kemajuan negara. Ia pemangkin

yang menentukan acuan dan kepantasan negara untuk maju. Perubahan yang berlaku

hari ini meletakkan inovasi serta daya kreativiti sebagai faktor utama mencapai anjakan

kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,

2010).

Dalam Ucapan Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Y.A.B.

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin di Majlis Perasmian Karnival Malaysia

Inovatif 2010 Zon Timur pada 30 julai 2010, beliau menyatakan bahawa pendidikan

berkualiti merupakan wahana penting untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang

berkualiti, berilmu dan berkemahiran tinggi yang merupakan kunci kepada pemacuan

ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy). Elemen kreativiti dan inovasi perlu

diambil kira oleh setiap pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk

memastikan matlamat melahirkan modal insan kelas pertama ini tercapai (Buku Program

Karnival Malaysia Inovatif 2010, 30 Julai 2010).

Namun begitu, Laporan Jemaah Nazir Persekutuan mendapati ramai guru yang

tidak menerapkan elemen kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi dalam

pengajaran walaupun kemahiran ini telah lama diperkenalkan di sekolah secara tidak

formal    (Dhanaphal, 2010). Ini memberikan satu kesan terhadap hasrat kerajaan yang

mahukan pendidikan melahirkan pelajar kelas pertama, berminda kreatif dan

pertumbuhan ekonomi negara berasaskan kreativiti dan inovasi

 

Oleh itu, Fakulti Pendidikan, UTM dalam misinya turut menyatakan bahawa

Fakulti Pendidikan beriltizam dalam usaha menyeluruh membangunkan sumber manusia

dalam bidang Sains dan Teknologi melalui pendekatan dan latihan profesional yang

berkualiti dan inovatif untuk para pendidik dan jurulatih. Pendidik kreatif merupakan

teras pembudayaan literasi kreatif kerana mereka bukan setakat dapat mendidik dan

menyediakan suasana kreatif untuk para pelajar tetapi juga memiliki sifat dan kebolehan

kreatif (Mohd Azhar et al, 2006).

Di UTM, pengajaran program-program berteraskan Pendidikan Teknik Dan

Vokasional (PTV) dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Teknikal Dan

Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan. Program-program tersebut adalah Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal). Bermula dari semester 1 tahun 2010/2011

dua program baru telah diperkenalkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Binaan Bangunan) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Elektrik Elektronik).

Jadual 1.1 menunjukkan 37 kursus berasaskan teknikal yang ditawarkan kepada

pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) ada yang berbentuk amali, teori dan gabungan kedua-duanya.

 

Jadual 1.1 : Kursus yang ditawarkan bagi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Bil Kod Kursus Kursus Kredit 1 SPE 1002 Asas Lukisan Kejuruteraan 2 2 SPE 1022 Lukisan Kejuruteraan I 2 3 SPE 1032 Keselamatan Bengkel 2 4 SPL 1002 Teknologi Kayu 2 5 SPL 1022 Asas Elektrik 2 6 SPL 1012 Asas elektrik & Elektronik 2 7 SPL 1112 Asas Penyediaan Makanan & Pemakanan 2 8 SPL 1122 Pakaian & Fabrik 2 9 SPL 1212 Pembiakan & Pengurusan Tanaman 2

10 SPL 1302 Asas Perdagangan 2 11 SPE 2022 Pengantar Pendidikan Teknik & Vokasional 2 12 SPE 2062 Penilaian & Pengukuran Dalam PTV 2 13 SPE 2012 Kaedah Mengajar PTV 2 14 SPE 2032 Asas Rekacipta 2 15 SPE 2112 Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer 2 16 SPE 2622 Rekabentuk Industri 2 17 SPL 2012 Kimpalan& Fabrikasi Logam 2 18 SPL 2122 Penyediaan Makanan 2 19 SPL 2112 Pengajian Pakaian 2 20 SPL 2402 Rekabentuk Berbantu Komputer 2 21 SPL 2412 Asas Pemasaran 2 22 SPE3002 Perdagangan & Keusahawanan 2 23 SPE3022 Industri dan PTV 2 24 SPL3112 Perkhidmatan Bangunan : Perpaipan 2 25 SPL3212 Hortikultur Hiasan 2 26 SPL3412 Aplikasi Komputer Grafik 2 27 SPL3422 Kajian Konsumer & Amalan 2 28 SPE4052 Organisasi Pengurusan Bengkel 2 29 SPE4612 Asas Pneumatik & Hidraulik 2 30 SPE4602 Teknologi Pembuatan 2 31 SPL4102 Teknologi Pemprosesan Pemakanan I 2 32 SPL4402 Asas Pengurusan Inovasi & Pengeluaran Produk 2 33 SPL 4403 Rekacipta 3 34 SPL 4002 Teknologi Automotif 2 35 SPL 4112 Teknologi Pemprosesan Mmakanan II 2 36 SPL 4202 Agroteknologi 2 37 SPL 4222 Prinsip Pengeluaran Ternakan 2

Sumber : Panduan Akademik Interaktif Fakulti Pendidikan Siri Kemasukkan 2007/2008

 

Jadual 1.2 : Kursus-Kursus Yang Mengaplikasikan Elemen Inovasi Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Bil Kod Kursus Kursus Kredit

Elemen inovasi Isi

kandungan Kaedah

pengajaran Kerjasama

baru Peringkat institusi

Pendidikan secara

berterusan 1 SPE 1002 Asas Lukisan Kejuruteraan 2 √ √ 2 SPE 1022 Lukisan Kejuruteraan I 2 √ √ 3 SPE 1032 Keselamatan Bengkel 2 √ √ √ 4 SPL 1002 Teknologi Kayu 2 √ √ √ 5 SPL 1022 Asas Elektrik 2 √ √ 6 SPL 1012 Asas elektrik & Elektronik 2 √ √ √ 7 SPL 1112 Asas Penyediaan Makanan & Pemakanan 2 √ √ √ 8 SPL 1122 Pakaian & Fabrik 2 √ √ 9 SPL 1212 Pembiakan & Pengurusan Tanaman 2 √ √ 10 SPL 1302 Asas Perdagangan 2 √ √ √ 11 SPE 2022 Pengantar Pendidikan Teknik & Vokasional 2 √ √ √ √ 12 SPE 2062 Penilaian & Pengukuran Dalam PTV 2 √ √ √ 13 SPE 2012 Kaedah Mengajar PTV 2 √ √ 14 SPE 2032 Asas Rekacipta 2 √ √ √ 15 SPE 2112 Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer 2 √ √ 16 SPE 2622 Rekabentuk Industri 2 √ √ √ √ √ 17 SPL 2012 Kimpalan& Fabrikasi Logam 2 √ √ 18 SPL 2122 Penyediaan Makanan 2 √ √ √ 19 SPL 2112 Pengajian Pakaian 2 √ √ 20 SPL 2402 Rekabentuk Berbantu Komputer 2 √ √

Sambung..

 

Sambung..

21 SPL 2412 Asas Pemasaran 2 √ √ √ 22 SPE3002 Perdagangan & Keusahawanan 2 √ √ √ 23 SPE3022 Industri dan PTV 2 √ √ √ √ √ 24 SPL3112 Perkhidmatan Bangunan : Perpaipan 2 √ √ √ 25 SPL3212 Hortikultur Hiasan 2 √ √ √ √ 26 SPL3412 Aplikasi Komputer Grafik 2 √ √ 27 SPL3422 Kajian Konsumer & Amalan 2 √ √ √ √ 28 SPE4052 Organisasi Pengurusan Bengkel 2 √ √ 29 SPE4612 Asas Pneumatik & Hidraulik 2 √ √ √ 30 SPE4602 Teknologi Pembuatan 2 √ √ 31 SPL4102 Teknologi Pemprosesan Pemakanan I 2 √ √ √ √ 32 SPL4402 Asas Pengurusan Inovasi & Pengeluaran

Produk 2 √ √ √

33 SPL 4403 Rekacipta 3 √ √ √ 34 SPL 4002 Teknologi Automotif 2 √ √ √ √ 35 SPL 4112 Teknologi Pemprosesan Mmakanan II 2 √ √ √ √ √ 36 SPL 4202 Agroteknologi 2 √ √ √ 37 SPL 4222 Prinsip Pengeluaran Ternakan 2 √ √ √ √

Sumber: Perancangan Mengajar Pensyarah

 

Jadual 1.2 menunjukkan perancangan pengajaran pensyarah di JPTK terhadap

kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) telah menerapkan elemen inovasi

tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 23 kursus yang telah

menerapkan elemen inovasi dalam isi kandungan pelajaran, 37 kursus melalui kaedah

pengajaran dan pendidikan secara berterusan, 10 kursus menerapkan inovasi melalui

kerjasama baru dan hanya 3 kursus menerapkan pada peringkat institusi.

Penerapan elemen inovasi dapat dibuktikan melalui perlaksanaan penggunaan

Matrik Kemahiran Insaniah bagi penilaian penyelesaian masalah dan berfikiran kritis

dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah. Penerapan kemahiran

pemikiran kritis membolehkan pelajar mempersembahkan refleksi terhadap keputusan

secara objektif, menilai projek dari pelbagai disiplin dan menginterpretasi data secara

kritis (Kamsiah ismail, 2006).

Manakala, Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu proses pengajaran dan

pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif.

Ini merupakan suatu kaedah yang praktis yang bertujuan untuk menjana pelbagai idea

yang bernas untuk membentuk beberapa penyelesaian yang lebih paktikal dan efektif

(Abreza Atan, 2008).

Oleh itu, jadual 1.3 menunjukkan Matrik Kemahiran Insaniah Program Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang telah diaplikasikan

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendorong pelajar agar berminda

kritis dan mampu menyelesaikan masalah dalam pembelajaran.

10 

 

Jadual 1.3 : Matrik Kemahiran Insaniah Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

(P0 5- Penyelesaian Masalah Dan Berfikiran Kritis)

Sumber : Pensyarah JPTK, Fakulti Pendidikan

Melihatkan penerapan elemen inovasi dalam kursus yang ditawarkan bagi

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup). Maka, kajian ini

dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah pengalikasian inovasi di dalam pengajaran

dan pembelajaran dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus-kursus

tersebut.

Tahap Kriteria

CTPS 1: Kemampuan untuk mendefinisikan dan menganalisis masalah secara kompleks, pertindihan, domain tidak jelas dan membuat penilaian secara baik.

CTPS 2: Kemampuan untuk membangunkan dan meningkatkan kemampuan berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan

CTPS 3: Kemampuan untuk mencari idea-idea alternatif dan penyelesaian.

CTPS 4: Kemampuan untuk berfikir diluar kotak.

CTPS 5: Kemampuan untuk membuat keputusan berdasarkan diatas bukti yang kukuh

CTPS 6: Kemampuan untuk mempertahankan dan memberikan perhatian penuh terhadap tanggung jawab yang diberikan.

CTPS 7: Kemampuan untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan sosial-budaya dan persekitaran kerja baru

11 

 

1.2 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah, didapati pengajaran dan pembelajaran

semua kursus yang ditawarkan oleh JPTK kepada Program Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) telah mengaplikasi elemen inovasi. Oleh

itu kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti apakah pensyarah menerapkan

elemen inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kursus-kursus tersebut melalui

kandungan isi pelajaran, kaedah menyampaikan isi pelajaran, menjalinkan hubungan

baru, peringkat istitusi dan pembangunan dalam pendidikan berterusan. Kajian ini

melibatkan semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK)

sebagai populasi kajian iaitu seramai 354 orang.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai lima objektif yang setiap satu mengandungi pembolehubah

kajian berhubung dengan elemen inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah

di sarankan oleh Danish Technolocical Institute (2008). Elemen-elemen inovasi dalam

pengajaran dan pembelajaran mengikut Danish Technolocical Institute (2008) adalah

seperti berikut:

a) Inovasi dalam kandungan pelajaran

Inovasi dalam kandungan pelajaran adalah dimana isi kandungan pelajaran

dibincangkan dengan meluas dengan mengaitkannya dengan pelbagai isu seperti

globalisasi, isu semasa, kemasyarakatan,ekonomi negara, kehidupan dan keagamaan.

12 

 

b) Inovasi dalam kaedah penyampaian isi kandungan pelajaran

Inovasi dalam kaedah penyampaian isi kandungan pelajaran melibatkan kaedah

pengajaran menggunakan pendekatan seperti penyelesaian masalah, koperatif,

demonstrasi, kolaberatif, projek yang sesuai dan mesra terhadap pelajar. Kaedah

pengajaran ini melibatkan pelajar secara aktif dan interaktif. Isi pelajaran disampaikan

menggunakan medium teknologi seperti animasi, power point kreatif, internet, laman

web, komunikasi elektronik dan blog.

c) Inovasi dalam menjalinkan hubungan baru dan rangkaian

Inovasi dalam menjalinkan hubungan baru dan rangkaian melibatkan jalinan

hubungan kerjasama baru bersama pihak organisasi, badan kebajikan, pihak kerajaan,

swasta dan latihan industri. Hubungan rangkaian ini bertujuan untuk berkongsi

pengetahuan dan pengalaman, komunikasi dua hala dan pertukaran pengalaman di antara

pelajar dengan pihak organisasi yang berpengalaman semasa mengadakan program

usahasama.

d) Inovasi pada peringkat institusi

Inovasi pada peringkat institusi berhubung dengan jalinan usahasama dengan

institusi dari aspek perkongsian kurikulum pendidikan dan perlaksanaan aktiviti.

Usahasama ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan pelajar dalam

melaksanakan aktiviti untuk melaksanakan pendidikan secara berterusan.

13 

 

e) Inovasi dalam pembelajaran secara berterusan

Inovasi dalam pembelajaran secara berterusan merupakan usaha pelajar

mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan tampa henti dari pelbagai dimensi seperti sosial,

ekonomi dan persekitaran. Usaha ini saling berkaitan di antara pencarian ilmu secara

berterusan oleh pelajar dan dorongan pensyarah dalam proses pengajaran

Berdasarkan elemen-elemen inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, maka

objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

a) Penerapan inovasi dalam kandungan isi pelajaran.

b) Penerapan inovasi dalam kaedah pengajaran bagi menyampaikan isi pelajaran.

c) Penerapan inovasi dalam menjalin hubungan kerjasama baru bersama pihak luar

institusi.

d) Penerapan inovasi dalam menjalin usahasama pada peringkat institusi.

e) Penerapan inovasi dalam pembangunan pembelajaran secara berterusan.

1.4 Persoalan Kajian

a) Apakah pensyarah menerapkan inovasi dalam kandungan isi pelajaran?

b) Apakah pensyarah menerapkan inovasi dalam kaedah pengajaran bagi

menyampaikan isi pelajaran?

c) Apakah pensyarah menerapkan inovasi dalam menjalin hubungan kerjasama baru

bersama pihak luar institusi?

d) Apakah pensyarah menerapkan inovasi pada peringkat institusi?

e) Apakah pensyarah menerapkan inovasi dalam pembangunan pembelajaran secara

berterusan?